iDAN

07 Julai 2009

Bukan Senang Nak Senang (Singgahsana)

Bolehkah seseorang itu nak jadi kaya dengan berharapkan cabutan bertuah, berjaya dalam peraduan Esso, Shell atau Petronas. Atau dapat hadiah Cabutan Bonanza Sijil Simpanan Nasional, atau lagi besar angan-angan dengan menikam nombor ekor, 4 digit atau Toto. Sekim cepat kaya, Saham Amir, gores & menang. Jualan langsung atau MATA. Jualan susu atau Amway. Jualan ubatan atau makanan kesihatan berharga ratusan RM, bagiku semua itu menganiaya orang yang memang sakit tambah sakit poketnya.

Huh! jika mahu dituliskan di jurnal ini bab bebenda aniaya orang memang tidak akan cukup dua tiga muka surat. Banyak faktor yang dapat kita kesan kenapa ramai terperangkap dengan panggilan atau iklan cepat kaya ini. Yang pasti pihak yang mengiklankan semua ini mahukan keuntungan besar. Kita pula jadi mangsa lantaran tidak dapat mengekang nafsu ingin cepat kaya.

Seharusnya di jiwa kita telah tertanam satu kesedaran yang utuh. Bukan senang nak senang. Cabut-cabutan dalam agama Islam memang ditengah. Selalunya mesti ada pihak yang rugi jika kita mengamalkan sistem cabutan undi. Sebagai contoh terdekat tanyalah diri & rakan anda, berapa kalikah kita mendapat laba dengan sistem cabutan. Sebagai contoh kecik cabutan bertuah, tidakkah sering terjadi orang yang sama sahaja yang mendapat hadiah lumayan. Kalau di Kejut. mesti Mustaff Mohd Yusuff. Dah dia yang asyik bertuah... kita ini mandi di tujuh kolah masjid pun belum tentunya hilang sialnya. Diri kita atau rakan baik anda sungguh belum tentu. Sial selalu. Sedangkan jika kita menggunakan sistem atau konsep yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, “Muafakat itu membawa berkat” , ikut giliran atau pembahagian sama rata, rasanya tidak siapa pun yang terasa terkilan atau kecil hati.

Begitu juga mencari rezeki, biarlah seimbang agihannya bilamana mendapat laba dari usaha bersama; jangan ikut status. Jika awak kumpulan A lain agihannya, jika awak kumpulan B lain agihannya, yang menjadi mangsa adalah kumpulan D, kasta paling rendah sering amat tiada pembelaan. Itu sistem makan gaji. Maka itu dalam Islam jelas menyarankan kita agar berniaga. 90% punca rezeki adalah perniagaan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa 90% punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Itu jelas.



Tetapi ingat bukan semua barangan boleh diperniagakan. Yang nyata arak, makanan tidak halal & perkara yang dilarang & diharamkan agama Islam tidak boleh diniagakan. Sebagai contoh ilmu agama malahan sebahagian ilmu duniawi juga tidak yang boleh diniagakan, sekadar mengambil upah seadanya mungkin itu tidak sampai terlarang. Tetapi apa jadinya jika semua pusat ilmu atau universiti mengenakan bayaran yang sampai menyusahkan rakyatnya sendiri. Ini yang perlu diperbetulkan. Perlu amat dipost mortem bukan Manohara sahaja kena post mortem.

Kita kembali kepada sejarah Islam berkembang, ianya memang langsung tidak terdapat atau kita temui baik Nabi atau sahabatnya menjadi orang kayaraya, orang hartawan, mahligai sampaikan segah Taj Mahal lantaran memperdagangkan ilmu. Malahan sahabat Rasulullah SAW dari seorang hartawan pun mereka menjadi miskin mencurahkan hartanya kerana mahu mengembangkan Islam. Mahu mengembangkan nur atau Pendidikan Islam itu.

Pendidikan Islam dijalankan secara terbuka. Masjid menjadi sekolah pertama dalam system Pendidikan Islam dengan pembinaan masjid Quba dan masjid Nabawi. Pendidikan lebih sistematik dan formal setelah al-Suffah dibina iaitu sebuah serambi bersambungan dengan masjid. Al-quran menjadi asas Pendidikan Islam termasuk seni khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa asing. Utusan dakwah dan politik di hantar ke Negara-negara asing seperti Yaman, Rom, Mesir, Habsyah dan Parsi untuk mengembangkan Pendidikan Islam

Jika kita ke Madinah apakah terdapat tapak atau banglow untuk para ilmuan atau Tok Guru Islam zaman Rasullullah SAW?. Cubalah kita banding golongan ilmuan kita. Bukanlah dengki sebab mereka terpilih jadi insan pandai tetapi munasabahkah atau setimpalkah. Sedangkan kita membantu mereka tak lebih bagaikan hamba abdi mereka semata. Pengabdian secara moden.



Saya pernah berdebat masalah ini dengan golongan ini lantaran saya tidak nampak keadilan dalam mengagihkan kebajikan. Saya tak minta pun gaji mereka, mereka bayar zakat ke tidak apa hak saya bertanya. Senang sahaja mereka mematahkan hujah saya. Cuma dengan ayat ini.

"Kenapa awak tak belajar sampai pandai macam golongan kami!" Terkedulah saya.

Ayat ini keluar dari mulut golongan JIM. Orang yang menyebut ayat ini pasti tersenyum jika membaca catatan ini. Dalam hati saya berkata satu perkataan yang tidak sedap dilafazkan. Siapa tenguk filem hindustan Khushi pasti ingat bagaimana ayah Khushi&Lalit susah amat ingat perkataan ini. Laman Khushi



Al-quran itu adalah asas Pendidikan Islam, segala ilmu boleh kita temui di dalam Al-quran. Maka itu sudah pasti jika kita memandang kepada matlamat kehidupan sebenar, Bahasa Arab itu lebih penting kita pelajari berbanding Bahasa Inggeris yang menjajah & menghancurkan sistem perundangan Islam kita.

Banyak negara maju mengambil iktibar dari sejarah kebangkitan Islam, tidak mengenakan terlampau mahal atau tinggi yuran atau bayaran bagi pendidikan rakyatnya. Ambil contoh Jepun & Jerman. Semua yang pernah menuntut di sana pasti mengakui akan pandangan saya ini. UK & US adalah penjajah maka itu Pendidikan Barat ini amat mahal. Kenapa mesti mahu mengikut arah mereka. Seharusnya kita ada tekad untuk mengembangkan ilmu agama pun ilmu duniawi dari kita, cara amal, cara jihad yang menjamin kehidupan kita di akhirat kelak.

Kenapa mesti kita biarkan anak kita terusan berhutang lantaran mahu mengejar ilmu. Sistem Pendidikan Negara ini seharusnya digubal & kaji semula. Apakah anak peribumi hanya akan bergantung dengan MARA & beberapa institusi kerajaan yang murah kadar bayarannya. Kenapa mesti IPTA menjadi tempat golongan orang berada & berkemampuan sahaja yang dapat belajar, sedangkan ianya milik kerajaan. Lagi kita sedih pergilah tempat bekas saya berkerja Fak Kejut UPM. Pergi selidik anak bangsa mana yang ramai. Sejak lebih dari tiga tahun lalu. Bila dipersoalkan kenapa bangsa Melayu atau Bumiputera kian berkurangan; kita dipersalahkan malahan bangsa kita menyalahkan bangsa sendiri, malas belajarlah, tak sungguh-sungguhlah, CGPA pelajar Melayu & Bumiputera rendah amatlah, kami mahu pelajar terbaiklah!.

Lihat peristiwa 06/07 ini bagaimana anak-anak kaum ini berbalahan dengan kaum Melayu lantaran mereka begitu ramai & begitu taksub dengan perjuangan haram kesatuan mereka di kampus. Lagak mereka samalah mahukan ujud kongsi gelap di IPTA kita. Maafkan aku jika catatan ini seolah-olah menghasut, ini adalah fakta terheboh di seantero dunia.

Sila Klik video klip di YouTube ini.

Samseng di UPM


Tanpa kita memikirkan persekitaran pembelajaran anak-anak kita di kampung-kampung, di perdalaman & daerah yang memang kurang bantuan belajar. Aku sungguh yakin jika anak Orang Asli atau Melayu Miskin yang sekadar sederhana CGPAnya diberikan peluang belajar di IPTA paling tidak mereka boleh menyaingi bangsa yang kita banggakan pecapaian CGPAnya. Silap-silap mereka juga boleh jadi pelajar cemerlang. Apa bangsanya kita ini tidak langsung mempertimbangkan langsung kuato semata-mata mahukan merit.

Cubalah kita ke YouTube bagaimana sedihnya seorang ayah anak Orang Asli yang layak ke universiti tetapi tidak mampu mereka membiayai anaknya. Di sudut moral pun rasanya kaum kita & bumiputera jauh lebih bersopan. Lihat YouTube ini bagaimana beraninya kaum ini bila hak mereka diganggu gugat.

Bagaimana kumpulan pelajar yang CGPAnya melangit tinggi ini amat berani menuntut hak mereka bilamana komputer ribanya dirampas Pegawai Keselamatan UPM untuk siasatan.

Pelajar serang pegawai keselamatan UPM


Apakah golongan terpinggir ini mahu kita ketepikan di arus pembangunan. Sedangkan merekalah peneroka awal menjaga bumi ini. Mengekalkan khazanah hutan kita yang kaya dengan perbagai ubatan, ulaman, herba, pokok untuk wangian, malahan fauna yang amat bernilai harganya. Sila klik ke sini jika mahu melihat kesedihan hidup mereka. Bukan setakad orang Orang Asli malahan masih terlalu ramai orang kampung kita Orang Melayu yang miskin tertekan dengan masalah tingginya untuk membiayai anak-anak belajar di pusat pengajian tinggi. Universiti milik kerajaan sekalipun. PTPTN sekadar menampung tapi perlu diingat ianya pinjaman yang ada mengenakan faedah bukan percuma.

Sila Klik; paling menarik ialah Siri 3.

The REAL Malaysia 1 of 6



Yang kita di bandar banyak duit gila mahu cepat kaya tanpa memikirkan saudara kita di rimba menderita. Yang kita kejar adalah projek berjuta RM, malahan kita pening mendengarnya pemimpin yang bangsanya sama dengan kita bangsa Melayu sebut projek berbilion RM, golongan marhaen ini sekadar meminta tak sebanyak mana bantuan kenapa kita tidak hulurkan.

Maka akan berkatalah kita, mana ada semuanya percuma sekarang ini, kenapa mahu bergantung dengan tongkat, kenapa asyik tanya subsidi; nak ke tandas pun kita kena bayar. Silapnya kita terlalu menyerah, sedangkan golongan kenamaan, kroni yang kayaraya ini kena tahu, berak mereka pun tak guna tangan lagi membasuhnya; picit punat saja ada air yang keluar dari tandas betul-betul kena kat anu kita. Anda ada jumpa tak tandas macam ini.

Golongan kasta A atau golongan kayaraya ini sebenarnya guna prinsip & falsafah ini.

"Orang bodoh jadi makanan orang cerdik" Ini falsafah barat. Falfasah ini yang mereka pakai. Tanyalah orang makan gaji, berapa ramai majikan yang faham masalah golongan marhaen ini. Yang nyata mereka mengarah sahaja, cuba hilangkan satu keping surat penting mereka, terutama surat untuk promosi kenaikan pangkat mereka. Pasti kita kena halau. Begini juga golongan sokongan atau kumpulan C, cuba usik pelajar untuk penyelidikan mereka. Mahu tak kena siat awak semua. Maka itu aku tak sanggup lagi duduk dengan golongan begini.



Jika aku mendapat pilihan aku suka dengan golongan miskin, Orang Asli yang lebih prihatin & mendamaikan jiwa kita mendekati mereka. Golongan ini tak mungkin menyumpit kita tetapi golongan kayaraya di kota ini bila-bila masa akan menggesel kapcai kita, kalau pun tidak dengan kereta mewah mereka mungkin lori milik mereka. Mati katak kita. Untuk kita sama-sama naik kereta mewah bagi tujuan & masalah harian kita... bilakah agaknya.

"iDAN Pak Lah telefon... dia nak ikut awak ke Jalan Pasar keretanya sedang tunggu kau di foyer tu!... cepatlah" Kau ngingau ke apa iDAN.

Memang bukan senang nak senang.

Nota

Cumulative Grade Point Average (CGPA)


the formula to calculate CGPA :
[ total of ( credit hours X score ) ]/ Total credit hours
score for A = 4, B = 3 and so on..

1 example:
the 1st result u got is
A for 4 credit hours subject
B for 3 credit hours subject
D for 4 credit hours subject

CGPA = ( 4x4 + 3x3 + 1x4)/ ( 4+3+4) = 2.9

and u resit for the 3 subject that got D. assume that u got A but the previous credit hours will be included as well

new CGPA = ( 4x4 + 3x3 + 1x4 + 4x4 )/ ( 4+3+4+4) = 3.214

the example shows quite high increment as the credit hours u earn is not so high yet. but when u keep on studying, the credit hours will increase, and the score effect to the credit hours will be smaller and smaller.

that's y we need to score the 1st few sem or 1st year. mostly the subjects tested in 1st year are easier and the grade effect is very big compared to the senior years..

Terkejut menang RM30,000

SEREMBAN: “Saya tak tahu nak kata apa-apa kerana terkejut dan tidak menyangka sama sekali menang hadiah sebanyak itu,” kata Mohd Zahid Daud ketika ditemui di rumahnya di Senawang, dekat sini semalam.

Mohd Zahid, 42, berkata dia mulanya menyangka panggilan telefon yang diterima kira-kira jam 10 pagi kelmarin adalah panggilan main-main tetapi percaya selepas wakil Shell itu menjelaskan dirinya memenangi wang tunai RM30,000 menerusi Peraduan Menangi Wang Tunai Shell.

Menurutnya, ketika mengisi borang menyertai peraduan itu, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenanginya kerana percaya ribuan orang turut berbuat demikian.

“Malah, saya juga tidak lagi mengingati waktu borang itu dimasukkan ke dalam kotak peraduan serta lokasi stesen minyak itu. Bagaimanapun, saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana memenangi hadiah ini dan menyifatkan ia rezeki untuk anak-anak dan isteri.

“Ini adalah pertama kali sepanjang hidup saya memenangi sesuatu peraduan,” katanya selepas majlis penyerahan cek oleh Pengurus Pemasaran Minyak Shell, Eric Lim, di kediamannya di Flet Taman Merpati, Senawang, dekat sini, petang semalam.
Turut sama merasakan saat bertuah itu isteri Mohd Zahid, Ayubi Abdul Aziz, 36 dan dua anak kecilnya serta Pengurus Kanan Tempatan Shell, Foong Lai Pong dan beberapa kakitangan Shell yang lain.

Harian Metro

Tiada ulasan: