|
|
LOS ANGELES - Keluarga Raja Pop, Michael Jackson memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah penyanyi itu di tanah perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills semalam.
Satu rombongan keluarga Michael yang menaiki kereta dengan diiringi polis tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 8.15 pagi waktu tempatan (11.15 malam waktu Malaysia).
Tiga anak Michael merupakan antara tetamu yang awal keluar dari kereta dan memasuki bangunan di tanah perkuburan itu. Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu kerana degupan jantungnya terhenti.
Kebanyakan tetamu memakai pakaian berwarna hitam dan memeluk abang Michael, Jermaine yang beragama Islam ketika mereka memasuki bangunan di tanah perkuburan tersebut.
Jenazah Michael yang ketika hidupnya mesra dengan panggilan Jacko kemudian dipindahkan ke Pusat Staples di sini untuk disaksikan oleh peminat-peminatnya.
Pusat tersebut mampu memuatkan 20,000 orang tetapi ramai lagi peminatnya berada di luar bangunan tersebut untuk menghadiri majlis yang penuh bersejarah itu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan