iDAN

06 September 2009

Blog Penyair iDANRADZi (Singgahsana)

"Abg iDAN tak kemaskini pun blog abg iDAN..." Desah Zulkhairi rakanku di UPM; bekas tempat aku berkerja.

"Tak sangka pula ada juga orang ikut perkembangan blog abg kau ini..." Sahutku.

"Kebelakangan ini abg iDAN asyik salin dari blog Mazidul sahaja!"

Aku seyum sahaja. Rasanya blog Sdr Mazidul banyak memberikan aku maklumat terkini. Lagi pun saban hari pasti ada isu yang ditulisnya menarik minat pembaca. Melihat respon pembacanya pun memang amat menarik, banyak mengembang minda & kesedaran diri. Boleh katakan setiap hari aku pasti akan klik Blog Sdr Mazidul.

Malahan dari blog Sdr Mazidul aku nampaknya makin intim dengan pengikut setianya. Terbaru aku tak sangka dapat respon dari saudara Alid yang tentunya bagiku satu penghormati yang mana tambah membuat aku teringin giat lagi menulis.

Buat kata sahabatku Abuyon,

Seorang penulis, sangatlah bahagia jika tulisannya dibaca orang. Tanyalah mana-mana penulis atau pengarang, bagaimana jiwa mereka bila tulisan atau karangan dibaca dan ditilik-tilik orang. Lebih-lebih lagi diberi komentar atau ulasan. Seolah-olah beroleh satu kepuasan, yang tiada tara dan tak usah balasan atau ganjaran. Ya, dibaca orang pun sudah cukup dan padan.
Rasanya jika kita terusan menulis blog pastinya kita akan dapat bertambah kawan, sementelah ramai kawan pastinya akan bertambah lagi pengalaman. Dunia maya yang amat terbuka luas & global ini tentunya akan dapat menjalinkan hubungan sesama ummah sebaiknya. Pun sepantasnya.

Blogku belum pun sampai sepuluh orang pengikut yang pastinya masih perlu diperkembangkan lagi bahan isian & topik yang menarik. Agar satu hari nanti makin ramai pengunjung blogku ini makin banyak aku mendapat respon pembacanya. InshaAllah. Kurangnya apatah lagi tanpa respon pembaca terkadang membuatkan kita rasa berbicara sendirian & akan pasti lambat laun akan mematikan minat kita terus menulis blog.

Harap-harap aku tidak begitu. Biar pun cuma hanya seorang pengikut tetapku. Aku pasti terus menulis.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Idan, saya telah link kan blog awak dari blog saya.

Diharap, lebih ramai 'folowers' sudi mendaftar di blog ini.

Terima kasih :)

iDAN berkata...

Limpahan Terima Kasih atas kesudian Sdr Mazidul linkkan blog saya di blog Sdr yang makin ramai pengunjungnya.

Yang penting kita dapat memberikan maklumat yang positif demi membina jatidiri sesama kita.

Seperkara lagi agar kita dapat memperkayakan tatabahasa Melayu kita. Agar blog Bahasa Melayu yang tulen akan terusan berkembang.

pengailsejati berkata...

Tahniah Abg Idan....Glamor La Abg Idan Selepas Ni...

iDAN berkata...

Rakan karibku PengailSejati...

Baru sekadar 8 orang pengikut, jauh sekali akan glamor berbanding situs Sdr Mazidul itu hampir mencecah 600 orang pengikut itu yang daftar belum lagi yang klik bukan ahli blogspot...

Lagipun abg kau ini duduk rumah saja mana nak korek ide; memang kena dengan bidangnya jika seorang wartawan ada sahaja isu baru yang boleh diketengahkan...