iDAN

23 Julai 2011

Undang padah

2011/07/24
SAFIQ (empat dari kiri)  dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi.
SAFIQ (empat dari kiri) dilayangkan kad merah selepas terjahan keras ke atas pemain lawan, malam tadi.


Skuad negara meniti ranjau gara-gara pertahanan longlai


DRAMA di Kota Singa, malam tadi menceritakan betapa ranjau bertambah sukar untuk Harimau Malaya mahu memasang impian besar layak ke pusingan 3, kelayakan Piala Dunia 2014.
Kekalahan 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama, pusi­ngan kedua di Stadium Jalan Besar - segala-galanya terarah kepada kelemahan benteng yang mudah kucar-kacir - menuntut aksi lebih bertenaga apabila anak didik Datuk K Rajagobal melayan lawan bergelar Singa itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Tambah perit, skuad negara akan kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada awal babak kedua selepas membuat terjahan kasar ke arah pemain lawan ketika dalam situasi tertekan mencari jari­ngan.


Benteng negara rapuh

Daripada Hussain Said di Singapura
hussain@bharian.com.my
2011/07/24

PEMAIN Malaysia, Ismail Faruqi gagal menjaringkan gol selepas di dihalang penjaga gol Singapura, Mohamad Izwan Mahbud, malam tadi.

Mesti menang 2-0 di Bukit Jalil

KEGOYAHAN benteng Harimau Malaya sekali lagi terserlah apabila lima kali gawang negara dibolosi ketika tunduk 5-3 kepada musuh tradisi, Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Apapun, kebangkitan anak didik Datuk K Rajagobal yang ketinggalan 4-1 pada babak pertama sebelum tewas 5-3 harus dipuji sekali gus menyalakan kembali harapan untuk mengukir sejarah mara ke pusingan ketiga yang pada mulanya tipis.

Ini kerana mereka berpeluang menebus kehampaan itu dengan sekurang-kurangnya menewaskan lawan itu 2-0 dalam baki permainan 90 minit di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.

Begitupun, lima gol yang menggegar jaring negara dikawal Mohd Sharbinee Allawee membuktikan kegoyahan benteng diterajui Muslim Ahmad masih belum dapat diatasi selepas melepaskan 14 gol daripada empat perlawanan terakhir sebelum ini.

Malah, ia membuktikan Singapura begitu ampuh apabila empat daripada lima pemain nutralisasi mereka menyumbang semua gol bagi membolehkan mereka membawa bekalan selesa menghadapi perlawanan kedua.

Apapun, Harimau Malaya terlebih dulu ceria apabila Safee Sali menggegar jaring lawan menerusi serangan sulung ke kubu lawan ketika permainan baru berusia 30 saat.

Namun, tuan rumah pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang sensasi berusia 41 tahun, Aleksander Duric sebelum Qiu Li, Mustafic Fahruddin dan Shi Jiayi menjadikan kedudukan 4-1 sebelum rehat.

Cabaran Harimau Malaya bertambah derita apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah selepas mengasari Haris Harun minit ke-49.

Abdul Hadi Yahaya yang masuk menggantikan Ahmad Fakri Saarani menyalakan harapan apabila merapatkan jurang dengan gol kedua pada minit ke-69 sebelum Safee sekali lagi membuktikan bisanya menjaringkan gol ketiga, seminit kemudian.

Namun, Duric jelas menjadi duri dalam daging kepada benteng negara apabila menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-80 untuk membolehkan Singapura menang 5-3.

Tiada ulasan: