iDAN

23 Julai 2011

Safee Sali

Ini adalah tentang pemain Bola Sepak yang kini menjadi sebutan seantero Malaya. Mohd Safee bin Mohd Sali Asal: Kajang, Selangor Tarikh lahir: 29 Januari 1984 Status: Berkahwin Pendidikan: Sekloah Kebangsaan Toh Tan Sakti, Tapah Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat Sekolah Sukan Bukit Jalil Karier Bola Sepak 2003 – Kuala Lumpur 2006 – Sarawak 2007 - Selangor Pencapaian Piala Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala Suzuki AFF, Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 (5 Gol) Jersey : 10 Bagaimana Safee memulakan karier sebagai pemain bola sepak? Saya memulakan karier bola sepak dari minat sejak kecil. Semasa sekolah saya menjadi mewakili sekolah di semua peringkat. Bapa saya, Mohd Sali mencetus semangat saya untuk bermain bola sepak. Dia sentiasa bersama saya setiap kali saya bermain dan memberi galakan di tepi padang. Siapa idola safee? Di Malaysia, saya suka gaya permainan Akmal Rizal. Untuk peringkat Eropah saya mengagumi cara permainan Ronaldo dan David Beckham. Saya kagum dengan cara profesional Beckham yang tinggi dalam kehidupan. Apakah pencapaian tertinggi dalam karier Safee? Merangkul kejayaan Piala Suzuki AFF dan menjadi penjaring gol terbanyak untuk kejohanan dengan 5 gol merupakan suatu pencapaian yang membanggakan diri saya. Selain itu, membantu Selangor menjuarai Liga Super dan mempertahankan Piala FA turut menjadi kebanggaan saya. Safee pernah digelar Super Mokh II selepas Allahyarham Mokhtar Dahari, apa komen? Itu merupakan satu penghargaan yang tinggi buat saya. Pada saya Allahyarham mempunyai gaya permainan dan berada dalam satu kelas tersendiri. Saya belum mencapai tahap Allahyarham dan masih perlu banyak yang perlu dipelajari untuk setanding beliau. Gol terbaik yang Safee pernah hasilkan? Satu gerakan cantik dan gol sepakan gunting yang pernah saya hasilkan ketika Piala Sultan Selangor pada 2008 dan perlawanan akhir pertama Malaysia di Bukit Jalil. Gol tersebut merupakan gol jarak jauh menerusi tandukan. Target 2011? Tahun ini saya berazam untuk membantu Selangor merangkul semua kejuaraan bermula dengan Piala Sumbangsih. Saya juga mahu membantu pasukan mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lepas dan membantu Malaysia mencapai keputusan yang bagus untuk kelayakan Piala Dunia. FAS tidak benarkan Selangor ke Piala AFC? Pada saya ia merupakan satu keputusan kurang baik untuk pasukan sebenarnya di mana disitulah kita boleh menunjukkan kebolehan pasukan dari Malaysia dan ianya merupakan keputusan pihak pengurusan. Piala AFC merupakan satu peluang menunjukkan bakat untuk kita mendapat tawaran yang lebih baik untuk bermain dengan pasukan dari luar. Sejak kemenangan Malaysia penyokong sudah mula membanjiri stadium. Apa pandangan Safee? Itu tanda yang baik untuk sukan bola sepak di Malaysia. Keadaan ini akan memberikan semangat yang lebih kepada pemain untuk membuktikan mutu bola sepak negara semakin meningkat. Pasukan mencabar Selangor selain pasukan Kelantan? Negeri Sembilan antara pasukan lengkap untuk musim ini dan saya rasa mereka mampu mencabar pasukan Selangor. Kedah yang dibarisi pemain muda juga dilihat mampu memberikan saingan selain pasukan musuh tradisi Perak. Perak dikendalikan jurulatih baru, Norizan Bakar dan diperkuatkan dengan bekas penyerang negara, Akmal Rizal dan keserasian pemain baru juga tidak boleh dipandang mudah. Ketiadaan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha dalam pasukan kebangsaan dilihat memberi ruang untuk Safee menunjukkan kebolehan. Sekembalinya mereka nanti sudah semestinya membuatkan persaingan menjadi sengit. Adakah Safee bersedia mengekalkan posisi Safee? Sudah semestinya masing-masing akan menunjukkan persaingan kuat di kem latihan. Setiap orang sudah semestinya mahu bersungguh-sungguh dan berada dalam prestasi yang terbaik dan ianya merupakan satu petanda positif kepada pasukan. Saya berharap saya akan terus berada dalam prestasi konsisten dan seterusnya mengekalkan tempat saya dalam kesebelasan utama pasukan. Adakah menjadi satu bebanan menjadi penyerang tunggal? Memang menjadi corak permainan moden mempraktikan satu penyerang di bahagian hadapan tetapi dengan bantuan rakan-rakan di bahagian tengah dapat membantu penyerang menjaringkan gol. Pada saya tiada masaalah. Kali pertama jurulatih memperkenalkan strategi ini kepada saya memang terasa sedikit beban dan sekarang saya sudah semakin serasi. Ini merupakan satu corak permainan efektif bagi setiap pasukan kerana di bahgian tengah mempunyai ramai pemain yang akan membantu penyerang dan banyak serangan yang boleh dihasilkan. Berapa target jaringan? Musim lepas saya berjaya menghasilkan 20 gol dalam kesemua kejohanan dan diharapkan saya mampu mengatasi rekod ini. Mengenai desas desus perpindahan safee ke kelab luar? Semuanya masih dalam perbincangan. Kontrak saya bersama Selangor akan tamat pada november 2011 dan saya masih belum memutuskan bila dan pasukan yang bakal saya sertai. Kita juga masih menanti keputusan mesyuarat persatuan bola sepak selangor (FAS). Saya berharap saya akan bermain di Indonesia kerana saya harap dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam karier bola sepak saya. Selain indonesia? Setakat ini kita hanya mendapat tawaran dari kelab Indonesia. Ada juga tawaran dari kelab di Vietnam tetapi liga di sana sudah masuk ke pusingan kedua. Itu menyukarkan mereka untuk mengemukakan tawaran. Saya mahu mencuba dari satu peringkat yang lebih tinggi dari yang saya ada sekarang. Kalau boleh telah bermain di Indonesia saya mahu mendapatkan tawaran dari kelab Asia seperti Jepun dan Korea. Untuk terus bermain di liga Jepun? Secara logik bola sepak tidak boleh. FIFA menetapkan peraturan supaya pasukan kebangsaan itu sendiri perlu berada di ranking yang tinggi sebelum pemain boleh bermain di liga yang lebih besar. Saya mahu melakukannya selangkah demi selangkah. Saya harap bermain di Indonesia membuka langkah untuk saya bermain di Jepun atau Korea. Tidak ingin cuba untuk bermain di Singapura? Ya saya ada memikirkannya tetapi berdasarkan maklumat yang saya perolehi melalui rakan-rakan di Singapura, lebih baik bermain di Indonesia sebab mempunyai ramai pemain import dan kita boleh belajar sesuatu di sana. Jika diberikan peluang bermain di liga Eropah? Saya memilih liga Itali dan Sepanyol. Mungkin saya memilih pasukan Barcelona kerana mereka mempunyai akademi bola sepak yang baik dan corak permainan yang bagus. Bagaimana pandangan Safee berkaitan pembangunan sukan bola sepak di negara kita? Banyak yang perlu diperbaiki selaras dengan saranan kerajaan yang mahu membina akademi bola sepak di Gambang, Pahang ianya merupakan satu petanda positif untuk pembangunan bola sepak. Saya dikhabarkan satu cara yang lebih sistematik untuk melatih pemain-pemain muda. Tidak terhenti di situ, saya harapkan akan ada usaha-usaha untuk meningkatkan mutu pencarian pemain pelapis untuk pasukan kebangsaan kita. Bola sepak sudah menjadi satu sumber pendapatan bagi seseorang seperti pemain di Eropah. Bagaimana Safee melihat keadaan ini? Ya memang tetapi situasi di Malaysia tidak sama seperti di Eropah. Di Eropah banyak yang menjadikan pemain bola sepak sebagai duta produk dan ianya menjadi sumber pendapatan tambahan keapda mereka. Di Malaysia situasi ini masih belum diterapkan dan jauh berbeza dengan peringkat Eropah. Ada dapat tawaran menjadi duta produk? Setakat ini masih dalam perbincangan dan belum diumumkan secara rasmi. Saya harap selepas ini ada peluang yang diberikan kepada saya dan dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Perancangan selepas menamatkan karier bola sepak? Banyak yang saya fikirkan dan setakat ini saya belum putuskan. Tapi saya arus permainana bola sepak mungkin saya akan menumpukan untuk menjadi jurulatih atau pengurus pasukan. Adakah Safee akan menamatkan karier bersama pasukan Selangor? Harapan dan impian itu memang ada. Kalau boleh saya mahu menamatkan karier bersama pasukan Selangor. Tapi untuk masa hadapan tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi. Harapan Safee? Saya ingin mengekalkan persembahan konsisten saya. Saya harap sokongan penyokong terutamanya penyokong Selangor untuk hadir beramai-ramai ke stadium membantu pasukan mencapai kemenangan demi kemenangan seterusnya merangkul semua kejuaraan di Liga Malaysia. http://afix23-afix23.blogspot.com/ Minat Khairul, sambar Safee Oleh Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my Image LEPAS...Safee berjaya meloloskan diri daripada kawalan pemain import Sriwijaya FC, Claudiano Dos Santos di Stadium Singa Perbangsa, Jumaat lalu. SAFEE SALI bukanlah permata dicari kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya pada peringkat awalnya, namun dia tetap bersinar di arena bola sepak negara jiran itu yang tersungkur di kakinya pada final Piala AFF Disember tahun lalu. Tanpa niat memperkecil kemampuan Safee, Pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara Satriawangsa mendedahkan pasukan itu sebenarnya terpesona dengan ketangkasan penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat. “Kami pada awalnya mahukan penjaga gawang, Khairul Fahmi yang tangkas di benteng terakhir Malaysia pada final Piala AFF,” kata Lalu Mara. “Saya turut terpesona dengan reaksinya yang pantas bertindak balas menangkap atau menepis bola. Tapi apakan daya amat sukar untuk mendapatkannya kerana pasukan asalnya (Kelantan) bagai tidak mahu melepaskan. “Malah, di Pelita Jaya, antara kami sendiri ada juga yang tidak bersetuju membawa penjaga gol import kerana berasakan penyerang baru diperlukan untuk memulihkan semula reputasi pasukan yang berada di tangga paling corot ISL,” kata Lalu Mara. Selepas melihat aksi Safee pada perlawanan pertama, Lalu Mara berkira-kira untuk membawa pemain tengah dari Malaysia, untuk mencipta peluang menjaringkan gol buat penyerang itu. “Sekarang saya lihat Safee kurang mendapat umpanan yang membolehkannya menjaringkan gol. Kalau dia mampu memujuk rakannya dari Malaysia yang serasi dengannya saya sedia memberitahu pihak pengurusan untuk melaksanakan tindakan seterusnya,” kata Lalu Mara yang juga terpikat dengan aksi Nurshahrul Idlan Talaha dan Shafiq Rahim. Begitupun, segala-galanya sudah terjawab dengan jaringan pertama Safee pada penampilan pertama di Stadium Singaperbangsa, Karawang. Penyerang yang menjadi fenomena baru anak muda, gadis sunti dan ibu bapa di seluruh Indonesia itu membuktikan tuahnya ada di sana. Jika di penghujung tahun lalu, Safee menjadi petualang buat Indonesia, kini namanya diangkat menjadi wira pasukan Pelita Jaya biarpun baru tiga minggu berada bersama kelab yang tidak berdaerah itu. Malah, jurulatih, Miodrag Radovic mengaku mahu Safee terus bersama kelab itu untuk musim depan. “Saya sukakan sikap dan gaya permainan Safee. Dia juga menjadi contoh yang baik buat pemain muda Pelita Jaya dan saya tidak teragak-agak mengatakan bahawa namanya tersenarai dalam perancangan saya untuk musim depan. Saya mahu dia berada lebih lama di kelab ini,” kata Miodrag. Kontrak setahun Safee akan berakhir pertengahan musim depan dan jika benar Miodrag mahukannya kekal, ini bermakna Safee akan ditawarkan kontrak baru sehingga penghujung 2012. Safee yang ditemui pula berkata, dia akan menilai terlebih dulu tawaran itu kerana dia ada misi tersendiri. “Tengoklah macam mana tawarannya. Jika saya menerima tawaran kelab lain yang lebih baik sudah tentu saya pertimbangkan untuk beralih arah kerana saya mahukan lebih banyak pengalaman,” kata Safee. Selepas menjaringkan satu gol ketika menentang Sriwijaya tiga hari lalu, Safee pastinya digeruni pasukan lain, apa lagi menjelang pertemuan menentang pasukan besar Persib Bandung di Karawang, Sabtu ini. Menurut kakitangan kelab Pelita Jaya, pertembungan menentang Persib Bandung sentiasa sengit kerana ia membabitkan pertemuan dua musuh berjiran. Malah, Persib yang berpangkalan di Bandung lebih dekat dengan Karawang berbanding Pelita Jaya yang berlatih di Sawangan, Selatan Jakarta.

Tiada ulasan: