GOMBAK - Seorang lelaki yang disyaki menjalin hubungan sulit dengan isteri seorang buruh Indonesia mati ditikam bertubi-tubi di Kampung Melayu, Sungai Buloh dekat sini semalam.
Hubungan pasangan tersebut dikatakan baru bermula seminggu lalu apabila wanita Indonesia berusia 20-an itu mula bekerja di sebuah kilang plastik di Sungai Buloh tempat mangsa berkenaan bertugas.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pada pukul 4.20 pagi, Yap Voon Kiat, 21, yang masih bujang memandu kereta Proton Iswara selepas menghantar wanita itu pulang ke rumahnya.
Dia juga baru siap memasang kain rentang iklan bagi pengambilan pekerja kilangnya di Rawang.
"Kira-kira 100 meter dari rumah wanita itu, kereta mangsa dihalang oleh tiga lelaki.
"Mangsa diarahkan keluar sebelum dia terus diserang," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Jurucakap polis itu berkata, akibat serangan tersebut, mangsa cedera teruk di kepala, kedua-dua belah tangannya hampir putus dan rusuk kirinya terkena sembilan tikaman.
Mangsa yang cedera parah mati di tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan