iDAN

16 Disember 2013

Biawak Dhab Halal Dimakan


Editor Penahalaqah

dhab_7Biawak Dhab atau sesetengah negara panggil “Dhaba” merupakan sejenis biawak padang pasir yang merupakan haiwan reptilia yang berdarah sejuk, mereka membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik serta tebal.Panjang seekor dhab lebih kurang dari 14 inci ke 36 inci atau lebih.

Nama Inggerisnya Egyptian Mastigure atau Egyptian dab lizard atau Egyptian spiny-tailed lizard manakala nama sainsnya pula : Uromastyx aegyptius microlepis. Ekornya berbeza dgn biawak di negara kita. Biawak dhab merupakan spesis haiwan bukan pemangsa. Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan dan bersembunyi di dalam lubang lubang atau di celah-celah batu gurun.


Keterangan daripada Hadis Muslim:

Biasanya ia menjadi makanan orang Arab Badwi dan ia halal dimakan oleh orang Islam dan hadis ada menyatakan daripada hadis khalid bin al walid ra;

images(10)''Sesungguhnya beliau dan rasulullah saw masuk ke dalam rumah Maimunah isteri rasulullah saw yang juga emak saudaranya (khalid ) dan Ibnu Abbas. Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya yang bernama Hufaidah binti Al Harith dari Najd. Daging itu kemudiannnya dihulurkan kepada rasulullah saw dan jarang sekali dihulurkan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya. Rasululah saw lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut. Seorang wanita yang bertamu di situ juga berkata, beritahulah kepada Rasulullah saw tentang apa yang kamu hidangkan itu. Mereka lalu mengatakan, itu adalah daging dhab wahai Rasulullah, Rasulullah saw menarik kembali tangannya. Kemudian khalid al Walid bertanya kepada Rasulullah kenapa haramkah dhab itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab tidak tetapi ia tiada di muka bumi kaumku lalu aku merasa jijik. Khalid mengatakan dia mengambil dan memakannya dan Rasulullah sendiri tidak melarangnya. Hadith no. 3603


Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w pernah ditanya mengenai dhab. Baginda menjawab dengan bersabda: Aku tidak memakannya tetapi aku tidak mengharamkannya. - Hadith no. 3598

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Emak saudaraku Ummu Hufaid telah menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w minyak sapi, keju dan daging dhab. Baginda memakan minyak sapi dan keju dan meninggalkan daging dhab kerana merasa jijik. Lalu hidangan yang disediakan untuk Rasulullah s.a.w telah dimakan. Sekiranya haram tentu hidangan untuk Rasulullah s.a.w itu tidak akan dimakan - Hadith no. 3604

Dalam masalah memakan Dhab, ulama’ pelbagai mazhab telah mengeluarkan tiga pendapat

417912_519443111438769_634292005_nMazhab pertama dari kalangan jumhur ulama’ mengatakan bahawa harus memakannya.

Ini berdasarkan hadis Syu’bi  dari Ibnu Umar katanya: Sesungguhnya sahabat  Nabi Muhammad SAW memakan Dhab, salah seorang isteri Nabi Muhammad SAW memanggil mereka dan menjamu Dhab, dan Nabi Muhammad SAW berkata: “makanlah, (Dhab) ini bukan makananku..” (Dikeluarkan oleh Muslim)

Menurut riwayat lain, baginda SAW tidak memakannya dan tidak mengharamkan para sahabat memakannya. (Rujuk hadis yang dikeluarkan Ahmad dalam kitab Musnad)

Mazhab kedua dari kalangan setengah ulama’ mengatakan bahawa haiwan Dhab haram dimakan.
Manakala mazhab ketiga pula mengatakan bahawa makruh memakan haiwan Dhab. Pendapat ini menurut pandangan Abi Hanifah, Abi Yusof , Muhammad, Ali bin Abi Talib, Jabir bin Abdullah.

Kesimpulannya, pendapat rajih ialah pendapat mazhab jumhur iaitu pendapat pertama yang mengatakan bahawa memakan Dhab hukumnya harus. Ini berdasarkan hadis yang menyebut bahawa Nabi Muhammad SAW tidak melarang sahabat memakan Dhab. Wallahu a’lam.

~Daripada keterangan di atas walau apapun sebaiknya kita sebagai umatnya contohilah Rasulullah saw kerana baginda sendiri tidak pernah makan daging dhob walaupun halal kerana baginda merasai jijik. Sesungguhnya perbuatan Rasulullah itu membawa seribu kebaikan kepada kesihatan diri.~

12 Disember 2013

Kembara ke Kampung Belukar Pulai Chondong

Kembara ke Kampung Belukar Pulai Chondong

Subuh hening hari Isnin tahun 1959 aku mula dapat bernafas puas setelah 9 bulan di dalam rahim ibuku. Aku dengar apak & emak mereka namaku Haridan. Satu nama yang unik agak kurang orang suka nama Haridan. Yang sering orang akan guna nama Hamdan atau Shahidan.

Bila emak saudaraku datang di usiaku dah boleh ditimang ujudlah nama timangan Idan. Idan nama timangan yang emak saudaraku Wan Chor kasi tapi jarang disebut orang luar; kecuali saudara terdekat. Ramai panggil anak bungsu Opah Kamariah ini dengan gelaran Dan sebab abang kandungku bernama Din. Dan & Din dua nama mirip sama tapi perwatakan kami tak sama.

Aku jauh lebih pendiam tak lincah mana tapi abang kandungku Din ini memang ligat segala.Sekitar tahun 1964 berlakulah satu rombakan hidup dalam dunia kehidupan apakku yang dikenal MD Sesh. Ribut melanda; emak aku Opah Kamariah lari rumah bersama Chek Peah. Setelah apak kahwin 3. Ketika itu juga tentunya filem Madu Tiga mula popular (terbit 12 Feb 1964). Filem Madu Tiga ini tak ubah ikut skrip kehidupan ayahku.

Aku telah sering menceriterakan pengalaman sedih kehilangan emak di usia lima tahun ini dalam blog & FB. Sampai sekarang ianya masih berbekam di hatiku. Bagaimana emak boleh terikut pujukan Chek Peah untuk lari tinggalkan aku setelah tahu apak kahwin menjadi misteri sampai kini. Isteri muda apak Opah Bi (Opah si AC Mizal) adalah janda beranak sorang; Yeop Zaini (Dato' Zaini bin Hashim). Setahu aku apak telah lama bercinta dengan Opah Bi Sejak Yeop Zaini berusia sekitar 3 bulan lagi. Bapa sebenar Yeop Zaini (Hashim) telah lama hilang sejak perang Jepun. Tak tahu di mana kuburnya.

Sekitar tahun 1964 atau 1965lah aku mula menjejak kaki ke Kelantan. Masih aku ingat ketika itu Pantai Cinta Berahi pokok runya masih kecil pantainya memang cantik & landai. Yeop Zaini ketika itu telah menjadi Inspektor Polis sedang sarat bercinta dengan emak AC MIzal yang menjadi jururawat di Hospital Kota Bharu Kelantan.

Pastinya itulah perjalanan pertama aku paling jauh sejak aku dilahirkan; demi kasih sayang apak kepada Yeop Zaini & Opah Bi (aku panggil Wan Bi) aku mula kembara jauh ke Kelantan; Zaman dulu mana ada lebuh raya; aku masih ingat kami terpaksa bermalam di sebuah hotel. Terpaksa sewa kereta (mungkin juga kereta apak) ada pemandu... apak duduk di depan aku & Wan Bi duduk di belakang. Aku rasa perjalanan ini jauh amat & penat amat siap meniti lereng gunung pelbagai.

-bersambung

11 Disember 2013

Rukun Islam ke LIMA

1992 Kuala Lumpur, Malaysia 3–2 Indonesia Piala Thomas:

Tahun yang sama aku berada di Tanah Suci Mekah bersama arwah Apak & Wan Bi. Menunaikan Rukun Islam kelima. Masih ingat kegembiraan jemaah haji di Mekah bila Malaysia dapat tewaskan musuh ketat Indonesia.

Terowongan Muaishim yang kini telah berganti nama menjadi Terowongan The Slaughter House semenjak terjadi tragedi tahun 1991 yang merenggut 1426 jemaah haji.

Dari Padang Arafah aku menaiki bas seiras ini; menariknya aku duduk di atas bumbung bas memerhati sekitar 2 juta tetamu Allah menuju ke Mina. Kenangan naik di bumbung bas macam filem Bobby tak mungkin dapat aku lupakan.

Tak siapa dapat menduga ada ketika kita amat tercabar menjadi Haji Muda. Haji Muda yang tentunya amat banyak cabarannya.
 

10 Disember 2013

DiGi Internet RM3 Sehari


Jika anda pakai Prepaid DiGi jangan lupa kod ini untuk melanggan internet sehari RM3 -150MB (ini yang paling murah ada lebih mahal jika mahu lelajuan melebihi 150MB)

*116*1*1# kemudian TEKAN BUTANG dail

atau boleh juga cari di dalam sini

*128# kemudian TEKAN BUTANG dail
ada menu internet ikut step seterusnya...

TAPI ingat talian DiGi agak teruk jika masa sibuk atau larut malam (internet dilanggan sampai jam 11:59 malam). Bila nak hentikan melanggan ingat sms ini *128# klik/ketik menu internet... ketik akaun sendiri... ikut step seterusnya hingga jumpa menu henti melanggan.


LAMBAT anda hentikan/unsubscribe... duit anda akan terus ditelan setiap hari RM3

09 Disember 2013

Wajah iDAN

Wajah terkini Penyair Idanradzi... makin tua rambut makin beruban tak semacho zaman remaja tak lama lagi gua akan menyambut ulang tahun ke 55 tahun dah dekat ke ambang Warga Emas.

Doakan gua dapat bertahan dengan serangan sakit KRONIK ini. Intailah gua sementara nampak... esok jangan rindu-rinduan.

Setiap hari gua kena telan 5 jenis ubat; jika tak telan semua saja kalut. Harapan gua satu hari nanti gua tak perlu makan ubat hanya makan herba Goji, Pati Delima & Ulaman sahaja.

08 Disember 2013

Nilai 3

Siapa boleh temankan gua ke Nilai 3 ni... nak cari barangan hiasan rak dinding... nanti gua janji BELANJA makan Sup Berdengung. Anak-anak dah puas pujuk semua tak mahu temankan ayahnya.

Sampai kini tak siapa sudi menemani & gua nampaknya terpaksa tangguhkan sampai ada yang sudi temankan gua. Dari Jenaris dah ada lebuh raya LEKAS tak jauh mana jika mahu ke Nilai 3 ini. Tapi jika sendirian ke sini memang rasanya tak sesuai tanpa rakan berbual. Jalan-jalan di sini pasti menjanjikan satu pengalaman yang memang segar sebab banyak amat barangan hiasan di sini.


07 Disember 2013

Pulai Chondong Machang

KOSONG ii

Sepimu kosong
mengusung hati kosong
aku semakin murung
menanti hari kosong
awak semakin serung
mencuri erti kosong
makin petah berbohong
berjanji setia kosong
tanpa kenal dek untung
aku diselimuti mendung
terkurung di dunia kosong
awak tak lagi berkunjung
nyawa semakin kusabung
amat takut dipancung
kembali ke tanah kosong.

iDANRADZi
Jenaris Kajang.

06 Disember 2013

BILA BICARA KISAH SILAM; (Buat Kekasih Gelapku)

AWAK: tak sangka sejarah dulu kita kini awak lafazkan; mana tahu awak menyukai abang (menyukai itu bagaimana). Jika menyukai sebagai abang itu biasa-biasa.

Sungguh abang amat CEMBURU bila tahu awak jatuh cinta dengan arwah kekasihmu (rakanku jua). Ada beberapa faktor perbedaan antara kami yang menjadi rahsia. Rahsia ini biarlah abang simpan sebab tak baik nak kita bandingkan pendirian abang & arwah kekasihmu dalam pergaulan, takutnya nanti kita mengaibkan dia, takut dapat dosa mengumpat sedangkan kita juga sama. Mungkin kita jauh lagi aib dari arwah kekasihmu.

Iman kita bak kulit bawang. Tipis sangat. Cuma abang tak berani mengatakan abg suka awak. Masa pertama awak menyapa abang di makmal. Sungguh abang sepanjang hari teringat awak. Kalau nak dikatakan abang jatuh CINTA pandang pertama itu juga abang akui tapi terlalu banyak menghalang abang ketika itu.

Sampai kini kalau awak perasan abang takut melihat wajah awak sebab bara perasaan itu bagaikan masih ada. Tapi segalanya telah terlambat. Jika bara itu menyala kebarangkalian ianya marak dalam kadar bahaya. Cemburu sesal tak mungkin dapat memiliki perawan awak atau tidak lagi dapat miliki hati awak setelah awak menjadi janda. Semua itu telah abang lalui. Apakah lagi abang kena akur awak kini milik orang; milik sahabat abang sendiri (awak asyik jatuh cinta dengan rakanku). Pernikahan kali kedua awak biarlah menjanjikan awak aman bahagia.

Terlalu banyak rahsia di hati ini tak mungkin dapat diungkapkan. Biarlah ianya menjadi rahsia.

05 Disember 2013

Anif Habis SPM

Baru saja ambil Anif setelah habis SPMnya sekitar jam 3:45 petang tadi. Selamat Sekolah Teknik Tengngku Jaafar (STTJ) Ampangan Seremban. Lokasi menarik biar pun sekitar tahun pertama penuh kemelut sebab Anif tak dapat sesuaikan dirinya di STTJ ini. tahun kedua nampaknya Anif makin dapat terima kehidupan di asrama.

Sepanjang dua tahun lalu memang sakit kronik aku memuncak sebab berlawan dengan kemahuan Anif, Ibunya juga Guru Kaunselornya. Hanya aku & Pengetua yang berkeras mahukan Anif kekal di STTJ. Tanpa pertolongan Pengetua STTJ pasti Anif telah kembali ke sekolah asalnya. Limpahan terima kasih kepada Pengetua STTJ.

Kini hanya tinggal doa & harapan agar keputusan yang bakal keluar nanti menghasilkan sesuatu yang baik. Semua ibu bapa mahukan anaknya berjaya dengan cemerlang. Tak terkecuali aku. Namun kita tak dapat mengatasi takdir Ilahi. Terpaksa pasrah dengan apa jua keputusan yang bakal Anif terima.

Yang penting aku berharap Anif akan mendapat tempat belajar yang baik setelah SPM nanti.

Kampung Belukar

ESOK malam 6.12.2013 aku & Azim akan bertolak ke Machang untuk menghadiri majlis kahwin waris menantuku Husna. Tiket keretapi kehabisan jadi terpak naik Bas Ekspress SANI. Kami bertolak sekitar jam 9:00 malam dari Terminal Bas Kajang dijangka sampai sekitar 4:00 pagi 7.12.2013 di Machang.

Biasalah aku selalunya akan tidur di Rumah Rehat Datuk Yamud. Kebetulan mereka tengah buat promasi harga murah cuti-cuti di Machang. Jika ada rakanku di sekitar Machang bolehlah kontak aku. Talian DiGiku 016 9094343 insya-Allah akan di buka sepanjang aku di sana.

Aku akan menghadir majlis persandingan di Kampung Belukar Pulai Chondong pada hari Sabtu. Hari Ahad akan pulang ke Jenaris bersama Afiz & keluarga.

 Doakan perjalanan kami lancar dipermudahkan; selamat pergi ke Machang & selamat pulang ke Jenaris mengikut jadual.

04 Disember 2013

Puisi Sahabat Jiwa



BIARLAH AKU MENJERIT

Di celah-celah sinar mentari
kusambut dinginnya rona pagi
menyelimut samar kabus melingkari
di pepohon rimbun menghijau dalam sepi.

Aku di puncak gunung ini
bersama gerimis awan yang mengucup bibirmu
mencari langit yang lusuh birunya
sedangkan angin gunung mendakap dada.

Di birai puncak ini
aku menjerit namamu...indah
penuh gema yang mengudara bertebaran
menyusur lautan meniti lembah-lembah
mengejar belantara berlari di rimba-rimba
membelah dada langit menggegar seluruh alam
memecah sunyinya waktu yang kesepian.

Di puncak ini
aku resah kerinduan
nanar menggapai lembut dadamu
terdera mencari kucupan bibirmu lagi
tersiksa aku bersama rangkulmu yang panjang
aku merindu dakapan kasehmu di puncak rindu ini.

Namamu tetap aku jeritkan dalam jiwa...

## Sahabat Jiwa - AE##

03 Disember 2013

Petua Hilangkan Bau Ketiak

 
Masalah ketiak berbau?
Cubalah mana-mana petua di bawah:

  • Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  • Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  • Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  • Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  • Setiap kali mandi, gosok kedua ketiak di lutut.
  • Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  • Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  • Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  • Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.

02 Disember 2013

Petua Hilangkan Kedut di Wajah

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.