Itulah perjalanan yang dapat dinobatkan buat pasukan Uruguay. Tersingkir!. Terlampau mahu menjadi Wirawan hingga mengguris hati peminat Afrika; Ghana tentunya akhirnya Uruguay tersingkir ditentangi pasukan Belanda 2-3 (1-1).
Sekitar jam 4:30 pagi barulah berakhir pertandingan 90 minit di mana jika diperhatikan kedua-dua pasukan banyak melepaskan peluang menjaringkan gol. Tidak dinafikan kubu Belanda goyah di saat akhir hingga menghasilkan satu gol yang nyaris memerangkap permainan ke masa tambahan.
Jagoan Suarez sekadar sejuk badan di tepi padang lantaran digantung satu perlawanan atas tindakannya terlalu ghairah ingin menjadi penjaga gol.( Pegang bola di garisan pintu gol.) Tanpa Siarez nampaknya banyak amat serangan Uruguay terhalang begitu mudah. Uruguay silap berbangga dengan corak permainan Suarez lantaran matlamat bermain bukannya sekadar kecundang di separuh perlawanan tetapi mara ke akhir mengharapkan menjadi juara. Tak dapat dinafikan jika ada Suarez di padang pasukan lawan pasti mudah dilentur & patah serangannya.
Belanda mara ke Perlawanan Akhir menanti perlawanan kalah mati antara Jerman atau Sepanyol awal pagi nanti. Dalam bualan aku dengan rakan-rakan kebanyakan mereka amat menyukai corak permainan Jerman yang lebih kepada berpasukan bukan skil individu atau samba.
Pasukan yang kalah akan bertemu Uruguay untuk tempat ketiga atau keempat. Rasanya Uruguay telah terbau untuk menduduki tempat ketiga!. Suarez pasti mengganas lagi!, bilamana dapat dilepaskan di padang untuk menentukan Uruguay tidak putih mata merebut tempat ketiga.
Bagaimana pun bola itu bulat Yoep oii!
6 ulasan:
tertunggu German vs Spain
Berjaga malam lagilah kita; Ramai meramalkan perlawanan malam nanti bagaikan Perlawanan Akhir!.
Salam Abg iDAN,
Wah nampaknya blog abg pun tak terlepas drp demam bola.. :D saya pulak mmg tak minat bola ni. Janganlah tanya pasukan mana yg masuk semi final ke apa, mmg fail takleh jawab uhuk2..
Lama tak dengar pkabaran abg, semoga abg sekeluarga sihat2 hendaknya & sentiasa dibawah payungan rahmat dari Ilahi :)
Dik Ieja;
Abg penyokong Itali sejak berzaman sayangnya pasukan ini kecundang di peringkat awal lagi.
Tadi baru jumpa doktor yg baru; sedih Dr yg lama rawat abg tetiba berhenti. Glukos abg naik semula!... degil tak mahu makan ubat; Goji pun tidak!
Seperti yg telah diramal oleh octopus... hahahhaa
Octopus tu sungguh popular skang ni. Ada pemain argentina yang teringin benar nak buat dia jadi sotong panggang.
VIC
emmm! sotong banyak tangan!... buat gulai! sambal kacang...
tadi abg terjumpa komen di FIFA bab sotong ini!
Catat Ulasan