iDAN

09 Disember 2009

Siapa Ahli Narsqo? (Singgahsana)

Ziqir siap i itu bertitik tiga, titik ï memang boleh jumpa dalam Word, mana Narsqo Holiday Sdn Bhd (Narsqo) dapat titik tiga pun tak tahulah.

Tak pasti samakah dengan Narsqo Corp Sdn Bhd seperti logo di atas. Nampaknya macam anak syarikat.

Baru sahaja sebentar tadi aku persoalkan voucher yang mereka keluarkan. Mungkin ramai ahli yang menerima voucher ini menginap percuma di hotel dua hari satu malam yang tersinarai. Voucher lain aku tak perlu persoalkan sebab ada limitnya, seperti minyak hitam murah sebanyak 500 Paraffin (Mah Datok! bahasa orang moden, tenguk kamus Paraffin bermaksud lilin & malam)

Bayangkan orang kita berniaga, pengguna atau ahli orang Melayu, nama kad Ziqir... Arab kut!, bahasa Voucher nya semua tulis orang putih.

Maka sebagai pelancong yang ingin melancong pastinya mahukan maklumat hotel yang akan didiami. Takkan seorang pelancong tak boleh tahu tentang hotel yang bakal mereka menginap. Isu ini bermain di benakku bila, pihak Ziqir Hotline mempersoalkan aku ini tak punya hak bertanya di bahagian informasi Hotel atau Resort yang tersinarai.



Tempat Penginapan Yang Tersinarai dalam brauser@risalah ketika menjadi ahli pun menjadi masalah bagi Narsqo ini, asyik berubah. Sebagai contoh dalam brauser tertulis Orient Star Resort Lumut. Sila semak di laman sesawang, hotel ini adalah hotel 3 bintang. Bilik termurah di Orient Star Resort Lumut ialah Superior Room Sekitar RM250 semalam. Memang hanya kadar termurah itu sahaja yang mampu Narsqo ini janjikan untuk ahlinya.

Untuk tawaran terkini bila aku ingin buat tuntutan Voucher percuma tersebut lain pula ceriteranya; telah tiada lagi. Macamlah kita ini tak boleh baca, tertera dalam Voucher tersebut ianya diperlakukan selama setahun. Ada tempoh sebulan lagi, tak pun tertulis tertakluk syarat terkini, atau siapa dulu dia dapat.

Tak tertulis pun ada syarat terkini & Tempat Penginapan Yang Tersinarai terkini; Di sekitar Lumut & Orient Star Resort Lumut itu. Apa yang berlaku kekinian cuma ada Hotel Cop Ayam tarak bintang bilik termurah bernilai RM95 semalam tetapi kena menginap dua malam. Maksudnya; Semalam percuma RM95 Nasqo mampu tanggung beres & lagi semalam sendiri bayar... belum lagi campur bayaran tambahan waktu puncak jika ada. Itu memang ahli semua sanggup bayar.

Janji dalam brauser mahu kasi voucher hotel percuma sekitar R250 mengapa pula kasi voucher hotel cop ayam ini RM95. Waduh! bersyarat lagi!.

Kena fahamlah kebanyakan tempat penginapan di Malaya ini mengenakan paling murah RM35 bayaran tambahan jika waktu puncak. Jika di Orient Star Resort Lumut waktu cuti sekolah kena tambah RM80 bayaran tambahan memang itu biasa.

Bila pula dikenakan pelbagai syarat begitu entahlah!.. Narsqo ini memang pelik amat. Masa menarik duit pengguna menjadi ahli janji melangit!.

Tak tahulah bagaimana jika memang kereta kita rosak, mungkin ada ahli yang boleh memberi maklumat betapa bagusnya perkhidmatan Narsqo ini; bagaimanakah layanan insuran ini. Banyak lagi janji mereka yang boleh aku persoalkan. Bukanlah mahu menutup atau sabotaj kompeni ini tetapi sendiri ingatlah. Mereka hidup pun dengan duit keahlian kenapa ahlinya diperkotak-katikkan dengan janji manis.

Seperti Voucher RM20 & RM40 minyak pelincir itu setakad 500 Paraffin siapalah yang sempat mengejar. Berapa banyak ahli merasanya?. Jika memang voucher telah diberikan kenapa setiap ahli; Sebaiknya semua ahli merasa jika ingin membeli minyak tersebut; tak payah menyusahkan orang, teringin minyak tersebut belum tentu dapatnya. Takkan ahli mahu semak resit di kedai tersebut yang ianya telah habis 500 Paraffin.

"Encik ianya telah habis terParaffin!" buang masa, buang duit berkejar ke kedai tersebut. Jauh pulak tu! kalau nak pergi... nun! dekat ofis lama Kak Mila tempat minyak tersebut terjual!. Tak pulang modal!.

Buat macam kebanyakan syarikat minyak pelincir iklan, tak jadi ahli pun layak terima pelbagai tawaran barangan. Janji siapa dulu dia dapat. Tak payah cetak voucher yang menipu pelanggan.

Isunya sekarang kenapa Narsqo Holiday Sdn Bhd@Narsqo sengaja membuat janji yang tidak-tidak. Aku sendiri dapat bercakap dengan bahagian informasi di Orient Star Resort Lumut tersebut, mereka pun tak pernah dengan Narsqo. Orient Star Resort Lumut ada tersinarai dulunya! sekarang tidak lagi.

"Banyak syarikat buat macam itu Encik, sengaja taruh nama resort kami untuk menarik hati pelanggan, kami pun tak tahu apa itu Narsqo!"

Banyak lagi janji manis yang Narsqo berikan, tapi aku tak pasti apakah memang benar & sama dengan voucher yang mereka keluarkan. Seharusnya Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia tak perlulah asyik menunggu laporan dari pengguna tetapi pendedahan begini sebaiknya diteliti agar tidak semakin ramai lagi orang kita tertipu!.

Bila aku buat semakan di Google, terkejut beruk aku, memang ramai rupanya ahli Narsqo ini yang punya masalah dengan syarikat ini.

Seperti kes sebelum ini penjualan barangan elektrik Frico sila klik; yang pernah aku dedahkan. Syarikat tersebut baru sahaja ditukar ke syarikat lain pula. Jika anda ke Giant Kajang berjaga-jagalah, barangan mereka bukanlah aku nak kondem tetapi terlampau mahal & tidak menusabah harganya. Seolah-olah mereka gunakan konsep gores & menang dengan cabutan bertuah kononnya... agar buat kita teruja & terasa untung besar. Tetapi sila tenguk harga barangan tersebut di pasaran terbuka; pasti kita akan menepuk dahi. Terasa tertipu oleh gerladangan ini.

Jurujualnya siap kejar kita sampai ke pintu parkir kereta; tolong jangan layan. Kata sahaja awak ini penipu, barang awak mahal... cakap macam itu. Memang semalam aku bilang begitu dengan mereka.

Sila ke situs ini ada terhimpun serba sedikit tentang masalah Narsqo ini

http://peluit.blogspot.com


7 ulasan:

azieazah berkata...

Bang iDan, first time saya dengar pasal Narsqo ni..

no idea...

iDAN berkata...

Dik Azah tak tahulah bagaimana orang kita berniaga, saya baca dalam blog & forum di internet ramai yang mengadu tentang Narsqo ini, egennya suka perlekeh AAM.

Ada kereta rosak mengikut perjanjian asal bagi ahli Narsqo percuma bayaran tarik kereta, ada yang kena bayar sampai RM100 bila kereta sangkut di jalanan & guna khidmat mereka.

Mereka berjanji bayaran keahlian sekali seumur hidup tetiba cukup setahun minta pula wang untuk memperbaharui keahlian. Ini kerja agen Narsqo sanggup tipu pelanggan sebab nak dapat komisyen.

Abg memang tak percaya benda-benda macam ini. Mana ada orang nak kasi tidur percuma atau potongan sampai 70% terutama hotel-hotel mewah & popular. Kalau kita minta sponsor itu mungkin dapat! jika melalui persatuan.

Kecuali memang pihak hotel sedang buat promosi. Kes ini tak perlu keahlian; pemegang mana-mana kad kredit pun layak merebut peluang ini. Sama AirAsia!. Tak perlu kita jadi ahli mana-mana agenci pun janji ada kad kredit!. Bayar online.

Kak Mila yang payah faham benda macam itu. Keahlian itu tak semahal mana sekitar RM200 bagi setahun bukan seumur hidup!!, tapi kalau telah puluhan ribu ahlinya bayangkanlah, mahunya kompeni tak kaya!.

Maka itu jangan keluarkan boucher & janji pelik-pelik. Pasti ramai ahlinya akan kecewa nanti. Nak dapat tidur percuma RM95 pun kena bersyarat apalah istimewanya jadi ahli Narsqo ini? Itu isunya.

hasellusiby berkata...

salam ziarah, jika mahu mengetahui rahsia nusantara, islam dan kebangkitan akhir zaman sila mengunjungi www.nusanaga.blogspot.com

Cetusan berkata...

untung juga yer buka bisnes macm itu..
kaut untung
mcm bunyi agensi Getah?

tapi bukan 'Azro' kan? huhuu

iDAN berkata...

future phenomenon

Terima kasih memberi maklumat & sudi klik blog saya ini. Agar rajin mengintai kami;

Saya juga adalah seorang yang sentiasa hidup dikelilingi oleh mengkudu ini. Tak dinafikan terlalu banyak khasiat mengkudu ini.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Jika mereka ini jujur memang kerja begini lumayan & ianya licik. Mereka ini sebenarnya antara lain sebagai perantaraan@agenci antara sesebuah syarikat & pelanggannya.

Disamping kononnya menjadi agen tarik kereta, mahu juga jadi agen perlancongan & jualan produk yang lain.

Silapnya mereka ini ambil dulu duit pelanggan tetapi perkhidmatannya belum pun lagi dilakukan.

Kumpulan tarik kereta faham-fahamlah riwayat mereka ini; semua orang gerun dengan kerakusan kerja mereka. Silap-silap gaya jika kita guna khidmat mereka tak mereka kerat leher kita dengan bayaran tarik, mereka bawa pula ke bengkel mereka yang memang nahas bagi kita.

Agen perlancongan yang berjaya sebenarnya mereka jujur & gunakan pakej berkumpulan maka mereka dapatlah potongan pelbagai dari pihak hotel atau penginapan lain. Duit hanya mereka kutip jika guna khidmat mereka.

Bukannya duit mereka kutip perkhidmatan belum tentu kita dapat atau guna. Ianya pula lebur@hangus begitu sahaja. e-Gila ke apa?.

Kes yang sering berlaku dengan ahli Narsqo ini, bila berlaku seperti di mana ahli yang secara tetiba merancang melancong di hujung tahun, ketika waktu puncak. Tak cukup ramai & bagaimana Narsqo mahu mendapat potongan apatah lagi voucher percuma yang dijanjikan.

Maknanya Narsqo tak ada punyai apa-apa khudrat atau daya maju selain mengemis meminta belas ihsan pihak hotel & pihak penginapan lain. Wawasan mereka kononnya boleh bantu ahlinya dalam perlancongan sering tersasar.

Maknanya di sini tak tahu mana satu cabang niaga yang mereka mahu ngapai & majukan. Pula tu punyai staf & agen yang tidak mesra pelanggan.

Azro tu saya masih tak perasan azromaya tu macam kenal saja!

Astro pula saya rapat! itu pun saya pening, asyik filem tahun sudah diulang-ulang tu macam mana?. Kita ini macam beli barangan lama pula. Iklan pula melambak. Duit iklan mereka kebas duit kita@pelanggan mereka kebas. Kerajaan kita tak nampak ke benda-benda macam ini?.

Bagi saya jika saluran berbayar!, apa jua iklan kena tolak tepilah. Jika di pawagam saya terima; syok tenguk iklan di pawagam, lagi lama duduk panggung lagi syok!. Sudah rumah ia.

Saya berharap sangat masyarakat kita sedar masalah ini, duit di tangan kita sebenarnya. Kita yang kena pandai menggunakannya. Peniaga kena jujur. Kerajaan kena pantau semua perniagaan yang meragukan ini. Jangan sampai berulang kes macam Pak Man Tĕlor.

Ichi berkata...

Saya baru je terkena tadi dengan frico nie. Mula-mula dia approach baik sangat. Lepas tu dorang siap kata nak bagi voucher kat saya. Bila bukak voucher rm100 dan microwave. Dorang buat reaksi terkejut konon2 tak percaya saya dapat hadiah ni. Rupanya kena beli barang dulu yang harganya sangatla mahal. Mula-mula dorang okey je. Pas saya cakap tak mampu, dorang push asal minat dan cakap takpe kalau bayar rm50 je. Tapi bila saya cakap tak mampu, ade seorang staff lelaki yang sangat kurang sopan datang cakap kuat2 paksa saya beli. Cakap macam nak gaduh..bila saya cakap taknak, terus dia marah-marah. Tolong elak lalu kawasan frico di mydin mitc. Kalau macam ni gaya dorang menjual memang takkan laku.