KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry hari ini memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot.
Tuntutan hutang RM972,750 - wang yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal kembali setia pula difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.
Saman tuntutan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002.
Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty. Tuntutan difailkan melalui peguam Tengku Muhammad Fakhry, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari pukul 12 tengah hari tadi.
Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.
Zainul turut memfailkan permohonan interlokutori untuk memohon menyampaikan saman di luar bidang kuasa mahkamah kerana Manohara kini berada di Indonesia.
Terdapat empat cara saman tersebut boleh disampaikan iaitu secara kendiri dan kedua menggunakan Kedutaan Malaysia di Indonesia.
Cara ketiga ialah dengan mengiklankan saman tersebut dalam akhbar harian Indonesia dan yang terakhir menghantar saman dengan menggunakan pos berdaftar kepada defendan, kata Zainul.
Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.
Pasangan diraja itu berkahwin pada 26 Ogos 2008.
PINJAM WANG
Dalam tuntutan samannya, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa Manohara telah meminjam sejumlah wang untuk membeli jam tangan jenama Audemars Piguet bernilai RM174,000.
Plaintif mendakwa defendan turut meminjam wang berjumlah RM164, 500 untuk kegunaan peribadi Manohara atau ibunya sebelum pasangan diraja berkahwin.
Selain itu, plaintif turut mendakwa sepanjang tempoh perkahwinan mereka, defendan juga pernah meminjam wang daripada plaintif dengan tujuan untuk kegunaan peribadi defendan atau ibunya berjumlah RM634,250.
Menurut Zainul, sebelum ini Manohara telah diberikan tempoh hingga 2 Julai untuk kembali ke pangkuannya.
Bagaimanapun defendan telah membuat kenyataan pada satu sidang media di negaranya menyatakan dia enggan kembali.
Sebelum ini dilaporkan Tengku Muhammad Fakhry mengarahkan Manohara kembali taat kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri yang dituntut syarak dan tugas Cik Puan Temenggong Kelantan seperti diperakui undang-undang.
Manohara melarikan diri ke Indonesia ketika mengikut suaminya ke Singapura menziarahi Sultan Kelantan di Hospital Mt Elizabeth pada 1 Jun lalu.
Sekembalinya ke Indonesia, Manohara memberitahu media negara itu dia didera suaminya secara fizikal dan seksual sepanjang berada di negara ini.
TINDAKAN
Ketika ditanya apakah tindakan lanjut yang akan diambil terhadap defendan, Zainul berkata: "Untuk kes syariah, setakat ini itu sahaja. Kita lihat kepada respons."
"Kita akan serahkan saman kepada Manohara. Kita akan lihat Manohara datang atau tidak," katanya.
"Jika benar dia mempunyai pembelaan datanglah ke mahkamah pada 2 Ogos nanti dan beri persepsi beliau tentang supaya beliau diberi hak untuk mendengar kesnya," katanya.
Mengulas lanjut megenai isu berkenaan, Zainul berkata, plaintif dan defendan perlu hadir pada hari perbicaran.
"Jika pihak plaintif gagal atau enggan hadir setelah saman disampaikan mahkamah boleh menjalankan perbicaraan sebelah pihak sahaja," katanya.
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/
iDAN : Pada awal mengamati ceritera Mano ini sememangnya kita rasa simpati, mana tidaknya ketika usia 15 tahun telah dinodai oleh kerabat di Raja. Bagaikan ceritera bangsawan zaman dahulu lagak skripnya. Rakyat marhaen berhadapan dengan putera raja yang zalim.
Apabila terlalu mendapat liputan meluas media di Indonesia aku rasa kasihan Tengku Muhammad Fakhry terusan diaibkan seolah-olah dia adalah putera raja yang rakus, gelojoh, gila seks tanpa dapat pun bersuara, jauh sekali dapat membela diri. Apatah lagi membaca blog di alam maya yang ditulis oleh warga Indonesia. Amat berat sebelah, mereka telah menjatuhkan hukum 70 tahun penjara terhadap Tengku Muhammad Fakhry; belum pun lagi terbukti bersalah.
Malahan pada peringkat awalnya hampir seminggu si Mano ini begitu aktif, diarak ke hulu ke hilir sampaikan tidak sempat ke balai polis membuat laporan & post mortem yang dia benar-benar didera. Hinggakan peguam yang mahu membelanya menarik diri. Menuduh ibunya Mano: Daisy Fajarina ini payah berunding & lagaknya mahu jadi pelakon filem. Malahan di YouTube dapat kita tonton ulasan seorang doktor pakar yang jika dia tidak pergi sekitar seminggu mana mungkin dapat mengesan secara sah akan kesakitannya atau tanda penderaan sebenar.
Pastinya kita tertanya-tanya kenapa dia begitu leka dengan publisiti hingga mengabaikan hak diri agar terbela. Tetiba selang beberapa ketika setelah peguam yang pertamanya menarik diri terpapar pula akan bukti kononnya dia telah pun mendapat pengesahan laporan kesihatan doktor; dibela pula bukan seorang dua peguam yang lain. Ramai banget peguam mahu membelanya.
Yang menariknya ada peguamnya terlalu emosional membela Mano, sampaikan mempersoalkan kepada wakil kerajaan Kelantan dengan soalan keanak-anakkan. Seperti apakah wakil tersebut 24 jam bersama pasangan di raja tersebut maka tahu mereka sentiasa bahagia. Sedangkan jika kita kebalikan soalannya. Dia sendiri apakah 24 jam bersama Mano & seolah-olah kata-kata Mano benar belaka. Kelukaan di tubuh Mano seolah-olah dia sendiri nampak suaminya yang mendera di depan matanya. Bagikan telah sahih benar kecederaan di tubuh Mano angkara suaminya.
Sedangkan doktor pakar yang memeriksa tubuh Mano sendiri tidak pasti buatan siapa. Suaminya Mano atau Mano sendiri. Dari calar-calar di tubuh Mano jelas bagaikan calar-calar kuku yang baru lagi dilakukan; terutama di atas payu daranya nampak merah lagi kesannya, apakah Tengku Muhammad Fakhry menyimpan kuku panjang?. Lagipun jika kita amati lukanya berselang seli tidak selari. Apakah Tengku Muhammad Fakhry menggunakan kuku panjangnya mendera Mano di atas payudara bertubi-tubi. Jika lelaki gila seks selalunya pasti sasaran di payudara, nak buat apa di atas dada atau di atas payudara mangsa, yang cuma ada tulang kerangka. Pun apakah benar kesan atau luka itu ujud sejak di Malaysia lagi, atau Mano yang mencakar dada & belakang ponggongnya semasa di Singapura lagi. Semuanya tidak pasti & terperinci yang kita tahu.
Malahan di YouTube pun doktor hanya berceritera ada kesan luka, tidak dijelaskan kepada umum luka lama atau baru pun jika lama berapa haribulan ianya terjadi. Bagi aku jika ada laporan polis di hari kejadian penderaan tersebut barulah boleh digunapakai. Jika telah seminggu payahlah mahu dibuktikan. Apatah lagi kejadian ternoda ketika umur 15 tahun lalu. Telah bertahun lama bagaimana mahu membuktikan.
Juga timbul isu Tengku Muhammad Fakhry menggunakan sterika mendera di tengkuk Mano. Isu sterika ini juga boleh dipersoal & perdebatkan. Wakil kerajaan Kelantan pun mengesahkan sejak kecil tidak pernah pun Tengku Muhammad Fakhry menggunakan sterika, putera raja selalunya pasti ada pengasuhnya dalam bab menggosok pakaian ini. Maka jangan buat andaian & yakin dengan mana-mana pihak kecuali mereka yang arif tentang cakar mencakar ini akan berdebat & mengesahkan segalanya.
Banyak kes jika kita sering mengikuti penyiasatan jenayah terkadang mangsa jenayah sendiri yang menokok tambah agar tertuduh disabitkan kesalahan. Umpama kes dadah, ramai mangsa tidak tahu pun keujudan dadah di kediamannya tetapi apabila tertuduh dalam kes dadah ini berjaga-jagalah, seolah-olah ada orang yang akan menyelitkan dadah di kediaman tertuduh. Agar tertuduh akan tersabit kesalahan & bukan mustahil ramai terinanya lantaran perundangan yang tidak telus ini. Miliki dadah sahaja akan didakwa.
Bagi kita yang berfikiran waras pasti terfikir, jika benar telah ada luka-luka ditubuh Mano sejak dari Malaysia lagi kenapa mesti mahu melewat-lewatkan untuk dipost mortem, bukan mustahil semua kesan & luka-luka itu boleh dilakukan atau dibuat-buat oleh keluarganya sendiri terutama ibunya yang benar-benar nampak galak & menonjol diri di mana-mana media. Biar luka itu sembuh sedikit agar payah doktor mengesahkan bila ianya dilakukan. Pastinya akan merencana segala agar kebenaran di pihak mereka. Malahan dari undian di forum terbuka pun ramai yang mengatakan sengaja direka-reka oleh ibu kandungnya. Ibunya yang punca segala perbalahan, segala fitnah terhadap Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.
Jika siapa pun yang telah berumahtangga pasti dapat merasakan, tidak mungkin suami akan sengaja mendera isterinya kecuali bersebab, pasti ada puncanya. Punca ini yang harus kita adili bukan memihak sebelah pihak sahaja. Kecualilah si suami itu seorang pemabuk, penagih atau rosak moralnya. Semua ini mestilah diadili. Media juga seharusnya begitu bagai orang tengah yang melaporkan secara adil.
Jika diadili atau dirumuskan satu tinjauan pendapat pasti ramai memihak Tengku Muhammad Fakhry, jika benarlah dia seorang putera raja gerladangan kenapa pula sanggup mengahwini orang biasa lantaran keterlanjuran nafsu serakahnya; bukankah itu buktinya dia seorang lelaki bertanggungjawab. Sementelah dia punyai segala, untuk mencari gadis jauh lebih cantik dari Mano bila-bila masa sahaja dia boleh miliki. Dia boleh meninggalkan Mano mengandung sarat sekali pun jika memang dia lelaki gerladangan. Sayogia dia sanggup bernikah dengan Mano sudah cukup membuktikan dia lelaki memang bertanggung jawab & tahu menghargai maruah seorang gadis atau rakyat marhaen.
Di mana moralnya seorang perempuan jika telah bergelar isteri sanggup pula mengungkit ceritera lama yang seharusnya dirahsiakan; hanya dengan perbalahan yang pukul memukul atau berbalahan yang tidak sampai menjadikan dia cacat atau hampir hilang nyawa & sebagainya. Kenapa mahu meludah ke langit atau mahu membuka pekong di dada. Isteri yang baik seharusnya merahsiakan keaiban rumahtangga.
Pun di mana moralnya seorang ibu atau mak mertua yang menjaja ke media seantero dunia mengaibkan menantu sendiri. Dalam masa yang sama anak dijadikan model, mahu dijadikan pelakon, mendedahkan aurat, malahan mahu mengembalikan anak ke kancah dunia hiburan dari dihiasi bagaikan ratu suri rumahtangga di istana raja.
Agama kita Islam sering mengingatkan kaum isteri agar bersabar dengan keburukan kaum suami, berdoa agar suami menjadi seorang yang baik. Cuba membetulkan sikap garang suami. Begitu juga ibu ayah seharusnya berunding dengan besan & saudara mara pasangan jika berlakunya penderaan atau penginayaan. Mencari jalan damai bukan mencari jalan retak atau kehancuran apatah lagi perceraian amat-amat dibenci oleh Allah Azzawajalla.
Jika semua ibu mertua sebecok mulut ibu Mano; Daisy Fajarina rasanya semua lelaki akan takut kawin & tidak akan aman dunia rumahtangga kita. Ibu mertua yang baik akan bersemuka dengan menantunya, bertanyakan akan punca angkara sebenar kenapa & apa puncanya mereka sampai berbalahan bukan mengambil keputusan sendiri dengan hanya mendengar aduan anaknya.
Mano & Mona... aku teringat akan kes Mona Fendi bukan seorang yang terlibat dalam kesnya; ada gerladangan antaranya. Begitu juga dengan kes Mano ini, aku tidak berani memihak yang mana-mana kerana yang benar itu masih tidak terserlah. Kita hanya boleh tunggu & lihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan