iDAN

19 Oktober 2016

Kembara Asing 666 iv.



Kembara Asing 666 iv.

Tiap kali aku mahu ke Jengka ini ada sahaja halangannya. Semasa Hari Raya Haji. Aku tak punya tempahan hotel. Tak ada nombor hotel bajet sekitar Bandar Pusat Jengka. Homstey semuanya mahal. Yang ada cuma di Jerantut Hill Resort agak murah & cantik tempatnya; tapi di sini kena deposit 100%. Perjalanan nak ke kolej Azim pula bertambah sekitar 80 km. Jauh tu!.

Memang lama bercadang nak bawa Afiz & Familinya bercuti di sekitar Jengka. Malas melibatkan cuti sebab Husna menantu sulongku itu payah nak dapat cuti. Kerja dengan kilang Jepun (jika tak silap) udah macam orang Jepun giler kerja; tak reti nak berehat.

Penyudahnya semasa Azim balik Raya Haji, aku ke Jengka terpaksa balik hari. Aku ada telefon ke Felda Tekam Residence tiada tawaran; bilik yang kosong cuma ada sekitar RM200 manalah mampu aku sewa. Kena sewa dua bilik hah dekat separuh duit pencen aku. Memang Mila boleh bantu tapi sayang juga duit tu. Nak cuba tempah melalui booking dot com pula tiada tawaran murah. Koutanya penuhlah tu.

Okey juga sesekali cuba balik hari ke Jengka ini, cuma kena awal bertolak dari Jenaris. Hari minggu biasalah, pergi ke Jengka okey tapi tatkala aku pulang ke Jenaris kena sesak sangkut nak masuk terowong; apakah namanya terowong berhantu dekat simpang nak ke Genting tu. Iyer Terowong Genting Sepah. Terowong ini banyak menyimpan ceritera seram. Tragis juga kemalangan maut. Bila lalu di sini aku sentiasa ingat apa yang aku tulis di blogku.

http://idanradzi.blogspot.my/2012/04/misteri-volkswagen-kuning.html

Esoknya lepas balik dari Jengka memang dedor badan ni.

Jumaat lalu 14.10.16 tiba-tiba aku terfikir nak bawa Afiz hantar mykad milik Azim ke Kolejnya. Sedari petang lepas solat Jumaat tu sekitar dua jam merancang sampai jam 6:00 petang baru Afiz buat keputusan. Okey jadi ikut. Kira udah dapat lampu hijau dapat lesen kembara jauh dari Husna isterinya.

Mila pula udah nak maghrib baru kasi tahu dia ada seminar di pagi Sabtu; aku yang lupa sebenarnya. Dia pernah kasi tahu aku kena hantar dia ke seminar tu. Bila wsapp Azim dia pula ada kelas pada hari Ahad. Tak boleh keluar bermalamlah tu.

Angka 4 cina benci, 14hb. Huh ini betul-betul kembara 666. Dah janji dengan Afiz keluar awal pagi. Sebab nak kembara jauh ke dalam dusun Tekam. Terhalang. Entah jam berapa baru boleh bertolak sebab agenda Mila di Shah Alam sampai jam 1:00 tengah hari.

Cuma bila aku buka booking dot com ada tawaran RM80 di Felda Residence Tekam di malam minggu. Aku tempah dua buah chalet; tak baca sangat syarat atau kemudahan yang ditawarkan. Tak sangka pun ada syarat udah berubah.

Main tempah melalui internet kena hati-hati. Selalunya ada syarat terlindung atau Java Skrip yang boleh memerangkap anda. Kena peka & terbeliakkan biji mata betul-betul.

Aku pernah terkena dengan Agoda dot com; bila TUKAR tempahan duit tetap disedutnya duit dari kredit kad. Bukannya batalnya... tulis dalam Java Skrip jika batal yang duit akan hilang. Ini tukar bilik lagi mahal pun udah jadi isu. AWAS.

Selalunya nak batalkan tempahan ada tempoh harinya; lambat batal memang tetap kena bayar. Penat memohon semula jika duit udah kena sedut dari kad kredit. Sekitar 3 bulan belum tentu dapat duit itu semula. Ini musibah buat tempahan melalui internet.  Syarat resort atau hotel berbeda-beda, sementelah syarat kompeni atau ejen tempahan penginapan melalui internet ini memang boleh memerangkap duit hilang; hati-hati. Bercanggah dengan syarat atau polisi penginapan yang ditempah.

Aku udah berpatah arang dengan Agoda dot com. Banyak cikadak empunya ejen. Agoda dot com ini tamak & anggap pelanggan mereka ini macam cop duit. Mereka ada pra-syarat tersendiri licik, silap baca atau teliti syarat tempahan bawa peguam mana pun pelanggan tetap salah & terkena.

nota:
Dedor Bahasa Perak bermaksud lesu rasa nak demam penat.

- bersambung


Tiada ulasan: