iDAN

20 Oktober 2016

Minimum RM50



Sy ada ngadu dengan Abg Najib ke BPA bawah JPM; afdal sangat elaun bersara staf awam atau tentera kenaikan elaun bersara minima RM50 sebab golongan buruh kasar jua golongan marhaen macam sy ni rasa amat tertekan dengan kos sara hidup yang makin tinggi... bagaikan jasa mereka ini tidak dikenang; sy katakan penghambaan zaman moden.

Sy tak dilayan malahan JPA siap ungkit lagi yang pencen sy sepanjang tahun kan naik RM20... 2% setahun, siap kasi sy jumlah setahun bla bla bla; macamlah sy tak pandai mengira... padahal staf awam baru ni bulan Septembar semua naik dua kenaikan gaji; abg saudara sebagai derebar pun naik sekitar RM100 lebih pada bulan lalu; kenaikan itu semua duit GST rakyat juga; pulangkan cara saksama kepada rakyat apalah salahnya untuk tambah kuasa membeli rakyat...

Yeop Rindu: Yang VVIP atau golongan elit bersara ni apalah dihirau sangat pencen mereka pun rata-rata RM5K belaka; bila laki bini bersara tak jadi RM10K... cer PM tu pencen dengan RM1K baru dia faham kut?. Bagaimana Kak Mah terpaksa makan maggi bila duit cupoi!!!.

Rapatkan jurang kemiskinan ini dengan cara kenaikan gaji minima ini ditambah. Jangan naik semua dari 2% ke 5% ini kalut namanya.

nota:

Golongan marhaen ini sy maksudkan buruh kasar ofis boi, pencuci, yang dulunya hanya di tangga gaji lulus darjah Enam atau SRP/LCE; juga bekas perajurit yang pencennya sekitar RM1,000 ke RM2,000 sahaja. Bagaimana nak hidup di kota atau di desa sekalipun.

Staf Awam kini jadi Pembantu Am Pejabat@Ofis boi gajinya udah okey & persaraan mereka pun bolehlah; cer semak pencen orang sebaya sy yang hanya kenaikan tahunan sekitar RM20 atau 2% ini yang sy usulkan.

19 Oktober 2016

Kembara Asing 666 iv.



Kembara Asing 666 iv.

Tiap kali aku mahu ke Jengka ini ada sahaja halangannya. Semasa Hari Raya Haji. Aku tak punya tempahan hotel. Tak ada nombor hotel bajet sekitar Bandar Pusat Jengka. Homstey semuanya mahal. Yang ada cuma di Jerantut Hill Resort agak murah & cantik tempatnya; tapi di sini kena deposit 100%. Perjalanan nak ke kolej Azim pula bertambah sekitar 80 km. Jauh tu!.

Memang lama bercadang nak bawa Afiz & Familinya bercuti di sekitar Jengka. Malas melibatkan cuti sebab Husna menantu sulongku itu payah nak dapat cuti. Kerja dengan kilang Jepun (jika tak silap) udah macam orang Jepun giler kerja; tak reti nak berehat.

Penyudahnya semasa Azim balik Raya Haji, aku ke Jengka terpaksa balik hari. Aku ada telefon ke Felda Tekam Residence tiada tawaran; bilik yang kosong cuma ada sekitar RM200 manalah mampu aku sewa. Kena sewa dua bilik hah dekat separuh duit pencen aku. Memang Mila boleh bantu tapi sayang juga duit tu. Nak cuba tempah melalui booking dot com pula tiada tawaran murah. Koutanya penuhlah tu.

Okey juga sesekali cuba balik hari ke Jengka ini, cuma kena awal bertolak dari Jenaris. Hari minggu biasalah, pergi ke Jengka okey tapi tatkala aku pulang ke Jenaris kena sesak sangkut nak masuk terowong; apakah namanya terowong berhantu dekat simpang nak ke Genting tu. Iyer Terowong Genting Sepah. Terowong ini banyak menyimpan ceritera seram. Tragis juga kemalangan maut. Bila lalu di sini aku sentiasa ingat apa yang aku tulis di blogku.

http://idanradzi.blogspot.my/2012/04/misteri-volkswagen-kuning.html

Esoknya lepas balik dari Jengka memang dedor badan ni.

Jumaat lalu 14.10.16 tiba-tiba aku terfikir nak bawa Afiz hantar mykad milik Azim ke Kolejnya. Sedari petang lepas solat Jumaat tu sekitar dua jam merancang sampai jam 6:00 petang baru Afiz buat keputusan. Okey jadi ikut. Kira udah dapat lampu hijau dapat lesen kembara jauh dari Husna isterinya.

Mila pula udah nak maghrib baru kasi tahu dia ada seminar di pagi Sabtu; aku yang lupa sebenarnya. Dia pernah kasi tahu aku kena hantar dia ke seminar tu. Bila wsapp Azim dia pula ada kelas pada hari Ahad. Tak boleh keluar bermalamlah tu.

Angka 4 cina benci, 14hb. Huh ini betul-betul kembara 666. Dah janji dengan Afiz keluar awal pagi. Sebab nak kembara jauh ke dalam dusun Tekam. Terhalang. Entah jam berapa baru boleh bertolak sebab agenda Mila di Shah Alam sampai jam 1:00 tengah hari.

Cuma bila aku buka booking dot com ada tawaran RM80 di Felda Residence Tekam di malam minggu. Aku tempah dua buah chalet; tak baca sangat syarat atau kemudahan yang ditawarkan. Tak sangka pun ada syarat udah berubah.

Main tempah melalui internet kena hati-hati. Selalunya ada syarat terlindung atau Java Skrip yang boleh memerangkap anda. Kena peka & terbeliakkan biji mata betul-betul.

Aku pernah terkena dengan Agoda dot com; bila TUKAR tempahan duit tetap disedutnya duit dari kredit kad. Bukannya batalnya... tulis dalam Java Skrip jika batal yang duit akan hilang. Ini tukar bilik lagi mahal pun udah jadi isu. AWAS.

Selalunya nak batalkan tempahan ada tempoh harinya; lambat batal memang tetap kena bayar. Penat memohon semula jika duit udah kena sedut dari kad kredit. Sekitar 3 bulan belum tentu dapat duit itu semula. Ini musibah buat tempahan melalui internet.  Syarat resort atau hotel berbeda-beda, sementelah syarat kompeni atau ejen tempahan penginapan melalui internet ini memang boleh memerangkap duit hilang; hati-hati. Bercanggah dengan syarat atau polisi penginapan yang ditempah.

Aku udah berpatah arang dengan Agoda dot com. Banyak cikadak empunya ejen. Agoda dot com ini tamak & anggap pelanggan mereka ini macam cop duit. Mereka ada pra-syarat tersendiri licik, silap baca atau teliti syarat tempahan bawa peguam mana pun pelanggan tetap salah & terkena.

nota:
Dedor Bahasa Perak bermaksud lesu rasa nak demam penat.

- bersambung


KEHEBATAN FADHILAT MEMBACA SURAH AL IKHLAS

KEHEBATAN FADHILAT MEMBACA SURAH AL IKHLAS


Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini.Namun begitu,kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.Dengan membaca Surah Al-Ikhlas yaitu merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surahini secara terusan.Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-Quran.”

Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya,Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh,maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu,kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu,kita mengubati diri kita sendiri.Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur,nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar, InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya. Sesiapa membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10 kalipada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT daninsyallah ada rezekinya pada hari itu.Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia tidak mencuri,tidak berzina dan tidak minum minuman yang memabukkan,nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya dalam tempoh 50 tahun.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia,nescaya dituliskan baginya 1500 kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”

Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan, nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah ke dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000 kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari neraka.”Sabda Rasulullah s.a.w:Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”

Membaca Al-Ikhlas 1000 kali,bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib,berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.Sabda Rasulullah s.a.w:”Orang-orang yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan 200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”

Bacalah surah ini sebelum kita memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-jirannya.Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda s.a.w: “Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.”
Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-jiran disekitar rumahnya.Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

** Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari makan.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut :(untuk menundukkan Orang Zalim)“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”Supaya ditunaikan segala hajat, melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari manusia.

Pada rakaat pertama : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali
Pada rakaat kedua : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali
Pada rakaat ketiga : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali
Pada rakaat keempat : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali
Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali, Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwatailla billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali. Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.

Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera sembuh.Diriwayatkan bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat kelepasan dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian shirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam syurga.Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan paramalaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur), Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.Jika dibaca 3 surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala balas hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah SAW bertanya :”Herankah kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami heran.”
Beliau melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,“Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril A.S.
“Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S .
“Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S.
Maka barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanyalagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.”

Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,
“Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq.
“Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq.
“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain.
Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad” tertulis dikening Ali As-Sakhiy.
Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah SWT , Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.

Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malamke 2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalamsyurga pula?”Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”

Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara :
1. Khatamkan Al-Quran,
2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat,
3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan
4. Kerjakan Haji dan Umrah.”
Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur.

Selesai Shalat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu.Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya : ” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibril pun datang seraya berkata : “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia karena dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya : ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, karena setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari,maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.

Menurut Hadis Anas bin Malik,Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga.Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga.Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: ” Ya, Rasulullah,kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda : “Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali,dia diberkati.

Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati.Barangsiapa membacanya tiga kali,dia,keluarga dan jiran tetangganya diberkati.Barangsiapa membacanya 12 kali,dibina Allah untuknya 12 istana didalam syurga.Jika dibacanya 100 kali,maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun,kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali,dihapuskan dosanya 100 tahun.

Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam syurga.”Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain.Kemudian Rasulullah SAW bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari,sedang berdiri,duduk, ruku’ dan berjalan.”Sekian, Wallahu'alam bisshawab
selamat beramal

Cerita Hantu Hostel UiTM Sri Iskandar

Perhatian semua pembaca blog ini. Anda sedang berada pada cerita hantu hostel yang menyeramkan. Bagi yang tinggal kat hostel tu kalau nak baca, bolehlah baca di siang hari. Jika kawasan anda sedang berada di sebelah malam, tolong simpan niat untuk membaca kisah seram ini. Takut² ada yang tak berani nak ke toilet nanti. Kisah ini adalah kisah benar yang terjadi di hostel UiTM Sri Iskandar.

Cerita Hantu Hostel UiTM Sri Iskandar Taman

Masa aku belajar kat UiTM Sri Iskandar, Perak dulu, 3 tahun aku tinggal dalam kolej.. Kolej tu sama dengan hostellah. Pelajar² UiTM taulah kut kan. Kisah seram ni jadi masa aku semester 1… Budak baru lagi lah… Tak tau lagi pasal cerita hantu hostel bak kata orang suci lagi… Aku tinggal di blok Kekwa masa tu..

Cerita hantu hostel di UiTM Sri Iskandar ini bermula pada satu malam. Aku dengan kawan² aku bosan duduk dalam bilik, Jadi kita orang cadang nak lepak kat bawah atas kerusi meja batu tu, macam tamanlah kat situ.. Tak ada bumbung pun, hanya berbumbungkan langit yang gelap dan bintang bulan je…

Jadi, kita orang pun lepaklah sama²… Ada kawan, aku mula on9 lah, kat bawah ni talian wifi senang dapat.. Dekat dengan modem.. Aku dengan kawan aku Feya ni pun dok menyembang… Sembang punya sembang, aku rasa tengkok aku ni sengal²… Aku pun dok pusing² lah tengkuk aku kasi hilang sengal… Lepas tu, aku dongak kepala tenguk langit… Masa aku dongak tu, aku terkejut ada sepasang burung dok terbang atas kepala aku… Burung tu terbang buat macam pusaran atas kepala aku… Aku tenguk betul², dalam kepala otak aku ni fikir burung je… Burung tu dua² warna putih… Bila tenung lama², tak macam burung pun… Macam kain putih melayang² atas kepala aku ni… Aku dah mula seram…

Lepas tu aku suruh kawan² aku yang lain tenguk atas juga… Dia orang semua terkejut… Aku dah mula langkah nak lari dah, tapi kawan aku dengan pantas lari dulu naik bilik… hampeh punya kawan… haha Tinggallah aku dengan si Feya ni terhegeh-hegeh nak lari dari situ… Masa nak lari tu, aku dengar hantu tu mengilai… Burung tu lah kut yang mengilai… Aku dengan Feya apa lagi, pecut dengan pantasnyalah…

Cerita Hantu Hostel UITM Sri Iskandar Dalam Toilet

Lepas tu selang beberapa hari lepas kejadian burung terbang tu, Aku dah tak rasa dan fikir apa² dah… Sampailah satu malam ni roomate aku si Qila ajak aku pergi teman dia nak sewa broadband kat bilik kakak senior ni kat aras 1. Bilik aku aras 2. Penat woo naik tangga hari².. Si Qila ni cakap dia dah bagi tau kakak tu nak sewa broadband pukul 3… Lepas tu Qila ajak aku teman kan dia ambil broadband kat bilik akak tu… Aku tak kisah sangat… Aku pun temanlah… Aku tau si Qila malas nak ajak Pieja temankan… Pieja roomate aku lagi sorang ni… Jadi aku pun temanlah dia… Malam tu aku tidur dulu sementara nak tunggu jam 3 pagi kan… Jadi aku tidurlah…

Dah pukul 3 pagi tu Qila kejutkan aku ajak teman dia pergi aras 1 bilik kakak broadband tu… Jadi, aku pun bangun, kita orang turun aras1 tu… Sampai bilik kakak broadband tu, si Qila pun ketuk bilik kakak tu.. Kakak tu buka pintu terus bagi broadband… Dah dapat broadband tu, kita orang nak naik bilik balik…

Tapi nak dijadikan cerita, aku ni tak tahan nak terkucil pulak… Masa nak keluar tak ada pula rasa nak terkucil bagai ni… Aku pun fikirlah… Kalau pergi tandas aras aku tu, jauh dari bilik pulak… Jadi, aku pun cakaplah kat Qila… "Jom teman pi tandas kat sebelah bilik akak broadband tu…" Qila pun ok je, dia pun nak terkucil rupanya… Jadi, aku dengan Qila pun masuk la tandas pagi² buta tu… Sunyi sangat.. Tak ada orang pun dalam tandas… Aku dengan Qila saja… Selesai saja urusan aku, aku pun keluar lah dari toilet, terus ke singki nak cuci tangan aku ni…

Memang aku pasti sangat, aku dengan Qila je dalam tandas masa tu... Ye lah pukul 3 pagi kan.. Siapa pula yang berjaga… Lepas tu, aku pun ke singki, basuh tangan terus aku cuci muka aku sekali… Aku pun tunduk nak cuci muka… Lepas aku curah air kat muka aku, aku nak angkat muka nak tengok cermin… Tapi aku tengok cermin, kat dalam cermin tu aku nampak seorang perempuan tengah basuh baju… Rambut panjang serabut sampai ke pinggang, berkain batik, baju lusuh… Aku terkejut sampai tergamam… Kawan aku kat dalam toilet lagi… Buat apa ntah… Aku buat rilek lagi nampak perempuan tu. Perempuan tu tengah gonyoh baju dengan tangan dia.

Yang aku pelik, kain tu tak basah, dan tak bersabun… Aku usha dari cermin tu lah… Aku tak berani nak toleh… Lepas tu Qila keluar dari toilet… Dia tengok muka aku pucat, dia terus angkat kening kat aku, konon tanya kenapalah kan… Aku suruh dia tengok kat cermin… Dia pun terkejut… Aku sempat tanya si Qila, "kita kuar tadi pukul berapa??" Qila cakap, "pukul 3 weh…"

Aku dah telan air liur dah… Aku pun beranikan diri nak toleh… Masa aku toleh tu, perempuan tu pun toleh dalam masa yang sama… Dia pandang aku dengan Qila dengan jelingan yang tak puas hati… Sambil tangan dia menggonyoh kain tu dengan kuat… Dia pandang lama… Aku dengan Qila pun kelam kabut lari keluar dari toilet tu… Berlari kita orang ke bilik aku aras 2 tu…

Sampai bilik je kita orang senyap… Tak buka cerita pun…Aku senyap Qila pun senyap… Dia pun cucuk broadband nak online… Aku pun dah tak boleh tidur… Aku pun temankan Qila… Dalam tengah dok teman Qila tu, aku dengar bunyi orang mengilai kat luar tingkap bilik aku… Sangat kuat sebab aku dengan Qila tengah online kat meja yang mengadap tingkap tu… Aku terkejut gila… Baca sajalah surah apa yang aku teringat dalam otak masa tu… Aku cakap kat Qila… "Aku tidur dulu lah… Aku dah seram giler ni…" Qila mati² tak bagi aku tidur suruh teman dia… Akhirnya Qila pun reda sajalah aku tidur, tinggallah Qila online sorang²…

Sampai saja esok pagi… Qila ajak aku hantar broadband kat bilik kakak tu… Aku pun temanlah dia.. Sampai kat bilik kakak tu, aku tanya kat kakak tu, “ Akak, kat bilik air akak tu, selalu pukul 3 pagi ada budak yang rajin cuci baju pagi² tak??” Kakak pun jawab dengan muka pelik “ ish dik ni… mana ada orang cuci baju pukul 3 pagi dik oi… hantu saja yang basuh baju pukul 3 pagi dik oi..” Dengar saja akak tu punya jawapan, aku dengan Qila berpandanganlah… Seram satu badan…

Lepas tu aku tak puas hati lagi… Aku nak pastikan, semalam tu orang ke cik pontianak… Aku pun tanya lagi “Akak, aras 1 ni, bilik² area akak ni, ada tak perempuan rambut panjang kusut² sampai ke pinggang, dan pakai kain batik malam²??” kau orang nak tau kakak tu jawab apa.. “Ish, mana ada dik… Tak ada seorang pun kat bilik kawasan sini rambut sampai pinggang… Semua rambut lurus… Tak ada kusut² pun… Ish, korang ni nampak apa dekat bilik air semalam ni??? Akak dengar pun seram… kau orang ni laa.." Aku dengan Qila pun sengih²… Tak nak la cerita kat kakak tu… Kang takut pulak dia…

Lepas hari tu, aku cari juga perempuan yang macam aku nampak tu. Memang tak wujud perempuan rambut panjang kusut² tu… Jadi, sampai sekarang aku tak pasti yang aku nampak manusia ke atau makhluk dari alam lain… wallahualam…

Cerita hantu hostel UiTM Sri Iskandar ni memang seram wei.. Tegak semua bulu² aku masa nak buat entri ni. Nasib la aku buat masa petang entri ni. Korang la yang mendapat baca malam²..hahaha Untuk makluman UiTM Sri Iskandar, Perak tu memang terletak agak jauh dari bandar dan kawasannya juga tak tau nak cakap.. Harap korang pun seram baca cerita hantu hostel UiTM Sri Iskandar ni. Sekian, terima kasih.

18 Oktober 2016

Kembara Asing 666 iii.


Kembara Asing 666 iii.

Aku baru saja pandai guna WhatsApp Web (wsapp wep). Hatta rajinlah aku mesej Azim sebab dia lebih rapat dengan wsapp banding FB. Minggu depan dia kata mungkin balik sebab cuti pada Senin sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang sebab nak ambil mykadnya tertinggal di Jenaris. Jika tak balik minggu ini mungkin sebulan lagi baru balik Jenaris.

Sebulan bagiku memang lama tak jumpa anak bongsuku ini. Dia yang rapat denganku. Lalu aku terfikir biarlah aku yang hantar mykad Azim & bawa sekali Anif anak sulongku serta keluarganya bercuti sekitar Jengka. Pastinya aku bercadang nak menginap di Felda Tekam Residence sebab telah dua kali aku bermalam di sini. Menarik & seronok.

Kenapa? pastilah sebab santai lagi murah, malahan ada sarapan percuma yang  memang sedap belaka. Persekitaran di Felda Tekam Residence ini damai suasana dusun. Teringin nak bawa cucu mandi manda, berkelah malah jika musim buah boleh petik buah-buahan. Boleh buat aktiviti lain seperti masuk ke gua, memanah, berbasikal juga ke pasar malam di Bandar Pusat Jengka yang murah & banyak juadah kampung sukar ditemui.

Tarikan ke Jengka ini begitu kuat bagiku. Pertama kali aku menyewa di sini tempah melalui internet RM90 chalet ada 4 tilam satu katil kelamin dua katil bujang; harga asal sekitar RM200 siap ada sarapan. Tempah melalui Booking dot com tak ceritera yang sarapan hanya untuk berdua. Mungkin sebab ada potongan yang memang murah. Tapi okeylah tak mahal mana pun sarapan bagi seorang dewasa RM15 kanak-kanak RM10 memang berbaloi; masa ini masih bulan Syawal, juadah disediakan bagaikan hotel 5 bintang; Persekitaran di Felda Tekam Residence ini tak sila Resort 3 bintang. Juadahnya dari ketupat rendang pelbagai juadah lain. Suka sangat. Semua ada sedap belaka. Memang tak mungkin ditemui di tempat lain.

Sarapannya jenis bufet bukan hidangan. Makanlah sepuasnya. Ini memang satu tarikan bagi semua pelancong ke sini. Selain dapat melihat suasana dusun Jengka yang permai dapat pula rasa juadah yang memang menyelerakan. Ini benar-benar dikatakan menikmati hidup.

Kami menginap berempat masa pertama kali tidur di sini. Aku Mila Aim & Anif.  Azim & Anif dapat potongan harga masa sarapan pagi; aku & Mila sarapan percuma.

Azim & Anif sempat belajar memanah & kami sekeluarga pergi ke Gua Kota Gelanggi, Gua Terang Bulan, masa tu hari raya staf di sini yang jaga gua bercuti. Aku puji akan staf sini; antaranya Shaiful Gua yang begitu baik & ramah. Dia yang kasi semangat... elok sesekali rasa pengalaman masuk ke gua. Wah memang kenangan ke gua yang tak dapat kami lupa.

Aku sekadar nak hantar Azim atau melawat dia di Jengka, tidur di sini sebab tertarik dengan promosi booking dot com; sebelum ini aku tidur di Jerantut Hill Resort nun jauh di atas bukit okey juga. Cuma jauh dari kolej Azim.

- bersambung



Kali pertama ada sarapan tempahan melalui booking dot com RM90, kali kedua ada sarapan tempah secara talian terus sy telefon ke Felda Tekam Residence... masa tu sy tidak pun tanya bab sarapan; sebab udah tahu mesti ada sarapan sekali... kira murahlah RM80; sy Mila & Azim tidur di bilik famili... tapi masa menginap di sana TETAP ada sarapan untuk berdua orang sy & Mila; Azim dapat potongan harga; makan macam musim hari raya dulu ada banyak pilihan makan cara bufet.

Apa jadi kali ketiga menginap di sini... jeng jeng jeng

- bersambung

Kembara Asing 666 ii.


Pakej sudah ada; kunjungan pertama & kedua sy ke sini pun amat menarik & meriah. Sayangya bila promosi udah sy uar-uarkan. Malahan booking dot com sentiasa membantu. Ramai meminati mahu ke sini. Tetiba buat kali ketiga sy ke sana. Udah ada perubahan yang menghampakan. Merosakkan percutian, kejutan buat pengunjung.

Di mana silapnya, kenapa tidak kembali ke suasana asal. Sayang amat bagaikan pengurusan kini mahukan tempat ini TUTUP. Jadi penginapan terbiar & lesu. Padahal ianya boleh diindahkan suasana nan sebenar nan sudah indah.

Nanti sy buat ulasan peribadi kut ini dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung... mana yang udah menarik & mana yang kurang yang perlu dibetulkan jika ke Felda Residence Tekam ini.

- bersambung!.

17 Oktober 2016

Kembara Asing 666.



Kasihan Qasrina sampai sahaja di Sungai Jelok dia mula merengek nak ikut opah & atoknya tidur di Jenaris. Qasrina memang lama tinggal bersama opah & atoknya. Masa itu bilik di atas padat dengan barangan. (Sekarang pun rumahku ni macam stor, aku ni gile ngumpil barangan lama). Aku korbankan sekitar RM12K buat stor zink berbumbung lengkung di tingkat atas belakang rumah. Arwah Ulan rakan kerjaku yang tolong buatkan. Jadi mahal sebab aku pasang jubin bertingkap kaca.

Mulanya Qasrina taklah menangis. Bila aku nak bergerak entah bagaimana opahnya pujuk dia menangis bukan main kuat. Aku cakap dengan opahnya kita bergerak sahaja nanti dia senyaplah. Memanglah rasa sayu hati bila bergerak tatkala cucu menangis nak ikut. Esok Qasrina kena sekolah, Mila kena kerja. Atoknya pun udah tak larat nak bergerak bebas. Aku jeling meter Almera udah melintasi lebih 666 km kembara kami.

"Nanti sampai rumah Mila telefonlah Qasrina tu kut dia meragam panjang, ayahnya ada ketika kan garang, sian cucu kita tu! pejuk & pujuk dia baik-baik!" Mila senyap sahaja.

Sampai Jenaris Mila aku lihat Mila godek-godek wsappnya, buka TV & tenguk drama Korea. Biasalah memang udah rutin Mila. Aku punggah barangan mana yang larat terutama jeruk maman; tahu Almera berbau.

Aku telefon nombor hp Afiz@along. 013 along ada dua nombor.

"Afiz udah okey tak Qasrina, kasi ayah cakap dengan dia kejap..."

"Qasrina tak puas nak jalan kan?... nantilah ikut atok kita jalan-jalan lagi... hari ni kita rehat dulu sebab atok pun udah penat, esok opah nak kerja Qasrina pun nak sekolah..." Qasrina senyap sahaja; selalunya banyak dia nak bualkan bila atoknya telefon dia.

Kanak-kanak macam tu, jika kita kecilkan hatinya kena cepat minta maaf kasi tahu kenapa. Biarpun dia tak faham sangat tetapi jiwanya akan lembut memahami. Jangan jadikan keadaan tergantung buat dia rasa ditinggalkan tanpa sebab.

- bersambung