iDAN

18 Oktober 2016

Kembara Asing 666 iii.


Kembara Asing 666 iii.

Aku baru saja pandai guna WhatsApp Web (wsapp wep). Hatta rajinlah aku mesej Azim sebab dia lebih rapat dengan wsapp banding FB. Minggu depan dia kata mungkin balik sebab cuti pada Senin sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang sebab nak ambil mykadnya tertinggal di Jenaris. Jika tak balik minggu ini mungkin sebulan lagi baru balik Jenaris.

Sebulan bagiku memang lama tak jumpa anak bongsuku ini. Dia yang rapat denganku. Lalu aku terfikir biarlah aku yang hantar mykad Azim & bawa sekali Anif anak sulongku serta keluarganya bercuti sekitar Jengka. Pastinya aku bercadang nak menginap di Felda Tekam Residence sebab telah dua kali aku bermalam di sini. Menarik & seronok.

Kenapa? pastilah sebab santai lagi murah, malahan ada sarapan percuma yang  memang sedap belaka. Persekitaran di Felda Tekam Residence ini damai suasana dusun. Teringin nak bawa cucu mandi manda, berkelah malah jika musim buah boleh petik buah-buahan. Boleh buat aktiviti lain seperti masuk ke gua, memanah, berbasikal juga ke pasar malam di Bandar Pusat Jengka yang murah & banyak juadah kampung sukar ditemui.

Tarikan ke Jengka ini begitu kuat bagiku. Pertama kali aku menyewa di sini tempah melalui internet RM90 chalet ada 4 tilam satu katil kelamin dua katil bujang; harga asal sekitar RM200 siap ada sarapan. Tempah melalui Booking dot com tak ceritera yang sarapan hanya untuk berdua. Mungkin sebab ada potongan yang memang murah. Tapi okeylah tak mahal mana pun sarapan bagi seorang dewasa RM15 kanak-kanak RM10 memang berbaloi; masa ini masih bulan Syawal, juadah disediakan bagaikan hotel 5 bintang; Persekitaran di Felda Tekam Residence ini tak sila Resort 3 bintang. Juadahnya dari ketupat rendang pelbagai juadah lain. Suka sangat. Semua ada sedap belaka. Memang tak mungkin ditemui di tempat lain.

Sarapannya jenis bufet bukan hidangan. Makanlah sepuasnya. Ini memang satu tarikan bagi semua pelancong ke sini. Selain dapat melihat suasana dusun Jengka yang permai dapat pula rasa juadah yang memang menyelerakan. Ini benar-benar dikatakan menikmati hidup.

Kami menginap berempat masa pertama kali tidur di sini. Aku Mila Aim & Anif.  Azim & Anif dapat potongan harga masa sarapan pagi; aku & Mila sarapan percuma.

Azim & Anif sempat belajar memanah & kami sekeluarga pergi ke Gua Kota Gelanggi, Gua Terang Bulan, masa tu hari raya staf di sini yang jaga gua bercuti. Aku puji akan staf sini; antaranya Shaiful Gua yang begitu baik & ramah. Dia yang kasi semangat... elok sesekali rasa pengalaman masuk ke gua. Wah memang kenangan ke gua yang tak dapat kami lupa.

Aku sekadar nak hantar Azim atau melawat dia di Jengka, tidur di sini sebab tertarik dengan promosi booking dot com; sebelum ini aku tidur di Jerantut Hill Resort nun jauh di atas bukit okey juga. Cuma jauh dari kolej Azim.

- bersambung



Kali pertama ada sarapan tempahan melalui booking dot com RM90, kali kedua ada sarapan tempah secara talian terus sy telefon ke Felda Tekam Residence... masa tu sy tidak pun tanya bab sarapan; sebab udah tahu mesti ada sarapan sekali... kira murahlah RM80; sy Mila & Azim tidur di bilik famili... tapi masa menginap di sana TETAP ada sarapan untuk berdua orang sy & Mila; Azim dapat potongan harga; makan macam musim hari raya dulu ada banyak pilihan makan cara bufet.

Apa jadi kali ketiga menginap di sini... jeng jeng jeng

- bersambung

Tiada ulasan: