iDAN

15 Julai 2010

AMPUH (Puisi iDAN)

dalam diam sang kekasih terus berlakon setia
tetapi nampak amat bayangnya bagaikan bercabang
ada sahaja langkahannya nan tidak petah dijejaki

terlepas pandang ada surat cinta di kotak e-mel
aku terpadam maka mungkinkah bait-bait kata terjawab
sedangkan antara kita tidak pernah punyai salinannya

ingauan semalam menjadi mimpi ngeri nan menghantui
terjaga di dinihari aku sedar tak sedar terasing
sendiri menukik impian bersama tidak kesampaian

dalam jaga aku bermimpi Ilahi semakin menggamit
diri & iman nan semakin terapung ampuh melayang

iDANRADZi
Desa Tualang, Kota Bharu Pk.



AMPUH iii

Jawab si kekasih:-

Tidak diam, tidak juga berlakon setia,
Tali setiaku tuntas mana mungkin bisa dijejaki,
Biar langkah capik, lidahku pasti berlapik.

Surat cinta di kotak e-melmu,
bukan bait-bait cinta asmara loka,
ia hanya garapan luka, kisah duka lara,
yang tidak perlu salinan untuk ku ingatinya.

Bukan dalam jaga sahaja...
kini dalam tidur pun ku mimpi yang sama..
biarkan diri ampuh, iman kekal teguh,
mengingatinya bukankah sunat namanya?

Lovelyvic,
Shah Alam, Selangor.

(Bilamana membaca tulisan Dik VIC ini teringat zaman aku & Abuyon ketika kami aktif di Melayu.com. Kami asyik berbalas puisi. Antara rakan yang rapat denganku sekarang telah dinobatkan menjadi Penyair adalah Penyair Mohd Adid Ab Rahman. Semalam karyanya terbit di Berita Harian. Berita Harian nampaknya telah hampir setahun menolak tulisanku biarpun aku rajin menghantar karya puisi ke akhbar mereka. Paling akhir karya aku diterima adalah karya Mata pada Julai tahun lalu)

7 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Jawab si kekasih:-

Tidak diam, tidak juga berlakon setia,
Tali setiaku tuntas mana mungkin bisa dijejaki,
Biar langkah capik, lidahku pasti berlapik.

Surat cinta di kotak emelmu,
bukan bait-bait cinta asmara loka,
ia hanya garapan luka, kisah duka lara,
yang tidak perlu salinan untuk ku ingatinya.

Bukan dalam jaga sahaja...
kini dalam tidur pun ku mimpi yang sama..
biarkan diri ampuh, iman kekal teguh,
mengingatinya bukankah sunat namanya?

Lovelyvic,
Shah Alam, Selangor.

My Life My World berkata...

I N D A H ....

Cetusan berkata...

melayang layang agaknya ke mana??

iDAN berkata...

...garapan luka, kisah duka lara... ada ketikanya bilamana hati terlalu luka sering kita terus tewas dengan ujian;

maka manusia ini sama sahaja mahukan tempat perlindungan & tempat mengadu...

Dik VIC tempat yg paling baik untuk mengadu segala adalah pasangan kita; jelas dalam agama kita jika kita telah bernikah jalinan kita bukan hanya di dunia tapi kekal di akhirat nanti; kita sering lupa tentang ini...

Di samping itu jika kita tak punyai pasangan yg memahami, jangan berpatah arah kembalilah mengadu kepada Kekasih Sejati kita. Ilahi nan Esa.

Agar hidup ini tetap damai.

iDAN berkata...

"...semakin usia meningkat terasa semakin kecil diri ini...adakah peningkatan usia kita selari dengan amalan yang kita lakukan.." Drpd Shina.

Sdr Shina,

Saya baru sahaja ketemu rakan lama di SMI Ipoh. Sekolah lama yang nampak makin banyak berubah.

Rata-rata kami tak jumpa lebih dari 33 tahun, iyer meningkat usia. Masalah utama yg dapat dikesan org kita kini ramai punyai masalah obesisi,sakit kronik atau sakit yg sukar baik seperti gaut.

Ini masalah ketika berusia, Ibunya Aran kena amat berjaga tentang ini sementara masih muda.

Di segi amalan & Iman pula, ada kalangan kami yg sekitar 150 orang itu, ada yg menjadi Imam di masjid besar. Tapi saya tenguk dalam usia di ambang warga emas ini masing-masing masih mengejar duniawi, giat berusaha. Benda ini banyak saya kupas kenapa kita lambat nikah & dapat anak.

Bila berusia kita terperangkap dengan kehidupan & asyik leka tentang esok lusa mungkin ajal kita akan tiba.

iDAN berkata...

Terima kasih ... Ibunya Aran.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Perkataan melayang ini saya kutip ketika zaman kanak-kanak lagi; ianya dilafazkan dari kedaan orang tak sedar diri (menurun) katanya itu suara roh dari kerabat kami yang lahirnya kembar bersama ular yg membesar menjadi naga.

Maka itu bila saya menulis puisi sebut melayang ini memang saya amat rasa misteri... ke manakah ianya melayang!. Apakah yg kitab kita kata ke langit... langit pula bukannya hanya di atas kita sebabnya bumi ini bulat!