Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

25 Mei 2012

Perang harga di Pasar Sutera

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

2011/12/11

Bangunan Pasar Sutera di Beijing.
Bangunan Pasar Sutera di Beijing.
MENJEJAK kaki di Pasar Sutera yang terletak di pinggir kota Beijing umpama meredah Jalan Petaling di Kuala Lumpur. Yang membezakan cuma pusat jualan di ibu negara China itu beroperasi dalam bangunan manakala Jalan Petaling berkonsep terbuka.

Pada awalnya, konsep perniagaan Pasar Sutera juga terbuka, namun hanya sehingga 2005 kerana selepas itu ia berpindah ke sebuah bangunan enam tingkat. Pasar ini mungkin yang paling kerap dikunjungi pelancong asing di Beijing, mendapatkan segala macam produk tiruan. 

Daripada barangan kulit, kraftangan China, gajet elektronik, komputer riba, telefon pintar, mutiara, fabrik, permainan dan sebagainya, semuanya ada dijual. Produk seperti kasut, tali pinggang, beg tangan dan beg pakaian jenama terkenal antarabangsa dijual di tingkat bawah manakala tingkat pertama dan kedua menjual pakaian.

Di tingkat tiga pula, berlambak segala macam jenis alas meja bersulam, langsir, tuala, sarung kusyen, pakaian tradisional, sutera dan pelbagai jenis fabrik dijual pada harga berpatutan dan boleh ditawar.

Barangan kemas seperti gelang, rantai dan cincin, mutiara dan produk berasaskan mutiara, hasil kraftangan, kelengkapan kembara, cermin mata hitam, jam tangan, gajet elektronik seperti komputer riba dan telefon pintar pelbagai jenama dijual di tingkat empat dan lima.

Harus diingat, membeli-belah di Pasar Sutera amat memerlukan kemahiran menawar harga kerana jurujual di situ tidak melabel harga produk jualan mereka. Pengunjung perlu bertanya dulu berapa harga barangan dan biasanya, jurujual mengenakan kadar tinggi walaupun produk yang dijual semua tiruan.

Jangan takut untuk menawar walaupun sehingga 200 peratus kurang daripada harga asal yang ditetapkan penjual. Paling penting, jika mereka enggan menerima harga yang kita sebutkan, cuba keluar atau berlalu dari kedai mereka, pasti tangan anda ditarik dengan suara memujuk bertanya berapa harga yang kita mahu.
Masa itulah kita perlu berani menyatakan harga yang dimahukan kerana jika dianggap tidak berbaloi, mereka sedia melepaskan kita pergi.

Jangan terperanjat jika disapa penjual di Pasar Sutera dengan pertanyaan `apa khabar' atau `dari Malaysia’ atau ditegur `mari beli di sini', `murah-murah abang kakak' dan `singgah bang'. Sapaan itu biasanya dilontarkan jurujual wanita muda genit sambil menerpa lalu menarik pengunjung ke dalam kedai mereka.

Ini kerana, ada di antara peniaga terbabit pernah bekerja di Indonesia, Singapura atau Malaysia sebelum ini dan menggunakan kelebihan berbahasa Melayu untuk menarik pengunjung berkulit sawo matang.

Paling penting, bersedia juga untuk `diculik' jurujual wanita khasnya mereka yang berkeliaran di tingkat bawah tanah yang menempatkan puluhan kedai mini menjual beg tangan wanita.

Penulis sendiri melalui pengalaman itu apabila dipaksa membeli beg tangan walaupun ketika itu niat hanya mahu melihat dan memilih. Apabila cuba keluar dari kedai, dua hingga tiga rakan jurujual terbabit menghalang sebelum menolak penulis masuk semula ke dalam kedai.

Akhirnya, terpaksa juga membeli untuk dijadikan buah tangan, itupun selepas puas bertengkar dan tawar menawar dengan jurujual. Seperkara lagi, disebabkan pengunjung pasar itu rata-rata pelancong asing, jurujual di situ cukup baik bertutur dalam bahasa Inggeris.

Pengunjung juga perlu berhati-hati dengan penyeluk saku kerana mengikut pemandu teksi yang membawa penulis ke pasar berkenaan, Pasar Sutera menjadi lubuk emas bagi penjenayah kecil-kecilan itu.

1 ulasan:

HaSuGa berkata...

Assalam..
agak2 ingat tak harga sutera semeter kat sana?