Brooke Shields pernah dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan Raja Pop Michael Jackson yang kini selamat dikebumikan setelah meninggal dunia pada 26 Jun lalu. Atas hubungan istimewa itu Shields turut diundang memperkatakan sesuatu sebagai penghormatan terakhir kepada Michael dalam satu majlis penghormatan terakhir sebelum jenazah bintang legenda itu disemadikan. Hanya air mata yang dapat menggambarkan bagaimana perasaannya saat itu, apatah lagi dia turut mengimbau detik indah semasa bersama bintang itu. Naik sahaja ke pentas, Shields seakan-akan tidak dapat berkata apa... dia menahan sebak dahulu. "Setiap kali keluar bersama ada yang mengekori kami dan kami digelar pasangan yang ganjil," imbau Shields. Dia juga mengatakan Michael banyak mengajarnya yang masih muda semasa mereka bersama. Shields juga memberitahu lagu kegemaran Michael bukanlah lagu-lagu yang diciptanya untuk peminat sebaliknya lagu Smile ciptaan orang lain. Shileds juga mengatakan Michael seorang yang suka senyum dan suka membuat orang terhibur dengannya. Sesungguhnya detik manis dikejar paparazzi dan menatap pelbagai cerita pasal hubungan mereka di akhbar tidak akan dilupakan oleh Shields. |
iDAN
08 Julai 2009
Tangisan Brooke Shields (Hiburan)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan