iDAN
29 Mac 2013
TIONG KASIH DI SEPI TIOMAN vi
Semasa menunggu Mila beli makanan; aku leka berbual dengan Abg Zul. Tak sangka dia orang Perak adik kepada Tuan Haji Badar rakan sekerja satu fakulti di UPM. Orangnya pendiam tak banyak berbual; sepatah aku tanya sepatahlah jawabnya. Keberangkalian dia hebat ada syarikat sendiri; kondaktor mungkin. Isterinya Kak Zah nampak bagai orang berpangkat besar. Petah berkata-kata. Nampak banyak berbual dengan Mila. Sepadanlah sorang pendiam sorang lagi petah berbual.
2. Azim memang nampak gelisah sebab ibunya tak muncul-muncul tinggal aku; dia Abg Zul sekitar empat atau lima orang ahli rombongan tak bergerak ke jeti. Longgokan beg bawah pokok kami duduk dah susut semua. Sebelum naik bot pesan Cikgu Zul kena beli tiket Taman Laut Tioman; bersebelahan tempat snorkeling. Di sana tidak dijual tiket. Sedari awal Cikgu Zul telah berpesan; makan tengah hari tiada di resort jadi dia kasi setiap seorang RM15 sponsor Persatuan Penduduk Jenaris untuk beli makan tengah hari; banyak tu. Aku tak risau sangat bab makan ini; sebab perangai aku memang biasalah, jika berjalan jauh telah awal-awal ada bekalan biskut, roti, maggi siap bawa cerek elektrik lagi (jangan kasi orang eh. Cili bawang sayur yang tahan lama seperti bendi pun ada; kacang sering jadi bahan rencah jika nak makan maggi.)
3. Agak panik aku sebab ramai sangat pengunjung di Jeti Mersing ini; mataku rabun tak perasan pun waktu bot bertolak ialah 9:30 pagi. Mila digesa Azim agar cepat; Memang aku tak nampak ahli rombongan lain. Kami nyaris tak tertinggal bot; kalau Kak Zah tak pintas barisan orang ramai mungkin kami kena naik bos lain; silap-silap kena beli tiket lain. Pengunjung lain pun satu hal dah feri lambat lagi kenapa bersesak depan pintu pagar ke ruang jeti untuk naik feri. Dengan beg beratnya pun berhimpit dengan pelancong 80% orang tempatan. Berpeluhlah aku masuk bot. Badan tuaku bukan kuat mana nak pikul barangan ni.
4. Air masih belum pasang maka bot tak boleh bergerak laju. Ada sekitar 30 minit bot bergerak bagaikan siput. Bagusnya penghawa dingin bot teramat sejuk. Ada tiga ruang dalam bot. Tingkat atas, pertengahan dan ruang bawah hadapan agak rendah. Hanya kosong ruang bawah hadapan bot. Nombor tempat duduk dah tak laku. Sampai ada yang berdiri. Bunyi bot langgar ombak laut jelas kedengaran diruang hadapan ini Tingkap bot terlalu tinggi. Kebanyakan penumpang layan mengantuk mata. Ke alam mimpin aku tenguk amoi lawa tidur ternganga mimpi enak. Mila biasalah; jika dalam bas pun sentiasa tidur-tidur ayam apatah lagi di dalam bot yang penghawa dinginnya turun salji ini. Azim pun ikut ibunya tidur.
5. Aku jika berjalan jauh memang biasanya sukar tidur; sepanjang malam tadi sekitar setengah jam atau sejam saja aku terlelap. Aku suka suasana santai; bila bot terkurung begini pasti aku gelisah. Dalam aku melayan perasaan dan tengkuk sentiasa panjang bak angsa; jenguk luar bot; aku tak sabar nak sampai ke pulau. Bangku muat berlima tepi tingkap ada pasangan remaja macam orang Filipina. Mila sebelah pasangan ini kemudian Azim aku tepi sekali di sisi lorong tengah. Bayangkan betapa tersepitnya aku; sempit amat rasa fikiranku.
6. Nak jadi ceritera aku perhatikan ada beberapa anak muda naik ruang tengah ke arah pintu kecemasan belakang bot. Aku nampak mereka keluar masuk; aku syak mereka pasti hisap rokok. Ini peluang baik... fikirku. Kenapa tidak aku turut serta mereka di ruang belakang bot. Kebetulan di ruang duduk yang sama ada sekeluarga yang satu rombongan dia pun nampak gelisah macam aku; bila aku pelawa dia ke ruang terbuka belakang bot; Pelawaanku disambut baik; dia teruja macam aku. Gian hisap rkok tentunya. Aku tak cam sangat rakan rombonganku ini sebab baru semalam aku kenal dia dalam gelap. Tak sangka dia adalah ayah rakan sekolah si Azim. Jika tak silap kata Azim namanya Abdul Rahman.
Wah menarik duduk belakang bot tenguk riak ombak yang ditinggalkan bot; bersigar & dapat angin bebas sambil tenguk pulau-pulau dalam perjalanan di samudera luas. Aku dengar suara tiong rimba merebas angin.
- bersambung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan