iDAN

30 Jun 2010

Masih demam Bola (Sukan)


Jika kita perasan ada lima pasukan bola sepak dari Amerika Latin. Boleh dikatakan semuanya handal belaka. Brazil, Chile, Paraguay, Uruguay & Argentina.

Itu pun Chile bertemu Brazil di peringkat awal; silap-silap jika Chile bertemu pasukan lain mahu kelima-lima mereka layak ke Suku Akhir.

Apakah yang membuatkan mereka ini handal belaka bermain bola. Pasti faktor benua & budaya kehidupan mereka yang dapat membawa mereka ke arena bola sepak dunia; tentunya. Seperti Brazil semua tahu sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi mereka asyik bermain bola. Memang bola sepak permainan tradisional mereka.

Seperti anak-anak kita di zaman 60an & 70an lalulah; kita suka bermain Sepak Takraw; hasilnya kita cemerlang di mata dunia dalam arena Sepak Takraw. Bila zaman kita berubah anak-anak asyik berICT maka kita kian kecundang bermain Sepak Takraw; tahu-tahu negara jiran kita yang lebih handal. Samalah Badminton, tak sebanyak mana gelanggang Badminton di kampung-kampung bagai tahun 60an lalu.

Apakah tahun ini antara empat pasukan Amerika Latin yang ke Suku Akhir ini akan dinobatkan menjadi juara. Kita tunggu & lihat nanti. Brazil & Argentina rasanya antara yang disebut-sebut ke peringkat akhir; jangan perkecilkan Uruguay & Paraguay. Jika Ghana tewas dengan Brazil, Brazil terpaksa bertemu Uruguay. Cumanya Brazil kena seawalnya berhadapan dengan Belanda di Suku Akhir.

Begitu juga Argentina yang akan bertemu Jerman jika mereka berjaya mengatasi Jerman terpaksa pula menundukkan Paraguay untuk ke Perlawanan Akhir!. Jangan pula perkecilkan Sepanyol!.

Yang nyata sementelah hampir berakhir Piala Dunia Amerika Latin seharusnya berbangga mereka antara LAPAN pasukan terhandal lagi tersohor di dunia!.

Tahniah!.

8 ulasan:

My Life My World berkata...

Mari kita sama sama tunggu sapa yang menang ek ;)

eelobor berkata...

tetap setia di depan tv

YB berkata...

Salam Dan

Suatu perbezaan besar antara pemain negara kita dgn pemain profesional ialah bila melakukan halangan. Pemain kita main bola macam nak bunuh orang. Ada saja yg cedera tiap kali main. Pemain pfofesional pulak tidak mempunyai niat utk mencederakan org agar sama sama boleh main sampai wisel penamat. Pemain kita bila seseorang utk mengancam pasukannya, akan di attack hingga cedera agar keluar padang.

Cetusan berkata...

pemain manis snyumnya manjadi pujaan wanita

iDAN berkata...

Ibunya Aran;

Pasukan pilihan saya awal-awal telah keluar. Baru kejap tadi Belanda layak ke separuh akhir. Sejak berzaman entah kenapa saya tak suka Brazil.

Pemainnya banyak berlakon; takik org tapi tak mangaku!.

Emmm! yang sedihnya Belanda mungkin bertemu Uruguay atau Ghana. Kalau Ghana dapat kalahkan Uruguay.. memang adoi sayang amat! saya mahu Ghana ke akhir!.

iDAN berkata...

Berjaga malamlah kita!.. Eelobor!

iDAN berkata...

Main kasar ini aku panggil estet style!, masa aku kecik dulu aku selalu lihat pantang berlawan bola dengan India; nak gaduh sahaja!.

YB, entah berapa tahun lagi kita boleh bangkit kembali; lawan kita yg dulunya kecundang menentang kita sekarang gah di mata dunia.

Alangkah syoknya kalau ada pemain Perak ke Piala Dunia; boleh kita naik Air Asia kuar muka kat TV.

iDAN berkata...

Zeq;

Kaka yang macho menangis hari ini!