Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

25 Mei 2012

Beijing 2008

Pengalaman Ke Beijing Bersama Juara HKS 16 Mac 2008
 
JAM 8.20 pagi kami berlepas dari lapangan terbang KLIA menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Rombongan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Tuan Shaik Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Haji Kamaruddin, Pegawai Pelajaran ANGKASA, Mohd. Radif Md. Jali, guru koperasi, Puan Dayang Hamsiah, koperator muda iaitu Aina Insyirah, Muhammad Taufik dan Ruhil. Kapal terbang tiba di Beijing tepat pada jam 2.50 petang. 

Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong yang mesra dengan panggilan Farah. Perjalanan pertama menuju ke Akrobatik Centre yang mempersembahkan Akrobatik China. Sepanjang perjalanan Farah telah memberi sedikit maklumat tentang bandar raya Beijing dan program lawatan di Akrobatik Centre. Persembahan bermula tepat jam 5.30 petang waktu Malaysia. Sebanyak lima persembahan dijalankan dan ia sangat menghiburkan dan memberi pendedahan yang baik kepada kami. 

Kami menginap di Warwick International Hotel yang selesa.

17 Mac 2008
Jam 8.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Langfang bagi melihat aktiviti koperasi yang berasaskan pertanian dan penternakan. Kami bertemu dengan Encik Lu Peng wakil dari China Coop atau lebih dikenali sebagai Chinese Supply into All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC). Encik Lu Peng juga menjadi pengantara komunikasi bagi kami. Ketibaan kami di lokasi pertama iaitu pusat pengumpulan baja bagi koperasi petani di Langfang disambut oleh beberapa pengurus bagi setiap segmen perniagaan ACFSMC. Kami telah diberi taklimat berkaitan aktiviti pembelian bahan pertanian dari kawasan sekitar terutamanya bagi petani yang menjadi koperasi. 

Gudang penyimpanan ini telah berusia hampir 50 tahun, menjalankan aktiviti membeli dan pengeluaran baja pertanian. Terdapat seramai 97 ahli koperasi keluarga yang menjana sumber pendapatan melalui koperasi ini. Konsep menjadikan ahli koperasi disertai oleh keluarga menarik minat kami untuk mengetahuinya lebih mendalam. Sesi penerangan disini berjalan selama 30 minit. 

Kemudian kami dibawa pula ke sebuah pasar raya milik koperasi yang berada lebih kurang 30 kilometer dari gudang agriculture fertilizer. Setibanya kami di pasaraya koperasi ini kami disambut oleh pengurus kedai. Beliau memberi sedikit penerangan berkaitan sistem pengurusan kedai yang telah wujud sekian lama di kawasan Langfang ini. 

Terdapat lebih kurang 1000 buah kedai seperti ini wujud di seluruh China terutama di kawasan kampung yang menumpukan kepada barangan keperluan harian. Selepas 20 minit, kami dibawa ke lokasi seterusnya iaitu Langfang Cow Milk. Kami disambut meriah oleh Majikan dan pekerja di sini. Pengurus penternakan lembu telah menerangkan kepada kami sejarah, aktiviti perniagaan dan sistem yang digunakan. Kami telah mengadakan sedikit perbincangan di bilik mesyuarat yang disediakan. 

Pengurus di sini sempat menunjukkan kepada kami gambar CCTV yang menunjukkan aktiviti pemprosesan susu dan perbincangan berkaitan dengan pengurusan koperasi yang dijalankan. Perbincangan juga termasuk tentang aktiviti pendidikan yang dijalankan kepada anggota koperasi. Selepas satu jam kami telah meneruskan perjalanan kami ke bandar Beijing dan telah disambut oleh Setiausaha Gabenor Langfang City. Beliau telah memberi ucapan penghargaan atas kehadiran kami dan mengadakan sesi pertukaran hadiah. 

Perjalanan kami diteruskan ke Beijing Dizhen Silk Product bagi melihat pemprosesan sutera. Kurator disini telah memberi sedikit penerangan berkaitan penghasilan sutera. Kami melihat hasil kerja tangan yang dibuat dari sutera. Lokasi seterusnya ke Nujing Mosque. Farah menerangkan tentang usia masjid ini yang wujud sejak 1000 tahun yang lalu. Terdapat lebih kurang empat juta umat Islam di bandar Beijing, namun masjid ini tidak dibenarkan melaungkan azan dengan kuat, hanya sekadar di dalam masjid sahaja.

18 Mac 2008
Jam 8.40 pagi kami bertolak ke pejabat All China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) di selatan Beijing. Encik Lu Peng membawa kami ke bilik mesyuarat dan bertemu dengan Pengurus Perniagaan Agriculture Fertilizer, Encik Week, Pengurus Perniagaan Antarabangsa, Encik Juan, Pengurus Pendidikan, Encik Chew serta Division Chief ACFSMC, Encik Xu Mingfeng. 

Pertemuan dengan Presiden ACFSMC berbincang tentang peranan setiap pengurus dan kami juga menerangkan peranan ANGKASA di Malaysia. Antara topik penting yang kami bincangkan ialah mengenai Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan pembekalan barangan dari China ke Malaysia. Saya juga tidak ketinggalan menawarkan aktiviti Pelancongan Antarabangsa kepada mereka. Sesi pertemuan tamat dengan sesi bertukar hadiah dan bergambar.

Perjalanan diteruskan ke Summer Palace di mana terdapat tentang sejarah Dragon Lady yang mengawal tiga orang raja di bawah pemerintahannya. Lokasi ini sangat menarik kerana pemandangan sangat indah. Lokasi ini sangat luas dan kami hanya pergi ke beberapa tempat sahaja. Kemudian kami telah menuju ke Freesky Pearl di mana terdapat hasil mutiara yang dijadikan barangan hiasan diri serta kosmetik. 

Ketibaan kami disambut oleh pekerja di tempat tersebut dan beliau menunjukkan demonstrasi bagaimana mutiara diperoleh, kemudian kami dibawa ke pusat jualan dan meneruskan perjalanan ke lokasi berhampiran dengan Stadium Utama Olimpik 2008. Di kedai ini terdapat jualan batu jade, lokasi ini agak unik kerana ia terdapat di bawah tanah. Kami dipertemukan dengan Encik Jhonny seorang bangsa Cina kelahiran Malaysia. 

Beliau sangat gembira dapat bertemu dengan kami kerana beliau sudah lama tidak balik ke Malaysia dan memberi harga yang murah pada barangan jualannya. Kami berbangga kerana dilayan seperti VIP serta dapat bertemu dengan warga Malaysia yang berjaya di Beijing. Perjalanan kami diteruskan ke Flea Market di mana terdapat barangan jualan untuk kami bawa pulang. 

19 Mac 2008
Sesi lawatan bermula pada jam 8.30 pagi menumpukan semua tempat yang masih belum dilawati. Jam 9.30 pagi kami tiba di pusat penjualan dan reka bentuk jade, diberi sedikit penerangan kemudian ke pusat membeli jade yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan. 

Jam 10.20 pagi kami meneruskan lawatan ke Cyrstal Palace of Ming Tomb Beijing. Di sini kami diberi sedikit penerangan tentang kristal, bagaimana kristal dibentuk akhirnya ke pusat jualan kristal. Kami telah meneruskan lawatan ke lokasi pembuatan tembaga iaitu Friend Store. Di sini terdapat beberapa bahagian yang menunjukkan pemprosesan tembaga dilakukan, dari membuat corak sehingga pembakaran. Sementara menunggu masuk waktu Zohor kami sempat melihat barangan yang dijual. 

Kami meneruskan perjalanan ke Great Wall of China yang terkenal di seluruh dunia sebagi salah satu lokasi ajaib dunia. Di sini kami telah menaiki tembok besar ini sehingga ke puncak, dan sempat membeli sijil bukti bahawa kami kami telah berjaya sampai ke puncak. Hakikatnya cabaran untuk sampai ke puncak amat sukar kerana terpaksa mendaki ratusan anak tangga. 

Kami meneruskan perjalanan ke Gue Qiu sebuah kilang yang mengeluarkan ubat-ubatan tradisional. Kami diberi sedikit penerangan oleh petugas dan mempromosikan beberapa produk ubatan yang boleh dibeli. Kami meneruskan perjalanan ke Foot Massage. Lokasi ini dinamakan Beijing Traditional Chinese Medicine Health Preservation Reseach Centre. Di lokasi ini kami telah diberi sedikit penerangan tentang penjagaan kesihatan melalui konsep “yin dan yang”. Selepas dikumpulkan di sebuah bilik yang selesa kami digalakkan untuk mengurut kaki dan bahu. Selepas urutan dilakukan kami diminta untuk membayar tips kepada tukang urut. Semasa urutan dijalankan kami didatangi oleh doktor bertauliah untuk memberi nasihat produk yang boleh dibeli oleh kami. Selepas satu jam, kami meneruskan perjalanan ke pasar raya.

20 Mac 2008
Hari terakhir berada di Beijing, kami bersiap untuk ke Medan Teinenment dan Forbidden City. Kami telah memulakan perjalanan ke Medan Teinenment tepat pada jam 9.00 pagi, 15 minit perjalanan menuju ke lokasi lawatan, setibanya di sana kami telah singgah di sebuah pasar mini untuk membeli sedikit barangan sebelum menuju ke lokasi lawatan. Kami berjalan kaki ke Medan Teinenment dan kami diterangkan berkaitan dengan peristiwa rusuhan yang berlaku kerana bantahan mahasiswa yang menuntut hak mereka, akibatnya banyak kematian berlaku di sini.

Perjalanan seterusnya menuju ke lapangan terbang antarabangsa Beijing. Kapal terbang tiba dan perjalanan balik berjalan dengan lancar. Kami tiba di KLIA tepat jam 10.40 malam.

Tiada ulasan: