iDAN

30 Jun 2010

Masih demam Bola (Sukan)


Jika kita perasan ada lima pasukan bola sepak dari Amerika Latin. Boleh dikatakan semuanya handal belaka. Brazil, Chile, Paraguay, Uruguay & Argentina.

Itu pun Chile bertemu Brazil di peringkat awal; silap-silap jika Chile bertemu pasukan lain mahu kelima-lima mereka layak ke Suku Akhir.

Apakah yang membuatkan mereka ini handal belaka bermain bola. Pasti faktor benua & budaya kehidupan mereka yang dapat membawa mereka ke arena bola sepak dunia; tentunya. Seperti Brazil semua tahu sejak mereka di zaman kanak-kanak lagi mereka asyik bermain bola. Memang bola sepak permainan tradisional mereka.

Seperti anak-anak kita di zaman 60an & 70an lalulah; kita suka bermain Sepak Takraw; hasilnya kita cemerlang di mata dunia dalam arena Sepak Takraw. Bila zaman kita berubah anak-anak asyik berICT maka kita kian kecundang bermain Sepak Takraw; tahu-tahu negara jiran kita yang lebih handal. Samalah Badminton, tak sebanyak mana gelanggang Badminton di kampung-kampung bagai tahun 60an lalu.

Apakah tahun ini antara empat pasukan Amerika Latin yang ke Suku Akhir ini akan dinobatkan menjadi juara. Kita tunggu & lihat nanti. Brazil & Argentina rasanya antara yang disebut-sebut ke peringkat akhir; jangan perkecilkan Uruguay & Paraguay. Jika Ghana tewas dengan Brazil, Brazil terpaksa bertemu Uruguay. Cumanya Brazil kena seawalnya berhadapan dengan Belanda di Suku Akhir.

Begitu juga Argentina yang akan bertemu Jerman jika mereka berjaya mengatasi Jerman terpaksa pula menundukkan Paraguay untuk ke Perlawanan Akhir!. Jangan pula perkecilkan Sepanyol!.

Yang nyata sementelah hampir berakhir Piala Dunia Amerika Latin seharusnya berbangga mereka antara LAPAN pasukan terhandal lagi tersohor di dunia!.

Tahniah!.

29 Jun 2010

Tendangan Finalti ... Sayornara Jepun (Sukan)

Jepun terpaksa mengalah bilamana tendangan penentuan sepakan finalti Yuichi KOMANO 3 terkena palang gol. Jepun tunduk kepada Paraguay 3-5. Maka tiadalah lagi wakil Asia untuk ke Perlawanan Suku Akhir.

Pastinya ini satu keputusan yang amat sukar dilupakan lantaran dalam masa 120 minit benteng pertahanan Jepun terus diasak oleh Paraguay. Ada ketikanya palang pintu gol Paraguay bergegar kena tendangan pemain Jepun tetapi seolah ada badi kedua pasukan tak dapat memasukan sebarang satu jaringan pun ke pintu gol lawan. 0-0 setelah ditiupkan wisel penamat perlawanan. Statistik perlawanan hampir seimbang di mana 58% permainan dikuasai oleh Paraguay.

Sayornara Jepun agar empat tahun lagi mereka akan lebih bersedia & akan lebih mantap dalam segi serangan. Agak lemas sepanjang 120 minit asyik bola berada di kawasan Jepun. Lihat wajah Penjaga Gol Jepun Eiji KAWASHIMA yang sentiasa cemas buat penyokongnya bertambah cemas!.

Namun permainan sepanjang musim 2010 ini memang akan tetap dikenang!.

Rooney tiada lagi (Sukan)

Kekalahan England menentang Jerman 1-4 tentunya satu igauan buat Rooney & pasukannya. Wajah muram Beckham di kotak pemain membayangkan kekecewaan yang amat sangat lantaran tahun 2010 nampaknya England gagal ke Suku Akhir. Rooney yang lahir pada 24 Okt 1985, kini berusia 25 tahun masih ada peluang beraksi sekali lagi di Piala Dunia jika tiada sebarang masalah kecederaan. Jika tidak namanya tinggal kenangan seperti pemain yang lain. Jerman terlalu kuat ketika menentang England sehingga serba serbi yang England lakukan terhalang. Sedangkan England punyai ramai bintang bola sepak yang disegani. Seperti pemain berpengalaman Frank Lampard yang bermain dengan Pasukan Chelsea telah banyak menutip gol di peringkat permainan antara bangsa. Siapa tak kenal Joe Cole yang memang punyai taktik permainan yang boleh menggugat lawan. Segalanya telah berlalu, England terpaksa melupakan Piala Dunia pun terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi di medan bola sepak dunia. Pastinya peminat England kecewa & nampaknya antara pasukan yang masih kekal terpaksa bergelut dengan pasukan yang makin mantap & sukar diramal kemampuan masing-masing. Aku memang menyokong England ketika menentang Jerman. Sejarah atau temadun England pastinya membuatkan aku suka dengan Rooney yang aku panggil Baby Sihat, biar pun dia tak semacho Beckham tetapi dia ada aura tersendiri. Sukar ditemui bintang sepopular Rooney rasanya kanak-kanak pun kenal Rooney bagai mereka suka siri kartun Looney Tune. Apa-apa pun aku mahukan ada wakil Asia atau Afrika masuk ke Perlawanan Akhir, Ghana & Jepun agar dapat membuktikannya. Tak syoklah asyik benua Eropah & Amerika Latin sahaja yang hebat!.
Itali tinggal kenangan!.

27 Jun 2010

FIFA enggan ulas kesilapan pengadil (Sukan)

JOHANNESBURG: FIFA enggan mengulas mengenai kesilapan pegawai perlawanan yang menafikan England satu gol dalam kekalahan 4-1 kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia semalam. WAYNE Ronney (tiga dari kiri), dan Matthew Upson (dua dari kiri), bercakap sesuatu kepada pengadil, sementara Frank Lampard (kanan), meninggalkan padang sejurus tamat perlawanan dengan Jerman dalam perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, yang berkesudahan Jerman menang 4-1.
“FIFA tidak akan mengulas keputusan pengadil di padang permainan," menurut kenyataan badan bola sepak dunia itu. Ia menyatakan panel pembuat keputusan - Lemabaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa - bersetuju Mac lalu untuk tidak melaksanakan ujian dengan teknologi yang dapat membantu mengadil membuat keputusan. England percaya ia memperoleh gol apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk sebelum melantun ke palang sekali lagi. Pengadil Uruguay, Jorge Larrionda, mengarahkan permainan diteruskan tetapi ulang tayang televisyen menunjukkan bola sudah melepasi garisan gol. Gol itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-38 di Bloemfontein. Pada perlawanan kemudian, pegawai perlawanan melakukan satu lagi kesilapan apabila membenarkan gol pertama Argentina dalam perlawanan menentang Mexico. Argentina akhirnya menang 3-1 di Soccer City. Ulang tayang menunjukkan Carlos Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang apabila beliau menanduk masuk pintu gol yang ternga-nga hasil umpanan Lionel Messi pada minit ke-26. Pengadil Itali, Roberto Rosetti, membenarkan gol itu selepas berbincang dengan pembantunya ketika pemain Mexico mengelilingi mereka untuk membantah. Presiden FIFA, Sepp Blatter, yang hadir menyaksikan kedua-dua perlawanan itu, tidak bersetuju dengan penggunaan video dan teknologi garisan gol dengan alasan ia terlalu mahal untuk dilaksanakan di seluruh dunia dan mengganggu kelancaran permainan. - AP Peminat lepas geram
KOMBINASI gambar daripada percubaan Frank Lampard menunjukkan kedudukan bola yang telah melepasi garisan gol tetapi tidak dikira masuk oleh pengadil. JOHANNESBURG - Pengadil buta, bodoh dan bermacam-macam lagi cacian dilemparkan kepada pegawai perlawanan antara England dengan Jerman kelmarin. Itu antara ungkapan yang dilepaskan oleh peminat menerusi Internet dan juga Facebook.

Satu dunia melihat dengan jelas bahawa bola hasil percubaan pemain tengah England, Frank Lampard itu sudah melepasi garisan gol tetapi pengadil, Jorge Larrionda dari Uruguay tidak menge- sahkannya.

Insiden tersebut menjadi perdebatan peminat bola sepak seantero dunia menerusi Facebook mahupun blog yang mempersoalkan kewibawaan pengadil perlawanan berkenaan.

Turut menjadi perdebatan hangat ialah jaringan penyerang Argentina, Carlos Tevez yang berada dalam kedudukan ofsaid pada aksi menentang Mexico pada hari yang sama.

Ketika pengadil tidak membenarkan jaringan Lampard, penjaga gol Jerman, Manuel Neuer tampil membuat pengakuan.

Neuer mengakui dia berjaya memperdayakan pengadil Uruguay, Jorge Larrionda untuk tidak mengesahkan jaringan Frank Lampard pada perlawanan tersebut.

Percubaan Lampard pada minit ke-38 itu terkena palang dan dengan jelas telah mele- pasi garisan gol sebelum melantun keluar.

Jaringan tersebut mungkin menyamakan kedudukan 2-2 sekiranya disahkan, namun sebaliknya jaringan tersebut tidak dikira dan England pula mengalami kekalahan 1-4 kepada Jerman serta tersingkir daripada Piala Dunia.

Penjaga gol Schalke, Neuer menjelaskan bahawa bola tersebut telah pun melepasi garisan gol kira-kira dua kaki.

"Saya cuba untuk tidak memberi sebarang reaksi kepada pengadil dan hanya memberi tumpuan terhadap apa yang berlaku selepas itu," kata Neuer.

"Saya tahu bola sudah masuk. Kemudian ketika di bilik ujian dadah saya melihatnya dengan jelas dalam televi- syen. Saya tahu ia sukar ditentukan kerana bola hanya melepasi garisan kira-kira dua kaki."

Lampard sendiri berang setelah pengadil, Larrionda tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas meskipun penjaga garisan dilihat bersetuju bahawa bola telah pun melepasi garisan gol.

Ketika kedudukan 2-1 sebelum rehat, insiden ini dilihat sebagai titik tolak kekalahan England dan juga mencalar imej Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Saya rasa sudah tiba masa- nya untuk menggunakan teknologi video," kata Lampard.

"Semua orang boleh melihat gol itu dengan jelas yang mana boleh menjadikan kedudukan 2-2 sebelum masa rehat.

"Saya tidak akan jadikannya sebagai alasan terhadap kekalahan kami tetapi jika kedudukan berubah 2-2, kami mungkin akan beraksi pada babak kedua dengan cara lain dan keputusan perlawanan pastinya berbeza." - Agensi

26 Jun 2010

Korea Selatan tiada lagi.


Bola Sepak Piala Dunia FIFA kekinian kehilangan pasukan Korea Selatan untuk mara ke Suku Akhir, ianya terpaksa mengaku kalah dengan ketangkasan pasukan Uruguay. Ianya tidak perlu waktu tambahan; kemenangan tipis Uraguay 2-1 telah menjadi peminat bola sepak Asia terpaksa bergantung denga Jepun semata.

Uruguay adalah pasukan pertama melangkah ke Suku Akhir diikuti oleh Ghana yang menundukkan USA dalam drama yang panjang dengan waktu tambahan 30 minit setelah terikat dengan USA 1-1 .

Aku sebenarnya mengantuk sangat apabila Ghana terlalu lama terikat dengan jaringan 1-0. Seawal minit ke 5 Ghana telah dapat membolosi pintu gol USA oleh pemainnya Kevin-Prince Boateng. Drama serang-menyerang asyik tak menjadi buat aku rasa lemas. USA hanya mendapat jaringan penyamaan pada minit 62 oleh Landon DONOVAN. Waktu tambahan dipergunakan oleh Ghana dengan jaringan kemenang di minit 93 oleh Asamoah GYAN. Bayangkan ketika itu telah pun hampir jam 5:00 pagi. Ayam dah nak berkokok!.

Di Suku Akhir nanti Ghana akan bertemu dengan Uruguay untuk ke Separuh Akhir. Pada 2 Julai '10. Sila klik jadual ini. Uruguay dalam keadaan yang cukup mantap kini tentunya akan sukar diladeni Ghana nanti.

Aku nampaknya setelah Itali kalah mengejut hanya berminat dengan dua pasukan ini. Ghana & Jepun sebagai pencabar yang makin popular yang aku harap dapat membuat kejutan. Jika dua pasukan ini dapat ke Separuh Akhir pun sudah cukup mengempak dunia. Takkan asyik Eropah & Amerika Latin sahaja yang pakar bermain bola sepak.

Pasar Kajang Meriah (Singgahsana)


Sabtu di Prima Saujana Kajang ada Pasar Tani. Sedari jam 7:00 pagi ianya telah pun dibuka. Sabtu pula hari aku bermalas-malas. Senin hingga Jumaat asyik sibuk uruskan anak-anak, Sabtu aku selalunya balas dendam; bangun lewat, ganti tidur yang tak cukup.

Sekitar jam 12:00 tengah hari aku tiba di tapak Pasar Tani, boleh dikatakan 80% gerai jualan telah dikemas. Impian aku mahu mbeli ulaman nampak terbantut. Ingat nak makan laksa pun tak kesampaian. Lalu aku teringat akan EconSave. Selalunya hari cuti aku suka ke EconSave Kajang di Komplek Kota tak jauh dari Masjid Kajang. Ianya pun telah ditutup hampir setengah tahun lalu. Mungkin lantaran saingan TESCO yang tak jauh darinya buat ianya tak semaju mana. Setahu aku paling dekat EconSave yang ada cuma di Cheras Selatan. Jika ingin membeli barangan basah; seperti sayur & buahan, tak mungkin TESCO dapat menandingi murahnya barangan EconSave.

Bilamana EconSave Kajang ditutup aku memang jarang lagi dapat buat jeruk cili padi. Atau buah limau nipis yang diperah menjadi minuman segar. Harga limau nipis & limau kasturi sekarang ini melampau mahal.



Lalu aku teringat untuk ke Pasar Kajang. Memang lama sangat aku tak ke sana. Aku teringat selalunya jika awal pagi banyak orang berjaja pelbagai barangan di kaki limanya. Seperti ikan hiasan, jagung atau pelbagai juadah.

Aku tiba di Pasar Kajang sekitar jam 12:45 tengah hari; mengejutkan aku, makin ramai orang kita Melayu memiliki gerai di Pasar Kajang ini. Rasa amat meriah, tak sukar jika mengidam ulaman. Pelbagai ulaman ada. Dari jering, petai, selom, terung pipit, ulam raja malahan tempoyak pun ada. Pelbagai jenis kerepek & keropok ada dijual. Nak makan sirih pun banyak terjual daun sirih & pinang di sini.

Kedai jualan daging & ayam cukup banyak pilihan. Ramai orang kita Melayu berjual di sini. Perniaga cina nampaknya bagaikan makin berkurangan.

Orang Melayu makin pandai berniaga, tenguk barangannya yang sarat aku rasa ingin datang semula ke Pasar Kajang. Jemu melihat gelagat orang kaya membeli-belah di TESCO rasanya sesekali memang seronok membeli-belah di Pasar Kajang. Parkir tak sukar mana lantaran kini ianya bersambung dengan bangunan MyDin & Metro Point. Seblok dengan MyDin telah dibuka sejak tahun lalu barangan sejuk segar, seperti daging, burger, kuih segera & banyak lagi barangan pilihan yang buat kita rambang mata membeli-beli belah.

Cicah Budu

Seteruk-teruk & sesesak-sesak Kajang bagai zaman sebermulanya; sekarang pengunjung yang berbelanja ke sini dapat melihat pelbagai pilihan & juadah yang ada. Adalah lebih baik kita membantu orang kita berniaga dari membantu TESCO yang memang telah kaya-sekayanya.

Bayangkan semalam aku berbaris lama di kaunter TESCO; orang kaya di depanku berbelanja lebih dari RM300 & aku sekadar sekitar RM50. Rasa kecil amat aku di sana. Tetapi bilamana aku berbelanja sekitar RM50 di Pasar Kajang & MyDin Kajang, pelbagai barangan yang dapat kubawa pulang tak pun penat berbaris. Petai nan segar, jering yang muda, tempoyak baru, budu, tuala mandi yang murah di MyDin, senduk besi yang cantik di kedai RM2, daging segar yg dibekukan , isk! memang berbaloi datang ke Pasar Kajang.

Lamanya tak makan Pucuk Kaduk!.

Di Pasar Tani atau pasar malam sentiasa dapat di temui daun Selom, terkadang boleh juga kita temui pucuk Mengkudu, Ulam Raja, Pucuk Sentang, Bebuas, Kacang Botol & banyak ulaman kampung yang sukar ditemui di komplek membeli-belah yang besar. Di Pasar Kajang semua ini mudah terdapat.

Ulam Selom ini sebenarnya menyimpan banyak kenangan aku di kampung, jika di Bulan Puasa daun Selom amat sedap dibuat ulaman ketika berbuka. Ianya sedap dicicah dengan cincaluk.

Selom cicah cincaluk.

Sambal belacan & cincaluk!

24 Jun 2010

Juara & Naib Juara Kecundang

Juara Menanti Bola Sepak Piala Dunia FIFA Itali (5 turutan dunia) nampaknya terpaksa berputih mata untuk ke pusingan seterusnya. Kekalahannya dengan pasukan Slovakia 2-3 telah meletakkan Itali di kedudukan tercorot dalam Kumpulan F.

Itali pernah menjadi juara sebanyak 4 kali 1934, 1938, 1982 & 2006.

Apa yang tak kena dengan Juara Menanti ini; sepanjang perlawanan awal Itali hanya sempat menjaringkan 4 gol setelah tewas dengan Slovakia 2-3, seri 1-1 bersama Paraguay & New Zealand. Gennaro Gattuso yang berpengalaman hanya sempat turun ke padang sebentar, saat terakhir Itali menentang Slovakia. Penjaring terbanyak pasukan Itali di peringkat antarabangsa Alberto GILARDINO pun tak dapat peluang terbaik untuk melonjakkan Itali ke permainan seterusnya. Fabio Quagliarella nampaknya dapat mengubah corak permainan. Terlalu lewat Itali terjaga dari igauan ngeri mereka. Natijahnya pasukan ini terpaksa pulang awal dari Afrika Selatan bersama impian hampa pun terpaksa melepaskan Piala Dunia untuk milik pasukan negara lain.

Fabio

Begitu juga Naik Juara Perancis terpaksa mengaku kalah & hanya mengutip 1 mata setelah seri dengan pasukan Uruguay 0-0. Kalah dengan Mexico 0-2 pun kalah dengan tuan rumah di saat akhir kejatuhan mereka 1-2.

Pastinya peminat dua pasukan ini terasa hambar lantaran terlalu cepat menghilangnya gelagat mereka di padang. Aku sendiri Penyokong Tegar Itali sejak berzaman; nampaknya terpaksa mencari-cari pasukan lain yang boleh dinobatkan sebagai Juara.

Pasti ramai yang menyokong Brazil & Sepanyol. Mengikut turutan pasukan di dunia dua pasukan ini memang teratas tetapi jangan perkecilkan Argentina di kedudukan ke 7. Portugal (3) Belanda (4) & Jerman (6) juga amat mencabar.

Sebenarnya aku lebih suka jika pasukan dari Afrika seperti Ghana (32) pun Asia seperti Jepun (45) akan mencabar pasukan Eropah & Amerika Latin. Namun melihat turutan ini pastinya agak sukar dua pasukan ini mengatasi aksi bola sepak negara Eropah & Amerika Latin. Korea Selatan (47) yang sering dapat Malaysia kalahkan di Piala Merdeka pun nampaknya dapat ke pusingan seterusnya, apakah mereka boleh menyengat?.

Cameroon

Cameroon juga kecundang bagi mewakili Benua Afrika untuk kepusingan yang seterusnya. Pemain Cameroon ramai yang tangkas bermain tetapi hanya sempat menyumbat dua gol ke gawang lawan.

Dua pasukan gergasi yang digeruni England & Jerman hanya saat akhir mendapat tempat ke pusingan seterusnya setelah di kedudukan yang amat mencemaskan.

Apa-apa pun bola itu bulat. Mana tahu tetiba ada pasukan yang tak pernah menjadi juara akan dinobatkan Juara Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010. 11 Julai nanti penentunya; Sekitar dua minggu sahaja lagi kita bersengkang mata untuk melihat Bola Sepak Piala Dunia FIFA ini akan dijulang.

(FIFA/Coca-Cola World Ranking)

22 Jun 2010

Demam Bola 3 (Sukan)



Unik rekabentuk stadium ini

Argentina

Chile

Korea

Afrika ooo Afrika


Merah itu menawan

Pesta

Apa pandangan anda tentang gadis negro ini?

21 Jun 2010

Catatan dari FB (Singgahsana)


Lelaki biasanya egonya tinggi!... ada juga perempuan yg ego tapi perempuan ini hatinya lebih bagaikan kerak nasi; marah hari ini esok lusa dia lembut semula.

Lelaki ego ini... sebagai isteri kenalah banyak bersabar; banyakkan sembahyang hajat pun ketika suami tidur gunakan beberapa ayat yang boleh melembutkan hati suami; seperti Surah Toha ayat 1-5 ... hembuskan di ubunnya ayat ini memang bagus untuk melembutkan hati suami, isteri atau anak-anak agar mudah ikut nasihat!.

Isteri pula kena selalu masak guna tangan sendiri; niatkan ketika membasuh beras itu agar anak & suami sentiasa lembut hati... air tangan isteri amat mujarab dari segala air jampi atau air penawar.

Jangan beli Air Jampi di surau yang menetapkan harga itu penipu... air jampi seperti di Darus Syifa' tak pernah meletakkan harga.

Amalkan sendiri tiapkali memasak atau ketika bersama di rumah itu lebih baik dari perantaraan.

Jika suami atau Isteri kena buatan manusia carilah air zam-zam ianya memang mujarab untuk mengubati buatan manusia atau syihir sang syaitan.

Jangan putus asa atas keegoaan suami atau isteri. Nasihat & teguran amat penting dalam keharmonian rumah tangga.

20 Jun 2010

Sotong Kemaman ♥ 3 (Singgahsana)


terlena Penyair iDANRADZi nyaris maut



Mila & Azim tersenyum di jeti yang sepi!
mana perginya nelayan Memaman ni?.
Ikan Termenong

Unjam pertama kami sampai banyak terdapat ikan kembung yang saiznya agak besar, orang kampungku panggil ikan kembung ini adalah Ikan Termenong (dari perkataan termenung! tenguk wajah ikan ini memang ianya nampak macam susah hati sahaja). Tak macam di laut lain yang pernah aku pergi, saiz yang besar ini tentunya menaikkan semangat pagi pengail seperti Sulhan yang jarang ke laut. Pak ya pun apa kurang rajin amat bermain Apollo. Hanya bergantungkan mengguna Apollo agak banyak juga kami dapat menaikkan ikan termenong ini. Sulhan seperti Zidin pun Pak Ya amat aktif memancing; aku bagaikan Ijam tak boleh bergerak pantas di bot. Cuma terduduk di bahagian belakang bot. Ijam mabuk laut, aku pula darah & gula@glukos ketika ini melambung naik; pening lalatlah.

Aku perasan Ijam sedari awal telah kena sergahan mabuk laut. Biar pun Ijam orang Machang tetapi dia bukan kaki pancing, memang tak pernah ke laut dalam ikut nelayan. Fairuz & Fareez aku lihat makin giat menghayutkan umpan hidup untuk melamar Sang Tenggiri. PakDol yang menyerahkan kemudi kepada Ayah Ngah menurun juraian Apollo buatan sendiri cuma menggunakan koyan ke laut dalam. Panjang banget Apollonya.

Di mana jua aku pergi, baik di Sedili mahu pun Penyabong nelayan lazimnya menggunakan koyan sahaja, jarang amat aku temui mereka menggunakan kekili atau joran termahal di pasaran.

Fareez pun telah pandai membuat Apollo sendiri. Di samping memancing menggunakan Apollo Faruz & Fareez menunggu sambaran Sang Tenggiri. Tak sampai sejam aku lihat Fareez mengarahkan semua menaikkan joran & mata kail masing-masing. Tak pasti ikan apa yang menyambar umpan hidupnya. Dia bergelut beberapa minit, sungguh ikan besar dari riak yang kami nampak. Malangnya belum pun sempat kami melihat kelibatnya; tali mata kailnya terputus.

"Besar ikannya!... terlepas!" Fareez mengeluh!.

Mentari baru nak tersenyum kami telah meninggalkan jeti di Kemaman.

Sesekali kami dapat naikkan Ikan Uji Rashid, memang besar ikan-ikan karang di laut dalam Kemaman. Dapat seekor dua pun telan dirasakan kepuasan. Seekor ikan orang kata telah lepas sepinggan nasi. Sebut Ikan Uji Rashid aku teringat akan arwah Apak, sejak Uji Rashod & Hail Amir popular di radio; lagunya amat menambat jiwa lara makan ikan yang mata besar telah berubah nama Ikan Uji Rashid; ada yang panggil ikan Lolong rona merah. Arwah Apak pun tak sebut nama ikan sebenar lagi, kalau dia berjual di kedai runcit pasti ada sahaja bertanya.

"Pak Mat berapa sekati Ikan Uji Rashid ini" Uji ooo Uji.

Bukan ikan Lolong sahaja, apa sahaja ikan yang bermata besar habis dipanggil Ikan Uji Rashid. Besar sangatkah mata Uji Rashid. Isk! peminat kita orang Melayu memang fanatik betul. Samalah bila Siti pakai tudung dah timbul nama Tudung Siti Norhaliza.

Besar sangatkah mata Uji Rashid ini?

- bersambung



18 Jun 2010

Demam Bola 2 (Sukan)

Semboyan telah berbunyi




Aksi Bola

Afrika dihias iklan bola

Kenal tak Pemain bola ini?

Jumpa Peminat (Singgahsana)


"Kau jangan marah... kalau abg kau cakap iDAN..."

"Apa dia Abg Suib?"

"Abg tiap kali bila baca tulisan kau mesti rasa marah sangat!"

"Kenapa? ada yang tak kenakah!?"

"Marah sebab bagaimana kau dapat ilham menulis macam tu!" aku tersenyum lebar; sampai begitu penghormatan Abg Suib terhadapku.

Itu antara bualan aku & Abg Suib di PKNS Seri Kembangan. Aku memang sejak dulu perasan dia antara pengikut senyapku. Sejak aku buat laman web di Tripod lagi, dia rajin buka ruangan yang aku tulis. Aku tak pasti apakah dia baca semua tulisan aku di server easyjournal. Hari ini tulisan aku di easyjournal tak dapat diakses lagi.

Sebelum aku ke Machang ianya boleh diakses, tapi tak sempat aku nak pindahkan semua tulisanku di sana ke server Blogspot. Terlalu banyak tulisanku di sana. Sepanjang bulan lalu terlalu banyak yang merunsingkan aku ketika mahu menyambut menantu. Sibuk sangat. Tak sabar menunggu 11 Jun 2010 jangkaan Afiz diijab kabul. Maka itu kerja pemindahan aku itu terbengkalai.

Aku berharap jika situs aku di easyjournal dapat diakses semula aku mahu memindahkan ianya ke server blogspot. Semuanya. Hanya baru sebahagian kecil aku sempat pindahkan di sini http://desatualang.blogspot.com

Setahu aku keluarga Pak Wahid amat meminati puisiku, semua puisi di easyjournal telah pun sempat aku pindahkan di URL ini http://rempiang.blogspot.com. Ada banyak lagi puisi sengaja aku simpan di dalam kotak e-melku. Aku menunggu sekitar setahun lagi baru boleh dimuatkan di situs di atas; sebab ianya aku hantar ke media massa tapi masih tidak mendapat respon. Agar keluarga Pak Wahid rajin klik situs rempiang ini.


Jika anda menghantar karya sastera ke Mingguan Malaysia selalunya pasti akan dibalas yang karya anda telah diterima & sedang proses penilaian. Tidak di Berita Harian Sabtu. Tak pasti apakah karya anda tiba di meja editor atau tidak. Senyap sahaja. Dulu aku ada masalah pembayaran honorarium di Berita Minggu; cek yang dikirimkan ke alamatku yang tidak lengkap membuatkan ianya tidak sampai ke tanganku. Cuma ada nombor rumah tanpa nombor jalan. Di Jenaris jika nombor 65 boleh kata tiap jalan ada nombor 65. Semua alamat di Jenaris menggunakan nama jalan . Seperti Jalan Jenaris 1, Jalan Jenaris 2, Jalan Jenaris A, semua menggunakan nama Jalan Jenaris. Maka setipa jalan tu adalah nombor 65.

Aku gatal bertanya pun sebab rakanku Mohd Amran Penyair dari DBP yang mencadangkan.

"iDAN di akhbar tu kalau kau tak tanya tentang honorarium selalunya mereka tak kasi!; tulis e-mel & sertakan puisi yang telah tersiar!"

Maka terbongkar akan kes cek tak sampai ke rumahku; ada editor di Berita Harian sertakan semua salinan cek & terpapar alamat yang tak lengkap. Agak banyak juga ceknya. Sejak kes itu semua karya aku jadi pengap. Sepi.

Emmm! bayaran puisi di Berita Minggu sekitar RM30 sahaja, Mingguan Malaysia aku tak pasti; tahun 80an aku pernah terima honorarium sekitar RM35 bagi setiap puisi di Mingguan Malaysia. Tetapi jika di Dewan Bahasa sebuah puisi dibayar sampai RM200. Sejak kebelakangan ini biar pun aku kerap hantar di Mingguan Malaysia & Berita Harian Sabtu nampak hanya Mingguan Malaysia menyelitkan sebuah puisi di tahun ini. Berita Harian senyap sepi. Bukan mudah mendapat tempat jika karya kita tidak sepadan.

Maka itu Penyair Mohd Amran di DBP telah lari ke bidang lain; dia asyik menulis pantun & teka-teki & membukukannya. Aku kehilangan rakan rapat Penyair yang tak minat menulis puisi lagi. Tinggal sahabatku Abuyon yang rapat dengan aku. Kelompen nampaknya hilang senyap tak menyapa aku lagi.

Aku amat menghormati penulisan Abuyon. Dunia Penyairan baginya bukan mengejar nama tetapi sahabatku ini amat rapat dengan puisi. Terusan menulis puisi yang amat bagus. Seperti katanya.

  • "Kalau orang menyebut bercinta sampai ke syurga. Suka pula saya menyebut, menulis sampai ke syurga. Tetapi tuan, bukan senang. Isinya mesti berbau harum syurga, kalamnya pula mesti acuan syariat Tuhan.
  • “Aku menulis bukan kerna nama.”
Aku amat menghormati pendirian sahabatku Abuyon & berharap tidak kehilangan aura penulisan dari sahabatku ini.

Bila jumpa peminat seperti Abg Suib buat aku rindu & bersemangat menulis puisi lagi. Tetapi dorongan dari sahabat sealiran memang teramat penting.

17 Jun 2010

Demam Bola (Sukan)

Moses Mabhida

Penyokong Jerman.


Serunai yang memekakkan

Dah conteng pun lawa lagi gadis ini

Bingit!

Kelakar kat cawat seluar tu!

Sepanyol!

16 Jun 2010

FB dalam dua Bulan (Singgahsana)


Aku sebenarnya amat tak minat dengan FaceBook (FB). Bukannya apa-apa, di sana terlalu luas skopnya & amat bebas pergaulannya. Seperti ramai kalangan sana asyik lupa diri lantaran dalam sebulan sahaja senang-senang kita boleh berkenalan lebih dari 200 orang rakan. Jangan harap kita akan dilayan oleh rakan di sana sebabnya kesnya tak ubah bagai MIRC. Jika siapa pernah ber cit-cat dengan MIRC tahulah bagaimana musibah kejutan budaya ICT ini.

Dalam apa jua wadah memang buat kata mantan PM kita Ayahda Mahathir. ICT ini ibarat pisau; pandai-pandailah kita menggunakan pisau ini; sama ada nak mengugut orang pun boleh membunuh orang atau pun sebaliknya nak guna pisau ini untuk membedah menyelamatkan nyawa orang; Ianya terpulang pada kita.

FB nampaknya begitu cepat dapat menghubungkan kita; bayangkan aku aktif dalam FB sampai terabai blog ini dalam sekitar dua bulan. Hasilnya ramai rakan lama yang dapat aku kontak semula. Antaranya aku tak tahu pun aku punyai rakan yang aktif dalam penganalisa politik. Prof Nizam.

Keluarga Prof Nizam.

Puteri Prof Nizam.

Begitu juga Ir Sabri yang sekitar 35 lalu tau-tau telah menjadi jutawan & tinggal di Sg Pencala. Semuanya terhasilnya pertemuan semula melalui FB. Ir sejak di bangku sekolah nampak brutal tapi adalah pelajar yang bijak. Dia tak rapat sangat dengan aku berbanding Raja Azmi tetapi melihat perkembangan hidupnya memang ianya membuatkan rakan-rakan lain terkesima.

Banglow Ir Sabri di Sg Pencala.


Keluarga bahagia Ir Sabri

Paling sedih bilamana rakan ICT telah kenal FB langsung senyap sepi, tak lagi kasi respon di blog ini; bila kita tenguk dinding mereka di FB meriah bukan main. Memang FB dapat mengatasi Blogspot cumanya jujurkah mereka di sana?.