iDAN

31 Disember 2010

Malaysia Johan tetapi tetap hormati Indonesia



Media Indonesia hilang 'ghairah'

Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/31



NADA berbeza akhbar Indonesia sebelum (gambar atas) dan selepas (bawah) melaporkan perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 uyang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, kelmarin.


Sebahagian akhbar lantang mahu Ketua PSSI berundur

LAPORAN muka depan media tempatan hari ini tidak sepanas sebelumnya, dengan rata-rata akhbar harian utama cuba meniupkan semangat 'Garuda Di Dadaku' selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Malaysia kelmarin.

Walaupun gagal menjulang Piala Suzuki AFF selepas empat kali percubaan di final, Indonesia yang terkenal dengan jolokan Garuda itu menganggap kejohanan kali ini sebagai titik kebangkitan bola sepak negara itu.

“Belum jadi juara tapi Garuda menang,” lapor akhbar Rakyat Merdeka di muka depannya. Kemenangan 2-1 ke atas Malaysia kelmarin ditonjolkan sebagai isi utama berita bagi menebus kekecewaan sekali lagi muncul naib juara.

Namun sebahagian akhbar masih lantang menyuruh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid supaya meletak jawatan, walaupun pencapaian skuad Garuda tahun ini boleh dianggap membanggakan.

“Nurdin turun!” Laung akhbar sukan pertama di Indonesia, TopSkor yang sepanjang sebulan kejohanan berlangsung agak lantang dan terperinci dalam laporan hariannya.

Akhbar Berita Kota turut menyuarakan nada sama dengan tajuk “Malaysia juara, Nurdin Halid dicerca”, dan turut meminta seluruh persatuan dan pasukan bola sepak negara itu dirombak secara menyeluruh.

Bagaimanapun kedudukan Alfred Riedl sebagai jurulatih masih dituntut sebahagian besar rakyat Indonesia. Akhbar Pos Kota sekadar melaungkan “Garuda di dadaku” dan “Riedl yes (ya), Nurdin no (tidak)”.

Bharian

'RM25,000 setiap pemain'

Oleh Jumiaty Rosly dan Harris Rajahdin
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/31
DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi  di KLIA, petang semalam.
DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.

Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin

BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan.

“Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.

Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.

Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.

Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan.

Bharian

Ini baru permulaan: Raja
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/31


SKUAD Harimau Malaya bersama Piala Suzuki dan replika cek habuan juara di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

SKUAD Harimau Malaya bersama Piala Suzuki dan replika cek habuan juara di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

'Kami perlu sokongan padu media, masyarakat untuk jadi skuad digeruni'

PADA firasat K Rajagobal, skuad bola sepak negara yang baru menjuarai Piala Suzuki AFF mustahil dapat berkembang maju tanpa sokongan padu media dan masyarakat.

Pengendali skuad kebangsaan itu menambah barisan muda bergelar Harimau Malaya ini amat memerlukan elemen berkenaan ketika dia menilai barisan didiknya itu ada ramuan menjadi sebuah pasukan yang bakal digeruni.

“Ini baru permulaan kepada perjalanan yang masih panjang,” kata pengendali kebangsaan, K Rajagobal yang menjadi tulang belakang kepada dua kejuaraan berturut-turut, termasuk memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos.

“Kemenangan tidak datang setiap masa, ada masanya kita akan kalah. Tetapi hanya dengan sokongan padu media dan masyarakat, pasukan kita terutama barisan muda ini akan berkembang menjadi sebuah pasukan handalan di rantau Asia.”

Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari dari Indonesia ketika sokongan padu seluruh warga negara republik itu kepada skuad Garuda memberi impak besar kepada cabaran pihak lawan itu. Ia harus dicontohi rakyat Malaysia.

Apapun, perjalanan Malaysia menjuarai Piala Suzuki yang bermula dengan keaiban dibelasah lawan 5-1 pada 1 Disember lalu boleh disamakan dengan laluan Sepanyol sebelum muncul juara Piala Dunia 2010, Julai lalu - cuma dalam skala lebih kecil.

Kehadiran sotong kurita bernama Gudel yang meramalkan kemenangan Indonesia sehari sebelum perlawanan, trumpet vuvuzela di Stadium Gelora Bung Karno dan aksi final Malaysia-Indonesia yang belum pernah bergelar juara layak disamakan dengan aksi Sepanyol-Belanda di Afrika Selatan.

Bharian


MOHD. SAFEE (kiri) dan Amar Rohidan menunjukkan Piala Suzuki AFF 2010 di dalam bas kepada peminat di KLIA, Sepang semalam.

SEPANG - Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini umpama pesta petang semalam apabila lebih 3,000 peminat menyambut ketibaan skuad bola sepak Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010.

Mereka sudah berkumpul di situ sejak pukul 2 petang dan tidak berganjak walaupun menyedari jadual ketibaan pesawat Penerbangan Malaysia MH710 yang membawa pulang skuad negara ditunda sejam.

Nyanyian dan laungan kata-kata semangat 'Malaysia Boleh' bergemuruh di kawasan itu sehingga menarik perhatian ramai pelancong asing yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama para penyokong Malaysia.

Biarpun jumlah yang hadir ramai, para peminat yang kebanyakannya ahli kelab 'Ultras Malaya' tetap berhimpun dengan aman dan memudahkan tugas kira-kira 50 anggota pasukan keselamatan yang membuat kawalan di situ.

Selepas hampir dua jam menunggu, mereka akhirnya bersorak melihat kemunculan skuad negara bersama jurulatih, K. Rajagobal yang berjalan keluar dari balai ketibaan KLIA.

Kosmo!

Jadi gergasi Asia untuk ke Piala Dunia

KUALA LUMPUR - "Cabaran kita selepas ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu pasukan bola sepak gergasi di Asia dan jika itu menjadi kenyataan, tidak mustahil impian beraksi di Piala Dunia satu hari nanti mampu direalisasikan."

Mungkin kenyataan tersebut kelihatan terlalu bercita-cita tinggi, namun bagi penyerang skuad bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, hasrat itu tidak mustahil untuk dicapai asal sahaja setiap anggota dalam pasu- kan Harimau Malaya sanggup bekerja keras ke arah itu.

Norshahrul yang memainkan watak penting dalam kejayaan Malaysia mencatat sejarah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 14 tahun lalu menjelaskan, impian besar untuk layak ke Piala Dunia mampu dicapai sekiranya skuad negara dapat menguasai saingan di peringkat Asia.

Begitupun, penyerang Kelantan berusia 24 tahun itu sedar untuk mereali- sasikan impian menjadi gergasi Asia dan beraksi di pentas Piala Dunia, skuad negara perlu mempunyai sikap optimis dalam diri mereka selain mengharungi banyak perlawanan antarabangsa yang kompetitif dan berkualiti.

Kosmo!


PM: Teruskan sokongan

SKUAD bola sepak negara menerima sambutan ‘wira negara’ sejurus tiba di KLIA, Sepang dari Jakarta, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Pelbagai pihak menyatakan rasa bangga ekoran kejayaan skuad bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF mengalahkan Indonesia kelmarin.

Ekoran kejayaan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat terus menyokong skuad bola sepak negara kerana pemain telah mempamerkan disiplin, kerja berpasukan dan kegigihan, sehingga muncul juara kejohanan tersebut.

Di Indonesia pula, media negara itu menasihati skuad mereka agar mengambil pengajaran daripada kejayaan Malaysia, dengan tajuk muka depan akhbar Kompas menyiarkan laporan Jangan Malu Untuk Belajar.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menghargai kejayaan tersebut juga memaklumkan bahawa pemain negara akan menerima ganjaran khas, yang akan diumumkan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah apabila baginda kembali dari luar negara, Isnin ini.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal pula menyarankan anugerah khas diberikan kepada jurulatih K. Rajagobal atas jasanya menerajui skuad Harimau Malaya sehingga berjaya menjulang Piala Suzuki AFF yang diidamkan selama 14 tahun.

Utusan Malaysia

Radin Omar dilantik Naib Canselor UPM

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Radin Umar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa esok hingga 31 Disember 2013.

Beliau menggantikan Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha R Abdullah yang tamat tempoh pelantikan hari ini.

Dr Radin, 50, sebelum ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajian tinggi dan pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hubungan Antarabangsa UPM dari tahun 2005 hingga 2006, menurut kenyataan UPM hari ini.

Dr Radin berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Keselamatan Trafik dari Birmingham University, United Kingdom dan pernah menjawat Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Pada 2005, beliau menerima anugerah The Prince Michael International Road Safety Award yang mengiktiraf sumbangan dan inovasi beliau dalam kemajuan jalan raya.

Sementara itu, Prof Ir Dr Mohd Saleh Jaafar, 47, pula dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM bagi tempoh yang sama menggantikan Prof Datuk Dr Abu Bakar Salleh yang tamat tempoh pelantikan.
Prof Mohd Saleh pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan pada Oktober 2007, serta bergiat aktif dalam bidang penyelidikan Kejuruteraan Awam sejak berkhidmat di UPM bermula 1988. - BERNAMA

iDAN: Boss lama gue.

29 Disember 2010

SKVE semakin sibuk (Singgahsana)

1:11 pagi baru aku sampai di Jenaris telah biasa begini merentas waktu saban Ahad beginilah aku ketika malam SKVE ini amat sunyi tapi memang aku suka lebuh raya baru ini tak lagi meredah sesak bandar Puchong tak lagi jumpa deretan kenderaan tak lagi perlu berebut lorong cumanya mungkin sementara sunyinya tak ramai lagi tahu SKVE ini ke arah mana jika dari Kajang ikut jalan Putrajaya ke Puchong ada papan tanda yang besar ikut SKVE ini tetapi jika ikut Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah dari Batu Tiga Shah Alam ke KLIA Lebuh Raya Elite jangan mimpi akan tahu susur ke SKVE ini kenapa terlalu lama nak lekatkan papan tanda SKVE cumanya ingat angka ini 606 pintu susur keluar tertera akan arah Kajang & Putra Perdana entah bila akan ada papan tanda SKVE memang tercari-cari akan susur ini maka sepanjang jalan sekitar 12:00 tengah malam ke jam 2:00 pagi sunyi amat; memang amat sunyi SKVE biar pun sebenarnya jalan pintas ke Kajang yang amat cepat & ringkas dengan tol RM1.90 permandangan waktu senja amat indah di sini sebab banyak tasik di kiri kanan lebuh raya. (Emm! ini nota lama di FB sekarang SKVE semakin sibuk namun tetap pilihan nan bijak jika mahu ke Shah Alam andainya anda penduduk Kajang.)

28 Disember 2010

27 Disember 2010

Kaum Arab.

"Kaum Arab adalah kaum yang banyak bermasalah!" "Kenapa pula abah kata begitu?" "Sikap kaum ini dari sejarah Islam sering menceritakan kedegilan mereka!. Mungkin sebab itu nama kebanyakannya diutuskan kalangan kaum mereka..." "Tapi abah bukankah bahasa di syurga adalah Bahasa Arab." "Memanglah bahasa syurga bahasa mereka namun sejarah telah membuktikan perangai kaum Arab ini sejak azali memang banyak kerenah, kita pun setelah mati akan menggunakan Bahasa Arab jua.." aku terfikir juga. "Sementelah itulah kut! kaum Arab ini amat ego; mungkin angkuh sebab bahasa mereka adalah bahasa utama bagi semua makhluk..." Top-top kita dengar lagi masalah dunia Arab; kejap kita diwartakan pemimpin mereka yang rakus & kaya raya. Kejap kita dengar pemimpin mereka tak hiraukan rakan atau jiran sebelahan negaranya. Kejap-kejap kita dengar mereka berperang sesama mereka. Di IPTA tempat aku berkerja pun sering terdengar masalah pelajar Arab; ada yang kemalangan langgar orang tempatan sampai meninggal dunia; ada yang bermasalah dengan pasangan mereka yang mengamal Mazhab Syiah. Bila ditangkap basah katanya telah pun berkahwin dengan pasangannya. Bahasa al-Quran juga adalah Bahasa Arab. Kerugian yang amat besar kita tidak belajar Bahasa Arab; petah menyebutnya tetapi tak faham apa maknanya. Sedangkan membaca atau mendengar a-Quran pun kita mendapat pahala apatah lagi jika kita tahu maknanya. Aku berani mengatakan lebih 50% orang Melayu tak faham Bahasa Arab padahal itu adalah bahasa kita nan kekal. Yang lebih kita tahu atau fasih adalah Bahasa Inggeris. Isunya aku menulis tentang Kaum Arab ini bukannya apa. Sementelah keluargaku ada darah Arab. Maka itu ramai saudara maraku adalah dari kalangan Syed & Sharifah. Aku sendiri tak tahu dari Syed keturunan Arab yang mana. Mungkin ada saudara maraku di sekitar Kota Bharu Perak boleh membuat Salasilah keturunanku ini dari mana. Kenal Md Sesh tapi tak tahu pula asal kejadiannya.

23 Disember 2010

Di mana beradanya Abg Jelani (Singgahsana)


Aku mendapat tahu pemergian Allahyarhamah Kak Sala agak lewat. Itu pun tak pasti namanya sebenar. Dari SMS Raman dia menaip nama nan lain. Bila aku congak tak sempat nak kejar ke acara pengkebumiannya; aku batalkan saja pulang ke kampung. Aku telefon jua Kak Nomie kut dia kenal namanya. Kak Nomie pun sama tak kenal.

Selang beberapa bulan aku balik kampung barulah aku sedar yang meninggal itu adalah Kakak Saudaraku sendiri. Malahan lebih aku terharu; Abg Jelani telah hilang dari kampung. Kata orang kampung anak Kak Sala menghalau dia dari rumahnya. Sungguh aku sedih; jika aku dapat kesan Abg Jelani, pastinya aku akan buatkan dia tempat kediaman sekadar semampu aku. Aku suka dia jaga tanah pusakaku. pasti aku akan buat pilihan; sama ada buat rumah di tapak rumah pusaka. Atau kalau dia suka aku akan buatkan rumah di Tanah Paya Asap yang telah kutebus.

Dia lama berternak kerbau di sana. Pastinya dia tidak akan menolak permintaanku. Aku pasti sangat. Pasti dia akan suka berkampung di kampungku. Pasti akan mahu sering memziarahi pusara isterinya.

"Mulanya dia tinggal di masjid setelah anak tirinya halau dia...!"

"Kenapa jadi macam itu iyer!"

"Entahlah tak pasti kenapa jadi macam tu.." Raman bercerita.

"Tak tahu bila dia keluar dari kampung & dia pergi ke mana..." Raman pun buntu tak tahu di mana dia kini.

Hingga kini aku masih mencari jejaknya. Jika ada sesiapa yang tahu di mana Abg Jelani ini berada silalah kasi tahu; aku teringin amat berjumpa dengan dia & berharap dia akan menjadi saudaraku nan rapat & dapat membantu aku dalam banyak perkara. Terutama dalam penjagaan harta pusakaku di kampung.

Ini kenangan yang aku tulis tentang Abg Jelani sekitar tahun 2008 lalu. Sila klik situs di bawah.

http://desatualang.blogspot.com/2008/08/35-tahun-tidak-dijejak-singgahsana.html

22 Disember 2010

Menarik Kisah Gadis Lara ini.



Gadia Lara

gadis lara kekasih masih berhubung dengan bekas teman wanita

Posted on 21.12.2010 1:45 AM

Saya bercinta dengan teman lelaki saya sejak tahun lalu. Bermula dengan hubungan seperti adik kakak, terus membibitkan cinta di hati, semasa dia berpisah dengan teman wanitanya dulu, dia sangat bencikan w. tetapi sejak kami mula bercinta dia dpt memaafkan w dan menerimanya sbg kawan. Yang merunsingkan saya mereka kerap berbalas sms. ada masanya semasa bersms dengan saya, dia juga berbalas msg dgn w. Baru-baru ini saya terbaca sms nya dengan w sejak bulan 2 tahun ini, w banyak ceritakan pengalamannya dengan kekasih barunya. Ternyata w telah berubah dan terbuka dengan dunia sosial. Dia dengan selambanya menceritakan aktiviti sumbangnya bersama kekasih baru nya dan paling memeritkan kekasih saya bagaikan melayan ceritanya!.

W juga dengan selamba bertanyakan apa yg pernah teman lelaki saya lakukan bersama saya, juga bertanyakan adakah teman lelaki saya dapat menyimpan kesucian kami hingga kahwin nanti? saya merasa sangat marah dan tertipu. Jika ikutkan rasa hati saya pasti akan menyerang kedua-duanya sekali tetapi hingga sekarang saya masih belum mendapat idea bagaimana saya hari harus bersemuka dengan teman lelaki saya. Haruskan saya berterus terang dengan nya? bagaimana dengan w???

(Saya jarang amat buka blog ini; lantaran sering sahaja server easyjournal ini bermasalah. Sedangkan ilah blog yang amat saya sayangi. Baru sekitar sebulan server easyjournal ini kembali okey! harapan saya blog ini akan kembali berkembang seiring dengan blog saya yang lagi satu lagi... di blogspot; insyaAllah akan saya buat setiap salinan tulisan saya di sana untuk dimuatkan di blog ini)

iDAN berpesan.

Gadis Lara:

Cinta nan sejati adalah cinta nan bersih & suci. Cinta yg tidak berbaur dengan noda. W yg menganggu hubungan Gadis Lara bukanlah gadis baik lagi suci. Tidak ada bangganya menceritakan hubungan sumbang dengan orang lain (kekasih Gadis Lara). Aib & dosa diri sebaiknya dirahsia & dilindungi agar tak menjadi buah mulut orang. Nafsu itu ibarat api yang mudah marak & merebak.

Nafsu sebaiknya digunakan setelah bernikah; buka mencetus perbuatan sumbang.

Jika Gadis Lara kuat kudratnya ada baiknya berterus-terang dengan kekasih Gadis Lara@adik yang adik tak suka hubungan yang mengadu domba perkara sumbang. Jangan memaksa kekasih adik putus hubungan dengan W itu; selalunya lelaki ini tinggi egonya tak mahu dirinya diganggu. Apatah lagi dalam masalah perhubungan dia dengan gadis lain.

Cuma kawal & perhatikan pergerakan kekasihnya jangan sampai berjumpa G tersebut & berhubung dengan cara intim; takut cintanya akan berubah lantaran orang pernah patah hati ini sukar kita fahami hatinya. BerSMS mana mungkin kita kawal; penat diri & sebak rasa sahaja. Kita bersangka baik sahaja dengan aktiviti gila berSMS kekasih adik itu. Takkan ke mana pun berSMS cuma jangan sampai terjalin hubungan nyata.

Bersabar & banyakkan sembahyang hajat agar hati kekasih adik tetap setia dengan adik. Doakan jua agar jodoh adik segera bertemu dengannya. Sukar jaga bercinta terlalu lama. Serahkan kepada Ilahi jika terjadi pergolakan jiwa bila ada krisis begini. Yakinkan hati itu semua ini sekadar gangguan sementara.

Tak payah nak ganggu W tersebut lambat laun pasti dia akan hilang sendiri dalam kehidupan adik.

Paling penting kekalkan iman & kekuatan diri agar kekal menjaga kesucian diri adik; jika adik masih suci berlaku sebarang perpisahan percayalah adik akan pasti mendapat anugerah jiwa nan tenang & kebahagiaan yang tak diduga di masa mendatang.

21 Disember 2010

Lima Purnama (Singgahsana)


(Catatan kira-kira dua tahun lalu)

Kekinian aku telah pun ke peringkat menanda tangini dokumen pencen pilihan. Jika ditolak dengan kelayakan cuti tahunan; aku hanya punyai masa lima bulan sahaja lagi menjadi staf kerajaan. Jika mengikut perjanjian@opsyen 15 Mei 09 aku mula digelar Pesara. Tetapi jika mengikut cuti yang aku ada, tentunya aku sekitar April telah boleh bercuti & terus pencen.

Aku terkejut juga bilamana banyak cuti aku menjadi hangus begitu sahaja. Paling banyak sekitar awal 2000, ada yang sampai 50 hari tidak dibawa ke tahun hadapannya. Aku tidak pasti apakah di tahun tersebut telah ada sistem cuti talian terus. Pernah sekitar tahun 80an aku terlebih bawa; 58 hari. Aku sepatutnya hanya layak membawa cuti sebanyak 50 hari ke tahun hadapannya. Maka hangus begitu sahaja sebanyak 8 hari. Pertengahan tahun 2000 juga aku kehilangan 15 hari. Tidak pasti apa sebab mersababnya. Tapi yang pasti jika di congak-congak lebih 70 hari cuti rehatku hangus begitu sahaja. Itu rumusan yang aku dapat dari semakan cuti rehatku dari pihak pendaftar.

Bilamana aku berbual dengan kekawan;

"Kita makan gaji ini selalunya imbuhan itu tak seimbang dengan kerjaya"

"Haa aah! ada ketikanya kerjanya terlampau banyak imbuhannya tak sepadan; ada pula gaji banyak@lumayan kita pula banyak memonteng, pagi petang asyik berbual atau cit cat sahaja... cit cat bergaji!!!"

"Sebab itu mungkin terjadinya kes macam abg iDAN, hilang cuti rehat mungkin ada hikmah di sebaliknya"

"Haa..ahh!, terkadang kita ini pergi beli-belah pun bergaji!" Curi waktu kerja berbelanja sakan.

Maka itu aku sering mengamalkan sikap berkerja amal. Jika dulu memang salah satu dari visi pekerja mesti ada kerja sumbangan. Kerja rutin memang yang utama, tetapi bila ada waktu senggang ada baiknya buat kerja sumbangan. Kerjaya ini jika kita tulus ikhlas pasti Ilahi akan memberi ganjaran sebaiknya; mengikut ajaran agama kita ianya akan menjadi amal jariah. Rezeki yang kita bawa pulang jika kita berniat memberikan ianya sedekah buat anak-anak & keluarga; pasti kita akan mendapat pahala. Imbuhan yang berkat.

Kekinian sejak ada internet, banyak sangat masa terbuang dengan melayari internet. Jika telah sakit kena kemaruk cit cat lagilah mengarut. Leka. Kawan baik depan mata pun tak dilayan; yang lelakinya mengayat entah anak dara siapa. Yang perempuannya rasa bagai merak kayangan lantaran ramai sangat jejaka yang asyik menyapa & menabur janji sendaleka.

Dalam tempoh lima purnama ini, memang aku rasa terkilan lantaran aku tidak sebebas dulu mahu membuat kerja amal. Aku kini tercampak di Unit IT nan banyak protokol. Rakan sekerja rata-rata tak setuju jika aku cuba membuat kerja sumbangan membetulkan komputer yang tiada cop jabatan yang aku berkerja kini. Bagiku jika kerja tidak bertindih, apalah salahnya membantu betulkan komputer kekawan sekerja. Dari membuang masa leka bercit cat, bermain komputer, atau melayari internet yang tak bertepi.

Jika rajin bagiku apalah salahnya jika membina laman web atau situs atau blog sendiri. Terkadang jika kita rajin mengumpul maklumat. Dari sepuluh bahan takkan satu pun tak ada manfaatnya buat mereka yang mengunjungi blog kita.

Islam sendiri mengajar kita; sesungguhnya kata-kata yang baik atau nasihat yang berguna itu bagaikan sedekah. Kita perlu amat menghargai masa. Masa mana boleh dijual beli. Sedetik masa berlalu tanpa kita isikan dengan perkara yang bermanfaat; sememangnya kita menjadi Hamba Allah yang amat rugi.

Dari Abu hurairah ra, berkata : Rosululloh SAW bersabda, Setiap ruas tulang manusia wajib dikeluarkan sedekahnya setiap hari ketika matahari terbit :

1. Mendamaikan dua orang (yang berselisih) adalah sedekah
2. Menolong seseorang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkatkan barangnya ke atas kendaraan adalah sedekah
3. Kata-kata yang baik adalah sedekah
4. Setiap langkah kakimu untuk mengerjakan syolat adalah sedekah
5. Menyingkirkan rintangan di tengah jalan adalah sedekah

(HR.Bukhori dan Muslim)

Dengan demikian marilah kita berlumba-lumba dalam berbuat kebaikan dan bersedekah, karena setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan dari Allah SWT, sebagaimana janji-NYA ;

Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). (QS.Ar-Rohmaan ayat 60)

- Menarik juga catatan dari situs lama ini; kata-kataku sekitar dua tahun lalu ada baiknya kita renungi bersama dalam berkerja makan gaji. Sekarang aku telah bersara sekitar setahun setengah. Pelbagai ujian yang getir telah pun aku lalui terutama sukarnya perjalanan untuk menerima menantu.

Bukan senang mahu mengulit rindu. (Singgahsana)


1. Tak semudahnya bercinta, saat bercinta segalanya indah belaka. Bila telah berumah tangga terkadang dengkuran suami pun akan menjadi penyebab cinta semakin lekang. Apatah lagi bab cabar-mencabar. Pantang dicabar maka akan panjanglah langkahnya. Mana ada rindu-rinduan lagi.

2. Perlu diingat bagi pasangan yang baru membuat hal hidup; tiga tahun pertama adalah tahun-tahun yang penuh ujian. Apatah kahwin dalam keadaan masih muda atau pun tak cukup segala. Rumah sekadar sewa; kereta perlukan bayaran bulanan; kerja tak tetap lagi. Anak pula telah lahir. Semua itu kena ada pakatan kukuh. Mana ada rindu-rinduan lagi semua memerlukan tanggungjawab yang jitu pun kasih sayang yang setia kukuh.

3. Tiga tahun ketiga saat agak tenang; bila berbalah ada anak untuk dibelai, anak sebagai pengikat kasih sayang. Tiga tahun tak faham lagi perangai suami atau isteri tentulah pelik. Tentunya rumit jika tahun keempat kelima & keenam masih tak punyai anak. Ujian paling getir adalah keluarga mertua. Jika mertua faham tak apa; ada yang mertua pakat-pakat cari calon suami buat anaknya; atau calon isteri bagi pihak mertua lelaki yang gila nak cucu. Jauhkan diri dari keluarga begini jika sayang rumah tangga. Antara suami isteri mungkin dah penat bergaduh selama tiga tahun; dah tahu beralah. Dah pandai perah kapcai keluar rumah jika isteri membebel. Maka sabar-sabarkanlah hati itu.

4. Isteri pun kena ingat biar pun ribut barat daya melanda; jangan cari jalan mertua masuk campur urusan rumah tangga. Mertua yang baik masuk campur untuk mendamaikan bukan batu api. Mertua yang baik akan menasihatkan jangan sampai perang besar. Sebaiknya selesaikan segala masalah berdua. Bersama berdua. Kena hormat kata suami; jangan pula suami suruh balik ke rumah ikut sahaja. Sudah tahu emak pun tak pernah hormat bapa sendiri cari penyakit nak mengadu pada emak yang begini. Ayah pun sama buat cawangan sana-sini. Tempat isteri adalah pada suami. Kalau emak ayah itu okey! jenis pendamai; tak salah renggang sekejap. Bukannya bercita-cita keluar rumah berbelasan tahun.

5. Tiga tahun ketiga; maksudnya tahun ketujuh, lapan & sembilan adalah tempoh penentuan. Jika dalam tahun ketujuh masih tak sefahaman; tahun kelapan pun sama. Tahun kesembilan lebih egonya. Hisung masing-masing tetiba bertambah tinggi. Maka memang selamanya begitulah. Terimalah seadanya kelemahan masing-masing. Jangan kecuh nak cerai-berai. Ingatkan kebaikan suami yang ada biar pun sedikit sangat baiknya; begitu jua sang isteri malas, kaki bebel, ego terlampau terimalah sahaja. yang penting dia ingat agama. Dia rajin solat. Dia tak kedekut tak berkira dalam banyak hal, mesti ada baiknya isteri kita; paling tidak sayangilah isteri kita sebab dia pandai masak sayur bening.

6. Hidup amat kejap jangan gaduh-gaduh. Tak ada isteri siapa nak jadi Ketua Bidadari abang oii!.

18 Disember 2010

Nilai 3 masih meriah. (Singgahsana)




Baru saja balik dari Nilai 3. Suasana di sana masih meriah, apatah lagi jika kalangan kita mahu membuat majlis perkahwinan. Ada banyak kedai yang besar agam untuk mempelai. Sebesar gudang; ada 1001 pilihan. Lain kedai lain pula barangannya. Memang jadi rambang mata.

Apatah lagi jika ada kedai yang mahu ditutup pasti harga barangannya mengejutkan kita tawaran yang terendahnya amat berbaloi. Selain barangan pengantin ada pelbagai lagi pilihan barangan hiasan rumah; cadar, selimut, permaidani antara pilihan yang begitu menarik.

Jika dulu aku bersungut tak ada Narita cuma banyak Toto untuk buat tilam; sekarang Narita telah banyak terdapat di Nilai 3.

Perabut jua amat banyak di sini; dari perabut China sampailah ke perabut Jati. Cumanya kedai di sini cepat tutupnya; jika hujung minggu agak lambat sekitar 9:00 & 10:00 malam, hari biasa selalunya lebih awal dari itu.

Selain kedai barangan, gerai makanan di sini jua amat menarik; cubalah makan Sup Haji Nan; memang sedap. Ianya terletak betul-betul di tengah Nilai 3. Nasi campurnya siap pelbagai ulaman & sambal belacan taruh mangga atau terkadang bacang amat mengancam. Sambal tempoyak, cicah budu & sambal asam kicap untuk ikan bakar dengan harga yang berpatutan. Aku suka Sup Campurnya. Selalunya aku pasti tambah nasi jika makan di sini.

Hiasan tamannya pun makin menarik amat banyak senibina telah pun direka; cantik jika ingin bergambar dengan Gajah, Dinasor atau Unta nan kaku.

Jika anda tinggal sekitar Kajang cubalah ikut Lebuh Raya LEKAS; kejap sahaja telah sampai ke sini tanpa bersesak di Lebuh Raya KL Seremban. Penghubungan semakin lekas & tak sejauh dulu lagi. Moh!lah kita ke Nilai 3, temankan penyair ini.

17 Disember 2010

Perkahwinan Retak, Jimmy & Isteri Tidak Tinggal Sebumbung

Mudah-mudahan kemelut rumah tangga Jimmy dan Nursuhaila Eliani dapat diselamatkan.

Jumaat Disember 17, 2010

PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.

Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.

“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.

Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

07 Disember 2010

Easyjournal kembali boleh diakses (Singgahsana)


Hari bila aku klik ke laman sesawang (situs) lamaku kembali dapat diakses; Ceritera seabad lalu kembali dapat aku baca; ada banyak ceritera aku yang bila dibaca semula mengimbaukan kenangan yang amat manis pun ada yang tragis. Syok juga baca catatan lama kita. Cara kita berfikir dahulu amat berbeda dengan kini.

Yang ini kisah Mila di Pulau Carey mungkin antara catatan yang menarik. Bagaimana gusarnya hati seorang suami bila berjauhan dengan isteri. Kisah ini adalah berkaitan dengan Bulan Puasa & suasana berhari raya. Raya Haji.

Klik sini; http://desatualang.blogspot.com/2006/11/jenaris-singgahsana.html

Sebahgian situs lama sedang aku pindfahkan ke Blogspot agar ianya tak akan lupus begitu sahaja. Jika anda suka mengingkap kita dahulu sila klik ke situs lama aku. Sementara ianya dapat diakses.

http://desatualang.blogspot.com

URL situs lamaku adalah

http://idanradzi.easyjournal.com

01 Disember 2010

Pantu TokWan 3 (Seloka)


iDANRADZi

Turun pagi ke pasar minggu
Hujanlah turun diwaktu petang
Puaslah sudah dikau ku tunggu
Tak pernah berkunjung datang

Awan mendung berarak lalu
Hujan turun di waktu senja
Masa berjauhan rindu selalu
Bila bertemu diam sahaja

Hujan lebat turun di gunung
Habislah kampung banjir tenggelam
Puas sudah dikau ku tenung
Hingga terbayang sampai kemalam

Hujan rintik dipagi hari
kembang putik di celah mayang
wajah cantik muka berseri
Membuat hati bertambah sayang


Abdul Hamid Othman
tok wan, teman pantun juge ye:
Hujan rintik rintik
Ayor pasang dalam
Adik nampak cantik
Abang tak tidor malam



  • hehehe....


    • hujan turun rintik-rintik
      turun lebat sebelah pagi
      bila adik bertambah cantik
      tak perlu nak tambah lagi


# iDAN membeli...
Kembang putih di celah mayang
belibis resah ekor bergoyang
jauh dirindu dekat disayang
siang malam terbayang-bayang

Teratai dihias bersulam benang
benang emas mari dari Sepetang
jiwa adinda ini masih tak tenang
gundah gelana cabaran mendatang

Pekan Sepetang berjumpa pacar
bersanggul cantik tersenyum malu
bukan tak boleh berbicara lancar
jarang ketemu asyik kelu selalu.

...sepanjang dua tiga minggu ini kesihatan asyik terganggu
anak isteri keluarga pula langsung tak ambil peduli... ada saja
yang kita lakukan tidak disetujui sampaikan nak jumpa
Aishwarya Rai pun nak dipersoalkan..


Ahmad Harun
  • ‎~
    mayang kembang dicelah sudur
    putik terbit berbentuk segi
    terbayang adinda sebelum tidur
    sampai termimpi bawa kepagi
    ...
    Bagai berurat selembar benang
    terjurai lurus disudur mayang
    seandai diri resah tak tenang
    sujud dahi ditikar sembahyang

    putik lerai sudur tersangkut
    sipinang muda tepi sempadan
    resah dihati jangan diikut
    kalau diturut siksalah badan

    putik terlerai dek angin lalu
    jatuh bersepai sampai ke bagan
    bila bertemu lidahku kelu
    handak bersapa terasa segan
    .
Idan Radzi
  • Si pinang muda jatuh di dada
    buat penawar di hujung usia
    ingin dibuang segan yang ada
    agar petah berbual segala rahsia

    Sang angsa garang suka bercanda
    berlagu inang memakai mahkota
    tak siapa sula derita melanda
    tapi Nan Esa sering menguji kita

    Lagu bernama Sedarlah Sudah
    di dendang oleh dik Siti Khatijah
    memag damai di tikar sejadah
    namun cubaan terus menujah

    Asyik dan merdu lagu ceria
    tertidur hamba di sepi huma
    ini namanya cabaran dunia
    ke akhir hayat reda diterima.

    ... sakitnya gigi ni masih tak reda..
    .


NAMA-NAMA SYURGA DAN NERAKA (Agama)


Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus

2. Syurga 'Adn

3. Syurga Na'iim

4. Syurga Na'wa

5. Syurga Darussalaam

6. Daarul Muaqaamah

7. Al-Muqqamul Amin

8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkatan dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam

2. Neraka Jahiim

3. Neraka Hawiyah

4. Neraka Wail

5. Neraka Sa'iir

6. Neraka Ladhaa

7. Neraka Saqar

8. Neraka Hathamah.

Gambaran tentang Syurga di dalam Al-Qur'an antara lain sebagai berikut : syurga seluas langit dan Bumi (Al-Hadid:21), di dalamnya terdapat pohon-pohon dan buah-buahan (Ar-Rahman:54,68, dan Al Waqi'ah :28,29,32-33), terdapat istana-istana dan mengalir sungai-sungai dibawahnya (Al-Furqan:10), tahta-tahta kebesaran dan ranjang-ranjang emas/permata (Ash Safaat:44 dan Al Waqi'ah : 15), serta ditemani bidadari-bidadari (Ar-Rahman : 72 dan Ad Dukhan : 54)

Nama Syurga, tingkatan, dan calon-calon penghuninya sbb :

1. Syurga Firdaus
Dijadikan dari emas yang merah. Dalam Al-Mukminun :1-11, dijelaskan bahwa syurga ini untuk orang-orang yang khusyuk syolatnya, menjauhkan diri dari perbuatan sia-sia, aktif menunaikan zakat, menjaga kemaluannya, memelihara amanah, menepati janji, dan memelihara syolatnya.

2. Syurga 'Adn
Diciptakan dari intan putih. Penghuninya yaitu orang yang bertakwa kepada Allah (An Nahl :30-31), benar-benar beriman dan beramal saleh (Thaha:75-76), banyak berbuat baik (Fathir:32-33), sabar, menginfakkan hartanya, dan membalas kejahatan dengan kebaikan (Ar Ra'ad :22-23).

3. Syurga Naim
Dijadikan dari perak putih. Diperuntukkan bagi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah dan beramal saleh (Al Qalam : 34, Luqman : 8, Yunus : 9, dan Al-Haj : 56).

4. Syurga Ma'wa
Diciptakan dari jamrud hijau. Adalah tempat orang-orang yang bertakwa kepada Allah (An Najm:15), beramal saleh (As Sajdah : 19) serta takut kepada kebesaran Allah dan menahan hawa nafsunya (An Naziat : 40-41).

5. Syurga Darussalam
Diciptakan dari Yakut merah. Penghuninya yaitu orang-orang yang kuat iman dan Islamnya, memperhatikan ayat-ayat Allah, serta beramal Saleh (Al An'am : 27).

6. Syurga Darul Muqamah
Diciptakan dari permata putih. Dihuni oleh orang-orang yang kuat iman Islamnya, banyak berbuat kebajikan, dan jarang berbuat kesalahan.

7. Syurga Al-Maqamul Amin
Diciptakan dari permata putih. Kediaman orang-orang yang bertakwa (Ad dukhan : 51).


8. Syurga Khuldi
Diciptakan dari marjan merah dan kuning. Dihuni oleh orang-orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya (Al Furqaan :15).

Jarak antara tingkatan syurga yang satu dengan yang lainnya diterangkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri : "Syurga itu terdiri dari seratus tingkat. Antara tingkat yang satu dengan yang lainnya berjarak seperti antara Bumi dan langit. Dan tingkatan tertinggi adalah syurga Firdaus.".

Menurut hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., syurga memiliki 8 pitu dari emas yang ditaburi mutiara. Pintu-pintu tersebut adalah :

1. Pintu untuk para Nabi, Rasul, syuhada, dan dermawan.
2. Pintu bagi orang-orang yang mendirikan syolat dengan menyempurnakan syarar rukunnya dan wudhunya.
3. Pintu buat orang-orang yang mengeluarkan zakat dengan kebersihan jiwa.
4. Pintu untuk orang-orang yang memerintah kebaikan dan melarang kemungkaran.
5. Pintu orang-orang yang mencegah hawa nafsu dan kesyahwatan.
6. Pintu buat orang-orang yang menunaikan ibadah Haji dan umrah.
7. Pintu bagi para ahli Jihad (berjuang menegakkan agama Allah)
8. Pintu bagi orang-orang yang bertakwa, berbakti kepada orangtua, dan menyambung tali persaudaraan.

Penghuni syurga kekal abadi.. adakah kita hanya memilih untuk masuk syurga yang paling bawah dan kekal abadi di situ? Boleh kah penghuni syurga di bawah memasuki syurga yang atas?

-Tujuh tingkat Neraka-


NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.

Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: “Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya.” (Surah At-Tahrim: 6)

Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, waima sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.

Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:

- Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya.” (Surah Al-Imran:12)

Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: “Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah”.

- Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: “Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya.” (surah Al-Lail: 14-16)

- Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

- Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

- Saqru@Saqar ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

- Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

- Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: “Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. ” (surah Al-Qariah: 8-11)

29 November 2010

Guzaarish (Hiburan)



Baru pulang dari menonton filem ini; filem nan menarik & amat menambat hati. Dua bintang nan menerajui filem ini sungguh unik lakonannya. Laguan nan dialunkan jua amat syahdu. Filem yang banyak menyentuh soal kehidupan & deritanya seorang pesakit lumpuh (Ethan). Setelah 14 tahun berkurung menderita Ethan memohon perintah mahkamah agar dia dibenarkan melakukan Euthanasia.

Pergilah menonton di Capsquare sekitar 9:30 malam & rasai suasana damai di sini neon sekitar komplek ini terlalu indah pun damai tanpa kesesakan di sini ketika malam. Capsquare menjanjikan keselesaan panggungnya...

PERJALANAN KAJANG KE CAPSQUARE

Jika dari Kajang aku suka ikut Lebuh Raya Seremban KL selepas maghrib tak sesesak mana sebab menyongsang arus ...

  • Dari tol Sg Besi masuk Smart Tunner menuju terus Jalan Tun Razak.
  • Lepas Tabung Haji himpit ke kiri masuk Jln Ampang... (Salam kubur P. Ramlee di kanan) pastikan ikut lorong tengah; simpang empat Menara KL Bukit Nenas (kiri ada stesen Monorel) ikut terus (pukul 12) KEMUDIAN himpit paling kanan... ada lorong masuk ke CapSquare... ( Jika terlajak lorong ini di depan ada lorong JALAN MASUK ke CapSquare...BELOK KANAN..)


Memang tak sampai pun 45 minit dah sampai.. Parkir bawah bangunannya; biasanya malam-malam aku bayar parkir sekitar RM2 sahaja... balik sekitar jam 12:00 malam.

Makan di sini (ada Medan Selera...) agak mahal biasa RM5 sini RM7 tapi tempatnya memang santai. Pawagam TGV Cinema Tingkat 3. Tak ramai orang kita kecuali ramai benggali sahaja; Amoi Benggali lawa-lawa datang dengan famili. Datang awal filem Hindi yang baru ditayangkan selalunya penuh pawagam. Aku selalu memilih setelah seminggu filem ditayangkan. Jika bawa orang tua tak segan tak ramai anak muda melepak. Benggali sering datang dengan atuk & nenek mereka. Tingkat Bawah ada minimarket jika malas nak beli POP Corn.

Balik...

  • Keluar dari parkir belok kanan & belok kanan lagi (memang jalan sehala) himpit kiri ikut Jalan Raja Laut ... belok kiri akan jumpa Jln T Rahman; malam minggu selalu Dataran Merdeka tutup... belok kanan & himpit kiri... sebelum Masjid Negara turun bawah.. ada bulatan renik... ikut depan stesen keretapi lama... lampu isyarat iku terus... himpit kiri depan mahkamah naik atas... jumpa Istana Negara...
  • Tanpa tol Smart Tunner .. pasti sampai Kajang tak sampai 45 minit...


Samalah kalau nak ke Bangi atau sekitarnya.

Memang santai & menarik Capsquare ketika malam jika banyak masa...jalan kaki keluar Capsquare... sekitarnya banyak Kedai Mamak untuk nak rasa nasi goreng mamak! atau Nasi Lemak... buatan org Melayu KL kita...

Pasti aku akan rindu CapSquare jika pawagam ditutup nanti. Pelik tempat santai begini tak ramai penghuni... selain benggali.


http://movies.sulekha.com/hindi/guzarish/default.htm

More than entertainment, 27 November 2010
10/10
Author: nihaldps from India

Its very true that Bollywood offers less freshness and innovativeness but Guzaarish provides you way more than entertainment. It will take you to a world of fantasy so close to the characters that you enjoy every bit of things happening out. A movie awesome in every aspect is Guzaarish, a love story knitted in subtle threads of sentiment, a more than life feeling is Guzaarish. Its made to satisfy you not just to entertain you. This movie is simply magical.

I had never thought it would provide so much, as the trailer was not so profound as the movie is.Sanjay Leela Bhansali's direction is simply outstanding. He will never let you loosen your grip anywhere in the movie. He will completely bind your heart and mind with the movie. Music of the movie is quite complementing and has got some soft scores that will be soothing for your ears.

Lastly I would like to add that if you have a habit of attaching yourself emotionally to a movie too much then have a handkerchief with you fr this, by the way I had a towel with me in my case. Last 10-12 mins of the movie are simply breathtaking, everything is so emotional that will make you cry like a little baby. I cried, I enjoyed.

my ratings - 10/10

Absolute Must See film -- 'come fall back in love with life', 19 November 2010
10/10
Author: sshogben from Seattle, Washington

Yes, "Guzaarish" is THAT good.

"Guzaarish" will not just upgrade your expectation of what is possible to achieve through the medium of film. "Guzaarish" will change your life.

Easily the best film of 2010 -- anywhere -- "Guzaarish" joins the ten or so truly seminal movies throughout cinema history that are so groundbreaking and perfectly executed that we leave the experience seeing the world, even our own lives, in some fundamentally different way.

SEE THIS FILM.

"Guzaarish" is the masterpiece of famed director Sanjay Leela Bhansali ("Black", "Devdas", etc.) who here not only directed but wrote the script, co-produced the film, and composed the music.

The core storyline is borrowed from the 1981 classic "Whose Life Is It Anyway?", in turn adapted from the Broadway and West End multi-award-winning play of the same title: an artist (originally a sculptor, here a great magician), quadriplegic after an accident, when his internal organs start failing petitions a court for the right to end his own life, inciting a whirlwind of controversy in the lives of all those who love and care for him. But do not be deterred by the bleak-sounding premise. Through the genius of Bhansali -- and actors Hrithik Roshan and Aishwarya Rai Bachchan -- "Guzaarish" transcends any and all preconceptions. "Guzaarish" becomes a joyous celebration of Life, of living every moment to the full and living with dignity.

Mr Bhansali stated at the music launch that unless both Mr Roshan and Ms Rai signed for the project, he would not have attempted this film.

The resulting film proves Bhansali's point: no other actors but the individually so-gifted Mr Roshan and Ms Rai -- AND their matchless on screen synergy together -- could have brought "Guzaarish" its power and magic.

But in the safe hands of Bhansali, Roshan, and Rai you really will 'come fall back in love with life'.

10/10

21 November 2010

Berkorban. (Agama)


Orang-orang yang disunat berkorban:

Tidak semua orang Islam disunatkan berkorban, ia hanya disunatkan ke atas mereka yang cukup syaratnya sahaja iaitu orang Muslim yang merdeka, telah sampai umur dan berakal tidak kanak-kanak dan orang gila, berkuasa berkorban iaitu memiliki wang atau harta yang lebih bagi perbelanjaan diri sendiri dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya al-Adha, pada hari-hari tasyrik dan malamnya.

Orang yang hendak berkorban itu . Disunatkan supaya jangan memotong kuku, rambut, janggut atau bulu-bulu yang lain bermula awal Zulhijjah sehinggalah selesai ibadat korban kerana Allah SWT akan merdekakan semua anggota badan. Bagi mereka yang melakukan Ihram Haji dikecualikan. Ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, sedangkan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka hendaklah iapegang (jangan membuang ) rambut dan kukunya". (Riwayat Muslim)

Bagi kaum lelaki yang pandai menyembelih binatang, disunatkan kepadanya menyembelih sendiri binatang tersebut. Golongan perempuan adalah sunat mewakilkan sembelihan korban itu kepada orang lelaki yang mahir. Mereka yang melakukan korban hendaklah melihat binatang korbannya itu semasa disembelih.

Kenapa timbul isu orang yang berkorban perlu melihat akan binatang korban (biar pun tidak wajib).

Mungkin berhubung kait dengan riwayat ini:

" Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahar yang lebih dicintai Allah selain mengalirkan darah (menyebelih haiwan korban). Haiwan sembelihan itu akan datang pada hari Kiamat membawa tanduknya, kukunya dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan sembelihan itu sampai kepada Allah lebih dulu daripada sampai ke tanah. Maka sucikanlah diri kamu dengannya (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi)."

Andai kata kita sendiri tidak melihat korban yang kita lakukan; bagaimana binatang korban itu mengenali kita. Hanya restu & penerimaan Allah SWT sahaja yang bakal menemukan kita dengan korban kita. Pun jika kita ada bersama pastinya lebih meriah & dapat melihat ketentuan daging ini diagihkan.


Namun tidaklah salah jika kita wakilkan seseorang atau sedekahkan semua bahagian kita buat mereka yang dibolehkan. Seumpamanya kita mahu binatang korban kita dikorbankan di Tanah Suci di Mekkah, mana mampu kita ke sana. Isunya banyak pahala sunat tidak kita dapati seperti memakan sebahagian daging korban kita terutama hatinya binatang yang kita korban; memang itu yang diamalkan oleh Rasulullah.

Bagaimana pun ikutlah kemampuan kita berkorban; korban itu boleh merapatkan ukhuwah sesama kita terutama mengembirakan kaum miskin di Hari Raya.

http://dgelenggang.blogspot.com/2009/11/soal-jawab-ibadah-korban.html

Di dalam al-Quran disebut tentang pengorbanan dua anak Adam. Anak pertama memberi korban dengan tulus ikhlas atas dasar niat untuk mematuhi perintah Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya. Sementara anak yang lain juga berkorban tetapi tidak berdasarkan ketulusan hati dan usaha sungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu korban anak yang pertama diterima di sisi Allah manakala anak kedua tidak diterima oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 27 yang bermaksud: Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabil dan Qaabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang antaranya (Haabil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabil). Berkata (Qaabil): "Sesungguhnya aku akan membunuhmu." (Haabil) menjawab: "Hanya sanya Allah menerima (korban) dari orang- orang yang bertakwa."

16 November 2010

Sedapnya Pantun Tok Wan 2

masam rasanya asam remenia patah dahannya menimpa sena begitulah adat insan didunia tiada berharta dipandang hina asam pedas tiada bercuka gunakan air si asamlah jawa hanya tangisan penawar duka senyum dibibir menuba jiwa cencaru sumbat sambal berlada makan bersama tumislah kerang berpangkat tidak berharta tiada hamba yang miskin disisih orang sedih pilu menyebakkan dada tidak tertanggung resah di jiwa airmata tak daya membasuh luka mengenang diri hidup kecewa setiap masa terasakan sepi tak tahu kemana nak bawa hati hendak berkawan orang tak sudi akhirnya di rumah mengurung diri beginilah nasib diri yang hina hidup miskin tiada berharta wajah pun buruk berbudi tiada setiap hari menanggung derita kata orang:.... gelak orang, gelaklah le kita.... yang digelakkan orang adalah kita..... pikio..pikio le.... Ahmad Harun
Kekanda memanjatkan doa kehadhrat Allah yang Maha Esa semoga isteri adinda lekas sembuh sihat seperti sedia kala.... sedih pilu menyebakkan dada tidak tertanggung resah dijiwa airmata tak daya membasuh luka ...mengenang diri hidup keciwa setiap masa terasakan sepi tak tahu kemana nak bawa hati hendak berkawan orang tak sudi akhirnya dirumah mengurung diri beginilah nasib diri yang hina hidup miskin tiada berharta wajah pun buruk berbudi tiada setiap hari menanggung derita
Idan Radzi
TW ini yang sy rasa.... Buah remenia di dalam dulang buat tumis si sambal udang ingin hatiku melangkah pulang ...tak siapa sudi datang bertandang Udang galah melatah selalu sangkut sepitnya di celah perdu sendiri menatap kenangan lalu resah hatiku menanggung rindu Perdu lengkuas si pucuk paku buat masakan rakan dan tamu jangan diharap kepulangan daku asyik tersesat di lautan rindumu. Tetamu tak datang bagaikan bala penat menunggu tersangatlah hiba terasa terasing dek miskin segala bak tiada siapa sudi menyapa hamba. ...terkadang hidup kita terasa sepi bilamana tiada teman datang menyapa diri...
  • Ahmad Harun
    apa yg adinda idan rasa lebih ringan dari yg apa kanda rasa....
  • kalo tak percaya mari tinggal sehari 2 dirumah kanda tw .... buat sambal menumislah udang udang ditangguk dengannya kain bukan tak sudi untuk bertandang ...mungkin mereka ada hal yang lain dipucuk ara tumbuh dedalu tempat burung bersiul sepi bila terkenang kenangan lalu airmata jatuh menitis dipipi tegak merimbun pohon meranti tempat berteduh sianak angsa jangan diturut rajuknya hati hidup tak usah berputus asa dipohon meranti pipit bersarang selalu turun memakan padi jangan diharap kasihnya orang usah dirayu pada yang tak sudi Sawahlah padi di Tanjung Lepa tempat bermain burung merpati janganlah adinda merasa hampa terima dugaan Allah seikhlas hati Bersabarlah...

15 November 2010

Router Meragam (Singgahsana)


Aztech antara router yang mudah dikonfigurasi.


Catatan ini disunting semula dari FB.

Okey nampaknya TP-Link ini; tulis e-mel pada khidmat pelanggan di situsnya; Mat salleh dari US tolong kasi beberapa tips... dan ianya berjaya dihidupkan. (Setelah lebih dua minggu meragam).

Itu yang saya sedih; bayangkan Prof Nizam; yang jaga bab kerosakan itu anak kita Melayu; baru berumur sekitar 20an... nampak muda & belum kahwin lagi; Rambut siap ada ekor tapi punyalah sombong dan siap perlekehkan orang tua macam saya ini... Taukenya pula samseng habis; sedangkan saya sekadar bertanya tentang tips sebenar nak laraskan router ini;

Ayatnya dua makhluk Allah ini amat menyakitkan hati; macam kita ini orang tua kampung buta IT; taukenya siap marah saya reset router lagi... siap tanya:

"Kenapa Lu kasi reset ini router!" (semua router kalau dah meragam memang kena reset untuk kembali ke konfigurasi kilang, soalan apa namanya ini?)

Kalau ikut panas hati memang mahu bergaduh besar; bukan bab harga atau apa.. tapi kita sebagai pelanggan salahkah nak tahu cara nak konfigurasi yang betul; setelah dua hari lebih saya cuba ikut Buku Panduan yang diberikan, memang tak dapat menolong & sudah jenuh klik arahan di internet. Gagal.

Saya sabarkan diri: RM120 memang duit anak saya kumpul untuk beli router ini (nilai bagi orang kaya tak seberapa, sya tak kaya). Saya bertekad dalam hati cara berniaga & berlagak samseng begini takkan ke mana apatah lagi untuk berkat rezekinya... takkan pasal RM120 kita nak bergaduh. Sabarlah.

Mat Salleh yang tak kenal kita pula yang amat baik nak bantu saya & tak sampai pun beberapa puluh minit sudah saya dapat hidupkan router ini. Telah boleh akses internet. (Hingga kini Mat Salleh dari US itu masih mengahantar e-mel tanda sedia membantu)

Tak pun muatturun firmware; memang kena reset routernya & konfigurasi ikut apa yang Mat Salleh linkkan itu. Tak kurang ada tiga laman sesawang yang dapat membantu.

Rasanya kita orang Malaysia sombong yang bukan tempat. Saya sedih dengan anak Melayu kita itu; tak beradap sopan dengan pelanggan bagaimana mahu berjaya dalam perniagaan.

Ilmu bukan boleh dibawa ke kubur... saya lebih 15 tahun bantu anak bangsa untuk mahirkan diri dalam ICT; tak pernah sesombong dia. Saya suka amat membantu kalau ada siapa bermasalah dalam ICT... tak pernah minta apa pun upah atau bayaran.

Ilmu lagi kita curah lagi akan mengalir ilmu yang baru.

Moralnya kenapalah Syarikat dari Malaysia kasi Menu atau Buku Panduan yang tak lengkap; Main cetak saja buku panduan tapi ianya tak dapat menolong. Katanya TP-Link gerenti dua tahun; tak sampai dua minggu orang kita konfigurasi boleh rosak. Pelanggan selalunya benar jika anda berniaga mahu perlekehkan pelanggan pasti pelanggan akan lari.

InsyaAllah saya boleh guna TP-Link lebih dari apa yang tauke & budak Melayu itu lakukan cara saya sendiri... InsyaAllah.

Awas dengan kedai ini...
New Tech Marketing Sdn Bhd
Lot 170-171 Tingkat 3; Plaza Metro Kajang
Tel : 03 6739 4080 Fax 8739 4081
Sebelah Panggung Wayang...

......Bersepah kedai lain yang lebih baik layanannya... jangan cuba-cuba beli barangan yang ada gerenti & kena mengadap mereka kembali... sombong tak bertempat... layanan setelah kita membeli atau gerenti
amat sifar & lebih kepada menyusahkan sahaja...

14 November 2010

Respon Buat AC

nenek kebayan says:
KUALA LUMPUR Selepas beberapa hari membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya diugut oleh hantu internet yang maya (macam Maya Karin tu) dan seterusnya jadi bahan komedi sepanjang hari dan malam di facebook, penyanyi dan pengacara, En. Mizal Zaini (Datuk? kahkahkah! Jangan la malukan DYMM Tuanku Sultan Pahang begitu sekali bang), 39, atau AC Mangkok tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa isu yang ditimbulkan penulis blog Aidid Mu’addib (hai sume… pekabo?), antaranya mendakwa harga gelang AC bukan AS$25, tapi AS$12.50 sahaja (38 hinggit!), tetapi dijual dengan harga RM1000 kepada bebudak Melayu, penjualan gelang AC di gedung Marks & Spencer di London yang tak pernah berlaku (M&S London dah confirm kan), tiada lesen jualan langsung (KPDNKK dah confirm kan) dan gelaran Datuk yang masih belum diterima (tapi saban hari guna Dato’ ini, Dato’ itu di facebook. Dato’ AC Mangkok is in da house YAAALLLL… mari joinT ACK. Kalau tak joinT, nanti uols akan FILL FRAST!!!).
Beliau yang kini bergelar ahli pengelentong terhebat di facebook, yang telah lebih setahun menggunakan statusnya sebagai seorang artis cokia’, selaku kepala ketapi AC Konsortium Sdn Bhd, menyifatkan dakwaan terbabit semua memang betul belaka, tetapi berharap 3 orang wartawan Harian Metro yang interbiu dia tu, boleh terus senang dikelentong dan dapat menulis artikel ikut apa saja cakap dia, supaya perniagaannya dapat diteruskan, dan duit orang-orang Melayu itu terus masuk poket dia dengan membeli gelang costume jewelry yang dijual oleh Lulu Zheng (dari Guangzhou, China). Ini katanya perlu untuk meningkatkan mutu kewangannya, supaya beliau dapat beli Hummer pulak… Beliau dah bosan dengan Bentley tu, ulasnya…..
Ah! Udah udal le tu yeop! Let’s be serious! I AM a serious kinda guy when the need arise. And this issue of selling useless bracelets to the Malays and promising returns via a pyramid-scheme model of business is bloody damned serious. This involves millions of ringgit. This involves thousands of people who is wearing worthless bracelets with imitation diamonds that has no health value whatsoever. But this guy above is raking in money by the truck-loads nonetheless. It’s a crazy world we live in…. but that is Malaysia for you. And I am angry at the power that be, that allows this situation to persist for so long. Where is our common sense in this day and age? Is this the state of Malaysian society in the 21st century? Am I supposed to be proud… or ashamed?
By saying that he is being threatened by dear ol’ Aidid Mu’addib here, and saying that he had already hired a bodyguard… this is taking this on-going ludicrous stupid situation a notch hire than it had already been. Oh goodness me! Who wants to physically attack him, pray tell? Not me, honest to God! An attack from all those poor Malays that bought that useless trinkets from him… now, that’s a possibility. Imagine all those angry customers’ feelings. I couldn’t care less if he had constipated for the last 7 days or if he had started sweating real blood from his sweat pores… I just couldn’t care less, man! Not for a single minute. But then, that’s mighty generous of him to hire a bodyguard. Hopefully Mr. Arjun Thangaraja or Malik Noordin (yang sasa-sasa gitu) will both get that gig. At least that huge amount of money that he swindled from all those poor souls is put to good use, isn’t it? It can keep the bodyguard’s children well-fed, and the bodyguard can also join ACK business… package A probably.
And whoooaaaa! AC Mizal “challenged” me to come forward and show my ugly face ha? Hebat tu bang AC! Pengecut katanya…. dan atas berani kerana benar ke Mizal? Benar apekejadahnya? I thought this guy was a singer. I didn’t realise he is also a COMEDIAN. Anyway… pengecut ke, apa ke, ada aku kesah? Have you all read my blog thoroughly from top to bottom, inside-out? Is AC Mizal my only grouse? Is he the only one who is stealing money from other people? AC Mizal is just a drop in the bucket my friends. OK, a cup in the bucket. Once he goes to jail, I’ll move on to Hairul Nizam and that 2 brothers, and then I’ll go on to chase Morgan and Celya Tay, and then I’ll go after the real clown KhairolR (not particularly in that order)…. It will never stop with just AC Mizal, guys. Gimme a break, man! You all think AC mizal is a celebrity ha? Not to me, man. To me, he’s just a swindling snivelling shite! The twisted “penyamun” of bangsa Melayu of 2010.
Again this “fitnah” isu is raised. Where’s the fitnah people? I caught AC Mizal red-handed. HE GOT BUSTED! BUSTED IN HUGE CAPITAL LETTERS! (Like Candace in Phineas & Ferb said: BUST ‘EM! BUST ‘EM! BUST ‘EM!). And anyway, I trust KPDNKK and SKMM will investigate every single thing that I had presented here in my blog. The way he puts it is that, maybe “someone he knew” is envious of him, and was not happy he wasn’t put in jail recently concerning that issue of that overdue money for his children. OMG! I don’t freaking care about his private life, man! That’s his lousy embarassing private issues that I have no interest in. Mizal… you think you were an MC or whatever, you’re so BIG to me ha? How many times do I have to say… I never watched that wretched one-cent-no-use Akademi Fantasia, and I don’t even really know who this AC Mizal guy is, until I found out about those issues concerning the business of those freaky magic bracelets and the accompanying pyramid-scheme that goes along with it. That’s what Aidid Mu’addib does, isn’t it? Son of Mu’addib chase after people who do pyramid-schemes day in, day out in facebook. And knowledge must flow! If you wanna sing and give time to useless people like Salima and Khai and Lan whathisname or whoever there are out there (who think that singing out-of-tune songs on TV is really worthwhile)…. Woi! You’re just a bunch of losers to Aidid Mu’addib. Get a life! Go to school!
Balik-balik cerita ugutan “elok sembelih aje kut” mamat ni buat modal untuk kasi cerita sensasi kat Harian Membiol. Dey, tak tau ka, bebudak kat facebook saban hari bertempik sorak, ketawa terbahak-bahak diskus pasal isu ni. Everyone gets the joke of the statement, except that weirdo. Back then, I was only joking when I said he may have low IQ. But right now, I think he really does have an IQ of 76. Just above mental retardation. “Walaupun penulis blog yang mengeluarkan kenyataan itu mengatakan ia hanya metafora sehari selepas saya buat laporan polis, saya tidak boleh terima”. Tak boleh terima bang? Ada aku kesah? Mengarut gila baboon mamatnya. Dia ingat rakyat Malaysia ni sama IQ 76 macam dia jugak ke? Semua orang tak boleh menilai apa yang tersirat dan tersurat. Ketakutan konon… haprak punya manusia – 1st class! Berlakon tak abis-abis keje nya. Dah nak terjerut dek penipuan sendiri saban hari pun masih nak berlakon jugak. Ada ke takut kena attack daripada Aidid Mu’addib, sedangkan Aidid Mu’addib tengah mengangkang kat rumah nengok bola. Oh ya, sekarang pulak tengah mengadap Mac menaip dengan dua jari. Nak takut apekejadahnya bang? Tak kose aku deerrr! Nengok muka kau kat internet pun aku nyampah, inikan pulak aku nak pegi “STALKING” ko kat mana-mana ntah…
Dan sapa pulak la nak fikir kalau mamatnya mengambil bodyguard tu, ada nanti yang mengatakan AC Mizal nak tunjuk hebat? Hah? Ke situ pulak. Nanti orang kata AC Mizal takde tuluuuurr… ada la kut. Betul-betul takut pada blog ke? Takut pada Aidid Mu’addib, pejuang anti MLM dan skim piramid yang tegar di alam maya facebook, yang takde sapa-sapa kenal? Dan aku sendiri takde niat nak kasi orang kenal aku pun. Nak buat apa? Nak bermegah macam kehidupan artis tu semua. Ujub dan riak tak putus-putus… gitu? Lakumdinukumwaliyadin…. you go your way, I go mine. This is my way… I sleep well at night without people knowing me. I love my life the way it is. Very quiet. Very soon we all die anyway… what does it matter if people know me or not? Stop being so vain, mister.
Tapi kalau ada orang kacau anak-bangsa aku, kalau ada yang menipu orang-ramai dengan skim piramid dan MLM cikai… I will dig everything about you and I will tell the authority. That’s all there is to it. I am not going to be the one who will attack AC Mizal. KPDNKK and PDRM has capable people to handle the situation… have faith people. And stop harrassing me daily, to do this and to do that, and prepare all the documents, and get ready to be called to the police station or to the court. That ain’t my job, man! I present to you all the research that I had done, and now, it’s up to the authority to do something about it.
OK, mari kita diskus (nak diskus lagik? mak ai!) tentang dakwaan yang ditimbulkan.
1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000
Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.
2) Tiada Lesen Jualan Langsung
Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.
3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London
Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.
4) Testimoni yang ditiru daripada laman web
Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.
5) Gelaran Datuk
Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.
OK… meh diskus.
1. Sila lihat entry blog saya sebelum ini: HotTime Jewelry on sale! Yabedabedoo!
It’s not even USD25 anymore, it’s USD12.50! Bloody heck! I am not pissing on you, man! We get in contact with Lulu Zheng in Guangzhou… this is one heck of a end-year deal! Tak kesah la saya kopipes gambar gelang keparat ACK kat sebelah gambar gelang dari China tu… semua kami kat facebook dah ramai yang confirm kan quotation document daripada HotTime Jewelry, dan compare sebijik-sebijik dengan katalog di website ACK. Ingat orang kat KPDNKK atau PDRM tak boleh buat benda yang sama ka dey? Wartawan tu percaya cakap ko Mizal? Kencang seehhh!
2. Isu putar-alam SLM-MLM ni lagi. Ini isu kelentong produk la bang. Ini isu skim piramid la dek. Ini isu peminjaman wang macam Ah Long la kak. SLM ke, MLM ke… apa kes? Nah baca dan tengok ni (thanks a lot to Hazrey for doing the leg-work for this – read in full here. But if Hazrey say this is copyrighted, I’ll remove it): AC MIZAL: AKTA JUALAN LANGSUNG 1993 DAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951:
Di laman web AC Mizal, turut disiarkan mengenai pendaftaran syarikat iaitu dua sijil pemerbadanan:
1. AC Konsortium Sdn Bhd
2. Ilham Prestij Sdn Bhd
Sijil tengah adalah lesen jualan langsung namun ia diberikan kepada Ilham Prestij Sdn Bhd sebagaimana disahkan KPDNKK. Hari ini juga, KPDNKK turut menerima aduan melalui email dari Jabatan Perdana Menteri yang mendakwa syarikat milik artis itu menjalankan perniagaan jualan langsung dan piramid tanpa lesen yang sah. Difahamkan, semua perniagaan jualan langsung bagi AC Konsortium dijalankan melalui syarikat AC Konsortium Sdn Bhd dan bukan Ilham Prestij Sdn Bhd.
Akta Jualan Langsung 1993 secara jelas memperincikan, lesen jualan langsung tidak boleh dipindahmilik. Ditanya dakwaan bahawa Ilham Prestij itu adalah anak syarikat kepada AC Konsortium, ini jawapan beliau: “Walaupun anak syarikat, operasi jualan langsung mesti dijalankan Ilham Prestij dan bukannya AC Konsortium Sdn Bhd dan ini jelas dalam akta yang diperuntukkan dan syarat syarat lesen,” katanya. KPDNKK dikatakan akan memulakan siasatan segera terhadap aduan orang ramai termasuk aduan terbaru dari Jabatan Perdana Menteri mengenai aktiviti syarikat milik artis itu.
Kementerian yang sama akan turut meminta kerjasama agensi kerajaan lain seperti Lembaga Pengiklanan Perubatan, di mana garis panduan yang jelas sudah wujud mengenai penggunaan ‘testimonials’. Garis panduan berikut adalah bagi memperjelaskan peruntukan Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976:
AC Mizal ni nak putar-alam kat sapa ni. Kat aku? Kat korang pembaca semua? Kat pihak berkuasa? Kang aku cakap pasal jail lagi kang… dah jadi satu “ugutan” pulak la lagik… ah! Tak kose den doh jang!
3. Isu Marks & Spencer: Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Omboooiih! Macam cakap ikut bontot mamatnya. HAHAHAHAHA! Macam Salima AF cakap: huhu KELALAR LA!