iDAN

21 Disember 2009

Tinggal Berasingan (Singgahsana)

Seringkali cita-cita & kerjaya membuatkan pasangan suami isteri terpaksa tinggal berjauhan. Tinggal berasingan dengan segala kesepian & bosannya hidup ini. Jika punyai keluarga kecil anak baru seorang dua mungkin tidak terasa sangat bagaimana jika seperti aku ini punyai anak empat!. Tidakkah ianya membebankan?!.

"Chek Jalal tak jemput Kak Chik di lapangan terbangkah?" aku teringat masa itu mana ada KLIA; masih di Subang. Aku pula masih menyewa rumah Makcik Munah di Kampung Malaysia Tambahan. Bibir aku bengkak besar, misai hilang separuh tangan kiri kanan habis hilang kulit. Aku kemalangan kapcai si Atan jadikan aku perisai nyaris aku tak maut digilis lori di lebuh raya Seremban ke KL. Atan yang membonceng aku tak luka apa pun. Dia peluk aku kemas-kemas! aku yang nahas!.

"Pandai-pandailah dia cari teksi!" macam bunyi merajuk sahaja Chek Jalal ini. Dia memang rajin bertandang ke Kampung Malaysia Tambahan. Tak jumpa aku di jenguk Makcik Munah.

Chek Jalal adalah abang saudaraku sebelah emak. Seorang yang ambil berat sangat akan hubungan kekeluargaan. Dia telah punyai Ph.D dan ketika itu menjadi Ketua Pengarah di Jabatan Sains Tanah MARDI Serdang.

(Seingat aku, aku pernah tulis ceritera Chek Jalal ini di blog lama easyjournal)

Chek Jalal yang bercerita Kak Chik isterinya akan balik hari ini, aku tertanya-tanya juga kenapa pula dia tidak menyambutnya. Kak Chik sambung Ph.D di luar negara setahun sahaja. Biasalah ramai pensyarah begitu buat sebahagian di Malaysia sebahagian lagi Ph.Dnya di luar negara. Kak Chik mengajar di UPM . Mungkin masalah anak sekolah & tugasan jadi Chek Jalal membuat keputusan tinggal berasingan. Lagi pun tak lama sekitar setahun sahaja.

"Moh! kita ke rumah Yoep Ni, saya nak kenalkan iDAN dengan dia!"

"Saya bertampal begini tak kesah ke?..." dalam hatiku syak mesti Chek Jalal lari rumah!.

"Tak apa!... nanti bila lagi nak kenal dengan Yoep Ni tu!" Yoep Zaini tinggal di Bandar Tun Razak, tak jauh; ikut Kampung Konggo sekitar setengah jam sampailah. Masa itu mana ada Bandar Tasik Selatan. Yoep Zaini pula adalah abang saudaraku berlainan keluarga. Orang Perak panggil saudara sepupu Satu Datuk. Saudara Beratur Datuk pula bermaksud datuknya adik beradik.

Aku pun pergilah dengannya menaiki Volvo, kereta Volvo ini memang telah lama dia pakai. Pernah kami berdua ke Chemor Perak menaiki Volvo yang sama ketika emak saudara kami meninggal. Chek Jalal memang rapat denganku, aku pernah tinggal di rumahnya ketika awal merantau ke KL.

Sejarah tinggal berasingan antara dua mempelai ini memang kerap berlaku. Semasa bernikah pun Chek Jalal tiada di Malaysia. Majlis kenduri kahwin pun Kak Chik bersanding sendirian bersama pasangan adiknya. Aku masih ingat Kak Chik menangis tak putus-putus ketika di pelamin. Adoi! terkadang amat payah untuk kita menangkis ujian Ilahi. Kenapa mesti antara kita punya waktu terasing yang amat tragis begini.

Memang aku amat merindui Chek Jalal sebab payah punyai saudara mara yang berkedudukan tetapi tidak sombong & sentiasa menjadi ukhuwah sesama keluarga. Chek Jalal ini sejak bujangnya begitu; dia merajuk membawa diri sampai ke Kanada, buat Ph.D di sana sambil berkerja. SPM dia tak sebaik mana tetapi dia memang tekun.

Masa di kampung di Changkat Tin Tg Tualang; dia beli kereta sport rona merah yang tak berbumbung itu. Diangkutnya bebudak kampung sarat kereta itu meronda sampai ke Desa Tualang.

Rumahnya di Bangi sekelompok dengan Pengerusi Felda Tan Sri Dr. Yusof Noor yang baru terima anugerah Tokoh Maal Hijrah.

"Senang nak cari rumah saya tu, hanya dua buah bumbung rona hijau di kawasan itu; rumah menteri Datuk Yusof Noor tu.. & rumah saya!" aku ingat lagi pesannya jika mahu ke rumahnya. rasaya Tan Sri Dr. Yusof Noor banyak pegang jawatan menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Semua itu tinggal kenangan, Allahyarham Chek Jalal telah lama meninggal. Ketika itu dia berumur 40an, kena serangan sakit lelah. Angin Asthma tentunya. Masa itu anak-anaknya masih kecil.

Baru sahaja awal bulan ini ada jemputan kenduri kahwin cahamatanya; tapi kad itu sangkut di kotak surat si Fairuz di ofis lamaku. Ketika itu Fairuz cuti neneknya meninggal di Kedah. Kak Chik mungkin tak tahu aku telah bersara. Telefon rumahku telah berzaman masih tak berubah, mungkin Kak Chik telah hilang nombor telefon rumahku.

Isunya kini; bayangkan betapa terlalu banyak pengorbanan dua mempelai ini lakukan. Sering berjauhan. Malahan arwah Chek Jalal pun terlalu muda meninggalkan anak-anak masih kecil untuk Kak Chik besarkan. Biarpun rumah mereka bagaikan mahligai agam, namun kekinian cuma anak-anak yang dapat menemankan Kak Chik. Kak Chik hingga kini masih tidak berkahwin lain. Cinta mereka amat abadi. Aku pun hampir lupa wajah Kak Chik lama sangat tak berjumpa. Di UPM pun fakulti kami jauh terasing. Kak Chik khabarnya di Fakulti Perubatan; aku di Fakulti Kejut dua bangunan yang memang jauh terasing dari kampus sebenar!.

- bersambung

9 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Saya pernah terpaksa tinggal berjauhan dengan suami ketika baru setahun mendirikan rumahtangga. Seminggu sekali baru berjumpa. Akhirnya atas nasihat saudara mara dan keluarga, saya berhenti kerja dan tinggal dengan suami.

Malangnya, kerana banyak keinginan tidak dapat dipenuhi berbanding ketika saya bekerja dulu, akhirnya suami memutuskan kami patut kembali ke lembah klang supaya saya dapat kembali bekerja spt dulu. Inilah pengorbanan, walaupun suami terpaksa ulang alik agak jauh ke tempat kerja.

azieazah berkata...

Seronok baca kisah kesetiaan orang dolu-dolu...

sambung lagi...

eelobor berkata...

Setakat ni x pernah tinggal berjauhan dgn isteri dalam jara waktu yg lama. setakat kursus 2 mngu tu biasa lah. Kedengaran dari sumber² dalaman, Jabatan akan membuat kursus selama 6 bulan utk tahun depan.

Seorang kawan baik eelobor, berkerja di KL dan isterinya mengajar di Kelantan. Semenjak kawin dia berulang alik ler dr KL ker Klntn seminggu or 2 mngu sekali, telah hampir 10 tahun lamanya.

ardz amy berkata...

pengorbanan....
kalau pengorbanan dalam perkahwenan ni belum la lg, tp berkorban utk org yg tersyg pernah la, cthnye pengorbanan terhadap keluarga, family lebih suka ahaz dok di rumah dr hostel, so berulang alik la dr umah ke hostel. pengorbanan itk yg tersyg, rasanya x cukup utk sampai pengorbanan.ntah la.

iDAN berkata...

Sdr Diana;

Dah tenguk Avatar belum?, apa komen tentang filem ini?.

Diana tenguk kerja juga; jika memang kerja itu punyai masa depan cerah & berganjaran tinggi pasti payah mahu berhijrah atau berhenti.

Ceritera rumah tangga abg telah kerap & selalu sangat tinggal berjauhan. Ada yang kes sengaja orang rumah keluar rumah; ada kes atas persetujuan bersama memang penat nak fikir semua itu.

Jika saling reda & memang tersurat terpaksa berjauhan maka rasanya tak jadi masalah yang penting saling setia serta menghargai ikatan rumah tangga.

Hakikatnya memang amat payah & getir jika berjumpa cuma di hujung minggu. Tinggal berjauhan. Jika ekonomi telah stabil eloklah cari jalan agar tinggal sebumbung.

iDAN berkata...

Dik Azah!,

Banyak cerita masih tergantung nanti abg akan tulis!

Buat masa ini kesihatan masih tak stabil, sibuk pula uruskan anak biasalah nak buka sekolah.

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Jika berkursus & selang beberapa minggu boleh berjumpa rasanya bukanlah isu yang rumit sangat.

Kes pergi jauh & tak jumpa sampai lebih dari 4 bulan; itu yang amat rumit pun menyakitkan.

Jika isteri atau Sdr sendiri akan kursus 6 bulan kenalah mendapat reda isteri jika tak dapat ketemu sepanjang 6 bulan itu. Jika tidak takutnya isteri minta fasakh pula. Perempuan ini terkadang senyap-senyap menyimpan rasa tetiba meletup pening!.

Itu yang berlaku kepada anak saudara saya, telah lebih 3 tahun duduk berasing seorang di KL seorang lagi di Kelantan. Kakak saya tengah bising tu!. Kasihannya anak-anak! bagaimana tu?.

iDAN berkata...

Sha!

Saya pun sama kalau boleh mahukan anak-anak semua berkumpul di rumah. Tak suka anak-anak tinggal di hostel atau rumah bujang.

Kalau mampu memang saya mahu sediakan kenderaan buat anak-anak agar berulang & rapat dengan keluarga.

Hidup kita pun bukan lama sangat! Tak puas lagi dapat bermesra dengan anak-anak.

Kalau tak boleh tiap hari di rumah, paling tidak seminggu sekali kenalah jumpa emak & ayah!. Memang itu sebaiknya!.

ardz amy berkata...

yea... betul kata saudara idan, itu la yg sy fikirkan , xperla susah sikit, tp sentiasa dekat ngan family, sekurang2 nya kalau ada menda yg x elok terjadi sy dah ada dekat ngan mereka.