Daripada Hussain Said di Singapura
hussain@bharian.com.my
2011/07/24
Marah tapi jurulatih Harimau Malaya puji kebangkitan
"INI adalah perlawanan gila," kata Datuk K Rajagobal selepas Harimau Malaya tewas kepada Singapura 5-3 dalam perlawanan pertama, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Tanpa berselindung Rajagobal menyifatkan persembahan barisan pertahanan adalah paling buruk apabila melepaskan empat gol selepas bermula baik dengan mendahului 1-0.
“Saya pun tidak tahu puncanya apabila semua jaringan lawan diperoleh dengan mudah. Kami harus memberi tumpuan mengatasi masalah ini (benteng) jika mahu menang perlawanan kedua Khamis ini,” katanya.
Begitupun, Rajagobal memuji persembahan anak buahnya pada babak kedua apabila bangkit merapatkan jurang 5-3 selepas ketinggalan 4-1 pada separuh masa.
Sementara itu, jurulatih Singapura dari Serbia, Radojko Avramovic menyifatkan tindakan pengadil memerintah pertahanannya, Ismail Yunos yang menerima kad kuning kedua pada minit ke-53 mengubah rentak perlawanan.
“Kami kehilangan pertahanan berpengaruh dan Malaysia jelas mengambil peluang itu dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit. Jika tidak, saya yakin kami mampu menang selesa,” katanya.
“Saingan masih terbuka. Jika kami menang di sini, Malaysia juga boleh menang di halaman sendiri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan