iDAN

11 Mei 2009

Lambaian Kampung Durian Guling... Candat Sotong (Singgahsana)

Lebih dari 500 km perjalanan.

“Abg iDAN saya tak jadi pergi, nenek saya masuk ICU nanti Abg Idan telefon Pak Ya.. ada tak telefon Pak Ya..?” Saat akhir berdering telefon. Sekitar jam 4:00 petang Fairus telefon. Seharusnya menjelang isha kami akan bertolak ke Kuala Terangganu. Mencandat sotong sekitar Pulau Kapas.

“Tak ada…” Terasa terkilan pun ada, berbaur simpati. Tak kan nak biarkan neneknya Fairus tenay di ICU.

“012965xxxx… minta maaflah abg iDAN”

“Tak apalah jika bilik Caletnya kecil boleh aku sewa dua pintu..”

Aku terbayang akan Syukria, Pak Ya & Nuzul. Kami semuanya bukan taraf sifu dalam bab turun ke laut. Itu satu hal, aku terbayang jika aku terbabas dari konvo dengan Pak Ya, aku sungguh tak biasa dengan perjalanan di Pantai Timur. Cuma pernah sekali aku memandu sendiri ke Cherating sekitar tahun 90an. Masa itu Mila memakai kereta Wira EaroBack. Penatlah amat memandu, ke Cherating pun mengambil masa lima ke enam jam. Ini kan pula jauh dari itu. Masa itu mana ada Lebuh Raya Pantai Timur lagi. Perjalanan dengan selorong pergi & selorong balik amatlah merimaskan. Selebihnya jika aku ke pantai timur, duduk manja, tumbang orang atau menaiki bas.

Syukria sebagai ketua atau tuan rumah pun tidak menyediakan peta perjalanan. Mungkin lantaran Fairus telah biasa ke sana, maka apa perlunya peta segala. Harapan aku bergantung kepada Pak Ya.

Awal jam 8:00 malam Pakya telah telefon. Memang ketika itu seharusnya aku Sekitar jam 8:15 malam barulah kami bertolak dari Jenaris. Sebermulanya perjalanan banyak amat aralnya.



Baru nak kunci pintu rumah meluru kucing-kucing minta makan. Semuanya bukan kucing kami. Si kembang ekor, pantang masuk rumah pasti kencing. Si Topeng gemuk, perutnya dah nak besar tempayan asyik beranak. Anak si Topeng pun datang, selalunya tinggal entah di mana. Si Jantan Coklat paling kuat memanjat. Pandai cari lobang masuk rumah keluar tak tahu. Tahu-tahu habis serumah pekat bau tahinya. Belum lagi dua tiga ekor yang lain. Jumlahnya ada lima atau enam ekor sering datang bertandang. Makan & manja bukan main dengan anak-anakku. Tak sampai hati nak biarkan kucing ini kelaparan. Maka terpaksa pula beli makanan kucing.

Lambatlah tentunya.

Sementara Mila & Afiz kasi makanan kucing-kucing. Aku pun sempat mencari si Nusantara, aku tahu ianya sering ada di sebelahan Gerai Sampan. Sudah naik harganya si Nusantara. Dulu RM2 sahaja, sekarang telah naik RM2.50.

Avanza Mila menuju ke Lebuhraya Saga Kajang Cheras. Dari TESCO aku menuju ke stesen minyak Petronas.

“Nak ke mana pula ni..?” Agak tinggi suara Mila.

“Kita singgah Petronaslah, Mila kata nak keluar duit..”

“Mana ada Mila kata nak keluarga duit, Mila kata nak ke bank..”

“Cakaplah nak ke bank Kajang, nak buat perpindahan duit..”

“Mila tak cakap pun nak keluar duit..! nak ke ATM …”

Kajang bagiku Bandar yang sesak, payah amat nak cari parkir, lama sangat terpaksa berbaris di lampu isyarat. Peliknya Mila siang tadi dia ke Kajang masalah giginya. Pergi ke Klinik gigi, kenapa tak buat urusan bank semua itu. Aku mati-matian ingatkan dia mahu kerditkan duitnya.

Terpaksa ke Seri Serdang, biar pun agak jauh tetapi tidak sesak & boleh ikut Sungai Besi masuk ke MMR2. Terus ke Sekolah Teknik Gombak, sebab Aziq masih menanti kedatangan kami menyemputnya. Sepanjang jalan kenderaan bertali arus, sesak amat. Maka itu aku mahu amat bertolah selepas jam 10:00 malam. Bila ku lihat telefon bimbitku, telah bertalu-talu nombor 012965xxx tidak berjawab; panggilan dari Pak Ya.

“Pak Ya kat mana sekarang ini..”

“Tol Gombak…”

“Dah lama sampai dah..”

“Sejam lebih dah menunggu ni.., Abg iDAN kat mana!” Memang pun telah 9:45 malam.

“Sebelah tol ini, tengah ambil Aziq, kejap lagi kami sampai..” Terasa bersalah amat bilamana mengingatkan temujanji ini di mana angkara tidak menghormati waktu; ada orang menjadi mangsa. Aku malas membebel sebab ayat yang sama akan aku terima. Mila memang selalunya begini. Jika majlis kenduri kendara pun asyik jadi tetamu akhir. Selalu amat jika ke mana-mana jemputan. Orang sedang kemas bangku meja baru kami sampai. Jika tidak aku menggesa agar segera bersiap; pasti akan lewat.

Teringat akan pesan Cikgu Mutalib ketika di Asrama Putra, Jalan Watson Ipoh..

“Ada ketikanya hidup kita ini perlulah bersikap rugget, rugget dalam eri kata tahan lasak..” Maksudnya kita kena pandai menyesuaikan diri. Rugget bermaksud berpakaian serba ringkas sesuai dengan masa & cuaca. Jika kita lihat pelancong Mat Saleh melawat negara kita mereka berpakaian serba ringkas, berbaju T & berkasut sukan.

Jika sekadar mahu berkelah, tak payahlah berpakaian kemas amat. Perlukah seluar kena licin berstreka, baju kena digosok rapi. Cukuplah sekadar berseluar ringkas atau jeans & berkemaja T. Buat Mila tidak begitu, bila-bila & segalanya mahu kemas, bagaikan mahu pergi ke majlis kahwin, atau berperaga bak paragawan, berfesyen terlampau. Anggun selalu. Payahnya. Maka itu terlalu ambil masa untuk bersiap tiap kali maju ke mana jua. Aku teringat bagaimana kemasnya rakan sebilikku Napi. Sampaikan singlet pun mahu berstreka. Maih ada orang lain lagi kemas dari Mila.

-bersambung

Durian Guling 2

07 Mei 2009

Apabila Akhil dan Waheeda main teka-teki (Hiburan)

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my



PASANGAN suami isteri dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua, Waheeda dan Akhil Hayy.

TAHUN lalu, tatkala majlis pelancaran album Nasyid Legenda 2, Akhil Hayy buat pertama kalinya membuka bicara usai mengenai isu pernikahan 'rahsianya' bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Norwahidah Abdul Wahab, 31 atau Waheeda.

Ketika itu, asakan wakil media dengan pelbagai pertanyaan berhubung isu pernikahannya dijawab tenang oleh Akhil yang statik dengan jawapan, masih belum beristerikan Waheeda.

Pengakuan tersebut sedikit sebanyak telah meleraikan kekusutan terhadap dakwaan yang kononnya Waheeda berstatus isteri kedua kepada penyanyi dan penceramah motivasi itu.

Bagaimanapun, selang beberapa bulan selepas pengakuan tersebut, hubungan kedua mereka kembali hangat diperkatakan apabila ada pihak yang mendakwa melihat kelibat mereka keluar menonton wayang bersama.

Persoalannya, di tengah-tengah kehangatan orang ramai menjaja kisah di antara mereka, baik Akhil mahupun Waheeda sendiri masih berani muncul berdua di khalayak ramai.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, baru-baru ini bersama Akhil, Waheeda tampil sebagai salah seorang pelakon dalam siri program berbentuk bual bicara, Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Lantas, pada majlis pelancaran siri tersebut yang berlangsung di Restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur, kelibat Akhil yang muncul dengan jubah putih, tiba lebih awal daripada Waheeda yang tampil mengenakan jubah hitam 30 minit kemudian begitu dinantikan.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, kedua-duanya kelihatan cukup bersedia menjawab segala persoalan yang diajukan tanpa mahu menimbulkan sebarang spekulasi sampingan di kemudian hari.

Para media yang hadir saling berpandangan, berteka-teki apakah pada majlis yang sama pasangan sensasi itu bakal menamatkan segala 'rahsia' yang terkunci rapi di antara mereka?.

Bukan sahaja peringatan daripada Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar yang menyatakan bahawa ada kejutan yang ingin dilakukan oleh Akhil pada majlis tersebut malah, kehadiran ahli keluarga Waheeda pada majlis yang sama turut menjadi tanda tanya.

Bagai tahu persoalan pokok yang ingin diajukan sedari awal, Akhil membuka bicara: "Baiklah, hari ini saya ingin membuat deklarasi secara eksklusif di depan semua yang hadir pada hari ini dan harap-harap ia dapat menjawab segala persoalan selama ini untuk kebaikan bersama.

"Waheeda adalah isteri saya… dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua yang bernama Honey Al-Zahra," ujar Akhil membantutkan teka-teki mengenai 'kejutan' yang di uar-uarkan sebelum itu.

Menurut Akhil, Waheeda adalah antara nama-nama yang disenaraikan untuk menjayakan program-program di Astro Oasis. Selain mampu menyanyi dan berlakon, kata Akhil, Waheeda juga dilihat sebagai individu yang mampu menyampaikan dakwah dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Biarpun pernah menjawab isu pernikahannya tahun lalu, bersama Waheeda, Akhil sekali lagi ditebak dengan soalan yang sama.

Berkali-kali menafikan, berkali-kali juga para media mengajukan soalan yang sama. Bukanlah niat untuk mengeruhkan lagi keadaan, cuma ingin mendapatkan kepastian terhadap apa yang telah disampaikan oleh sumber, seorang ustaz terkenal.

Dalam pertanyaan ringkas, ujar Waheeda: "Tidakkah anda tahu begitu ramai para pendengki dalam dunia nasyid?. Kami ini manusia biasa yang memang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, bagaimanapun itu di antara kami dengan Allah.

"Lagi satu, kenapalah media selalu tonjolkan isu negatif seperti isu kami bernikah dan tengok wayang sedangkan banyak lagi isu lain yang boleh diperkatakan.

"Dunia ini sememangnya 'neraka' bagi orang-orang yang beriman tetapi 'syurga' bagi orang-orang yang yang kafir," kata Waheeda sedikit emosi.

Mengakui impak besar berhubung gosip tersebut, ujar Akhil, kemana-mana dia melangkah pasti soalan yang sama sering menjadi topik perbualan.

Seperti pengakuan pertamanya setahun lalu, cabaran tersebut tidak ubah seperti tsunami yang melanda lautan yang mengapung bahtera hidup dikemudinya.

"Situasi saya diibaratkan saya di dalam rumah dengan hanya berkain pelikat tetapi tidak berbaju. Kemudian datang seorang tetamu memberi salam.

"Dalam Islam salam hanya diberikan sehingga tiga kali sahaja dan apabila salam ketiga tidak disambut, maka tetamu itu akan faham bahawa tuan rumah tidak mahu menerima sebarang tetamu.

"Bagaimanapun, sekarang ini 'rumah' saya telah diketuk sampai sepuluh kali dan bagai nak roboh tetapi masih juga tetamu itu tidak mahu balik. Apa yang boleh saya katakan, Allah melaknat orang-orang yang menyebarkan fitnah walaupun ketika sedang tidur," katanya.

Berani bersama Waheeda sebagai pasangan suami isteri dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua membawa cabaran yang bukan sedikit buat ikon eksklusif pertama Astro Oasis itu.

Menjaga adap

Siri 13 episod Cafe Akhil Hayy musim kedua bersiaran pada setiap hari Rabu, pukul 7.30 malam di Astro Oasis (saluran 106 Astro) bermula 29 April lalu.

Pernah ditemukan dalam program Astro, Hijrah Remaja sekitar tahun 2006, Akhil memuji keterampilan Waheeda serta pembawakannya yang dilihat mampu menyebarkan dakwah dalam programnya itu.

Bukan mahu menyimbah minyak ke dalam bara dan mengapi-apikan gosip cinta di antara mereka yang heboh seantero negara, tetapi atas dasar dakwah, niat baik menyatukan mereka dalam satu program disambut baik oleh pasangan penyanyi ini.

"Selebriti bertudung seperti Waheeda boleh dibilang dengan jari, cantik di luar dan cantik di dalam. Perkara utama yang saya lihat, dia begitu menjaga adap dan penampilannya.

"Di sini, kami bukan merayu, tetapi menyeru. Saya tahu Waheeda mampu buat kerja dakwah. Ini ketentuan Tuan punya dunia. Waheeda ada cara dia dan saya ada cara saya sendiri," katanya.

Bercerita tentang pelantikannya sebagai ikon eksklusif Astro Oasis, menurut Akhil, ia merupakan satu tanggungjawab besar buat dirinya.

"Saya terlibat dengan program Marhaban di Astro daripada musim pertama hingga keempat dan daripada situ, mungkin pihak Astro Oasis nampak sesuatu dalam diri saya.

"Impaknya, apabila mereka nampak saya yang dulunya terlibat dalam seni kemudian menyepi seketika dan kini kembali dengan imej berkonsepkan Islamik. Bukan saya nak tunjuk pandai tetapi anggap ia sebagai satu amanah," katanya.

Utusan Malaysia

06 Mei 2009

Ombak Pasir Bogak (Singgahsana)



Senin memakai kain pelikat berpetak hijau bermain buih ombak di gigi pantai. Langit semakin merah, angin basah dari pulau merembas khemah kami. Khemah dari plastik biru seadanya, memang kami tidak merancang pun akan bermalam di pulau ini. Tetiba sahaja aku terima surat dan kenalanku melalui radio. Katanya dia akan ke Lumut & akan pergi berkelah di Pulau Pangkor dengan rombongannya dari Kelang (Klang).

Aku membuka beg galasku, melihat akan gambarnya bersama kekawan berbaju kemeja putih bergaun labuh batik kemerahan. Aku membaca berkali-kali akan suratnya yang tertulis rapi di kertas roni biru nipis. Hampir lusuh sampul suratnya terselit di beg galasku.

"Jika abg sudi ketemu Mila kita berjumpa di Pasir Bogak Ahad nanti..."

Aku memakai jeans & berkemeja T hitam berkolar kuning bangun menuju ke arah Senin. Berkaki ayam memijak putihnya pasir di pantai Pasir Bogak. Halus & peroi amat pasirnya. Aku mengutip kulit siput yang cantik memasukkan ke dalam ucang plastik. Sesekali aku membaling batu ke laut. Senin perasan aku melayan ombak & perasaan sendirian.

"Apa ada makanan di khemah kita tu... aku laparlah iDAN!"

"Roti, sadin & buah epal banyak dalam beg aku tu..!"

"Habis malam ini kita nak makan di mana iDAN!.."

"Kita makanlah apa yang ada, esok pagi banyak orang berjual; barulah kita boleh makan sedap-sedap" Senin berlari ke khemah, aku terusan memijak buih, memecah & menyelerakkanya menjadi Senin kedua. Sesekali aku berlari anak mengejar anak ketam.

Mentari makin mahu berlindung di dada laut, cahaya merahnya amat cantik melukis awan. Terasa amat damai & rasa amat sepinya pantai ini. Tak ramai penghuninya berkhemah & bermalam di pantai ini. Hanya khemah aku di hujung ini & aku nampak sekumpulan pemuda india duduk berkumpul di pohon Penaga Laut. Di laut para nelayan tampak semakin ramai yang pulang. Damai & sepi pantai ini dapat memujuk hatiku.

Selalunya ketika menunggu magrib begini aku sering sendirian di Bukut Senyum. Desa Tualang lebih dari 80 km dari Pulau ini. Bermandi dengan kenangan lalu memang buat aku basah kuyup dengan rindu.

Dari kampung aku terpaksa menaiki Vespa ke rumah Senin di Batu Tujuh, Jalan Tanjung Tualang. Kemudiah menaiki bas ke Batu Gajah. Dari batu Gajah singgah di Pusing; untuk menaiki bas ke Parit. Dari Parit terpaksa ambil bas ke Bruas. Dari Bruas ke Sitiawan; barulah ada bas ke Lumut. Berapa jauhnya perjalananku. Itulah perjalanannya; ceritera zaman dulu, tak tahulah sekarang sudah banyak bas Expres Parit ke Lumut kot.

Aku memang kerap ke Pulau Pangkor, jika tidak mengikuti rombongan orang kampungku, sering juga ke Lumut dengan keluarga jika ada pesta saban tahun. Pantai yang terdekat dari kampung sememangnya Lumut. Tiada pantai lain. Jika tidak ke Pulau Pangkor kami sering ke pantai Teluk Batik untuk mandi laut. Jadi tidaklah asing sangat bagiku suasana sekitar Lumut & Pulau Pangkor.



- bersambung

05 Mei 2009

Hospital Serdang Wad Rawatan Am (Singgahsana)



Ceriteranya sama, jika mahu berjumpa dengan doktor di Hospital Kerajaan bersedialah menunggu sekitar tiga jam. Tak mungkin awal dari itu; selain memang kita sakit tenat, kemalangan & luka yang berstatus kecemasan;

Setelah Aziq dibedah lantaran sakit appendixnya tempoh hari. Hari ini dia & aku pergi ke Wad Pembedahan Am, Hospital Serdang untuk membuat rawatan susulan. Setelah bertanya dari satu kaunter ke satu kuanter maka barulah kami dapat nombor giliran.

"Encik ada bawa surat akaun dari sekolah anak encik tak?" Tak tahulah pulak kena surat akaun semua tu, semasa di Sekolah Teknik Aziq tadi ada juga pegawai di pejabat sekolah itu menyebut tentang surat akaun tersebut.

"Saya ini staf kerajaan & sekarang telah berpencen, ini kad pencen saya.... pencen muda..." Perasanlah tu; Aku menghulurkan kad pencenku.

"Kad pencen pun okey!, kalau di wad tu nanti ada tanya tentang surat gerenti segala, encik tunjukkan kad pencen tu.."

Mudah juga jadi orang berpencen, tak payah nak minta surat gerenti daripada kerani gempal lagi garang di tingkat tujuh itu. Aku & Aziq mengelamun melihat pesakit lain yang menunggu giliran. Nombor Aziq 2033, sekarang baru 2015, berapa ramai lagi. Jam menunjukkan 11:35 pagi. Mengikut di buka pesakit temujanji kami ialah 12:30 tengah hari. Senngaja kami redah awal; Maka aku & Aziq tak kisahlah jika dilayan lewat. Kami cepat datang sekitar sejam.

Yang sedihnya lagi lugunya telah pun sejam lebih kami menunggu, baru bergerak dua angka; 2017. Mak datuk! kalau sejam cuma dua pesakit; apa akan jadi program aku mahu ke Pej Cukai Pendapatan dengan Eris & Atan. 12:30 tengah hari, isk! aku congak-congak memang tak akan sempat mahu ke mana-mana lagi. Kena jadi petapalah aku di Hospital Serdang ini. Jam 1:00 tengah hari lebih aku telefon Atan & Eris; mengatakan batalkan saja program kami.

Aku teringat semasa aku di wad kecemasan, lantaran naik tinggi melambung tekanan darahku. Datang naik ambulan, duduk di tempat menanti dari jam 10:00 pagi hingga dekat nak masuk waktu magrib. Congaklah berapa jam aku terpaksa menanti untuk ketemu doktor.. Itu di wad kecemasaan. Perbagai drama & ceritera berlaku di depan mataku. tak sanggup rasa melihatnya. Ini kan pula di Wad Pembedahan Am ini.

Apakah masalah kekurangan doktor masih tidak selesai, apakah hospital sekadar diujudkan sebagai mercu tanda yang kerajaan kita prihatin tetapi apakah masalah perkhidmatan adalah perkara kedua. Telah ada ISO tetapi bayangkan jika masa tiga jam lebih terbuang dengan menunggu tanpa berubah sejak berzaman.

Hampir jam 2:15 petang barulah nombor Azig dipanggil. Yang kelakarnya tak sampai pun lima minit, dah keluar dari kamar doktor.

"Seminit tak sampai sampai jumpa doktornya, menunggu sampai dua jam lebih..." Aziq bersuara.

"Tak baik cakap seminit, kita andaikan sahaja kurang lima minit... sedap sikit bunyinya.."

Begitulah ceriteranya. Untuk menghormati temujanji doktor yang telah merawat Aziq dengan jayanya. Bangun seawal 6:15 pagi, meredah KL untuk ke ofis Mila dulu kemudian baru Gombak, jumpa Cikgunya minta surat kebenaran keluar. Redah kembali kesesakan KL untuk ke Hospital Serdang. Menunggu lamalah amat. Kira-kira separuh hari masa terbuang semata-mata mengikut temujanji doktor. Padahal tak sampai lima minit untuk ketemu doktor.

"Inilah antara perkara pelik dalam hidup kita ni.. yang terpaksa kita tempuhi Aziq..!" Aku bersungut akur menuju ke Jenaris. Nanti petang terpaksa hantar Aziq ke asramanya semula.

01 Mei 2009

Adik Izwan Pilus (Hiburan)

Semua sudah tahu, pelajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Khairil Azam Pilus atau Aril adalah adik kepada penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus. Malah, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia hiburan tempatan, Aril dulu bekas peserta Gangstarz dan pernah pengacara sebuah program remaja di RTM.

Jom ikuti temubual khas bersama Izwan Pilus tentang adiknya yang semakin popular itu.

MURAI: Apa komen Izwan Aril dapat masuk AF7?

IZWAN: Pertama sekali, saya nak ucapkan tahniah kepada Aril. Dia memang suka menyanyi dari kecil lagi. Malah dalam keluarga, saya sebenarnya ingatkan dia yang jadi penyanyi bukan saya.

MURAI: Kenapa Izwan cakap begitu?

IZWAN: Mula-mula saya rasa nyanyi hanya sebagai hobi dan Aril lebih sesuai jadikan nyanyian sebagai karier. Tapi saya anggap ini semua ada hikmah. Penglibatan saya jadi penyanyi lebih awal memberikan banyak pengajaran pada Aril untuk jadi penyanyi dan merancang masa depannya.

MURAI: Apa yang membuatkan Izwan yakin dengan Aril bergelar artis?

IZWAN: Kalau nak tahu, jiwa Aril lebih seni dari saya. Dia ni memang mempunyai bakat seni yang dashyat. Boleh dikatakan segala macam bidang seni dia dah cuba. Dia pandai buat seni grafik, pandai main alat muzik dan handal gila dalam bab tarian shuffle.

MURAI: Pendapat Izwan mengenai vokalnya?

IZWAN: Bagi saya suaranya unik - tidak sama dengan saya.

MURAI: Betul ke Aril sudah masak dengan dunia artis?

IZWAN: Aril memang banyak kenalan dengan orang industri. Komposer terkenal Arab pernah tawarkannya untuk jadi artis rakaman. Tapi atas sebab tertentu, semua tak jadi. Aril juga baik dan rapat dengan komposer Ross Ariffin. Yang penting, ramai orang tertarik tengok bakat Aril. Dia pun baik dengan Faizal Tahir.

MURAI: Macam mana Aril boleh rapat dengan Faizal Tahir?

IZWAN: Sebelum ini, Faizal Tahir pernah telefon saya dan menyuruh saya pujuk Aril untuk masuk salah satu program realiti. Menurut Faizal, kebanyakan peserta yang datang hancur dan cakap Aril memang berbakat besar.

MURAI: Sebagai abang, apa kelemahan Aril?

IZWAN: Saya rasa Aril kena lebih versatile. Genre lagu nyanyiannya terlalu terhad. Kalau nak tahu, lagu Saleem memang jadi makanannya. Dia suka ambil remeh dengan banyak perkara. Saya selalu menegur dan menasihatinya. Tapi Aril ni sebenarnya garang dan tegas orangnya.

MURAI: Selain bakat yang orang tahu, apa lagi bakat Aril?

IZWAN: Dia minat gila nak jadi pelakon. Tapi saya selalu cakap dengan dia, kalau nak sesuatu usaha sendiri. Saya tak mahu dia buat jalan mudah atau tumpang nama abangnya. Saya tahu dia boleh pergi jauh sendiri. Dia kena rajin berusaha.

MURAI: Ada rancangan nak buat kelab peminat Aril?

IZWAN: Saya ada dengar kawannya mahu buat kelab peminatnya. Saya tak risau pasal penyokong Aril. Malah, saya rasa dia lagi popular dari saya. Kadang-kadang, bila saya keluar, orang lebih mahu tahu cerita Aril dari saya.

MURAI: Bagaimana reaksi mak dan ayah?

IZWAN: Mereka semua OK. Mereka memang selalu sokong dari belakang dan tak suka tonjolkan diri depan kamera. Setakat ini, ibu risau dan selalu tanya, perlukah datang konsert setiap minggu memandangkan mereka sibuk dengan hal pindah rumah.

MURAI: Benarkah Aril pernah dipukul teruk oleh ayah anda sendiri?

IZWAN: Itu saya kurang pasti. Tapi apa yang boleh saya cakap, Aril sangat rapat dengan ayah berbanding saya. Bagaimanapun, pasal pukul anak ini memang tanggungjawab ayah untuk bimbing anak. Saya tak nafikan ayah garang dan tegas orangnya. Kalau pun benar ini berlaku, semuanya bersebab.

MURAI: Apa harapan Izwan untuk Aril?

IZWAN: Kalah atau menang perkara kedua. Tapi saya mahu dia tunjuk sehabis mungkin bakatnya pada orang. Apa jua terjadi, famili kami semua tetap menyokong Aril.

MURAI: Secara jujur, apa yang paling anda risau untuknya?

IZWAN: Saya memang risau kalau dia dibandingkan dengan saya. Saya tak kisah nak bersaing dengannya. Terus terang saya kurang selesa orang beza-bezakan bakat kami kerana ia boleh jejaskan hubungan kami. Tapi saya tahu, dia memang matang dan tak kisah pasal isu perbandingan ini. Namun, sebagai abang saya risau untuknya.

MURAI: Apa yang Izwan tak boleh lupa tentang Aril?

IZWAN: Pernah dulu, orang caci saya dalam satu forum. Aril dengan berani mengaku dia adik saya dan pertahan segala tohmahan terhadap saya.

~Murai~

28 April 2009

Penyair sepenuh Masa (Singgahsana)



Aku telah mula menghantar karya kebanyakannya puisi ke akhbar. Tak tahulah bila ianya akan tersiar; sebahagian dari karya lama yang tidak tersiar & sebahagian karya terkini. Perubahan besar telah berlaku bagi akhbar Berita Harian, ruangan Sajak kini ditukar kepada ruangan Puisi yang diterbitkan di Berita Harian pada hari Sabtu; Tidak lagi di Berita Minggu setiap Ahad bagai dulu.

Mingguan Malaysia seperti selalunya masih mengekalkan cara tradisional. Setiap hari Ahad mesti ada ruangan sastera Cerpen & Puisi. Tentunya ramai menyukai Mingguan Malaysia dalam segi saiznya. Bayangkan jika kita mahu membuat lapik untuk berkelah atau sebagainya. Pasti semua memilih Utusan Malaysia. Agar penerbitnya tidak berkira-kira mengikut jejak Berita Harian. Kecillah amat tak luas & meriah rasanya.

Masalah isian beritanya bagi aku terpulanglah kepada kita; tak salah jika kita membaca akhbar semua visi. Janganlah lantaran pertelingkahan politik kita menolak banyak akhbar. Sedangkan akhbarlah satu-satu wadah media massa yang dapat membina ilmu & mengembangkan pengetahuan kita.

Baik Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah, Kosmos & banyak lagi akhbar terbit tiap hari, capailah semua jika mendapat peluang membacanya. Agar kita tidak menjadi masyarakat jumud membaca.

Sejak aku menjadi Penyair sepenuh masa, aku banyak menulis jurnal & melayari internet. Maka banyak minda aku tertumpu dengan bahan di internet. Ada satu kehilangan yang amat ketara; aku tidak dapat berbual dengan kekawan bagai dulu. Melalui bualan selalunya dapat bertukar minda. Banyak masalah kekawan sebenarnya dapat membantu aku dalam menilai kehidupan. Terasa amat kosong hidup ini tanpa bualan & khabar dari kekawan.

Tadi aku buka telefon bimbit talian DiGi, & SMS Eris, nampaknya dia pun tak perasan SMS aku, lambat baru dijawabnya. Jika dulu Eris ini memang kembar telefon bimbit; tak sampai sedetik pasti dijawabnya. Jawapan SMSnya kali ini juga agak pelik lantaran mungkin terkilan kot aku memang tak kasi berita langsung buat kekawan sejak sebuan lalu. Sementelah telah lama tentunya aku tidak ketemu dia; mungkin dia dah lupa pun wajah aku.

Aku memang ada dua talian telefonku; selain telefon rumah. Ada DiGi & 013; tapi minta maaflah aku bukan jenis orang sentiasa hidupkan talian telefon bimbit. Kot nak guna sahaja aku hidupkan. Sebab aku nak jumpa Eris pun lantaran nak minta bantuan dia tentang masalah pencen yang belum selesai. Mahu pergi ke pejabat cukai pendapatan. Nak naik kapcai ke sana aku tak pasti sangat tempatnya. Nak bawa kereta perang pula, masih tak yakin akan taraf keupayaannya. Sesekali amat payah nak mengidupkan enjinnya. Nak guna Avanza Mila, bilalah dapatnya. Sibuk memanjang Mila kini, balik pun dah malam-malam. Ikut anginnya. Terkadang jam 6:15 ptg dah terpocol di muka pintu. Cepat pula. Lagipun aku & Eris macam dengan Asraf juga, selalu berurusan ke mana juga mesti akan bersama.

013 itu yang paling lama aku gunapakai. Tapi bak kata PengailSejati.

"Ada dua talian pun nak buat apa, jika payah amat nak terima panggilan!"

Macam ini sajalah...Semua SMS aku baca belaka, jika aku buka talian memang berduyun SMS masuk: Takkan aku padam terus talian bimbit tu, dalam seminggu mesti aku buka juga. Seperkara lagi jika rajin bukan jurnalku; pasti mudah mengesanku. Terutama jurnalku di easyjournal; itu yang paling rajin kubuka. Boleh kata tiap hari aku akan membukanya. Selain jurnal aku rajin juga buka e-mel idanradzi di yahoo.

Sesekali bosan sangat buka TAGGED. Semua itu wadah untuk berkomunikasi. Mahu tak mahu sahaja mendekati Penyair iDANRADZi ini.

Posted on 28.4.2009 at 1:37 PM

Peluang miliki kompilasi terkini Lat (Ceritera)



KUALA LUMPUR: Peminat yang sekian lama menantikan hasil karya kartunis terkenal Malaysia, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat kini boleh memiliki kompilasi terkini beliau mulai semalam.

Lat-The Early Series yang mengambil masa enam bulan untuk disiapkan adalah penghormatan daripada The New Straits Times Press (NSTP) atas sumbangan beliau menghasilkan lukisan di muka surat editorial NST dan Berita Harian selama 35 tahun.

Lat berkata, beliau amat berbangga dengan penghasilan buku berkenaan yang mempunyai lapan bahagian dan merangkumi lebih daripada 50 siri.

“Oleh kerana akhbar NSTP dibaca semua lapisan masyarakat, jadi saya menghasilkan cerita melalui gambar yang mudah difahami orang ramai.

“Saya melukis kartun mengenai masyarakat dan turut menerapkan unsur budaya dan tradisi rakyat Malaysia di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

“Saya mula melukis pada awal 70-an dan berusaha melukis dengan cantik dan menghasilkan dialog yang menarik untuk membuktikan kepada orang ramai mengenai kemampuan saya dalam bidang lukisan,” katanya.

Kompilasi ini boleh didapati dari semalam di kedai buku berhampiran selain boleh diperoleh menerusi www.nst.com.my dengan harga RM120 sebuah.

Majlis perasmian kompilasi itu disempurnakan Lat serta turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail dan Pengurus Besar E-Media Sdn Bhd, Zainul Ariffin.

Harian Metro

Marsha Rasa Bersalah Aril Terkeluar

Termenung seketika Marsha Milan Londoh sebaik saja hos AC Mizal mengumumkan nama Aril sebagai pelajar yang tersingkir dalam konsert minggu ke-7 program Akademi Fantasia 7 (AF7) yang berlangsung Sabtu lalu.

Marsha terus dirundung rasa bersalah yang bukan kepalang. Maklumlah sebelum ini, dia telah menerima hentaman yang bertubi-tubi kerana kemunculannya sebagai RA untuk pelajar perempuan di dalam akademi dikatakan telah ‘menganggu’ pelajar-pelajar terbabit khususnya Aril.

“Saya tak tahu macam mana nak menjelaskan keadaan diri saya sekarang ini tapi saya memang rasa bersalah dan sedih. Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya tak pernah terlintas nak menggoda atau bermanja dengan Aril atau mana-mana pelajar lelaki. Perangai saya ini memang lekas mesra dengan orang yang peramah dan aktif.

“Mungkin sayalah punca kenapa Aril tersingkir. Baru saya sedar ramai peminat Aril tak setuju dengan kehadiran saya dalam AF7 dan mungkin ini menjejaskan undian Aril,” kata Marsha dengan wajah suram.

Beberapa kali Marsha yang dulu pernah intim dengan Keifli AF3, cuba ditenangkan orang-orang yang berada di sekelilingnya pada malam konsert itu tetapi situasi ia tidak mampu mententeramkan jiwanya.

Pun begitu ada juga pendapat mengatakan sebelum kehadiran Marsha lagi, undian SMS Aril memang sudah tidak konsisten lagi dan adakalanya paling tercorot.

Mendengar kata-kata itu pun Marsha berkata: “Entahlah apa yang saya rasakan sekarang, ramai peminat AF7 akan tetap menyalahkan saya juga kerana Aril telah terkeluar.”

27 April 2009

Surat Dari Pej Tanah (Singgahsana)



Limpahan terima sahaja yang dapat aku nyatakan di atas keprihatinan pegawai atasan Pejabat Tanah & Galian Negeri Perak Darul Ridzuan; secara peribadi telah berusaha untuk mengesan akan tanah pusaka Mat Sesh (Arwah Apak) yang telah hilang akan gerannya. Aku menulis e-mel kepada pihak Pej. Tanah adalah lantaran kehilangan yang beberapa geran yang tersimpan di Peti Besi Gajah Hijau.

Takkan nak libatkan polis perbagai, jika boleh aku mahu menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus tepung jangan pula berselerak. Itu yang malas ganggu keluarga arwah Opah Bi.

Sayangnya ianya tak akan selesai kecuali tahun No. Geran & No. Lot. Bagaimana nak tahu semua itu, di simpananku kini ada geran besar tanah sekitar kampungku ianya agak rumit mengenal pasti akan sesuatu lokasi. Sedangkan tapak masjid pun di dalam geran besar ada tujuh ekar lebih; mana lojik ianya sebahagian milik orang lain.

Antara geran yang hilang ialah, tapak rumah pusakaku, tanah air hangat, tanah dekat rumah Pak Aris, tanah tapak kedai dan ada beberapa tempat lagi aku tak pasti. Itu semua di Mukim Teja, bagaimana pula tanah di Tukang Sidin. Arwah Apak lama merantau di sana; memang ada tanahnya di sana.

Tambah sakit pewaris sebelah arwah Apak tak seorang pun mahu berhubung tentang tanah ini. Ada yang mengatakan arwah Apak dah beli semua dari adik beradiknya. Mungkin sebab itu tak seorang pun pewaris yang menuntut. Sementelah semua adik beradik arwah Apak seramai empat orang telah meninggal. Arwah Apak pula yang bungsu.

Takkan ceriteranya sama, aku juga anak yang bungsu dari empat adik beradik. Semuanya apakah akan terpikul di bahuku. Semua adik beradik arwah Apak perempuan; memang ada lojiknya arwah Apak yang perlu diharapkan. Kes aku lain, aku ada abg kandung lelaki dua orang. Bagaimana pula dengan saudara tiri. Ikut hukum faraid semuanya ada hak cumanya sikit atau banyak sahaja. Huh! patutnya semualah kena bantu aku. Inilah isunya. Masing-masing kejar dunia; hingga lupakan kampung halaman.

Bagiku tak kisahlah jika No. Geran yang diberikan oleh Pej. Tanah itu bukan milik arwah Apak; setidak-tidaknya ianya meringankan tugasanku mengesannya. Ianya satu rahmat Ilahi yang memudahkan pencarianku. Aku akan merujuk No. Geran tersebut hak milik siapa di kampung nanti. Aku tahu mesti ada penyelesaian. Tak mungkin masalah tak ada penyelesaiannya. Moga roh arwah Apak dapat mendengar akan usaha & munajatku ini.

Ish! sedar tak sedar telah sebulan UPM tak kasi sebarang tindakan tentang pencenku. Apa yang belum selesai & apa lagi yang kena aku uruskan. Selagi tak dapat semua wang pampasan & wang tuntutan bagaimana aku mahu bergerak; memang payah jika hanya bersenjatakan dengan tulisan. Tanpa bantuan duit untuk bergerak ke sana ke sini.

Hidup harus diteruskan jua... Sabarlah Desa Tualang.

Penyair sepenuh Masa (Singgahsana)



Aku telah mula menghantar karya kebanyakannya puisi ke akhbar. Tak tahulah bila ianya akan tersiar; sebahagian dari karya lama yang tidak tersiar & sebahagian karya terkini. Perubahan besar telah berlaku bagi akhbar Berita Harian, ruangan Sajak kini ditukar kepada ruangan Puisi yang diterbitkan di Berita Harian pada hari Sabtu; Tidak lagi di Berita Minggu setiap Ahad bagai dulu.

Mingguan Malaysia seperti selalunya masih mengekalkan cara tradisional. Setiap hari Ahad mesti ada ruangan sastera Cerpen & Puisi. Tentunya ramai menyukai Mingguan Malaysia dalam segi saiznya. Bayangkan jika kita mahu membuat lapik untuk berkelah atau sebagainya. Pasti semua memilih Utusan Malaysia. Agar penerbitnya tidak berkira-kira mengikut jejak Berita Harian. Kecillah amat tak luas & meriah rasanya.

Masalah isian beritanya bagi aku terpulanglah kepada kita; tak salah jika kita membaca akhbar semua visi. Janganlah lantaran pertelingkahan politik kita menolak banyak akhbar. Sedangkan akhbarlah satu-satu wadah media massa yang dapat membina ilmu & mengembangkan pengetahuan kita.

Baik Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah, Kosmos & banyak lagi akhbar terbit tiap hari, capailah semua jika mendapat peluang membacanya. Agar kita tidak menjadi masyarakat jumud membaca.

Sejak aku menjadi Penyair sepenuh masa, aku banyak menulis jurnal & melayari internet. Maka banyak minda aku tertumpu dengan bahan di internet. Ada satu kehilangan yang amat ketara; aku tidak dapat berbual dengan kekawan bagai dulu. Melalui bualan selalunya dapat bertukar minda. Banyak masalah kekawan sebenarnya dapat membantu aku dalam menilai kehidupan. Terasa amat kosong hidup ini tanpa bualan & khabar dari kekawan.

Tadi aku buka telefon bimbit talian DiGi, & SMS Eris, nampaknya dia pun tak perasan SMS aku, lambat baru dijawabnya. Jika dulu Eris ini memang kembar telefon bimbit; tak sampai sedetik pasti dijawabnya. Jawapan SMSnya kali ini juga agak pelik lantaran mungkin terkilan kot aku memang tak kasi berita langsung buat kekawan sejak sebuan lalu. Sementelah telah lama tentunya aku tidak ketemu dia; mungkin dia dah lupa pun wajah aku.

Aku memang ada dua talian telefonku; selain telefon rumah. Ada DiGi & 013; tapi minta maaflah aku bukan jenis orang sentiasa hidupkan talian telefon bimbit. Kot nak guna sahaja aku hidupkan. Sebab aku nak jumpa Eris pun lantaran nak minta bantuan dia tentang masalah pencen yang belum selesai. Mahu pergi ke pejabat cukai pendapatan. Nak naik kapcai ke sana aku tak pasti sangat tempatnya. Nak bawa kereta perang pula, masih tak yakin akan taraf keupayaannya. Sesekali amat payah nak mengidupkan enjinnya. Nak guna Avanza Mila, bilalah dapatnya. Sibuk memanjang Mila kini, balik pun dah malam-malam. Ikut anginnya. Terkadang jam 6:15 ptg dah terpocol di muka pintu. Cepat pula. Lagipun aku & Eris macam dengan Asraf juga, selalu berurusan ke mana juga mesti akan bersama.

013 itu yang paling lama aku gunapakai. Tapi bak kata PengailSejati.

"Ada dua talian pun nak buat apa, jika payah amat nak terima panggilan!"

Macam ini sajalah...Semua SMS aku baca belaka, jika aku buka talian memang berduyun SMS masuk: Takkan aku padam terus talian bimbit tu, dalam seminggu mesti aku buka juga. Seperkara lagi jika rajin bukan jurnalku; pasti mudah mengesanku. Terutama jurnalku di easyjournal; itu yang paling rajin kubuka. Boleh kata tiap hari aku akan membukanya. Selain jurnal aku rajin juga buka e-mel idanradzi di yahoo.

Sesekali bosan sangat buka TAGGED. Semua itu wadah untuk berkomunikasi. Mahu tak mahu sahaja mendekati Penyair iDANRADZi ini.

25 April 2009

AF7 Baik Tak payah buat Pertandingan (Hiburan)



Astro hanya berbangga@syok sendiri lantaran kononnya siaran Astro Ria diminati ramai. Jika kita perhatiankan sepanjang Sabtu di Asro Ria memang tak ada siri menarik selain dari Akademik Fantasia (AF). Diulang & terus diulang. Penat tekan butang kawalan jauh terpaksa tukar saluran lain.

Sedar tak sedar Asto semakin hari semakin menipu penonton. Lantaran semakin ramai penonton merasakan buang masa penonton menyokong AF; lantaran peminat AF pasti kecewa & penghujungnya putih mata... orang yang mereka minati ghaib tak ada lagi dipersada pertandingan. Menyampah. AC Mizal menyalahkan pengundi lantaran tidak mengundi. Ingat undi tu percuma ke?. Berbuih pengkritik saban minggu memuji pelajar AF. Tahu-tahu orang yang mereka sokong terkeluar dari pertandingan. Para juri & pengkritik benar-benar buang masa. Pelajar yang mereka suka pun terkeluar. Baik senyap saja & geleng kepada tak perlu penat mengkritik & sebut sahaja... cubaan cubaan... cubaan!!!

Nampaknya Raja Lawak lagi berjaya mengondoli kepopularan dalam persada seni tanah air. Hidup Nabil, hidup Sepah!.

Rami peminat AF mengkritik lantaran tenaga pengajar (Cikgu) ini terlampau pilih kasih. Tak nampak mana permata & mana pula kaca. Tahun ini majoriti cikgunya adalah perempuan, maka nampak amatlah siapa anak buah mereka anak emas & siapa anak buah mereka anak pungut. Bila Aril terkeluar ada peminat AF terlalu gumbira lantaran melalui Diari AF nampak sangat Aril, Yazid ini antara anak emas Astro. Dalam Diari AF muka dia & muka Yazid sahaja yang keluar. Sampaikan penonton jadi menyampah akan anak-anak emas ini. Perempuan bila tenguk orang lelaki menggatai sikit mulalah cemburu; itu yang terjadi dalam kes kehadiran Masha. Bertimpa-timpa nasib Aril ini, hingga tak nampak lagi bakat yang dia.

Siapa yang tahu perkembangan Masha kini iyer!



Tidak dinafikan Aril punyai bakat yang besar, dia punyai nilai permata sebagai seoramg artis. Biarpun dia ditonjolkan sebagai pembuli dalam keluarga AF, terutama dalam kes Rini menangis tetapi jika kita perhatikan peningkatan Aril dari hari ke sehari semua juri atau pengkritik akan mengakuinya; Aril adalah bintang.

Aku sendiri sebagai penonton sesekali; bukan kerap sangat layan AF ini; masih tidak berpuas hati dengan lagu yang diberikan kepada Hafiz, dari lagu Toyol & entah apa lagi lagu yang memang tidak popular langsung, seolah-olah ingin meremehkan bakat Hafiz. Hafiz juga punyai bakat besar & dia aku harapkan jadi pesaing Aril.

Inilah padahnya bergantung dengan SMS, pilih kasih, bimbingan yang cacamarba, bakat seni pelajar AF habis terbuang dengan sangat naifnya. Aku nampak ramai kalangan mereka yang keluar adalah punyai banyak ciri-ciri bintang. Berbakat besar. Seperti Zizi & Aril. Tak dinafikan juga suara Qhaud yang lantang & punyai identiti menarik seharusnnya sampai ke peringkat akhir berbanding peserta yang tinggal kini biasa sahaja bakatnya... kecuali bakat yang nampak menyerlah; Hafiz.




Aku tak pasti apakah Isma akan layak menjadi idola tanah air atau Biduanita Negara; rasanya telah terlewat, memandangkan dia punyai tanggungjawab besar mendidik anak-anak masa untuknya berkembang sebagai artis semesti terbatas. Isma pula yang boleh dinobatkan sebagai pelajar paling tinggi kedudukannya. Tak pasti SMSkah yang membantu atau memang bakatnya yang melonjakkan dia teratas.

GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs (Singgahsana)

25.4.2009

Assalamualaikum wbt

Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.

Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak- kanak dan remaja.

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah "memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, aia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkan selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah "racun" yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudah Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.

Bagi menjaga kesihatan buah pinggang kita sila laksanakan amalan berikut semoga dijauhi Allah dari gout::

1. Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram.

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb.

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis.

24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout.

25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang

26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.

27. Elakkan jering, petai dan kerdas.

28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.

29. Elakkan menonton bahan pornografi.

30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.

31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb

32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb

33. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.

34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri

35. Elakkan sayuran jeruk

36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin

37. Elakkan telur masin

38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)

39. Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing. org/shenbingzhis hi/zixun04. asp)

40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.

41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)

42. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)

43. Kurangkan makanan bersantan

44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu pula ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)

6. Minyak jagung

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb

8. Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

10. Burung seperti burung puyuh dan merpati

11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

Sebenarnya penyakit gout ini adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah swt. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah swt. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah swt bahawasanya kita makhluk Allah swt akan dipanggil mengadapnya dan masanya sudah semakin hampir.

Sekian wassalam wallahualam

iDAN: Parah betul jika mereka dah kena sakit gout ini; jika mereka sakit darah tinggi aku teringat pesan doktor yang merawat aku, kurangkan makan daging & nasi, banyakkan makan ikan yang dibakar, sayuran yang direbus & ubi.

Posted on 25.4.2009 at 5:37 PM

23 April 2009

Blog: Tidak benar Manohara derita (Ceritera)


Jimadie Shah Othman
Apr 23, 09
1:41pm
kemaskini 5.20pm Tidak benar Manohara Odelia Pinot menderita bersama suaminya, seorang kerabat diraja Kelantan, seperti didakwa oleh ibunya Isnin lalu, demikian menurut dua blog Malaysia hari ini.

Satu lagi koleksi foto bekas model muda Indonesia itu, termasuk yang didakwa terbaru, kini dimuatkan di blog Truth Appeared selepas siri foto yang diterbitkan sejak minggu lalu.

Koleksi foto tersebut termasuk sewaktu Manohara Odelia menghadiri satu majlis bersempena Keputeraan Sultan Kelantan.

Di atas gambar itu - yang menunjukkan beliau sedang bersedia menari poco-poco - tertera tarikh 29 Mac lalu.

Selain sembilan keping foto, blog yang tidak mendedahkan identitinya itu meninggalkan catatan:

"Gambar-gambar di bawah adalah foto setelah Manohara pulang dari umrah, lihatlah ini bukan gambar yang di-superimposed.

"Ini adalah gambar benar, tulen, maka dustalah berita yang mengatakan 'Pangeran Kelantan Aniaya Manohara'.

"Pihak-pihak yang menyiarkan berita dusta diharap perbetulkan untuk kebaikan antara dua negara."

Mesra dengan suami

Pasangan diraja itu pulang daripada umrah 9 Mac lalu.

Penampilan Manohara Odelia sentiasa kelihatan bersopan, mesra, dihormati dan tidak lekang dengan senyuman manis.

Beliau bahkan, disambut penduduk tempatan seperti seorang selebriti.

Sekeping gambar bertarikh 31 Mac lalu menunjukkan orang ramai berebutan untuk mengambil gambar dan bersalaman dengan wanita muda berusia 17 tahun itu.

Sementara gambar yang didakwa diambil selepas Manohara Odelia pulang daripada mengerjakan umrah memperlihatkannya sedang menyerahkan hadiah kepada seseorang, sambil disaksikan orang ramai.

Kelihatan seorang jurugambar dalam program itu merakamkan peristiwa itu.

Manakala dalam foto santainya pula mempamerkan hubungan mesranya dengan suami.

Sekeping foto bertarikh 8 April – terbaru dalam koleksi itu – Monohara Odelia dilihat dipimpin suami dan seorang perempuan ketika mengharungi semak-samun.

Malukan istana

Gaya kasualnya itu nyata berbeza dengan kehadirannya dalam majlis rasmi. Beliau kali ini hanya mengenakan jeans ketat biru dan kemeja T putih.

Rambut panjangnyanya yang hampir separas pinggang dilepaskan, menjadikannya kelihatan ayu.

"Sayang sang suami pada isteri. Halanglah usaha untuk memisahkan mereka berdua," coret penulis blog di bawah gambar itu.

Sementara foto 4 April lalu memperlihatkan gadis kacukan Perancis-Indonesia itu sedang menjalani latihan menembak.

Suaminya berkemeja T merah, berkaca mata putih dan bertopi hanya memerhatikan isterinya.

Blog Yang Kudengar dan Kulihat pula memuatkan sekeping foto mesra pasangan diraja itu - kelihatan Manohara Odelia sedang berbisik sesuatu kepada suaminya di satu majlis - yang bertarikh 5 April lalu.

Penulisnya Mohd Soberi Shafii, yang mendakwa kenalan dekat kerabat tersebut, berkata gambar itu "dengan sendiri menafikan bahawa (kerabat tersebut) bertindak kasar terhadap isteri yang dihebohkan oleh media di Indonesia."

"Berita yang sengaja diada-adakan untuk memalukan keluarga istana Kelantan.

"Adalah diharapkan urusan keluarga dapat diselesaikan dengan baik, seeloknya pihak media tidak memburukkan suasana keharmonian di antara Mano dan (kerabat tersebut)," tambahnya.

"Perpisahan di antara (emak Manohara) Ibu Disey dengan anaknya Manohara bukan bererti meraka tidak lagi akan bertemu, perpisahan ini adalah perpisahan mata, bukannya perpisahan hati.

"Perpisahan berlaku itu tentu ada hikmahnya apabila suami isteri, anak menantu sama-sama bertemu Tuhan di Mekah, tentunya ada janji diikat terutamanya di antara suami dan isteri. Allah maha adil."

Papar foto satu 'rekayasa'

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan lanjut Mohd Soberi sejak semalam masih gagal.

Usaha mendapatkan reaksi istana Kelantan juga belum berhasil.

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan pihak istana sedang meneliti dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap kerabat tersebut.

Pengelola istana itu Datuk Abdul Halim Hamad dipetik berkata kenyataan itu mungkin akan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, ibu Manohara Odelia sehingga hari ini dilaporkan masih mencurigai kemesraan yang dipaparkan dalam foto-foto tersebut, dan menyifatkannya sebagai sebagai satu "rekayasa".

"Saya yakin itu untuk mengcounter (menepis) pemberitaan-pemberitaan yang ada saat ini," Daisy Fajarina dipetik akhbar web Detik.com ketika mengadukan nasib anaknya kepada suruhanjaya hak asasi wanita di Jakarta hari ini.

Anak sulungnya Dewi Sari Asih pula mendakwa koleksi foto tersebut sengaja diatur.

"Ada beberapa orang di sana yang baik hati menginformasikan foto-foto itu diset untuk mengcounter berita," beliau dilaporkan berkata sewaktu mengiringi Daisy.