iDAN

05 Oktober 2011

Cit-Cat 6.10.11

Takut nak pi KL ...depa kata banyak orang kena makan di KL sungguh ka??
assalammualaikum..selamat malam sayang...
Selamat Malam by Faizal Tahir.. This is his new single.. So enjoy the song.. Keep on Supporting him.. Rock On Bebeh !!
Fairus ??? 23hb. September
hari2 naik basikal dah ni
26hb. September
salam lebaran dari london
abg idan...oooo abg idan
pegi tak open house umah salleh (pergi tapi dah petang suka dengan pulut kuningnya)
maner pulak pegi abg idan ni...
29hb. September
abg idan...
koil untuk plug tu berapa harganya iyer...
kapcai abg masih sangkut
tak keluar dari bengkel
dah di RIBO tapi tak boleh start... pomen tu agak pelik
belum buka blok dah kata kena ribo
ntah lah abg idan...saya tak pasti brapa harganya..
pomen tu tau tak repair motor..
mmg tak mahir amat
patutnya kalau plug tu basah
takkan tak pernah tukar
tak mestinya kena ribo
brapa kene bayar abg idan...
Semalam
abg idan...
Hari Ini
abg idan...
hai..
abg idan sehat..
dah bayor rm385 pun masih tak okey lagi kapcai ni
abg tak sehat hari ni... demam sebab semalam kena hujan panas
lor...
tak patut pomen tu ribo
mekanik tu tipu abg idan...
mungkin dia tak mahir bukan sengaja nak tipu sebab masalahnya sama setelah ribo
plug masih basah...
plug basah selalunya tak mesti kena ribo
dah ribo pun basah mesti ada masalah elektrik
atau tak pandai buat agihan minyak & angin di kaborator
atau kena tukar jarum minyak dalam kaborator
atau kena tukar koil atas plug tu
kita nak ngajor payah... tapi mmg iti tipsnya
skrg ni moto abg idan tk hidup la..
boleh hidup
tapi semput
semalam sangkut kat hujan
kena main2 minyak
bila plug tu dah tak basah baru okey
nanti hayat plug tu pasti tak lama
sayang amat kena ribo tu mmg tak pernah ribo lagi
tu yg mahal upahnya
ribo saja kena RM160
rasanya tukar piston ring pun dah okey... sebab sebelum ribo boleh rempit cuma plug saja basah...
payahlah tak ada choi moto tak jumpa bengkel dia
dulu masalah macam ni juga... hantar kat dia mmg okey
lebih 3 tahun tak usik pun kaborator... mana nak cari bengkel choi moto ni...
naper abg idan tak antar balik kt kadai moto tu..suruh dier rapair sampai elok..
nantilah.. taukenya org baik... cikgu Afiz
yang tak mahir mungkin pomennya
cikgu Afiz ni bekas pensyarah kita di UPM... dia handal matematik... dia suka berniaga, darah ayahnya... kalau tak sebab dia mmg Afiz tu tak dapat SPM .. matematiknya A
ooo yer ker..mesti abg idan serba salah..
mmg pun siang malam berbual dengan dia; dah rapat macam kawan..
rasa tak mahu menyusahkan dia.. kalau ada pomen lain yang mahir mahu buat senyap2 tak mahu ganggu dia...
line internet kt umah dh ok ker..
tak berapa okey... talian masih sangkut2... bunyi dengungnya dah mula kedengaran... okey tak sampai sehari pun!...
trok nyer..
tak buat aduan ker..
naik penat ... lagi pun juruteknik TMnet ni jenis payah runding... abg dah kasi tahu talian dalam rumah okey semua; dia tak percaya.. main redah saja... putus kabel sana sini sambung main pintal sahaja... sampaikan dia boleh buat pendawaian pintas alat pelindung kilat yg kawan dia buat untuk abg... mahal alat tu; RM80 rakannya minta... tenguk benda tu kalau pergi kat jalan pasar abg rasa takkan sampai RM10 pun; simple amat benda...
biasala la...kompeni cekek darah..
sekarang ni tak pasti alat pelindung kilat tu berfungsi atau tidak.... sebab abg sendiri sambungkan semula... dah suruh juruteknik tu sambung... dia kata benda tu tak ada apa... abg cuma cucuk saja semula ke skrewnya.. chis!...
patutnya talian dalam rumah hak pengguna; kita yang buat dia jangan ganggu; kalau ganggu kenalah betulkan semula... malas nak gaduh2 bab begini...
janji boleh guna okeylah.. jangan sampai macam hari tu sudahlah... org luar nak kontak pun tak dapat... cukai telefon dah naik 6%... servis patutnya mestilah tambah baik...
biasa nak membangun kena berkorban...
katanya nak naik gaji... sara hidup nak dijadikan gaji.. kalau masuk gaji pokok sara hidup tu.. bermakna pencen esok bertambah...
macam abg bila pencen saja hilang pendapatan 2/3
biar pun dapat 60% dari gaji pokok...
masalah besar nanti tak ada kawalan harga barangan... sian org kampung yg bergantung dengan getah atau pertanian... hari ini getah mmg mahal esok lusa mana tahu....
tu la pasal...
tulah pasal org kaya tambah kaya bolah shopping barang semaunya biar pun mahal belaka
kita tak PM... kalau jadi PM mmg abg nak pindahkan KLCC tu ke jenaris... sebelah jenaris ada lapangan terbang peribadi nak bawa mila shopping seantero dunia...
haa...
bertambah syg la kak milah kt abg idan yer..
agaknya!...

02 Oktober 2011

Melayan Suami

Ungkapan Cinta

Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari Bee

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

01 Oktober 2011

Hanya Kamu


Puisi Cinta ini telah ditulis oleh Muzfirah Marha

Kamu,
Maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini.
Kamu tahu,
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Tapi saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Kamu,
kadang-kadang saya rasa tak kuat sangat untuk terus berpura-pura.
Kamu tahu,
Ianya amat sukar untuk tersenyum seolah-olah saya redha dengan semuanya.
Tetapi saya harus terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna.
Saya juga bukan yang menjadi pilihan utama.
Tapi kamu, saya akan sentiasa ada untuk memastikan kamu bahagia.
Biarpun kehadiran serta kewujudan saya tidak nampak di mata kamu.
Tapi saya senang andai kamu bisa terus tersenyum.

Teruskan membaca "Hanya Kamu"...

82% Pasangan Lebih Mementingkan Kawan-Kawan Daripada Kekasih Sendiri

11 Oct 2011

Sebelum ini kami ada membuat satu soal selidik kepada peminat-peminat di Facebook Tentang Cinta. Soal selidik ini adalah bagi mengetahui siapakah yang lebih penting dalam hidup mereka jika mereka diminta untuk buat pilihan samada kawan-kawan ataupun kekasih.

Soalan yang ditanya adalah,

Soalan cepumas buat anda yang sedang bercouple. Manakah yang lebih penting? Kekasih atau kawan-kawan?

Seramai 852 orang yang telah menjawab soalan tersebut (dan masih ada lagi yang sedang menjawab soalan itu). Keputusan yang kami terima adalah seperti yang telah kami jangkakan.

Teruskan membaca "82% Pasangan Lebih Mementingkan Kawan-Kawan Daripada Kekasih Sendiri"...

7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita

26 Sep 2011

menjadi-pendengar-yang-baik
Memandang matanya adalah salah satu tips untuk menjadi pendengar yang baik

Ramai lelaki gagal dalam menjadi pendengar yang baik. Apabila pasangan mereka meluahkan perasaan atau menceritakan sesuatu, lelaki akan suka 'potong' dan menghilangkan mood pasangan mereka. Ini menyebabkan wanita terus tertekan dan akhirnya perhubungan menjadi semakin renggang dan menyebabkan perpisahan.

Mrs Teddy juga suka bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya. Sebagai seorang lelaki, saya akan mendengar dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang ingin beliau sampaikan. Hanya dengan mendengar, anda akan membuatkan si dia kembali ceria dan happy. Kerana dalam hatinya, si dia tahu yang anda ada untuk mendengar luahan hati dan perasaannya.

Tetapi, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik kepada wanita? Berikut merupakan 7 tips yang ingin saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua...

Teruskan membaca "7 Tips Untuk Menjadi Pendengar Yang Baik Kepada Wanita"...

Petua Mencari Lelaki Yang Baik

16 Sep 2011

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia khas buat pembaca dan peminat Tentang Cinta sekalian... :) -Mr & Mrs Teddy-

Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Namun begitu, apakah petua yang dapat wanita gunakan dalam mencari seorang lelaki yang baik ini? Berikut merupakan petua yang dikongsikan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

Teruskan membaca "Petua Mencari Lelaki Yang Baik"...

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

27 Jul 2011

Artikel Cinta ini telah dikirimkan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

28 September 2011

Kapcai iDAN merajuk


CDI motor memiliki beberap macam type, mulai tanpa pulser, CDI AC dan DC. Semua memiliki fungsi sama yakni membangkitkan tegangan tinggi koil sebagai sistem pengapian motor. Untuk lebih memahami sistem pengapian CDI AC dan DC silahkan simak lebih lanjut.

cdi ac  motorSistem CDI AC merupakan CDI motor yang telah lama berkembang, yakni memanfaatkan spul/kumparan pada magnet untuk membangkitkan tegangan menengah untuk suplay capasitor CDI ke koil yang akan di switch oleh SCR sesuai input dari pulser. Untuk lebih jelas bisa di lihat pada gambar berikut (1 tahun lalu qita buat post di site sjboygroup).

Untuk CDI DC sebenarnya basic tetap sama dengan CDI AC, namun untuk tegangan menengah AC di suplay oleh inverter/ konverter (Kotak warna biru pada gambar) sebagai pembangkit tegangan AC melalui oscillator dan transistor switching melalui trafo inti ferit(Trafo frekuensi tinggi). Jadi tidak membutuhkan spul pada magnet lagi, yang juga menambah beban mesin walau hanya beberapa persen saja. Untuk lebih jelas Bisa dilihat seperti pada gambar berikut, bandingkan dengan gambar CDI AC.
schematic diagram rangkaian cdi dc


iDAN : ada orang panggil CDI ini koil untuk plug; peranannya untuk melarasakan elektrik@api kepada plug kapcai kita.

Jika anda mempunyai masalah plug sentiasa basah; sebelum korek blok atau potong (Ribo) blok anda pastikan langkah ini dilakukan;

1. Servis kaberator ; seting minyak ngan angin kat kaberator tu....

  • kalau plug hitam.... minyak lebih!
  • kalau plug putih .... angin lebih!
  • kalau plug warna perang baru ngam....

biasa lak .. moto kalau lama tak servis memang akan menghadapi masalah plug basah.

Jika tak selesai selepas buat servis kaberator cuba tukar jarum minyaknya yang lebih halus atau yang lebih sesuai. Jarum minyak juga terkadang menjadi masalah minyak sukar dikawal.

Jika masih basah plugnya cuba tukar koil.

Koil untuk agihkan api kepada plug memang memainkan peranan; jika selalu basah plugnya; telah servis kaberatornya... cuba tukar koil ini!.

Masalah kapcai aku masih tak selesai; lepas korek blok timbul masalah api tak ada untuk plug pencucuhnya berfungsi!.

25 September 2011

Keistimewaan 'nasi kandar' Ipoh

PELANGGAN sanggup berbaris untuk mendapatkan nasi kandar ayam merah.

TIDAK sah kunjungan anda ke Ipoh jika tidak singgah makan nasi kandar di sebuah kedai di Jalan Yang Kalsom di bandar raya itu.

Restoran istimewa ini terletak dalam sebuah restoran Cina lama yang dinamakan Kedai Kopi Yong Suan. Gerai nasi kandar itu mula beroperasi sejak 1960, iaitu seusia dengan kedai kopi tersebut.

Kewujudan gerai itu sejak 51 tahun menjadikannya sebuah kedai makan yang tertua di bandar raya Ipoh. Namun apa yang lebih istimewa ialah popularitinya di kalangan penggemar nasi kandar.

Populariti dan kelazatan nasi kandar di gerai itu membuatkan banyak pihak memberi gelaran tertentu yang kadang kala tak masuk akal. Misalnya, mereka yang gemar makan nasi kandar ayam merah akan menggelar hidangan lazat itu sebagai 'nasi ganja'. Bagi yang biasa menjamu selera nasi tersebut, kata mereka kesedapan nasi bersama lauk pauk yang dihidang bersamanya membuatkan mereka 'ketagih'.

Ini diakui mereka yang pernah mencuba 'nasi ganja' yang mana, menurut mereka apabila sudah mencubanya sekali, mereka akan terus menjadi pelanggan setia masakan tersebut.

Bagi orang dari luar pula, mereka yang menggemarinya tidak pernah terlupa untuk singgah makan di situ, setiap kali mengunjungi bandar raya Ipoh.

Jika anda ke restoran ini pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa berbaris panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.

Bagi pelanggan baru, mungkin mereka 'angkat kaki' kerana tidak sanggup beratur panjang. Namun sebaliknya bagi penggemar setia nasi kandar di gerai ini, mereka sanggup beratur panjang demi sepinggan 'nasi ganja'.

Apa yang lebih menarik, barisan pelanggan itu terdiri daripada pelbagai wajah tanpa mengenal warna kulit dan bangsa, pelanggan Melayu, Cina dan India sabar menanti giliran untuk tujuan sama.

"Vangge... vangge... vangge..., panggilan dalam bahasa Tamil yang bermaksud 'mari... mari... mari... sering kedengaran berkumandang setiap kali anda lalu di hadapan restoran tersebut.

Sama seperti Kedai Kopi Yong Suan. Pengusaha asal nasi kandar tersebut, Kamal Naseer Abdul Rahman, sudah meninggal dunia.

Tradisi perniagaan tersebut diwarisi oleh ahli keluarganya.

Adik ipar Kamal, Nihmatullah Syed Mustafa, 44, berkata, keistimewaan 'nasi ganja' ialah ayam merahnya dihidang bersama sambal kelapa yang tidak terdapat di mana-mana restoran di seluruh negara.

"Nasi kandar ini menggunakan resipi kami sendiri. Kami gunakan rempah yang digiling dan dibeli di Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di gerainya baru-baru ini.

Menurut Nihmatullah, sejak dibuka puluhan tahun lalu, 'nasi ganja' semakin hari semakin mendapat sambutan daripada orang ramai termasuk pelancong asing dari Singapura, Thailand dan Australia.

Katanya, kebanyakan pelanggan memberitahu, keistimewaan 'nasi ganja' terletak pada menu ayam merah miliknya.

"Keenakan ayam merah ini tidak boleh ditandingi mana-mana pengusaha nasi kandar lain di bandar raya ini.

"Dahulu, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai kerana terletak di hadapan stesen bas Tanjung Rambutan. Walaupun stesen bas itu telah ditutup sejak 15 tahun lalu, namun sambutan orang ramai terhadap 'nasi ganja' tidak pernah pudar," katanya.

"Biasanya, kami menjual tidak kurang daripada 1,000 pinggan nasi kandar sehari," katanya.

Restoran itu dibuka setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5.30 petang.

Antara pemimpin yang sering mengunjungi restoran itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan beberapa tetamu kenamaan yang lain.

Sementara itu, pemilik kedai kopi, Yang Yong Suan, 58, berkata, sambutan hebat orang ramai ke atas masakan nasi kandar turut membantu melariskan jualan minuman dan roti bakar yang dijual di kedainya.

"Saya mewarisi perniagaan ini daripada mendiang ayah saya," katanya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

23 September 2011

Masalah Tanah Pusaka Md Sesh & warisnya Siri 2++

Dengan Guruh; kilat & hujan amat lebat aku bertolak dari Jenaris ke Gombak & menuju ke
Kampar Perak seawal 8:00 pagi; aku disambut baik oleh staf BPA Jabatan Perdana Menteri dari Ipoh Perak
ada beberapa bibik kecil yang patutnya Pej. Daerah & Tanah Kampar ambil perhatian
... aku pun 28 tahun jadi kuli di Jabatan Awam.

Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta bertindak serta bersikap cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.

Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman sebaik mesyuarat habis; bayangkanlah bilamana bermesyuarat sampai hampir 2 jam tak ada barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda biru untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan hadir ke bilik mesyuarat dengan Pak Menteri


    • Tasuki Kasbi Sekiranya kita nak berjumpa YAB DS MB sampai di ruang tamu minuaman dan kueh mueh sudah tersedia ... sementara menunggu giliran perut dah kenyang ... kenapa layanan seumpama ini tidak disediakan di jabatan2 kerajaan yang lain ... paling tidak sediakan air manerel segelas plastik pun dah memadai .. dapat melegakankan tekak dari kering ...

    • Kamil Dasuki saya pun selalu alami situasi demikian. kita kena perbetulkan secara bersemuka tetapi berhemah agar perkara yang tidak disenangi olehpelanggan dari kalangan kampongan dan yang kurang penonjulan mendapat tempat yang sewajarnya. pegawai kerajaan pun asal dari kampong. adakalanya lebih hulu dari kita.cumanya mereka lupa dek kerana keselesaan suasana nyaman di pejabat....mencegah lebih baik dari memusnahkan.

    • Rosli Abdul Aziz
      Pengalaman saya di Pejabat Tanah Kampar beberapa tahun lalu. Saya berjumpa seorang kerani utk membayar premium tanah bagi pihak bapa yg uzur dan menghidap Parkinson.
      Saya berdiri di tepi meja...tanpa dipelawa duduk. Saya beritahu saya nak bayar premium bagi pihak bapa....kerani tu jerkah saya: Apa bukti mika ni anak Abdul Aziz ? Mika ingat senang2 teman nak terima bayaran? Saya kata saya datang utk membayar wang....bukan utk menuntut wang...dan kalau ada bukti saya ni menyamar...pergi la report polis , saya kata. Kadang2 malas saya nak bertengkar...sabor ajer ler...

    • Eyta Didie inilah dilema yg saya alami sekarang....

    • Idan Radzi
      ‎Biro Pengaduan Awam Perak... pasti perasan betapa Penolong Pegawai Daerah amat bersopan ketika sessi perjumpaan kita & betapa tetiba angin sy naik bila seorang peg Pej Daerah & Tanah Kampar ini mencelah; disuruh saya cari pelan ori dari penama dalam geran kami; dia tak tahu cerita asal; tapi masuk campur;

      Abg Ali (abg ipar sy) sampai dalam kereta malahan atas pusara Md Sesh masih bersungut amat tersinggung dengan pegawai ini; apakah kita mahu ahli kubur atau waris (pemilik dalam geran) yang semua telah pergi ini bersuara melalui pusara@kubur mereka menyatakan tanah itu hak mereka!... kes sy ini semua tahu; hanya sy yg bungsu berusaha keras nak jaga tanah milik kita anak Melayu dari jatuh ke tangan org asing! setelah ada pihak menceroboh & ada pihak menangguk di air keruh ... (sebahagian tanah telah terlepas pun ke tangan PR) siapa sekarang nak tolong sy...?

    • Idan Radzi
      ‎Eyta Didie... akta tanah & perundangan negara kita boleh kita persoalkan; bayangkan tanah kami yang hilang jika sy congak tunggakan cukainya mmg tak sampai pun RM5,000 ketika dirampas tapi kami hilang tanah Geran Tetap (kalau PN pun ianya mmg tragis) seluas lebih dari 5 ekar!... seharusnya jika nilai semasa tanah tersebut RM60K seekar kini; mana perginya RM300K tolak RM5K ketika dilelong tanpa pengetahuan kami?.. apakah pemilik atau peneroka tanah ini yang sejak tahun 1900an lagi tak dapat sebarang ganti rugi dengan rampasan berundangan dunia ini?

      Waima jika mmg ianya ada barang seinci pun tanah tersebut sah hak milik kami; kami akan tuntut di kubur nanti!. Itu janji & sumpahan kami. Rampasan secara Perundangan Rimba ini memang sy tentang.
nota:

sy = saya

mika atau mike = bahasa halus encik bahasa kasar kamu atau awak (org peraklah) bahasa baku anda sebahasa mesra abang!...

mmg = memang

22 September 2011

Masalah Tanah Pusaka Md Sesh & warisnya.

Ini aku ambil ketika mancing dengan Azim sekitar tahun 2000, Opah Bi meninggal tahaun 2003; Yeop Zaini yang ingat tarikhnya; sekarang tapak lombong ini masuk kena TEMBAK! orang asing jajah kampung kami.
Siapa itu Gopeng Berhad?. Orang Melayu kita hanya boleh mengintai dari celah lalang keindahan di KAMPONG sendiri.


Semalam aku sempat menerangi pusara Apak (Md Sesh). Dari bisikan dedaun keringnya; sah ianya tidak pun dikutip sejak Aidilfitri lalu. Pusara apak bersebelahan dengan pusara emak, dipagar dengan gerigi besi; pintu pagarnya semakin berkarat. Dua pusara apak & emak ini satu pagar... di depan pusara apak adalah pusara Wan Bi (isteri ketiga apak ; opah kepada AC Mizal). Pusara Wan Bi (kak Nomie panggil Mak Bi); kadang-kadang aku panggil Opah Bi; nampak amat bersih. Binaannya nampak baru dibuat; di atas pusara penuh batu kerikil tajam putih bersih.

"Mie dah agak dah tenguk kubur Mak Bi ni bersih dijaga tapi tenguk kubur emak ayah kita.." Kak Nomie bersungut di Kubur Pedas yang makin lapang & bercahaya. Mengenang zaman dulu amat menyeramkan kubur ini; orang kampung kata ada harimau jadian panjang sembilan menjaga kubur ini. Pusara Wan Bi tidak berpagar. Bersih amat nampaknya.

"Tak apa Kak Nomie moh! kita bersihkan; kejap aku masuk dalam pagar... tenguk Kak Nomie ni cantik kan pokok ini...? kubur mak apak kita;macam tanam... pokok renik ni siap berbuah lagi!" aku kekok bersaya; rasanya bila beraku itu aku rasa lebih mesra & santai. Rasa berbual itu benar-benar lahir dari dalam diri. Masalah cakap beraku ini jadi gabra bila berbual dengan orang tua.

"Haa ahh! siap berbuah pokok bunga ini, Mie pun tak perasan; pokok pudin ini pula si Kasim yang kasi suruh Mie tanam..." pokok bunga yang berbuah ini seiras pokok bunga yang ditanam di pusara Yai & Nyaie di Meru. Pokok pudin & pokok bunga berbuah ini tumbuh subur meredupkan pusara apak.

Aku membuang sampah & dedaun kering di pusara emak & apak; sambil sedekahkan al-Fatihah.

"Kalau ada Mila & anak-anak boleh baca Yasin bersama di kubur ni, mereka tu lancar bacaannya; aku ni Kak Nomie sekadar boleh ikut orang baca sahaja...!" aku bercakap sendirian, Kak Nomie dengar tak dengar sahaja.

Teringat ketika usiaku di sekolah rendah, aku adalah yang tercepat dapat baca al-Quran setelah habis Jahama; masa tu kami mengaji dengan Wan Bidah seramai bertiga; aku, Kak Nomie & Tahiah; Tahiah jika tak silapku sekarang dah jadi ustazah.

"iDAN ni terang hatinya! cepat lancar bacaannya!" aku dengar Wan Bidah berbual dengan orang kampung. Tapi sayang tak habis katam al-Quran aku sekolah orang putih di Ipoh; tak pegang al-Quran bertahun; Top-top boleh hilang terang hati; boleh merangkak bacaannya.

Memang ini adalah nur dari Allah SWT; hanya berhak kepada siapa yang Dia mahu kasi rahmat. Cuma aku masih kenal huruf alat ba ta; jika mengikut majlis tahlil aku boleh membaca bersama jemaah. Kena giat belajar semula. Di internet banyak situs (laman sesawang) secara beraudio untuk kita melancarkan bacaan al-Quran kita. Mahu tak mahu sahaja belajar!.

Anak-anakku beruntung amat dapat Mak Guru ibunya Mila. Mila yang mengajar bacaan al-Quran kepada semua empat orang terunanya sampai pandai. Hasilnya semua cahayamata ku memang lancar baca al-Quran siap sentiasa bertadarus di bulan Ramadan.

Jika ke Kubur Pedas; memang dua kelaziman aku ke sana; pertama bersihkan pusara arwah apak, emak & Wan Bi; kedua membersih pusara kakak & dua abang kandungku yang meninggal ketika kecil. Dua kelompok pusara ini berjauhan. Selebihnya jika sempat aku akan bersihkan kubur atuk arwah Abd Rahman.

"Kak Nomie ingat tak mana kubur atuk Abd Rahman!? seingat aku batu nisannya tajam & tinggi begini!"

"Ish! kubur ini berlubanglah iDAN, kubur siapa ni iyer iDAN?" aku nampak memang dalam lubang kuburnya, aku diam sahaja tak jawab pertanyaan Kak Nomie. Orang tua kata kalau kubur tu berlubang petanda warisnya ada yang bakal meninggal dunia. Cuma kepercayaan.

Aku lihat Abg Ali sudah gelisah nak balik; kakinya memang tak kuat untuk berdiri atau duduk lama. Dua lututnya ada masalah. Nhadia, Nurul & Art ada dalam Avanza; sengaja aku parkir jauh dari kawasan kubur mengadap jalan raya. Keliling kawasan Tanah Perkuburan Pedas, Kg Changkat Tualang adalah tapak lombong. Telah jadi padang jarak padang tekukur; tak hutan banat bagai dulu. Aku pernah berbual dengan si Desa orang Kg Redang Sawa; dia yang memotong (menoreh) getah di atas tanah perkuburan ini memang sering diganggu pelbagai makhluk halus; pelbagai hantu langsuir atau pelbagai bunyi ratib & sebagainya. Itu ceritera dedulu. Kenapa namanya Kubur Pedas? ini kena buka sejarah lama; mungkin orang tetua Kg ChangkatTualang tahu kut!.

"Kita lupa bawa bunga atau hirisan daun pandan untuk harumkan kubur emak apak kitalah Kak Nomie!"

"Mie pun terlupa!... ini siapa yang susun batu bata ini iDAN" dia lihat keliling kubur abang-abangku & kakak ada aku susun batu bata.

"Aku yang susun, kalau jumpa orang buang batu bata di kubur selalunya aku kutip; semak sangat kubur ni; kalau kita ada modal boleh kita buat binaan!" aku mencabut pokok yang berduri & nampak semak amat pusara tiga ini, abang-abang & kakakku. Kalau mereka ini ada pastinya meriah keluarga Md Sesh. Silap-silap abangku yang ini otak fikirannya macam aku; sayang amat akan harta pusaka. Bukan asyik fikir duit; nak jual sahaja.

"Benarkah agaknya Kak Nomie; bayi yang meninggal sewaktu kecil akan menjadi Pelayan di Syurga?" aku bertanya tanpa mendapat jawapan. Kami terpaksa beredar cepat sebab dah hampir nak Maghrib. Nurul puasa enam hari ini; dia nak berbuka apa?. Kasihan Nurul.

"Kubur Opah Bi ni Kak Nomie patutnya jangan bina macam ni; agak tinggi ni!; batu kerikil tajam ini sekadar mengelakkan rumput tumbuh; lebih baik ditaburi batu sungai!.."

"Entahlah iDAN, tapi Mie memang sedih amat tenguk kubur apak tu; dia yang banyak berkorban untuk keluarga; malahan rumahnya pun orang luar yang tinggal. Apalah salahnya kalau datang ziarah kubur Mak Bi tu bersihkan sikit kubur apak tu!; nampak sangat mereka ni..." aku tahu apak dengar sugutan Kak Nomie; aku tahu emak pun tahu siapa mereka ini; kaum kerabat & semua ahli kubur pun dengar!. Tak baik bersungut di atas kubur kan?.

"Biarlah Kak Nomie; kalau nanti kita ada tempat bertanggak di kampung perkara ini takkan berlaku!"

"Habis tu rumah kedai tu macam mana, Mie ingat Pakcik Nan pernah jumpa Mie masa hari raya; berselisih dia nak ke Simpang (Kota Bharu) sempat berbual kejap; dia menangis tenguk kami sekeluarga tak ada tempat bertanggak; dia sibuk ajak ke rumah!" alahai waris Md Sesh merempat di kampung sendiri; kami ada dua buah rumah pusaka di kampung kami; satu di tanah pusaka emak tinggal; satu lagi di rumah pusaka Wan Bi (rumah kedai). Rumah Pusaka kami yang arwah emak tinggal habis dibedal anak Taharin; selagi si Bai ni jadi penagih memang tak akan selamat rumah kami.

"Selalunya kalau Mie balik ke kampung jika nak rehat hanya di masjid; kalau Yong Yah (bekas isteri Yot abang yang sulung) ada di kampung sempatlah kami singgah kejap!" kak Nomie tak rapat dengan Rahman yang menjaga rumah Wan Bi@rumah kedai. Salah satu masalah mungkin berkait dengan Peti Besi Gajah Hijau. Lagipun sering hari minggu atau cuti rumah kedai ini tutup; isterinya Rahman sering balik rumah keluarga pada hari minggu. Rahman pula memang sibuk dengan agenda politiknya pun dia sering kerja ketika cuti; kerjanya memang tak menentu masa.

Aku & keluarga Rahman tak ada masalah. Aku malas persoalkan masalah peti besi & semua bil yang tak sampai ke tangan kami. Tak boleh nak menuding siapa sebab tak tahu kisah sebenarnya; mungkin sejak dari Wan Bi masih hidup lagi perkara ini tak diambil serius. Hilang barang kemas, geran, kitab lama, duit & sebagainya memang terjadi ketika pemergian Wan Bi tak tahu siapa yang punya angkara. Siapa dalangnya. Siapa yang pakar bukan kunci kebal ini?. Kalau pasang perisik pun, dapat tahu siapa; sanggupkah nak penjarakan orang kampung.

Ini kerja Tuhan!. Yang pasti geran Lot 6336 cuba google di situs; satu alam dah tahu masalahnya. Aku dapat bayangkan tak lama lagi aku akan ke Ipoh akan mencari status sebenarnya 6336 ini. Aku ujud apa yang aku uar-uarkan. Hamidah Saad telah pun melihat putik kelapa sawit pun berputik di Tanah Pusaka Md Sesh ini. Roh Md Sesh memang gelisah melihat undang-undang manusia ini. Semalam hampir dua jam kami mengadap Penolong Pegawai Daerah di Pej. Daerah & Tanah Galian. Mereka dengan akta mereka. Dia kata kalau memang kena lelong; apa ada hak kami lagi. Biar pun masa itu nilai cukai tertunggak tak sampai pun RM5,000 kami hilang tanah lebih dari 5 ekar; itu akta & hak mereka. Persetan masalah kami (buruk bunyi ayatnya).

"Kenapa tak bayar cukai; kenapa tak faham apa itu akta tanah yang dipinda pada tahun 1960an; kenapa tak ambil tahu tanah tu terbiar!; kami ada akta kami ada kerajaan kami ada undang-undang... kami buat kerja kami ikut undang-undang & akta kami..." (ini ayat akulah) bukan ayat Penolong Pegawai Daerah Kampar.

Itu mungkin ayat yang lahir dari telahan orang kampung terhadap Pejabat Tanah. Aku pula lebih kepada isu akta tanah tadi; adilkah; mana waran lelongnya kami waris terdekat tak pun tahu; susahkan nak cari alamat atau Perawis Sesh yang terdekat!... susah ke bertanya orang kampung. Nak buat apa dilambakkan surat atau bil ke waris TIRI kami yang sah nampak dot dot dot . Cubalah kena pada hidung sendiri tetiba tanah pusaka nenek moyang yang diberikan sejak tahun 190oan lagi tetiba nak dijejak DIHAMBAT anjing-anjing garang hampit sepuluh ekor; telah dipagar & diteroka orang!. Masalahnya maklumat atau segala isu kami waris terdekat tak tahu apa pun!.

Memang Pej. Tanah tak buat kerja itu; tapi cer fikirkan siapa yang diamanahkan menjaga tanah tapi tidak amanah!. Mungkin; tak dinafikan ada kalangan waris Md Sesh terlibat sama; kami anak darah dari darah daging Md Sesh tak tahu; yang meninggal cuma Abg Din (diakah yang diam-diam jual tanah) kalau lelong mana dokumen lelongannya?. Atau senyap-senyap arwah Md Sesh yang jual tanah; emm! pawang mana nak kita upah suruh arwah apa bercakap di Kubur Pedas.

"Abg Ali cuba fikirkan; masalah ini remeh amat, bila kita dah kasi Nombor Lot & sah memang Nombor Lot & tanah milik kita telah si Hamidah Saad yang empunya terkini; pejabat tanah tahu sejarah tanah tu... kenapa kita pula yang terhegeh-hegeh nak ke Ipoh pula; semua itu bukannya percuma Abg Ali."

"Masalah duitlah iDAN!"

"Memanglah masalah duit, takkan nak buat kerja secara percuma; habis tu kita ni banyak duitkah?, tiga tahun lalu nak tahu status tanah persendirian tu RM20 (sekarang mungkin naik).. bayangkan kita kini berhadapan dengan tak kurang 5 atau 6 geran@lot yang samar-samar statusnya; tak tahu lagi cukai tertunggaknya!" aku terbayang akan jalur lebar yang makin berkembang; aku terbayang tanah di Negeri Sembilan yang boleh diklik secara langsung; setiap Lot Tanah tahu siapa pemiliknya. Setiap Lot satu Negeri Sembilan.

Dulu pun aku rajin tembak nombor Lot Terkini tanah di Mukim Teja yang amat kalut ini; dulu tahu nama pemilik setiap Lot. Bila aku tembak Nombor Lot atau Geran Baru; mak datuk ramai amat bangsa asing umur muda-muda dapat Tanah berstatus Tanah Geran! bukan Pajakan Negeri. Luas-luas belaka. Sekarang semua itu jadi rahsia Pejabat Tanah. Nak tahu status kena bayar duit!. Orang kampungku yang miskin & naif ada ke duit!. Baru semalam aku jumpa Wan Meah orang lama kampungku; dia pun berceritera sama apa yang keluarga Md Sesh alami. Ini isu yang amat rumit.

Tangkapan kita terhadap Pejabat Tanah Negeri ini kena dibetulkan. Tak baik menuduh ada sikap tak amanah kalangan staf di sana. Keujudan Pejabat Tanah adalah untuk membantu agar tanah di bumi kita ini tidak dijajah sewenang-wenangnya. Apa yang kita risau tentang tanah Rizab Melayu ini; mereka juga seperti kita risau akan berlaku penyelewengan.

Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.

Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan dengan Pak Menteri.Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.
Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman sebaik mesyuarat habis; bayangkanlah bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak ada barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan hadir ke bilik mesyuarat dengan Pak Menteri.
-bersambung!.

20 September 2011

5 Jenis ubat kena Telan

ibarat basikal tua tersadai di salji

"Adoi lima jenis ubat kena telan, tiap hari!" memang amat menganggu perasaan, takut buah pinggang tak larat nak mencerna ubatan ini. Keluh hatiku.

"Abang Ali makan tiap harikah ubat Darah Tinggi Abang Ali?"

"Makan!"

"Apa kata kalau tak makan"

"Takat dua hari okey! lebih dari dua hari memang pening, silap-silap tak makan langsung boleh..."

Itu yang dikatakan oleh Abang Ali, abang iparku yang terpaksa makan ubat darah tinggi. Dia macam Mila hanya ada masalah tekanan darah tinggi. Aku pula selain masalah darah tinggi; dengan diabetesnya, kolestrolnya, jantungnya, buah pinggangnya & bengkak hati.

Setelah bersara awal nampaknya hanya masalah darah tinggi, diabetes & kolestrol sahaja yang nampak kronik. Jantung, buah pinggang & bengkak hati nampaknya kian beransur pulih. Cuma kena kawal makan (berpantang) & perlu banyak bergerak atau senaman. Jika selalu berpeluh keadaannya akan menjadi normal.

Bebaru ini masalah jantung ini kembali terganggu. Kerap terjaga malam & sukar bernafas bagai masalah sekitar setahun lalu; Klinik Kardio, Hospital Serdang ada menyimpan sejarah sakit jantungku ini tetapi aku disahkan normal kira-kira setahun yang lalu. Sekitar setahun setengah aku berulang-alik ke Klinik Kardio ini.

Surat terakhir doktor yang aku koyakkan sangat melukakan hatiku; isinya seolah-olah aku tak ada penyakit. Mereka mengesyaki aku sekadar ada masalah gastrik ketika malam. Sedangkan kita yang empunya badan amat ketakutan bila nafas kita tertahan. Nak bernafas pun tak lancar; tarik nafas rasa sakit di dada; lepas nafaskan pun rasa sakit. Aku lebih mengesyaki ada injap dijantungku yang diganggu kolestrol. Tidak lancar. Dalam tempoh setahun setengah itu, selain makan ubat gastrik & cair darah; aku tak putus makan buah goji untuk pecahkan kolsetrol ini.

Jika gastrik setahu aku ianya berlaku sebab makan yang tidak teratur atau diserang sebab perut kosong. Tetapi sakitku kuat melandaku ketika aku makan berlebihan; di waktu malam selalunya. Jika aku tak makan lebih atau tak makan nasi dengan terlebih kenyang; tak pun nafasku diganggu.

Bagaimana kita mahu mengatasi keberkesanan andaian atau rawatan doktor pakar ini. Seperti yang pernah aku uar-uarkan. Aku dipaksa menjalanan dua kali ujian stres. Kemampuan lututku mana tahan menampung ketika ujian stes ini. Doktor pula asyik mahu aku turunkan berat badan. (Nak rawat jantungkah atau Rawatan Menguruskan Badan) Sedangkan aku pasti jika dibuat ujian DSE sedari awal pasti sakitku ini boleh dikesan. Memang doktor pakar pun boleh buat kita stres.

Aku pernah bersungut kenapa ramai pesakit jantung yang bergantung dengan kerusi roda tak disuruh belajar berjalan lancar & dipaksa berlari ketika buat ujian stres?.

Bukan mustahil setelah setahun setengah aku makan ubatan herba seperti goji, kolestrol di badanku boleh berkurang & tak ganggu jantungku lagi. Perkara ini yang sukar mahu dijelaskan.

Dua kali aku buat ujian stres begini.

Cukai Tanah Tertunggak.

Peti Besi Gajah Hijau

Top-top cukainya telah menjadi ribuan RM, sedangkan lima ekar tanah dalam tempoh 15 tahun pun menjadi sekitar RM5,000: bagaimana jumlah cukainya tanah yang seluas 10 ekar lebih jika tak dibayar cukainya selama 20 tahun. Ini isu besar yang terpaksa orang kampung tanggung.

Dulu arwah apak yang bayarkan dulu cukai tanah ini, sekarang ianya tak siapa ambil peduli; hanyalah mereka tinggal & senyapkan isu Cukai Tanah ini. Pihak kerajaan pula senyapkan sahaja setelah gagal menuntut Cukai Tanah ini. Sejak tahun 1960an diadakan akta tanah yang memerangkap pemilik tanah yang gagal membayar cukai ini.

Isunya tak semua pemilik tanah sedar ada akta tanah ini; hatta bila tanah bertukar hak milik ianya jadi perbalahan yang tidak akan selesai.

Kes kami lain, aku sejak lama mencari punca masalah tanah pusaka Md Sesh ini tetapi tak tahu ianya telah ghaib maklumat sebenarnya. Cukai yang bertunggak tidak sampai ke tangan kami. Geran kami kena selongkar. Peti Besi Gajah Hijau yang patutnya kebal telah dipecah orang. Kami sebagai pewaris yang sayangkan tanah pusaka Md Sesh menjadi bahan mainan keadaan. Tak sepatutnya kami dikenakan denda yang melampau tinggi sementelah kami tak dapat barang satu helai pun bil Cukai Tanah ini sejak berzaman.

Bagaimana kami nak merujuk ke Pejabat Daerah & Tanah Kampar jika maklumat tanah pusaka Md Sesh ini telah diceroboh waris sebelah keluarga tiri kami.

Sekitar 3 tahun lalu (ketika ada duit sedikit) aku terjah ke pejabat tanah Batu Gajah untuk mengetahui status tanah ini. Dari Batu Gajah aku diarahkan pergi ke Kampar. Aku diugut akan dilelong mana tanah yang aku sempat selamatkan maklumatnya. Ada yang telah bertukar hak milik tanpa pengetahuan kami. Yang ini aku terpaksa rujuk ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Ipoh.

Ketika itu aku belum buat keputusan Bersara Pilihan; aku terpaksa guna duit anak-anak (yang masih bersekolah) untuk tebus tanah ini yang mana denda cukainya memang tinggi. Jika mahu merujuk ke Ipoh aku pasti ianya memerlukan perbelanjaan duit yang bukan sedikit.

"Jika awak tak dapat selesaikan cukai tanah ini, bulan Ogos nanti kami akan buat lelongan tanah ini!" berderau dadaku mendengar penjelasan seorang perempuan separuh umur di Pejabat Daerah & Tanah Kampar. Ketika itu aku mahu berjumpa dengan Pegawai Daerah tidak dibenarkan lantaran sibuk katanya. Malahan aku mahu buat temujanji dengan beliau juga dihalang; dia kata kes tanah kami hanya boleh tahu statusnya jika saya ke Ipoh. (Hanya tahu status)

Orang tak berduit seperti aku manalah nak cari duit sekitar RM5,000 ketika itu. Esok ada mesyuarat dengan Pejabat Daerah & Tanah Kampar yang diatur oleh Biro Pengaduan Awam JPM Ipoh, selain Lot 6336 ada beberapa geran tanah yang masih tak tahu statusnya. Entah berapa ribu RM lagilah yang kami terpaksa langsaikan. Bukannya kes ini baru 15 tahun; rasanya telah hampir 20 tahun ianya terpengap di Pejabat Tanah sana.

Kita tunggu apa kata orang Pejabat Daerah & Tanah Kampar nanti.

16 September 2011

Bateri Kereta...

"Kami dah tak jual bateri berjenama!" "Kenapa pula tauke? tahun lalu awak ada jual" "Susah gerentinya; pembeli bising lambat mahu dapat semula, tenguk tu sudah lama!" "Gerenti kilang memang, saya faham kalau bateri cap ayam tahan lamakah tauke!" "Sama juga satu tahun gerent; awak hantar saja terus kasi baru!" "Berapa iyer tauke?" "RM155" Memang itulah hakikat harga bateri untuk kereta perangku; silapnya hari tu aku tak hidupkan enjinnya. Top-top telah pun kondem baterinya lantaran tak digunapakai lebih dari tiga bulan. Mana ada bateri zaman kini tahan lebih dari setahun. Habis sahaja gerenti maka habislah kuasa baterinya. Hebat kompeni bateri ni buat bateri. Jiranku nak buat rumah terbuka esok hari; jika kereta aku tidak dipindahkan di depan rumah macam menganggu mata yang memandang. Aku kalau boleh mahu menjaga hati jiran. Seyogia malas aku nak komen jiranku ini. Bayangkan buat foyer rumah pun tak ada longkang; segala kotoran barangan makanan mengalir ke, longkang rumahku. Sudah tak jadi longkang pun, longkang rumahku kian rpah simennya dimakan barangan makanan perniagaannya. Giliran dia guna ruang hadapan rumah; aku & anak-anak siap shampu bekas sampah kami; (berzaman dia guna bekas sampah kami baru sekarang ada peti sampah sendiri). Paling aku sedih pernahlah keluargaku buat beberapa kali majlis jamuan; boleh diletaknya sampah busuk di sebelah kerusi tetamu bersantai. Amat menggusarkan kalau punya jiran tidak bersikap jiran; lagi kita menyatakan satu yang benar akan ada yang mengatakan mengumpat jiran. Buktinya jiran sebelahnya india sanggup bina pagar konkrit; tak sanggup nak bersapa pun dengan jiran kami. Sampai bila akan selesai masalah jiran yang begini.

Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi.

Islam banyak mewasiatkan umatnya agar kita sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan, Allah SWT berfirman dalam al-Quran;

Maksudnya;

“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. “

(Surah an-Nisa’ : ayat 36)

(Dekat dan jauh di dalam ayat di atas dikaitkan dengan tempat, hubungan kekeluargaan dan perbedaan agama antara yang muslim dengan yang bukan muslim)

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Prev: KONSEP DOA DALAM ISLAM Next: ADAB-ADAB DAN HAK-HAK JIRAN Alahai!... jika punyai jiran yang tidak menjaga hak-hak kejiranan samalah bagaikan punyai kereta tak berbateri. Amat memeningkan!.

15 September 2011

Dato' Kelana dalam Kenangan...


Semalam ketika aku ke PKupm; setelah doktor tidak puas hati akan sakit kronikku & mahu aku merujuk ke pakar jantung Klinik Kardio Hospital Serdang; Khabar sedih aku terima. Amar rakan karibku kemalangan di dalam kampus UPM ketika bertugas; cedera parah di kepala. Tengkuknya patah. Allahyarham Amar meninggal di Hospital Serdang sekitar jam 9:00 pagi. Dia meninggal seorang isteri & seorang cahayamata. Khabarnya ada seorang lagi yang dikandung tak pasti berapa bulan. Di FB Amar menggunakan nama Dato' Kelana. al-Fatihah untuk Amar; agar rohnya sentiasa di sisi mereka yang beriman.

Ini aku kutip beberapa catatan Allahyarham di FBnya.

Dato' Kelana

Hari yg cukup bernasib baik..
Syukur kepada Allah kerana memanjangkan umurku..
Walaupun dapat eksiden kecil....
(^_^)

·

Dato' Kelana hahaha...
bukan malas,tp kalu wat pon bahaya...
keselamatan diri penting tau...
bru jaga keselamatan org lain...

·

Dato' Kelana

hahaha...
hatiku rase berbunga....
dapat sesuatu yang tidak disangka....
thanks my dear.....
(^_^)

·

Dato' Kelana

beraya seorang diri....
anak dan isteri berada di kampung...
huhuhu...
:(

·

Dato' Kelana

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat perkerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberikan-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan". (QS. 9:105)

Sekitar jam 1:30 pagi baru aku balik dari urusan menziarahi jenazah Allahyarham di Parit 21, Hutan Melintang. Perak. Terkadang aku terfikir; doktorku yang amat risau akan keadaan kesihatanku; aku pula rasa bagaikan mula hilang semangat tanpa pun sokongan moral dari keluarga buat aku merentas kesakitan ini. Top-top rakan baikku yang pergi satu demi satu meninggalkan aku.

11 September 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 4)


Akhirnya jumpa juga tempe di Pasar Besar Kajang; di kedai runcit bukan milik kita; cakap penjual bagai orang seberang.

"Seikat ini berapa iyer dik?" aku bertanya harga seikat ada dua potong tempe agar besar juga.

"RM1.50" lain saja loghatnya.

"Agaknya neng jika seperiuk biasa sayur lodeh guna berapa keping tempe?" aku tanya padang Neng yang nampak tak fasih bahasa tempatan.."tak apalah kasi dua ikat!" aku terpaksa cepat pulang.

Lengkaplah sudah bahan untuk resipi Sayur Lodeh buatan Meru. Penat amat menerjah banyak gerai & pasar raya. Tiba di rumah nampak Mila masih leka mengemas rumah. Macam tak nak balik Meru.

Dah jam 6:00 petang lebih baru Mila mula memasak, Mie@Husna nampaknya menolong mak mertuanya memasak di dapur. Anak-anak astik mengemas kosyen di anjung rumah.

"Kenapa beli banyak sangat tempe ni ayah!?" tetiba Mila bersungut dari dapur.

"Ala bungkus sahaja yang besar; lebih tu Mila goreng saja nanti ayah akan habiskan, tak baik rezeki masuk ke rumah ibunya bersungut!" huh! lebih seringgit lima puluh sen dah membebel sungutku.

Puasa 29 Hari

Kami baru berbuka, makan apa yang ada. Sayur Lodeh masih tak siap lagi, tapi nasi impit segera nampaknya telah dijerang.

Aku pun capai tempe goreng yang jadi isu bebelan Mila. Sedap tempe goremg ni; sepuluh keping pun okey jika buat lauk. Selera diabetesku memang tak kenal tumpul.

"Eh! mana tempe ni, si Husna tak dapat rasa pun!" tetiba Mila bising; aku diam sahaja. Tadi dia yang bising aku beli lebih nanti tak habis serata alam pula dia mengadu, aku membeli tak mengagak. Alahai Mila bebenda remeh begini pun nak jadi penyebab. Belum nak habis Ramadan masih nak cari penyebab sembilu.

"Bagaimana progrem balik kampung Afiz?" aku tak tergamak nak tanya Mila, aku tahu anginnya tak berapa betul sebab seharusnya dia telah berada di rumah pusakanya ketika ini.

"Macam mana nak bawa anak kecil berjalan malam!" rungut Afiz sebabnya memang pernah si Qasrina cucu sulungku itu meragam hampir dua minggu akibat berjalan malam; lewat balik dari Meru. Sebab itu Afiz jeran nak jalan malam.

Aku pun terbayang betapa sepinya rumah Mak Nyaie; hati pun tak berapa sedap nak tinggal lama di sana; sebabnya isteri Maman Ifi (anak paling bungsu adik beradik Mila) nampaknya masih amat muda; dia tak betah buat kerja dapur bagai orang dewasa; Kalau Makcik Yong memang rajin memasak.

Aku juga terbayang bagaimana tidur di Meru tak macam rumah Opah Bi; siap segala untuk menantu pun cucunya. Bukan membanding tapi memang sudah kelaziman. Bila anak-anak makin dewasa bagai si Afiz dia mula terasa kurang selesa balik ke Meru; makin kita berumur makin mahukan privasi. Apatah lagi dia ada anak & isteri. Aku ni jenis tak kisah sangat. Lagi dah berumur begini tak payah sangat nak tidur; letak saja kepala dah lelap.

Cumanya terkadang tu bersungut juga; hidup ini berkembang. Kita perlu membuat persediaan buat tetamu pelbagai. Zaman sekarang tilam nipis Toto atau Narita dah murah; sekitar Sungai Besar boleh dapat RM45 bagi sebuah Narita. Di wakaf Che Weh pun harganya sekitar itu. Hari tu di Jenaris ada dijual harganya RM48; aku yang berleka tak sempat nak beli dah habis dijual. Di Nilai 3 pun nampaknya makin banyak dijual Narita ini.

Sebelum solat Isyak telah pun diumumkan Selasa 3o Ogos adalah hari raya. Khabarnya Brunei lewat rayanya. Hari Selasa baru nak tenguk anak bulan. Malaysia tak cukup sehari puasanya; 29 hari sahaja berpuasa di Ramadan tahun ini. Aku baca di laman sesawang Indonesia mereka pun sambut raya pada hari sama dengan Malaysia.

"Siapa nak ikut ayah sembahyang di Masjid Penjara Kajang?" dari rumahku sekitar 10 minit dah sampai ke Masjid Penjara Kajang di Sungai Jelok . Aku suka sembahyang di sana tak ramai sangat jemaahnya. Jika ada rezeki ada jamuan raya. Pernah aku beraya di sana bersama Afiz; sedap amat lemangnya. Boleh tahan juadah rayanya.

"Azim nak ikut ayah!..." yang lain macam dengar tak dengar sahaja. Anak semakin remaja begitulah, tak berminat amat nak ikut langkah ayahnya.

"Azim kalau nak ikut malam ni jangan berjaga malam; sebab lepas subuh tak boleh sambung tidur; biasanya masjid tu akan sembahyang sunat rayanya sekitar 8:30 pagi...!" jika ada Aziq@Angah di rumah tiga beradik ini akan selalunya leka tenguk filem yang dimuatturun. Katanya di UiTM Puncak Alam (PALAM) taliannya memang laju; dia jenis pakar dalam dunia maya. Tahu saja nak guna perisian apa nak muatturun filem dari dunia maya.

Afiz jarang turun dari bilik atas jika di rumah. Dia ada komputer sendiri milik Mie di atas. Ada TV pelbagai di kamarnya maka memang dia leka di atas. Itu pun komputer Afiz hilang semasa menyewa dengan pelajar tahun akhir. Rakan sekamarnya yang panjang tangan. Selepas kehilangan komputer riba itu Afiz buat keputusan berulang dari Meru sahaja. Dunia kini tak takut hukuman hudud potong tangan; tak pohon maaf ambil barangan orang maka kudunglah tangan sepanjang hayat. Itu memang hukumnya, kecuali empunya barang memaafkannya. Baru beli komputer tu; bau kedai lagi; plastik balutnya pun tak dibuang lagi.

Bayangkan jika ada dua buah komputer di kamar atas.

"Kita kena bertolak sebelum jam 8:00 pagi... okey Azim!"

- bersambung