iDAN

19 Mei 2016

Azim & UPSI ii

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan

Tel : +605-450 6929/6932/6313
Faks : 605-4582670.

Adoi udah dail tiga talian tak dapat cakap. Sabarx3 mungkin dia tengah berihat. Cuba pejabat Am pun tak dapat cuba pensyarah bertugas pun tak dapat. Orang sekarang tak main lagi talian tetap. Semua udah nak canggih pakai telefon bimbit/hp. Nak buat macam mana.

Warkah Untuk Aziq...

Memang betul kata angah tu... ayah buat kajian ketika kini ada tiga tempat buat kos yang sama Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan (Calon Sains dan Sastera) di Msia (semalam ayah temui 3 tempat buat kos yang sama) ... menjelang tiga tahun akan datang dianggarkan udah ada pelajar sesaing Azim sekitar 300 orang...  sebab biasa mereka ambil sekitar 40 pelajar setiap tempat tiga tempat pastinya sekitar 100 orang.

Diploma ini bermula di UPSI sekitar tahun 2013.  kolej lain x pasti sangat bila bermula... udah pasti masa azim konvo ada sekitar 400 pelajar dari dalam negara... tak masuk pelajar ambil kos yang sama dari luar negara; antaranya ayah kesan... pelajar kita belajar di Algonquin College di Ottawa.

Ottawa semua kita tahu perkembangan komik mereka hebat... bersaing dalam bidang kreatif ini sebenarnya dalam kajian ayah hanya mampu bertahan sekitar 20 tahun sukar nak capai ke 30 tahun... Maksudnya dari usian awal 20an ke 40an sahaja... 

Rakan ayah yang buat kerja kreatif ini menjelang umur 50an udah mula jumud timbul banyak rentangan sakit kepala, darah tinggi, stres & sakit kronik lain. Ini memang lumrah kehidupan. Ketahanan daya fikir atau otak manusia ni pasti merosot. Sampai sebelum mati ada yang nyanyuk. Ayah dulu pun pernah buat kerja ini tak banyak mana sekitar umur 40an udah tak mampu lagi nak berkreatif sebab banyak gangguan masalah semasa, kerjaya, kesihatan, keluarga & lain-lain. Maksudnya okey ketika usia remaja & awal dewasa tak sesuai sangat untuk orang berumur untuk berkreatif sebab kena perah daya kreatif yang mendatangkan stres.  Mahu jadi penulis itu mungkin okey sebab ramai penulis hebat ketika tua; tapi kena ambil Ijazah lain. Atau jika Azim dapat jadi pengarah filem ketika udah tua mungkin okey... mengarah sahaja. Nak mengadap komputer bermain dengan multimedia sampai jauh malam memang satu yang tak mungkin. Boleh jem otak tu.

Lain pula suasana bidang teknikal atau kejuruteraan macam angah ceburi, sebagai contoh doktor perubatan masih boleh bertahan sampai usia bersara, mungkin sebab sekadar merawat pesakit mencadangkan ubat untuk dimakan. Lagi tua lagi sifu. Orang panggil otai. Seperti doktor pakar yang rawat ayah; baru sahaja pencen itu pun tak tua sangat udah bersara. Bersara tak sampai usia 60 tahun. Tapi tak semua macam tu ada juga lagi tua lebih kreatif otaknya, cuma orang sehebat ini tak seramai mana.

Bila ayah fikirkan masak-masak kenapa tidak Azim rebut peluang lebih luas biarpun payah getir. Payah-payah belajar... sakit-sakit berjaga malam dapat segulung  Ijazah. Banding penat belajar memerah daya kreatif hanya dapat diploma. Biarpun kata angah gaji mahal di luar sana tapi mana mungkin nak dapat gaji setaraf ijazah. Paling mencabar masa nak buat pinjaman perumahan nanti dapatkah label gaji gaji tahap diploma membantu berbanding mereka pegang Ijazah. Pihak bank ini lebih percaya kepada pendapatan peminjam.

Ambil risiko dengan bidang yang samar-samar amat bahaya. Kecuali ada jaminan akan sambung terus ke mana untuk mendapat Ijazah. Iyer kena sambung ke tahap ijazah. Seperkara lagi yang perlu dikaji cukupkah untuk bajet pembelajaran. Persekitaran penginapan bila tak lagi dapat tinggal di kampus kena siap sedia.

Pengalaman ayah berkerja bermula dengan kedudukan rendah di penjawat awam menjadi mangsa sampai ketua tak dinaikkan pangkat memang amat bahana. Diperlekehkan orang amat menyakitkan. Bila saat nak bersara dicampak ayah untuk jadi Ofis Boy ini satu penghinaan buat ayah di UPM, bukanlah hina kerja Ofis Boy itu tapi hina kemahiran kerja selama 28 tahun langsung tidak dinilaikan majikan. Perkara ini yang amat ditakuti kut berlaku terhadap anak-anak.

Ini pengalaman amat sakit sebab sekitar 20 tahun ayah berkerja dalam bidang teknikal sendirian menjaga makmal. Sekadar mendapat elaun tanggung kerja Juruteknik di beberapa tahun. Tentunya sekadar cukup makan untuk menyara anak. Jika isteri tidak berkerja pastinya amat sukar hidup ini. Bila UPM dapat orang baru...ayah tak dipandang lagi sebab tiada segulung diploma atau ijazah dapat membela ayah. Sijil kemahiran yang melambak pun dibakulsampahkan oleh pihak UPM. Sebab itu ayah mahu sangat anak-anak ayah bermula kerja dengan diploma paling baik ijazah. Agar anak-anak ayah pegang ijazah, itu target utama dalam pembelajaran juga bekalan masa depan.

UPSI pun tak kasi skala yang nampak menyakinkan apakah bidang ijazah yang sesuai lepasan diploma ini, Bila ayah tenguk silibus Ijazah Multimedia pun nampak amat padat bagai tak mampu Azim untuk sambung belajar. Tak mungkin siap dua tahun banding ijazah biarpun Azim memiliki Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan yang tak ada berkaitan sangat silibus Ijazah Multimedia ini. Mungkin ayah silap tafsir dalam masalah ini sepatutnya ada bekas pelajar yang telah lalui diploma ini boleh kasi pencerahan.

Malaysia masih nampak amat lambat berkembangnya dunia animasi atau perfileman. Di Jepun seperti juga Ottawa Kanada mungkin bidang animasi juga kreatif ini jauh lebaih berkembang. Masa ayah ke Jepun  tahun 80an dulu pun mereka memang amat pesat dalam penerbitan komik juga filem animasi. Buktinya sampai di Malayia amat banyak komik juga filem animasi/kartun di TV. Bayangkan sekitar 30 tahun di Malaysia nilai komersial tenaga kreatif ini amat perlahan. JIka ada pun ada boleh bilang dengan jari filem animasi terbitan tempatan. Kluang Man, Kampung Boy, Upin & Idin Boi Boi itu pun versi yang sama berulang.  Banyak komik udah tak terbit, jika terbit pun tak ramai pengikutnya, Ujang, Gila-Gila, ada banyak yang sudah tidak terbit seperti Batu Api, Bambino, Barongan, Gempak, Bujal ada banyak lagi udah tinggal kenangan.


Syarikat perfileman seperti Upin & Udin atau Boi Boi tak banyak bersaing. Kena tunggu setahun dua baru terbit satu filem pasarannya pun sekadar sekitar negara mungkin lepasi Endon sahaja. Jika nanti masalah kemahiran anak tempatan ini makin banyak memegang sijil kreatif ini tak ada tempat mereka mangasah bakat, nak cari kerja akan payah, bagaimana ianya nak dibaik juga maju. Kerajaan kena bersungguh-sungguh memintas masalah ini agar jangan berlaku. Kena terus majukan bidang ini. Nak tenguk sangat filem negara kita tak kiralah filem animasi tempatan tapi filem superhero kita mungkin Hang Tuah akan menjadi idola seantero dunia. Ini bukan mustahil. 

Usaha kerajaan kita nak memasarkan filem tempat sampai ke peringkat antarabangsa pun macam ada tak ada. Peranan menteri yangt berwajib dalam bidang ini & seniman serta karyawan seharusnya seiring. Ini yang ayah rasa Azim serta angah pastinya kecewa nak perjudikan masa muda Azim ini untuk ke arah bidang ini. Bukan angah tak tahu Azim adik angah yang hebat sampai menang anugerah peringkat kebangsaan.  Anugerah Harta Intelek 2015 tahun lalu. Tapi apa faedahnya; ayah sudah pun cadangkan agar ciptaan Azim tu dimanfaat untuk OKU ke JPM, ada siapa ambil peduli. Amat mengecewakan Azim juga angah yang menyokongnya bidang kreatif pun anovatif ini untuk Azim terokai. Ayah risau Azim tak ke mana jika ambil kursus ini. Bayangkan UPSI yang seharusnya hebat dalam dunia seni juga internet ini pun alahai penat nak komen. Nanti ada yang terasa bila kekurangan didedahkan.



Negara jiran kita Endon pun ada memperuntukkan pengusaha kecil di bidang ini untuk bermula niaganya. Negara kita macam masih samar apatah lagi jika tak dapat dengan kalangan NGO kerajaan.

http://bisnisusaha.info/ide-peluang-usaha-kreatif-dan-inovatif-modal-kecil-untung-besar

Ini salah seorang bekas pelajar kos yang Azim nak ambil... cer semak situs dia ni... Syukran ini memang hebat; bagaimana dengan rakan Syukran yang lain ke mana mereka ni?.

http://syukran93.blogspot.my/2012/05/reka-bentuk-dan-pembangunan-permainan.html

Pelajar ini dapat menyambung ijazah di UK. Atas usaha kerajaan terhadap kaum Orang Asal. Apakah UPSI boleh bantu pelajar mereka sambung belajar di luar negara atas tajaan MARA atau sebagainya. Yang paling penting ada arah tuju juga ada bantuan yang dapat mencari lorong pelajar lain seperti pelajar ini.

Syukran ada pelajar contoh yang dapat sambung ijazah di luar negara. Hanya perlu dua tahun. ayah telah kasi e-mel UPSI sebab berulang kali ayah telefon tidak dilayan tengah tunggu maklum balas pihak UPSI. Arah tuju kursus yang mereka anjurkan ini.

https://lifeimba.com

Tahniah Syukran... agar dipermudahkan pembelajaran Syukran ... yang penting pulang ke tanah air nanti Syukran akan dapat kerjaya yang sesuai.


Tiada ulasan: