iDAN

29 Mac 2013

TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN v


Perjalanan dari Kuala Pilah ke Bahau lancar dah namanya dinihari; semua orang tidur; Dari Bahau kami menuju ke Serting di mana anak saudara tiri ku AC Mizal selalu berulang alik rumah Opah sebelah emaknya. Aku pernah tidur di Serting Hilir semasa bujang dulu. Sebut Serting memang ianya bukan asing bagiku.

2. Serting akan belok ke kanan untuk ke Jempol enuju ke Pahang. Jalan ini memang aku sering lalu ketika ikut Pengail Sejati memancing di Penyabong. Jika dari Serting menuju ke Kemayan akan jumpalh Triang tempat aku merisik si Husan menantuku yang sorang itu. Perjalanan dari Jempol ke Muadzam Shah memang teramat sepi; hanya banyak kampung orang asal/orang kita (asli) tapi jalan di sini cantik baru berturap cuma tanahnya beralun. Bas yang dipandu oleh Apu sentiasa bergerak di tengah jalan dah tak siapa ada di dinihari sebegini.

3. Penyabong adalah perkampung nelayan yang amat cantik; ada kelong untuk disewa pun ada banyak tekong di sini yang boleh disewa botnya untuk memancing. Ada banyak sejarah di Penyabong yang menjadi kenangan pahit & manis aku memancing di laut dalam. Jangan terkejut... sekitar pengairan Penyabong ada pulau bernama Pulau Aceh. Penyabong terletak sekitar Rompin yang popular dengan ikan layaran. Aku teringin mahu ke Penyabong ini tapi asyik tertipu oleh tekong di Penyabong buat rakan pengailku jeran mahu ke Penyabong lagi.

4. Rombongan Jenaris hanya berhenti sekejap di surau perkampungan nelayan berhampiran Tanjung Gemuk. Solat Subuh. Ketika berhenti imam sedang solat. Semasa melalu jeti Tanjung Gemuk hari telah mula terang-terang tanah. Dari nun jauh daratan kini angin laut mula berhembus. Rombongan kami tiba di di Mersing dalam mentari subuh yang bening. Damai tenang & cantik bandar Mersing ini. maka sarapan di gerai Mersing atas sponsor Persatuan Penduduk Jenaris. Makan percuma memang amat enaknya. Aku makan bihun bersama telur mata kerbau. Doktor pakar pemakananku tidak galakkan aku makan mee.

5. Sekitar terminal bas Mersing ada banyak kedai cenderahati; baju T semua bercopkan Tioman. Murah & banyak fashion terkini. Jangan risau jika tak sempat beli barangan cenderahati di Pulau Tioman beli saja di sini; kualitinya sama. Kami sekitar empat atau lima orang nyaris ditinggal oleh feri/bot Gemilang 1 sebab biasalah Mila suka amat jadi orang terakhir; leka entah ke mana. Kebarangkalian dia beli makanan bungkus untuk tengah hari teramatlah lamanya.  Alahai ramai sangat orang ingatkan mereka naik bot yang sama; rupanya menyebut depan pintu masuk ke bot buat kami sukar nak masuk ke jeti. Feri Gemilang 1 boleh muat sekitar 200 penumpang. Besar, medan, gah & sejuk banget penghawa dinginnya.

- bersambung

Respon FB yang menarik

Tiada ulasan: