iDAN

16 Mac 2011

AC Mizal & Gelangnya

Ish! isu gelang AC Mizal yang di’dakwa mark-up harga melampau semua orang sudah tahu rasanya sehingga hari ini.

Seperti kebanyakan syarikat MLM lain, Harian Metro adalah publikasi arus perdana paling mesra buat mereka untuk beriklan atau membela diri.

Hari Ahad yang menenangkan ini, Harian Metro mengeluarkan laporan jawapan AC Mizal terhadap beberapa dakwaan superhero Malaysia Aidid Mu’addib.

Kami copy-paste beberapa point yang penting untuk pengetahuan & penilaian akal bijak anda semua. Kami tidak cukup yakin akan jawapan di’berikan AC Mizal. Dan, apa Khai AF1 buat di’sisi AC Mizal?

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

iDAN:

AC ini pangkat anak saudara tiri, masa arwah Apak nazak memang di rumah ayah AC di KL ketika itu dia bujang lagi. Dia mengiringi jenazah arwah Apak sampai ke Kubur Pedas di Perak. Sekarang dia memang tak kenal kami lagi. Kes gelang ini saya juga menjadi ahlinya tapi tidak aktif. Saya daftar menjadi ahli dapat gelang kemudian akaun saya pengap macam itu sahaja.

Sebut sahaja jualan langsung atau MLM pasti semua faham bayangkan jika harga RM1000 separuh terpaksa diagih untuk ahli, jatuhnya dua kali ganda kita berbelanja bagi satu barangan. Pemasaran satu tingkat (SLM) yang dikatakan AC aku pun tak faham sangat. Yang pasti ahli terakhir pasti dapat amat sedikit atau sifar keuntungannya; akhirnya jualan dah tepu syarikat bankrap maka duit keahlian fikirkanlah siapa yang empunya.

Takutnya nanti kita berhutang kepada ahli yang mengharapkan laba dari pelaburannya. Bayangkan jika kita jual dengan berganda tapi ahli yang tak aktif ini tak dapat sikit pun komisen tidakkah ini satu penipuan. Jangan perangkap orang dengan alasan yang tak munasabah. Ambillah keuntungan sekadarnya bukan sampai kita menganiaya orang.

Zaman sekarang telah banyak pilihan fikirkanlah sendiri di mana kita nak berbelanja; sebagai contoh Penapis Air, jika jualan MLM sampai mencecah ke RM2000 di pasaran terbuka sekadar RM1000 sama kualiti sama jaminannya anda nak pilih yang mana tepuk dada tanyalah selera.


4 ulasan:

My Life My World berkata...

Tak berani nak masuk apa apa jenis bidang MLM atau SLM pun. Kalau takat beli tu okaylah. Bab nak yakinkan orang memang saya fail.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Abg Idan...
apa cerita agaknya AC dan gelangnya kan? Semenjak kesnya dibongkar... kerjayanya juga seolah2 malap. Khabarnya ramai orang Gomen yg jadi ahli sudah mengamuk minta duit semula.

iDAN berkata...

Ibunya Aran;

Samalah kita tapi kawan mendesak tu masuk saja ahli nak jaga hati kawan tapi tak ke mana ahli yang jumud macam tu saja. Habis duit macam tu saja.

iDAN berkata...

Dik VIC

Yang nyata dia khabar dah kaya raya gasil jualan gelang tu; abg jadi ahli gelangnya pun tak pernah pakai; entah ke mana pun pergi.

Mmg nak jadi ahli tu boleh tahan juga mahalnya; apatah lagi kalau pilih gelang yang beribu harganya, abg pernah msg dia di internet kononnya minta bantuan untuk selit-selitkan nama abg di celahan ahli yang aktif... dia layan pun tidak; dibloknya msg abg adalah.

Di FB nak ADD nama abg jadi rakan isterinya pun tak boleh!.