iDAN

08 November 2009

Jangan Suka Berjanji 2 (Singgahsana)

"Bila pula ayah kau kahwin dua?" Zami nampak resah macam serba tak kena.

"Lama dah!, ingat ada 20 tahun lebih kut!" Aku mencongak umur Zami sekarang telah 45 tahun. Maknanya masa itu, masa ayahnya kahwin lagi dia telah kerja denganku. Pandai dia simpan rahsia.

"Maknanya ayah Zami kahwin ketika umur 40an, hari tu Zami ada cerita ayahnya baru berumur 60an kan?" Zami pernah ceritera padaku yang ayahnya makan ubat macam aku, darah tinggi & ada masalah jantung. Tapi kira okeylah telah berumur. 60an.

"Entahlah iDAN, aku tak faham kenapa telah lama berumah tangga tiba-tiba boleh terfikir nak kawin lagi, anak-anak telah besar ketika itu!." Setahu aku Zami bukan anak sulung, dia selalu ceritera tentang gerai makanan kakaknya di Kuala Kangsar.

"Jodoh orang tua kita Zami...! kita nak buat macam mana?, ayah aku pun kau tahu kan... kahwin tiga!" Aku jenis tak pernah berahsia.

"Kenapa tiba-tiba bangkit soal Mak Tiri ni! ada masalah ke?"

"Emak masih tak terima madunya, sekarang timbul masalah agihan harta. Emak aku kata dia yang banyak berkorban mengumpul harta tetiba ujud pula orang lain!"

"Mak Muda kau tu berapa anaknya!"

"Dengan ayah aku tu ada dua orang, anak dengan suami pertamanya seorang..." Berkerut dahi Zami "Itulah masalahnya setahu aku mana ada hak anak tiri dalam agihan harta faraid..., itu yang emak bising tetiba sahaja anak tiri ayah tu nak buat rumah kat tanah pusaka kami tu!"

"Anak tirinya tu lelaki ke perempuan?..."

"Perempuan!"

"Payah tu Zami, ngapa suaminya tak beli sahaja rumah yang tak mengaitkan tanah pusaka ayah Zami!"

"Itulah masalahnya, emaknya tak mahu anaknya berpisah jauh, menantunya orang Sabah!"

"Entahlah serba salah... kan?, aku rasa ayah Zami tak terfikir waris lainnya bising, dia pun kena jaga hati isteri mudanya!"

"Emmm! tanah emak tiri aku duduk itu pun masih nama emak, ayah tengah carikan tanah lain sebagai ganti!, biasalah hati orang tua-tua, dia teringat pokok-pokok buah yang dia tanam, buah bacang, binjai kalau ayah bawa balik emak tak nak usik pun!"

"Payah tu!"

"Aku risau ayah aku tu tak boleh susah hati!, sudah puas kami pujuk emak tu! tak payah fikir sangat soal harta dunia ini!, tak ke mana sangat pun kalau tanah tu didiami orang! waris ayah aku juga!"

Aku pun buntu memikirkan masalah rakan kerjaku Zami. Sebelah pihak ayahnya mungkin lantaran sayang amat isteri mudanya. Sebelah keluarga Zami mungkin berbelah bagi. Zami dengan keluarga tirinya biasa sahaja. Adik beradiknya ada yang okey! ada yang mengelak. Kalau hari raya ada juga antara adik beradik Zami yang lima orang itu tak bertandang pun rumah Mak Tirinya. Faham sahajalah kalau emak sendiri pun masih tak boleh terima madunya.

Aku pun tak pasti dalam masalah berpoligami ini. Bagaimana seorang suami boleh bertukar janji. Bila aku kenang-kenangkan kehidupan keluarga aku sendiri. Aku masih rasakan adik tiriku yang satu ayah lain emak bagai adik beradik sendiri tapi bila tua-tua begini mereka tak pun datang menjenguk aku. Aku sendiri tak tahu mana rumah adik-adikku itu. Mereka semua tahu rumah aku, malahan telefon rumah ini pun mereka tahu. tapi tak pun bertanya khabarku. Noi khabarnya masih di Terengganu. Nani katanya di Rawang & Rusli masih dengan emaknya di Bagan Datuk. Mereka adalah adikku daripada Emak Tiriku yang pertama. Mak Tiriku yang pertama Cik Feah masih hidup tapi rasanya telah hampir sepuluh tahun kami tidak pernah ketemu. Paling akhir aku tahu di Bagan Datuk Perak.

Aku masih terkenang dengan abang tiriku ayah si AC itu. Sebab sejak kecil memang tinggal sekampung; biar pun dia bukan anak arwah Apak tapi sejak kecil kami memang kenal rapat. Bgai adik beradik. Dia pun tak pernah bertanya khabar, kahwinkan anak pun tak jemput kami. Opah si AC arwah Opah Bi adalah Emak Tiriku yang kedua, isteri paling muda arwah Apak. Tiada anak dengan arwah Apak; ayah AC Dato' Zaini itu anak tiri arwah Apak. Anak tunggal arwah Opah Bi. Itulah hakikat kekeluargaan bila berpoligami. Masa kematian arwah Apak sahaja semuanya berkumpul. Sekarang telah lebih dari 15 tahun. Mungkin ramai semua telah tak kenal wajah. Apatah lagi anak saudara atau cucu cicit. Memang tak kenal.

Sementelah itu jangan berani berjanji, yang kononnya diri ini akan setia sehidup semati, sampai ke akhir hayat hidup bahagia berdua. Jodoh pertemuan sukar diramalkan. Terutama lelaki yang bergelar suami. Siapa tahu esok lusa suami senyap-senyap akan bernikah lagi. Kalau tenguk retak di tangan kananku memang aku beristeri dua, tapi aku yakin dengan retak sebelah tangan kiriku. Isteri aku hanya seorang sahaja. Mungkin retak di tangan kanan itu sekadar gangguan sementara. Tak terfikir pun mahu punyai cinta lain. Faktor paling kukuh adalah umur, kesihatan & ekonomi. Nampaknya semuanya menghalang diri untuk terfikir bernikah lagi. Biar pun ada kalangan pemblog di sini ada yang terfikir mahu punyai isteri muda. Lantaran mungkin diri muda lagi. Langkah pun panjang amat mencari rezeki. Mungkin tak pernah pun berjanji dengan isteri yang dia akan setia dengan isteri seorang hingga ke akhir hayat. Seharian sibuk kumpul harta & bercita-cita nak tambah cawangan lagi. Mungkin. Biasanya lelaki memang begitu. Tidak aku!.

- bersambung

Jangan Suka Berjanji 1

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aiyo..peningnya bc susur galur koge awk..nnt tau2 anak sama anak bercinta baru la tau rupanya bersedara...

iDAN berkata...

Memang betul yang itu paling takut!, arwah Abg kandung saya ada ikut jejak arwah Apak, anaknya 21 orang memang saya pun tak kenal anak-anak saudara tu!...

Takutnya bercinta!

Cetusan berkata...

dapat MAK tiri wpun baik tetap tak selesa.

iDAN berkata...

Arwah emak isteri pertama Apak, dia meninggal tahun 1988. Sejak itu memang saya tak punyai ibu selain Opah Bi itu. Opah Bi adalah isteri ketiga Apak; dia baik & memang kami rasa amat menyenanginya. Sedap pula masakannya.

Sekitar lima tahun lalu Opah Bi tiada lagi, dengan Emak Tiri kedua Cik Feah memang aku tak berapa mesra. Memang tak sama Zeq, emak sendiri pastinya lebih amat bermakna dalam hidup kita.

echah_syed berkata...

salam sedara..

salam kenal.timakasih singgah persismutiara dan tinggal jejak disana.

combi pernah dgr pasal 'retak' ni tapi tatau nak percaya atau tidak.

ada jiran combi atok dorang pernah kawin sampai 4 tapi kawin cerai ler.tapi sehingga kini alhamdulillah anak2nyer bersama isteri pertama takde sorang pun yg ikut jejak ayah dorang.

combi rasa pengalaman hidup susah bila ayah dorang 'bertebiat' membuat dorang insaf kot.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Dapat mak tiri yang suka bermuka2 lagi sakit hati. Depan ayah, baik aje... cakap lemah lembut. Belakang ayah, disindir2 plak kita. Padahal dia tu perampas laki org. Bila kita bgtau dgn ayah, pandai plak menggunakan airmata, kononnya anak tiri sanggup buat fitnah. Eiii... patut disula je pmpn mcm ni.

iDAN berkata...

Combi,

Peratus aman & sepakat dalam poligami ini memang amat rendah. Dalam keluarga saya rasanya arwah Apak kira okey! dia punyai isteri tiga orang tu memang sampai akhir hayatnya. Tapi tak semua kalangan isterinya boleh sepakat.

Masalah timbul bila harta pusaka tidak dibahagi semasa arwah masih hidup; hingga kini masih tak diambil kuasa. Sebahagian tanah pusaka pun lupus, saya anak yang bungsu tengah berusaha menjejaknya.

Abg kandung saya mengikut jejaknya. Tapi saya rasa gagal, cuma kaya anak 21 orang, isteri-isterinya habis bercerai, semasa dia meninggal tinggal seorang dari lima isterinya yang kami tahu.

Arwah Pak Mertua,Biras, kekawan ada yang berpoligami ada yang okey ada juga yang bermasalah terus. Hakikatnya payah amat mahu melihat sepakat & bahagia.

iDAN berkata...

Sdr Nana... saya punyai dua Mak Tiri, tahu sangat mana yang okey & mana yang bermasalah.

Semasa arwah Abg kandung saya punyai tiga isteri tinggal sebumbung, saya kenal sangat mana kakak ipar saya tu yang okey, mana pula kaki hasut yang buat rumah tangga arwah abg tu porak-peranda.

Bukan senang mahu menyatukan hati isteri-isteri ini. Kena ada ilmu & petuanya. Kena menuntut juga bagaimana mahu menyatukan hati isteri-isteri.

Cetusan berkata...

kalau ada yang sudi Redho apa salahnya...

hhee..

tambah lagi peminat..

iDAN berkata...

Sdr Zeq memang ada kalangan rakan saya kahwin dengan perempuan berstatus; Ada PhD malahan lambat laun isterinya akan bergelar Prof, suami sekadar pekerja biasa.

Jika isteri tidak ego & sentiasa menghormati suami rasanya tidak akan timbul rasa rendah diri. Jika sebaliknya isteri sering mempersoalkan kerjaya suami, asyik persoalkan belanja rumah tangga, mahu pula cara hidup berstatus seorang Prof. Bagaimana suami akan dapat hidup tenang.

Bunyi memang mudah punyai isteri berstatus tinggi; hakikatnya bagaimana seharian terpaksa berhadapan dengan pintaan yang setanding atau setaraf dengan status isteri begini.

Cukuplah kalau suami membelikan sesuatu hadiah yang tak seberapa. Isteri pandang tak pandang sahaja pemberian sang suami!. Memang amat menyebabkan terkilan di hati.

Hakikatnya bagi kita yang tak berada tetap teringin berpoligami akan pasti menempuh ujian nan serupa. Mampukan membahagiakan hati isteri sekadar cinta belaka?.

leeya abdul berkata...

sdr iDAN,

sungguh bahagia jika semua lelaki berfikiran @ bercaturan seperti sdr.. Tapi apalah malang ramai lelaki melayu selalu mengira2 masa tuk beristeri lebih 4(empat). kan zeq-zeq? kan.kan?

abu muaz berkata...

Salam ziarah.Pelbagai kisah kehidupan ya,

iDAN berkata...

Sdr Zamalia;

Saya telah dilahirkan dalam keluarga yang berpoligami. Derita hati seorang isteri tua seperti arwah Emak memang lekat di hati.

Permasalah keluarga bermadu acapkali saya ladeni, dari kes arwah Apak, abg kandung sendiri, keluarga AC, biras pun kawan-kawan semuanya membuatkan kita terpaksa berfikir berkali-kali jika bercadang untuk menambah cawangan kehidupan.

Sdr Zamalia kena faham watak Sdr Zeq itu, dia suka menyakat sahaja. Apa yang Sdr Zeq fikirkan itu semua ujud di hati lelaki. Dia memang suka berterus terang; hakikatnya dia pastinya amat menyintai isterinya. Untuk membahagikan cinta bukannya mudah. Saya yakin Sdr Zeq pun sama macam saya. Keluarga yang ada kena di dahulu. Impian mendatang itu hanyalah fatamorgana. Dari jauh nampak cantik dipandang bila dekat tak ada apa-apa pun.

iDAN berkata...

Sdr Abu Muaz;

Terima kasih sudi menyapa saya, agar kita terusan dikenalkan & saling bertukar perkhabaran.

Cetusan berkata...

zamalia,

lelaki itu termasuk kategori terlebih sedar diri,

bila wanita sedar Sdr Idan baik hati, semakin ramai peminat Idan.

iDAN berkata...

Sdrku Zeq:

Jika orang berpengalaman orang kata tenguk riak di air telah tahu ikan jantan atau betina.

Orang perempuan sepatutnya belajar dengan orang tua & berpengalaman. Tenguk anak mata lelaki pun patutnya telah tahu dia tu baik atau hidung belang.

Zeq, jangan tafsirkan saya ini baik; Iman kita ini sama sahaja setipis kulit bawang.

Apa kata janda jutawan atau anak dara baik berstatus lagi menggoda kita. Rasanyalah!... hilang juga kekebalan diri.

Sering datang menguji iman kita ketemu isteri orang, gadis yang memang bermasalah, janda yang penuh hutang; Maka iman tu nampak lebih kukuh & fikir banyak kali.

Namanya pun kita ini manusia! banyak amat kelemahannya.