|
|
KUALA LUMPUR - Persoalan wujud atau tidak gambar bogel penyanyi jelita, Farawahida Razali, 24, masih menjadi misteri walaupun komposer Julfekar Ahmad Shah telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis.
Julfekar pada Isnin lalu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan berhubung aduan Farawahida bahawa dia menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada komposer tersebut.
Farawahida turut mendakwa Julfekar mengugut menyebarkan gambar bogelnya dalam Internet jika dia meneruskan niat untuk keluar dari syarikat rakaman milik komposer itu.
Ketika disoal siasat, telefon bimbit milik Julfaker turut dirampas bagi membantu siasatan tersebut.
Kosmos
'Saya jahat sangat ke?'
Rap |
SELEPAS puas 'bersembunyi' sejak Februari lalu, pendedahan dibuat penyanyi Farawahida Razali, 24, cukup menggemparkan. |
Secara tiba-tiba, kemelut berlaku antaranya dengan komposer terkenal, Julfekar Ahmad Shah menjadi semakin panas.
Difahamkan Farawahida sudah membuat tiga laporan polis terhadap Julfekar, 45, sebelum ini. Ia dibuat di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Rabu lalu.
Banyak perkara sudah didedahkan media berhubung kemelut pergaduhan mereka. Paling sensasi dilaporkan mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan.
Bukan sekadar 'ugutan' biasa, tetapi membawa kepada membunuh dan menyebarkan gambar serta video lucah penyanyi yang pernah popular dengan lagu Tanpamu itu. Apapun, kisah 'di sebaliknya', ia sudah menjadi kes besar membabitkan polis dan mahkamah.
Bagaimanapun, Julfekar sedia memberi kerjasama dengan polis berhubungan siasatan perkara itu. Malah, pemilik syarikat Millenium Art Sdn Bhd (MASB) yang dinaungi Farawahida selama lima tahun ini turut menyifatkan isu terbabit hanya pergaduhan peribadi, tetapi diperbesarkan.
Rentetan daripada kenyataan balas kedua-duanya yang menjadi topik hangat akhbar kebelakangan ini menyebabkan Julfekar dan Farawahida 'diburu' media untuk mendapatkan perkembangan terkini.
Ikuti temubual wartawan Harian Metro, Norhayati Nordin (yati@hmetro,com.my) bersama Julfekar.
SOALAN (S): Apakah status sebenar Farawahida dengan MASB?
JAWAPAN (J): Farawahida masih mempunyai satu tahun kontrak pilihan, namun dia gagal menyempurnakan perjanjian yang ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.
Malah, dia juga pernah dua kali menghantar surat untuk keluar dari pengurusan MASB dalam tempoh 24 jam pada Februari dan awal Jun lalu.
S: Apakah ada ganti rugi lain yang turut dituntut?
Mengikut perancangan awal, album Farawahida '09 akan menemui peminat di negara jiran itu pada Mac lalu dan saya juga berjaya mendapatkan 10 persembahan untuknya di beberapa kota di sekitar Indonesia. Namun, Farawahida menghilangkan diri sejak 6 Februari lalu.
S: Tidak pernah bercadang untuk mengadakan perbincangan?
J: Dia (Farawahida) terus menghilang tanpa lebih dulu berbincang dengan saya dan pengurusan MASB. Malah, segala usaha untuk berbincang juga menjadi sia-sia apabila Farawahida dan keluarganya enggan bertemu sebaliknya mereka lebih senang berbicara menerusi SMS.
Jadi, bagaimana mahu mencari jalan penyelesaian jika mereka tidak mahu berhadapan dengan saya? SMS tidak akan menyelesaikan apa-apa.
Saya juga sudah terlalu banyak berlembut dengan Farawahida dan keluarganya. Kini, saya tiada pilihan lain kecuali mengambil tindakan undang-undang kepadanya kerana melanggar kontrak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai artis di bawah syarikat MASB.
S: Apakah anda cukup terkilan dengan perbuatan Farawahida?
J: Saya terkilan kerana jasa sepanjang tujuh tahun berusaha mendidik dan menaikkan nama Farawahida dilupakan begitu saja.
Dia (Farawahida) juga membelakangkan kontrak dengan melakukan persembahan tanpa pengetahuan syarikat pengurusan.
Ia terlalu perit untuk diterima apatah lagi ini kali kedua saya menerima nasib yang sama. Tidak mahu nama baik tercemar, tindakan harus diambil supaya tiada pihak sewenang-wenangnya memijak kepala saya. Namun, saya tidak tahu apa masalah sebenar Farawahida.
Ini kerana dia tidak pernah mahu berbincang. Jika dikatakan saya sebagai pengurus tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, itu tidak benar.
Malah, tiada apa yang perlu dipersoalkan kerana sejak 2004 saya menjaga Farawahida dengan baik hingga kerjaya nyanyiannya berada pada tahap selesa.
S: Bagaimana dengan SMS ugutan?
J: Ya Allah...kenapa sampai macam itu sekali. Macam saya ini jahat sangat. Perkara ini terlalu menyedihkan. Saya berasa sudah dizalimi, dikhianati dan dianiaya. Dia tidak fikir pengorbanan yang saya buat untuknya selama ini walaupun albumnya tidak pernah laku.
Saya sentiasa berusaha mahu menaikkan nama dia. Tetapi, adakah ini cara dia membalas jasa saya? Pergaduhan ini sebenarnya kecil, tetapi dia yang tidak mahu bawa berbincang sehinggalah kes ini jadi besar. Adakah semuanya ini sudah dirancang?
S: Mengenai laporan polis, apa yang berlaku?
J: Disebabkan laporan dibuat, saya berada di IPD Petaling Jaya selama lapan jam semalam (kelmarin) untuk disoal siasat. Telefon bimbit saya pun sudah diambil polis dan yang diguna sekarang ini baru dibeli. Jadi, semuanya kini diserahkan kepada pihak berkuasa.
S: Bagaimana dengan pendedahan Farawahida dalam Berita Minggu kelmarin?
J: Itu hanyalah untuk mengalih perhatian daripada perkara pokok iaitu kegagalannya membayar ganti rugi kepada MASB selain menagih simpati masyarakat. Semua tuduhan itu sebenarnya membuka pekung di dada sendiri serta memalukan keluarganya.
Dia tuduh saya pukul dia...tidak benarkan dia solat...halau keluar dari rumah sewa...ajak dia berkahwin dan yang paling serius membuat laporan polis mendakwa diugut untuk menyebar gambar serta video lucah.
Bagi saya, orang ramai boleh menilai sendiri, tidak mungkin saya memukulnya di khalayak ramai seperti didakwa.
S: Sebelum ini pun, anda bermasalah dengan Azharina dan sekarang, Farawahida. Bagaimana situasi seperti ini boleh berlaku kepada artis diuruskan MASB?
J: Saya tidak mahu menjawab soalan yang cuba menjatuhkan saya. Setakat ini, saya sudah memberikan banyak penjelasan kepada media. Semuanya sudah cukup dan tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang pasti, tolong fahami situasi saya.
S: Apa sebenarnya hubungan anda dengan Farawahida?
J: Saya juga tidak mahu menjawab soalan ini. Cukuplah sudah banyak kenyataan saya mengenai perkara ini di media.
Harian Metro
iDAN: Jika tiada gambar lucah & video lucah yang dirakamkan kenapa mesti mahu besar-besarkan isu ini; hingga membuat laporan polis. Mesti peminat Farawahida mahu tahu ceritera sebenarnya.
Perlulah diingat artis itu milik awam, jatuh & bangun seorang artis bergantung kepada sambutan peminat. Maka itu nama baik & moral diri seseorang artis amat penting dipelihara.
Tiada klip video lucah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Deninanbia@hmetro.com.my
PETALING JAYA: Tiada gambar atau klip video lucah penyanyi Farawahida ditemui dalam telefon bimbit milik Julfekar Ahmad, 45, apabila diperiksa polis ketika komposer terkenal itu dipanggil memberi keterangan, Isnin lalu.
Sebelum ini, Farawahida atau nama sebenarnya, Farawahida Razali, 24, mendakwa komposer berkenaan mengugut mahu menyebar gambar dan video lucah yang dikaitkan dengan dirinya. Bagaimanapun, Julfekar mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
Sumber polis berkata, telefon bimbit yang diambil daripada Julfekar ketika lelaki itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Petaling Jaya di sini, untuk membantu siasatan Isnin lalu, didapati tidak mempunyai bukti seperti laporan polis dibuat penyanyi berkenaan, Khamis lalu.
“Walaupun pemeriksaan awal belum menemui apa-apa klip video atau SMS berbentuk ugutan, telefon bimbit berkenaan akan dihantar ke pihak forensik untuk siasatan lebih terperinci.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang dihubungi semalam berkata, kes itu masih disiasat dan terlalu awal untuknya memberi sebarang ulasan.
Ditanya sama ada polis menemui klip video lucah atau SMS berbentuk ugutan dalam telefon bimbit milik komposer berkenaan, beliau sekadar memberitahu polis masih menyiasat kes itu.
“Saya tidak mahu ulas panjang lebar, tapi siasatan masih diteruskan sehingga polis benar-benar berpuas hati,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan.
Polis sebelum ini mengambil telefon bimbit dan merekodkan keterangan Julfekar kira-kira lapan jam, Isnin lalu, berhubung dakwaan ugutannya mahu menyebarkan video serta gambar lucah penyanyi Farawahida.
Julfekar dalam kenyataannya sebelum ini, mengakui polis sudah memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung laporan dibuat Farawahida, baru-baru ini.
Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
Kemelut antara kedua-dua mereka bermula apabila Julfekar yang juga pemilik Millenium Art Sdn Bhd (MASB) mendakwa Farawahida yang masih mempunyai setahun kontrak pilihan, gagal menyempurnakan perjanjian ditandatangani apabila menyepikan diri sejak Februari lalu.
Farawahida membuat empat laporan polis dengan terbaru pada 1 Julai lalu di IPPD Petaling Jaya, mendakwa Julfekar mengugut mahu mengedar gambar dan video lucahnya.
Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan