iDAN

22 November 2009

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat (Singgahsana)

"Afiz kita orang Melayu kena menjaga juga adat resam orang kita, bila peringkat mahu berkahwin begini... kena jaga semua tata susila, adat resam nenek moyang kita... sebab itu orang dulu sering berkata Biar Mati Anak Jangan Mati Adat!"

Afiz nampak stres sangat, terlentang di sofa malas anjung rumah, telinganya mendengar, matanya dipejam. Bebebelan ayahnya yang telah tua ini dengar tak dengar sahaja.

"Bila sampai kes hati yang sebegini berat,.... emmm! ayah tahu Afiz memang merancang mahu bertunang, baik kita ikut adat kita Melayu, kalau mengikut adat Melayu... kita kena merisik dahulu, nanti kalau Afiz lapang cuba baca apa yang tertulis di dalam internet ini; bagaimana sebenarnya adat Melayu kita ini memang begitu cantik. Apa itu merisik atau menilik!"

MENILIK ATAU MERISIK

Menilik atau merisik pada hakikatnya adalah adat yang memang baik dan berguna jika ia dijalankan bersesuaian dengan tujuannya, iaitu untuk memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan dalam sesebuah keluarga Melayu. Ini adalah untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap pilih dan dapat mencari yang terbaik untuk anak lelaki mereka.

Apabila ibu bapa seorang lelaki telah menetapkan fikiran mereka yang anak mereka itu sudah sampai masanya untuk berumahtangga dan patut dikahwinkan, mereka akan mencari dan memerhatikan beberapa orang daripada anak-anak dara yang mereka kenali, dan kemudian mereka memilih salah seorang di antara mereka yang dirasakan sesuai dan padan untuk dijadikan menantu. Mereka akan mula menyelidik tentang latar belakang anak dara tersebut melalui saudara-mara dan sahabat handai. Latar belakang bukan hanya bermaksud melibatkan hal keluarga anak dara tersebut, tetapi juga tingkah laku keperibadian dan kesucian anak dara itu. Ini kerana, faktor dara atau kesucian seseorang gadis amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu. Istilah sudah ditebuk tupai bukan sahaja akan memalukan seluruh keluarga lelaki, malah di kalangan masyarakat Melayu, pihak lelaki dianggap dayus sekiranya mereka mengahwini anak dara yang sudah tidak mempunyai dara lagi. Sekiranya pihak perempuan merahsiakan hal ini dari pengetahuan pihak lelaki, pihak lelaki berhak menceraikan isterinya jika dia menyedari yang dia telah ditipu setelah melalui malam pertama. Ini kerana, sudah menjadi adat masyarakat Melayu menetapkan nilai mas kahwin dan hantaran yang berbeza bagi seorang anak dara dan seorang janda. Nilai bagi seorang janda adalah separuh daripada nilai seorang anak dara.

Selain itu, pilihan yang tepat adalah difikirkan perlu bukan sahaja terhadap diri anak dara terbabit, tetapi juga ibu bapanya. Ini adalah kerana orang-orang Melayu dahulu berpegang kuat kepada perbidalan Melayu "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu. Anak dara yang biasanya menjadi rebutan dan pilihan utama adalah anak dara yang sudah khatam Al-Quran, fasih dalam bacaan dan mahir membaca Al-Quran dalam lagunya serta mempunyai sedikit sebanyak tentang pengetahuan dan hukum-hukum dalam agama Islam. Begitu juga mereka akan dinilai dari segi rupa paras yang elok dan beberapa kemahiran asas yang lain seperti menjahit, menekat dan memasak.

Dalam adat menilik atau merisik, selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. Biasanya rombongan ini akan hanya disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. Kedatangan ini bertujuan untuk berkenal-kenalan dengan keluarga pihak perempuan di samping melihat sendiri wajah dan tubuh badan anak dara tersebut. Kedatangan ini juga bertujuan untuk memastikan sama ada anak dara tersebut sudah dimiliki orang ataupun belum. Ada sesetengah rombongan yang hanya datang untuk melihat anak dara tersebut dan bersuai kenal dengan ahli keluarganya tanpa mengikat sebarang perjanjian atau memberi kata putus, namun ada juga yang terus mengikat janji persetujuan untuk menetapkan tarikh peminangan. Ini semua bergantung kepada pihak keluarga lelaki terbabit.

Ada rombongan yang datang tanpa diberitahu dan ada juga yang datang setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak perempuan. Pada fahaman dan kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Ini kononnya membawa maksud bahawa jika kedua-duanya jadi diikat sebagai suami isteri, kehidupan mereka akan menjadi senang-lenang dan keadaan rumahtangga mereka akan sentiasa aman muafakat. Akan tetapi, sekiranya sewaktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana dengan yang demikian, kononnya, membawa petanda panas, iaitu tidak begitu baik. Begitu juga dipercayai oleh orang tua-tua Melayu dahulu bahawa jika sewaktu di dalam perjalanan rombongan hendak pergi merisik anak dara berlaku sesuatu bencana seperti terdapat kayu di tengah-tengah jalan, iaitu sesuatu yang dianggap menggendalakan, maka ia juga dikatakan membawa petanda yang kurang baik terhadap jodoh tersebut. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu moden kini, kepercayaan-kepercayaan sedemikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan. Malah, tidak mustahil dikatakan sebilangan besar masyarakat Melayu kini kurang memahami alamat-alamat dan petanda yang datang kepada mereka.

Setelah selesai adat menilik, rombongan tersebut akan pulang. Satu rundingan akan diadakan di antara ahli keluarga pihak lelaki yang melibatkan adik-beradik dan waris terdekat untuk mencari kata putus tentang hal tersebut. Mereka kemudiannya akan berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan.

http://www.ashtech.com.my/adat

- bersambung

"Lagipun belanja bertunang itu agak mahal, memanglah jika mahu meminang anak orang pihak lelaki kenalah berkorban; kena bersedia dengan segala pengorbanan tetapi kita ikutlah adat kita!" Afiz tak bergeak lagi dari sofa, masih terlentang dengan matanya tetap tertutup.

"Mengikuti adat kita Melayu bertunang itu kena kasi cincin yang berbatu, tak kisahlah semahal mana... kecil atau besar tapi bersertakan dengan hantaran serba satu itu... banyak belanja tu!" Ada yang minta serba dua kalau adaka kakaknya tak kahwin lagi.

"Itu kita fikirkan kemudianlah, yang penting kita kena pergi merisik dulu!" Afiz ini masih senyap sepi. "Hafiz mengapa ini senyap sahaja ni!.." aku tahu Afiz dengar aku membebel dia pura-pura tidur sahaja. Tak munasabah baru kejap tadi dia balik dari ofis tempat dia praktikal, tetiba letak kepala terus tertidur!. Aku sekadar cuba menarik perhatian dia.

Kuala Kangsar sarat dengan langsat
aku baru pulang dari Kampung Sayong Hilir 2:00 pagi
mengantuknya!.

"Cincin belah rotan, atau cincin tanda dulu sekitar RM200 sahaja!, kalau Afiz tak cukup duit ayah akan bantu & pujuklah ibu untuk bantu Afiz!, ibu bukankah orang kaya!" nampak Afiz mengalih badannya di sofa, terkesima juga dia dengan bebelanku "Kalau harga emas naik pun baru sekali dua ganda kut! dalam empat lima ratus RM takkan tak jumpa cinta belah rotan itu!." Aku pun tak pasti berapa harganya terkini.

"Emmm! Afiz tak culup tidurlah ayah..." Ada pn suara siAfiz ini!. Penat aku ingin memahamkan hati anak teruna seorang ini.

"Semalam ayah balik sekitar 2:00 pagi nampak Afiz telah tidur lena.."

"Bukan tidur ayah, Afiz tengah berfikirlah!"

-Bersambung

16 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Teringat ketika mertua datang ke rumah saya buat pertama kalinya untuk merisik. Mak saya siap buat ikan pari masak asam pedas bila tau mak mertua saya orang Johor (Mersing) juga. Bila mertua saya makan je asam pedas tu terus dia cakap, "Terasa rindu pada Mersing."

Pertemuan pertama tu telah mengeratkan hubungan 2 keluarga. Alhamdulillah sampai skang, mereka dah macam adik beradik.

Cetusan berkata...

susah juga yerr nak jaga ADAT dan ADAB

iDAN berkata...

Sdr Diana

Sebenarnya jika kita memahami adat ini ianya sesuatu yang indah bukanlah menyusahkan. Ianya untuk mengikat tali persaudaraan yang kukuh agar kita memahami kehidupan & rutin harian kedua pihak mempelai.

Saya rasa terkilan amat bilamana kedua orang tua & keluarga mertua tidak rapat atau kukuh ikatannya. Tak baik nak kata keluarga sini atau situ sombong.

Hakikat pernikahan itu sebenarnya bukanlah sekadar mengembangkan zuriat & ukhuwah tetapi adalah jalinan rasmi yang erat & intim antara dua keluarga lelaki & perempuan.

Merisik ibarat mengorat antara orang tua masing-masing. Mengorat agar hubungan yang kosong akan terisi.

Diana antara menantu yang paling bertuah kerana orang Sungai Bil sana menerima Diana bagaikan anak sendiri.

Orang seperti saya yang terasa bagaikan terpinggir atau anak tiri di mata mertua... tak sedihkah?.

Mungkin lantaran adat ini tidak dipelihara.

Ini hakikat kemurnian pun pentingnya adat dipelihara, orang kata biar mati anak jangan mati adat. Itu orang kita Melayu, bukan main langgar & larikan begitu sahaja.

Merisik adalah langkah awal yang manis & indah jika kita amati. Bukan untuk dua bakal pengantin tetapi antara kedua-dua bisan.

iDAN berkata...

Sdrku Zeq,

Memang payah memelihara adat ini, apatah lagi kemodenan kita memaksa orang kita semakin mahu cepat & ringkas.

Ibarat seperti kita main layang-layang juga. Zaman dulu kita raut buluh sendiri, gam buat sendiri, siap hias kertas bunga warna-warni. Memang cerewek tetapi ianya amat indah menarik bila dapat terbang tinggi. Puas.

Sekarang ini kan Zeq!, pergi kedai RM2 pun ada terjual layang-layang itu. Beli naikkan sahaja.

Itulah bandingan adat ini! di kacamata kini.

Unknown berkata...

Assalam alaikum

"Biar mati anak jangan mati adat." bunyinya seram.

Pada saya, adat yang mengongkong dan kompleks untuk dirutinkan tidak perlu.

Jika ada membantut ke arah pemajuan diri, adat itu tidak harus diamalkan.

Saya tidak begitu terikat dengan adat melainkan adat itu tidak bercanggahan dengan landasan al Qouran dan as Sunnah.

Adat sebenar adat, adar sememang adat, ada yang diadatkan, adat yang teradat, dan adat istiadat. Biar mati anak jangan mati adat. Wow...

Ok auf Wiedersehen alles, haben Sie einen schoenan tag mit Frau Idanradzi Schriften.

Wassalam

Sam the Great

Happy Eid Ill Adha

Shamshina berkata...

Sebagai orang seni, En Idan meletakkan adat sebagai kecantikan seni. Tapi bagi saya yang tidak berseni ini, adat tu cuma tinggalan sejarah sahaja. Antara tuntutan adat saya memilih tuntutan agama yang lebih afdal.

iDAN berkata...

Sdr BlueGene,

Sememang begitu tuntutan agama mana mungkin kita mahu ketepikan. Bagi saya selagi adat itu tidak bercanggah dengan agama. Malahan ianya dapat mengikat talian ukhuwah melalui adat tersebut apalah salahnya kita amalkan.

Yang agak bercanggah seperti berinai, bersanding, makan bersuap depan orang & ada sekatan dimuka pinta kena hulur duit & banyak lagi yang pelik-pelik kenalah kita pertimbangkan maksud & tujuaanya.

Jika berinai dengan niat sekadar mewar-warkan kepada masyarakat yang pengantin itu baru berkahwin apalah salahnya. Berinai setahu saya dari budaya india. Antara tujuan kenduri kahwin pun adalah mewar-warkan kepada umum yang pasangan tersebut telah diijabkabul, agar fitnah tidak timbul lagi. Fikir sendirilah berinai ini berdosakah?.

Bersanding pun sama biar pun ianya adalah budaya india, bagi saya apalah salahnya jika ada pelamin, pengantin pakai menutup aurat, tidaklah sampai merona rambut!, mengerbang mengurai. Bersanding pun taklah payah amat ikut sangat tertib; tak ada tepung tawar tak boleh. Seyogia terbatal adat.

Sekadar duduk mengambil gambar dengan saudara mara bukan niat menunjuk-nunjuk, agar semua mengenali siapa pengantin selagi bukan dengan niat selebihnya apalah salahnya.

Takkanlah pengantin tak layak menyimpan barang sekeping gambar kenangan semasa menjadi Raja Sehari!.

Jauh dalam hati saya, tak bersanding bagi saya lagi bagus!. Tapi bukanlah kerana berbalah bab bersanding ini kedua bisan ini sampai bergaduh besar. Itu bukankah namanya mengarut.

Kena fahamlah pihak perempuan anak tunggal, ibu & ayahnya pun dulu bersanding. Selalunya keluarga pengantin perempuan sebegini manalah mahu anaknya tak bersanding!.

Bisan sebelah lelaki pula berkeras sebab pegangan agamanya mengatakan bersanding itu boleh riak, itu namanya menunjuk-nunjuk dll.

Gaduh!.

Bila kita dalami, merisik, meminang, bertunang & bernikah itu selagi ianya dapat kita pertahankan mengikut adat kita orang Melayu apalah salahnya.

Berbanding kenapa mesti kita bangga terlalu tidak tahu adat, tidak mahu ikut adat; maka musibahnya lihatlah sekarang anak lelaki kita bawa anak dara orang ke hulu ke hilir, kita biarkan sahaja. Tanpa kita risik, tanpa kita tegur, masalah pergaulan bebas begini ini sampai bila mahu kita biarkan.

Tak cukupkah kita melihat anak luar nikah yang sering tercampak di tong sampai; sebab kita terlampau tidak mahu mengikut adat!. Tidak beradat.

Maka itu jangan hairan dalam kajian kesuntian gadis di negara jiran .. bukan negara kita; 80% anak gadis mereka tidak punyai dara lagi lantaran tanpa lagi mengikut adat di arus moden ini.

Main redah & rembat sahaja anak dara orang!. Bagai Bro Mazidul war-warkan.

Itu yang saya amat persoalkan kenapa kita telah lupa adat!. Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ini; memang terkadang ada rasionalnya.

Terima Kasih Sdr BlueGene, lantaran sudi mengintai kami.

iDAN berkata...

Iyer Sdrku Shamshina;

Cukuplah kasi sebuah al-Quran & bernikah sahaja. Doa selamat lebih kurang.

Alangkah cantik & mudahnya majlis pernikahan!. (Jangan sebut Majlis Perkahwinan lagi!)

Kadang-kadang saya merasa kita semakin gila meletakkan harga anak perempuan sampai RM10,000. Nak jual anak ke apa ini?.

iDAN: Semua punyai anak lelaki!.

Shamshina berkata...

En Idan, majlis pernikahan juga ada tatacaranya. Adab yang mengikut tuntutan agama. Mas kahwin adalah wajib. Kenduri adalah tanda kesyukuran dan sedekah jariah mengikut kemampuan.

Meletakkan hantaran tunai dengan jumlah yang besar bagi pihak perempuan adalah untuk memenuhi tuntutan adat.

Ukhwah itu boleh dirapatkan dengan adab kunjung mengunjung, ziarah menziarahi. Kalau lepas bernikah dan berkahwin kita buat hal masing-masing, dah tentunya ikatan kekeluargaan itu semakin rapuh.

Apabila ada masalah bawa berbincang secara rasional. Bukan membawa diri jauh dari keluarga dan saudara mara. Adab ini yang merapatkan ukhwah itu bukan adat.

"biar mati anak jangan mati adat" - pepatah ini jika diteliti akan menimbulkan konflik antara golongan tua dan golongan muda. Yang kuat beradat akan kecewa bila yang muda tak mahu menurut kemahuan mereka. Hati muda pula akan cuba mempertahankan kehendak mereka. Jadi rasionalnya, disini pun dah mula meretakkan ukhwah itu sendiri.

Ini pendapat saya yang mungkin bukan orang seni. Zaman telah berubah En. Idan.

iDAN berkata...

Sdr Shamshina,

Terima kasih kerana sudi memberi respon.

Saya pun sama juga macam insan lain, kalau boleh mahukan yang ringkas & terbaik. Ketepikan semua adat kolot Melayu ini.

Bukannya saya ini seorang pejuang adat, tetapi bila sampai ketika anak-anak kita menempuh alam remaja & mula mengenal cinta; bagi saya elok juga kita kaitkan adat & adap atau kesopanan kita sebagai kaum Melayu.

Mana mungkin kita dapat mengawal kebebasan pergaulan anak muda kini tetapi tidak salah jika sebagai ibu ayah menegur atau membimbing agar mereka nampak batasnya, adat resam, budaya Melayu & pun adap tentunya. Kita bukan jawa, bugis, india, cina atau benggali. Tetapi Melayu yang asalnya lahir & tinggal di Tanah Melayu. Maka itu ujud Bahasa Melayu. Jika bangsa Melayu itu sendiri tiada adat resam, apa pandangan bangsa lain.

Kita nak ikut adam resam siapa agaknya. Maka itu orang kampung sering sebut; anak si anu itu Kawin Koboi sahaja.

Biar pun kita semua tahu bukan semua adat resam Melayu itu tulen banyak dari ikutan budaya india, jawa dll. Apalah salahnya kita cuba renungkan! yang okey kita ikut tak okey kita tolak.

Saya tertarik dengan adat merisik ini sebab kita telah semakin melupakan ia. Sedangkan saya nampak adat merisik ini ada baiknya. Kita zaman kini jarang merisik terus sahaja bertunang; maka itu sering berlaku perbalahan lantaran orang bercinta atau sedang bertunang.

Semua kita faham betapa indahnya bercinta tidak nampak pun akan kekurangan kekasih & bakal isterinya pun keluarga isteri yang bakal menjadi keluarga kita.

Antara kedua bisan pun tak semesra mana. Kenal pun waktu pertunangan apatah lagi buat kata Sdr Shamshina selepas bernikah kedua bisan ini tidak pun kunjung mengunjung. Bila kedua suami isteri berbalahan siapalah yang mahu mendamaikan mereka.

Bagi saya merisik ini amat baik, digunakan bagi tempoh perkenalan. Jika memang nampak calon bisan kita lanun atau hidung belang, emak ayah mulut laser fikir-fikirkanlah apakah sesuai dijodohkan keluarga ini buat anak kita.

Bukan saya nak puji Sdr Diana, bayangkan kata-katanya selepas pertemuaan pertama hubungan 2 keluarga bagai adik beradik. Rasanya dia menceriterakan secara jujur hubungan antara dua bisan ini. Jika terjadi selisih faham antara dua menantu, rasanya ukhuwah yang ada antara dua bisan ini dapat mudah menjernihkannya.

Rasanya dalam adat Melayu merisik itulah adalah langkah pertemuan pertamanya. Kita hantar wakil yang boleh dipercayai untuk merisik keluarga calon anak lelaki kita.

Seperkara lagi sering kita ibu & ayah terlalu mengejar duniawi, mahu anak teruna & dara kita yang mula mengenal cinta di usia 20an, asyik menghalang impian remaja begini. Kita biarkan mereka berjumpa senyap-senyap tanpa pun melihatkan tanda restu kita.

Sering lebih mengingatkan anak-anak belajar dulu sampai ke menara gading. Menjadi saujana muda itu lebih penting; yang pasti tamat ijazah pun telah mencecah umur 23, jika sambung Master & Ph.D memang akan 30an. Bagi lelaki memang tak jadi soal; tetapi bagaimana kaum wanita.

Bercinta setelah kahwin; emmm! bolehkah?.

- bersambung

iDAN berkata...

... sambungan

Sdr Shamshina,

Saya duduk dalam kelompok manusia ini dulunya, ramai para Doktor di Universiti sana tidak ketemu jodoh lantaran galakan keluarga sebegini. Terlampau mementing duniawi menolak adat & suka anaknya hidup tak beradat.

Bagi saya tak salah kita merisik, atau tunangkan anak-anak kita dalam tempoh belajar ini agar nampak jodoh & masa depan mereka. Itulah peranan adat.

Saya rapat dengan pelajar, ramai kalangan pelajar yang ada hubungan cinta nampak okey sahaja malahan boleh mengatasi CGPA pelajar yang jadi ulat buku ini.

Merisik ini saya anggap satu dorongan, hubungan baik antara anak & keluarga bakal bisan kita.

Zaman sekarang mungkin masa yang sesuai bagi seseorang bernikah 30 lelaki & wanita sekitar 25 tahun, lewat dari itu memang harapan kita melihat cucu amat terbatas.

Adat & adap rasanya memang berkait rapat. Itu sebab saya tulis, lagi baik@gantang ikut Indo jika kita buat keputusan adat resam itu sekadar tinggal kenangan, Maskahwin wajib, hantaran sekadar sebuah al-Quran. Jangan jual anak. Tenguklah apa akan jadi!.

Kita yang antara menjaga & tidak adat ini pun berapa ramai anak luar nikah kita; apatah lagi kita yang hidup tanpa adat.

Emmm! baru saya nampak baiknya adat resam kita orang Melayu telah mendapat tentangan dari pemblog kita; belum lagi masuk bab meminang, bertunang, bernikah & berumah tangga secara adat & kacamata Islam!.

Kita ceritera kisah wayang lagu bagus nampaknya. Titik!.

iDAN berkata...

Sdr Shamshina!

Dulu masa saya masih kecil masih ingat orang kampung Mandi Sampan. Pernah dengar tak?, tak tahulah ini adat ke atau suka-suka!.

Mandi sampan ini selalunya lepas selesai kenduri-kendara; siap semua basuh pinggan mangkuk, periuk-belanga pelbagai... mulalah pesta Mandi Sampan, menyiram air sesama penanggah & saudara mara. Taklah sampai tetamu pakai rewang disimbah air.

Memang meriah!, riuh heboh majlis kenduri tersebut. Macam bebudaklah jadinya, tapi tenguk orang kampung basah kuyup memang gelak besar. Bebenda macam ini memang jadi kenangan belaka, tapi kalau diujudkan semula memang boleh mengikat hubungan ukhuwah sesama kita.

Di Siam mereka memang ada hari begini, main siram air ini, guna pelbagai cara, dengan pistol airlah, paipnya tak kira orang! pelancong pun basah kuyup.

Kalau cerita hindustan yang tabur-tabur tepung rona itu! syok juga kan?.

Shamshina berkata...

En. Idan, mohon maaf jika komen saya membuatkan En. Idan begitu beremosi.

Saya akan terus MERISIK khabar, mengunjung dan menziarahi blog En. Idan sebagai salah satu matlamat ukhwah.

Melepaskan adat tidak semestinya melepaskan budaya sebagai bangsa melayu. Melayu tetap melayu, tak akan jadi Cina, India, Sikh dan sebagainya. Cuma adat yang diamalkan banyak dicedok dari budaya bangsa lain yang telah tercampuraduk semasa zaman penjajahan dulu.

alam ukhwah dari saya untuk En. Idan. Permudahkanlah jalan anak teruna En Idan itu. Saya doakan agar semua yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar. Kasih sayang ayahibu itu membawa ke syurga.

iDAN berkata...

Sdr Shamshina;

Rasanya persahabatan yang baik tidak pernah terasa hati, malahan rakan yang baik bukan asyik memuji kita tetapi sudi menegur salah kita apatah lagi dalam kesilapan kita mengarah tujuan hidup ini.

Rasanya Sdr Shamshina tak pernah bersalah melahirkan sebarang pendapat. Pendapat Sdr Shamshina saya rasa memang ada lojiknya, malahan realiti kehidupan kita kini.

Saya bernikah tahun '82; sememangnya sejak tahun tersebut kita orang Melayu sering melanggar adat resam kita.

Saya berkahwin pun tidak pernah merisik, tahu-tahu meminang, bertunang sekali gus bernikah gantung; adalah hantaran serba satu semua itu. Selang beberapa bulan buat majlis kenduri bersanding pelbagai. Adat moden kononnya.

Patutnya saya telah dapat cucu dalam usia setua ini, rezeki saya sememangnya amat liat, 7 tahun kahwin baru dapat anak. Semua lelaki, seramai 4 orang.

Sekarang pun kita telah ramai melupai Merisik, ramai kalangan kita terus meminang & bertunang. Tak tahu lagi apa itu cincin tanda. Kenapa perlu merisik!.

Sebabnya anak-anak kita yang lebih merisik dari kita. Perpacaran sampai memeningkan kepala ibu ayah.

Bila sudah tua begini barulah saya sedar kenapa orang tua dahulu perlu Merisik. Biarpun ini bukan anjuran Islam, Islam tak pernah suruh kita Merisik calon isteri atau suami anak kita. Tetapi saya rasa memang Merisik ini amat penting. Ianya akan dapat menggeratkan ikatan & kemesraan kedua belah keluarga orang tua kita.

Merisik juga dapat mengenalkan hati budi keluarga kedua pihak. Jika rasanya tak sesuai boleh dibatalkan sahaja upacara meminang tersebut. Tanpa denda berganda bila telah bertunang. Itu yang saya cuba tulis & mendapat kajian serta buah fikiran dari sesama kita.

Merisik sebenarnya adalah ibarat tempoh bercinta atau jatuh cinta antara kedua bisan (Orang tua@ibu ayah mempelai) bagai keluarga Sdr Diana lakukan. Ini yang kita lupa sedangkan saya nampak ini amat penting.

Saya lihat empat adik beradik saya (termasuk saya) mana ada antara kedua-dua bisan ini rapat bagai adik beradik.

Saya teringat arwah Apak memang telah membuat adat merisik ini tetapi anak-anak terlalu degil. Arwah Apak tak setuju setelah dia Merisik calon bisannya tetapi anak-anak mendesak & adat resam Melayu ini kian dilanggar.

Natijah@akibatnya apa yang arwah Apak sangsikan berlaku setelah 20 tahun lebih usia perkahwinan kedua abg kandung saya ranap berkecai.

Seharusnya ini menjadi teladan sesama kita. Firasat kedua ibu & ayah jangan dimain-mainkan. Firasat ini semuanya didapati kalau kita melakukan Merisik.

Nak pergi berperang pun perlukan risikan bukan redah ala koboi sahaja.

Begitu juga saya lihat di pihak isteri saya, dalam 8 adik beradik Mila, ukhuwah antara bisan ini amat kabur, biar pun kampung berjiran ada yang sekampung... mana ukhuwahnya. Harapkan hari raya atau kenduri kendara sahaja bertandang. Itu pun tak semesra mana.

Saya ingin sangat membetulkan ini tetapi kita sengaja buat tak tahu.

Anak teruna sulung saya baru 20an, entah berapa kali gagal bercinta lantaran kita tahu dia bercinta tetapi kita memang seolah-olah menghalang; tak mahu pun merisik atau mengambil tahu impian anak kita dalam masalah mencari jodoh ini.

Kita mahukan anak kita jadi VVIP, sedangkan bagi saya tak semua VVIP itu bagus & baik belaka. Perkara ini sukar kita rungkai kecuali kita sudah tua & dekat dengan liang lahat. Masa tu kita nampak kenapa adat resam ini amat penting!.

Keluarga isteri saya bukan Melayu, mereka kaum Jawa. Adat resam mereka memang banyak yang bertentangan dengan adat resam kaum Melayu. Cara mereka tanam temuni uri anak pun lain; itu yang mahu saya dedahkan@fikirkan bersama.

Generasi tua kita makin tiada. Jika kita tidak memikirkan apa baik & buruknya adat resam kaum bangsa kita sendiri Melayu. Memang semuanya akan tinggal kenangan.
7:55 AM

BlueGene berkata...

Assalam alaikum

Saudara Idan, anda mempunyai keterangan prima facie tentang adat, dan ia sudah memadai buat saya.

Saya hanya mengamalkan sesuatu yang bersandar kepada penaakulan minda yang mungkin boleh dijadikan "adat."

Walau bagaimanapun saya teruja dengan adat-adat manusia yang ada di kesemua 260 buah negara di dunia ini. Ada nilai artistiknya. Berinai dan bersanding juga ada nilai artistiknya. Apapun nilai artistik itu tidak mengatasi nilai agama.

adat penting kerana itu akar budaya kita. Ia akan menyemai sifat humanis di dalam diri kita. Agama pun begitu malah menyuburkan lagi.

Oh ya, saya ada membaca profil anda, dan saya tertarik dengan "HAMKA." Saya, "virus buku" itulah teman saya sejak dari kecil sehingga berusia 27 sekarang ini. Buku yang saya minati banyak dan mengikut kelas seperti Class A dan sebagainya (rujuk profil blog saya).

Hamka, saya kagumi penulisannya. Sekiranya saudara memiliki karya-karya Hamka saya ingin meminjamnya. Saya ada mencari di kedai buku (MPH, Borders, Kinokuniya, dan sebagainya tiada atau mungkin terlepas pandang).

Di bawah lindungan Ka'bah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk (kalau tidak silap eja), Pandangan hidup Muslim, saya hanya baca sinopsis dan artikel yang terhad. Saya perlu buku-buku sebegini, untuk saya simpan, baca berulang kali, berkongsi dengan kelompok sosial (jika berminat)dan meghadiahkannya untuk anak, cucu, dan cicit saya. Saya mahu meraka menjadi "virus buku" seperti saya.

Wassalam

Sam, Herr

mrmrs.sam.the.great@gmail.com

Kajang, Pelajar tahun akhir.

Saya belum pernah makan satay kajang, mungkin ada "adat" memasaknya.

Wassalam
4:32 AM

iDAN berkata...

Sdr BlueGene,

Saya juga mempunyai minat yang sama ulat buku; gila dengan koleksi buku. Sayangnya sejak kebelakangan ini banyak buku-buku koleksi saya habis terperap tanpa jagaan.

Masa saya bercinta dengan orang rumah Kak Mila saya tu!, saya pernah menghadiahkan dia buku, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Saya membaca buku itu semasa darjah lima lagi. Kecil-kecil lagi menangis sakan membaca tentang percintaan Zainuddin & Hayati.

Kak Mila bukanlah jenis penyimpan buku, begitu juga keluarganya. Maka itu baik buku & majalah menjadi masalah bagi kami di rumah ini. Bayangkan Majalah Ibu dari edisi pertama sampailah keberatusan jumpalah; tak satu pun saya terlepas membelinya. Samalah Gila-Gila, Wanita, Jelita, Mastika, Al Islam, Ummi komik jangan ceritalah banyaknya.

Dari harga Gila-Gila RM1 lebih entah berapa ratus edisi memang saya tak pernah miss mengumpulnya.

Sayang semua itu entah ke mana. Ada yang tersimpan ada juga yang telah terbuang. Maka itu saya tak sabar mahu memiliki rumah di kampung agar semua majalah & novel pun banyak buku agama yang berbaki ini dapat tersimpan dengan baik.

Ongkosnya belum cukup untuk membeli almari cermin bagai arwah Emak lakukan.

- bersambung

di sini...

http://dgelenggang.blogspot.com