iDAN

29 Mac 2013

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN iv

Masih tak siap jalan mendaki gunung ini. Tapi kenderaan nampak lancar bergerak. tak banyak mana pun kenderaan lalu ketika awal pagi begini. Sampai di sini tentunya ketika jin tengah aktif... telah masuk ke jam 2:00 pagi. Aku pun tak pasti nak ke Mersing lalu jalan ini. Aku membayangkan ikut lebuh raya. Tak jauh dari Jeram atau Hutan Lipur Ulu Bendul ini akan nampak Simpang ke Istana Lama Seri Menanti. Aku telah beberapa kali singgah di istana ini. Cantik amat istana ini masih dijaga rapi. Ianya dibuat daripada kayu yang tak guna biarpun sebatang paku. Sekarang ianya menjadi Muzium. Jika lalu jalan ini singgahlah; agak jauh juga dari jalan besar tapi amat berbaloi melawat istana lama ini.

2. Terasa jauh nak sampai ke Kuala Pilah mungkin sebab jalan beralun & bengkang-bengkuk. Aku & Ayang mula rancak berbual; aku pun tak pasti Ayang ni fahamkah bualan aku. Sebab faktor umur yang hampir separuh muda dengan aku. Sembang remaja pasti berbeda dengan sembang orang tua. Lagipun bunyi laungan bas sukar nak berbual secara suara biasa.

3. Semasa di Kuala Pilah bas patah semula; aku ingatkan sesat jalan; rupanya masing-masing mula dahaga nak pekena teh tarik di dinihari. Aku ingat sekadar berhenti nak buang air kecil. Sakit kronik yang aku alami memang waktu maksimun boleh bergumbira ialah 2 atau 3 jam. Selepas itu kena cari markas; panggilan pulau untuk stabilkan perut boroiku. Aku tak bawa beg duit. Sekadar duduk bersama dengan rakan serombongan. Nak berbual pun tak reti sebab aku rasa aku ni macam makhluk asing. Tapi dapat aku cam satu lagi nama Arif; mesti pangkat abang. Abang Arif yang aku kenal lama wajahnya sebab dia kerja sama dengan aku di UPM. Wajah macam Jawa; tak banyak cakap kuat merokok.

4. Tetiba mamak letak kopi depan mejaku; ish duit tak ada dalam poket aku tak buat tempahan pun. Mamak ooo mamak macam mana terima pesanan eh. Terpaksalah aku naik bas sekejap kejutkan Mila kut nak ke bilik air dan ambil dompet nanti terbiar pula kopi mamak itu. Aku kembali ke meja yang ada sekitar lima orang rakan sedang teguk teh tarik panas. Sambil berkepoi asap sigar naik ke langit. Aku numpang sekaki hisap Nusantara (jangan tanya mana aku seludup).

5. Bila dikira bayaran aku tak sempat hulur duit ada orang belanja minum. Emm memang aku rasa segan amat; dahlah tak kenal biasa orang pula bayarkan kopi yang aku minum.

6. Dalam diri Tiong Kasihku masih tak mengantuk perjalanan ke Mersing masih lagi jauh. Aku pun tak pasti naik feri dari Tanjung Gemuk atau Mersing; jadual ada pada Mila; entah bila datangnya jadual ini malam-malam sebelum aku kendong beg tadi aku nampak jadual rombongan di peti surat. Mata tuaku rabun mana boleh baca dalam gelap-gelap. Aku ikutkan saja arah bas yang aku rasa macam naik bot; terhoyong-hayang buat mataku celik bundar.

- bersambung
 Respon Menarik di FB

Tiada ulasan: