iDAN

07 Mac 2014

Jangan spekulasi, aset ATM digerakkan - Hishammuddin


Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

SEPANG 8 Mac.-Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) ketika penerbanga ke Beijing, China.

Dalam sidang akhbar hari ini, Hishammuddin berkata, tidak ada sumber rasmi yang mengesahkan kononnya pesawat yang membawa 239 penumbang dan 12 anak kapal itu terhempas di perairan Vietnam.

Malahan maklumat kononnya pesawat MH370 itu selamat mendarat di Nanming juga tidak benar.

"Kita sedang bekerjasama rapat dengan negara yang terbabit iaitu China, Vietnam dan Filipina bagi mendapatkan maklumat rasmi serta bagi tujuan misi mencari dan menyelamat.

"Kita juga telah mengerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke lokasi kali terakhir pesawat tersebut dikesan untuk operasi mencari dan menyelamat," kata Hishammuddin.

Antara aset yang dihantar termasuk helikopter 735, pesawat C-130 dan kapal tentera laut.

Bagi menyelaras maklumat rasmi, Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi menyalurkan maklumat rasmi berkaitan insiden tersebut.

Azaharuddin akan memberikan sidang akhbar selang dua jam bagi menyampaikan maklumat terkini.

-KHAIRULANUAR YAHAYA

Tiada ulasan: