|
|
KUALA LUMPUR - Selepas lama membujang, pintu hati penyanyi kumpulan KRU yang kini bergelar usahawan berjaya, Norman Abdul Halim akhirnya terbuka untuk mendirikan rumah tangga.
Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad secara eksklusif mengesahkan kepada Kosmo! bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada 7 Ogos ini.
Wanita pilihannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif KRU International, Shireen Hashim, 44, yang tujuh tahun lebih tua daripadanya.
Norman, 37, dan Shireen akan dinikahkan selepas solat Isyak di Masjid Saidina Ali, Bukit Damansara di sini pada tarikh tersebut.
"Berita saya akan berkahwin itu betul, memang saya dan Shireen serta keluarga sudah memilih tarikh perkahwinan. Insya-Allah, ia akan berlangsung pada 7 Ogos ini," kata Norman.
Shireen
iDAN: Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi, faktor umur sebenarnya bukan penghalang, pesananku kepada Norman kena cepat menimang cahayamata lantaran faktor umur ini akan menghalang memiliki ramai cahayamata. Semoga pasangan ini akan bahagia hingga ke akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan