iDAN

05 Julai 2009

Keluarga dakwa tuntutan saman tidak masuk akal (Ceritera)


KUALA LUMPUR: “Ia mengarut!” kata Daisy Fajanina, ibu kepada Manohara Odelia Pinot, 17, mengulas saman difailkan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra terhadap anaknya itu.

Menurutnya, saman itu nyata mengarut berikutan dia sekeluarga masih hidup dalam keadaan serba kekurangan dan susah seperti sebelum Manohara menikahi Tengku Muhammad Fakhry.

Mengenai saman Tengku Temenggong Kelantan menuntut Manohara kembali taat kepadanya, Daisy berkata: “Tuntutan kembali taat adalah seperti tidak masuk akal kerana anak saya, Monohara didera ketika mereka bersama... bagaimana dia hendak taat kepadanya?”

Semalam, peguam Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari, mewakili Tengku Temenggong Kelantan, memfailkan saman tuntutan kembali taat dan hutang RM972,750 terhadap Manohara.

Saman tuntutan kembali taat difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kelantan mengikut Seksyen 8 (a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002, jam 11.50 pagi.

Manakala, tuntutan hutang RM972,750 difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, mengikut seksyen dan enakmen yang sama.

Mengulas lanjut, Daisy yang dihubungi di Jakarta malam tadi berkata, tindakan saman itu keterlaluan selain bertujuan mengganggu kehidupan anaknya yang kini semakin baik selepas dia kembali ke pangkuan keluarga di Indonesia.

Dia mendakwa tindakan Tengku Muhammad Fakhry bertujuan menutup salah dirinya sendiri selain memerangkap Manohara supaya kembali ke pangkuannya.

“Tuntutan saman itu memang keterlaluan. Mana tidaknya, setahu saya, Manohara tidak pernah berhutang dengannya.

“Dulu dia (Monohara) adalah isterinya (Tengku Muhammad Fakhry) dan semua yang dibelanjakan adalah tanggungjawab Tengku Muhammad Fakhry,” katanya.

Daisy Fajanina berkata, tuntutan hutang dikemukakan Tengku Temenggung Kelantan RM972,750 itu juga mengejutkan keluarganya.

Ketika wartawan Harian Metro cuba mendapatkan kebenaran berbual dengan Manohara, Daisy agak keberatan dengan memberikan pelbagai alasan termasuk mendakwa anaknya `sedang bekerja’.

Harian Metro

Ibu didakwa ganggu rumah tangga

KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakry Petra Sultan Ismail Petra, semalam mendakwa pada peringkat awal perkahwinan dengan bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, 17, rumah tangganya bahagia dan harmoni tanpa sebarang masalah.

“Ini dapat dilihat melalui program dihadiri dan sentiasa kelihatan bahagia. Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, ibu defendan (Manohara) beberapa kali membuat kenyataan akhbar di Indonesia yang bersifat fitnah sehingga menjejaskan rumah tangga,” kata Tengku Muhammad Fakry, 31, selaku plaintif dalam saman tuntutan kembali taat yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Tuntutan saman itu difailkan plaintif melalui peguamnya, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari di depan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini, Fazlina Mohd @ Mohd Nor, jam 12.15 tengah hari.

Kira-kira lima minit sebelum itu, Tengku Muhammad Fakhry turut memfailkan saman pertama iaitu menuntut Manohara selaku defendan membayar semula hutangnya hampir RM1 juta yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah di hadapan Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Berdasarkan tuntutan saman itu, pada 31 Mei lalu, ketika plaintif dan defendan berada di Singapura kerana melawat ayahanda plaintif yang juga Sultan Kelantan yang gering dan menerima rawatan di sebuah hospital, defendan atas inisiatif sendiri pulang ke negara asalnya tanpa kebenaran plaintif.

Sejak tarikh itu, defendan tidak pulang ke pangkuan plaintif sebagai suami yang sah, malah defendan dan ibunya melalui media di Indonesia mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Tindakan itu mencemarkan nama baik plaintif dan Kerabat Diraja Kelantan pada mata rakyat jelata dan institusi diraja Malaysia.

Harian Metro

Manohara memfitnah Tengku Muhammad Fakhry di YouTube

Tiada ulasan: