Ini aku ambil ketika mancing dengan Azim sekitar tahun 2000, Opah Bi meninggal tahaun 2003; Yeop Zaini yang ingat tarikhnya; sekarang tapak lombong ini masuk kena TEMBAK! orang asing jajah kampung kami.
Siapa itu Gopeng Berhad?. Orang Melayu kita hanya boleh mengintai
dari celah lalang keindahan di KAMPONG sendiri.
Semalam aku sempat menerangi pusara Apak (Md Sesh). Dari bisikan dedaun keringnya; sah ianya tidak pun dikutip sejak Aidilfitri lalu. Pusara apak bersebelahan dengan pusara emak, dipagar dengan gerigi besi; pintu pagarnya semakin berkarat. Dua pusara apak & emak ini satu pagar... di depan pusara apak adalah pusara Wan Bi (isteri ketiga apak ; opah kepada AC Mizal). Pusara Wan Bi (kak Nomie panggil Mak Bi); kadang-kadang aku panggil Opah Bi; nampak amat bersih. Binaannya nampak baru dibuat; di atas pusara penuh batu kerikil tajam putih bersih.
"Mie dah agak dah tenguk kubur Mak Bi ni bersih dijaga tapi tenguk kubur emak ayah kita.." Kak Nomie bersungut di Kubur Pedas yang makin lapang & bercahaya. Mengenang zaman dulu amat menyeramkan kubur ini; orang kampung kata ada harimau jadian panjang sembilan menjaga kubur ini. Pusara Wan Bi tidak berpagar. Bersih amat nampaknya.
"Tak apa Kak Nomie moh! kita bersihkan; kejap aku masuk dalam pagar... tenguk Kak Nomie ni cantik kan pokok ini...? kubur mak apak kita;macam tanam... pokok renik ni siap berbuah lagi!" aku kekok ber
saya; rasanya bila ber
aku itu aku rasa lebih mesra & santai. Rasa berbual itu benar-benar lahir dari dalam diri. Masalah cakap ber
aku ini jadi gabra bila berbual dengan orang tua.
"Haa ahh! siap berbuah pokok bunga ini, Mie pun tak perasan; pokok pudin ini pula si Kasim yang kasi suruh Mie tanam..." pokok bunga yang berbuah ini seiras pokok bunga yang ditanam di pusara Yai & Nyaie di Meru. Pokok pudin & pokok bunga berbuah ini tumbuh subur meredupkan pusara apak.
Aku membuang sampah & dedaun kering di pusara emak & apak; sambil sedekahkan al-Fatihah.
"Kalau ada Mila & anak-anak boleh baca Yasin bersama di kubur ni, mereka tu lancar bacaannya; aku ni Kak Nomie sekadar boleh ikut orang baca sahaja...!" aku bercakap sendirian, Kak Nomie dengar tak dengar sahaja.
Teringat ketika usiaku di sekolah rendah, aku adalah yang tercepat dapat baca al-Quran setelah habis Jahama; masa tu kami mengaji dengan Wan Bidah seramai bertiga; aku, Kak Nomie & Tahiah; Tahiah jika tak silapku sekarang dah jadi ustazah.
"iDAN ni terang hatinya! cepat lancar bacaannya!" aku dengar Wan Bidah berbual dengan orang kampung. Tapi sayang tak habis katam al-Quran aku sekolah orang putih di Ipoh; tak pegang al-Quran bertahun; Top-top boleh hilang terang hati; boleh merangkak bacaannya.
Memang ini adalah nur dari Allah SWT; hanya berhak kepada siapa yang Dia mahu kasi rahmat. Cuma aku masih kenal huruf alat ba ta; jika mengikut majlis tahlil aku boleh membaca bersama jemaah. Kena giat belajar semula. Di internet banyak situs (laman sesawang) secara beraudio untuk kita melancarkan bacaan al-Quran kita. Mahu tak mahu sahaja belajar!.
Anak-anakku beruntung amat dapat Mak Guru ibunya Mila. Mila yang mengajar bacaan al-Quran kepada semua empat orang terunanya sampai pandai. Hasilnya semua cahayamata ku memang lancar baca al-Quran siap sentiasa bertadarus di bulan Ramadan.
Jika ke Kubur Pedas; memang dua kelaziman aku ke sana; pertama bersihkan pusara arwah apak, emak & Wan Bi; kedua membersih pusara kakak & dua abang kandungku yang meninggal ketika kecil. Dua kelompok pusara ini berjauhan. Selebihnya jika sempat aku akan bersihkan kubur atuk arwah Abd Rahman.
"Kak Nomie ingat tak mana kubur atuk Abd Rahman!? seingat aku batu nisannya tajam & tinggi begini!"
"Ish! kubur ini berlubanglah iDAN, kubur siapa ni iyer iDAN?" aku nampak memang dalam lubang kuburnya, aku diam sahaja tak jawab pertanyaan Kak Nomie. Orang tua kata kalau kubur tu berlubang petanda warisnya ada yang bakal meninggal dunia. Cuma kepercayaan.
Aku lihat Abg Ali sudah gelisah nak balik; kakinya memang tak kuat untuk berdiri atau duduk lama. Dua lututnya ada masalah. Nhadia, Nurul & Art ada dalam Avanza; sengaja aku parkir jauh dari kawasan kubur mengadap jalan raya. Keliling kawasan Tanah Perkuburan Pedas, Kg Changkat Tualang adalah tapak lombong. Telah jadi padang jarak padang tekukur; tak hutan banat bagai dulu. Aku pernah berbual dengan si Desa orang Kg Redang Sawa; dia yang memotong (menoreh) getah di atas tanah perkuburan ini memang sering diganggu pelbagai makhluk halus; pelbagai hantu langsuir atau pelbagai bunyi ratib & sebagainya. Itu ceritera dedulu. Kenapa namanya Kubur Pedas? ini kena buka sejarah lama; mungkin orang tetua Kg ChangkatTualang tahu kut!.
"Kita lupa bawa bunga atau hirisan daun pandan untuk harumkan kubur emak apak kitalah Kak Nomie!"
"Mie pun terlupa!... ini siapa yang susun batu bata ini iDAN" dia lihat keliling kubur abang-abangku & kakak ada aku susun batu bata.
"Aku yang susun, kalau jumpa orang buang batu bata di kubur selalunya aku kutip; semak sangat kubur ni; kalau kita ada modal boleh kita buat binaan!" aku mencabut pokok yang berduri & nampak semak amat pusara tiga ini, abang-abang & kakakku. Kalau mereka ini ada pastinya meriah keluarga Md Sesh. Silap-silap abangku yang ini otak fikirannya macam aku; sayang amat akan harta pusaka. Bukan asyik fikir duit; nak jual sahaja.
"Benarkah agaknya Kak Nomie; bayi yang meninggal sewaktu kecil akan menjadi Pelayan di Syurga?" aku bertanya tanpa mendapat jawapan. Kami terpaksa beredar cepat sebab dah hampir nak Maghrib. Nurul puasa enam hari ini; dia nak berbuka apa?. Kasihan Nurul.
"Kubur Opah Bi ni Kak Nomie patutnya jangan bina macam ni; agak tinggi ni!; batu kerikil tajam ini sekadar mengelakkan rumput tumbuh; lebih baik ditaburi batu sungai!.."
"Entahlah iDAN, tapi Mie memang sedih amat tenguk kubur apak tu; dia yang banyak berkorban untuk keluarga; malahan rumahnya pun orang luar yang tinggal. Apalah salahnya kalau datang ziarah kubur Mak Bi tu bersihkan sikit kubur apak tu!; nampak sangat mereka ni..." aku tahu apak dengar sugutan Kak Nomie; aku tahu emak pun tahu siapa mereka ini; kaum kerabat & semua ahli kubur pun dengar!. Tak baik bersungut di atas kubur kan?.
"Biarlah Kak Nomie; kalau nanti kita ada tempat bertanggak di kampung perkara ini takkan berlaku!"
"Habis tu rumah kedai tu macam mana, Mie ingat Pakcik Nan pernah jumpa Mie masa hari raya; berselisih dia nak ke Simpang (Kota Bharu) sempat berbual kejap; dia menangis tenguk kami sekeluarga tak ada tempat bertanggak; dia sibuk ajak ke rumah!" alahai waris Md Sesh merempat di kampung sendiri; kami ada dua buah rumah pusaka di kampung kami; satu di tanah pusaka emak tinggal; satu lagi di rumah pusaka Wan Bi (rumah kedai). Rumah Pusaka kami yang arwah emak tinggal habis dibedal anak Taharin; selagi si Bai ni jadi penagih memang tak akan selamat rumah kami.
"Selalunya kalau Mie balik ke kampung jika nak rehat hanya di masjid; kalau Yong Yah (bekas isteri Yot abang yang sulung) ada di kampung sempatlah kami singgah kejap!" kak Nomie tak rapat dengan Rahman yang menjaga rumah Wan Bi@rumah kedai. Salah satu masalah mungkin berkait dengan Peti Besi Gajah Hijau. Lagipun sering hari minggu atau cuti rumah kedai ini tutup; isterinya Rahman sering balik rumah keluarga pada hari minggu. Rahman pula memang sibuk dengan agenda politiknya pun dia sering kerja ketika cuti; kerjanya memang tak menentu masa.
Aku & keluarga Rahman tak ada masalah. Aku malas persoalkan masalah peti besi & semua bil yang tak sampai ke tangan kami. Tak boleh nak menuding siapa sebab tak tahu kisah sebenarnya; mungkin sejak dari Wan Bi masih hidup lagi perkara ini tak diambil serius. Hilang barang kemas, geran, kitab lama, duit & sebagainya memang terjadi ketika pemergian Wan Bi tak tahu siapa yang punya angkara. Siapa dalangnya. Siapa yang pakar bukan kunci kebal ini?. Kalau pasang perisik pun, dapat tahu siapa; sanggupkah nak penjarakan orang kampung.
Ini kerja Tuhan!. Yang pasti geran Lot 6336 cuba google di situs; satu alam dah tahu masalahnya. Aku dapat bayangkan tak lama lagi aku akan ke Ipoh akan mencari status sebenarnya 6336 ini. Aku ujud apa yang aku uar-uarkan. Hamidah Saad telah pun melihat putik kelapa sawit pun berputik di Tanah Pusaka Md Sesh ini. Roh Md Sesh memang gelisah melihat undang-undang manusia ini. Semalam hampir dua jam kami mengadap Penolong Pegawai Daerah di Pej. Daerah & Tanah Galian. Mereka dengan akta mereka. Dia kata kalau memang kena lelong; apa ada hak kami lagi. Biar pun masa itu nilai cukai tertunggak tak sampai pun RM5,000 kami hilang tanah lebih dari 5 ekar; itu akta & hak mereka. Persetan masalah kami (buruk bunyi ayatnya).
"Kenapa tak bayar cukai; kenapa tak faham apa itu akta tanah yang dipinda pada tahun 1960an; kenapa tak ambil tahu tanah tu terbiar!; kami ada akta kami ada kerajaan kami ada undang-undang... kami buat kerja kami ikut undang-undang & akta kami..."
(ini ayat akulah) bukan ayat Penolong Pegawai Daerah Kampar.Itu mungkin ayat yang lahir dari telahan orang kampung terhadap Pejabat Tanah. Aku pula lebih kepada isu akta tanah tadi; adilkah; mana waran lelongnya kami waris terdekat tak pun tahu; susahkan nak cari alamat atau Perawis Sesh yang terdekat!... susah ke bertanya orang kampung. Nak buat apa dilambakkan surat atau bil ke waris TIRI kami yang sah nampak dot dot dot . Cubalah kena pada hidung sendiri tetiba tanah pusaka nenek moyang yang diberikan sejak tahun 190oan lagi tetiba nak dijejak DIHAMBAT anjing-anjing garang hampit sepuluh ekor; telah dipagar & diteroka orang!. Masalahnya maklumat atau segala isu kami waris terdekat tak tahu apa pun!.
Memang Pej. Tanah tak buat kerja itu; tapi cer fikirkan siapa yang diamanahkan menjaga tanah tapi tidak amanah!. Mungkin; tak dinafikan ada kalangan waris Md Sesh terlibat sama; kami anak darah dari darah daging Md Sesh tak tahu; yang meninggal cuma Abg Din (diakah yang diam-diam jual tanah) kalau lelong mana dokumen lelongannya?. Atau senyap-senyap arwah Md Sesh yang jual tanah; emm! pawang mana nak kita upah suruh arwah apa bercakap di Kubur Pedas.
"Abg Ali cuba fikirkan; masalah ini remeh amat, bila kita dah kasi Nombor Lot & sah memang Nombor Lot & tanah milik kita telah si Hamidah Saad yang empunya terkini; pejabat tanah tahu sejarah tanah tu... kenapa kita pula yang terhegeh-hegeh nak ke Ipoh pula; semua itu bukannya percuma Abg Ali."
"Masalah duitlah iDAN!"
"Memanglah masalah duit, takkan nak buat kerja secara percuma; habis tu kita ni banyak duitkah?, tiga tahun lalu nak tahu status tanah persendirian tu RM20 (sekarang mungkin naik).. bayangkan kita kini berhadapan dengan tak kurang 5 atau 6 geran@lot yang samar-samar statusnya; tak tahu lagi cukai tertunggaknya!" aku terbayang akan jalur lebar yang makin berkembang; aku terbayang tanah di Negeri Sembilan yang boleh diklik secara langsung; setiap Lot Tanah tahu siapa pemiliknya. Setiap Lot satu Negeri Sembilan.
Dulu pun aku rajin tembak nombor Lot Terkini tanah di
Mukim Teja yang amat kalut ini; dulu tahu nama pemilik setiap Lot. Bila aku tembak Nombor Lot atau Geran Baru; mak datuk ramai amat bangsa asing umur muda-muda dapat Tanah berstatus Tanah Geran! bukan Pajakan Negeri. Luas-luas belaka. Sekarang semua itu jadi rahsia Pejabat Tanah. Nak tahu status kena bayar duit!. Orang kampungku yang miskin & naif ada ke duit!. Baru semalam aku jumpa
Wan Meah orang lama kampungku; dia pun berceritera sama apa yang keluarga Md Sesh alami. Ini isu yang amat rumit.
Tangkapan kita terhadap Pejabat Tanah Negeri ini kena dibetulkan. Tak baik menuduh ada sikap tak amanah kalangan staf di sana. Keujudan Pejabat Tanah adalah untuk membantu agar tanah di bumi kita ini tidak dijajah sewenang-wenangnya. Apa yang kita risau tentang tanah Rizab Melayu ini; mereka juga seperti kita risau akan berlaku penyelewengan.
Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.
Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan dengan Pak Menteri.Kena ada ukhuwah & kesepakatan antara pemilik tanah juga Pejabat Tanah; perlulah diingat kita datang Pejabat Tanah untuk meminta bantuan bukan datang untuk bergaduh. Sebaiknya antara pelanggan & jabatan yang bertanggungjawab ada nilai hormat serta berindak cara beretika. Tak dinafikan ada kalangan staf di Pejabat Tanah ada ketikanya silap cara menterjemah akta atau peraturan sedia ada terhadap pelanggan. Begitu juga pemilik tanah yang haknya tergugat amat payah mengawal diri. Perkara ini perlu dibaiki.
Maka macam kes semalam tidaklah sampai kami sekeluarga melilau mencari air minuman sebaik mesyuarat habis; bayangkanlah bilamana bermesyurat sampai hampir 2 jam tak ada barang segelas air kosong untuk berhujah. Sedangkan di ruang legar sana dah terbangun tenda untuk menanti Pak Menteri; jauh amat bedanya menyambut orang awam kampungan hadir ke bilik mesyuarat dengan Pak Menteri.
-bersambung!.