iDAN

26 Februari 2006

Suram 6 Februari xi Arwah Terus Datang

26.2.2006

"Kenapa Muataz kelihatan tak ceria, ngantuk & sugul"

Aku menegur Muataz awal pagi Jumaat, Muataz kini sedang berkerja keras menyiapkan PhD di KKA. Dia memang satu blok dengan makmalku. Pak Arab dari Palestin, macho orangnya; Sejak dia buat Master lagi memang rapat denganku. Katanya masa di Palestin memang dia tak pernah dapat ketik kekunci komputer pun. Akulah siang malam mengasuh dia hingga dia mahir. Lantaran negaranya bergolak terus, kekinian keluarganya berpindah ke Libya. Membuat hal hidup di Libya.

"Saya tak suka tinggal lama di Malaysia, apabila malam banyak sangat gangguan, banyak Ilmu Hitam!. Banyak sangat jembalang menganggu sepi malam."

Dia bersungut dalam bahasa Inggeris, nampak sangat dia gelisah, aku terus mencungkil bungkah kegelisahannya. Nampak terlalu muram & bungkam wajahnya.

"Kenapa cakap macam tu? ada gangguan bagaimana?. Apa pula maksudnya Ilmu Hitam? jembalang semua tu?"

"Malam tadi, kira-kira jam 2:00 pagi, saya dengar dari makmal iDAN bagaikan ada majlis parti, riuh-rendah, suara perempuan ketawa mengilai, suara kanak-kanak menangis; Saya pergi siasat, bilik iDAN memang gelap, tak ada kasut iDAN di luar. Abis suara apa itu iyer."

"Saya memang lama tak kerja malam. Sejak kejadian arwah tu lagi, tepat jam 4:15 petang saya mesti balik segera. Emm apatah lagi semalam, saya memang tak berani tinggal larut malam pada malam Jumaat."

Jawabku memberi penjelasan.

"Saya kembali ke bilik saya & saya buka bacaan al-Quran kuat-kuat melalui komputer saya... bergema satu blok makmal kita, senyap suara tu. Apabila bacaan al-Quran itu habis, kembali macam ada pesta, riuh-rendah mengilai-ngilai. Saya naik geram saya kembali ke makmal iDAN, saya ketuk-ketuk pintu & dinding makmal iDAN. Senyap seketika. Kemudian saya dengar suara kanak-kanak menangis. Tak berhenti-henti...Saya terpaksa balik bila rasa semakin payah nak menumpukan perhatian dengan kerja saya lantaran gangguan syaitan & jin itu."

Sian Muataz, demam dia. Pak Arab pun takut hantu juga rupanya.

Sebenarnya aku sendiri kerap kena ganggu bilamana sendiri di makmal lewat dinihari, sebelum kejadian arwah itu lagi. Aku kerap ternampak lintasan lelaki agak sasa orangnya, tinggi, tidak berpakaian, kulitnya hitam bagaikan banduan. Aku pernah mengadu kepada Pak Zul dari Aceh, (Pak Zul menyiapkan Masternya di KKA) dia gelakkan aku katanya ..." mana ada syaitan dapat ganggu manusia, lagipun nak takut apa, kita bukankah makhluk yang Allah S.A.W jadikan lebih mulia dari mereka..." Tak lama lepas cakap besar Pak Zul itu, dia datang ke makmal dengan wajah pucat & bagaikan orang demam; Dia mengaku apa yang aku kerap lihat. Memang ujud.

"Memang makhluk itu banduan iDAN, saya ternampak malam tadi. Kira-kira 1:30 pagi, sedang saya buat kerja, saya dikejutkan bagai ada orang seret rantai di kaki lima makmal kita. Kuat bunyi seretannya. Saya menjengok ke kaki lima makmal; saya nampak selintas orangnya memang sasa, besar, tinggi berkulit hitam dan tidak berbaju."

Huh! aku senyum & pulangkan paku buah keras;

"Dia mana boleh ganggu kita Pak Zul."

& aku senyum meleret. Dalam hatiku berkata, memanglah tak boleh ganggu kita tapi kita yang kecut perut sampai terdemam-demam.

Masa aku pertama kali lihat lembaga hitam itu memang aku demam ketakutan, agak lama demamku, pergi jumpa doktor dua tiga kali, makan ubat tak baik-baik. Akhirnya aku pulih apabila pergi ke majlis tahlil, minum air bacaan Yasin, serta merta berpeluh badanku & terasa lapang dada tidak lagi demam lagi. Yang peliknya demamnya hanya akan naik panasnya ketika maghrib, tengah malam & tengah hari.

Maka itu aku yakin sangat memang arwah Nasha kena kerasukan, sebab sekitar makmal aku & makmal dia sah banyak sangat jin, syaitan, atau jembalang yang berkampung. Apatah lagi kalau sendirian di makmal lewat malam. Siaplah jam 1:00 pagi selalunya memang ketika itu syaitan itu suka menganggu.Aktif amat.

Bukan mustahil banduan sasa itu yang pujuk arwah, emmm telahanku tambah kuat bilamana terkenangkan kata-kata anak buah Harun Din.



"Banyak ekor! bila saya renjis Air Yasin semuanya lari lintang-pukang ke bilik air!."

Dua minggu selepas arwah pergi, memang aku tak jadi aku, gelisah, hilang tumpuan kerja, & tak cukup tidur. Apatah lagi Muataz menceritakan kejadian pelik berlaku di makmal aku. Pak Ya Dukun pula mengadu padaku, yang dia dah letak dahan pokok kilo di dalam tandas ujung itu. Kepercayaan karut dengan meletakkan tangkal sebegitu memang ditegah Agama. Tapi memang begitulah masyarakat kita. Masih percaya.

Habis tu mana lagi jin, syaitan@jembalang itu nak pergi. Makmal arwah terang benderang, terang memang syaitan tak suka. Bagaimana pula tandas hujung dah terselit dahan pokok kilo? yang pasti tentunya makmal aku yang terdekat & suram suasananya. Jadi tumpuan mereka. Syaitan memang suka bangunan suram & kosong malam-malam begitu. Berkampunglah ia.

Aku teringat mata sebelah kiri arwah terbuka sedikit, mesti ada sesuatu yang telah dia lihat. Bagai tak puas pandang. Kiri selalunya sesuatu yang tidak baik, orang tua selalu berkata; Dulukan langkah kanan jika mahu mencari rezeki; Bidalan kita juga ada menyebut; Langkah Kanan maksudnya satu keberuntungan. Kenapa mata arwah celik sedikit mata kirinya.

Mesti ada suatu kejadian!. Perkara ghaibkah? atau apa iyer. Semasa dua minggu aku tidak berbual dengan dia, apakah dia tertembung isterinya dengan lelaki yang dia cemburui itu. Aku mati-mati mengatakan arwah cuma bersangka buruk tentang isterinya, lelaki itu memang jujur ingin membantu isteri arwah dalam perniagaannya. Itu yang aku katakan. Itu yang aku yakinkan arwah.

"Tak payahlah bersangka buruk & susah-susahkan hati itu."

Nasihat aku, dia nampak dapat menerimanya & kembali tenang tapi sedutan asap rokoknya terlalu dalam, bagaikan mahu ditelannya semua kepulan asapnya. "Isk Nasha... rosak jantung kau nanti.." keluhku.

Cuma ada satu kejadian aneh. Dalam tempuh dua minggu aku tak jumpa arwah.

"iDAN kau ada tak kenal dukun handal, aku ingat nak cuba ubat isteri aku tu!."

- bersambung

(telah disunting & diterbitkan di TokeiKedai)

Posted on 26.2.2006 at 11:41 PM


Klik Suram xii

24 Februari 2006

Suram 6 Februari x Badi

24.2.2006

(Semalam masa aku nulis jurnal ni, sendirian di makmal, ada perbagai bunyi menganggu aku, aku tahu... gangguan apa atau cuma perasaanku..tapi memang semalam malam Jumaat, ada bunyi orang bersuil di belakangku, pintu makmal bunyi dibuka orang, bila kuintai tak ada siapa pun. Emm jam masih awal lagi. Baru 11:30 malam. Nasiblah Abang Isa menyerah diri tiba-tiba menjengok di muka bilikku. Apa lagi aku tergesa-gesa kemas makmal, tutup semua komputer; tak kasi Abang Isa keluar makmal selagi aku tak bersedia balik.)

Aku tarik tangan pengawal keselamatan itu agar ikut kaki lima KKA. Dengan melalui kaki lima KKA memang tak nampak langsung makmal arwah. Dalam masa yang sama rasa seram sejuk, demam bercampur seram, memang aku tak berani toleh pun ke blok makmal arwah. Memang dedaun pokok sena sekitar makmal arwah melambai-lambai di tiup angin dinihari. Aku tahu syaitan penghasut arwah agar menghentikan hayat hidupnya sedang berpesta. Berpesta dalam makmal, berpesta dalam tandas, berpesta dapat segenap sudut blok Kej Proses & Makanan.

Bagus, kapcai aku sekali tendang penghidup enjin terus meraung bunyinya memecah kesunyian dinihari. Aku ajak pengawal keselamatan membonceng kapcaiku & memecut ke pondok pengawal. Aku mengucapkan terima kasih yang amat sangat dan amat berat nak menuju pulang.

Perjalanan pulang ke Jenaris masa paling cepat setengah jam, itupun jika memecut selaju mungkin. Memang tiada kenderaan jam 4:00 pagi begitu. Aku meredah kabus dengan kotak ingatan telah sepadatnya diisi kenangan bersama arwah. Memang jika arwah bermasalah kenderaan aku perah juga kapcai ini membawa di pergi kerja, tahu sajalah badan arwah bukan main hantap. Aku mengeluh dalam hati.

"Senang sangat kau Nasha tinggalkan kami. Aku sendiri porak-perenda dengan hidupku tak pernah terfikir menuju ke jalanmu. Hari ini aku makin terhimpit dengan rasa bersalah tidak dapat menolongmu, malahan ketakutan yang aku alami ini entah bila akan berakhir."

Aku tambahlah tak sihat tak pakai jaket, terketar-ketar bibirku, gigi memang tak dapat dirapatkan lantaran sejuk yang amat sangat. Berlaga-laga gigiku bilamana kapcaiku memasuki lopak & lubang di jalan raya. Sejuk tu satu cerita tapi yang pasti aku merasakan memang arwah sentiasa di sisiku, terasa bagai membonceng kapcaiku, terasa bagaikan mahu aku berbual-bual dengan dia bagai seminggu lalu. Memang badi arwah telah hidup dalam diriku. Kuat rupanya badi orang gantung diri. Bagaimanalah kekuatan semangat mereka yang berterusan dengan penyelenggaraan mayat, menguruskan mayat orang meninggal kemalangan ngeri. Pun dari tulisan Prof Dr Syed Hassan "jumlah penduduk negara kita yang membunuh diri setiap tahun ialah 2,500 orang", bayangkan bagaimana ngerinya kejadian bunuh diri ini; Bagaimana rumitnya kekusutan mereka sebelum menemui jalan buntu itu. Harap-harap aku akan tetap kuatkan semangatku.

Aku terpaksa melalui jirat cina dalam kabus dinihari. Aku harap-harap adalah kenderaan yang boleh aku ekori ketika meredah jirat cina itu. Huh memang tak ada, sudahlah lampu jalan banyak yang padam. Aku pujuk hatiku, aku katakan, hantu cina memang baik-baik, hantu amoi cina lawa lagi... Tambahan jika hantu itu amoi, hantu amoi kan ke selalu tolong hero; kan ke dalam filem cina kerap hero cina bercinta dengan hantu amoi!. Huh kalut, habis tu apa lagi nak pujuk diri aku agar jangan takut. Jangan fikir yang bukan-bukan. Lagipun memang aku yang mahu amat menguruskan jenazah arwah. Kenapa pulak bila segalanya dah selesai perbagai perasaan yang datang.

Tak apa-apapun, tiba di Jenaris sekitar jam 5:00 pagi. Pakaianku masih berbau kapur barus, orang tua berpesan jika kembali dari menguruskan jenazah elok membuka pakaian di luar rumah, kalau masa zaman dulu, semua rumah kampung mesti ada varenda. Jika ke Melaka banyak rumah tradisional luas varendanya, siap boleh tidur malam hari di varenda. Paling tidak baju...elok kalau digantung saja di varenda kemudian dibasuh sahaja di telaga jangan dibawa masuk. Begitulah masyarakat dulu percaya dengan bahayanya badi orang meninggal. Memang di sisi agama percaya semua itu boleh jatuh hukum kurapat. Tapi kalau dideritai badi mayat isk... penat amat nak pulihkan.

Aku sekadar buka baju & basuh kaki di hadapan laman rumahku, kemudian terus memberi salam masuk ke rumah. Rasa selamat sangat di rumah, tapi masalah mata!, badan penat tapi tak langsung mengantuk. Aku melepak saja di anjung rumah, tersepok di sofa. Mata terkebil hinggalah dengar sanyup-sanyup azan subuh. Selepas subuh Kak Mila & anak-anak dah mula bising.

Malam- malam seterusnya aku bagaikan berteman roh arwah, bilamana terlelap mata saja, arwah mesti datang dalam mimpi dalam sedar tak sedar. Tiap malam jam 2:00 atau 3:00 pagi, pasti aku terjaga dari tidur, mesti arwah datang dalam mimpiku, dalam perasaanku; bagaikan dia ingin menyatakan sesuatu; tapi bagaikan dia tidak terdaya bercakap. Dia tidak boleh bercakap baik dalam mimpi, baik dalam imbauanku. Aku sekadar dapat sedekahkan al-Fatihah pun doa yang baik-baik agar roh arwah tetap diterima.

Memang aku ada terbaca dalam sebuah kitab, akan ada sepohon besar tempat mereka yang mati mengantung diri. Di pohonlah mereka terusan mengantung diri, mengantung diri berkali-kali. Tiap kali mengantung diri azabnya Alah S.A.W akan gandakan sakitnya. Mengenangkan itu, aku berharap sangat Allah mencarikan jalan agar arwah diampun. Agar Allah Azza Wa Jalla tidak menghukum arwah begitu.

Kadang-kadang aku rasakan bagai mahu bersemuka dengan mereka yang telah mengundah-larakan arwah, isterinya, majikannya, lelaki itu pun siapa sahaja yang membelenggu arwah hingga sebuntu itu. Tapi untuk apa mesti mereka ada jawapan sendiri; mesti mereka salahkan semua ke hadrat arwah. Lagipun segalanya dah jadi bubur. Tak mungkin berpatah kembali segala takdir yang membataskan kita.

Aku makin dihantui oleh arwah, kenapa aku iyer, sedangkan aku dengar dari ramai rakan, sesekali isteri arwah datang jugak ke rumahnya dengan seorang lelaki sudah berumur. Itulah lelaki yang menghantui fikiran arwah, dah berani jejak kaki ke rumah arwah. Aku makin dihantui arwah, pihak fakulti terusan cuba menutup kes arwah, pada hari kejadianpun ada pemberita dari surat khabar cina datang pun dihalau. Mahu menutup fakta sebenar, sebenarnya kita telah gagal membangunkan jati diri warga fakulti kita. Kita memang telah tiada majlis ilmu yang menjuruskan kita ke akhirat. Kita nampak sangat mengejar dunia, pangkat kedudukan, penyelidikan yang tak sudah-sudah, tidak dibangun Nur keimanan di dalam diri sesama kita. Mana ada ceramah seperti dulu zaman Harun Din tak masuk parti pembangkang, Ismail Kamus bebas berceramah di universiti. Masih ingatkah dia rajin datang ke Pejabat Ladang. Tempat kerja kini bagaikan telah hilang nilai mencari ilmu akhirat hilang nilai membaiki nilai ibadahnya. Arwah terpinggir dengan segala bimbingan: Arwah tidak dibantu; Arwah tidak dikaunseling; Arwah jadi mangsa keadaan. Sian Arwah.

Aku terusan dihantui kronik sakit jiwa arwah.

Pernah satu hari tu, kira-kira jam 2:00 pagi tangga kayu untuk naik ke tingkat atas rumahku, berderik-derik seperti dipijak seseorang yang hantap badannya. Seimbas aku bagaikan nampak kelibat arwah. Huh mungkin itu gangguan fikiranku saja... aku memujuk hati. Mungkin aku terlalu terkenang arwah maka itu aku terbayang-bayang. Aku sekadar banyak berzikir, aku pasti gangguan dari perbagai penjuru memang cuba merimaskan aku. Di tempat kerja pun sama. Aku kian diselubungi dengan perasaan seram & ketidak-tentuan. Terusan terpandang-pandang arwah. Memang ada sesuatu yang arwah nak nyatakan. Nak aku tahu. Pantang jam 4:15 petang, aku mesti terus kerah semua pelajar agar cepat siapkan kerja & kosongkan makmal. Aku tak sanggup lagi rapat dengan bayangan arwah.

Kalau dulu akulah kutu embun, tak ingat rumah jam 1:00 2:00 pagi barulah terbayang bumbung rumah Jenaris itu. Tentunya Kak Mila paling gumbira lantaran suaminya telah berubah laku. Sudah pandai lekat di rumah. Mungkinkah sekadar minggu pertama? kemudian lupa rumah lagi?. Makmalku Rumahku motto di makmalku memang masih tergantung di mana-mana.

"Ada juga kesannya atas pemergian arwah, berubah perangai kau iDAN, dah pandai balik rumah awal."

Aku sengeh ajer bila ada yang bersuara kepada aku begitu.

Aku terus memerhati gelagat isteri arwah, dia tidak pulang ke rumahnya, tapi lampu rumahnya sentiasa terpasang baik siang ataupun malam. Jiran-jiran sekitar rumahnya berpakat-pakat juga buat majlis tahlil untuk pemergian arwah Nasha. Aku sendiri tak tahu akan majlis tersebut; Atan yang tinggal satu blok rumah arwah memberitahu aku bilamana majlis itu telahpun dibuat. Kalau tidak mesti aku suruh Kak Mila ikut serta majlis tahlil.

Makmal arwah pun sama, siang malam terbuka lampu, semua lampu. Terang Benderang.

Pada minggu pertama permergian arwah, fakulti mengadakan majlis tahlil di dalam makmal beliau. Ramai staf fakukti ikut serta. Malahan kekawan rapat arwah dari luarpun ada yang datang. Dalam masa yang sama dipanggil anak buah Harun Din, untuk memulihkan makmal arwah.

Aku dengar dia berbisik kepada Abang Din,

"Banyak yang hasut arwah ni, bukan seekor!, sebahagian lagi banyak nyorok di bilik air hujung tu."

Aku perasan memang bilik air itulah kes pengawai keselamatan kena sakat. Emm memang kita sebagai umat Islam kena percaya ghaib. Malaikat, jin & syaitan memang ujud. Jin pun syaitan memang tiada kuasa terhadap diri kita, kita kan ke umat Allah Azza Wa Jalla paling mulia. Tapi perlu diingat hasutan syaitan itu memang terlalu kuat. Sejarah Adam & Hawa di syurga lagi; Bagaimana kuatnya pujukan syaitan agar makan buah terlarang, hingga kedua-dua tercampak ke dunia ini. Kes arwahpun sama mesti atas pujukan syaitan, MESTI.

Yang jadi isunya sekarang, masa anak buah Harun Din halau jin@syaitan yang menghasut arwah tu, dia buka pintu besar yang betul-betul mengadap makmal aku di KKA tu, yang sepuluh meter jaraknya dari bilik aku duduk. Dia halau jin@syaitan itu, Halau keluar mengarah pula ke bilikku. Mesin tempat arwah gantung diri direnjis dengan air Yasin. Makluk puaka itu tidak ditangkap seperti Ismail Kamus lakukan di ofis Kak Mila. Opis Kak Mila di Taman Setiawangsa memang selalu berlaku kejadian anih, Ustaz Ismail Kamus menangkap makluk halus itu dengan memasukkan ia dalam botol gelap, dihanyutkan di sungai. Mungkin itu simbolik bukan perkara nyata, segalanya ghaib; Tapi niat asalnya baik agar tidak mengganggu, agar tidak sampai menghasut kita hingga kerasukan.

Perlu diingat sekali lagi...Anak buah Harun Din sekadar menghalau sahaja agar tidak menganggu makmal. Menghalau!. Bila dihalau maka tahu sajalah. Ia masih meranyau-ranyau. Apatah sepanjang tiga bulan lebih aku perhatikan makmal arwah terang benderang; lampu sentiasa dipasang, baik siang atau pun malam. Mereka memang tak selesa cahaya terang. Bayang keadaan di pub disko yang suram; Apakah yang jelas ada di sana. Minuman keras, layanan perempuan; Betulkan... di pub disko itulah banyak syaitan bersantai. Maka seolah-olah makmalku yang suram di waktu malam-malam, tentulah syaitan, jin@jembalang suka ke makmal aku, Santai habis di makmal aku. Maka perbagailah kejadian pelik lagi seram di makmalku. Di luar jangkaan minda. Pak Arab Muataz banyak bercerita kes ini. Sebab dia sahaja yang masih selalu malam-malam hingga ke pagi jika terpaksa... menarik cerita dia.

- bersambung

Klik Suram xi

(kena solat jumaat... nak ke mines kena cari hp yang murah2 jap.. ntah ke mana lakk pergi hp sy empat hari dahh hilang tak tahu mana perginya)

Posted on 24.2.2006 at 12:55 AM

Untitled
anonymous | Posted on 25.2.2006 at 10:03 PM
Bila Mati Anak Adam itu hanya 3 perkara yang akan mengiringinya.... -doa anak yang soleh-solehah -ilmu yang bermanfaat -amal jariah semoga Allah tetapkan iman kita hingga ke hembusan nafas yang terakhir, dan semoga Allah ampunkan segala dosa arwah dan juga kita semua, aminn...

Tetap pergi
Sebarau Jantan | Posted on 13.2.2007 at 12:47 AM
terlalu payah untuk menyelami hati arwah, bila baca tulisan iDAN terasa makin dekat arwah dengan kita, kenapa kita tak bantu dia dulu!

23 Februari 2006

Suram 6 Februari ix Kenapa

23.2.2006

Agak selesa dapat pulang ke Serdang dengan Pajero, dapat pula bual-bual dengan kekawan, tapi masing-masing pula sudah kepenatan. Jadi aku banyak melayan perasaan sendiri. Wajah Arwah memang jelas dalam kotak ingatan, wajah tenangnya, tak pernah nampak wajah marahnya. Sesekali aku terbayang arwah Nasha meletak kapcainya di sisi makmal John Posko untuk mengetok mesin perakam waktu. Sentimental saja dia berjalan. Aku teringat masa nak Raya dia datang ke rumah menghantar air jus yang aku pesan. Memang arwah rajin cari duit luar dengan berniaga sambilan, selain menjual lampin kanak-kanak jika hari raya dia rajin berjual kueh raya, pun perbagai jus minuman.

Dalam suasana kemelut rumah tangganya aku terbayang wajah arwah kusut arwah, lalu dia tambah kuat hisap rokok gudang garamnya. Pengawal Keselamatan yang rapat dengan aku & dia selalu cerita kalau dia putus rokok dia selalu juga minta rokok pada pengawas. Kes rokok. Dengan aku memang dia segan, mungkin dia tahu aku bukan perokok tegar, aku merokok sekadar melepas rasa bosan.

Arwah memang banyak memendam rasa, dari hari ke sehari dia bagaikan menjerok hati sendiri. Dia kerap bilang, bila sahaja dapat berjumpa & berbual dengan aku, memang dia rasa amat lapang hati. Bagaikan bebanan masalahnya banyak terhakis. Aku memang merasa amat sesal & menyalahkan diriku tidak kerap bertemu dia. Di KKA memang aku bagaikan dirantai oleh jejaring ICT, masalah komputer, masalah pelajar yang minta bantuan tentang ICT memang menjadikan aku tidak punya banyak masa rapat dengan arwah.

Paling aku rasa bersalah dua minggu sebelum kejadian, aku banyak menyakinkan arwah, yang isterinya masih amat menyintai dia. Lelaki yang amat dicemburuinya itu mungkin sekadar sapaan kasih yang sementara. Pasti satu hari Ani akan lupakan lelaki itu. Lagipun aku bertanya pernah ke arwah terserempak isterinya dengan lelaki itu. Dia kata memang tak pernah, tapi pernah sekali di Econ Save isterinya main isyarat tangan dengan seseorang, dia perasan katanya lelaki itu selalu mengekori isterinya biarpun semasa dia & isterinya membeli belah. Mungkin sekadar perasaan Nasha, mungkin dia kasi isyarat itu pada teman kerjanya. Ngapa tak jumpa sahaja lelaki tu? Memang dia tidak dapat kesan lelaki itu semasa di Econ Save, Tapi dia nampak isterinya main isyarat. Maka itu dia yakin sangat cinta isterinya telah pindah kepada yang lain. Kalau Ani masih balik rumah jenguk anakanak itu tandanya dia masih sayangkan rumah tangga kataku. Mungkin sayang anak-anak sahaja tidak pada aku lagi; pintasnya.Perkara ini berulang-ulang berligar di kotak fikiranku.

Emm sian arwah, memang cintanya pada Ani hingga ke liang lahat. Tapi kenapalah perantaraannya tali gantung... memang aku tak dapat terima, penyelesaian cintanya begitu. Bagi aku jika cinta itu jujur, luhur lagi ikhlas, pasti Allah Azza Wa Jalla akan melindunginya. Akan pelihara cinta yang suci itu!

Pasti ada perkara lain yang menjuruskan arwah ke arah itu, bukan lantaran isterinya semata. PASTI. Kes kerasukan aku dah kupaskan. Pasti ada masalah lain, memang dia bersungut dengan aku!

Aku menyalahkan beban lain, kerja umpamanya; masalah yang majikan dia tak pernah fikir, seumpamanya...bayang untuk hidup mesin dandang yang dalam tanggungjawab beliau. Dia memang pernah pergi kursus tapi pernah ke majikan menganjurkan dia menduduki peperiksaan untuk mendapatkan sijil bagi seorang mengendalikan mesin dandang stim yang amat bahaya itu. Tahu ke majikan beliau, jika telah milik sijil dandang itu beliau berhak mendapat imbuhan elaun 1/3 gaji hakiki. Seumpamanya... Bayangkan arwah sendirian membantu pelajar hingga larut malam semata-mata ingin mendapatkan tuntutan lebih masa untuk menyara keluarga. Sedangkan mana itu elaun 1/3 gaji beliau?. Berapa banyakkah tuntutan lebih masa beliau, bagaimana cereweknya protokol jika nak dapat tuntutan/klim lebih masa yg tak seberapa! Arwah memang pernah bersungut pasal itu.

Aku juga pernah bertengkar dengan Dekan kes sifar kebajikan bagi pegawai sokongan di fakultiku. Masa itu aku di dalam perbincangan dengan Dekan, mesyuarat pegawai teknikal. Semua warga fakulti dapat tahu aku diherdik agar DIAM! (dalam bahasa orang putih). Sedangkan aku pertikaikan kenapa tak ujudkan perbagai jawatan lagi untuk menampung kerja yang makin bertambah. Mana mungkin juruteknik kena buat segala-galanya.

Dialah Pembantu Teknik, dia lah Juruteknik, dialah Tukang Kadar, dialah Penunjukajar, dialah Pembantu Makmal, segala-galanya!. belum ISOnya buat seorang-seorang... imbuhan yg setimpalnya mana?. Kenaikan pangkatnya mana?.Bukankah itulah antara sebab-sebabnya seumpamanya..arwah melakukan semua ini, bukan sekadar masalah bini, bukan sekadar masalah hutang-piutang. BUKAN. Desah hatiku.

Buktinya cuba fikirkan secara lojik, jika masalah bini, jika terlalu bergelak dengan sembilu rumah tangga, terlalu marah lagi geram kat bini, kenapa arwah tak gantung diri di rumahnya!, biar bininya nampak lidahnya terjelir, biar bininya pengsan!Biar tak dapat tidur sepanjang hayat!..kenapa beliau tak buat begitu?. Aku yakin menyatakan; dia mahu fakulti bertanggungjawab akan masalahnya, dia cari rezeki di fakulti ini, maka dia mahu fakulti fikirkan masalah dia!, masalah keluarga dia, jangan kata masalah kerja tidak berkait dengan masalah rumah tangga, jangan!. Tolong belajar dengan org Jepun yang bukan seagama kita, aku lama di sana, bagi mereka keluarga adalah sebahagian dari anggota syarikat, kalau boleh mereka mahu anak-anak stafnya kerja di kompeni mereka. Kebajikan pegawai sampaikan ada peruntukan khas jika isteri bersalin, bukan sekadar tanggung belanja bersalin, siap ada peruntukan belikan hadiah jika stafnya melawat isteri rakan bersalin. Itu pengamalan yg aku tempoh semasa di sana. Ada ke fakulti buat semua itu. Kut ada pun kutipan sesama kekawan... jika ada!. Bukan majikan.

Seperkara lagi kenapa aku katakan "Keluarga berkait dengan kerja" Bukankah kita kerja untuk cari makan menyara keluarga. Bukan semata-mata nak majukan fakulti kita, imbuhannya amat minima, dari SSB yg gagal, SSM yang riuh diperkatakan ketidak adilan; mesti ada sesuatu error dalam semua ini; yang pasti; Masa kita terkorban setidak-tidaknya lapan jam di tempat kerja, malahan selalu tak cukup lapan jam ...untuk apa? Kita nak tunaikan sara hidup sajakah?.

Patutnya majikan tahu segala-galanya tentang pekerja pun tentang keluarga pekerjanya. Bukan sekadar isteri bersalin suami dibenarkan bercuti tanpa rekod; bukan sekadar itu.

"Arwah gantung diri sebab isteri beliau! Masalah keluarga."

Isk senangnya kata-kata seorang majikan. Aku sebagai teman beliau mengadu hal; tidaklah terlalu rapat dengan dia, amat perit rasanya menanggung beban arwah. Bagaikan tiada kaitan dengan kerjaya beliau!. Oh .. tidak semuanya kait mengait, Surat wasiat di poket arwah, aku nampak ada pelan yang jelas tentang projek makmal. Sayang wasiat itu tak dapat kita baca. Bukan semata wasiat kerenah isteri.

Kaitannya masalah arwah, majikan bagaikan tak kasi ruang untuk beliau selesaikan masalah krisis rumah tangga dia; Bila beliau dah terdesak, contohnya semasa beliau terpaksa lewat datang kerja; ketika jaga anak-anak sakit demam campak. Isteri hilang melayang entah ke mana... masa itu!, Apa tindakan ketua makmal beliau; Kalau Nuar terbaca jurnal aku ini pasti dia faham apa yg aku maksudkan.

Ada banyak lagi!.. nanti aku kupas satu-satu punca segalanya kejadian!. Tolong jangan terasa, aku sekadar melahirkan bebanan perasaan arwah.

Jangkaan aku tepat sekitar 4:30 pagi kami sampai di fakulti.

Perasaan seram aku tambah meledak, dari dalam Pajero aku ajak kekawan temankan aku ambil kapcaiku di sebelah makmal arwah tak siapa sanggup. Nak tidur di mana pulak aku malam ni, dalam riwayat hidup aku aku bukan jenis suka tidur rumah kekawan, apatah lagi bila dah kawin, aku lebih suka tidur di rumahku sendiri. nak tidur di makmal, biar betul-betul. Badanpun masih likat bau kapur barus, makmal aku kira-kira sepuluh meter saja dari tempat arwah tergantung. Isk tak pernah aku seseram & setakut kini. Masa berjam-jam di sisi kerenda arwah aku tak setakut kini, Ya Allah cam manalah aku nak ambil kapcaiku.

Aku teringat akan Pengawai Keselamatan. Aku harap dia akan tolong temankan aku ambil kapcaiku. Turun saja Meor & geng dia dari Pajero. Morten..(Bahasa Perak moten tu ligat) kejor motor yg mereka memang dah sedia awal di sebelah pondok jaga. Tak toleh aku pun laju memecut motorsikal.

Bulu roma aku memang meremang, terasa jerutunya tenguk di seluruh badan, tengkuk, badan, kaki huh tambahan badan aku memang rasa nak demam sejak dalam van jenazah.

"Adik boleh tolong saya ambik kapcai tak?"

"Kat mana?"

"Tahukan? siang tadi ada kejadian di fakulti."

"Ya saya tahu."

"Sebelah makmal itulah!"

"... emmm! jomlah!"

Kami ikut jalan yg tak sampai lalu di kaki lima makmal arwah. Dalam perjalanan dari pondok jaga ke makmal arwah, Pengawai itu mengadu.

"Dalam jam satu pagi tadi, masa saya ronda, saya ronda kat makmal ujung tu. Kemudian saya ternampak ada orang masuk ke bilik air."

"Makmal mana satu iyer!"

"Sebelah padang bola tampar tu!"

"Kat situlah kejadian tu!"

"Iyer ke, saya menang tak pasti makmal mana satu kes gantung diri tu, tapi kawan saya ada cerita siang tadi cuma dia tak sempat nak tunjuk makmal yang mana, dia shif siang tadi."

"Abis tu tak ikut ke siapa lelaki itu? Dah jam satu pagi siapa iyer.. sorang-sorang ke tandas."

"Memang saya ikut dia, bila masuk tandas tu, saya cium bau keminyan... saya rasa seram sebab tak nampak kelibat siapa pun dalam tandas lelaki tu, lepas tu saya beranikan diri, saya jengok satu persatu.. bilik tandas semua terbuka pintunya..ish tak ada siapapun....cuma..."

"Apa dia?"

"Satu tandas tu airnya terpam sendiri!. Depan mata saya."

"Ya Allah... cam mana ni? Cam mana kita nak pergi ke situ ni...!"

Aku semakin seram, rasa melayang saja aku berjalan nak menuju ke kapcai yang aku letakkan sebelah makmalnya memang dekat tandas itu.

- bersambung

Posted on 23.2.2006 at 8:14 AM

Klik Suram x

21 Februari 2006

Suram 6 Februari viii Kepangkuan Ibu

21.2.2006

Perjalanan dari simpang Kuala Kangsar menuju ke Gerik memang amat membosankan. Tak banyak kawasan perumahan, hutan belantara pun jalannya berliku-liku bagai ular kena palu. Jam ketika itu telahpun melewati 11:00 malam.

Aku terbayang wajah Along anak sulung arwah. Along pelajar yang agak lasak, punca dia diberhentikan oleh arwah sekolah agamanya, lantaran Along memang selalu sukar dikawal, ikut suka dia saja jika mahu ke sekolah atau pun monteng. Aku & Atan pernah juga berbual masalah Along, memang kami tidak setuju tindakan arwah memberhentikan Along sekolah agama. Pendidikan agama bagi kami amat penting, harapkan ibu ayah mendidik, cukupkah?. Arwah ada bersungut dengan aku dengan aku tentang Along,

" Payah iDAN nak dilarang tindak laku Atan (Arwah panggil Atan) tu.." katanya. Sebab dia dihantar sekolah di Perak pun lantaran kata arwah nak ajar dia berdikakari. Biar dia jauh dari keluarga harap-harap dia dapat berubah laku.

Kekinian, Along di mana sekarang ni?, sian dia tak dapat lagi jenguk jenazah ayahnya; aku teringat nak dail telefon bimbit Wak Lan, tapi telefon dugungku pun dah abis bateri. Dari agakanku, aku cuba menyedapkan & menyakinkan hati sendiri, mesti Wak Lan dah jumpa Along, mesti dalam perjalanan ke Tasik Raban. Harap-harap Along sempat jumpa ayahnya sebelum dikebumikan. Kereta Wak Lan bukan ke kereta mewah Honda lagi, mesti dia besit laju!, mesti tiba Tasik Raban tak sampai empat jam. Lagipun malam-malam tak banyak kereta kalau Wak Lan cepat sampai bolehlah aku tumpang dia balik ke Serdang.

Kami tiba di kampung arwah sekitar jam 11:45 mlm. Hujan masih gerimis, tak ramai orang kampung yang menanti, kalau dibilang boleh dikira dengan jari. Dalam pakatan kami memang kami tak perlu ke rumah arwah sebab hari memang dah larut. Kami bertanggak di Masjid kampung arwah. Masjidnya tepi jalan jadi memang senang kami mencarinya. Masjid lama segalanya amat suram sesuram-suramnya. Aku terus segera keluar apabila van berhenti di halaman masjid. Huh.. lapang rasanya dapat menghidu angin basah; lepas bebas dari hembusan bau kapur barus. Aku melihat sahaja kekawanku berebut-rebut mengangkat keranda jenazah dari van untuk disembahyangkan di masjid. Aku mengambil air sembahyang, isk dinginnya air!. Badanku memang mula dihimpit rasa deman, teringat bantal emm enaknya kalau ada bantal peluk lagi, Aku tak sembahyang Isyak lagi, aku solat Isyak sendirian.

Aku melihat dari jauh, kapan arwah dibuka bahagian wajahnya, sebab emak arwah ingin melihat wajah anaknya. Hati ku rasa amat bungkam, bagaikan mahu terhenti denyut jantungku, sebak dada bagaikan tak terkawal lagi; segalanya bergaul; Kasihan melihat wajah ibu arwah, memang dia menyangkakan anaknya kemalangan jalan raya. Dalam hatiku berkata, berdosakah kami menipu emaknya, bagaimanalah jika seorang ibu tahu anaknya mati menggantung diri. Anak yg dikandung meninggal ke arah yang amat terlarang dek agama. Dapatkah dia menerima kenyataannya. Perbagai andaian akan datang. Isterinya; Aku malas nak layan anggapanku terhadap isterinya yang terus bersandiwara. Titik.

Dalam suram lampu neon, aku nampak mata sebelah kiri arwah terbuka sedikit, balikan cahaya neon yang menyuluh mata arwah jelas memantulkan cahaya simpati ke arahku. Terjunam meratah hibaku. Wajah arwah tenang sahaja. Bibir arwah tertutup rapat; tidak terjelir keluar bagai dalam gambar-gambar orang mati tergantung. Emak, isteri, anak-anak, & keluarga terdekat kecuali Along mencium wajah arwah. Kemudian dikapankan semula.

Ada juga orang kampung bertanya bagaimana terjadi kemalangan itu, kami katakan saja motorsikal arwah terbabas sendiri. Ada seorang pak cik berbual denganku; katanya memang di KL tu kemalangan tak abis-abis, dia baru balik dari sekitar Sungai Besi. Katanya sekitar KL tu longkang besar memang banyak di tepi jalan, memang kalau motorsikal terbabas mudah mendapat kecederaan & maut. Tak hairan kalau arwah boleh meninggal sebab kemalangan. Aku mengiakan saja ceritera pakcik itu. Di hati rasa serba salah. Tak siapa berani bercerita yang arwah meninggal menggantung diri. Maunya tak, aku teringat masa kes arwah Jamil yang dijumpai mati terapung, orang kampungnya memang kecoh, ada yang tak mahu sembahyangkan, kononnya orang bunuh diri tak perlulah nak uruskan jenazah secara biasa. Tak payah mandikan, tak payah sembahyangkan. Tak dapat aku bayangkan kalau orang kampung arwah tak mahu uruskan pengkebumian arwah Nasha, isk kena kami yang gali lubang lahat malam-malam, kena baca talkin sendiri, tengah malam buta begini. Simpangkan malaikat 44!.

Alhamdulillah arwah selamat disembahyangkan, kemudian diusung ke tanah perkuburan yang sekitar100 meter saja dari masjid. Tanah perkuburannya banyak pokok-pokok besar, tapi tidaklah sehutan kubur arwah Jamil yang aku ziarahi. Lampu kalimantang telah lama dinyalakan, Tentunya pakai bateri. Sekitar kubur masih basah lantaran hujan memang sejak siang tadi terus gerimis sampai kini, Selangor sampai Perak hujannya memang tak reda. Bagaikan berkabung meruntun hatiku.

Aku mencari batang kayu yang boleh aku duduk, memerhati orang kampung menimbusi liang lahat. Aku jeling jam tanganku; 12:22 malam. Aku tak abis-abis mengintai lorong masuk ke kubur kalau-kalau ada Wak Lan sampai. Ada Wak Lan pasti ada Along. Sampailah selesai dibaca talkin, memang Along tak sampai-sampai lagi, katanya masih dalam perjalanan.

Kami kembali berkumpul di ruang masjid. Keluarga arwah mahu kami ke rumahnya yang nampak samar-samar di celahan pokok-pokok dari anjung masjid; boleh minum kopi ke, jamah biskut ke, pelawa mereka tapi kami memohon maaf sebab memang dah larut malam.

"iDAN tak nak naik kereta jenazah lagi? "

"Ohh! tidak! "

Ada yang menyakat aku, van jenazah kosong saja kembali ke Serdang. Niat aku nak tunggu Wak Lan aku batalkan, sebab tak tahu jam berapa dia akan sampai, jam berapa pula aku akan balik ke Serdang. Jam berapa pula nak sampai di rumahku Jenaris. Aku naik Pajero, bersama Meor, Maswadi, Faizal dan beberapa orang lagi. Aku mencongak-congak waktu sampai Serdang nanti. Alahai tentunya sekitar 4:00 ke 5:00 pagi. Aku teringat yang kapcai aku di letak bersebelahan makmal arwah. Tiba-tiba rasa seram menyelimuti aku! .. cam mana lak aku nak ambil kapcai aku nanti!

- bersambung

Klik Suram ix

Pendapat Ikin
shikin | Posted on 23.2.2006 at 12:30 AM
Assalamualaikum... Emm..tak sangka. Mula-mula hanya niat nak tengok-tengok website Abg Idan. Tak sangka plak ada cerita-cerita pasal ni. Ikin amik masa 2 jam jgk belek-belek cerita ini terutamanya pasal arwah En. Nasha. Barula tahu sedikit-sebanyak pasal kejadian yang menimpa dia. Tapi yang ikin dengar sebelum ni pun lebih kurang jela cuma tak sedetail cerita abg Idan. Ikin pun kenal arwah sbb dia dulu technician kat lab KPM. Ikin ex-student KPM. Dekat 4 tahun la jgk kenal tapi kenal macam-macam tu aje... Tapi sebelum kejadian tu berlaku Ikin amat perasan yang arwah tu memang ada masalah. Selalu la terdetik dalam hati..tertanya-tanya..kenapa En. Nasha tu..asyik termenung je..badan pun makin susut je... tup..tup..tengok dah berlaku kejadian ni plak..memang sungguh tak sangka. Ikin ingat lagi pada pagi Jumaat tu, lebih kurang pukul 8 lebih-lebih...pagi tu ikin pergi fakulti (tapi dah lupa atas urusan apa). Hari tu lalu ikut belakang lab KPM. Tak lalu kat bahagian depan seperti biasa. Lepas tu pegi call kat public sebelah lab Kak siti tu..Tengah call tu ikin dah perasan..kenapala ramai orang kat sini. Semua macam cemas-cemas je. Ah..takpela..malas nak campur..mungkin Tuhan taknak bagi Ikin tengok kejadian tu. Pada malam tu, roomate pun bagitau... -shikin.. ada berita ngeri.. -cerita ape?...kenapa? apenya...berdebar-debar jugak hati ni. -ada kejadian ngeri kat fakulti (roomate pun student KPM) -ngeri? ape...Kat fakulti? em dalam hati ni terfikir. Kes ape plak ni, rogol ke... -En. Nasha dah meninggal..bunuh diri...kat lab dia... -Ape?? terkejut sangat rasa macam lemah lutut plak dah.. (sambung kemudianla..ada kerja)

18 Februari 2006

Suram 6 Februari vii Gua Tempurung



18.2.2006

Aku terbaca di internet tentang masalah kerasukan yang bukan mustahil akan membuatkan manusia hilang akan segala upaya. Membunuh diri adalah satu tindakan yang sesat, biar agama mana sekalipun. Tiada mana-mana agama yang mengizinkan perbuatan tersebut. Tetapi bukan perkara pelik lagi kita selalu dikejutkan oleh perbuatan amok (Ejaan baku Amuk). Amok juga selalunya mesti ada suatu kuasa yang halus mengajak manusia yang normal jadi tidak siuman. Lalu mengamok. Maka kenapa boleh terjadi seorang yang alim, Tok Guru Agama boleh mengantung diri lantaran fenomena kerasukan ini. Ianya berlaku di Meru Klang seperti mana diceritakan oleh keluarga mertuaku. Kejadian yang seiras sama dengan Arwah Nasha. Isterinya lari mengikut lelaki lain. Dia tidak dapat menerima kenyataan kehilangan cinta dari seorang isteri. Orang alim, imannya jadi punah-ranah lantaran pujukan syaitan, jin yang merasuk jiwanya. Begitu mudah syaitan dapat menyesatkan keimanan manusia. Maka itu kita jangan sesekali terleka, syaitan memang boleh tinggal di pembuluh darah kita.

Begini artikel nya tentang kerasukan syaitan ataupun jin ke diri manusia.

Apakah manusia boleh kerasukan jin. Atau dengan kata lain, apakah jin boleh masuk pada tubuh manusia? [Doria @ E-mail ] Ada yang berkeyakinan bahwa peristiwa kerasukan itu tidak ada dalilnya.

Mereka berpendapat, tidak masuk akal dua makhluk yang berbeda tabiatnya bersatu dalam satu tubuh.

Kesurupan hanyalah gejala sakit jiwa. Mereka berpendapat bahwa haram hukumnya mempercayai peristiwa kesurupan sebagai peristiwa masuknya jin pada manusia. Mereka menganggap hal itu sekadar penyakit atau gejala jiwa, sama sekali tidak ada kaitan dengan jin.

Pendapat seperti di atas tidak punya alasan yang bersumber dari al-Quran dan sunah. Sesungguhnya peristiwa kerasukan atau jin masuk pada tubuh manusia ada dalil dari Nabi S.A.W. Kita harus percaya bahwa jin boleh masuk pada tubuh manusia bahkan boleh menyakiti manusia. Kesurupan bukan fenomena sakit jiwa, tetapi merupakan gangguan jin pada manusia. Adapun yang menjadi alasannya adalah keterangan berikut.

Utsman bin Abi al-’Ash r.a. berkata, ketika aku bekerja untuk Rasulullah S.A.W. di Thaif, tiba-tiba aku melihat sesuatu dalam shalatku, sampai-sampai aku tidak tahu sedang shalat apa. Maka setelah kejadian itu aku menemui Rasulullah S.A.W. Rasulullah berkata, ”Ibnu Abi al-’Ash?” Aku menjawab, ”Benar, ya Rasulullah.” Rasul bertanya, ”Apa yang membuatmu datang ke sini?” Aku menjawab, ”Wahai Rasulullah, aku melihat sesuatu dalam shalatku sampai-sampai aku tidak tahu sedang shalat apa.” Nabi bersabda, ”Itu adalah setan (jin). Mendekatlah padaku!” Maka aku pun mendekat kepada Nabi, lalu aku duduk. Ibnu Abi al-’Ash berkata, ”Lalu Nabi memukul dadaku dengan tangannya dan meniup mulutku sambil berkata, ”Keluarlah musuh Allah!” Nabi melakukannya sebanyak tiga kali. Lalu Nabi berkata, ”Teruskanlah pekerjaanmu.” (H.R. Ibnu Majah 2:273 dan disahihkan Imam al-Bani)

Utsman bin Basyar menerangkan, aku mendengar Utsman bin Abi al-’Ash r.a. berkata, Aku mengadu kepada Rasulullah S.A.W. karena sering lupa ayat-ayat Al Quran yang aku hafal. Lalu Rasulullah S.A.W. memukul dadaku dengan tangannya seraya berkata, ”Wahai setan (jin) keluarlah kamu dari dada Utsman!” Beliau melakukannya tiga kali. Lalu Utsman berkata, ”Setelah itu aku tidak pernah lupa lagi ayat-ayat Al Quran yang aku telah hafal dan aku senang mengingat-ngingatnya.” (H.R. Thabrani, dihasankan oleh al-Bani dalam Silsilah Ash-Shahiihah 6:2918)

Ya’la bin Murrah berkata, seorang perempuan datang kepada Rasulullah S.A.W. seraya berkata, ”Anakku terkena penyakit gila sejak tujuh tahun lalu, dan sembuh dua kali sehari.” Rasulullah S.A.W. Berkata, ”Dekatkanlah anakmu kepadaku!” Perempuan itu segera mendekatkan anaknya kepada Rasulullah S.A.W. Lalu beliau menyembur dengan ludahnya seraya berkata, ”Keluarlah wahai musuh Allah, Aku adalah Rasulullah!” (H.R. Hakim dan mensahihkannya, dan dihasankan oleh Al-Bani dalam Silsilah Ash-Shahihah 6:2918)

Imam Al-Bani mengomentari hadis-hadis di atas, ”Dalam hadis-hadis tersebut ada dalil yang sangat jelas bahwa jin boleh masuk dalam tubuh manusia, sekalipun dia seorang yang muslim yang saleh.” Jadi, tidak ada alasan untuk menolak adanya fenomena jin masuk pada tubuh manusia.

Bahkan dalam Al Quran disebutkan bahwa orang yang makan riba seperti orang yang kerasukan setan (jin). ”Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran penyakit gila ...” (Q.S. Al Baqarah 2: 275). Imam al-Qurthubi mengatakan, ”Pada ayat ini terdapat penegasan bahwa jin boleh masuk pada tubuh manusia.” (Tafsir Al-Quthubi III:355)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, ”Keberadaan jin terbukti dalam Al Quran dan sunah serta kesepakatan umat terdahulu. Begitu juga tentang masuknya jin dalam tubuh manusia sudah menjadi kesepakatan ulama ahlu sunah wal jamaah. Jin boleh masuk pada tubuh seseorang dan dapat mengatakan apa yang tidak pernah dia pelajari. Terkadang orang yang kerasukan memukul-mukul, hingga jika mengenai seekor unta, maka unta itu boleh mati dan orang yang kesurupan itu tidak merasakannya.”

Itulah alasan-alasan yang diambil dari Al Quran juga sunah Nabi saw. serta komentar para ulama tentang fenomena kesurupan atau masuknya jin pada manusia. Dari analisis itu boleh disimpulkan bahwa kesurupan bukan fenomena sakit jiwa. Tetapi jin itu benar-benar boleh masuk pada tubuh manusia . Wallahu a’lam.

Itu bunyinya keratan yang aku bacai di internet. http://www.percikan-iman.com
Maka itu memang kita sebagai ummah yang sesama Islam adalah bersaudara. Seharusnya tidak cepat mengatakan;

" Ah dia itu sesat, mati membunuh diri! Islam apa namanya dia!" Sebelum kita siasat asal kejadian bagaimana. Kita sendiri yang rapat dengan arwah mungkin sama subahat membiarkan dia tercampak ke rahang syaitan durhaka tersebut. Apatah lagi bilamana kita bersama membantu beliau semasa hidup. Sebagai contoh kita tidak mencegah kemungkaran di sekeliling kita. Kita tidak mengajak rakan kita beramal makruf. Sebagai contoh jika isteri arwah benar-benar telah bermain kayu tiga, kenapa kita bersama mencegah kecurangan tersebut. Apakah sesama Islam kini telah hilang nilai persaudaraan?. Ini yang membelit ketenanganku, terasa aku bukan kawan baik arwah sebab tidak dapat membantu arwah bilamana kekusutan menimpa.

Yang nyata kini, jasad arwah kaku kini di sisiku. Aku tak dapat mengembalikan nyawa arwah untuk kuhalang tindakan dia. Mesti arwah terlalu diamok resah, kusut segala, kemelut segala, sembilu menyucuk di mana-mana, segalanya kian menjerut hati & diri.

Telahan aku betul, dari rangkakkan van jenazah, kami kini mendaki Gua Tempurung. Dah melewati 10:00 malam ketika itu. Aku terkenang kampung halamanku. Selalunya Gua Tempurunglah penghujungnya aku melewati lebuh raya utara bilamana pulang ke kampung, Selepas Gua Tempurung aku akan keluar lebuh raya ke plaza tol Gopeng. Tak jauh dari plaza tol akan jumpa simpang ke Lawan Kuda & Kota Bharu Perak. Kota Bharu Perak ialah kg halamanku, ramai tak tahu di Perak ada Kota Bharu. Kampung tradisi yang memang banyak mengumpul kisah misteri. Kini memang telah kutinggalkan kampungku.

Van jenazah terus menuju ke Ipoh, perjalanan aku masih amat jauh, mungkin dua jam lagi jika tiada halangan.

Bila aku intai-intai cermin belakang, gelap sahaja tiada sebuah kereta pun mengekori. Memang suasana di persekitaran Gua Tempurung amat sunyi & menyeramkan. Banyak kejadian pelik diceritakan pernah berlalu kepada pemandu yg melintasi Gua Tempurung andai memandu pada lewat mlm. Aku banyak berzikir di hati bilamana terasa lemas dengan bau kapur barus bercampur haruman kasturi. Tuan Syed jauh duduknya dari ku, abang ipar di depanku, ke dua-duanya membelakangi aku. Tanpa suara, tanpa bualan, memang membosankan. Sejuknya penghawa dingin kian mencubit kulitku.

Emm Alhamdulillahh tiada sebarang kejadian aneh berlaku di Gua Tempurung . Aku risau jugak kut kalau pancit tayar ke, meragam enjin ke tengah malam buta di situ ... mau aku mati ketakutan!.

Bilamana tiba di tol Jelepang menuju Ipoh, aku rasa lega sedikit lantaran lampu-lumpu jalan menerangi setiap sudut van jenazah, tidaklah sesuram tadi. Aku nampak sebuah Pajero sahaja mengekori di belakang. Tentunya Pajero itu milik fakultiku. Dari Ipoh terus menuju ke haluan Kuala Kangsar. Di Hentian Sungai Perak, van berhenti untuk mengisi minyak & peluang itu aku ambil untuk berkejar ke bilik air, & merokok putus berhubung. Apabila masuk ke bilik air, aku rasakan seluruh pakaianku dah sebati dengan bau kapur barus, bau jenazah arwah!. Aku menepuk-nepuk tengkok sendiri memang rasa tak sedap badan. Emm nak deman ke aku ni!

"Jauh ke dari tol Kuala Kangsar tu, ke kampung Nasha tu. "

Tanyaku kepada Ani, yang Pajeronya mengekori van jenazah.

"Kalau dari bandar Kuala Kangsar ke Tasik Raban dalam 45kg."

"Jauh jugak tu...Ani dah telefon kata kita dah sampai Sungai Perak?"

"Dah, dapat bercakap dengan emak! (emak arwah)."

"Ani kasi tahu ke emak Nasha kejadian sebenarnya arwah meninggal."

Aku sengaja ingin mendapatkan kepastian, sebab di Putrajaya memang Ani ada menyatakan yang dia kasi tahu keluarga di kampung arwah meninggal sebab kemalangan. Memang aku rasa tak sedap hati, kut kalau orang kampug arwah tidak dapat menerima jenazah arwah jika tahu arwah membunuh diri.

" ..... tak Ani kasi tahu yang arwah abang kemalangan jalan raya."

"Baguslah Ani kasi tahu cam tu!"

Aku cuba menyedapkan hati Ani, aku sedar suaranya dah mula garau nak menangis, dari suram cahaya neon, aku nampak air mata Ani mula tumpah. Aku cepat minta diri, kembali dengan rakan-rakanku yang lain. Panggilan arwah "Abang" yang Ani sebut menjadikan aku serba keliru, tambah keliru lagi bila melihat air mata Ani tumpah. Baru saja petang tadi terdengar desus-desas, Ani marah sangat terhadap arwah; Tidak bertanggungjawab! keluhnya. Emm jika masih memanggil abang, rasanya masa ada lagi sisa cinta di situ. Tapi kenapa runcingkan keadaan hingga jadi sekeruh kini.

Anaknya tiga orang tak nampak dalam pajero, mungkin terlelap kut, penat sejak awal pagi diheret ke hulu ke hilir. Along anak sulung arwah; entah kat mana... dengar khabar Ulan terpaksa mencarinya di Puduraya; juga masih tidak kelihatan dalam perjalanan kami. Along Silap maklumat, dia ingat ayahnya akan dikebumikan di Jenaris, itu yang dia bergegas ke Jenaris, sepatutnya dia tunggu saja di kampung, Along memang berada di Perak, sekolah berasrama. Ulan yang terpaksa menjemput Along di Puduraya untuk mengiringi jenazah ayahnya ke Tasik Raban.

Dengan Along juga dirahsiakan pemergian ayahnya membunuh diri. Along memang rapat dengan arwah, masalah ayah & emaknya memang dia tahu, arwah pernah bercerita kepada aku, semasa Along cuti sekolah dia memang ada mengadu kepada Along masalah mereka; jika dia tahu ayahnya membunuh diri mesti dia akan bising di kampung nanti, silap-silap akan kecoh di kampungnya nanti. Harap-harap Along tak tahu berkenaan tragedi permergian ayahnya sebenar.

Dari bualan aku dengan Faizal, katanya se buah Pajero pancit tayarnya, & tertinggal jauh. Lantaran untuk mengejar masa kami terpaksa bertolak tanpa menunggu sebuah lagi Pajero yang pancit tayar itu.

- bersambung

Posted on 18.2.2006 at 1:39 AM

Klik Suram viii

17 Februari 2006

Suram 6 Februari vi Fakta

17.2.2006
(Terbit di di TokeiKedai pada Mei 28, 2006 - 12:08 AM)

Aku terbaca di internet tentang kes bunuh diri di Malaysia. Elok juga untuk kita hayati kandungan artikel ini.

MEMBUNUH DIRI DAN PENYAKIT MENTAL
Oleh Profesor Dr Syed Hassan Ahmad

APABILA seseorang itu dikatakan mengalami penyakit mental, ramai orang akan membuat andaian bahawa individu berkenaan tidak boleh dipercayai dan berisiko melakukan sesuatu perbuatan ganas kepada orang lain.

Keganasan yang dimaksudkan boleh membawa kepada pembunuhan.

Sesungguhnya andaian seperti ini agak prejudis kerana lebih ramai orang yang sanggup membunuh, tetapi mereka tetap waras.

Dalam keadaan sama juga, ada golongan sanggup membunuh diri dan dalam golongan ini juga ada sebilangan yang masih waras, tetapi sanggup melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini.

Kedua-dua senario ini menunjukkan setiap perilaku itu mempunyai motif dan niat tersendiri. Walau apapun, semua orang disuruh berbuat yang baik dan meninggalkan perkara keji.

Apabila berbicara mengenai pembunuhan diri, daripada perspektif undang-undang tindakan ini dianggap satu jenayah. Namun dalam konteks agama, khususnya Islam, perilaku membunuh diri dilarang sama sekali.

Ini kerana nyawa yang ada di badan bukan milik individu berkenaan, tetapi kepunyaan Allah yang dipinjam sementara kepada manusia.

Apabila sampai masanya, nyawa yang dipinjamkan itu akan diambil semula dan inilah sebabnya membunuh diri menjadi dosa besar.

Bukan saja perilaku pembunuhan diri dilarang, bahkan niat untuk berputus asa juga tidak dibenarkan. Ini bermaksud kita sentiasa disuruh berfikiran positif dan membina. Apa bentuk pun kesusahan dihadapi, kita disuruh bersabar dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian.

Dalam masyarakat kita, ramai orang berlumba-lumba mencari kaedah untuk hidup lama. Oleh itu pelbagai cara dibuat seperti menjaga pemakanan, beriadah serta mendapat pemeriksaan perubatan dan kesihatan dari semasa ke semasa. Tujuannya supaya panjang umur. Hidup ini penuh nikmat, oleh itu semua orang hendak mengecapinya.

Namun, ada segolongan pesakit, sama ada fizikal atau mental, berasa hidup tidak bermakna lagi. Dalam fikiran pesakit ini timbul perasaan putus asa dan sanggup melakukan sesuatu bagi mengakhiri hayat mereka. Kenapa perkara ini berlaku?

Kajian yang dibuat menunjukkan sebahagian besar daripada perilaku pembunuhan diri adalah disebabkan penyakit mental kemurungan.

Individu yang mengalami penyakit mental kemurungan, terutama pada tahap serius, berisiko melakukan pembunuhan diri. Kajian juga menunjukkan 15 peratus daripada pesakit kemurungan membunuh diri, terutama yang turut mengalami penyakit fizikal dan daripada golongan warga tua. Golongan lelaki didapati lebih ramai terbabit.

Pun begitu, ada juga golongan warga tua yang masih sihat dan mampu memberi pandangan dan buah fikiran bernas. Penuaan adalah proses semula jadi dan sangat penting untuk kita sentiasa mengamalkan cara kehidupan sihat kerana mereka yang sentiasa mengambil berat mengenai kesihatan diri sejak zaman muda lagi akan berupaya menjangkau alam warga tua dengan sejahtera.

Pembabitan penyakit mental kemurungan atau depresi dalam aktiviti pembunuhan diri berlaku kerana pesakit dipengaruhi fenomena delusi, di mana pesakit percaya mereka tiada harapan untuk sembuh.

Kadangkala ada juga fenomena delusi berbentuk rasa bersalah sehingga menyebabkan pesakit percaya hanya kematian mampu menghapuskan dosanya.

Membunuh diri kerana penyakit mental kemurungan boleh berlaku kepada siapa saja, tidak kira sama ada mereka yang baik budi pekerti atau sebaliknya.

Seorang tokoh agama, tidak kira apa agamanya, masih boleh melakukan pembunuhan diri. Perkara ini berlaku disebabkan cengkaman delusi yang dialaminya.

Justeru, kadangkala orang ramai terkejut bagaimana seorang tokoh agama boleh membunuh diri, walhal beliau tahu perilaku itu dilarang keras oleh agama.

Namun, ia berlaku juga kerana orang berkenaan mengalami penyakit mental kemurungan atau depresi. Penyakit yang tidak dikesan dan dirawat dengan secepat dan sebaik mungkin ini, akhirnya akan membawa musibah.

Kadangkala ada juga yang mengalami penyakit mental kemurungan memohon bantuan orang lain supaya sesuatu dilakukan kepada diri mereka supaya mereka cepat mati.

Kepada kumpulan pesakit ini, mereka berasa azab dialami tidak dapat ditahan lagi. Oleh itu mereka berpendapat lagi cepat mereka mati, lagi baik untuk diri mereka.

Dalam keadaan seperti ini, semua orang yang terbabit dalam penjagaan pesakit tidak dibenarkan sama sekali membantu pesakit supaya cepat mati. Pendekatan seperti ini disebut eutanasia.

Ia salah daripada segi undang-undang. Bahkan ramai doktor dan jururawat terbabit dengan perilaku ini, sama ada secara sukarela atau terpaksa.

Satu lagi gejala tidak sihat berkaitan pembunuhan diri adalah salah guna teknologi maklumat.

Sekarang ini apa saja yang anda cari, anda boleh dapat jawapannya daripada penggunaan komputer dan internet.

Ini termasuk pendekatan bagaimana hendak membunuh diri secara perseorangan atau beramai-ramai yang disebarkan pelbagai laman web. Sudah berlaku banyak kes di mana seseorang yang dilanda penyakit mental kemurungan sanggup meniru apa yang dicadangkan dalam laman web berkenaan.

Hak kebebasan individu seperti ini sangat berbahaya kerana kesan sampingannya akan merosakkan pedoman hidup orang lain.

Walaupun kita disuruh jangan lupakan mati, kerana kita semua akan mati, hidup kita ada matlamat dan tanggungjawab.

Oleh itu kita harus laksanakan tanggungjawab berkenaan sebaik yang boleh sebelum mati. Ingatan kepada Tuhan yang maha kuasa akan dekatkan kita dengannya.

Pembunuhan diri adalah satu fenomena yang merugikan negara. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan Persatuan Psikiatri Malaysia, pada masa ini jumlah penduduk negara kita yang membunuh diri setiap tahun ialah 2,500 orang dan ramai daripada mereka mengalami kemurungan atau depresi.

Justeru, sangat wajar kita mengetahui serba sedikit mengenai perilaku pembunuhan diri supaya jumlah mereka yang terbabit dapat dikurangkan.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Punca membunuh diri seperti disebut di atas banyak sangat menyebut sakit mental pun masalah kemurungan. Tidak disebut masalah kerasukan yang bukan mustahil menjadi punca segala. Arwah Nasha tidak pernah sakit mental, dia seorang yang tabah, penyabar, memang tidak pernah aku sendiri melihat dia naik minyak, pemarah, atau baran tak tentu pasal. Memang tak pernah. Murung? pun rasanya tidak, dia dapat menyampaikan masalahnya terhadapku. Contohnya dua minggu sebelum kejadian, dari kata-katanya; memang dia amat normal.

" iDAN ... bilamana dapat berbual & meluahkan masalah aku pada kau, aku rasa amat lapang. & nasihat kau aku rasa dapat meringankan bebanan masalahku. Terima Kasihlah iDAN"

Memang kata-kata arwah tergenang-genang di kolam ingatanku. Maka itu aku amat kontras bilamana menerima khabar pemergian arwah.

Memang hebat arwah Nasha menyimpan rahsia perbalahan dengan isterinya; sebab dalam pertemuaan ringkas dengan emak mertuanya, kami memang tak dikabar pun biar sedikit tentang punca tragedi membunuh diri ini. Masakan keluarga mertua dia tak tahu. Begitulah keruntuhan sistem kekeluarga Islam kita.

Jika mengikut anjuran Agama, kalau terjadi keretakkan rumah tangga Islam, kedua-dua pihak kena sama-sama bermuafakat menyelamatkan sebuah rumah tangga. Kedua-dua pihak yg dimaksudkan ialah kedua ibu bapa pihak suami & pihak isteri. Kenapa Islam menganjurkan begitu? Kembali ke asalnya. Dari merisik meminang pun majlis kenduri kahwin, kedua-dua besan akan bermuafakat mencari jalan terbaik untuk menyatukan dua hati. Begitu juga dengan keretakan rumah tangga. Seharusnya begitu, bila ada perbalahan dalam rumah tangga patut kedua-dua pihak bermuafakat dengan cara baik. Jangan sesekali sebelah pihak membuat keputusan. Contohnya mak mertua sorang yang campur tangan, pastinya mak mertua akan memihak anaknya sendiri, payah dia memihakkan menantu. Seharusnya menyelesaikan masalah dengan mengetahui puncanya dari ke dua pihak. Jangan buat andaian di sebelah pihak sahaja.

Firman Allah, bermaksud: “Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35).

Seperkara lagi, jangan ada orang luar yang pertaliannya jauh dari keluarga rumah tangga yang bermasalah. Dikuatiri orang luar akan menangguk di air keruh. Seharusnya kedua ibu bapa atau keluarga terdekat yang boleh dijadikan pedamai dalam sesebuah perkahwinan. Kedua ibu bapa pasti akan sayangkan cucunya (jika pasangan itu telah ada anak). Tak mungkin orang tua yang waras akan mahukan cucunya jadi mangsa jika terjadinya perceraian. Itu cantiknya anjuran agama kita sarankan.

Itu antara isunya kes arwah, keluarga ke dua pihak memang tidak dapat menyelami masalah kedua-dua pasangan. Arwah Nasha memang telah kematian ayah, emaknya di kampung memang tidak dikhabarkan permasalah mereka. Keluarga isterinya, faham sajalah jika ayahnya pun kawin lain, ayah Ani kemungkinan tidak langsung menasihati anaknya agar bersabar & terus menjaga hati suami.

Kemungkinan juga masing-masing tidah mahu keluarga kedua pihak tahu. Terusan melayan hati, faham sajalah jika isteri dengan pertimbangan 1 Akal + 9 Nafsunya, . Lelaki pulak sebaliknya 9 Akal + 1 Nafsu , terlalu banyak pertimbangan iaitu 9 Akal tadi mungkin menjadikan bagai nak pecah kepala. Pun nafsunya yang 1 itu sudah lah sedikit... terabai pula! apakah akan jadi bilamana ianya makin tidak diimbangi. Memang boleh pecah bagaikan Empangan Temenggor pecah!. Itulah hebatnya nafsu 1 lelaki itu.

Huh aku terlalu kasihan dengan arwah, aku pula tak serapat Wak Lan (Ulan) dengan isterinya!. Ulan pernah berkata arwah kerap mengungut isterinya, sampaikan mengugut mahu membunuh. Aku tidak menafikan perkara sedemikian akan terjadi, semua suami akan bertindak perbagai, jika tak sanggup lagi melihat kerenah isterinya yg kian terlampau. Sudah lupa rukun rumah tanngga.

Aturan Agama, contohnya syarat keluar rumah yang isteri wajib meminta keizinan suami. Langgar saja. Izin itu maksudnya meminta keizinan suami terlebih dulu, berbeda dengan memberitahu. Izin & memberitahu amat berbeda. Kerap para isteri sekarang begitu, " Abang saya nak pergi facial Sabtu ini " Temujanji sudah dibuat, belumpun lagi suami izinkan. Itu beritahu bukan minta izin. Itulah isteri sekarang. Begitu juga soal pinta izin dalam rumah tangga arwah; Isteri arwah selalu langgar aturan ini. Lepas bebas ke mana saja, maka itu arwah jadi tambah buntu.

Perlu diingat aturan itu bukan suami yang membuatnya. Itu adalah aturan dari Allah Azza Wa Jalla. Apatah lagi jika keluar rumah berjumpa dengan lelaki yang suaminya sendiri tidak kenal!. Akan melaratlah kemungkaran. Amat payah bagi arwah untuk menunaikan amar ma'ruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga sendiri. Bilamana peraturan izin itu sendiri Ani tidak hormati. Maka itulah jadinya peristiwa di Bukit Dukung.

Memang tidak mustahil apa yang Ulan ceritakan. Arwah mengungut perbagai terhadap isteri, bukan satu yang mustahil, bukan kes "telefon karat", bukan cerita dongeng. Ugutan begitu seharusnya sang isteri faham lantaran mahukan isteri kembali sedar kembali insaf, kembali menjaga kerukunan rumah tangga. Bertitik-tolakkan peraturan rumah tangga yang agama ajukan. Jika isteri telah mengingkarinya, maka sudah semesti suami yang sayangkan rumah tangga akan bertindak. Islam membenarkan sampai memukul, bukanlah pukul ganas!. Pukulan pengajaran!

Para suami dibenarkan oleh Islam memukul isteri yang melakukan nusyuz (derhaka kepada suami) akan tetapi pukulan yang dimaksudkan itu ialah pukulan untuk tujuan mengajar atau mendidik dan tidak meninggalkan bekas (kesan pukulan), bukannya untuk tujuan memudaratkan, mencederakan atau penderaan. Itu pun setelah mendahului mengambil langkah-langkah lain terlebih daahulu dengan menasihatkannya kemudian memisahkannya daripada tempat tidur (tidak tidur bersama). Jika ini tidak berjaya barulah dibenarkan memukulnya dengan pukulan yang tidak meninggalkan bekas kepada tubuh badannya.

Perkara ini jelas sebagaimana Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

"Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka daripada mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkaannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Surah An-Nisaa’ : 34).

Bagiku masalah hati seperti masalah hilang langsung perasaan kasih sayang atau cinta terhadap suami atau isteri adalah jadi perkara kedua atau ketiga. Pertama yang penting adalah mengekalkan jodoh, takdir Allah yang menjodohkan kita, diikuti dgn tanggungjawab mendidik anak, menjaga anak, menumpahkan seluruh kasih sayang terhadap anak. Itu lebih utama dari menjaga hati & perasaan kita sendiri. Dari terus mementingkan diri sendiri. Lantaran jodoh perlukan keprihatinan, anak-anak pula perlukan bimbingan. Anak-anak kita lemah tak punya apa; Lihatlah jernihnya mata mereka. Mereka perlukan kuasa ibu bapa untuk membesarkan mereka.

Dr Khairi pernah berbual dalam kes ini, katanya risikan kasih dari luar keluarga, contohnya janda gilakan suami orang, suami orang kejar anak dara orang, isteri orang kejar suami macho & kaya, isteri orang ghairah nak jejaka muda. Semua itu adalah ibarat fatamorgana. (fatamorgana adalah bayangan yg kabur, contohnya kalau kita menaiki kereta tengah panas terik nampak macam di jalanraya tersebut ada seakan-akan air dipermukaan jalan) Fatamorgana itu akan hilang bilamana kita jejak dia. Kenapa perlu kita nak kejar fatamorgana itu.

Kes arwah Nasha, tanyalah dengan siapapun, dia itu siapa? Nasha itu siapa. Seperti aku nyatakan selalu...Aku sendiri tak pernah dengar atau lihat dia marah, mengamuk jauh sekali. Orangnya memang amat baik, orangnya memang amat sabar, amat pengasih dengan anak-anak. Jika kita berkawan dengan dia, memang kita dapat rasakan betapa baiknya dia. Kehilangan dia memang satu yg amat membungkamkan hati. Jadi jika isteri arwah membenci dia, pasti aku yakini dia silap, dia tak kenal mana intan atau kaca malahan sekai gus dia telah merobekkan hati anak-anaknya. Anak-anaknya rapat dengan arwah. Jika anak-anaknya mendapat ayah tiri aku yakin ayah tiri takkan dapat tandingi keabraban arwah melayani anak-anaknya.

Aku ingin bertanya kepada sang isteri yang membaca tulisan ini, apakah matlamat perkahwinan di sisi mereka. Mahukah anak-anak punya ayah tiri? Tak inginkah melihat anak-anak membesar dengan ayah kandungnya sendiri dalam keadaan bahagia?. Tak bolehkah menerima kekurangan suami, di samping memikirkan segala kebaikan suami; pun sang suami ... tak bolehkah maafkan kekurangan isteri bilamana terjadinya perbalahan keluarga. Ingat-ingatlah kebaikan sang isteri apabila api kemarahan memarak. Ingat-ingatlah ketika membuaknya nafsu (1) kamu itu, mana tempat halalmu untuk melepaskan buakan nafsumu itu. Bukankah isterimu!. Ngapa nak marah melulu. Mana ada suami atau isteri yang sempurna?. Bagiku yang sempurna itu hanya ada pada Bidadari. Sang isteripun inginlah!, kalau nak jadi Ketua Bidadari kenapa tak cuba jadi sempurna?.

Isk aku mula gawat bila terkenang-kenangkan masalah arwah!, perbagai aku fikirkan. Tapi kenapa aku tak sanggup ketemu Ani?. Aku rasa amat bersalah.

Ramai pujangga berpesan, Apabila kamu marahkan seseorang, ingatkan kebaikan yang pernah dia lakukan terhadapmu insya-Allah, kamu kan cepat memaafkan dia, akan reda marahmu & akan dapat mengintimkan kembali jalinan antara kamu.

Hubungan rumah tangga bukan hubungan mainan. Jalan keluar perbalahan bukan kejar lelaki atau perempuan lain. Kena ingatkan hubungan yang kekal dunia akhirat yang akan jadi mangsa perceraian ia itu anak-anak!. Mahukah anak-anak porak-peranda?.

Jauhnya aku mengelamun!.

Hujan masih tak berhenti, bau kapur barus perit meyusuk hidung, sesekali keranda jenazah bergegar-gegar, maklum bilamana ikut lebuh raya ke utara. Jalan simennya memang mengegarkan van jenazah. Aku mereka-reka perjalanan... jauh lagi ke Gua Tempurung. Aku terkenang ketika mengiringi arwah apak yang meninggal di KL mahu dihantar ke Kota Bharu Perak, Lewat malam ketika itu; di Gua Tempurunglah aku berlumba lumba dengan kereta jenazah. Selepas potong kereta jenazah selang beberapa ratus meter ada lagi kereta jenazah memotong kereta aku. Entah kereta-kereta jenazah siapa. Kini aku pula akan lalu tempat yg sama, tapi lain keadaanya. Aku terkurung di dalam van jenazah, rakan karib menggantung diri; emm ... pergolakannya pula amat membelenggu hatiku. Perjalanan jauh begini rasanya tambah jauh.

Kilat sesekali masih kedengaran; aku cuba merapatkan mataku ke cermin kut-kut nampak di luar... isk... gelap.. tak nampak apa-apa pun.

- bersambung
Posted on 17.2.2006 at 6:44 AM

Klik Suram vii

16 Februari 2006

Suram 6 Februari v Kerasukan

16.2.2006

Patahnya kasih sayang, luputnya cinta seorang isteri yg bergelar kekasih memang satu himpitan perasaan yg maha perit. Apatah lagi bila telah beranak empat, jauh di sudut hati sang suami amat terkilan melihat seorang isteri boleh merujuk rindu ke lelaki lain, bagaikan masalah yang remeh dalam rumah tangga itu tiada jalan perdamaian. Kenapa seorang isteri yg bergelar kekasih sanggup mencemuh suami, tanpa memikirkan empat hati cahayamata yg masih bersih akan pasti tergugat jika terjadinya perceraian. Kepincangan CINTA itu yg jelas membelenggu jiwa arwah.

Dicampur pula.

Hutang melampau; yang dalam Agama sendiri amat mahukan ummahnya menghindarinya. Situasi kita kini memang tidak dapat lari dari hutang, hutangnya pula banyak yang akan melibatkan riba. Tak kiralah bank mana, sedangkan bank Islam pun amat membebankan si penghutang, apatah lagi bank komersial yang lain. Lantaran tindakan isteri; arwah terperangkap dengan kejamnya jerutan hutang; Kalau kes kejam Along dari Bukit Beruntung semua tahu musibahnya, tetapi bank jugak tidak jauh bedanya memerangkap ketamakkan manusia lantaran hutang. Arwah terhimpit dengan masalah hutang dari dua penjuru, hutang dirinya & juga isterinya.

Tambah lagi.

Sesak kerjaya; ISO namanya... bukan semudah untuk meneruskan perlaksaannya. NCR akan menanti jika silap sedikit sahaja. Ditambah lagi bebanan kerjaya harian tanpa siapapun yg menolong; memang amat payahnya bilamana timbul keperluan kerja segera, mengejar jangka waktu. Arwah terpaksa menyempurnakan tugasan sebaik-baik mungkin. Maka itu semasa kejadian adalah cuti Hari Thaipusam Nasha arwah ada di makmal. Himpitan kerjaya yang terlampaukan keinginan fakulti tersohor di mata dunia juga banyak memerangkap kebuntuan arwah.

Sesuatu yang kita tak tahu.

Perkara ghaib yang akan aku kupas; ianya memang payah untuk kita mentafsirnya, tetapi aku yakin di akhirat nanti kita boleh menerimanya dengan waras. Ia itu berkait dengan iman & pun hasutan syaitan. Perkataan yang tepat ialah KERASUKAN. Kejadian bunuh diri apatah lagi gantung diri, jika manusia itu bukan penjudi, bukan pemabuk, bukan penzina, bukan orang yang kejadiannya jahat; tidak mustahil boleh terjerumus dengan kejadian membunuh diri lantaran kerasukan.

Mungkin ada yang ingat dengan arwah staf  kita Jamil mati terapung di Tasik Minlon. Dalam poket beliau ada Surah Yassin tapi ramai yang kata arwah membunuh diri. Semasa arwah Jamil masih hidup aku kerap berbual dengan arwah, memang ada suara yang jelas berbisik-bisik di telinga mengajak dia buat itu & ini. Suara itu memang suara syaitan yg memujuk agar ummah Allah S.A.W sesat.

Jadi kejadian bunuh diri bukan terjadi pertama kali kalangan rakanku, Sebelum Arwah Nasha, Arwah Jamil pun pemergiannya amat tragis & misteri. Heboh satu fakulti, tapi pemergian Arwah Jamil lemas di tapak lombong tidaklah sengeri Arwah Nasha.

Misteri Kerasukan memang berlaku di mana-mana.

Kejadian kerasukan ini juga terjadi pada tragedi warganegara Australia mengantung diri di Bandaraya Ipoh. Ini diceritakan sendiri oleh Razel temanku. Warganegara Australia tersebut telah memeluk Agama Islam. Arwah amat menyintai rakan isteri Razel seorang guru; Memang ada konflik kejiwaan ketika itu, biasa lah sembilu orang bercinta memang amat peritnya. Pada malam kejadian, Mat Saleh Mualaf tersebut ada membuat panggilan telefon kpd kekasihnya (rakan isteri Razel).

"Tolonglah saya, datanglah jumpa saya, ada suara-suara yang mengganggu di telinga saya, berbisik-bisik jelas di telinga saya. Datanglah selamatkan saya!"

(Seperti cerita Arwah Jamil .. ada suara berbisik di telinga jelas sekali)

Tetapi kekasihnya tak menganggap suara telefon itu serius. Cuma menasihat kekasih Mat Salehnya, "Sabarlah . nanti esok kita jumpa" ...Esoknya terpampang di Harian Metro, Warganegara Australia Dijumpai Mati Menggantung Diri. Hingga kini kekasihnya kesal teramat sangat, kenapalah tidak mempercayai kerasukan itu, kenapalah tidak datang menolong.

Begitulah pertimbangan seorang perempuan yang bergelar kekasih. Bilamana sesuatu sembilu percintaan berlaku, tidak mahupun percaya yang seorang lelaki bergelar kekasih memang amat gusar & terguris!. Dalam terguris & kegusaran itulah amat mudah syaitan menyusup ke rahang iman menyesatkan ummah.

Kerasukan; itulah sangkaan baik kita yang iman masjid UPM sarankan, maka itu arwah yang menggantung diri elok tetap dimandi & diuruskan jenazah seperti biasanya. Biarpun ramai yang bertelingkah pendapat tentang pemergian cara membunuh diri sendiri.

Kembali ke imbasan perbualan dengan Arwah Nasha; (Arwah semasa hayatnya selalu berpesan iDAN jangan cerita dengan si polan-polan. Emmm memang arwah amat mahu merahsiakan permasalan keluarganya dengan siapa yang dia tidak percayaan.. amat berahsia akan masalah beliau. Tapi aku rasa terpanggil untuk meluahkan segala. Sebab segalanya bagaikan meruntun hatiku. Rasanya DUNIA perlu tahu, untuk sesama kita menimbang-tara)

"Sejak isteriku tiada kerja tetap, Aku terpaksa ambil tuntutan lebih masa iDAN, kalau tidak bagaimana aku nak menampung keluargaku. Gajiku pun bukan sebanyak mana bila dah dipotong perbagai pinjaman"

Memang sejak kebelakang ini arwah ada meminjam dengan teman rapatnya lantaran terputus belanja dapur. "Untuk aku nak kasi makan anak-anak aku"... katanya. Tiga anaknya sentiasa bersamanya, cuma Along jauh di Perak, isteri yang tak menentu pulang menjadi kasih sayang anaknya tertumpah semuanya kepada arwah.

- iDAN anak-anak aku tak pernahpun tanya bila emaknya balik, malahan tak balikpun mereka tak bertanya.

Bayangkan dengan kapcai yang uzur itulah arwah membawa ke sana sini anak-anaknya. Kadang-kadang bilamana yang bungsu mengikut emaknya maka arwah akan naik kapcai bertiga; Van selalunya isterinya bawa alasan mahu berniaga bundle, Kancil dibawa oleh Pakcik isterinya; Bermotorlah tiga beranak dari Kajang & SS bukannya dekat. Itupun Kalau yang bungsu isterinya bawa. Mana mungkin nak naik kapcai sampai berempat. Semasa kejadian tragis itu, arwah menghantar dua anaknya di rumah Emak Mertua (tiri). Seorang lagi kebetulan mengikut ibunya. Semasa di MARDI dlm sedun-sedan MaK Mertua arwah berkata;

"Kenapalah Nasha buat keputusan begini, sian anak-anak dia, anak-anaknya amat rapat dengan dia, padanlah malam tadi dia tak datang mengambil anak-anak."

- bersambung!

Klik Suram vi

Posted on 16.2.2006 at 1:54 AM

14 Februari 2006

Suram 6 Februari iv Bebanan Hutang

14.2.2006

(Emm ada yang memberi respon kepadaku menceritakan pergolakan arwah Nasha yang pergi penuh tragis ini bagaikan memceritakan aib orang, sebenarnya banyak lagi perkara yang aku lindungi, tak sanggup nak menulisnya; cuma peristiwa pun perbualan yg aku tulisi ini rasanya perlu juga kita kupas bersama; kenapa boleh sampai seseorang itu hilang pertimbangan hingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri semata-mata amat sayangkan seorang perempuan bernama isteri. Alangkah baiknya ada lagi sebelah pihak yang dapat menceritakan pergolakan jiwa seorang isteri, apa sebenarnya isteri arwah mahukan!)

"Van isteri aku akan ditarik sebab dah lebih TIGA bulan tak berbayar, aku sebagai penjamin tentunya sentiasa dihujani oleh surat dari bank. Kancil juga atas nama dia, aku tak tahu entah dah dibayar entah tidak, tapi surat bank tak datang lagi. Sekarang aku dalam proses nak jual van tersebut, dah ada pembeli. harap-harap aku dapat selesaikan semua hutang-piutang isteriku yang aku jadi penjaminnya"

Arwah mengadu padaku masalah hutang-piutang isterinya yang terkait juga masalah saku arwah.

Memang payah jika terputus pendapatan bilamana masih banyak bebanan hutang. Baik van maupun Kancil arwah sendiri tak dapat memandunya. Kancil yang dibeli atas nama isteri; arwah juga yang penjaminnya; tetapi Kancil tersebut dikasi oleh isterinya kepada pakcik dia untuk buat perniagaan kantin di kilang tempat isterinya berkerja. Pakcik isteri arwah & anak-anaknya memang lama tinggal di rumah arwah tetapi bila berbalah dengan Along mereka telah pindah ke rumah lain. Jadi status Kancil itu tak menentu, kadang ada isteri arwah bawa balik, kadang memang diguna oleh pakciknya.

Arwah cuma pakai kapcai (Yamaha Sport) yang memang sudah tua. Masalah kapcai arwah memang tak pernah selesai, aku selalu memotong kapcai arwah apabila pergi kerja. Kami memang tinggal se tanam perumahan. Tenguk plet nombor.nya yang senget dah buat kita rasa betapa payahnya arwah menuju ke tempat kerja.

Aku sendiri tak tahu apa jadinya Iswara kepunyaan arwah. Seingat aku kereta Iswara tersebut lama tersadai di bengkel sebab mendapat kemalangan; terbabas sendiri & memang banyak kerosakan. Semasa kemalangan tersebut ianya dipandu oleh adik iparnya (adik Ani). Beribu-ribu duit arwah habis untuk mengurus kereta tesebut supaya dapat keluar dari bengkel. Adik ipar arwah memang lepas tangan saja, itu yang arwah pernah mengadu padaku.

Tempat kerja; isk ini lagi satu masalah besar yang membebani arwah, pernah satu hari arwah bersuara!

"iDAN kau buat lagi e-mel layang! (surat layanglah tu) ... kita boikot ISO, aku dah bosan dengan kerja ISO ini, kau bayangkan semua kerja aku kena buat sorang-sorang. Mana nak layan amali pelajar, mana nak tolong kerja projek pelajar, nak jaga buku-buku ini lagi; ni ISO ni.. tak habis-habis kejap-kejap tukar borang, asyik nak cari salah kita, aku memang bosan"

Masa itu aku di dalam stor buku projek pelajar dengan dia.

"Aku bukan tak nak buat e-mel layang tu Nasha, kalau kita tanya staf... majoriti tak suka ISO, tapi kau tahu..kan itu kehendak Dekan, kau tenguk masa aku buat cerpen Tutor ooo Tutor untuk menentang visi fakulti, hampir empat jam aku dihadapkan bagai pesalah jenayah, sampai aku nak dihantar ke pentadbiran sana sebagai Pelayan Pejabat.... nasib ada yg membela aku mereka nak letakkan aku di Unit IT; enam bulan Nasha aku di tribunal. Semua e-melku kena pantau, kena tinjau tingkah lakuku. Sampai kini bila aku tenguk e-mel eng. macam satu fobia, amat malas nak buka e-mel eng. bercampur terkilan & memang aku nak klik pun rasa tak sanggup lagi."

"Emm kalau aku buat e-mel layang menentang ISO seperti Nasha sarankan: risikonya tentunya aku akan dicampak entah ke mana"

Tak dinafikan memang bebanan kerja di fakulti bukan sedikit, tanggungjawab arwah bukan kecil, bayangkan kena jaga mesin dandang, perbagai lagi mesin pemprosesan yang tentunya jika terlalai sedikit saja risikonya memang besar. Melayan karenah Pelajar master, PhD, ... Pak-Pak Arab & Amoi-Amoi Arab tu... tahu sajalah degilnya pun pelajar tahun akhir juga bertumpu projeknya di makmal arwah. Dialah juruteknik, dialah penunjuk ajar, dialah boiler man... isk.. memang penat.

- bersambung!

Klik Suram v

IT IS OK
eris | Posted on 16.2.2006 at 1:48 AM



(Emmm ada yg memberi respon kapadaku menceritakan pergolakan arwah Nasha yang pergi penuh tragis ini bagaikan memceritakan aib orang) Saya merasakan bahawa si Penulis tidak ada niat langsung utk menceritakan keaiban si mati. Yang pergi biarlah dia pergi.... Memang dalam hal ini suami isteri mestilah ada perbincangan yang mendalam untuk memantapkan institusi keluarga yang rukun dan damai. Sebaliknya, kita hendaklah jadikan ini sebagai sejarah teladan konflik rumah tangga lebih daripada 10 tahun terbina akhirnya musnah dalam sekelip mata. Apatah lagi banyak sekarang "konflik domestic crisis". Cerita yang dibawakan oleh Penulis ini hanya hendak memberi pengajaran kepada yang hidup. Sekian Wassalam!

13 Februari 2006

Suram 6 Februari iii Prasangka

13.2.2006

Aku mengelamun lagi terkenangkan bualan aku dengan arwah ketika dia dalam remang gelisah lantaran karenah isterinya: Ani.

- Kau tau iDAN, masa tu dia masak di dapur; bila aku cuba sentuh saja tubuhnya, dia terus tepis tanganku & berlari naik ke tingkat atas.

- Ngapa lak dia berlari ke atas?

- Dia benci sangat kat aku, macam jijik saja dengan suaminya. Aku intip dia kat dalam bilik tingkat atas tu, aku tenguk dia terus ambil telefon bimbit dia, & sms.

- Kau tak cuba ke buka  pesanan ringkas (SMS) dia

- Macam nak buka telefon bimbit dia ada PIN Nombor. Ada sekali aku pernah dapat buka telefon bimbit dia, ketika itu dia terleka... setelah dia masuk PIN Nombor dia tak tutup telefon bimbit tu, tak jumpa apa-apa SMS pun mesti dia dah padam. Dia memang banyak beselindung dari aku.

 Aku sendiri bencai amat SMS yang tak diundang ujud dalam kehidupan
keluarga atau pun isteri tercinta

- Entahlah Nasha aku tak berani nak komen, sebab Nasha sendiri tak pernah terserempak lelaki itu, lagipun dia sendiri ngaku yang lelaki itu cuma saudara angkat, abang angkat. Isteri lelaki itu pun dah terima isteri Nasha seperti keluarga angkat dia. Tak payah risaukan! hubungan dia dengan lelaki itu. Mungkin lelaki itu memang ikhlas nak menolong & sebagai kawan berniaga pakaian terpakai (bundle) tu. Dia baru saja diberhentikan kerja, tentunya kejutan berhenti kerja itu amat kuat membebani isteri Nasha. Mungkin itu puncanya dia banyak sangat berubah. Apa salahnya kalau benar dia nak membantu keluarga menjual bundle.

Aku terkenang kes dia berbalah tentang perakam VCD, sampaikan perakam VCD itu habis berkecai dihempas oleh isterinya. Memang ketika bergaduh, Ani tu pernah mengunus pisau, mengugut nak menikam arwah Nasha. Lintang pukang arwah Nasha lari dari rumah takut jadi mangsa isteri bila mengamuk.

- Aku lama tak bersama dengan dia iDAN, maka itu aku cuba nak rapat dengan dia; bila dia tolak aku .. memang aku rasa dia ada hubungan yang jauh dari hubungan keluarga angkat dengan lelaki itu. Siapa suami yang tak risau jika isteri pulang lewat malam. Mana dia pergi sampai lewat malam kadang-kadang sampai tak balik. Bila aku tanya memang kerja jual bundle macam itu. Pakaian bundle itu katanya datang tak menentu. Kadang-kadang lewat malam, kadang-kadang tunggu sampai ke pagi, bila dah sampai terpaksa berebut-rebut dengan penjual lain.

Memang setelah isteri arwah diberhentikan kerja lantaran berbalahan dengan bos tempat dia berkerja, isterinya menceburkan diri dalam jualan bundle. Katanya dia kenal lelaki keluarga angkatnya itupun melalui perniagaan  bundle tersebut.

"Dia tak pula kasi tahu aku Shah Alam itu di mana, Seksyen berapa dia ambil  bundle itu. Aku pernah nak ikut, pergi dengan anak-anak; Dia tak kasi, katanya di sana tu tempatnya berhabuk tak sesuai kanak-kanak ke sana"

Pernah arwah mengajak Anuar mencari isterinya di Shah Alam, dari pagi sampai ke petang sampai Anuar kata habis minyak keretanya lebih lapan puluh ringgit. Manalah nak jumpa jika tak tahu tempat & alamat /kawasan Shah Alam tu bukannya kecil.

Memang kadang-kadang isteri arwah bawa anak yang bungsu bersama ke Shah Alam, untuk menguruskan jualan bundle. Isteri arwah belum lagi membuka kedai, buat masa itu dia cuma gunakan vannya sebagai tempat perniagaan. Kata arwah Nasha dia pernah bersama isterinya ke perkampungan orang asli, menjual bundle.

"Aku terpaksa bantu dia iDAN untuk jaga hatinya, tapi memang aku hairan dia macam tak pandang saja bantuan aku selama ini. Paling ketara biar bagaimana pun aku buat baik dengan dia, dia masih tak pernah hiraukan aku ketika tidur malam-malam. Dah masuk bulan ke tiga dah dia berkelakuan begitu. Aku sebagai suami dapat rasakan dia memang dah membuangkan cintanya terhadap aku."

"Tapi Nasha Ani balik juga malam-malam kan?, dia tidak tinggalkan terus keluarga Nasha, dia masih ingatkan rumah & anak-anak"

"Dia balik mungkin untuk anak-anak, bukan kasihnya dia terhadap suami."

"Bersabarlah Nasha, kalau Ani tu ingat akan anak-anak & mahu balik ke rumah itu tandanya dia masih sayangkan rumah tangga Nasha. Dalam rumah tangga memang macam itu Nasha, kadang-kadang ada gangguan sementara. Sementara saja Nasha. Kalau jodoh Nasha masih panjang, Allah S.W.T akan tolong Nasha. Nasha kena banyakkan sembahyang hajat. Pohon doa agar rumah tangga Nasha dilindungi Ilahi. Jangan putus-putus memohon doa."

"Dua minggu lagi aku kena ke mahkamah syariah, isteri aku dah minta cerai. Antaranya lain aduannya aku pernah dera dia, pukul dia. Bagaimanalah aku nak berhadapan dengan kadhi tu iDAN"

"Selalunya Nasha kalau pergi ke Mahkamah Syariah itu bukan semestinya terus jumpa kadi untuk bercerai. Nasha dan Ani akan pergi ke bahagian kaunseling. Kalau Nasha masih sayangkan isteri Nasha, jangan lafazkan cerai. Dengar dulu apa sebenarnya Ani tu mahu. Berceraikan itu bukan penyelesaiannya, cubalah elakkan; Nasha sendiri tahu kan, aku pun pernah menghadapi masalah macam Nasha. Sebelas bulan lebih .. hampir setahun kami tinggal berasing. Demi anak-anak Nasha kita sebagai suami kena pertaruhkan DARAH malahan ROH kita sendiri. Memanglah bila kita dah berbalah dengan isteri semua timbul. Macam aduan Ani dia kena pukul tu, Nasha ceritalah berterus terang. Tak terniat pun Nasha nak cederakan dia, Nasha dah cerita pada aku kan masalah di Bukit Dukung tu."

Peristiwa di Bukit Dukung itu memang ada arwah Nasha bercerita. Semasa itu dia sengaja berlakon, konon dia dah putus asa melihat Ani isterinya langsung tak hiraukan lagi rumah tangga. Malahan dia yakin benar isterinya dah ada kekasih lain. Keluar rumah memang dah tak pernah minta izin. Bila isterinya diberhentikan kerja. Masalah kewangan semakin meruncing.

Pada malam itu arwah Nasha membawa isterinya ke Hentian Rehat Bukit Dukung Jalan Cheras. Kononnya menunggu seorang lelaki untuk melacurkan isterinya. Tindakan menakutkan isterinya semata-mata mahukan isterinya berubah, jika dah berani keluar rumah tanpa izin suami, kemudian berjumpa pula dengan lelaki hingga lewat malam malahan tidak balik ke rumah; alasannya mengambil pakaian terpakai (Bundle) untuk mencari duit; bukankah kelakuan tersebut bagaikan pelacur. Itu sungutan Nasha kepada aku.

Jika sudah tak dapat kawal diri lagi, dia sendiri boleh carikan pelanggang untuk melacurkan isterinya. Sebenarnya melacurkan diri cuma untuk menakutkan isterinya. Nasha bukan jenis suami macam itu. Dia sengaja pura-pura membuat panggilan menyuruh lelaki itu datang menjemput isterinya. Sebenarnya dia tak bercakap dengan sesiapa pun di telefon bimbit semasa di Bukit Dukung. Tak sangka perkara menakut-nakutkan itu sampai diadukan di Mahkamah Syariah.

Malam itu jua mereka bertengkar di van, tanpa disengajakan tangannya mahu diletkan ke penyandar bangku van terhantuk ke muka isterinya. Itu yg diadukan kononnya arwah memukul dia.

Aku memang tidak setuju dengan tindakan menakut-nakutkan isterinya begitu. Memang cara menakut-nakykan begitu boleh disalahtafsirkan isteri ianya suatu tindakan yang sungguh-sungguh. Berniat membuat satu kejahatan & kemungkaran, biarpun secara suka-suka akan memudahkan syaitan bertakhta di hati. Niat jahat itu ibarat sangkar yang bila-bila masa mudah syaitan bersarang dengannya. Itu yang paling kita takut. Lebih baik berniat baik walaupun kita tak sempat melakukan kebaikan tersebut setidak-tidak kita dapat pahala dari niat baik.

Perbalahan dengan suami isteri pun patutnya begitu, kena bersangka baik jika mahu menjernihkan keadaan, jika terusan bersangka buruk terhadap pasangan senang sangat syaitan melaga-lagakan kita.

"Emm dalam aduannya juga dia mengatakan aku cuba melacurkan dia"

"Ya Allah Ani tu melampau, bukankah kes Bukit Dukung itu sekadar nak menakut-nakutnya dia agar dia tidak bertindak melampau; keluar rumah ikut suka hati, balik pun ikut suka hati, bila tak balik tanya saja tidur rumah keluarga angkat"

Bagi aku tak baik perkara begitupun nak ngadu di mahkamah. Kenyataannya bukan ada pun lelaki yang datang.

Pengorbanan Nasha pun bukan sedikit; Tiap kali dia tinggalkan rumah anak-anak Nasha yang jaga sorang-sorang. Kalau ada Along senang sikit boleh jaga adik-adik.

Along sebaya Afiz anakku, masa itu dia sekolah berasrama di Perak tingkatan 3. Tiga adik along kecil lagi, sorang baru berumur 9 tahun, seorang lagi 7 tahun dan yang bungsu baru berumur 5 tahun.

"Nasha ceritalah berterus-terang pada kaunselor tu; masa Nasha pura-pura telefon pelanggan untuk isteri Nasha itu; kau tak cakap dengan sesiapa pun di telefon bimbit, Nasha ceritalah Nasha cuma pura-pura dengan Ani tu yang ketika itu memang dah ada pelanggan untuk menakutkan dia. Takkan mahkamah syariah percaya bulat-bulat aduan seorang isteri tanpa bukti. Emm takkan suami nak melacurkan isterinya. Nasha tak payahlah risau tentang aduan Ani itu. Lagi pun perbalahan tersebut dah pun selesai, Ani yang cuba panjang-panjangkan. Kalau Nasha tak pergi keadaan akan jadi tambah rumit"

- bersambung

Klik Suram iv



based on true sory

eris | Posted on 14.2.2006 at 10:37 AM
baru saya tahu...cerita konflik kisah benar ni... selama ini saya tahu arwah mati disebabkan isterinya curang....tapi tidak tahu dalam bentuk rupa kecurangan nya itu terima kasih kepada penulis Abg Idan kerana ceritakan pengalaman rentetan peristiwa kemuncaknya tragedi 6 Februari 2004.. Sedih dgn tindakan isteri yang pentingkan kebendaan dan kekayaan. Memang arwah tu sepanjang saya j\kenal memang orangnya simple dan baik pulak tu....


Curang
| Posted on 15.5.2007 at 12:38 PM
sedih mendengar dan membaca citer ni , isteri nya curang dan tidak menghiraukan kepentingan rumah tangga serta membuat suami sbg si bodoh. Atas sebab itu lah agak nya arwah mengambil jalan begini , kerana sangka arwah dirinya dipersiakan sebagai ketua rumah tangga .

10 Februari 2006

Suram 6 Februari ii Belenggu ISO

10.2.2006

Kilat masih sambung-menyambung; awan pekat likat; sesekali angin basah mengimbas diri. Hati masing-masing berbelah bagi, sedih, murung, sesal, marah perbagai bercampur-baur.

Marah sebab aku terdengar suara dari mulut ke mulut; kata isteri arwah, dia tuduh arwah tak bertanggungjawab. Tak mahu bertanggungjawab membesar anak-anak mungkin itu maksudnya; Maka itu arwah mengambil jalan pintas mengantung diri; Dalam hatiku berkata, selain sebab tekanan kerja yang pernah arwah cerita kepadaku;

ISO contohnya yang berterusan kena dibereskan sendirian; memang di makmal dia seorang saja kena membereskan semua, borang ISO bukannya sedikit, kelas amali, projek pelajar, dia juga kena jaga pinjaman buku projek pelajar. Bebanan hutang; kereta & van isterinya dia yang jadi penjamin, masalah anak-anak; teringat masa anak-anaknya kena deman campak, masa itu isterinya dah mula liar; jarang ada di rumah. Dia sendirian menjaga anak, tu yang Anuar marah sangat dengan bosnya Zaman, bila dia ngadu masalah rumah tangganya, ayat yang paling mudah... semua orang tahu ayat lepas diri;

"Jangan campur-adukkan masalah keluarga dengan kerja!"

& lantaran terlalu sayangkan isterilah arwah membuat keputusan sebegitu. Selebihnya mungkin lantaran iman, syaitan bila dapat menyelusup ke dalam diri & hati memang payah kita tepis pujukan ia agar kita tersesat. Mahunya aku & teman-teman tak marah bilamana mendengar ucapan isteri arwah begitu.

"Dia suami yang tidak bertanggungjawab."

Isk aku kenal lama arwah, tak mungkin arwah sebegitu. Sakitnya hatiku bilamana dalam waktu sedih bungkam begini boleh diandaikan Arwah Nasha begitu.

Mahu tidaknya sebagai umat Islam pemergian secara menggantung diri memang tak siapa dapat menerimanya. Cuma terubat rasa putus asa melalui kata-kata Iman di sini;

"Janganlah kita persoalkan cara pemergian arwah, kita yakinkan hati yang arwah pergi dalam keadaan TAK sedar diri; bukan mustahil arwah dalam kerasukan. Bila kerasukan memang seseorang itu akan hilang ingatan. Orang yang hilang ingatan memang terlepas dari hukum-hakam; umpama orang gila, memang dia akan terlepas dari hisab di akhirat nanti. Harapan kita yang hidup begitulah, biarlah antara dia dengan Tuhan."

Jenazah arwah selamat dimandikan & dikapankan; selamat disembahyangkan dalam suasana yang amat suram. Suram sesuram-suramnya. Jua amat tragis.

Kekinian aku telah berada di dalam kereta jenazah. Depan sekali Tuan Syed Abg Rahman (pensyarah KKK), abg ipar arwah aku di belakang sekali. Di bangku depan cuma pemandu & Pak Iman Muda. Keset bacaan suci al-Quran dimainkan. Hari semakin menjelang senja. Satu kejadian aneh berlaku, entah dapat maklumat mana pemandu van jenazah boleh bawa arwah tawaf ke fakulti, kami tertanya-tanya juga kenapa mesti ke fakulti. Dia kata tadi ada orang suruh dia ke fakulti tidak terus ke Tasik Raban Perak. Isk! siapa orang tu, tak ada siapa pun yang menunggu di fakulti.

Emm! dalam hatiku berbisik memang kuat badinya orang meninggal sebegini, mungkin roh arwah masih sayang sangat nak meninggalkan makmal dia, mahu jasadnya lama bersemadi di sana; atau nak lihat syaitan yang menghasutnya tengah berpesta gembira ke? Lantaran berjaya memesungkan satu jiwa anak Adam.

Bau setanggi & kapur barus memang likat menyusut hidung, kami meninggalkan fakulti menjelang maghrib sebaik saja tiba di tol UPM bergemalah azan serentak itu penutup keranda kain yang bertulis ayar al-Quran terjatuh ke lantai. Kemungkinan ketika itu jalan tak rata, atau keranda yang memang licin, atau entahlah. Jadi kami terpaksa menyelimutkan semula keranda pun terpaksa memegangnya sepanjang perjalanan. Siren kereta jenazah dibunyikan sepanjang lebuh raya menuju utara, di belakang ada dua buah Pajero mengekori. Aku tertanya-tanya mana perginya Tok Perak katanya dia ingin sekali mengiringi jenazah. Tak pasti siapa yang bersama dengan dua buah Pajero itu, yang tentu ada, Meor, Man, & Fairus sebab mereka memang satu jabatan KPM. Bila telah melepasi KL siren dihentikan sebab kenderaan dah mula reda.

Cermin van jenazah tersebut memang gelap. Hujan tak henti, kejap lebat kejap renyai-renyai. Aku cuba juga meninjau ke luar... emmm tak nampak apa-apa pun. Keset al-Quran pun dah senyap, sunyi amat abang ipar arwah tak bersuara, Tuan Syed nampak ada wuduk tengah sembahyang duduk. Mungkin dia jamak Isyak ke Magrib. Bau kapur barus memang melemaskan aku, aku terus melayan fikiran.

Teringat bagaimana arwah bersama aku mencari rebung di jeram belakang taman perumahan kami. Teringat bagaiman arwah memang mahir mengikis batang rebung tersebut di aliran air jernih. Aku, Tok Perak, Atan, Abang Din, Abang Soib dan Kamal memang pernah bersama arwah meredah hutan, mencari rebung, pucuk paku, pucuk ubi & jantung pisang. Kami memang rajin ke sana sewaktu cuti, malahan jika putus sayur arwah selalu bercerita padaku dia pergi bersama anak-anak ke hutan tersebut mencari rebung, pucuk paku dan lain-lain. Tok Perak memang rajin menerang hutan tiapkali kami ke sana, ladang pucuk paku kami memang semakin luas. Tapi sayang ladang kami itu kini hampir pupus dimusnahkan oleh Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (“SILK”), betul-betul merentas tempat kami selalu bersantai.

Terlampau sepi, cuma deru van jenazah, sesekali silau lantaran cahaya kilat; hujan tak henti-henti; terasa makin sebak dada mengenang Arwah Nasha. Aku bersuara mengajak abang ipar arwah berbual, tak mampu lagi mengisi kesepian yang maha panjang; apatah lagi memikirkan perjalanan amat jauh lagi. Emmm... abang ipar arwah jenis orang sepatah tanya, sepatah menjawab, jadi memang tambah lama amat rasanya perjalanan mengiringi jenazah ini....

- bersambung

Klik Suram 3

Posted on 10.2.2006 at 2:29 AM

06 Februari 2006

Suram 6 Februari



6.2.2006

"Rumah aku iDAN tak ada apa. Boleh tak kau kasi apa-apa barang makanan buat aku masak untuk anak-anak aku."
"Isk! bukankah kau dah meninggal Nasha."
"Itu bukan aku; yg meninggal itu bukan aku... Tak ada ke mihon aku teringin nak makan mihon."
"Tak ada lerr Nasha, barang makanan lain ada ler kat dapor tu, kau ambik ler mana yg teringin, Maggi banyak dlm laci tu"

Banyak juga barangan yang diambilnya, beras, gula, Maggi satu peket; kemudian dia berlalu begitu saja. & Aku terjaga, aku amati jam dinding jam 4:15 pagi. Bermimpi rupanya aku.

Memang selalu sangat aku bermimpi berjumpa dgn arwah Nasha. Macam² karenah beliau dlm mimpi. Sehari dua sebelum arwah Joe meninggal, aku bermimpi jumpa arwah melulu saja ambil motor aku & bawa seseorang; Macam arwah Joe sahaja yang membonceng. Selang berapa hari kami dikejutkan pemergian Arwah Joe; pemergian arwah Joe pun penuh misteri;

Dua tahun dulu; 6 Februari tarikh hari inilah aku menerima berita sedih pemergian arwah dgn cara kematian yg amat tragis. Memang tak siapa dapat menerima kenyataan arwah mengantung diri di makmalnya. Arwah Nasha meninggalkan seorang isteri/balu & 4 orang cahayamata. Aku yg terlibat menguruskan jenazah beliau, dari awal pagi hingga dikebumikan di sisi Tasik Raban jam 12:22 tengah malam; di kampung halaman beliau.

Semasa arwah tergantung aku tidak sempat melihat kerana waktu aku terima berita itu agak lewat; kawasan beliau mengantung diri telahpun dikawal dengan lilitan tali plastik keselamatan. Lagipun memang kalau aku dibenarkan melihat beliau tergantung rasanya aku ragu-ragu dengan semangatku. Mungkin tak berani, mungkin juga akan lihat jugak sebab dia memang kawan rapatku. Tapi dari pengalaman Pak Wahid memang dia sendiri bagai tidak percaya yg itu arwah Nasha. Lidahnya hanya terkeluar sedikit sahaja, Ada terlekat dakwat di lidah beliau; Kepalanya terlentuk, lututnya telah mencecah lantai kerana arwah menggunakan hos gas. Hos gas tersebut telah menganjal, kalau dilihat tempat kejadian pun memang jika arwah tak patah tengkuk sempat dia menyelamatkan diri.

Kejadian tersebut pada malam Thaipusam & kebetulan malam Jumaat. Banyak cerita pelik berlaku sedari magrib lagi. Kata Kak Midah dia nampak semasa magrib petang Khamis tu arwah ada di luar makmal duduk di bangku luar sambil menghisap rokok. Jumaat 6 Feb 2004 awal pagi waktu ujung subuh samar-samar lagi pandangan waktu itu;Kata Kak Kiah & anaknya Fatiha ternampak beliau sambil berkata, “Awalnya Nasha tu datang!” Fatiha menegur. Nampak beliau membuka makmal. Siapa itu iyer!

Dr mengesahkan kejadian tersebut berlaku sekitar satu atau dua pagi pada 6 Feb 2004. Pelajar perempuan yang terserempak arwah tergantung pada sekitar jam 8:00 pagi. Jika Dr mengesahkan kejadian itu sekitar jam 1:00 atau 2:00 pagi yang Fatiha nampak itu SIAPA. Aku , Wak Lan & Pak Wahid bergegas ke MARDI mencari emak mertua (tiri) arwah untuk mencari isteri beliau kerana kami tak dapat menghubungi isterinya. Memang mak mertuanya menangis ketika itu; Semalam dia kata arwah menghantar anak-anaknya ke rumah, padanlah arwah tak datang menyemput anak-anaknya sampai ke siang hari tadi keluhnya.

Bila aku kembali ke fakulti isteri beliau telah sampai, jenazah beliau dibawa ke Hospital Putrajaya untuk Post Mortem. Selepas solat Jumaat aku dengan Wak Lan ke Hospital Putrajaya. Jenazah beliau masih tidak dapat diuruskan oleh isteri & keluarga isterinya. Sebelah keluarga arwah memang tak sorang pun datang. Mungkin tak dapat maklumat lagi. Semasa aku ke bilik mayat. Tinggal seorang sahaja pembantu hospital di bilik mayat tersebut.

" Nak tenguk jenazah ke, jom saya bawa ke bilik mayat." aku dikejutkan suara pembantu hospital.

"Apakah dibedah jenazah arwah ni?"

"Tak.. cuma pembedahan kecil saja di lehernya; mengikut kata Dr lehernya patah."

Sambil tu dia menarik peti mayat; aku dapat melihat wajah arwah... nampak tenang saja wajahnya; sebelah mata kirinya nampak terbuka sedikit.

"Abis tu siapa nak menguruskan jenazah ni, nak dimandikan di sini atau bagaimana?"

"Yang menguruskan jenazah semua dah balik, patutnya saya juga ada rakan bersama, semuanya telah pulang. Semasa Dr buat Post Mortem kami terjumpa macam wasiat beliau dlm poketnya. Kami dah kasi kepada isterinya."

Semasa aku keluar dari bilik mayat aku ke kereta isteri arwah, ramai juga saudara mara arwah ketika itu termasuk Pak Mertua beliau ada bersama. Aku nampak seimbas; isteri arwah tengah mengamati yang dikatakan wasiat oleh pembantu hospital di bilik mayat tadi. Halus tulisannya, guna perbagai pen, siap ada gambar macam lakaran projek pelajar; mungkin yang Pak Wahid nampak kesan dakwat di lidah Allahyarham adalan lantaran wasiat tersebut; sambil arwah menulis dia mungkin menggigit pen bebola.

Memang dua minggu sebelum kejadian saya berbual panjang fasal isteri beliau telah buat aduan di Mahkamah Syariah; minta cerai; sepatutnya Isnin nanti dia akan ke Pej Agama. Itulah kali terakhir aku dapat berbual panjang dengan arwah, selepas itu aku Cuma tertembung dari jauh, memang tak sempat berbual dengan beliau lantaran tugasan.

Pada petang Khamis tersebut memang aku bagaikan terpanggil-panggil untuk ke makmal; ketika itu aku membetulkan kaki seluarku yang tetas untuk ke makmal, hari Khamis tu memang hari cuti umum; tapi lantaran gelagat Kak Mila (Isteriku) yang nampak semacam, aku batalkan saja ke makmal. Makmal aku memang bersebelahan; kira-kira beberapa meter saja; sepelaung: jika aku buka lampu makmal mesti beliau nampak cahaya dari bilik arwah, selalunya kalau arwah tu runsing memang dengan aku banyak dia mengadu. Pasti dalam dikebuntuan dia akan datang ke makmalku; Pernah dia kata; “ Aku rasa lapang sangat fikiran ini bila dapat mengadu dengan kau; jangan kasi tahu orang lain masalah famili aku ini”

"Cadangnya nak kebumi di mana?"

Aku bertanya isteri beliau, cadangan awalnya nak kebumi di sini saja, atau di kampung isterinya, tapi kata isterinya emak arwah di kampung nak melihat jenazah arwah.

"Keluarga di kampung tahukah kejadian sebenar?"

"Tak ...saya kasi tahu kemalangan jalanraya."

"Elok juga kasi tahu begitu; "

Balasku untuk tidak mengeruhkan keadaan. Aku & Wak Lan yang hubungi Ketua Jabatan minta agar diuruskan jenazah di masjid UPM sahaja, dalam masa yang sama memang Kenderaan Jenazah UPM telah bersiap sedia untuk mengambil beliau.

Aku telefon Kak Mila; memberi tahu mungkin balik lambat sebab nak menguruskan jenazah arwah; Bila aku ceritakan arwah Nasha gantung diri; memang Kak Mila mengucap panjang. Tak dapat terima kenyataan tersebut.

"Kenapalah arwah sampai membuat keputusan begitu!."

Aku tak dapat menjawabnya; yang terdaya cuma linangan airmata, payahnya nak menjawab persoalan yg maha pahit ini.Aku pun tak dapat menarima kehilangan beliau.

Bila kereta jenazah datang, aku dan saudara mara arwah kembali ke bilik mayat mengusung jenazah arwah ke van jenazah UPM. Sepanjang menguruskan mandian di masjid UPM, memang suasana mendung, hujan tak henti & amat suram awanan; suasana ketika itu amatlah geruh & ketidak tentuan. Kilat & Guruh bagaikan tak mahu berhenti bagai nak kiamat. Kadang-kadang isterinya kata nak bersama kereta jenazah terkadang nak naik Pajero. Aku dapatkan nombor telefon kampung beliau melalui isterinya & dapat bercakap dengan keluarga arwah di Tasik Raban. Aku memberi tahu mungkin aku akan tiba sekitar tengah malam. Magrib hampir tiba, hujan masih tak berhenti. Perjalanan dari UPM ke kampung beliau di Perak tu mahu ambil masa 4 ke 5 jam. Tiba-tiba Dekan Prof Radin tepuk bahuku.

"iDAN kau ikut kereta jenazah"

"Boleh tapi kenalah ada kawan"

Emm memang ramai tolak-menolak siapa nak duduk di sisi keranda, perjalanan pulak sangat jauh. Guruh kuat bertalu dengan kilat tambah gamatkan suasana, hujan lebat amat dan hari beransur gelap. Awan hitam bagaikan serabai jin menyerigai mengintip kami.

"Kau sahabatku arwah Nasha!, tak kiralah kau pergi cara bagaimana, aku memang tak dapat menolongmu bilamana semua ini berlaku. Cuma aku mesti mengiringimu hingga ke liang lahat."desah hati rawanku.

- bersambung

Klik Suram 2