iDAN

08 Oktober 2008

MMms 8 Penyair iDANRADZi Masuk Wad Kecemasan Lagi (Siri Famili)

22 Disember 06

"Bagus lagi cerita Diamond Girl Angah! " Terkadang aku panggil Aziq .. Angah.

"Haa ahh..! ayah yang pilih..." Dia bersungut lantaran cerita With Love agak kurang sesuai untuk tontonan keluarga.

Siri drama Jepun yang aku beli di TESCO memang payah nak mengagaknya. Di kulit VCD yang terdapat 9 keping semuanya tulisan cina, bergantung dengan gambar sahaja sememangnya payah mengagak cerita di dalamnya. Diamond Girl memang menarik ceritanya. Pelakonnya utamanya Alisa Mizuki memang berkesan wataknya. Ada moral cerita yang baik. Kisah kehidupan syarikat guaman yang menarik. Tapi With Love - Cinta Internet juga 9 keping VCD agak banyak adengan ranjang & kecurangan cinta yang & kelonggaran moral cinta & cerita.


Alisa Mizuki

Leka menonton Drama Jepun hingga lewat malam tiba-tiba terganggu lantaran sakitku menyerang lagi. Dari Jam 10:00 malam memang terasa sakitnya tapi aku bertahan. Tetapi apabila kira-kira jam 1:00 pagi aku bagaikan tidak tahan lagi. Mahu mengejutkan Afiz atau Aziq tak sampai hati. Tidak sampai hati mahu menganggu mimpi manis anak-anak. Mahu telefon Mila kasihan pula takut dia risau di Pulau Carey. Sememangnya bila dia berada di Pulau Carey, tiada e-mel cinta tiada SMS ... terasa amat akan betapa jauhnya nilai cinta di hati seorang kekasih yang bergelar isteri. SMS yang saban hari dia kirim amat payah sesat ke telefon bimbitku. Kalau ada SMS pun cuma kepada Aziq atau Afiz. Itu aku perasan. Apatah lagi aku pun bukan jenis orang yang menyukai telefon bimbit, jika aku buka telefon bimbitpun sekadar terdesak ingin menggunakannya.

Amat berbeda cinta sebelum pernikahan & cinta yang makin ke hujung usia begini. Bagiku cintaku makin bersemarak tapi nampaknya bahang cintaku bagaikan merentongkan serinya cinta seorang kekasih. Ah! kenyanyukkan seorang pesakit tua. Titik.

Bila aku terkenangkan tangis Arwah Apak ketika Arwah Emak pergi; aku amat mengagumi cinta Arwah Apak. Biarpun dia punyai lebih dari seorang isteri, tapi jelas dia amat kehilangan cintanya terhadap Arwah emak. Aku tahu cinta Arwah Apak tak pernah berpura-pura terhadap Arwah Emak. Cintanya kepada Cik Peah sekadar sikap remajanya. Cinta Arwah Apak kepada Opah Bi lebih kepada ingin membantu Opah Bi. Tak sama cinta Arwah Apak kepada Arwah Emak.

Bila aku kenangkan cinta Mak Mertuaku terhadap Arwah Pak Mertuaku, aku masih tertanya-tanya akan hujungnya. Aku tak nampak langsung Mak Mila menangis ketika pemergian Arwah Pak Mertuaku, malahan aku lebih terkesan akan tangisan isteri muda Arwah Pak Mertuaku yang sampai kini aku tak tahu di mana dia berada. Seolah-olah cinta keluarga mertuaku pecah lantaran keputusan Arwah Pak Mertuaku nikah lagi seorang di akhir hayatnya. Mungkin juga Mak Mertuaku tidak mahu menunjukkan kesedihannya. Meraung menangis ketika kematian itu selalunya orang India. Tetapi berbeda dengan Opah Bi & Arwah Apak bagaikan melimpah tidak hentinya kehilangan cinta di hati mereka. Aku teringat Arwah Opah Bi meraung menangis ketika pemergian Arwah Apak.

Apakah semua poligami ini akan pincang & payah menimba akan kejernihannya.

Selain cinta terhadap Allah Azzawajalla , bagiku dalam hidup ini seharusnya hanya ada satu cintaku terhadap seseorang. Mutlak untuk seorang kekasih yang kini bergelar seorang isteri; Sayogia usiapun makin ke akhirnya. Tua. Jika dalam usia yang mencecah 40an masih memikirkan kesepian & cinta lain rasanya dunia ini pasti menuju ke arah kiamat. Aku tak faham kenapa seusia begini masih ada kalangan suami atau isteri mengejar cinta lain. Apakah tidak cukup cinta yang dianugerahkan Ilahi. Setua ini. Apakah Jodoh yang telah melahirkan Zuriat ini masih silap. Apakah yang masih ada bagi isteri atau suami ke arah lain sedari cuba membahagiakan anak-anak. Mengikut kata hati & membiarkan seisi keluarga terpisah & terbiar akan kasih sayang.

Bila aku terbaca akan kisah Mak Mertua yang kian mendesak meminta bantuan kewangan kepada seorang anak perempuan yang telah bernikah. Aku teruji & terfikir, apakah perjalanan hidup ini amat perlunya mengumpul harta. Apakah wang ringgit itu amat perlu untuk keluarga yang ditinggalkan oleh seorang isteri sampai memiskinkan keluarga sendiri. Apakah tanggungjawab seorang anak perempuan itu masih amat perlu terhadap keluarganya berbanding rumahtangga, suami & anak; Apakah dalam saranan agama Islam itu ramai kalangan pasangan suami isteri tidak amati. Anak lelaki yang diutamakan menjaga ibu & ayah. Bukan anak perempuan. Isteri seharusnya mengutamakan suaminya berbanding keluarga sendiri.

Aku sering mendengar masalah yang sama, aduan yang sama dari kawan & taulan. Isteri terus membantu keluarga hinggakan suami tak langsung punya simpanan. Apakah kata-kata ini tidak ujud.

"Ani berkerja semata-mata ingin membantu abg & keluarga; Keizinan abg untuk Ani berkerja tidak akan Ani persalahgunakan.." Pernah ayat ini diceritakan olah temanku dilafaz oleh isterinya. Bagi isterinya suami bagaikan Tuhan ke dua. Selebihnya dia tidak pernah hiraukan selain keluarga. Memang aku melihat akan kebahagiaan mereka.

Huh! sakitku semakin kuat; aku telah menelan ubat tahan sakit telah 3 biji. Makin bertambah sakit. Berbaring mengiring ke mana pun sakit. Berdiri apatah lagi. Nafas memang semakin payah. Aku sekadar dapat banyak berdoa, agar aku lebih kuat & dapat bertahan hingga siang esok. Lagipun kad pengenalanku & semua dokumen entah cicir di mana. Aku syak di makmal. Aku telah tefeon Eris kot tercicir di dalam keretanya. Bagaimana tanpa kad pengenalan mahu mendapat khidmat doktor.

Afiz & Aziq lena tidur, aku naik ke tingkat atas & turun ke bawah. Mundar-mandir menahan sakit sendirian.


Aziq makin pandai mengail & memintal cacing ke mata kail.


Awal pagi, setelah syolat subuh aku terus berkejar ke tempat kerja. Pelupa aku ini rupanya. Beg duit & pengenalan diri ada terletak di meja tulis di makmalku. aku membawa akan filem X-ray. Aku mereka-reka ke mana mahu aku pergi mendapat rawatan; apakah ke Hospital Kajang lagi; emmm! .. telah lebih 10 jam aku menahan sakit. Tahankah lagi. Aku terfikir pergi ke Pusat Kesihatan UPM (PkUPM). Kebetulan Pak Wahid pun sakit gigi & mahu ke klinik yang sama; pada awalnya sememangnya aku ingin mengajak Fairuz menemaniku. Fairuz memang pembaca Forum Pancing yang setia. Baca saja forumku, dia tahu aku sakit; terus telefon ku...

"Tak apalah Fairuz terima kasih!.." & aku terus ke PkUPM.

Pak Wahid perasan nombor tiketku untuk berjumpa doktor ujungnya 4. 1094. Empat nombor mati katanya... Asyik kena sakat aku ini.

"Tekanan darah Encik terlau tinggi..! " Aku diam sahaja. Nampak sopan sangat doktor perempuan yang tentunya hampir sebayaku.

"Apakah Encik sebelum ini ada masalah Tekan Darah Tinggi "

"Tak pernah, saya kerap juga pergi buat ujian tekanan darah.." Kataku dengan kesakitan yang makin reda.

"Kena beri suntikan & ditahan di Wad Kecemasan " Huh! wad yang sama lagi.

"Mungkin kerana Batu Karang, sampai membuatkan tekanan darah Encik berubah "

Aku dibawa oleh pembantu doktor ke Wad Kecemasan. Katil 4. Nak buat macam mana memang asyik nombor itu. Aku terbaca di internet, Darah Tinggi antara punca Angin Ahma menyerang. Strok menyerang. Padanlah nafasku sesak tiapkali sakit.

Aku memang tak sabar untuk discan cara ultrasound. Tapi kata doktor tadi, semalam dia buat panggilan sendiri, ke Hospital Serdang lagilah lewat 16 Januari baru ada kekosongan bagi pesakit di PkUPM membuat scan ultrasound itu.

Aku cuba terlelap di Wad Kecemasan, anehnya ... tiap kali aku pejamkan mata. Asyik nampak bayangan kerenda yang diusung orang. Apatah lagi dalam Wad Kecemasan cuma aku seorang sahaja. Wadnya jauh lebih besar & selesa berbanding Hospital Kajang. Kebas cucukan jarum suntikan diponggong masih sakit. Tapi sakit di dalam diri makin kurang.

Hampir sejam & jururawat amat muda yang mungkin pelajar tahun akhir datang membawa alat ujian tekanan darah.

"Okey dah kot & mestinya saya boleh balik "

"Nanti dulu takut bila Encik bangun... pening & boleh tumbang... nanti saya tanya doktor " Mungkin dia perasan tekanan darahku tak normal.

Beberapa Minit kemudian baru aku diarahkan berjumpa doktor di pintu 5. Doktor perempuan yang amat sopan yang sama.

"Tekanan darah Encik masih border, masih tak terlalu baik tapi menurun sedikit berbanding tadi, saya kasi dua ubat satu tahan sakit & satu lagi ubat untuk cuba pecahkan batu karang tu " Aku diam sahaja.

"Jika berulang lagi sakitnya Encik boleh datang sini untuk suntikan atau apa-apa ikhtiar sementara menunggu scan ultrasound itu.. "

Aku mengucapkan terima kasih & ke kaunter 8 untuk mengambil ubat. Aku tertembong Ana yang sememangnya berterusan mengambil ubat di PkUPM. Diabetes. Aku terfikir bagaimana layanan di UPM berbanding Hospital Kajang, memang antara langit & bumi, & ubat yang diberipun amat berbeda. Tahan sakit & Rowatinex. Apakah akan pulih segera dengan ubatan ini. Emmm! sakitnya telah terbiar lebih dari sebulan. Bolehkah. Yang Pasti sakit & penantian aku masih panjang! & aku memang takut akan bayang-bayang itu.

- Bersambung

iDAN: Nov08

07 Oktober 2008

MMms 7 Gangguan Makhluk Halus (Siri Famili)

Aku sering bercerita tentang kesakitan. Bagiku tiada sakit yang tidak berpunca, pasti ada ujian Ilahi di sebaliknya. Cara kematian seseorang ada perbagai. Ada yang amat mudah menghadapi sirratulmaut & sebaliknya. Jika kita dapat memilih pastinya kita mahu yang mudah. Pemergian yang tidak menyusahkan orang; tidak payah keluarga bersungut menjaga kita sakit.. lama sangat.

Sakit itu bukan musibah tetapi adalah salah satu cara Ilahi mahu menghapuskan dosa-dosa kita. Sememangnya kita sering tidak sedar, lalai & leka dengan duniawi yang terkadang kita melanggar arahan Ilahi. Sekadar dosa kita dengan Ilahi mungkin kita bergalas dengan memohon keampunnnan; berharap dosa terampun tetapi bagaimana dosa kita dengan manusia. Dengan suami atau isteri, dengan ibu atau ayah, dosa sesama manusia; Perlu meminta maaf dengan orang yang kita melakukan dosa pun perlu memohon keampunan dengan Ilahi sebab dia yang menyusun segala peraturan serta perundangan manusia.


Gambar keluarga semasa MAHA tempoh hari.

“Adik Harun Din pun boleh terpesong akidahnya ini kan lagi kita orang biasa, abg iDAN tenguk berita ini, mereka berkumpul beramai untuk membetulkan aqidah adiknya tetapi gagal ” Desah Edi pelajar tahun akhir yang sedang menyiapkan projek tahun akhirnya.

“Payah kita hendak mentafsirkan siapakah aqidah antara kita yang betul, antara keluarga mereka pun bukan satu pegangan, sebagai contoh Harun Din sendiri memperjuangkan Islamnya dalam PAS, adiknya kenapa berkecuali & berkerja dengan Istana Negara, makan gaji dengan duit kerajaan… maka tak hairan kalau adiknya mengikut golongan yang lain” Keluhku.

“Haa ahh! payah juga ..” Edi diam tentunya malas menyatakan pendirian dia; apatah lagi berkait dengan isu agama & politik.

“Golongan agama kita terlalu ramai Edi, kita kena memilih ketua dalam pendirian kita untuk berjihat menegakkan Islam, agama tak boleh dipisahkan dengan politik; tahukah kita… kita berada di golongan yang betul?” Aku sekadar cuba menyungkil pendirian Edi.

Edi diam, Razel yang bersebelahan kami nampak lebih minat dengan data penyelidikan dia dari perbincangan kami.

Malahan Edi membuka topik lain. Politik & agama ini memang memeningkan. Kes gangguan di fakulti kami yang makin menjadi-jadi.

“Entahlah Edi, kalau kita berjaga malam sendirian memang banyak gangguan, bebaru ini ada staf KAA nampak orang berjalan di permukaan tasik ”

“Betul ke abg iDAN…?”

“Mungkin hayalan dari pandangan dia sahaja, tapi sejak peristiwa itu tersebar, sunyi bangunan baru itu, tak ramai lagi berani berjaga malam..”

Aku pun menceritakan bagaimana aku sendiri sering diganggu sejak awal pindah ke kompleks baru ini hinggalah kes Arwah Nasha menggantung diri.

Aku malas nak menyatakan segala; sebenarnya tadi semasa aku naik ke tingkat empat bertemu Edi, Razel & geng mereka. Semasa aku mahu naik lif tadipun aku diganggu lagi. Ada yang mencuit bahuku, terasa ditarik bajuku dari belakang membuatkan aku meremang bulu roma; Itu sebab aku tak terus ke bilikku di tingkat tiga. Kot dia singgah di tingkat tiga ganggu orang lain pula. Aku andaikan sahaja angin. Buat apa hendak menakutkan diri sendiri.

Lagipun sakit di rusuk kiri aku kian terasa. Anak-anak di rumahpun tak makan lagi; Nasi Ayam telah aku belikan untuk mereka. Ingat nak berbual kejap & segera balik. Tingkat tiga memang sunyi, Cuma aku seorang diri yang sering bersantai lewat malam. Bebaru ini pun ada pelajar perempuan kena ganggu waktu magrib; hujan renyai ketika itu. Angin jika mendesah celahan tingkap memang seram bunyinya; lampu pula menyala separuh-separuh sedangkan suis lampu satu; talian selari. Siapa yang bermain suis. Jaga ke? Lan Perdana ke yang menyakat pelajar itu.

Aku tak ambil kisah sangat sebab aku bagaikan sudah lali; tiap kali aku sendirian di makmal sememangnya jika telah melebihi tengah malam perbagai perasaan timbul. Jika ke bilik air memang sering terdengar bunyi gesekkan kaki mengikut dari belakang; bila ditoleh ke belakang nampak seiris sahaja; tak jelas apa lembaganya. itu memang biasa.

Amar pengawal keselamatan yang rapat denganku pun sering diganggu; hobi lembaga itu memang suka main suis lampu. Kerap bila dia ingin menutup lampu di tingkat sebelas asyik bermasalah, kalau nak tutup terkadang tak boleh; Jika telah boleh ditutup kemudian main suis buka & tutup tak menyala; Rosak kot. Bila sudah turun ke tingkat bawah menyala sendiri lampu tingkat sebelas itu. Amar sudah tak kisah sangat. Bab tutup padam lampu ini macam dipermainkan makhluk itu.

Memang amat sunyi jika sendirian di bangunan sebelas tingkat ini. Terkadang bila jam satu dua pagi, ketika kapcaiku meredah embun jantan; aku dongak juga ke atas bangunan, kot ada seorang dua lagi di tingkat atas. Memang ada lampu bilik yang terpasang. Mesti pelajar Pak Arab yang tak kisahpun tentang syaitan jin jembalang ini. Aku menyakinkan diri sendiri.

Memang hidupku makin diperangkap sunyi. Bagaikan segala perkara ghaib & makhluk sudah makin kenal aku. Sendirian di makmal, sendirian di jalanan, sendirian dengan pegangan cinta, sendirian menahan sakit. Isteripun acuh tak acuh sahaja bilamana aku kerap di tahan di wad kecemasan. Jauh sekali mengingatkan memakan ubat. Sementelah berpuluhan SMS sehari diutus & diterima entah dari mana; tak pernah pun berpesan untuku; sudahkah aku makan ubat. Tidaklah berharap sangat pesanan. Ada pun SMS untukku sekadar mengatakan, tak dapat balik awal atau tak balik dari Pulau Carey sebab ada hal. Memang SMS membosankan.

Sayang amat keanggunan telefon bimbit tidak dapat mengikat kasih suami isteri, yang dulunya sepasang kekasih. Tidak dapat menyemarakkan cinta yang dulunya amat payah bersua. Itu antara sedikit sebab aku amat benci dengan telefon bimbit. Bila sendiri & sepi begini memang segalanya amat suram lagi pudar. Terbayang wajah Azim terbayang wajah Anif yang amat manja denganku, tapi terhalang sentiasa denganku lantaran kerjaya seorang ibu. Azim & Anif di Pulau Carey bersama ibunya.

Emmm! apakah bunyi gesekkan kaki, bayangan yang mengejar aku itu Puteri Bunian yang simpati dengan aku. Atau Gesha dari Juoo Machi ingin mengintai aku. Ah mengarut.

Huh! … sakit di rusuk kananku makin teruk … bagai digigit-gigit.. hari ini aku cuti sakit kena ke hospital lagi!. Terpaksa pergi… nak cari ubat takut mati lagi!.

- Bersambung

iDAN: Nov08

06 Oktober 2008

MMms 6 Sebu (Siri Famili)

"Bermakna dia tak buat rawatan terapi; ada batu karang tak boleh dilihat melalui X-ray hanya boleh dikesan melaui ultrasound " Dr Tengku Mohd memberi perjelasan.

Aku senyap.

"Biar kita buat ujian air kencing dulu"

Aku yang diserang oleh sakit misteri di badai 23 November lalu, kembali resah. Duduk tak boleh, berdiri tak boleh, baring lagilah sakit. Perut makin membosong; bagaikan belon ditiup-tiup. Nafas makin susah. Ish! melampau betul sakitnya. Sebelumnya dari jam 6 petang lagi kesakitan mula menyerang; terlalu nyilu sakitnya. Aku bertahan juga dengan kesakitan sayang nak berbuka puasa.

Eris yang kebetulan tak sihat, terbaring di makmalku. Sakit diri & sakit dalam diri tentunya. Dia tentu rindu akan Maria & anak-anaknya di Tangkak Johor. Afiz & Aziq kebetulan mengikut aku kerja leka dengan komputer. Telah lebih dari tiga jam aku tidak keruan. Eris risau juga kalau-kalau aku tak boleh memandu pulang. Nampak aku dalam kesakitan dia cemas.

Berjam aku di tandas, tapi perut sebu sahaja, tak mahu apapun; Nak katakan sakit perut tidak juga. Nak katakan angin tak juga. Berlindung dari penglihatan anak-anak di bilik air. Berbuka sekadar menghilang dahaga. Kesakitan yang amat sangat memaksa aku ke klinik panel UPM.

Berkejar juga ke klinik di Seri Serdang biarpun asalnya cuba bertahan jua.

Jadi bila Doktor hendakkan air kencing memanglah amat payah untuk diteran keluar. Sebab perut bagaikan sebu semacam. Agak lama aku di bilik air. Klinik Husni tak ramai sangat pesakit jadi taklah aku gelisah sangat menunggu. Tak sampai setengah jam sudah dapat berjumpa Doktor.

"Air kencing En iDAN berdarah, En iDAN kerja apa? banyak berjemurkah? "

"Saya buat kerja juruteknik baiki komputer, tidak berjemur cuma seharian terkurung dalam penghawa dingin "

"Hari itu buat X-ray kat mana? , kena pergi Hospital Serdang, buat temujanji untuk buat ultrasound" Apa benda ultrasound ini; aku tak pernah tahu pun.

"Pusat Rawatan Jalan Semenyih "

"Tinggal kat mana? "

"Jenaris, kawasan Sungai Kantan Kajang "

"Kalau macam itu kena pergi Hospital Kajang ..." Dr Tengku berpesa; Emmm! memang penatlah aku nanti.

"Kena beri tahu mereka, sakitnya berulang, jangan kata sudah baik; kadang-kadang memang doktor tak ambil berat sangat jika kita tak mengatakan sakit sangat-sangat " Memang kena auta juga untuk dapat rawatan di Hospital kerajaan.

Aku diam sahaja.

"Baring kat sana, bagaimana sekarang nak makan ubat atau perlukan suntikan "

"Suntiklah Doktor, sakitnya melampau, kot makan ubat lambat pula redanya " Memang dari makmal lagi aku sudah bercadang minta Doktor suntik sahaja. Tak rela rasanya menahan sakit; paling aku takut sakitnya mengejar jantung macam 23 November lalu.

"En iDAN tak ada alahan ubat?"

"Tak ada.. "

Kena lagi suntikan di ponggong, tapi memang cepat reda sakitnya, dalam sepuluh minit aku tidak gelisah lagi.

"Nak cuti esok tak?... "

"Boleh juga doktor, nanti nak jumpa doktor kat Hopital Kajang tu... " Rasanya telah lebih 3 tahun aku tak pernah ambil cuti sakitpun. Lagipun esok hari Q, aku memang tak suka hadiri majlis begitu; memang aku tahu namaku termasuk mereka yang dapat anugerah cemerlang. Bukan dapat naik pentaspun; KJ yang akan ambil anugerah, terkumpul dalam semua sijil dalam sampul surat.

Lagipun esok tak tahu; kot dibedalnya sakit kuat, ishh memang tak sanggup.

Panjang surat doktor, sampai dua muka surat.

"En iDAN saya kasi ubat tahan sakit & ubat untuk lawaskan buang air kecil; makan lepas makan... "

"Terima Kasih doktor!! "

Afiz & Aziq telah menunggu di luar klinik.

"Apa kata doktor " Tanya Afiz

"Mungkin batu karang, emmm! ayah kena suntik lagi.. kat ponggong "

Setelah ambil ubat, kereta perangku pula payah nak dihidupkan. Takut nak bertempurlah tu!.

"Memang buat cemas sahaja kereta ayah ini " Keloh Afiz.

"Memang Aziqpun risau selalu naik kereta ayah ni.." Aku senyum, terbayang bagaimana kami sangkut masa nak berbuka puasa, tengah hujan. Kereta perangku meragam. Berbuka dengan air hujan.

"Kereta lama Aziq biasalah... " Aku cuba berkali-kali hidupkan enjin.

"Tak apa kalau kereta ayah rosak kita tidur di makmal sahaja " Pekat malam telah mula menyelimuti kami. Pintu kereta tak boleh buka, enjin baru gantipun nak meragam, huh!.

" Okey... ayah dah tak sakit lagi, jom...kita pergi tenguk wayang ..." Gurauku sebaik sahaja enjin kereta menyakat berdehem..! Aku baru Ahad lalu tenguk cerita James Bond; punyalah membosankan. Asyik main poker manalah aku faham, pulak tu James Bond tu pantang tenguk perempuan. Menggatal.

Bab pewagam; Paling aku sedih panggung kesayanganku MBO Cineplexes di Warta Bangi telah ditutup. Aku berkejar ke sana; tenguk ada tinggal satu dua poster. Mesti 1 Disember telah tiada tayangan. Paling dekat menonton di Kajang, tak berapa suka di sana, ramai orang; payah nak letak kereta, tiketnya mahal malahan tak securam MBO Cineplexes di Bangi. Sakit... sakit juga, hati resah nak dibawa ke mana?.

Esok aku cuti, kena awal pagi ke Hospital, entah bila boleh aku mendapat rawatan sebaiknya. Bila-bila masa aku akan diserang sakit lagi. Semoga memang batu karang, jangan pula penyakit kronik yang lain!. Kanser usus paling aku takut. Buah pinggang & Batu Karang ...Sejak dulu ayat itu; sudah ikut segala arahan doktor, X-ray berbagai. Masih samar.

Ultrasonografi

Imej ultrasound hepar

Apakah ultrasound?

Ultrasonografi adalah suatu kaedah pemeriksaan badan menggunakan gelombang bunyi pada frekuensi tinggi. Ini tidak asing kepada kaum ibu kerana mereka biasanya akan menjalankan ultrasound semasa kehamilan mereka. Kaedah pengimejan ini adalah hasil daripada teknologi radar dan telah wujud berpuluh tahun.

Ini berdasarkan fakta bahawa gelombang bunyi akan dipantul oleh objek dan gelombang pantulan ini boleh dibaca oleh komputer dan kemudian diubah balik kepada imej. Gelombang bunyi yang digunakan dalam pengimejan perubatan adalah antara 2 hingga 20 MHz; maka mereka dikenali sebagai ultrasound, kerana frekuensi yang tinggi.

Apakah Penggunaan ultrasound?

Sejak penggunaan secara meluas mula-mula dalam tahun enam puluhan, pada permulaannya tiada kesan sampingan telah dilaporkan bagi kes-kes obstetrik (wanita hamil). Gelombang ultrasound tidak melibatkan sinaran x dan radiasi. Itulah sebabnya pemeriksaan jenis ini diutamakan pada kanak-kanak dan wanita hamil. Bagi kehamilan, gelombang ultrasound digunakan untuk menentukan umur dan kesihatan keseluruhan janin. Gelombang ultrasound juga berguna untuk memeriksa pelbagai organ dalam badan seperti otak, hati, organ-organ di kalangan perut dan pelvis, saluran-saluran darah, sendi-sendi, payudara dan sebagainya.

Gelombang ultrasound berguna dalam menaksir otak dan saraf tunjang bayi baru lahir dan bayi-bayi muda. Untuk jantung, ia membenarkan penilaian fungsi jantung terutama injap-injap dan bendalir sekitar jantung tanpa perlu untuk prosedur invasif. Ini dipanggil ekokardiografi dan biasanya dilakukan oleh pakar-pakar kardiologi. Gelombang ultrasound adalah penyelidikan pilihan untuk memeriksa batu karang dan batu-batu ginjal, dan adalah cemerlang sebagai satu kaedah saringan untuk menilai pelvis. Penilaian saluran-saluran darah adalah dibuat oleh kajian Doppler.

Siapakah yang menjalankan ultrasound?

Banyak jabatan-jabatan radiologi dan obstetrik mempunyai kemudahan-kemudahan mesin ultrasound. Beberapa doktor famili mempunyai mesin ultasound di klinik-klinik mereka. Bagaimanapun, tahap kepakaran untuk mentafsirkan imej ultrasound berbeza-beza. Adalah disyorkan pemeriksaan ultrasound dijalankan oleh pakar-pakar yang terlatih dalam bidang ini demi mendapat faedah maksimum dari pemeriksaan.

Pemeriksaan canggih seperti pemeriksaan ultrasound vaskular (Pengkajian Doppler) atau ultrasonografi endoskopi (untuk memeriksa di dalam usus) bagaimanapun, terhad kepada pusat-pusat radiologi tertentu.

Apakah persediaan bagi sebuah pemeriksaan ultrasound?

Pemeriksaan ultrasound senang diperolehi dan dalam kebanyakan kes, boleh dibuat dengan serta-merta. Bagaimanapun, dalam situasi-situasi tertentu, persediaan diperlukan. Dalam satu pemeriksaan ultrasound bagi pundi hempedu, meskipun persediaan bukan wajib, berpuasa semalaman adalah berguna untuk menggelembung pundi hempedu dan membenarkan penilaian lebih baik. Dalam satu pemeriksaan ultrasound pelvis, pesakit diperlukan untuk mengisi pundi kencing dengan meminum banyak bendalir. Ini adalah untuk membenarkan penilaian struktur-struktur di belakang pundi kencing umpamanya uterus dan ovari. Pemeriksaan ultrasound khas dan canggih seperti intravaskular atau endoskopi akan memerlukan persediaan sama sebagai mana-mana pemeriksaan angiografi atau endoskopi.

Apakah yang berlaku semasa pemeriksaan ultrasound?

Pada waktu pemeriksaan, pesakit akan dikehendaki berbaring, dengan bahagian untuk diperiksa terdedah. Gel diaplikasikan di transducer (alat skan) tersebut dan digerakkan pada permukaan kulit yang meliputi organ yang perlu diperiksa. Apabila alat transducer yang diliputi gel menyentuh kulit, ini mungkin akan menimbulkan perasaan sejuk. Pesakit boleh diminta untuk mengalihkan badan dalam pelbagai posisi untuk membenarkan gambaran lebih baik bagi organ tertentu, contoh - untuk beralih pada sebelah kiri apabila ingin memeriksa pundi hempedu atau untuk duduk dengan kaki berjuntai di tepi meja untuk memeriksa vena varikos di kaki. Sekali sekala, semasa pemeriksaan, doktor itu boleh meningkatkan tekanan dengan alat transducer pada permukaan kulit dengan tujuan melihat struktur-struktur tertentu lebih baik. Ini tidak sakit biasanya, tetapi jika kesakitan dirasai, pesakit harus memberitahu doktor itu. Imej-imej ultrasound akan ternyata di monitor terus menerus imej dijanakan oleh komputer selepas informasi ultrasound diterima oleh alat transducer.

Ultrasound doppler arteri karotid di leher

Pengkajian Doppler – Kajian pembuluh darah dengan ultrasound
Pengkajian Doppler adalah pemeriksaan khas ultrasound untuk memeriksa saluran-saluran darah. Satu bunyi mungkin boleh didengar selama pemeriksaan, iaitu bunyi aliran darah dalam pembuluh. Warna boleh dilihat di pembuluh-pembuluh pada monitor video. Pada masa ini di Malaysia, suntikan tidak digunakan bersamaan dengan satu pemeriksaan ultrasound vaskular. Bagaimanapun, di sesetengah negara, pemeriksaan ultrasound khas menghendaki media kontras dan satu suntikan kecil akan diberikan sebelum atau semasa pemeriksaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ultrasound:

Garis Panduan Antarabangsa Dan Peraturan-peraturan untuk Penggunaan Gelombang Ultrasound sebagai Alat Diagnostik dalam Perubatan
Ditulis dan juga dirumuskan oleh Dr Evelyn Ho, dari sebuah ceramah persembahan Dr Ng Kwan Hoong, PhD, DABMP, Jabatan Radiologi, UMMC, KL

Pendahuluan - Secebis gosip….

Pada akhir tahun 2005, terbaca di suratkhabar bahawa celebriti Tom Cruise telah membeli mesin ultrasound untuk mengikuti perkembangan kandungan tunangnya Katie Holmes di rumah. Ini telah diikuti oleh kenyataan daripada Kolej Radiologi America serta Persatuan Sonografi Diagnostik Perubatan mengenai keselamatan penggunaan ultrasound tanpa latihan yang teriktiraf. Adakah ultrasound mempunyai bahaya yang tersembunyi kerana efek yang tidak ternampak?

Biofizik Gelombang Ultrasound dan Kesan Bio (Bioeffects)

Apabila gelombang ultrasound membiak melalui tisu manusia, terdapat potensi kesan-kesan biologi atau bioeffects. Terdapat penyelidikan yang meluas bertujuan untuk memahami mekanisme asas cerdik serta penilaian potensi kecederaan tisu.

Banyak kajian adalah kajian-kajian berdasarkan kesan berkaitan dengan takaran gelombang ultrasound (keamatan) dan hampir-hampir semua kesan buruk biologi gelombang ultrasound telah berlaku pada tahap lebih tinggi daripada gelombang ultrasound diagnosis.

Diagnosis gelombang ultrasound merujuk kepada pemeriksaan ultrabunyi yang kebanyakan orang telah melalui dalam sebuah Jabatan Radiologi untuk pengimejan buah pinggang mereka, hati, pundi hempedu, payudara dan adalah juga digunakan dengan meluas bagi bayi-bayi dan kanak-kanak.

Mendirikan Garis-garis Panduan

Akibat daripada potensi “bahaya-bahaya” gelombang ultrasound, Garis Panduan Antarabangsa dan Peraturan-peraturan untuk penggunaan gelombang ultrasound dalam perubatan diagnostik telah diwujudkan.


Apakah beberapa kesan-kesan gelombang ultrasound ini?

Kesan-kesan terma

Apabila suatu pancaran bunyi berlalu melalui tisu, sedikit daripada tenaga bunyi diserap oleh tisu. Walau bagaimanapun untuk pancaran gelombang ultrasound yang rendah, haba yang terhasil cepat hilang dan tidak bertokok.

Ada beberapa kebimbangan dengan peralatan Doppler berdenyut dan peralatan pengimejan aliran warna dengan tahap kuasa yang tinggi yang akan mungkin meningkatkan jumlah haba terhasil.

Terapi ultrabunyi yang digunakan dalam Fisioterapi adalah berbeza dari gelombang ultrasound yang digunakan untuk pengimejan organ-organ anda (ultrabunyi diagnostik). Terapi ultrabunyi dalam fisioterapi adalah untuk mengendalikan otot-otot 'ketat', sakit otot, geliat dan seliuh, dan keamatannya lebih tinggi. Jika anda telah mengalami ultrabunyi jenis ini, anda akan menyedari bahawa tempoh terapi itu sentiasa pendek, kira-kira 10 -15 minit dan bahawa kawasan yang telah dirawat adalah “panas”. Ini tidak berlaku dalam ultrabunyi diagnosis.

Kesan-kesan bukan terma (mekanikal)
Kewujudan 'gelombang' adalah disebabkan oleh penjanaan, pertumbuhan, getaran dan keruntuhan buih-buih mikro pada tisu. Buih-buih mikro ini dihasilkan oleh gelombang ultrabunyi. Buih ini “gerak” mengikut aliran bunyi alur atau sesetengah mungkin berayun dengan kuat buih sehingga mereka runtuh/”pecah” dan mewujudkan kesan di sekelilingnya.

Apakah pandangan keseluruhan? Adakah Ultrabunyi selamat untuk kita dan bayi-bayi belum lahir?

Bukti telah diperoleh oleh kajian-kajian epidemiologi, kajian sel serta kajian-kajian haiwan.

Tidak terdapat kesan-kesan buruk, termasuk tiada bukti mengenai kelahiran bayi yang kurang berat akibat diagnosis ultrabunyi setakat ini dalam sejarah penggunaannya.

Institut Ultrabunyi Amerika dalam Perubatan (AIUM) menilai kajian-kajian epidemiologi dan menyimpulkan kegunaan perubatan meluas yang melebihi 25 tahun tidak membuktikan mana-mana kesan buruk muncul dari pendedahan ke ujian diagnostik ultrabunyi. “Tiada kesan-kesan biologi yang disahkan di kalangan pesakit-pesakit atau pengendali-pengendali alat-alat ini disebabkan oleh pendedahan tahap biasa peralatan ultrabunyi sekarang dilaporkan. Walaupun kemungkinan wujud yang kesan-kesan biologi boleh dikenal pasti pada masa hadapan, data semasa menunjukkan faedah kepada pesakit dengan penggunaan yang cermat jauh mengatasi risiko-risiko.”

Bagaimanapun, data epidemiologi ada had-hadnya. Tiada data untuk alat diagnostik berkuasa yang moden terutama peralatan dengan denyut Doppler dan pengimejan harmonik bersama penggunaan agen kontras.

Bagaimana boleh kita mengimbang faedah dan risiko-risiko?

Kegunaan cermat boleh tercapai mengamalkan konsep mudah (SMDC) ALARA, yakni “Serendah Munasabah Dapat Dicapai”

Mengikut lunas-lunas ALARA, kita cuba untuk mengawal pendedahan gelombang ultrabunyi serendah munasabah dapat dicapai, manakala mengoptimumkan maklumat diagnosis.

Nasihat untuk operator (yang menjalankan pemeriksaan ultrabunyi itu)
Kerana ambang bioeffect tidak diketahui (yakni, kami tidak tahu dengan tepat keamatan gelombang ultrasound yang memulakan kesan-kesan berbahaya), ia adalah tanggungjawab operator menggunakan kuasa pertimbangan sendiri untuk menyelaraskan keamatan ultrabunyi supaya maklumat maksimum diperoleh daripada keamatan terendah.

Kenyataan AIUM 99 mengenai kegunaan bukan perubatan'
“AIUM tidak menggalakkan penggunaan ultrabunyi untuk kegunaan psikososial atau tujuan-tujuan hiburan. Menggunakan gelombang ultrasound (2D atau 3D) untuk pandangan janin, mendapatkan satu gambar janin atau menentukan jantina janin tanpa satu petunjuk perubatan adalah tidak sesuai dan bertentangan dengan amalan perubatan bertanggungjawab….”.

Bacaan tambahan

Bagi mereka yang meminati membaca lebih mengenai keselamatan ultrabunyi, artikel-artikel dan buku-buku boleh didapati. Rujukan diberikan di bawah:

1. AIUM, Bioeffects Considerations for the Safety of Diagnostic Ultrasound, Journal of Ultrasound in Medicine 7/9 Supplement, 1988.

2. AIUM, Bioeffects and Safety of Diagnostic Ultrasound. 1992.

3. AIUM, Bioeffects Committee: Bioeffects and Safety of Diagnostic Ultrasound, 1993.

4. AIUM, Mechanical Bioeffects from Diagnostic Ultrasound: AIUM Consensus Statements, Journal of Ultrasound in Medicine 19/2, 2000.

5. BARNETT SB (ed), WFUMB Symposium on Safety of Ultrasound in Medicine. Conclusions and Recommendations on Thermal and Mechanical Mechanisms for Biological Effects of Ultrasound. Ultrasound Med Biol, 24, Supplement 1, 1998.

6. BARNETT SB. Biophysical Aspects of Diagnostic Ultrasound. Ultrasound Med Biol. 26, Supplement 1, S68-S70, 2000.

7. BARNETT SB AND KOSSOFF G (Eds), Safety of Diagnostic Ultrasound, Progress in Obstetric and Gynecological Sonography Series, 1998.

8. TER HAAR G AND DUCK FA, The Safe Use of Ultrasound in Medical Diagnosis, British Medical Ultrasound Society, British Institute of Radiology, 2000.

http://www.radiologymalaysia.org/

Buah Pinggang Sebagai Penapis

BUAH PINGGANG berbentuk seperti kacang kacang merah dibelah dua dan berada dibahagian bawah pusat kearah belakang badan. Jika ia baik maka baiklah seluroh badan dan jika ia rusak, maka rusaklah seluroh badan.

DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu pada segala cecair di dalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti Cina cuma ia lebih khusus lagi.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.


Bagaimana Buah Pinggang Bekerja ?

Kedua-dua buah pinggang terletak atas sedikit daripada pinggang di belakang rongga abdomen. Arteri renal membawa darah daripada jantung ke buah pinggang. Satu tiub disebut ureter mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi. Setiap buah pinggang mengandungi lebih sejuta struktur berbentuk bola kecil dinamakan glomeruli. Glomeruli terletak di cortex atau bahagian luar buah pinggang. Fungsinya ialah menapis cecair mengandungi glukos, asid amino, garam dan bahan kotoran daripada darah.

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui heberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi oleh saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh. Darah yang ditapis tadi kemudian ke luar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing. Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dikenali sebagai sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Umpamanya jika anda minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing. Sama juga jika anda banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul jumlah air yang cukup.

Sistem buah pinggang yang sihat tidak mengandungi organisme mikro tan air kencing yang melaluinya telah dengan sendirinya disteril. Bagaimanapun, sistem ini boleh mendapat jangkitan jika bakteria di luar tubuh memasuki urethra dan sampai ke pundi-pundi kencing. Bakteria ini boleh merebak dan mungkin berjangkit pada buah pinggang, menyebabkan keradangan yang dinamakan pyelonephritis. Ini biasanya berlaku apabila aliran biasa air kencing tersekat. Bakteria terus membiak di dalam air kencing yang terkumpul.

Adakalanya perkara ini terjadi tanpa diketahui sebabnya. Orang yang sihat pun boleh mendapatnya. Wanita lebih mudah mendapat jangkitan kerana urethranya pendek menyebabkan Bakteria mudah memasuki buah pinggang. Kebanyakan kita membuang air kecil empat atau enam kali sehari. Jika lebih daripada itu, ini mungkin disebabkan oleh rasa cemas, jangkitan atau sesuatu yang berpunca daripada penyakit. Buat pemeriksaan doktor jika anda menghadapi masalah ini. Anda juga patut membuat pemeriksaan jika pengeluaran air kencing anda berkurangan. Ini mungkin disebabkan kekurangan air - dehidrasi (umpamanya selepas muntah-muntah atau cirit-birit) tetapi ini juga mungkin menjadi tanda akan kerosakan buah pinggang atau tersumbat.

Batu Karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Buah pinggang gagal berfungsi

Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak teruk oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan tidak diperlukan. Buah pinggang termasuk dalam kumpulan 'organ utama' (seperti jantung, otak dan paru-paru).

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit. Antaranya ialah - :

1. Keturunan
2. Jangkitan
3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi
4. Diabetes mellitus
5. Mengalami penyakit-penyakit lain yang mula berjangkit ke buah pinggang
6. Mengambil terlampau banyak bahan toksid seperti berlebihan asam dari makanan berjerok, bahan-bahan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan, toksid bahan-bahan pengawet dalam makanan, termapau banyak memakan makanan segera, dll
5. Rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, anti-biotik, steroid, dadah dan lain-lain atau beberapa sebab yang tidak diketahui.

Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia menyerang orang dewasa dan kanak-kanak sama ada orang itu sihat atau tidak atau bagaimana corak hidup seseorang.

Dua Cara Pilihan Untuk Rawatan Untuk
Penyakit Buah Pinggang.

1. Rawatan Cara Biasa di Hospital ( Allopathy )
2. Rawatan Mengikut Cara Homeopathy
3. Rawatan Mengikut Cara China - Akupunktur
4. Atau Kombinasi Cara rawatan Homeopathy + Akupunktur atau lebih dikenali sebagai 'Perubatan Integrasi' Homeo-puncture.

http://buahpinggang122.50megs.com

- bersambung

iDAN: Nov08

05 Oktober 2008

MMms 5 X-Sinar Bunian (Siri Famili)

Telan panadol lagi. Mana nak kebah.

"Tok Perak kat mana iyer Klinik Kerajaan Jalan Semenyih tu?"

"Depan sikit Taman Jasmin, sebelah kiri dulu kan ke ada EconSave... sebelum sampai Billion; tak jauh dari Taman Teknoloji" Sambil melakarkan peta.

Aku rasa aku tahu tempat itu, cumanya sejak telah ada Lebuhraya Kajang SILK; banyak sangat perubahan yang berlaku di Jalan Semenyih itu. Tok Perak menasihatkan aku agar ikut sahaja bandar Kajang supaya tak sesat. Tapi aku yang agak lewat bertolak dari makmal mengikut sahaja SILK menuju ke Jalan Reko. Seharusnya aku tak payah ke makmal, lantaran Pusat Kesihatan itu sememangnya dekat dengan rumahku. Entah bagaimana surat laporan doktor Hospital Kajang boleh tertinggal di makmal. Jadi terpaksalah ke makmal dulu.

Sakit di rusuk kiri masih terasa. Ubat telah habis sejak kelmarin, aku menuju ke kaunter. Hampir jam 11:30 pagi, memang ramai pengunjung. Melayu & bangsa India. Bangsa Cina agak sedikit. Pusat Kesihatan Jalan Semenyih ini ada ISO. Agak tersusun jadual rawatannya. Dari tempoh menunggu & ketemu doktor dijanjikan waktu yang amat singkat. Tertulis di dinding berapa anggaran menunggu & berapa anggaran dapat rawatan.

Pujian harus diberi bagi kakitangan klinik kerajaan yang begini. Amat selesa biarpun begitu ramai pengunjung.

" Encik terus pergi ke bilik X-ray kemudian berjumpa dengan doktor di pintu lima " Pesan penyambut tetamu yang memberikan aku nombor 1214. Malas aku nak fikir pasal nombor empat ini. Asyik menakutkan aku sahaja.

Di bilik X-ray aku disambut oleh seorang Pembantu Perubatan yang hampir sebaya umur denganku. Sawa matang. Nak panggil abg takut pulak dia lebih muda dariku.

"Encik ini surat dari Hospital Kajang suruh saya buat X-ray di sini"

"Encik boleh masuk ke bilik X-ray" Kebetulan aku seorang diri & tak payah menunngu giliran lagi.

Di dalam bilik X-ray cuma ada seorang gadis, tidak berpakaian seragam. Muda seperti baru lepas SPM. Nampak sopan & kecil molek gadisnya.

" Encik baring di katil ini & buka seluar "

Aku tak banyak soal, dia memberikan sehelai selimut putih yang dilipat besar. Sedang elok membuka seluar sambil berbaring.

"Tak perlu buka seluar dalam?" Tanya aku. Tak pandai terima arahan.

"Tak perlu"

"Encik dah berpuasa tak?"

"Iyer.. sejak jam 11:00 malam tadi"

Memang itu pesan jururawat di Kajang, menyuruh aku berpuasa sebelum Xray. Begini rupanya nak X-ray zaman sekarang, kalau dulu berdiri mengadap alat X-ray. Sekarang segalanya serba canggih. Gadis tadi memastikan aku baring menepati skrin X-ray. Memastikan pusat betul-betul di tengah. Tak sampai lima belas minit aku telah keluar dari bilik X-ray.

Ada wanita India menunggu di luar. Dia juga ingin buat X-ray, selang beberapa minit datang pula seorang surirumah. Agak besar susuk tubuhnya putih & tinggi lampai.

"Sakit apa iyer dik.." Ramah orangnya.

"Entahlah tak pasti apa lagi, sudah banyak habis duit, pergi ke rawatan pakar pun masih tidak baik bahu ini " Dia terus bercerita tentang masalah bahunya.

"Di belakang bahu ke? "

"Haa.. ah..! "

"Banyak buat kerja menaip ke..? " Aku teringat akan Mila yang sering mengadu sakit bahu.

"Saya surirumah tak berkerja! " Nampak wajah kerisauan dari wajahnya.

"Orang rumah saya juga sakit yang sama, belakang bahu; pernah ke klinik swasta buat suntikan tulang; Sekali suntik belanjanya lebih dari RM1,000 " Aku mengurut-ngurut perut terasa nyilu.

Surirumah itu diam sahaja. Nampak tak berminat berbual. Mungkin dia macam tak percaya satu suntikan berharga lebih dari RM1,000. Telefon aku berdering. Dr Asraf yang telefon ajak aku makan. Hari Isnin aku biasa puasa. Hari ini aku telah berpuasa awal malam, memang pesan jururawat Hospital Kajang kena berpuasa sebelum X-ray.

"Laaa.. aku lupa hang nak X-ray hari ini.. apa kata doktor "

"Baru kat bilik X-ray ni, nanti petang kot ada di makmal "

Wanita India keluar dari bilik X-ray & adik surirumah terus masuk. Aku berbual dengan wanita India, dia amat ramah seramah adik suri rumah tadi. Doktor marahkan dia katanya sebab tak endahkan kaki kanannya bengkak setelah kemalangan motorsikal. Telah tiga hari dia menahan sakit.

"Aci... harap-harap tidak retak tulang itu, kalau sekadar terseliuh tak apa!.."

"Kalau retak biasanya kena simen ke?.. "

"Saya tak pastilah Aci, tapi abg saya pernah retak kaki sebab main bola, dah lama dah masa saya kecil sekolah rendah dulu. Masa itu memang kena simen, berbulan-bulan baru baik! "


Nampak wajah sadin doktor. Orangnya cantik tapi payah senyum. Dalam hatiku berfikir, jika semua doktor macam ini, pesakit akan tambah sakit tenguk wajahnya. Tak memberikan langsung kekuatan & harapan bagi mereka yang diserang kesakitan.

Wanita India bercerita bagaimana boleh kemalangan, suaminya agak teruk, kepalanya kena jahit lantaran luka yang luas. Bertembung dengan motorsikal juga. Pemuda yang bertembung itu patah kaki katanya. Memang nasib menunggang motorsikal amat bahaya. Kenderaan terlalu banyak di jalanraya, selalunya penunggang motorsikal akan jadi mangsa terhimpit di jalanraya yang sempit. Tak hairan sangat akan mudah bertembung.

Dalam lima belas minit aku menunggu di luar, Pembantu Perubatan memberikan aku negatif X-ray untuk aku berjumpa doktor. Aku menunggu-nunggu nombor 1214 keluar di skrin tiket nombor giliran. Kebetulan ada seorang penduduk Jenaris mendapatkan ingin rawatan. Aku cam penduduk Jenaris ini, tapi tak pasti namanya. Muda segak. Dia tengah mencari kerja katanya sebab kena diberhentikan sebab syarikatnya ingin mengecilkan jumlah pekerja. Dia sekadar demam.

"Dekat tiket itu kan ke tertulis pintu lima, kejap lagi nak rehat, masuk sahaja ke bilik doktor itu, lagipun nombor awak dah lepas! " Desaknya.

Aku melihat jam di dinding hospital, 12:25, nombor di skrin memang telah jauh lebih besar dari 1214.

"Betul juga nanti tunggu-tunggu sudah tengah hari.." Aku bersalam & terus menuju ke bilik doktor.

Tertulis di pintunya Dr. Muzalimah Abdul Rahman. (Bukan Nama sebenar). Aku mengetuk pintuk & memberi salam. Tak dengar dia menjawab, terlalu perlahan. Macam Raihan bekas pelajarku; kecil sahaja doktornya. Aku menghulurkan negatif X-ray & surat dari Doktor Hospital Kajang.

"Sekarang masih sakit lagi? .."

"Masih sakit doktor, ubat yang diberi hari Sabtu telah habis, kalau adapun cuma antibiotik; saya telan panadol sahaja jika tak tahan sakit. Cumanya kurang sikit sakitnya tak seteruk minggu lalu.." Terangku panjang lebar.

Nampak wajah sadin doktor. Orangnya cantik tapi payah senyum. Dalam hatiku berfikir, jika semua doktor macam ini, pesakit akan tambah sakit tenguk wajahnya. Tak memberikan langsung kekuatan & harapan bagi mereka yang diserang kesakitan. Lapar ke apa doktor ni!

Dia membelek-belek negatis X-ray. Aku cuba juga membelek-belek X-ray aku itu di luar tadi, nampak hitam semua, manalah aku faham apa bendanya yang boleh nampak; yang boleh dikatakan sakit. Doktor ini senyap sahaja.

"Sakit apa saya ini iyer doktor" Aku memecah kesunyian.

"Batu karang?... Appendix..?.."

Diam & meletakkan negatif X-ray ke tepi.

"Kena buat ujian air kencing.. kemudian datang balik jumpa saya"

Punyalah payah nak tahu sakit apa, benda dalam perut. X-ray pun tak nampak juga tentunya. Jadi doktor nak katakan sakit apa?. Yang pasti kau tanggunglah sendiri iDAN. His! memang penat amat.

Ada masa berbaki masa lima belas minit. Jika lambat kena petang pula. Tapi memang Pusat Kesihatan Jalan Semenyih ini amat baik khidmatnya. Kejap sahaja aku telah dapat surat keputusan ujian air kencingku & aku kembali berjumpa Dr Muzalimah.

"Okey, sudah tiada darah, mengikut kata doktor tempoh hari kencing awak berdarah "

"Ooo iyer ke? , bukan Appendix doktor?" Aku sendiri tidak diberitahu tentang kencing berdarah itu. Apakah batu karang; Aku sebenarnya takut kena bedah, itu yang beriya-iya inginkan jawapan.

"Bukan, kalau Appendix sakitnya bawah rusuk lagi.. nanti saya kasi ubat tahan sakit lagi, jika sakit sahaja awak makan." Dia tak pandang wajahku pun; beberapa minit lagi pun akan waktu rehat.

Biarlah; malas nak komen pasal kesungguhan seorang doktor. Yang pasti sakitku tentunya tak sekronik mana. Maka itu doktorpun acuh tak acuh sahaja memberi jawapan. Aku pergi ke bahagian farmasi. Emmm! lain pulak bentuk ubat tahan sakitnya; macam pil vitamin sahaja!.

Ketika aku melintasi pintu utama Pusat Kesihatan, aku nampak Surirumah yang bersama buat X-ray. Duduk di gerai menunggu seseorang ... sedang merenung jauh. Masih wajah kerisauan , tak senyum langsung. Apakah dia juga senasib dengan aku. Tak tahu dapat sakit apa!. Jenis sakit apa. Hilang langsung seri wajahnya.

Agar malam nanti tidak lagi aku terjaga jam 1:30, bagai selalunya, bagaikan ada yang menggigit rusukku. Apa ke bendanya!.

Respon

RM1
Diny | Posted on 25.11.2006 at 2:51 PM

dari tahun D kecil RM1 sehingga kali terakhir D pergi ke klinik kerajaan pada tahun 2004, masih juga RM1 duit bayaran?! Bagaiaman tu? Harga minyak, gula dan sebagainya dah naik, kata mereka taraf hidup juga dah naik..ermm,tepuk dada tanya selera :)

Memang benar kata D, kita banyak belanja berlebihan dalam perkara yang tidak melibatkan penjagaan kesihatan. Harga barangan semakin naik. RM1 amat kecil jumlahnya. Merokok, BerSMS, berkereta mewah & entah apa lagi tuntutan hidup yang sememangnya mendesak kita ke arah pembaziran.

Bab perubatan ini hanya kita pulangkan terhadap kerajaan. Kemudahan hospital kerajaan terpaksa ditanggung oleh wang negara. Kadar RM1 sememangnya sekadar sumbangan tak seberapa. Seperkara yang pasti kita ketahui, jika ke klinik swasta sememangnya kita terpaksa berbelanja bukan sejumlah wang kecil.

Aku pernah berbual dengan Pak Zul dari Aceh, di mana mereka sanggup menjual tanah semata-mata ingin mengubat ayah dia yang sakit & terpaksa berubat di Hospital Swasta di Pulau Pinang. Lebih RM20,000 telah habis dibelanjakan. Akhirnya ayah Pak Zul meninggal dunia dalam rawatan.

Hospital Swasta sememangnya tidak dapat menandingi Hopital Kerajaan dalam segi kelengkapan peralatan perubatan. Cumanya keselesaan layanan.

Aku berbual dengan Dr Asraf di mana dia menegaskan, Hospital Kerajaan sememangnya perlu memberikan khidmat percuma. Sebab itulah yang diamalkan negara maju. Masalah kesihatan rakyat adalah masalahan negara. Begitu juga masalah pelajaran. Seharusnya tidak menjadi bebanan rakyat. Mungkin boleh dikenakan bayaran seminima mungkin. Semasa dia Di UK, sememangnya jika bersalin di hospital kerajaan tidak dikenakan bayaran barang sesenpun matawang mereka. Biarpun terpaksa bersalin secara bedah. Malahan tidak pernah diarahkan keluar hospital jika ada pesakit yang rasa perlu tinggal di wad dari masa yang diperlukan.

Mungkin D & kita sebagai rakyat yang prihatin boleh memberikan sumbangan bukan kadar bayaran yang ditetapkan. Pihak hospital boleh mengadakan peti sumbangan jika ada sesiapa yang bermurah hati untuk menghulur lebih.

origami
Posted on 4.12.2006 4:31 AM
Posted from Malaikat Maut Mengintai Selalu 5 ( Siri Famili )
Untitled

Saudara iDAN, Alhamdullilah rupanya sakit saudara tidaklah seteruk yang disangkakan, walau pun saudara terpaksa melalui masa yang agak panjang menahan sakit. Menarik juga pengalaman saudara di Pusat Kesihatan Jalan Semenyih. Teringat masa kecil-kecil dulu. Yang ujud pada masa itu hanyalah Hospital Daerah Kajang.

Memang sakitnya tak sekronik mana, tetapi rasa bahaya itu amat terasa; sebab doktor yang pakar pasal sakitpun tak tahu sakit apa. Sampai nyilu menyentak & nafas hingga sempot; memang amat menakutkan. Manalah tahu kot ada gangguan syaitan yang memang duduk dalam pembuluh darah kita. Harap-harap tidak penyakit misteri

Balik dari sekolah, suka merayau-rayau melalui kawasan hospital untuk pulang. Satu hari lalu berhampiran Rumah Mayat. Rumah Mayat ini bersebelahan dengan Quarters kakitangan hospital, tak tahu ada lagi atau tidak di situ.

Masih ada rumah mayat itu, sekarang telah bersebelahan sahaja dengan taman mainan kanak-kanak. Banyak Kuarter telah tinggal & diroboh.

Pada hari itu, tingkapnya terbuka, saya dan rakan sekolah terus memanjat untuk melihat apa yang ada di dalam, maklumlah sebelum ini semua tingkap tertutup rapat. Maklumlah pada masa itu tidak ada peti ais dan terlihat satu mayat tertutup dengan selimut di atas stretcher! Yang nampak hanyalah kakinya sahaja. Apa lagi, terus cabut dan tidak berani menghampiri kawasan itu lagi!

Sudah lama tidak menziarah tempat-tempat yang menjadi tempat permainan sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Walau pun Bandar Kajang telah berkembang dengan pesat, saya masih ingat lagi tempat-tempat yang saya dibesarkan dan ia akan kekal dalam ingatan saya sampai bila-bila. Tempat rumah saudara pun amat jelas dalam ingatan saya, pada ketika itu jalan tar Sungai Kantan hanyalah sampai ke kubur cina sahaja dan rumah yang paling hujung adalah sebuah rumah papan (mungkin sekarang sudah dibuat semula?) di sebelah kiri dan di hadapan nya adalah kebun getah.

Rumah-rumah papan itu masih ada, tetapi jalan tar telah di sambung ke taman perumahan yang banyak terdapat di belakang Sungai Kantan, malahan sudah ada Giant, Kamdar & perbagai kedai di sana.. dekat dengan Jenaris.


Selepas kubur cina itu hanyalah jalan tanah merah, ada beberapa rumah kampung di celah-celah kawasan dusun. Nun jauh di dalam ada sungai dan air terjun, di kenali dengan nama "Jeram Waterfall" pada ketika itu. Saya ingat ketika menjadi ahli pengangkap di sekolah pernah berkemah di sana. Sudah lama saya tidak masuk ke sana, mungkin air terjun itu pun sudah tidak ujud lagi sekarang kerana telah ditelan dengan arus pembangunan. Maaf saudara sekiranya komen saya tiada kaitan langsung dengan apa yang saudara tulis, sekadar berkongsi bersama zaman-zaman lampau yang amat berharga kini. Salam hormat.

Jeram itu memang cantik, ada batu yang terbelah; airnya jernih & tidak tercemar; sememangnya saya & anak-anak dulu kerap ke sana, tetapi paling akhir saya pergi mungkin 5 tahun lalu; ianya telah berpagar kata pekerja di jeram itu bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar yang telah membeli kawasan itu. Banyak sungai di belakang Jenaris kian pupus lantaran pembangunan. Telah ada lebuhraya di belakang sana. Tetapi terkadang saya & anak-anak pergi juga buat empangan di anak sungai sebelah kanan jeram yang masih ujud di belakang sana. Berkubang menangkap ikan tak jauh dari lebuhraya SILK.

origami
Posted on 5.12.2006 0:12 AM
Posted from Malaikat Maut Mengintai Selalu 5 ( Siri Famili )
Untitled

Terima kasih saudara di atas penerangan ringkas tentang apa yang berlaku di sekitar bandar Kajang. Mungkin saudara boleh menulis tentang bandar Kajang, saya sedia membantu kalau perlu. Betul juga kata saudara tentang penyakit yang saudara hadapi sekarang ini. Saya kurang pasti samada ada perubahan atau tidak tapi kemungkinan penyakit ini bukan jenis yang boleh dirawat di hospital.

Saya pun kurang pasti tentang hal-hal seperti ini, sekiranya betul, mungkin saudara perlu mencari orang yang pakar dalam penyakit ganguan syaitan sebelum ia menimbulkan masalah yang lebih ketara. Dalam keadaan saudara sekarang yang perlu mengendalikan kedua-dua urusan pejabat dan rumah sekali gus, kesihatan diri amatlah berharga. Salam hormat.

iDAN: Nov08

04 Oktober 2008

MMms 4 Di sisi Kubur Mona Fendi ( Siri Famili )

...jangan panik sangat nanti dia akan datang juga cabut nyawa kita...tapi esok, lusa bagaimana?. Masih sakitkah aku.

Aku melewati jirat cina yang paling berhantu di dunia. Meredah kabus & titisan embun jantan. Suluhan lampu Avanza Kemek (Bilalah Mila nak betulkan kemeknya Avanza ini) mengejutkan kelelawar yang terbang tinggi rendah hilang di celahan gerbang jirat. Kejap lagi azan subuh; jadi tak seram sangat, mesti hantu cina akan lari. Hantu syaitan memang takut dengan gema azan. Sakit di rusukku pun kian puleh. Rasa kebas di ponggong angkara suntikan jururawat lawa sahaja yang masih tidak hilang. Mila sebelah macam biasa, senyap; Sepi: Tidur-tidur ayam. Payahnya nak berbual.

"Nasiblah Mila ada kat rumah malam ini, kalau tak macam manalah ayahnya nak pergi hospital... kan? !" Aku tahu mesti Mila tak jawab.

"Memang inilah satu dari sebab yang amat payah jika tiada suami atau isteri berjauhan, emmm! bila sakit!, siapa kita nak suruh hantar ke klinik... " Aku tahu mesti aku akan bercakap seorang diri, silap cakap baru Mila akan menjawab nanti mesti kena sebijik. Bab sindir ini memang Mila cepat terasa.

" Kalau Mila di Pulau Carey tu, sakit di tengah malam, siapa iyer nak hantar… memang kena ada sentiasa telefon bimbit di sebelah bantal ... senang capai, tapi kawan mahu ke berjaga malam hantar kita ? " Aku mula malas nak bercakap sendiri. Saka gila sudahlah aku ada. Kot cepat jadi gila pula. Sungut seorang-seorang.

Aku jeling Mila masih celik mata, wajah mengereng ke tingkap Avanza berembun. Aku teringat akan telefon bimbit Mila. Dia tambah nilai tentunya lebih RM100 masa nak raya lalu; sebab perkhidmatannya lebih dari 3 bulan akan tamat. Memang telefon bimbit kawan rapat dia, tak boleh berjarak; Seminggu mesti akan masuk SMS lebih dari tujuh puluh, mungkin beratus! Urusan pejabat pun melalui SMS, belum adik-beradik, keluarga & jiran. Dahsyat zaman sekarang, klik-klik huruf kena belanja ratusan RM. Belum lagi kes cakap berbayar. Bergayut dengan telefon berjelalah billnya.

Aku pula, nak dapat satu SMS seminggu pun payah, kalau ada talian yang datang asyik nak pinta tolong, minta tolong baiki komputer. Minta tolong... minta tolong sampaikan aku fobia nak buka telefon bimbit. Jauh sekali dapat SMS dari kekasih. Kalau SMS Mila ujud pun mesti kes meraban, kasi tahu nak lewat balik, nak pergi sana, nak pergi sini. Huh! lemas nak baca. Ataupun aku panggil SMS pisau. Menghiris hati.

Memang hati seorang aku amat rindukan kata-kata kasih dari seorang kekasih. Mesti ada seseorang yang perasan dari kalangan pelayar journal@blog aku ini terbaca akan SMS cinta lara dariku. Alahai!. Bagi mereka yang bercinta pastinya asyik dengan SMS kekasih.

Anak-anak semua tidur lena, aku menelan ubat-ubat yang diberi oleh hospital dan surat untuk pergi X-ray itu ada cop nama doktor berbangsa India, ada a/p makna bukan nama orang kristian. Aku membancuh ubat cair yang perlu diminum tiga kali sehari. Rasa air kelapa. Bila aku congak-congak ubatan tersebut, Cuma bekalan dua hari, Sabtu & Ahad bagaimana. Terutama ubat tahan sakit. Habis ubat nanti kena telan panadol tentunya. Cuma ada satu jenis ubat macam antibiotik, itu yang banyak mahu lima hari tak habis. Biasanya antibiotik kena dihabiskan.

Telahan aku betul, habis sahaja tempoh 8 jam, aku diserang kembali rasa nyilu menyucuk-nyucuk. Tak boleh putus ubat.

Tidur sekadar dua jam lebih, doktor pula tak terfikirpun nak kasi surat cuti. Aku kuatkan juga diri ke tempat kerja, sebab Khamis nanti ada pula aku kena jadi Pengawas Peperiksaan. Waktu yang sama ada jamuan hari raya; Satu UPM semua buat gerai makanan percuma. Jadi siapa nak mengganti Pengawas Peperiksaan. Jadual yang bertindih, makan & kerja. Abang Isa awal-awal kata tak boleh. Ina yang memang hobinya makan mana mungkin nak ambil alih tempat aku jadi pengawas peperiksaan.

Dalam sakit aku terpaksa juga menjalankan tugas, kena jadi anak lelaki, kuatkan semangat. Aku bernasib baik ada jamuan di fakulti, jamuan Anugerah Pelajar Cemerlang juga sarapan yang Persatuan Sekerja adakan, bersebelahan dengan dewan peperiksaan.

Jadi aku seorang yang memang degil pasal soal berpantang; bedai semua makanan. Itu rezeki namanya. Mana boleh tolak. Lewat tengahhari peperiksaan tamat; Kebetulan Eris nak ke Kajang urusan pinjaman keretanya. Aku menumpang untuk mengambil ubat baki yang doktor arahkan. Punyalah kelakar, farmasi itu cuma kasi dua biji pil sebesar labuci warna oren; Mesti terlampau mahal kot ubat itu. Kena habiskan dalam hari itu juga.

Sakitku macam itu juga cumanya taklah seteruk semalam;

“Eris inilah kubur Mona Fendi, kalau abang kau ini mati nanti kat sebelah kubur Mona Fendilah dikebumikan ” Gurauku ketika melewati tanah perkuburan Sungai Kantan.

“Ishh! jangan nak buang tabiat!!..”

Balik dari Kajang sekitar jam 3:00 petang ; jadi petang itu aku pengsan tertidur di makmal. Tidur bergaji. Hendak buat macam mana dah sakit sangat.

Jumaat aku rasa selamat sebab hidup bergalas ubat takut mati. Ubat takut mati yang doktor kasi.

Tapi bilamana malam satu kejadian aneh, biar bagaimana redanya sakit, tiap sekitar 1:30 pagi mesti aku terjaga & terus diserang nyilu yang tajam. 1:30 pagi waktu jin bertendang.

Apakah ada gangguan makhluk dalam tubuh sebab sehari sebelum aku kena serang sakit, aku berada di makmal sendirian; Waktu itu aku asyik mencari gambar model Mongolia yang kena bunuh di internet. Akses internet sampai ke jam 1:00 pagi sendirian; malam Rabu lalu. Malam Rabu & malam Jumaat adalah dua malam di mana syaitan paling aktif berpesta. Aku suka juga membaca kisah jin dari buku Tamar Jalis. Dia yang cerita begitu. Aku tak percaya sangat bab-bab tahyul ini.

Tingkat tiga itu memang teramat sunyi. Bila angin kencang setiap tingkap memang mengeluarkan bunyi yang amat seram. Angin yang merembas tingkap bersahutan sebiji bagai bunyi ngilai langsuir. Tambah menakutkan aku jika ianya bersahutan & mendayu-dayu.

Bukan sekali dua semasa aku mahu ke bilik air, sungguh aku terasa seretan kaki mengejar di belakangku, bila aku toleh ke belakang nampak seimbas lembaga anih!. Huh! dah jadi rutin berjaga malam, aku naik lali & tak kisah sangat, tapi mana boleh tak kecut perut. Redah juga ketakutan dengan diri bagai telah kena kejutan elektrik; terketar-ketar menuju ke lif. Terbayang cerita Korea ada hantu turun dari bumbung lif . Lagilah seram. Alahai! siapa suruh balik lewat malam sampai jam 1:00 pagi. Padan muka aku.

Apakah lantaran itu urat dalam badan terencat!. Perasan aku saja kot.

Sepanjang Sabtu aku menghadiri majlis pertunangan Nurul anak saudaraku. Nurul bekas pelajar Universiti Malaya. Dia bertunang dengan orang Kelantan. Sepanjang hari itu aku terhimpit dengan kesakitan. Cuma tidaklah sampai sesak nafas. Ubat tahan sakit dari doktor semalam telah kehabisan. Telan panadol lagi. Mana nak kebahnya.


Nurul ... anak saudara; cahayamata ke dua Kak Nomie ... berpakaian biru muda..

- bersambung.

origami
Posted on 23.11.2006 11:43 PM
Posted from Malaikat Maut Mengintai Selalu 4 ( Siri Famili )
Gangguan

Saudara iDAN, kelakar juga cerita saudara walaupun dalam kesakitan, terutamanya cerita yang kemungkinan ternampak hantu bila keseorangan di makmal! Pokoknya, kalau sudah tahu benda-benda seperti ini, kenapa buat? Sedikit pandangan tentang hidup "bersendirian" ini. Ya, memang saya setuju berbagai-bagai masalah yang ujud.

Bayangkan urusan harian anak-anak, rumah, kerja, belum lagi masuk bab sakit pening yang terpaksa ditanggung seorang diri. Mana mungkin, kerja-kerja yang sepatutnya dibuat bersama dihayun sendiri? Walaupun pada hakikatnya konsep berpasangan itu berkongsi hidup bersama, kadang-kadang keadaan tidak membenarkan konsep itu berkembang sepertimana yang kita ilhamkan. Walaupun sukar diterima, kita tiada pilihan tetapi meneruskan hidup kita dalam keadaan yang amat sukar dan mencabar itu.

Dalam masa-masa beginilah kepercayaan, kesetiaan dan pengorbanan amat perlu untuk memastikan jalinan hubungan itu dipegang erat. Sekiranya ini tiada, maka terjadilah satu hubungan yang amat repuh yang mudah dipatahkan dengan serangan kata-kata dan perbuatan pihak ketiga. Apa jua saudara, sekiranya ini terjadi, orang di luar hanya dapat memberi nasihat dan sokongan, selepas itu hanyalah kita dan diri kita sahaja yang lebih mengetahui jalan mana yang kita harus lalui. Salam hormat.

iDAN Menulis

Origami
Ada ketika manusia seperti kita tidak dapat tidak akan lemah bilamana kita terleka lantas syaitan yang memang boleh menyerap dalam pembuluh darah kita. Maka itu kita akan mudah lalai malahan terleka dengan pujukan syaitan yang sedari asalnya manusia suka menyesatkan kita.

Syaitan akan mencari kelemahan kita, terkadang lantaran tipisnya iman, terkadang lantaran kepalsuan cinta, terkadang dengan kemewahan kita. Aku adalah seorang yang amat percaya akan keujudan perkara ghaib; Maka itu kejadian temanku Arwah Nasha yang mengantung diri, bagiku; aku begitu yakin lantaran satunya keimanan & pegangan diri selebihnya bukan mustahil kerasukan atau pujukan syaitan yang terkadang kita hilang upaya mencari jalan lurus lagi benar.

Sama juga pasangan kekasih atau suami isteri yang terjemak dengan masalah zina, pastinya ada perkara ghaib atau syaitan telah mempengaruhi nafsu lalu menganggap zina itu perkara biasa. Padahal dosa besar, yang memerlukan perlaksaan hudud jauh lebih berat dari hukuman arak, judi dosa besar yang lain. Makan babi, minum arak kita mudah mengelaknya kenapa zina berluasa malahan kita tidak takutpun mendekatinya.

Kekasih, suami atau isteri sesungguhnya memerlukan cinta ke jalan Allah Nan Esa. Cinta yang berlandaskan duniawi semata tanpa terfikir pasangan kita ada teman dunia & akhirat menjadikan kita samar akan matlamat cinta di hati, terkadang dipercampuradukkan dengan orang ketiga yang akan tambah menyukarkan mencapai nilai cinta suci lagi abadi. Maka itu dalam situs aku ini amat banyak aku menyuarakan tentang masalah pasangan bercinta yang matlamat utamanya adalah kesetiaan. Setia dengan cinta di dunia & syurgawi.

Tak kisahlah terkadang desakan hidup atau kerjaya lebih utama dari cinta hingga sanggup berjauhan dengan pasangan. Tapi kena jelas kenapa perlu ujudnya perjarakan yang sementera itu. Berjauhan seharusnya menjadikan kita makin rindu & tambah menyintai kekasih kita. Namun kalau berjauhan hati telah tawar, cinta telah kelam bagi kekasih yang telah jadi suami atau isteri; pasti itu adalah kerasukannya syaitan yang menangis tiap kali dua kekasih diijabkabul. Cinta bagi kekasih yang bergelar isteri adalah hanya untuk suami kerana jodoh itu bukannya ketentuan hati atau diri kita. Jodoh adalah ketentuan Tuhan Nan Satu.

Pasangan di negara kita amat ramai mempermainkan ketentuan Ilahi ini. Rata-rata adalah lantaran kabur akan cinta suci di sisi agama. Allah SWT amat menyayangi umatnya yang bercinta lantaran agama. Maka itu pernikahan dalam agama kita adalah bagaikan mendirikan masjid. Masjid itu rumah Allah Azzawajalla. Merobohkan masjid@rumahtangga samalah kita merobohkan rumah Allah SWT.

iDAN: Nov08

03 Oktober 2008

MMms 3 Terlantar di Katil Kematian ( Siri Famili )

Itu baru cerita derita kesakitan di luar menunggu .. belum lagi cerita di dalam wad.

Aku diarahkan berbaring di katil empat. Empat adalah nombor bangsa cina paling ditakuti. Ada yang mengatakan empat itu bermaksud mati. Ada sekitar lapan katil dalam Wad Kecemasan. Tentunya ada lagi katil yang digunakan untuk orang kritikal mungkin di bilik sebelahan. Tak pasti. Katil tiga aku lihat pesakit yang terbaring tadi. Pembantu perubatan lelaki agak gempal sedang memasang alatan yang penuh wayar ke mesin. Penuh di dadanya dengan pelbagai radas pengesan. Sakit dada, mungkin jantung tentunya.

"Encik ada masalah sakit lain ke?, kencing manis?, jantung? atau asma?" Tanya doktor perempuan berbangsa India nampak sebaya denganku. Gempal badannya, putih kulitnya. Masih pekat pelat Indianya.

"Tak ada.."

"Alahan ubat?"

"Tak ada.."

"Sakitnya sejak bila ni?"

"Sejak sekitar jam 1:30 pagi tadi doktor, tak kurang-kurang sakitnya"

"Belum ini ada sakit yang sama?"

"Ada doktor, dua hari lalu tapi tak seteruk ini, saya telan panadol sahaja ianya hilang "

Kemudian dia mengarahkan jururawat yang aku lihat ada tiga empat orang mundur-mandir dalam wad itu. Muda lagi jururawatnya putih bertudung sopan. Selang beberapa minit jururawat tersebut membawa jarum penyuntik ke arahku. Agak besar tabung jarumnya.

"Encik kena suntik di ponggong, sila mengereng & selak sikit seluar Encik..? "

"Hah?... " Jawab aku agak panik. Aku rasa paling akhir aku kena suntik mungkin sekitar sepuluh tahun lalu semasa aku kemalangan motorsikal. Itupun di lengan bukan di ponggong.

"Lepas ini Encik boleh ke bilik air nak periksa air kencing Encik.. kemudian Encik baring di katil nombor satu sana " Sambil jururawat tersebut menghulurkan botol kecil bertutup.

Tidaklah berapa sakit disuntik dekat ponggong, macam gigit semut sahaja, cuma kebasnya terasa. Mesti ubat tahan sakit.

setelah ke bilik air, aku memberikan botol tersebut kepada jururawat tadi dan menuju ke katil satu. Selang sepuluh ke lima belas minit terasa sakit yang nyilu teramat sangat di dalam rusuk kananku makin reda. Sekitar 1:30 pagi hinggalah ke 4:15 pagi menderita. Sampaikan sesak nafas, berpeluh, duduk, baring & berdiri serba tak kena. Memang kuat kesan suntikan itu jika ke doktor panel UPM apakah dia akan suntik ubat yang sama?.. Aku terasa lapang & tidak risaukan lagi akan Malaikat Maut yang selalu mengintai pesakitnya.




Aku nampak pesakit seorang isteri yang muntah tadi, jauh berbaring di katil ujung. Nampak amat tenatnya. Aku nampak seorang kanak-kanak menghampirinya: Tentunya itu anak dia. Semasa di luar aku tak perasan dia ada bersama anaknya. Di Wad Kecemasan cuma dibenarkan seorang mengiringi pesakit. Aku nampak jururawat & Pembantu Perubatan menyediakan katil beroda, macam katil ambulan. Kesian pesakit itu, tentunya lebih lama dari aku menunggu di luar & kini terpaksa di hantar ke wad atau ke hospital lain sebab semakin tenat amat; tak pasti sakit apa.

" Kenapa awak tak datang semalam, bukankah dalam surat ini awak kena datang ke wad ini semalam? " Tanya Dr berbangsa India kepada seorang gadis sekitar 20an umurnya yang tiba-tiba muncul di wad. Agak kuat suara doktor tersebut yang sejak tadi aku lihat duduk-duduk sahaja mengarahkan kerja.

" Memang saya datang semalam, tapi katanya tak jadi buat ujian darah, doktor semalam suruh datang hari ini " Jawab gadis itu, petah dia bercakap nampak ramah & bersahaja.

" Denggi pun ... bertangguh-tangguh siapa iyer doktor bertugas semalam?..." Doktor Wanita India tadi membebel, cakap Melayu campur cakap orang putih.

Memang nampak ruam berbintik-bintik merah di wajah gadis tersebut. Pasti doktor mengesyaki denggi.

Pesakit seorang isteri tadi telah dibawa keluar wad, & jururawat yang tadinya duduk bersebelahan dengan doktor menyediakan botol air untuk gadis yang kena denggi. Selang empat katil denganku. Aku memandang dari jauh sahaja. Pesakit yang sakit dada masih terbaring di katil tapi nampak tenang tak seperti orang yang kritikal. Mana tidaknya dah jenuh menunggu di luar. Silap-silap terlelap lagi. Semua wayar yang berselirat di dadanya tadi telah ditanggalkan. Sekadar ada alat menguji tekanan darah di lengannya.

" Okey.. Encik punya jantung, tak apa-apa semuanya okey, kecuali tekanan darah Encik agak tinggi " Kata Doktor kepada Pesakit dada.

Pesakit yang sakit dada tak banyak cakap terus bangun & mencabut sendiri alat ujian tekanan darah. Dalam hatiku berkata,

".. jika sudah menunggu hampir sejam tentunya segala tekanan akan berubah. Entah seteruk mana pesakit ini berkejar semasa ke hospital & kini sampai sudah kembali puleh... kalau dibedalnya datang angin ahmar bagaimana?.. macam kes aku sampai sesak nafas; hingga sebijik sebijik menarikan nafas pendik ... hingga teringat akan takutnya mati... maka itu kami dekat subuh sanggup berkejar ke hospital..." Dalam hati. Kasihan pun ada melihat Pak Cik ini.

Serangan angin ahmar kini dikenal pasti sebagai pembunuh ketiga selepas penyakit jantung dan kemalangan kenderaan bermotor. Menurut Menteri Kesihatan, orang ramai perlu mengetahui tanda-tanda serangan angin ahmar di peringkat pemulaan bagi mengurangkan kerosakan sel-sel otak. Tanda-tanda serangan angin ahmar ialah sakit kepala, penglihatan kabur, kebas di beberapa bahagian tubuh badan dan sukar bertutur. Mereka yang menghidapi kencing manis, tekanan darah tinggi dan mempunyai kandungan kolesterol tinggi mudah diserang angin ahmar. Purata serangan angin ahmar di negara ini dianggarkan dua bagi setiap 1,000 orang. Ini menunjukkan bahawa 46,520 orang diserang angin ahmar setiap tahun.

Aku tidak memakai jam, mencari-cari jam dinding di dalam wad; Tiada. Rasanya sudah hampir sejam aku di dalam wad. Tentunya lantaran menanti keputusan ujian air kencingku, atau mungkin doktor memang tak mengizinkan aku pulang segera, takut alahan ubat yang disuntik di ponggongku tadi.

Aku memerhati seorang ayah berbangsa India mendukung anaknya, awalnya ibunya masuk sekali ke wad, doktor melarangnya. Dalam wad, pesakit hanya boleh diiring seorang sahaja. Nampak ayah anak tadi menunjuk-nunjuk & menganga mulut anaknya. Dia berbahasa India dengan doktor, doktor pula berbahasa orang putih, Melayu campur India, aku memang tak faham.

"Encik Haridan sila ke mari " Panggil doktor. Aku bergegas bangun & duduk di bangku sebelahan meja doktor.

"Sakit lagi tak? "

"Okey dah baik, tak rasa sakit "

"Encik kena pergi X-ray di Pusat Kesihatan, saya kasi ubat untuk dimakan dan ubat yang ini nanti waktu pejabat Encik ambil di Farmasi hospital ini " Dia menghulurkan nama-nama ubat kepada jururawat yang duduk bertiga tak jauh dari mejanya.

"Apa masalah sakit saya doktor, appendix ke? "

"Tak pasti "

"Batu Karang? "

"Nanti X-ray baru tahu "

Aku bangun & mendekati jururawat yang semuanya pangkat anak. Tak seorang pun mahu senyum. Tenguk wajah machooku macam orang asing!.

"Bila agaknya saya boleh pergi X-ray? " Tanya saya kepada jururawat sebab doktor macam kabur!.

"Bila sesuai iyer ... " Jururawat bertanya kepada kekawannya.

"Kalau esok Encik nak pergi, tak tahu lagi kesan ubat ini ... Pusat Kesihatan kat Jalan Semenyih tu tak buka X-ray Sabtu & Ahad kot... Encik elok pergi hari Isnin " Jururawat tak pasti, doktor senyap sahaja.

Jururawat menghulurkan empat jenis ubat untuk ditelan & sebotol ubat untuk dibancuh dengan segelas air. Bersama dua keping surat, satu ubat yang perlu diambil di farmasi & satu lagi surat untuk X-ray. Aku pun mengucapkan terima kasih & berlalu keluar.

Aku lihat Mila dah lena di kerusi. Aku mengejutkan dia & menarik pintu menuju ke parkir.

"Apa doktor kata? "

"Tak pasti Mila, tapi dia kata bukan Appendix... mungkin juga batu karang " Aku berbohong sekadar menyedapkan hati sendiri.

" ... nanti X-ray baru tahu sakit apa! ... biar ayah pandu, sudah tak sakit dah.. " Aku mencapai kunci dari tangan Mila.

Kereta Avanza Kemek telah penuh embun jantan, bila aku hidupkan enjin nampak jam telah 5:44 pagi. Empat lagi nombor hujungnya. Alahai berapa jam aku telah berada di hospital.

"Cina yang sakit tu tadi Mila tenguk dia balik ... mungkin tak tahan & pergi ke klinik lain! " Mila bersuara.

" Haa ahh! " Aku menjawab pendik, memang aku tak nampak dia masuk ke wad, aku bersuara dalam hati.

Aku terbayang wajah sakit pemuda cina itu & terfikir, beginilah layanan jika cuma bayar seringgit!. Kalau klinik swasta mungkin lebih cepat & mesra layanannya tapi kalau kes kecemasan emmm..! terpaksa juga berkejar ke hospital; Kira sudah bersyukur amat sangat, aku telah puleh dari sakitku, Itu yang sepatutnya; Sabar-sabarlah & banyakkan bersyukur. Malaikat Maut sekadar mengintai, jangan panik sangat nanti dia akan datang juga cabut nyawa kita...tapi esok, lusa bagaimana?. Masih sakitkah aku.

- bersambung

origami
Posted on 22.11.2006 3:57 AM
Posted from Malaikat Maut Mengintai Selalu 3 ( Siri Famili )
Nilai Kesihatan Kita RM1?

Saudara iDAN, saya boleh buat satu kesimpulan ke atas cerita saudara walau pun belum ada kesudahannya. Berginilah nasib saudara dan saya dan berjuta-juta yang lain dalam hal mencari bantuan perubatan di waktu kecemasan.

Puncanya adalah sikap orang kita sendiri dalam melayan pesakit dan sistem pengurusan sesuatu hospital itu. Kita tolak tepi tentang bayaran, kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan dari segi rawatan kesihatan adalah mencukupi, pembiayaan kemudahan ini datangnya dari cukai-cukai yang saudara dan saya keluarkan tiap-tiap tahun, jadi, bukankah wang kita merupakan sebahagian dari peruntukan tersebut? Dari segi logiknya bukankah kita juga membiayai segala kemudahan yang disediakan termasuk para pekerja kesihatan? Dan bukankah dengan adanya kita yang memerlukan bantuan, keperluan mereka baru ujud? Jadi, tidak ada sebab mengapa doktor, jururawat dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam profesion ini tidak dapat melaksanakan tugas mereka bersungguh-sungguh.

Gaji, elaun dan apa saja kemudahan yang mereka perolehi datangnya dari mana, kalau bukan dari peruntukan kerajaan yang datangnya dari mana, kalau bukan dari cukai-cukai dan sebahagiannya dari kita juga! Kekurangan petugas-petugas pada luar waktu pejabat adalah hanya urusan pentadbiran sahaja. Saya rasa tiap-tiap hospital sudah ada statistik bertahun-tahun untuk menentukan keperluan petugas waktu luar pejabat untuk melayan kes-kes kecemasan. Tapi saya rasa tiada usaha yang kukuh di buat untuk memastikan penyediaan petugas yang mencukupi.

Jangkamasa yang panjang yang saudara lalui semasa di hospital itu adalah kerana kekurangan petugas dan pesakit pun ramai. Saya rasa ini bukanlah pada hari itu sahaja, tetapi perkara biasa. Bukankah sampai masanya pihak pentadbir hospital membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini? Dan bukannya sudah tiba masanya "petugas-petugas" kita hospital itu mengubah sikap sekiranya mereka tahu siapakan "tuan" mereka sebenarnya? Nilai kita bukanlah RM1 sepertimana yang mereka anggap. Salam hormat.

iDAN: Nov08

02 Oktober 2008

MMms 2 Saringan Kecemasan. ( Siri Famili )

Perjalanan ke Hospital Kajang mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit mengikut jalan pintas yang memang jarang aku lalui sejak ada Lingkaran Tengah ke Semenyih. Bukannya apa aku pernah disergah Penanggal, ketika jalan pintas ini. Api berselerakan melintas di hadapan betul-betul dekat jirat cina lama Sungai Kantan. Masa itu bukan hari raya. Apakah jadahnya ada orang main bunga api jam 4:00 pagi. Bukan musim perayaan lain pun.

Mila meletakkan Avanza Kemek di parkir yang lapang. Ada dua tiga buah sahaja kereta di parkir itu. Aku terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke Wad Kecemasan. Dalam bualan di telefon dengan Tok Perak dia kata ada kaunter penerima pesakit sebelah kiri tak jauh dari Foyer Wad Kecemasan. Bila aku masuk ke bahagian penerimaan pesakit kecemasan, agak ramai juga orang. Penyambut tetamau di kaunter tersebut nampak malas & tak ceria, biarpun masih muda mungkin masih belum kawin. Macam muka orang putus cinta. Isk! lewat dinihari kot mengantuk.

"Encik ke depan sana, mereka akan kasi kad & baru boleh mendapat nombor di sini "

Begitu rupanya prosuder kecemasan, kecuali pesakit sudah tercungap-cungap barulah terus ke doktor... mungkin!: bisikku dalam hati.

" Encik bukan rakyat asing kan? Orang tempatan kena bayar seringgit sahaja & tunggu nombor encik akan tertera di skrin.." Aku menghulurkan kad pengenalan. Muka aku memang macam Abuya di Kad pengenalan. Macam bangla pun ada, macam arabpun ada. Apalah Makwe Lesu ini, aku Perak maripun dia tak pasti. Muka aku ada macam pendatangka?.

No 2027 jam 3:26 pagi tertulis tiket menunggu. Aku duduk dengan kesakitan yang tak reda. Tekak terasa amat kering, aku sekadar mengurut-ngurut sendiri. Perut boyotku tak rasa apa-apa pun bila diurut, keras, sejuk macam batang pisang. Mila asyik tanya masih boleh bertahan lagi tak. Aku tetap bersabar. Di depanku ada seorang pesakit umurnya sekitar 40an. Terbaring di bangku berkembar menunggu nombornya terpocol di skrin. Tentunya dia macam aku juga menderita sakit tapi masih tetap bertahan. Di sudut kanan aku melihat sepasang suami isteri mungkin. Isterinya nampak uzur sangat sedang menahan kesakitan. Di belakang ada sepasang ibu & anak tidur-tidur ayam. Ada lima enam orang lagi nampak bagaikan pengiring pesakit yang sedang dirawat. Betulkah ini Wad Kecemasan?.

Nombor aku dipanggil ke pintu lima. Aku rasa lega tentunya sakitku akan dapat dikawal. Mila memang sejak kebelakangan ini amat kurang berbulan, nampak pendiam, aku jeling wajah selambanya; sambil aku bangun menuju ke pintu tiga. Mamailah itu, aku dongak ke atas pintu... isk! silap pintu tercari-cari pintu lima. Apabila masuk nampak bukan Doktor yang menyambutku. Pakaian biru, mesti Pembantu Perubatan... bisikku dalam hati.

Setelah bersoal jawap lebih kurang dia menyuruh aku kembali menunggu di luar.

"Apa kata doktor? " Bila bertanya.

"Entah siapa Mila... bukan jumpa doktor; ada saringan pulak! "



Azim & abang-abangnya tidur lena tak sedarpun ayahnya ke hospital.

Begini rupanya jadi pesakit kecemasan. Aku ingat macam dalam TV, ada yang menunggu kalau tak boleh jalan, terus naik katil sorong & terus dirawat di wad. Macam cerita hindustan itu siap hero hindustan berkejar-kejar sebelah heroinnya. Mungkin aku masih boleh berjalan, badanpun tak berlumuran darah. Biasa kot orang macam aku datang jam 3:00 pagi minta bantuan doktor menahan sakit. Biasa kot!. Pesakit yang terbaring masih tak dipanggil. Isteri yang nampak uzur sangat nampak bagaikan mahu pitam. Masih tak dipanggil. Selang beberapa minit ada keluarga India membawa anak kecil. Nampak dia macam biasa saja terus ke kaunter dapat nombor. Aku pula sudah disaring tiga peringkat masih menahan sakit. Sekitar 3:45 pagi.. Huh! telah dua jam lebih aku bergelut dengan kesakitan. Nampak wajah Malaikat Maut makin menjeling aku.

"Mila macam ini rupanya di hospital, bila agaknya boleh jumpa doktor... sakit sangat dah ini "

"Abang pergilah tanya kat kaunter itu.. " Aku nampak Makwe Lesu lagi kemalasan itu. Aku terus bangun.

"Adik, doktor ada ke? ngapa lama sangat ini saya sudah dua jam lebih menahan sakit... sakit sangat-sangat ni!.. "

"Ada dalam ... tu dia sedang merawat seorang pesakit... jika Encik tak tahan lagi masuk saja pintu tiga itu untuk jumpa doktor. " Emmm! macam itukah boleh rempoh sahaja.

"Seorang lagi ke? tak apalah..? Yang lain pun nampak sakit macam saya juga! "

Aku kembali ke bangku sebelah Mila. Sejak awal datang itulah bangku yang Mila duduk. Tak bergerakpun. Dalam kotak fikiranku makin tonggang-langgang. Hendak tolak pintu tigakah; gesa doktorkah. Sudah dapat lampu hijau dari Makwe Lesu lagi kemalasan itu.

Mahu aku tinggalkan sajakah hospital yang Tok Perak banggakan sangat ini. Lama amat menunggu, lainlah kalau aku ini sakit deman... aku takut nafas aku semput lagi macam di rumah. Pergi ke Klinik Penawar di Taman Seri Serdang sahajakah. Atau.. hendak ke klinik swasta, mampukah aku. Dibedalnya kena tahan wad, kena bedah segala, insuran kelompok aku yang ada boleh ke menampung?. UPM hanya tanggung perubatan Doktor Panel yang dia sinaraikan & hospital kerajaan sahaja. Itulah nasib@hakikat pegawai kerajaan kerja dalam kelompok sokongan. Jika tahan di wad pun kelas dua sahaja. Lainlah aku ini menteri. Ratusan ribu guna duit ke luar negara untuk mendapat rawatan terbaik pun mampu.Duit rakyat belasah sahaja. Aku makin meraban.

Aku lihat seorang pesakit cina, muda orangnya datang seorang diri. Mengambil nombor giliran & duduk di bangku depan. Selang beberapa minit dia bangun jumpa Makwe Lesu, yang duduk saja di bangku itu. Nampak Makwe Lesu itu berbual dengan Aci sedang makan di belakang dia. Pemuda cina itu menuju ke bilik air sebelah kanan ruang menunggu. Selang beberapa minit dia keluar semula. Macam kes sama denganku. Sakit perut dan dia gelisah, duduk & berdiri tak menentu. Memang gelisah!.

2024, pesakit yang terbaring tadi masuk. Mana satu yang betul, Makwe Malas lagi lesu tadi kata cuma ada seorang pesakit. Nombor aku pula 2027, jauh lagi tu... lagi tiga orang kalau seorang ambil masa setengah jam!; Aduhai!.

" Mila kalau seorang mengambil masa 15 minit ke setengah jam, pukul berapa giliran kita nak jumpa doktor? " Aku menahan sabar.

Mila macam biasa, bercakap benda yang penting sahaja. Diam nampak lesu jangkit sakit Makwe kat kaunter itu. Makwe Lesu. Aku terus melayan fikiran dengan kesakitan. Tiba-tiba pasangan suami isteri yang isterinya nampak uzur sangat itu termuntah, meluru ke luar tempat menunggu. Masuk semula & suaminya menarik tangan isterinya masuk ke bilik nombor tiga. Tak menoleh pun ke arah Makwe Lesu. Tentunya dia juga dapat lampu hijau macam aku. Kenapa aku tak ikut cara dia. Nampaknya tinggal aku paling lama menunggu dalam keadaan uzur. Mungkin pemuda cina itu orang selepas aku kena bantuan segera.

Aku membaca satu persatu di papan kenyataan berkenaan apa itu kecemasan. Macam-macam ada. Luka darahnya terus mengalir, sakit jantung atau dada, perempuan mengandung, pengsan ... banyak dekat dua puluh kes. Sakit terlalu kuat mungkin kena dengan masalah uzurku, sekitar kategori ke tujuh. Padanlah tak diutamakan. Atau aku silap buat laporan kepada Pembantu Perubatan tadi. Kena ngadu auta sikit, kata sakit dada, sesak nafas, dah sakit sejak siang tadi, berpeluh, rasa nak pitam telah muntah banyak, aduh.. aduh... dah nak pengsan ni... macam filem India!. Padahal segi lojiknya kalau dah nak jumpa doktor lewat jam 3:00 pagi memang sudah tak tahan lagilah sakitnya. Kalau tidak kenapa pesakit tak tunggu siang hari sahaja.

Aku lihat seorang gadis keluar dari Wad Kecemasan, cantik gadisnya tapi muka sebelah kanannya bengkak agak besar. Tangannya nampak luka telah berhenti darahnya. Sebahagian jari berbalut. Jalan kena dipimpin. Ada dua orang hampir sebaya dengannya mengiringi. Kemalangan jalan raya tentunya. Pesakit luar, tidak ditahan di wad. Tentunya itu yang dimaksudkan Makwe Lesu seorang pesakit yang sedang dirawatan doktor tadi.

2027; Aku jeling jam di dinding 4:09 pagi. Tolaklah 3:26 dengan 4:09. berapa minit; Itulah khidmatnya di hospital kerajaan dalam bab kecemasan; Kenapa tidak terus dirawat, tak cukup katilkah, Doktor cuma seorangkah? Isk! aku ini nak minta dirawat atau merawat keadaan hospital.

Tapi apa cerita pesakit yang terbaring itu. Sudahlah datang sendirian tak berteman. Kot mati pulak dia tak sempat mengucap. Paling sedih pasangan suami isteri itu, sampai termuntah di ruang menunggu. Entah berapa lama dia menunggu di luar, akupun sudah dekat sejam. Pemuda cina itu, entah berapa kilometer akan menahan sakit, kejap-kejap ke tandas. Tak senang duduk. Semua pesakit ini orang susah tak banyak duit termasuklah aku, kalau tidak aku mesti ke klinik swasta. Mungkin tidak dilayan begini... bebel hatiku.

Itu baru cerita derita kesakitan di luar menunggu .. belum lagi cerita di dalam wad.

- bersambung

iDAN: Nov08

01 Oktober 2008

Malaikat Maut Mengintai Selalu (MMms) Penyair iDANRADZi ditahan di Wad Kecemasan (Siri Famili)

(Aku terbaca di internet, ada peminat tulisanku menghantar kisah ini di ruang forum; ceritera ini sebenarnya masih tak selesai. Aku pun tak sunting setiap episod; jadi ada ayat yang tergantung & kesilapan perbagai. Aku sedang mengolahnya semula; jika di bawah ceritera tertulis iDAN: XX bermakna ianya telah disunting semula.)

Penyair iDANRADZi ditahan di Wad Kecemasan.

"Tak boleh tahanlah Mila ... sakitnya."

"Nak ke klinik ke?"

"Tunggulah dulu, ada tak pil tahan sakit di rumah?"

Sejak jam 1:30 pagi lagi aku telah terjaga dari tidur. Rasa sakit rusuk kanan sebelah belakang, nyilu sekali sakitnya. Misterinya jam yang sama 1:30 pagi dua hari sebelum ini sakit sebegini menyerang aku. Tiba-tiba sahaja sakit. Aku bagaikan tak boleh bangun atau berdiri. Aku kuatkan diri bagaikan mahu melangkah ke bilik air. Sakitnya perut ini. Apakah aku salah makan. Termenung di bilik air. Sekadar buang air kecil; sakit terusan amat menyilukan.

Aku cuba mencapai Minyak Kayu Putih, menyapunya serata perut, dahi & tengkuk. Tak ada bedanya, duduk pun tak boleh, baring lagilah sakit teramat sakit. Sungguh aku tak pernah rasa kesakitan yang sebegini. Aku berharapkan dengan menyapu minyak angin itu akan mengurangkan lagi sakit dirusukku. Lagi disapu lagi merebak sakitnya. Hampir separuh badan sakit belaka. Sakit apa ini?.


Di atas tikar kayu ini yang kerap aku terlena di anjung rumah.

Sejam berlalu, sakitnya terusan menyilu. Dari anjung bawah aku ke kamar atas. Naik turun tangga, tak tahu nak duduk atau baring di mana. Gelisah menahan sakit.

" Mila ada tak nampak Panadol di rumah kita ini "

" Ada tu dalam kotak ubat... "

Aku menelan dua biji Panadol. Ke dapur mencari halia, manalah tahu takut angin. Mencampurkan halia dengan air suam. Masa berlalu tapi sakit tak reda. Makin kuat hingga menyesakkan nafas. Uhh! tak boleh jadi, bernafas pun sudah sebiji-sebiji. Nak tarik nafas sakit nak hembuskan nafas pun sakit. Memang aku terbayang Malaikat Maut akan datang, aku mengucap panjang.

" Begini rupanya orang nak mati... " Desus hatiku.

Badan sudah mula berpeluh, aku cuba kembali ke bilik air dengan sedikit kudrat yang makin rapuh. Amat nyilu, amat sakit. Bagaikan aku mahu pitam, aku mencurahkan air ke muka berkali-kali agar tidak tumbang & pengsan di bilik air. Aku mula memikirkan yang tidak-tidak. Terbayang satu persatu kenalan & saudara mara aku yang meninggal mengejut.

Begini rupanya nyawa ingin dicabut, sakit seluruh badan, tak ada ubat penawar. Duduk, bangun, baring & berjalan semuanya serba tak kena. Sakit di mana-mana.

Setiap sakit mesti berpunca dari dosa. Memang dosa aku terlalu banyak. Maka inilah hukumannya, di dunia lagi aku diazabkan dengan kesakitan yang amat sangat. Aku bagaikan akur sendiri.

"Jomlah Mila, kita ke klinik... tapi mana Panel Doktor yang buka 24 jam di Kajang ini? "

"Tak kisahlah abg kita pergi ke klinik mana-mana..."

Mila bangun.

Afiz baru dua hari periksa SPM, Mila ambil cuti separuh hari untuk memberi semangat Afiz menghadapi peperiksaan. Malam-malam lagi sudah memasak. Untuk sarapan.

Mila kini bertukar kerja di Pulau Carey. Tinggal di sana. Telah dua hari dia berulang-alik sebab Afiz tentunya. Azim & Anif tak Sekolah Kebangsaan. Azim & Anif tentulah seronok tidak sekolah pagi, pergi sekolah agama sahaja. Aku membiarkan mereka dilambung mimpi indah.

Jam 3:00 sekitar tiga pagi, aku teringat Zali@Tok Perak, isterinya memang Ketua Jururawat di Kajang; mesti dia banyak cadangan dalam bab sakit ini.

"Zali, maaflah menggangu kau tidur...kau tahu kat mana ada Panel Doktor UPM yang 24 jam di Kajang ini... " Suaraku terketar-ketar menahan sakit.

"Kenapa apa pasal?... siapa sakit "

"Aku... perut ini, sakit sangat dah dekat 2 jam tak reda sakitnya "

"Kajang rasanya tak ada klinik 24 jam, pergi sajalah ke Hospital, Wad Kecemasan ... kalau ke klinik pun bila tak reda sakit tu.. kena hantar ke hospital juga.. " Betul juga katanya.

"Sakit Appendix sebelah kanan ke..?.. " Aku sudah membayangkan kena bedah macam Mila. Mila masa sekolah dah kena bedah sebab Appendix.

"Ha..ah! .. sakit tak bila tekan .. "

"Tak tapi keras sangat perut ni... angin ke..? nyilunya di dalam .. batu karang ke iyerr! " Aku sudah tak boleh tahan. Sakit sangat terketar-ketar nak berbual. Aku syak macam kena serangan batu karang.

Mila sudah bersiap memakai tudung. Aku membuka pintu pagar, menggesa Mila agar cepat. Dalam Avanza kemek Mila aku terfikir, jika Mila tiada di rumah bagaimana iyer... siapa nak hantar aku, siapa nak memandu. Aku teringat masa Mila kena serang Gastrik , kerap ketika dinihari aku menghantar dia ke klinik. Sekarang aku di sebelah Mila, dia memandu laju. Jam masih awal 3:00 pagi. Belum subuh lagi.

"Nak pergi mana ni..? klinik atau hospital ? "

"Entahlah Mila, rasanya elok ke hospital.."

Aku paling malas kena tahan masuk wad. Malas, tak pernah pun duduk sebagai pesakit barang semalampun di hospital. Jaga orang sakit itu kerap; Ziarah tengah malam biasa. Di Hospital memang Malaikat Maut mengintai selalu. Selang beberapa hari dah dengar orang yang aku ziarahi itu meninggal. Aku membayangkan hospital itu tempat berulang alik Malaikat Maut. Ish.. malasnya..! Telah hampir ke simpang empat Balai Polis Kajang.

"Hospital jalan mana iyer ayah.."

"Laa!.. biar bebetul jalan ke hospital pun Mila tak tahu.." Aku cakap dalam hati;

Sudah panik kot Isteri aku ini. Sampai tak ingat jalan, bagus jugak dalam hatiku.

"Mila tak payahlah lah kita ke hospital, Seri Serdang sahajalah.. ke Klinik Penawar "

"Hospital sahajalah... nanti apa-apa terjadi ..kan susah... belok kiri kan?.. " Terhoyong hayang Mila memandu, aku mendesak ke lain... dia pula ke lain. Tahu rupanya dia jalan ke Hospital Kajang. Titik.

Dinihari; embun jantan basah membasahi sakitku. Aku bagaikan nampak kelibat Malaikat Maut di Hospital Kajang... amat begis lagi sasanya!

- bersambung

iDAN: Nov08.