iDAN

07 Mac 2014

Pesawat MAS ke Beijing dilaporkan hilang

9:54AM Mar 8 

Penerbangan ini membawa seramai 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal.

SEPANG 8 Mac - Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara.

Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.

MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.



 

Tiada ulasan: