iDAN

05 Julai 2009

Isteri Akhil Maizawati Zainal (Hiburan)

terjun dalam industri hiburan | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families,

Gambar Maizawati Zainal, Isteri Akhil HayyGambar Terbaru Maizawati Zainal, Isteri Akhil Hayy

SEPERTI yang diketahui, Maizawati Zainal, 33, pernah memberitahu yang dia merupakan surirumah ketika ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.

Memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan, ada sumber mendakwa isteri penyanyi dan pendakwah Akhil Abdul Hai atau Akhil Hayy, 40, ini akan ditawarkan bergelar pengacara TV di salah sebuah televisyen swasta tidak lama lagi.

Ditanya kepada Maizawati atau mesra dengan panggilan Maiza ini berhubung hal itu, dia bagaimanapun menafikannya.

“Saya tidak pernah mendapat tawaran atau hadir ke ujibakat untuk bergelar pengacara TV."

“Jika diikutkan, saya juga tidak mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan, jadi bagaimana saya boleh hendak menceburi bidang itu,” ulasnya menjawab dakwaan itu ketika di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh semalam.

Jelas Maiza yang bukan berniat untuk membangga diri tetapi sebaliknya menjelaskan keadaan sebenar: “Kalau nak tahu, saya pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon, pengacara dan model sejak berada di sekolah menengah lagi tapi waktu itu saya tolak sebab tidak berminat.

“Kalau betul saya nak ceburi bidang ini, dah lama saya buat dan bukannya sekarang. Lagipun, saya lebih suka bekerja di belakang tabir. Sebelum ini, saya pernah membantu Abang Akhil membuat kerja belakang tabir dalam program Cafe Akhil Hayy.”

Maizawati menjelaskan, jika berpeluang dia akan mempertimbangkan cadangan untuk bekerja dalam industri ini itupun jika karier itu tidak menganggu perjalanan hidupnya dengan anak-anak.

"Apa-apa pun saya mahu lebih utamakan anak-anak dahulu. Jika perkara itu tidak menyusahkan mereka, Insya-Allah saya akan pertimbangkan," ujarnya sambil tersenyum.

Ustaz Akhil Abdul Hai dan Maizawati Zainal | PERKAHWINAN artis MALAYSIA, news, scandal, gossip, Weddings, Families, Divorces of Celebrities

kes cerai gambar,Maizawati Zainal, isteri Akhil HayyUstaz Akhil meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh
dengan senyuman semalam


SEBELUM ini penyanyi rock Akhil Hayy atau Akhil Abdul Hai pernah berjanji untuk memberi komen berhubung kontroversi rumahtangganya dengan Maizawati Zainal semalam.

Ini kerana semalam merupakan tarikh sebutan kes cerai Akhil dan isterinya itu.

Sebelum ini juga Akhil lebih banyak mendiamkan diri dan memberitahu media ‘apa-apa pun tunggu tarikh 2 Jun ini.’

Namun, selepas Mahkamah Rendah Syariah Ipoh memutuskan kes ‘kebenaran cerai’ yang difailkan oleh Maizawati dibawa ke 15 Julai depan, Akhil yang sepatutnya memberikan kenyataan kepada media bagi menjelaskan tentang isu tersebut telah memungkiri janjinya.

Ustaz rock yang dikaitkan dengan penyanyi Waheeda itu seakan-akan mengerti yang media telah berkumpul di luar untuk menyerbunya pada bila-bila masa itu keluar dari mahkamah sambil dikawal oleh dua orang lelaki.

kes cerai gambar,Maizawati Zainal, isteri Akhil HayyAkhil terus keluar dari dewan mahkamah sambil dikawal oleh dua orang lelaki seolah-olah seperti pengawal peribadinya.

Sambil tersenyum, dia hanya berkata ‘tiada apa-apa untuk dikomen’.

Selepas itu, apabila diasak dengan pelbagai soalan lagi, dia berkata, “Saya akan lakukan perbincangan secara makruf kerana saya rasa hal ini telah menjejaskan kredibiliti saya sebagai pendakwah. Saya hanya follow the flow. Saya harap keputusannya positif.

“Saya minta media tidak membesarkan isu ini. Mungkin lepas ini akan timbul masalah lain.”

Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."

Temubual yang dibuat dalam keadaan ‘kejar-mengejar’ itu bagaikan merungsingkan Akhil apabila dia terus diasak dengan beberapa soalan lagi.

Lantas, dia terus mengeluarkan kata-kata sinis yang tidak pasti ditujukan kepada siapa, “Mungkin hari ini hari aku, hari korang esok lusa siapa yang tahu.”

kes cerai gambar,Maizawati Zainal, isteri Akhil HayyMaizawati bersama lima orang anaknya

Akhil hadir bersama rakan-rakannya bersama kereta proton Wira berwarna hitam hadir di mahkamah agak lambat daripada sepatutnya sehingga Hakim Syarie Mohd. Ridhuan Yusof membuat keputusan untuk menangguhkan kes itu buat sementara waktu pada pagi tadi.

Sejam selepas itu, barulah dia muncul dengan berbaju hitam sepadan dengan warna jubah moden yang dipakai oleh Maizawati.

Bagaimanapun, mereka dilihat tidak sempat bertegur sapa sehingga kes tersebut selesai pada hari ini.

Akhil juga menolak kehendak media untuk merakamkan gambarnya bersama anak-anaknya yang turut hadir bersama Maizawati.

Katanya pendek, “Lain kalilah..”

Sementara itu, Maizawati yang hadir bersama lima orang anaknya dan seorang wanita meninggalkan kawasan mahkamah dengan menaiki kereta Gen 2 berwarna oren selepas memberi peluang kepada media merakamkan gambarnya bersama anak-anak.


Maizawati Patah Tangan, Kandungan 5 Bulan Selamat, Gosip Mati Tidak Betul!

Awal tahun kami dipenuhi dengan cerita serta gosip liar yang boleh mengundang masalah, free-free kena saman kalau tak check betul-betul. Gigil kami dibuatnya!

Sekitar 31 hb, kami dikejutkan dengan cerita Maizawati yang terlibat dalam kemalangan, dan meninggal dunia. Memang mengejutkan, sebab tiada akhbar yang melaporkan apa-apa berkenaan dengan Maizawati. Nasib baik, tidak sampai sejam akhbar Mstar melaporkan bahawa Maizawati cuma patah tangan, dan kandungannya selamat walaupun mengalami sedikit pendarahan.

Dia selamat menjalani pembedahan, besi dimasukkan ke tangan kiri. Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu oleh Maizawati terbabas melanggar sebuah kereta apabila sebuah Proton Wira membelok ke selekoh secara tiba-tiba .

Maizawati akan ditahan di Hospital Permaisuri Bainon sehingga 4 Januari ini. Nampaknya, awal tahun Maizawati tidak begitu mengembirakan dengan gosip liar melampau, namun kami pasti setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Tiada ulasan: