Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

07 Mac 2014

Kapten Zaharie Ahmad Shah juruterbang pesawat MAS yang hilang


KUALA LUMPUR 8 Mac - Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kata ketua pegawai eksekutif kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam, katanya kepada pemberita.

Ahmad Jauhari juga berkata pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27.
Fariq berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007, katanya.
Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan, kata Ahmad Jauhari.
Pesawat itu berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing). Ia membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 kru penerbangan.

- BERNAMA

Tiada ulasan: