iDAN

25 Julai 2008

Pesan Untuk Anak-Anak (Singgahsana)

"Azim kena belajar rajin-rajin agar menjadi orang pandai"

"Anif kena tekun belajar, kena giatkan usaha untuk menjadi pelajar cemerlang"

"Aziq jangan terlalu leka dengan permainan komputer, permainan komputer itu tidak dapat membantu segalanya"

"Afiz peluang yang ada kena rebut sebaiknya, dapatkan CGPA yang bagus nanti senang Afiz nak dapat kerja"

Puas rasanya aku berusaha untuk menyakinkan cahayamataku betapa ilmu & pelajaran itu amat penting. Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu amat penting. Kehidupan kini terlampau memerlukan pengiktirafan tentang kemajuan diri kita.

Jika gagal jangan terlampau kecewa. Usaha lagi. Kita boleh menjadi seorang sempurna biarpun mendapat kesederhanaan dalam pendidikan kita. Tetapi tidak rugi jika punyai kecemerlangan pendidikan & mengamalkan cara hidup sederhana.

Jangan cahayamataku ego dengan kedudukan yang ada. Perlulah menghormati orang sekeliling kita. Kita kena ada maruah diri. Maruah diri amat penting kita bela. Untuk membela maruah diri perlulah ada adat & kesopanan. Janganlah kita dibenci orang keliling lantaran sikap kita yang ego atau salah laku kita.

Kejayaan & sopan santun itu biarlah seiring. Tidak guna jika kita berjaya dalam kerjaya tetapi moral diri sifar & amat dibenci oleh orang keliling kita. Tidak berguna kita menjadi kaya raya tetapi dipandang hina oleh masyarakat keliling. Korapsi, perasuah, runtuh moralnya, pendendam, bermaksiat, sombong & perbagai lagi salah laku mestilah dihindari.

Tidak rugi jika kita menjadi pemurah, pembela, sopan santun, peramah, baik hati & sebagainya bermoral mulia. Biarpun kita di status mana.

Jadilah orang berguna cahayamataku.

Penyair iDANRADZi ditimpa Musibah perasaan (Singgahsana)

Aku terpaksa menggunakan BlogSpot, bilamana Easyjournal bermasalah untuk diakses

Terhenti seketika jurnal ini. Tak pasti lagi bila dapat bebas berceritera!!!

Ramai yang tertanya-tanya kenapa?.

Antaranya musibah yang terpaksa dibendung; kesihatan, terbaru selang beberapa bulan aku seperti rutinnya kembali dengan ujian terapi. Hasil ujian; Sakit darah tinggi memang stabil, kembali normal tetapi terpaksa bergantung dengan ubat. Gula atau diabetes kembali normal, tetapi kebiasaan minum atau makan makanan manis terpaksa dikurangkan & terusan makan ubat. Buah pinggang masih jadi teka-teki terpaksa bergantung dengan Dukun Kim Loy. Sesekali memang sengalnya ada. Kolestrol makin berkurangan tetapi bilamana makan ubat yang Dr Imah berikan, ditangkap semua sendi. Payah amat untuk bangun pagi. Terbaru doktor mengesan masalah hati, katanya lantaran kesan makan ubatan yang berterusan. Mrebak pula ke hati.

Antaranya musibah lain; kerjaya. Terbaru mendapat khabar ada yang tidak suka aku berkerja di KKK. Malahan telah dua kali aku berbincang & menemui jalan buntu. Kemungkinan aku terpaksa melupakan ICT & mencari bidang lain. Aku tengah berusaha agar pengalaman, kemahiran ICT yang telah mencecah seabad ini akan dapat dimanfaatkan. Aku teringin menghabiskan sisa kerjaya ini dengan menurunkan ilmu yang ada untuk Bengkel Komputer yang aku merancang pembentukannya sejak dua tahun lalu. Rasa tercabar amat bilamana majikan langsung tidak menghargai segala khidmat & pengorbanan yang aku lakukan selama ini. Memang mencakar hati.

15 Sept 2010 akan genap 30 tahun aku berkhidmat sebagai staf awam, 15 Jun 2010 aku layak buat notis tiga bulan jika benar ujud opsyen berpencen awal dengan mendapat pencen penuh; Maka itu 15 Jun 2010 tarikh keramat bagiku. awal tahun 2011 kemungkinan aku akan menumpukan sisa hidupku di kampung halaman. Risau amat harta arwah apak terbiar di kampung. Aku ingin bergerak ke arah pemulihan harta pusaka. Jika tidak.. takut nanti tanah kampung akan jatuh ke tangan orang lain. Takkan nak tunggu pencen 58 tahun, kuatkah lagi mahu berulang alik dari Jenaris ke Desa Tualang. Harapan ini yang sering menganggu aku. Teringin mencari modal untuk membangunkan tanah pertanian arwah apakku. Jadi aku merancang akan berkerja sekitar dua tahun sahaja lagi. Terpaksa nampaknya berpencen awal. Sementelah masalah tempat kerja kian membuat aku stres kini.

Antara musibah lainnya; tahun ini tiga dari empat cahayamataku ada perkara penting, atau agenda tersendiri. Afiz terpaksa menyesuaikan diri menyewa di luar, tidak lagi duduk di kampus Poli Shah Alam. Bebaru ini banyak masa pentingnya mengambil lesen motorsikal. Alhamdulillah dia berjaya, setelah gagal mengambilnya di Pulau Carey. Memang risau amat bila anak muda kini berada di jalanraya. Aziq pula akan menduduki PMR, selalunya kerisauan ibu ayah lagilah berganda berbanding anak-anak yang lebih leka & payah mahu tekun belajar. Anif pun sama akan menduduki peperiksaan UPSRnya.

Berkarya sejak kebelakangan ini aku makin hilang tempat mencurah ilham, Berita Minggu tidak lagi mengujudkan ruangan sastera. Tak pasti bertukar ke hari lain atau kenapa?. Rasa terkilan banyak karya aku tersimpan di sana. Pun payah amat mahu tembus karyaku di Mingguan Malaysia. Mungkin karyaku tak sebaik mana, pun saingannya ramai sangat. Teringin berkarya ke genre lebih besar tetapi masa amat mencemburui aku. Apatah lagi karya pancing yang ringkas aku hampir berbulan tidak dapat aku sambung lantaran sibuklah amat.

Kepada rakan siber di alam maya ini antaranya Linn yang mungkin akan viva tak lama lagi, semoga berjaya dengan cemerlang. Nurul yang pangkat anak semoga maju jaya dengan kerjayanya. Kehilngan Asraf yang telah ditukarkan ke Universiti Perlis. Ramai kenalan lain di alam maya senyap sepi. Tak tahu khabar mereka.. seperti, SheRa, Diny, Origami, Yasin & ramai lagi. Tanpa respon kekawan rasa makin kosong jurnal ini. Sekadar respon kawan sekerja seperti Syed, Fairuz, atau Eris yang seharian berbual rasanya dunia ini makin kecil & kehilangan kenalan.

Sememangnya masa itu adalah anugerah Ilahi yang amat bermakna buat kita. Kesuntukan masa adalah satu kerugian yang amat sangat. Lapangkanlah masaku Ilahi-ku.
Posted on 23.7.2008 at 5:53 PM | Comments (0) | Permanent Link

15 Julai 2008

Asam Pedas Ikan Mayung (Harum Aroma)

Asam Pedas Ikan Mayung
Kiriman: Sophia Lorren
Sumber: Warisan Nenek
Hits: 49 Rating: 0.00 Review: 0

Bahan-Bahan:
Ikan Mayung 600gram (di potong ikut suka)
2 batang serai (diitik)
20 biji lada kering
1cm keping belacan
3cm kunyit basah
2cm halia
1 biji limau nipis (ambil jusnya saja)
Asam Jawa segenggam
Garam & perisa jika suka
Air satu mangkuk
Minyak masak secukup untuk menumis
Cara:
1.Basuh ikan mayung dengan asam jawa dan sedikit garam dan rendam anggaran 1/2jam dan toskan airnya
2.Lada kering buang biji dan rebus hingga lembut, basuh bersih dan kisar bersama belacan,kunyit hidup dan halia hingga lumat.
3.Pijarkan minyak hingga cukup panas, masukkan bahan kisar tadi, kacau2 sehingga cukup garing untuk menghasilkan asam pedas yang cukup wangi, masukkan serai yang dititik tadi, kacau sehingga garing masukkkan sedikit air asam jawa sebatikan dan renih agak2 3 minit masukkan ikan dan kacau lagi sehingga mesra dan tuangkan air separas ikan sahaja,masukkan garam dan perisa tutup periuk serta kecilkan api dan renih hingga naik minyak. Apabila ikan lembut dan kuah pekat masukkan jus limau renih seminit dan rasa serta angkat. Boleh dihidangkan. Petua:Tidak perlukan bawang untuk menghilangkan hanyir ikan.Cara ini juga sesuai untulk masakan asam pedas segala jenis ikan sungai atau darat.
Cadangan Hidangan:
Taburkan daun bawang putih yg tebal tu ketika menghidang, untuk dapatkan aromanya yg harum...

30 Jun 2008

Sepanyol Menang Tipis (Sukan)

Piala Euro 2008

Bulan mengantuk telah berlalu, boleh dikatakan semua perlawanan secara langsung di TV3 aku sempat menontonnya. Aku tak punya Astro. Sejak berzaman aku memang penyokong Itali. Memang agak mengecewakan. Tak pun dapat masuk ke separuh akhir. Itali tewas di suku akhir; sepakan penalti dengan Sepanyol.

Dari empat pasukan, Jerman, Sepanyol, Rusia & Turki; separuh akhir aku memilih Turki. Turki tewas 2 - 3 dengan Jerman; memanglah aku kecewa lagi. Afiz yang kerap berjaga malam pun sama tak suka dengan corak permainan Jerman. Kami tercari-cari pasukan mana yang mahu disokong. Lantaran faktor sejarah & melihat gelagat pemain semua pasukan. Awal-awal aku menolak pasukan Jerman. Si Ballack asyik tak puas hati & memang agak kasar permainan Jerman. Si Philipp Lahm pulak nampak saja suka mengepak tangan, macam merak berlari; Sambil itu senyap-senyap mengasari pemain lawan, tak pernah mahu mengaku salah. Berpura habis. Sedari awal lagi aku perasan cara Jerman main memang mereka merasakan mereka pasti menang. Merekalah jaguan, tambahan ramalan seantero dunia meramalkan mereka pasukan yang bakal dinobatkan sebagai jaguan. Bukan main egolah mereka.

Rusia memang lasak & bermain laju. Tetapi sejarah mereka; aku tak berminat sangat. Apatah lagi ketika bermain dalam hujan semasa menentang Sepanyol di separuh akhir; serba tak kena & sesekali kasar tiada sikap kesukanan. Sepanyol nampak sederhana & serba seratur di padang. Tenguk rambut si Puyol pun kita dah rasa agak brutal pasukan Sepanyol ini. Maka aku memilih Sepanyol setelah kecewa dengan Itali & Turki.

Perlawanan Akhir

Sepanyol mengidam piala Euro ini memang sejak 44 tahun lalu 19964 menentang Rusia (2-1). Tak pasti bila kali terakhir Jerman memang pila Euro. Tetapi sebut sahaja Jerman memang mereka antara pasukan paling gah selain, Itali, Perancis juga Belanda. 2004 Greece mengatasi Portugal(1-0). 2000 Perancis kalahkan Itali (2-1). 2006 Jerman menundukkan Czech Rep. (2-1)

Fernando Torres menjadi wira bagi Sepanyol sebagai penjaring gol tunggal. Serangan Jerman sejak saat awal dapat dipatahkan oleh pertananan Sepanyol. Ketara amat bahagian tengah Jerman tidak menjadi membuat sering dibolosi Sepanyol.

Bayangkan mula perlawanan sekitar jam 2:45 pagi, bila minit ke 33 Sepanyol dapat jaringan mata tidak jadi mengatuk. Jaringan satu gol amat mencemaskan.

Tahniah Sepanyol terutama penjaga golnya yang memang kental Iker Casillas.

27 Jun 2008

Santai Di rumah 3... bola lagi (Singgahsana)



Dua malam tak cukup tidur, ramai mamailah pulak!. Tenguk bola apa lagi.

Turki tewas dengan hanya satu gol. Kemenangan tipis Jerman telah menyingkir Turki ke parlawan akhir. Memanglah aku terkilan. Sokong Itali mainnya entah apa-apa. Tak dapat gol pun asyik nak bertahan. Kalau Itali sungguh-sungguh menyerang ketika suku akhir dengan Sepanyol tempuh hari tentunya dia yang menentang Rusia.

Rusia pula bila bertemu Sepanyol malam tadi serba tak jadi permainannya. Mungkinkah sebab hujan. Banyak peluang Sepanyol yang tersasar dari tiang gol, jika tidak pasti Rusia lebih kecewa. 3 - 0 Sepanyol bagaikan selesa & bakal menjadi pasukan yang tentunya mencabar buat Jerman.!

Jerman & Sepanyol di perjalawanan akhir!, mana satu pasukan pilihan anda?

Telah dua pasukan yang aku pilih tewas. Jika aku katakan Sepanyol bakal juara apakah akan tewas juga. Kita lihatlah nanti siapa yang bakal menang!. Tapi aku memilih pasukan Sepanyol.

Sepanyol mahu cipta sejarah: Hernandez

NEUSTIFT (Austria): Pemain tengah Sepanyol, Xavi Hernandez memberi amaran kepada Russia - lawan mereka di separuh akhir - bahawa dia dan rakan sepasukan akan tampil 'mencipta sejarah' ketika mereka ghairah mahu memburu gelaran pertama sejak 1964.

Selepas berulang kali terkandas di suku akhir kejohanan utama, Sepanyol akhirnya menamatkan kemarau lama itu dengan memenangi sepakan penalti ke atas Itali dan bintang dari Barcelona itu berkata tempat ke separuh akhir belum memberi sebarang kepuasan lagi kepada pasukan.

“Saya gembira kerana kami sudah mengambil langkah besar ke arah melakar sejarah. Tapi ingat, kami belum mencapai apa-apa lagi. Kami mahu layak ke final dan memenangi gelaran dan saya melihat pasukan ini sudah bersedia melakukannya,” kata bintang tengah itu.

“Kami tidak mahu kalah kepada Russia. Kami akan bermain corak menyerang dan kawalan bola baik akan menjadi penentu kejayaan.”

Namun, Xavi tetap mahu rakan sepasukannya berwaspada dengan kemampuan Russia untuk bangkit garang selepas tewas pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

“Faktor fizikal mereka adalah penting untuk mereka. Itulah intipati kejayaan mereka ketika menewaskan Belanda dalam masa tambahan apabila lawan mereka keletihan dan pemain Russia tampak masih segar,” katanya.

Dia turut menegaskan pasukan Sepanyol tidak harus banyak memikirkan prestasi hebat ditunjukkan Andre Arshavin yang menjadi punca kejayaan Russia setakat ini.

“Saya berasa orang ramai terlalu banyak bercakap pasal Arshavin tetapi cerita sebenar adalah Russia bergerak satu unit yang padu. Mereka memiliki pemain yang kami tahu kemampuan masing-masing seperti pemain tengah (Yuri Zhirkov) dan penyerang (Roman Pavlyuchenko),” tambahnya.

Tidak dinafikan Xavi akan menjadi tonggak utama pasukan apabila dia bergandingan dengan pemain Arsenal, Cesc Fabregas sebagai pemain perancang. Setakat ini, jurulatih, Luis Aragones sudah memulakan perlawanan dengan Xavi dan memilih Fabregas sebagai satu opsyen untuk dibawa masuk kemudian dalam perlawanan.

Selepas menyingkirkan Itali dalam sepakan penalti Xavi berkata pasukan bergelar ‘Furia Roja’ itu memiliki kesungguhan untuk menunjukkan bahawa corak permainan mereka adalah untuk bergerak ke hadapan sahaja.

“Kami mempercayai corak permainan kami, falsafah kami sejak permulaan serta juga kepercayaan kepada jurulatih. Kami bernasib baik dapat memenangi menerusi penalti ketika menentang Itali tetapi kami mengharapkan elemen nasib mendapatkannya,” katanya. - AFP

Berita Harian

'Dunia sudah saksikan betapa hebatnya Turki'


BASEL (Switzerland): Turki akan sentiasa di kenang sebagai pasukan yang kerap terselamat daripada ambang kekalahan di Kejohanan Eropah, namun pada satu lagi detik penting tuah itu tidak memihak mereka tetapi kepada Jerman pula kali ini.

Perlawanan separuh akhir, awal pagi semalam berakhir dengan cara yang paling tidak diduga menerusi tiga gol pada minit-minit terakhir dengan Philipp Lahm tampil selaku pemusnah pada minit ke-90 untuk mengesahkan kemenangan mutlak 3-2.

Apapun, tidak ada wajah cemburu terpancar pada jurulatih, Fatih Terim selepas perlawanan itu yang rata-rata tampak dikuasai pemainnya yang mengamalkan corak permainan lebih padat buat mengucar kacirkan kubu Jerman.

"Kami berundur dari pentas Euro kali ini selaku antara pasukan paling berwarna di sini. Kami hampir ke destinasi tetapi inilah apa dikatakan bola sepak.

"Kami menghormati lawan tetapi ketika sama saya amat, amat berbangga dengan setiap pemain saya," katanya yang hanya memiliki 16 pemain daripada skuad asal 23 untuk dicanang bagi cabaran itu.

Apapun, setiap pemain Turki termasuk Fatih boleh pulang penuh bangga selepas menyajikan persembahan terpuji ketika ada pemerhati sudah pun menggelar mereka pasukan terbaik di kejohanan 16 negara kali ini.

"Matlamat kami adalah untuk beraksi dengan baik dan menghalang penguasaan lawan. Kami berjaya melakukannya. Tetapi adalah bukan mudah untuk menyekat Jerman yang lebih berpengalaman," kata pengendali itu.

Apapun, nasib Turki boleh dianggap malang, sama seperti yang menimpa Switzerland, Republik Czech dan Croatia yang tewas menerusi kebangkitan lewat Turki untuk mara ke separuh akhir.

Turki turut menguasai perlawanan dengan Jerman pada sebahagian besar perlawanan walaupun dihimpit masalah kecederaan dan penggantungan sebelum tumbang pada minit-minit akhir perlawanan.

"Ia menunjukkan dunia betapa bagusnya kami sebagai satu pasukan," kata Fatih. – AP

Berita Harian
26.6.2008

10 Jun 2008

Akil nafi kahwin dengan Waheeda (Hiburan)

Oleh Norliza Mohamad Zakaria
liza.zakaria@utusan.com.my



AKHIL Hayy bersama tiga anugerah platium termasuk dua platinum berkembar yang diterimanya baru-baru ini.

KALAU sudah namanya orang popular, apa saja yang dilakukan mereka, sudah tentu akan diperhatikan.

Lalu, apabila artis-artis popular dikaitkan dalam episod percintaan, mereka sudah tentu akan menjadi tumpuan media.

Hal yang sama turut dilalui oleh bekas penyanyi rock yang kini beralih kepada lapangan nyanyian lagu-lagu dakwah dan penceramah terkenal, Akil Hayy.

Beberapa bulan lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan laporan kononnya Akil memilih penyanyi wanita terkenal, Waheeda sebagai isteri keduanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, apabila Waheeda membuat keputusan untuk ‘bersara’ dari dunia hiburan.

Namun begitu, tiada sebarang jawapan yang pasti keluar dari mulut kedua-dua bintang popular itu.

Justeru, pada majlis pelancaran album terbarunya, Nasyid Legenda 2, Akil membuka mulut membicarakan cerita ‘perkahwinan keduanya’ kepada media secara terbuka.

Dalam nada tenang, ustaz rock itu menafikan khabar angin yang tersebar luas sebelum ini.

“Tidak. Saya tidak pernah bernikah dengannya (Waheeda). Saya rasa benda ini (gosip) semua artis akan lalui, apabila kita menempa nama pasti banyak mata yang memandang.

“Dia (Waheeda) sebenarnya sedang dalam proses berjihad untuk kembali ke jalan yang benar. Sebab itulah saya rasa prihatin tetapi mungkin orang ramai salah faham,” jelas bapa kepada lima orang anak itu tanpa berselindung.

Tidak mahu memanjangkan lagi isu yang disifatkannya sebagai khabar angin semata-mata, kata Akhil, hubungannya dengan Waheeda saling tidak ubah seperti rakan artis semata-mata.

Menganggap segala yang melanda dirinya kini sebagai tsunami dan ujian dalam hidup, Akhil pada masa yang sama mengharapkan pengertian dan kesabaran daripada isterinya yang tercinta, Maizawati Zainal.

“Dalam perkara macam ini, isteri saya perlu memahami situasi saya sebagai artis. Seringkali saya ingatkan padanya agar dia perlu sentiasa ada perasaan menyayangi bukan memiliki.

“Saya musafir ke hulu dan ke hilir, bila dia (isteri) ada perasaan sayang dan percaya pada saya barulah dunia akan rasa aman,” ujar Aki lagi.

Sementara itu, beralih perbualan kepada kerjaya seninya pula, Akil memberitahu, untuk album terbarunya ini, dia memilih untuk merakamkan lagu-lagu saduran dalam Nasyid Legenda 2.

Akil bukanlah artis pertama yang memberi nafas baru pada lagu-lagu popular lama.

Usaha merakamkan lagu-lagu sedemikian juga kata Akil, sebetulnya memberi manfaat dan keuntungan yang bukan sedikit.

Menurutnya, tidak kira apa juga genre muzik yang dimainkan, selagi ada peminatnya, selagi itulah lagu tersebut mampu bertahan walaupun berpuluh tahun lamanya.

“Memang menguntungkan. Tetapi, ia bukan satu perkara yang senang kerana setiap pembikinan album sebegini tidak boleh main buat sahaja.

“Takut nanti penyanyi asal akan kata merosakkan lagu-lagu mereka,” kata Akhil Hayy yang gemar membahasakan dirinya ana.

Agak beruntung, kata Akhil Hayy, kali ini dia menerima sentuhan daripada komposer terkenal, Fauzi Marzuki untuk album ketiganya itu.

“Fauzi memang ada alirannya yang tersendiri dalam menampakkan keaslian nasyid dan bila orang dengar, orang akan kata ya, inilah nasyid.

“Bagi saya, konsep yang saya tampilkan sangat berbeza kerana saya rakamkan semula lagu nasyid berkumpulan wanita secara solo dengan cara tersendiri,” katanya.

Album Nasyid Legenda 2 memuatkan lagu-lagu seperti Berita Gembira, Adam Dan Hawa, Dikit Sedikit dan Warna Alam yang merupakan lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Al-Jawaher.

Tidak ketinggalan, ia turut memuatkan lagu-lagu nyanyian kumpulan El-Suraya iaitu Anak Derhaka, Pohon Dan Pinta, Hawa Nafsu dan Hidup Yang Hampa.

Menurut Akhil Hayy, album tersebut merupakan kesinambungan album pertamanya Nasyid Legenda yang berjaya mencatat jualan melebihi 40,000 unit.

Utusan Malaysia

05 Jun 2008

"Lokasi Yakjuj dan Makjuj


Yakjuj & makjuj
Dilulus terbit pada Thursday, June 05 @ 19:00:21 MYT oleh reformis


Oleh Leena


Menurut ahli kaji al-Quran, Iskandar Zulkarnain bersama-sama bala tenteranya menuju ke utara negara Armenia melalui Persian dan Azerbaijan. Di sana, beliau menjumpai satu bangsa yang hidup dalam ketakutan dan tinggal di antara dua buah gunung, iaitu gunung Armenia dan gunung Azerbaijan. Mereka menggunakan bahasa yang amat sukar untuk difahami. Menurut mereka, bangsa Yakjuj dan Makjuj seringkali datang dan membuat kerosakan termasuk membunuh sesiapa sahaja yang dijumpainya. Kemudian mereka meminta Iskandar Zulkarnain membantu dengan membina sebuah tembok yang mampu menahan dari diceroboh oleh bangsa yang kejam itu.

Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dan bantuan penduduk, akhirnya berjaya menyiapkan tembok yang dibina hasil campuran batu-batan, serta diperkuatkan dengan besi yang dicampurkan tembaga setelah dicairkan dalam suhu yang amat panas. Tingginya tembok tersebut hampir menyamai puncak kedua-dua gunung tersebut.

Baiklah, itu adalah kisah secara ringkas tentang sejarah pembinaan tembok penghalang Yakjuj dan Makjuj yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah, dimanakah lokasinya?

Menurut kisah tadi, Iskandar Zulkarnain menuju ke Armenia melalui Persia dan Azerbaijan. Dimanakah lokasinya? Sila lihat peta di bawah.

Terdapat banjaran yang dinamakan Banjaran Caucasian Kecil yang mana terdiri dari beberapa buah gunung. Namun mana satu yang dimaksudkan? Menurut perkiraan saya, hanya kawasan yang ditandakan dengan bulatan biru boleh menjadi satu kemungkinan kerana terdapat beberapa tempat yang mampu menempatkan penduduk di antara gunung-gunungnya. Apa yang dinyatakan melalui bijak pandai adalah, penduduk yang ketakutan tersebut tinggal di antara gunung Armenia dan Gunung Azerbaijan. Adakah ini bermaksud mereka berada berhampiran sempadan negara tersebut? Tidak diketahui pula kerana di dalam al-Quran sendiri tidak ada menyebut lokasi dan nama gunung itu.

Dari apa yang saya dapat perhatikan, hanya satu tempat sahaja yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan tempat yang dimaksudkan. Ianya dinamakan Jermuk. Terletak di antara dua buah gunung yang mana salah satu gunungnya terus mengunjur ke Azerbaijan.

WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif dan informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.

"Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. "Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata,

"Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".

"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu.

"Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.

"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.

"Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole"

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi".

"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.

"Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup
dari insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria", mengikut kata sumber.

"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".

NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah

Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?

Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat".

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan "teknologi bawah tanah".

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

Harga minyak Venezuela (RM 0.16 per liter) Vs Malaysia (RM 2.70 per liter)!!!

Dilulus terbit pada Thursday, June 05 @ 14:43:36 MYT oleh SongkokPutih


Oleh 729noisa

"Benarkah dakwaan berikut? Jika benar apa tindakan semua? Cuba lihat analisis penganalisis berdasarkan maklumat yang didapati hasil pembacaan penganalisis mengenai harga minyak di Venezuela!

Rumor adalah seperti berikut, tetapi penganalisis telah membuktikan harga minyak di Venezuela seperti perkiraan di bawah. (Manakala harga minyak di negara lain akan disahkan kemudian kerana kesuntukan masa atau rakyat Malaysia boleh mencuba menyelidik sendiri)

UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter

Bagaimanakah harga minyak Malaysia? RM 2.70!!!


MALAYSIA– RM2.70/liter

PDSVA (company macam Petronas) in Venezuela is an example that currently owns 24 refineries worldwide and sells petrol at N7 per litre. Due to the policies of Venezuelan oil company PDVSA, the Venezuela are able to enjoy $0.19 (atau RM 0.6197) per gallon or N6.12.

Jika 1 gallon (US, liquid) = 3.7854118 maka, harga seliter minyak di Venezuela akan jatuh pada harga RM 0.16370742 !!!!!!!!!!

Sila layari kesimpulan disini!!!

"

02 Jun 2008

Lama Amat Tak dikemaskini (Singgahsana)

http://mazidulakmal.blogspot.com/

Tadi pagi terdengar Mazidul di TV3 promote blog beliau di blogspot. Aku pula lama sangat tak update ceritera di blogku di blogspot; yang mana aku banyak tertumpu di jurnalku di easyjournal.

Jika mahu tahu perkembangan terkini penyair iDANRADZi sila ke jurnalku di easyjournal.

Begitulah selalunya jika pun aku tidak menulis di sana Klik semula di sini. Jika tiada juga; pengap... mungkin aku ke forum pancing MFN atau pun jadi Penganalisis Politik.

30 Mei 2008

Cinta & Pengorbanan 2 (Singgahsana)

Semasa aku rapat dengan Meor Hashim Manaf, memang aku tahu dia mahukan aku menjadi artis popular ketika itu. Gambarku banyak telah dipotretkan untuk diterbitkan di akhbar arus perdana untuk teater Mimpi Haryatie.

Sayangnya ketika itu aku asyik kemarok cinta dengan Mila lalu aku terpaksa melupakan dunia Teater. Lagipun banyak faktor yang aku rasa aku amat lemah dalam berteater. Antaranya untuk menghafal dialog yang panjang². Aku ini memang jenis penggemar kepala ikan maka amat payah untuk menghafal. Pelupa. Skrip yang Meor berikan pula sering berubah-ubah.

"Aku cuma layak jadi Pak Pacak sahaja nampaknya!.." Aku bersungut dalam hati.

Melihat Sani Sudin begitu petah berdialog & berlakon. Abg Hisham juga adalah pelakon yang gigih. Aku rasa aku makin terpinggir. Bilamana aku melihat Abg Hisham yang kini belakon sebagai ayah di TV pun di layar perak memang ianya mengembalikan zaman bujangku. Bagaimana aku intim dengan mereka.

Aku hanya sempat berlakon dalam drama Tiada Gendang Mengiringi Tari arahan Zain Yahya yang menang pertandingan Teater Peringkat Kebangsaan bagi Wilayah Persekutuan. Aku jadi pengemis menari-nari & tidak siuman. Tiga kali dipentaskan & aku ada bersama kumpulan Zain Yahya dalam menjayakan teater ini.

Selebihnya aku hanya banyak berlatih & memang hasrat berlakonku tidak kesampaian.

Jika diingati memang sejak sekolah aku kerap berlakon. Pernah menjadi pelakon Teater Inggeris di St. Michael Inst. Di mana-mana seminar atau bengkel bina semangat aku juga sering berlakon slot² pendek. Hingga kini saki baki minat berteater itu masih ada, terkadang aku bertanding sendirian dengan persembahan pendek buat majlis di jabatanku. Kejayaan manisku pernah dinobatkan juara dalam persembahanku yang aku lakonkan sendirian.

Impian aku untuk menjadi pelakon aku lupakan lantaran cintaku. Aku membuat keputusan mengejut untuk bernikah gantung dengan Mila setelah satu semester dia memasuki UiTM. Aku meninggalkam Group Teater Kreatif lantaran mengejar cintaku.

Semasa aku rapat dengan Meor Hashim Manaf, pernah dia berkata.

"iDAN kau tahu skrip yang paling bagus di layar perak?"

"Filem India kot.."

"Haa aah! cerita Tamil, memang berbelit-belit ceritanya tetapi leka kita menontonnya"

- Bersambung

29 Mei 2008

Cinta & Pengorbanan (Singgahsana)



Fakulti aku dikejutkan dengan lambakan gelaran janda. Bagi kalangan wanita perkataan janda adalah amat sensitif & amat takut akan gelaran ini. Tetapi kalau kita amati di dunia artis; Lagilah seseorang artis itu janda, lagilah meledak kepopularannya. Lagi artis menjadi janda lagilah bersusun Sugar Daddy atau Dato' Datuk mengejarnya.

Aku pernah menulis bab janda di fakultiku. Janda elit yang berakedamik. Memang ada yang berpisah lantaran tidak sefahaman. Bukan masalah status tetapi masalah tidak sehaluan. Atau masalah hati. Mungkin okey jika bermasalah hati & tidak sefahaman.

Namum apa yang mengejutkan ada juga yang berpisah lantaran ada kekasih hati yang menunggu. Baru sahaja habis edah telah bernikah dengan kekasih yang setia menanti. Ini yang dinamakan jodoh tidak panjang. Malahan sering kita dengar setiap perpisahan atau musibah itu mesti ada sesuatu hikmah di sebaliknya. Hikmahkah ini jika isteri orang diam-diam bercinta dengan lelaki lain.

Sementelah cuba kita dalami bab cerai berai ini; jelas dalam Agama menyatakan.

Nabi s.a.w bersabda :-
أبغض الحلال إلى الله الطلاق
Ertinya : “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah Talaq ( penceraian suami isteri)”( Riwayat Abu Daud, Al-Hakim ; As-Suyuti, Ibn ‘Adiyy : Sohih ; Al-Munawi, tidak sohih )

Dan sabdanya pula:

إن الله لا يحب الذواقين والذواقات

Ertinya : “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada laki-laki yang suka kawin cerai dan perempuan-perempuan yang suka kawin cerai.” (Riwayat Thabarani dengan sanad Dhoif kata Al-Munawi)

Bahananya adalah anak-anak.

Aku pernah melihat rakan kerjaku yang baru sahaja bercerai; ketika aku sama-sama menjaga peperiksaan aku melihat dia tersenyum-senyum asyik dengan SMSnya. Biarpun telah beranak dua, memang masih menggoda & menjadi sebutan baik oleh suami orang pun anak teruna. Tau-tau kini telah mengandung lagi, senyap-senyap dengan suaminya yang keduanya. Entah bila mereka bernikah.

Anak-anak dengan suami pertama & suami kedua tentunya akan menjadi panasaran; mencari kasih ibu & ayah yang belum pasti.

Teringat aku akan Siti .. dengar khabarnya kini bakal pindah ke rumah Datuk K. Anak-anak Datuk K menjadi bahan paparan di Alam Maya. Joli sana sini di kelab-kelab malam. Jika Siti dapat anak perempuan nanti, bagaimanakah hubungan dengan anak=anak Datuk K. Apatah Datuk ketika itu tiada lagi. Dicongak umur Datuk K mestilah jika sekarang Siti mengandung memang tak sempat Datuk K menerima menantu anaknya dengan Siti. Siti pasti akan sendirian mengelolakan majlis perkahwinan anaknya nanti. Atau mungkinkah Siti akan kawin lagi setelah Datuk K tiada. Hakikat anak dara berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua. Ini ceritera orang jutawan. Nampak indah.

Bagaimana pula dengan pasangan yang dalam kemelut rumahtangga?. Dilema!.

Kita yang kurang serba serbi, buat hal hidup pula dalam kelompok golongan sokongan. Agar jangan senang-senang terfikir ke arah cerai berai ini. Allah SWT memurkai. Murka yang mana tentunya payah buat kita memohon rahmatnya.

Jauhilah!.

03 Mei 2008

TKI di Malaysia Dituduh Bunuh Anak Majikan (Ceritera)

Sinar Harapan, Sabtu, 03 Mei 2008--Kota Kinabalu - Seorang Tenaga Kerja Indonesia (TKI) didakwa di Pengadilan Sesi Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia karena secara tidak sengaja menyebabkan kematian asuhannya yang berusia dua tahun. Demikian kabar yang dilansir The Borneo Post, Sabtu (3/5).

Mariska Pugel (23) dituduh menyebabkan kematian Cecelia Yvonne Lulie Ak Jame secara tidak sengaja di rumah majikannya di Blok Seraya F01-03-18 di Taman Putrajaya, Telipok antara pukul 8 pagi hingga 11 pagi pada 24 April tahun ini. Terdakwa tidak memberikan pernyataan (plea) di hadapan Pengadilan Restah Lepos.

Sidang selanjutnya dijadwalkan 12 Mei. Pengadilan memerintahkan Mariska diproses lebih lanjut di bawah Undang-Undang Tindak Pidana pasal 259 atas permintaan Jaksa Penuntut ASP Sabrina Jinius. Belum ada pengacara yang mewakili Mariska. Dia diancam hukuman penjara maksimal 10 tahun ditambah denda jika terbukti bersalah di bawah dakwaan pasal 304 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana.

Menurut Sabrina, Jaksa Penuntut, ibu Cecelia menerima telepon Mariska yang mengatakan putrinya tidak bangun untuk makan siang. Menduga sesuatu telah terjadi, majikan perempuan Mariska tersebut langsung pulang dan membawa anaknya ke Rumah Sakti Queen Elizabeth.

Namun, putrinya dinyatakan telah meninggal oleh dokter. Mariska telah bekerja pada keluarga tersebut selama tujuh bulan, langsung ditangkap pada hari itu juga dengan tuduhan terlibat dalam kematian Cecelia. Sementara itu, Konsul Jenderal Indonesia di Sabah masih belum bisa dikonfirmasi mengenai peristiwa tersebut. (natalia santi)

22 April 2008

SURAT TERBUKA KEPADA DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI (Ceritera)

Wednesday, 26 March 2008

Tarikh : 25 Mac 2008

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No KP : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Tertumpu Kepada Allah SWT, Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Ya Murakbalin (YMb) Abdullah Badawi,

Sukacita saya memaklumkan kepada YMb bahawa surat ini saya tulis secara terbuka kerana segala apa yang akan saya sampaikan di sini bukan lagi suatu rahsia, malah ianya sudah menjadi bualan umum di kalangan rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO di mana sahaja mereka berada.

Sebagai orang UMNO dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya memilih untuk berterus terang di dalam surat ini. Bukankah selama ini YMb pernah menjerit mencabar rakyat dengan menyatakan “beritahu saya perkara sebenar – tell me the truth”. Agaknya selama ini YMb sentiasa di beritahu perkara-perkara palsu sekadar penyedap telinga sahaja. Walaupun saya sedar pada hakikatnya – you cannot accept the truth – tetapi demi menyahut cabaran YMb dan dengan izin Allah, saya akan beritahu YMb perkara yang sebenarnya.

Saya sedar, yakin dan percaya, selepas surat ini bertaburan di muka bumi ini, akan ada panglima-panglima tempang dari kalangan anjing kurap yang mahu menjadi pengampu setia YMb yang akan tampil untuk menyerang saya.

Sesungguhnya, saya dan seluroh rakyat Malaysia turut ingin melihat siapakah pengampu pertama yang akan muncul untuk menyerang saya secara terbuka.

Sudah menjadi tradisi, anjing-anjing kurap ini akan muncul mempertahankan YMb dari segala bentuk kritikan dan teguran. Lihat sahajalah apabila Tun Dr Mahathir mengkritik dan menyarankan agar YMb bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan atas keruntuhan Barisan Nasional di enam negeri, sekali gus menyaksikan Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, maka anjing-anjing kurap inilah yang satu ketika dahulu pernah makan di atas tapak tangan Tun Dr Mahathir, hari ini membelasah Tun Dr Mahathir siang, malam, pagi dan petang.

Bila Saudara Dato’ Mukhriz Mahathir menyarankan perkara yang sama, beliau juga menjadi mangsa kecaman dan serangan anjing-anjing kurap ini. Ada yang mengatakan “Mukhriz mendengar cakap bapanya”.

Pada hemat saya, adalah lebih mulia menjadi seorang anak yang mendengar cakap bapanya dari hina dan bodoh menjadi bapa mertua yang dayus yang menjadi Pak Turut menuruti cakap menantu.

Justeru saya tidak hairan dan tidak gentar dengan salakan anjing-anjing kurap ini kerana bagi saya, anjing kurap menyalak bukit, bukit tak kan runtuh. Semakin kuat anjing kurap ini menyalak, maka semakin meluatlah rakyat kepada YMb dan semakin dekatlah kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.

Untuk pengetahuan YMb, pendapat Tun Dr Mahathir bahawa YMb patut berambus dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, kini sudah pun menjadi pendapat umum.

Pada kesempatan ini, dengan berterus terang dan tanpa berselindung – demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional supaya UMNO dan Barisan Nasional tidak menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum yang akan datang, saya menyarankan, merayu dan mendesak supaya YMb berundurlah dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Kita kalah di Kelantan, kita tumpas di Selangor, kita kecundang di Perak, kita tewas di Kedah, kita tersungkur di Wilayah Persekutuan dan kita melingkup di Pulau Pinang.

Di banyak kawasan majoriti kita merosot dengan bilangan yang besar. Di kawasan YMb sendiri di Kepala Batas, majoriti kemenangan YMb merosot sehingga 8 ribu undi.

Tunggu apa lagi? Apakah setelah UMNO dan Barisan Nasional kehilangan beberapa negeri lagi dan kalah di Dewan Rakyat baru YMb mahu berundur?

Saya cabar YMb meletakkan jawatan jika YMb anak jantan yang masih punya kehormatan, maruah dan harga diri. Apa guna menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak jenaka dan di tertawakan.

Pesan orang tua-tua, biar miskin jangan bangsat. Biar tidak ada jawatan asalkan ada kehormatan, maruah dan harga diri.

Terlanjur menyebut tentang maruah dan harga diri, saya rasa Dato’ Seri Ong Ka Ting, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Dato’ Seri S Samy Vellu – mereka ini lebih bermaruah, lebih ada integriti, lebih ada harga diri dan lebih bertanggungjawab berbanding YMb. Awal-awal lagi mereka sudah memilih untuk menolak jawatan kabinet kerana mahu menumpukan usaha memperbaiki kelemahan dan kesilapan parti mereka.

Cuba YMb fikir baik-baik, bagaimana boleh YMb menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang hebat memimpin UMNO dan mentadbir Malaysia sedangkan Pulau Pinang negeri sendiri di jajah orang? Tak malu ke? Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

Bukankah YMb adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Tidakkah YMb ada rasa untuk bertanggungjawab atas kekalahan di Pulau Pinang? Kalau sayalah pada kedudukan YMb, nescaya saya tahu malu kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab untuk berundur dengan terhormat.

Rupa-rupanya, YMb lebih sayangkan kedudukan, pangkat dan darjat dari mencintai parti. Sudah terang lagi bersuloh, jelaslah sekarang, kata-kata yang sering YMb ucapkan bahawa kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri hanyalah sekadar retorik murah dan omong kosong belaka.

Apa yang menyebabkan YMb begitu sayang untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri? Kerana sayangkan rakyat atau kerana ingin terus mengkayakan anak dan menantu?

Percayalah, parti tidak akan hancur dengan pengunduran YMb, malah parti akan lebih berjaya pada masa hadapan dengan mendapat dukungan dan keyakinan baru dari rakyat.

Persoalannya sekarang, bagaimana YMb mahu membela nasib umat Melayu di negeri-negeri lain sedangkan nasib umat Melayu di Pulau Pinang pun YMb tidak mampu membelanya?

Waktu ada kuasa, ada pernah YMb ambil peduli nasib Melayu? Projek-projek besar di Pulau Pinang ada YMb serahkan kepada Melayu? Tolong jawab kepada Melayu Pulau Pinang.

Hari ini bila dah hilang kuasa di Pulau Pinang, pandai pulak kumpulkan Melayu berdemonstrasi dan mengadakan perhimpunan aman. Dahulu bila pembangkang mengadakan perhimpunan aman, YMb mengutuk tindakan mereka dengan sombong dan angkuh.

Jangan YMb baling batu sembunyi tangan dalam hal perhimpunan aman ini kerana Timbalan YMb iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang sendiri yang mengepalai perhimpunan itu. Sudah tentu perhimpunan itu di adakan atas persetujuan YMb jua.

Patutlah buat pertama kali pihak polis begitu bersabar menghadapi para peserta perhimpunan aman itu. Suatu hari nanti, takdirnya jika pihak polis terpaksa bertindak menyembur gas pemedih mata kepada Melayu yang menyertai perhimpunan aman itu, sudah tentu Menteri Dalam Negeri akan menjadi sasaran kemarahan. Sebab itu YMb menyerahkan jawatan Menteri Dalam Negeri kepada Dato’ Seri Syed Hamid supaya YMb terlepas dari menjadi sasaran api kemarahan peserta perhimpunan aman.

Sementara YMb masih berkuasa, tolong pastikan jangan ada kacau bilau yang membolehkan YMb menubuhkan MAGERAN. Cukuplah episod malang yang melanda negara pada tahun 1969 dahulu. Jika ini berlaku, percayalah sejarah akan mengutuk YMb sehingga kiamat dan jangan marah jika sejarah menuduh YMb lah perancang utama kepada kacau bilau itu.

Saya melihat sekarang ini sekali lagi media cetak dan elektronik arus perdana di peralat dan di gunakan semahu-mahunya untuk membina dan membakar perasaan kesal di hati rakyat khususnya orang Melayu kerana mengundi pembangkang. Percayalah Melayu tidak mudah terpedaya.

Media juga dengar khabar telah di arah untuk membantu membina dan membangkitkan rasa simpati dan kasihan rakyat kepada YMb.

Saya ingin memberitahu YMb, bahawa strategi ini tidak akan berkesan sama sekali. Rakyat bukannya bodoh macam YMb. Mereka boleh berfikir dan celik maklumat. Semakin menggila media cuba mempromosi YMb, maka semakin benci dan meluat rakyat kepada YMb.

Kepada media saya mohon untuk berpesan, dalam mempromosi si Murakbalin ini, biarlah berpada-pada, tolong jangan sampai membakar dan meniup api perkauman. Saya faham tugas rakan-rakan media yang terpaksa menulis menyokong YMb, tapi hakikatnya rakan-rakan media juga tahu antara punca besar kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional ialah kerana kebencian dan rasa meluat rakyat kepada YMb dan menantunya yang angkuh dan sombong bodoh.

Laporan mengenai kenyataan menyokong kepimpinan YMb oleh badan-badan NGO dari yang besar hingga yang kecil yang mendapat liputan yang besar di dada-dada akhbar, telah di sambut dengan rasa meluat oleh sebahagian besar rakyat.

Kepada rakyat saya berpesan, bagi mengelak kita semua terjebak dan terpedaya dalam isu perkauman sempit dan propaganda murahan si Murakbalin ini, yang mungkin di bawa oleh media, maka hendaklah kita memasang niat terlebih dahulu sebelum membaca akhbar. Niatnya, sahaja aku membaca, tapi belum tentu aku percaya. Dengan tulus ikhlas, saya ijazahkan niat ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Amalkan, InsyaAllah selamat kita dari terpedaya.

Majlis Tertinggi UMNO konon katanya sokong penuh. Dewan Tertinggi Barisan Nasional juga sokong penuh. Sokongan ini menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat kepada YMb dan pimpinan UMNO. Inilah yang di katakan sokong bawa rebah.

Apakah sokongan MT UMNO ini menggambarkan sokongan rakyat dan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi?

Apakah MT sedar atau tidak, siapakah yang telah merosakkan kertas-kertas undi dan siapakah yang telah memenuhkan tong-tong undi dengan mengundi pembangkang? Siapakah mereka kalau bukan ahli-ahli UMNO sendiri. YMb sendiri tak kan tidak tahu perkara ini? Atau YMb sengaja buat-buat tak tahu.

Mengenai syor YBM Tengku Razaleigh Hamzah supaya satu Perhimpunan Agung Khas di adakan bagi membincangkan kelemahan parti dan menyusun langkah-langkah yang perlu bagi memantapkan UMNO, saya di beritahu YMb tidak bersetuju. Kenapa YMb begitu takut untuk berdepan dengan perwakilan UMNO? YMb tidak boleh lari dari kebenaran.

Sepatutnya usaha memanggil Perhimpunan Agung Khas ini datangnya dari YMb bukannya dari Tengku Razaleigh. Ku Li terpaksa mengambil langkah ini kerana YMb terlalu lembab bertindak. Dengar kata anak dan menantu YMb yang beriya-iya benar tidak bersetuju di adakan Perhimpunan Agung Khas ini. Betul ke?

Secara terus terang saya katakan bahawa rakyat bukan marah kepada YMb, tetapi rakyat sudah BENCI. Kalau rakyat marah, kita boleh sabarkan rakyat, kita boleh pujuk rakyat, tetapi kalau rakyat sudah benci, kebencian ini akan menular dan menjalar ke akar umbi. Pada akhirnya UMNO dan Barisan Nasional akan tersungkur menyembah bumi pada pilihan raya yang akan datang.

Rakyat juga sangat benci kepada kerakusan, kebongkakkan, kesombongan dan keangkuhan menantu YMb. Gandingan antara bapak mertua dan menantu dalam hal pentadbiran parti dan kerajaan, jelas menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat. Rakyat percaya YMb bukannya cerdik sangat, rakyat percaya menantu YMb merupakan orang yang menjadi PM de facto yang menguasai parti dan kerajaan.

Walaupun penjelasan demi penjelasan di buat oleh YMb bahawa menantu YMb tidak terlibat dalam mencampuri urusan pentadbiran, hakikatnya rakyat tetap tidak percaya. Sangat hina menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila cakapnya tidak di percayai dan di anggap bohong serta di persendakan.

Rakyat bukan bodoh, rakyat melihat bagaimana menantu diberi pinjaman RM 9 juta oleh Patrick Badawi untuk membeli saham-saham ECM Libra yang kemudiannya ECM Libra mengambil alih anak syarikat kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan Avenue Capital Resources.

Bila hal ini terdedah, YMb telah membuat kenyataan yang di anggap bodoh dan cuba memperbodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa YMb tidak tahu menahu tentang urus niaga itu. Bukankah YMb adalah Menteri Kewangan? Apakah YMb tidur semasa urus niaga itu berlaku?

Rakyat melihat urus niaga ini sebagai rompakan di siang hari. Rakyat juga jijik melihat bagaimana Patrick Badawai di anugerahkan projek-projek besar bernilai lebih RM 20 Billion di Pulau Pinang dan Terengganu. Rakyat juga melihat dengan hati yang terguris apabila syarikat Scomi yang di ketahui umum di miliki sebahagian besar sahamnya oleh anak lelaki YMb turut terlibat dalam projek-projek besar.

Inikah contoh dan tanda serta cara-cara membela nasib rakyat?

Rakyat juga jijik melihat kebodohan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berlumba-lumba mengampu dan menyambut menantu YMb, seolah-olah takut dengan kehebatan pengaruh menantu YMb. Pemimpin UMNO percaya, menantu boleh mengatur perjalanan parti.

Sebahagian besar ahli-ahli UMNO percaya, menantu YMb sedang bergerak cergas menyusun dan mengatur langkah untuk menggantikan YMb sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sekali gus menyingkirkan Dato’ Sri Najib dengan apa cara sekalipun.

Dengar khabar, perancangan sedang di atur oleh menantu YMb dengan menggunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terus menyerang Dato’ Sri Najib dengan mengaitkan beliau dengan skandal dan rasuah.

Saya juga mendengar khabar satu gerakan sedang di buat kononnya oleh budak-budak “tingkat 4” untuk membina persepsi di kalangan ahli-ahli UMNO bahawa Dato’ Sri Najib memang tidak layak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri menggantikan YMb.

Saya juga mendengar satu tekanan dan ugutan akan di buat menggunakan pelbagai saluran perundangan termasuk laporan polis dan BPR bagi menekan Dato’ Sri Najib meletakkan jawatan.

Gerakan itu juga konon katanya sedang memburuk-burukkan Datin Sri Rosmah dan sedang cuba melaga-lagakan Dato’ Sri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Konon katanya, YMb memang mahukan Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Predana Menteri sejak dulu lagi. Saya ingin bertanya, apakah semua ini betul? Saya juga ingin bertanya apakah memang ada perancangan seumpama ini oleh menantu YMb dan di restui oleh YMb sendiri? Sama ada YMb terima atau tidak, inilah antara lain yang sedang di bicarakan di kalangan ahli UMNO dan rakyat di bawah.

Saya ingin bertanya, betulkah ada perjanjian antara YMb dengan Tun Dr Mahathir bahawa YMb hanya akan menjawat jawatan Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja? Hanya Allah SWT, Qaraman Qatibin, YMb dan Tun Dr Mahathir sahaja yang tahu. Kalau YMb sudah berjanji, munafik kalau mengingkarinya.

Apa sudah jadi dengan Islam Hadhari? Ternyata imam masjid di kampung-kampung belum faham lagi walaupun ia telah di perkenalkan 3 tahun yang lalu.

Rakyat meluat melihat gambar YMb merangkul erat pinggang seorang artis berbangsa Cina yang tersebar semasa pilihan raya yang lepas. Saya sungguh tidak menyangka YMb sebagai pemimpin Islam Hadhari termasuk dalam gulungan jantan miang yang pandai mengambil kesempatan. Kesian saya melihat jentera Barisan Nasional terkial-kial mencari idea untuk menepis dan menjawab mengenai gambar tersebut. Akhirnya mereka sesama mereka duduk dan memaki hamun YMb. Padan dengan muka YMb, tak fasal-fasal kena maki.

Kenyataan menantu YMb bahawa dia tidak akan menyertai kabinet selagi YMb masih menjadi Perdana Menteri di sambut dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT. Hakikatnya – hanya Perdana Menteri yang bodoh sahaja yang akan melantik dia dalam Jemaah Menteri. Apa hebatnya dia ni? Dia ni laksana melukut di tepi gantang - masuk tak tambah, keluar tak kurang, tak ada lagi baik.

Sebagai Presiden UMNO ternyata YMb tidak tahu menghargai dan menghormati struktur dan sayap parti. Kenapa Wanita UMNO tidak di lantik dalam Jemaah Menteri? Bukankah Wanita UMNO adalah tulang belakang kekuatan UMNO selama ini? Kalau YMb tidak mahu melantik Dato’ Seri Rafidah dan tidak boleh melantik Dato’ Seri Shahrizat kerana beliau kalah, apa pula dosa dan salahnya Dato’ Halimah Siddiq? Adakah kerana budak-budak “tingkat 4” tidak suka kepada Dato’ Halimah, maka YMb tidak melantik beliau?

Sebagai ahli parti saya faham benar betapa pentingnya Pergerakan Wanita UMNO dalam menjayakan program dan agenda parti. Saya terkilan, keikhlasan mereka YMb balas demikian rupa. Madu diberi, tuba yang di balas.

Kepada Wanita UMNO sedarlah, puan-puan sudah di anggap menopause dalam era politik UMNO oleh Presiden yang tidak ada hati perut ini. Barangkali Presiden yang Puan-Puan sokong ini sudah nyanyok. Atas nasihat “tingkat 4”, Presiden yang puan-puan sokong ini, sedang mengatur dan mencatur untuk meletakkan Dato’ Azalina Othman Said sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru. Dalam kamus perjuangan, saya akui Azalina memang hebat dari puan-puan, beliau berjuang seratus peratus sepanjang masa 24 jam sehari, sehingga tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Bukan macam puan-puan, ada anak dan ada suami. Tahniah buat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kerana bakal mendapat Azalina sebagai Ketua Wanita yang baru.

Saya amat hairan dengan perlantikan Dato’ Seri Shahrizat sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri dalam hal Pembangunan Wanita Dan Keluarga, walhal pada masa yang sama sudah ada Menteri yang bertanggunjawab. Pada saya perlantikan ini merupakan satu penghinaan buat Dato’ Seri Shahrizat dan persendaan buat Wanita UMNO selurohnya.

Kepada Dato’ Seri Shahrizat saya cadangkan tolak saja perlantikan ini. Tunjukkan solidariti dan semangat setia kawan kepada Wanita UMNO. Buktikan bahawa Dato’ Seri sanggup bersama Wanita UMNO di waktu susah dan di waktu senang.

Kepada sahabat saya Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, syabas saya ucapkan kerana menjadi lelaki sejati yang bertanggungjawab, bermaruah dan punya harga diri dengan meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Selangor. Bukan macam Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang masih tidak tahu malu dan mahu terus menongkat langit.

Kepada YB Dato Anifah Aman dan YBM Tengku Azlan, sekalung tahniah buat kalian berdua kerana mencipta sejarah di tanah air kita apabila menolak jawatan Timbalan Menteri yang diberikan. Seingat saya inilah kali pertama dalam sejarah perkara seumpama ini berlaku. Kalaulah saya Perdana Menteri, sudah tentu saya akan turut meletakkan jawatan sama kerana malu dengan penolakan ini. Walau apa pun alasan, yang pentingnya kalian berdua terselamat dari berketuakan si Murakbalin ini.

Menyentuh mengenai perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu, saya kesal kerana YMb gagal berfungsi sebagai Ketua Parti. Sepatutnya YMb sendiri merafak sembah Ke Bawah DYMM Raja Perlis dan DYMM Sultan Terengganu. Baginda adalah Raja kita bukannya musoh kita. Kalau dengan Tuanku pun YMb gagal menyelesaikan soal perlantikan Menteri Besar dengan teratur dan sempurna, bagaimana dengan hal yang lebih rumit dan besar? Sebab itu YMb kena berambus dengan segera.

Baru-baru ini, saya mendapat khabar bahawa salah satu dari sayap parti yang paling junior telah membuat satu ketetapan di dalam mesyuarat Exconya mendesak YMb berundur meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Konon katanya, keputusan mereka telah “di black outkan” oleh semua media atas arahan pejabat YMb. Betul ke?

Pada kesempatan ini saya ingin menegur YMb mengenai angka 13. Umum mengetahui angka ini merupakan angka kegemaran YMb. Tidak ada salahnya dengan angka ini. Tetapi ada orang memberitahu saya, bahawa angka ini diberikan oleh seorang tukang tilik kepada YMb. Betul ke?

Kalaulah betul angka 13 ini diberikan oleh tukang tilik dan YMb mempercayainya, saya amat kesal. Kepercayaan kepada sesuatu angka itu boleh mendatangkan tuah adalah di larang sama sekali di dalam Islam dan hukumnya syirik. Sebagai cucu kepada seorang ulama Falak dan pemimpin agung Islam Hadhari, saya berharap YMb tidak terpedaya dengan kepercayaan karut seperti ini.

Tetapi barang di ingat, kerana angka ini, segala tindak tanduk YMb sudah boleh di hidu dan di baca. Sebab itu tarikh pembubaran parlimen pada 13 Feb tidak ada kejutan, hampir semua rakyat telah mengetahuinya terlebih dahulu. Cuma saya ingin menasihatkan YMb, kalau sudah terlalu seronok dengan angka 13 ini, tolong letakkan jawatan pada 13 May 2008 ini. Barulah angka ini akan membawa seribu kenangan kepada YMb secara peribadi.

HASRAT YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH UNTUK MERAWAT UMNO – BERTANDING JAWATAN PRESIDEN

Dalam mengulas hasrat YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk merawat UMNO yang sedang sakit dengan menawarkan kesediaannya bertanding jawatan Presiden UMNO, saya kira ini satu perkembangan yang amat menarik.

YMb kena akui, rakyat sudah benci dengan YMb dan menantu. YMb dan menantu bukan lagi aset kepada UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sudah menjadi biawak hidup atau laibiliti di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Sungguhpun begitu, saya faham YMb dari jenis muka tembok memang cukup sayangkan jawatan ini demi anak menantu dan keluarga. Kalau sudah terlalu sayangkan jawatan, buatlah sesuatu. Justeru, ikutlah nasihat saya ini. Nasihat ini kalau di ikut, pasti YBM Tengku Razaleigh tidak akan dapat satu pun pencalonan untuk jawatan Presiden. Bukan niat saya mahu mendabik dada pulak tetapi idea ini memang first class. Budak-budak “Tingkat 4” sendiri pun tidak pernah terfikir mengenai idea ini.

Apa yang perlu YMb buat, ialah:

1 ) Panggil seorang demi seorang Ketua Bahagian. Kemudian, minta mereka menandatangani akujanji bahawa mereka akan menyokong YMb sampai mampus sebagaimana yang di lakukan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Selepas itu, pastikan juga mereka mendapatkan tandatangan semua AJK Bahagian dan semua Ketua-Ketua Cawangan bahawa mereka juga menyokong kepimpinan YMb sampai mampus juga.

2 ) Selepas selesai tandatangan, surohlah mereka buat kenyataan akhbar dan kutuk Tengku Razaleigh habis-habisan. Semua media mesti menyiarkan acara ini sebagai berita utama.

3 ) Kemudian, YMb sendiri turun ke negeri-negeri, arah negeri-negeri mengadakan sambutan besar-besaran dengan sepanduk dan kain rentang yang tertulis kata-kata menyokong, memuja dan memuji YMb. Kalau dulu kita sediakan bas dan elaun RM 10 kepada rakyat untuk datang menyambut pemimpin, tetapi kali ini elaun mesti di naikkan kepada RM 100, barulah mereka boleh menjerit dengan penuh semangat dan kuat menyokong YMb sebagaimana yang di buat di Seri Perdana baru-baru ini.

4 ) Dalam masa yang sama, media hendaklah berperanan menyiarkan berita lawatan YMb ini. Kalau yang hadir 3,000 orang, ia mesti di tulis 30,000 orang, baru nampak grand.

5 ) Media juga mesti “black outkan” kenyataan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan sesiapa juga yang sinis terhadap YMb. Kenyataan-kenyataan mereka yang menyokong YMb pula, wajib hukumnya di perbesar-besarkan.

6 ) Media juga mesti memainkan isu perpecahan UMNO akibat pertandingan 1987. Jangan pulak media terlajak menulis bahawa YMb juga terlibat melawan Presiden UMNO pada tahun 1987. Tumpukan hanya membelasah Tengku Razaleigh sahaja.

7 ) Lupa nak pesan, Ketua-Ketua Bahagian yang di panggil di peringkat awal tadi, jangan lupa hulur sikit atau janjikanlah apa-apa peruntukan. Penting tu. Kalau perlu pujuk, YMb pujuk. Kalau perlu ugut, YMb ugutlah mereka. Dalam masa yang sama aturlah langkah SUPAYA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DI CALONKAN MELAWAN DATO’ SRI NAJIB UNTUK KERUSI TIMBALAN PRESIDEN. Saya rasa Tan Sri Muhyiddin juga dah lama mengidamkan jawatan itu. Jangan lupa, kepada mereka yang di gugurkan dari kabinet, janjikanlah kedudukan lain yang istimewa supaya mereka juga akan bekerja keras menyokong YMb dan turut sama membelasah Tengku Razaleigh. Kepada Tan Sri Muhyiddin belajarlah serta-merta memberikan senyuman manis kerana kadang-kadang saya melihat mukanya masam seolah-olah ada tahi kucing di hidungnya.

8 ) Kemudian, panggil mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan buat ketetapan hanya jawatan Presiden sahaja tidak boleh di tandingi. Manakala jawatan Timbalan Presiden ke bawah BOLEH di tandingi. Mana-mana bahagian yang mencalonkan orang lain selain YMb, arahkan Setiausaha Agung cari kesalahan teknikal dan gantung terus bahagian itu. Pastikan juga pemilihan UMNO di semua peringkat di tangguhkan ke tahun 2009. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan biar Tengku Razaleigh letih.

9 ) Kemudian, atur orang untuk lapur kepada Jawatankuasa Disiplin bahawa Tengku Razaleigh dan penyokong-penyokongnya menggunakan wang. Jawatankuasa Disiplin pula jangan tunggu lama-lama, pecat sahaja mereka ini. Kalau ada laporan politik wang yang melibatkan penyokong-penyokong YMb, Jawatankuasa Disiplin jangan pecat, memadai dengan amaran sahaja.

10) Dalam masa yang sama Pengerusi-Pengerusi Perhubungan wajib memainkan peranan memastikan Tengku Razaleigh tidak mendapat satu pun pencalonan.

11) Pastikan panglima-panglima YMb yang handal-handal yang sangat di sayangi dan di hormati oleh ahli UMNO seperti Reezal Marican, Dato’ Othman Desa, Menantu YMb, budak-budak tingkat 4, Kalimullah dan Patrick Badawi turun berkempen di bahagian-bahagian.

12) Jangan lupa peralatkan badan-badan NGO seperti GPMS, Gerakan Belia 4B dan Majlis Belia Malaysia (MBM) membuat kenyataan menyokong YMb dan arahkan mereka membelasah Tengku Razaleigh dengan teruk. Selain NGO, YMb juga boleh memperalatkan sesiapa juga yang sedang lapar mencari peluang perniagaan untu berbuat perkara yang sama.

13) Gunakan juga pemimpin-pemimpin parti kompenan Barisan Nasional menyuarakan ketetapan berdiri teguh di belakang YMb. Kalau boleh, gunakan juga agensi dan jentera kerajaan untuk menabur fitnah dan menyebarkan propaganda bahawa negara akan hancur punah ranah kalau Tengku Razaleigh menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Saya yakin, dengan menggunakan taktik-taktik ini, YMb akan terus mengekalkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila dan hajat budak-budak “tingkat 4” untuk melihat Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri akan tercapai jua akhirnya sebelum UMNO dan Barisan Nasional di kebumikan pada pilihan raya umum yang akan datang.

Kerana tidak mahu UMNO dan Barisan Nasional di kebumikan maka surat ini saya tulis dengan titisan air mata dan dengan penuh emosi. Air mata saya menitis kerana sayangkan agama kita Islam, Bangsa dan negara – apa akan jadi kepada Islam? Apa akan jadi kepada UMNO? Saya beremosi kerana saya yakin dan percaya YMb lah punca UMNO dan Barisan Nasional jadi begini.

Selama 4 tahun saya dan teman-teman telah berusaha menyampaikan cadangan dan pandangan demi Islam tercinta, bangsa dan negara, dengan bahasa yang berlemah lembut kepada YMb melalui pegawai-pegawai dan mereka yang rapat dengan YMb, namun cadangan dan pandangan kami dengan bahasa yang berlemah lembut, di sambut sinis dan terkadang kala kami di anggap sebagai musoh.

Sebab itu jangan salahkan saya jika bahasa yang kesat dan keras saya gunakan di dalam surat ini kerana saya sudah jemu untuk berkias dan berlemah lembut dengan gulungan yang sombong dan bongkak seperti YMb dan orang yang berada di keliling YMb.

Ada rakan-rakan menganjurkan kepada saya “mari bersatu bersama Pak Lah” – jawapan saya, “apa guna bersatu bersama Pak Lah kalau dengan bersatu itu UMNO akan runtuh – ada lebih baik tumbangkan sahaja Dollah Badawi demi menyelamatkan Islam, UMNO, bangsa dan negara”.

Terus terang saya katakan YMb tak ubah umpama bisul di lengan, kita tidak akan potong dan buang seluruh lengan, apa yang kita buat ialah kita pecahkan bisul, keluarkan nanah, bisul baik, lengan pun selamat.

Ada kawan-kawan yang mengingatkan saya kemungkinan di tahan ISA dan di pecat dari UMNO kerana surat ini. Saya jawab kepada mereka kalau inilah harga yang perlu saya bayar untuk memartabatkan Islam, UMNO, bangsa dan negara, insyaAllah saya redha.

Tapi ingat baik-baik, saya bukan mengancam keselamatan negara dan UMNO bukan milik mak bapak diaorang dan bukan milik mak bapak saya. UMNO adalah milik kita bersama.

Ini bukan surat terbuka saya yang pertama kepada seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Dahulu, saya pernah beberapa kali mengutus surat terbuka kepada YABhg Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, menegur dan mengkritik beliau dengan nada dan bahasa seperti ini – semuanya kerana sayangkan Islam, UMNO, bangsa dan negara.

Prinsip saya mudah, kamu buatlah apa pun. Tetapi apabila Islam, UMNO, bangsa dan negara tergugat seperti sekarang ini, saya akan bangkit menyatakan kebenaran. “berkata benar walaupun pahit”. Saya sayangkan negara saya. Saya bukan barua Singapura dan menjadi ejen asing.

Sesungguhnya, tidak ada cara lain untuk kita menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional dari terus pupus dan tidak releven di muka bumi Malaysia ini melainkan kita menuntut Abdullah Bin Ahmad Badawi berundur dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Berambusnya si Murakbalin ini bermakna berambus jugalah menantu kesayangannya dari arena politik Malaysia.

Sebelum saya mengakhiri surat ini, saya ulangi cabaran saya supaya kamu, ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI bertanggungjawab penuh dengan meletakkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia atas kekalahan Barisan Nasional di lima negeri dan di Wilayah Persekutuan serta kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Atas nama maruah, kehormatan dan harga diri, saya MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP, ahli UMNO dan warganegara Malaysia mencabar kamu berbuat demikian.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan taufiq dan hidayah untuk kamu segera berundur.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP


Posted by Ahmad Syafiq at 22:40 0 comments