iDAN

02 November 2009

J.M. Aziz (Delima Merkah)

Ramai menyukai lagu ini;

Penyu Menangis nyanyian Sudirman. Anda boleh muat turun lagu ini di www.4shared.com ini URLnya Sila Klik format MP3. Banyak lagi puisi Allahyarham dilagukan. Biodata Allahyarham terdapat di DBP


J.M. AZIZ
(Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Jiwa Merana, Aziz Rahman, Indera Mesra, Abdul Rahman, Azizah Rahman)

LAHIR : 3 November 1937, di Kampung Tanjung Luang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu.

MENINGGAL DUNIA : 15 Mac 2002 (Jumaat) bersamaan 1 Muharram 1423 kerana sakit tua , ketika berusia 68 tahun.

AYAHNYA bernama Abdul Rahman Hassan, seorang peniaga, qari, juga seorang ahli qasidah yang terkenal di Terengganu. Ibunya, Mek Ngah Ismail, seorang guru al-Quran, juga terkenal sebagai penggerak lagu-lagu daerah negeri Terengganu, terutamanya yang berunsur Islam.

Sejak berusia lapan tahun lagi, J.M. Aziz telah memperlihatkan bakat seni yang diwarisi daripada orang tuanya. Beliau kerap diundang untuk memperdengarkan pantun, syair dan lagu-lagu daerah negeri Terengganu dalam majlis-majlis keraian.

J.M. Aziz menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Takir hingga tamat darjah lima. Kemudian melanjutkan pelajaran, juga belajar bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kuala Terengganu. Pelajaran agama diterima daripada kedua-dua orang tuanya.

Beliau dapat dianggap sebagai penyair yang produktif sejak tahun 1950-an. Sejak empat dekad lalu itu, beliau menceburkan diri di lapangan kebudayaan dan kesenian, pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Belia Seroja yang bergiat cergas dalam bidang kebudayaan dan sukan. Beliau pernah bertugas sebagai anggota Pasukan Polis Hutan ke-XIV dari tahun 1951 hingga 1953. Pada awal tahun 1960-an pula, beliau menjadi Pegawai Penerangan Sukarela untuk Pejabat Penerangan Kuala Terengganu.

Sejak dahulu hingga ke akhir hayatnya, beliau kerap menabur khidmat secara sukarela kepada pihak Muzium Negeri Terengganu, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, badan-badan kebudayaan dan kesenian dengan memberi buah fikiran dan sumbangan karya kreatifnya untuk projek-projek tertentu. Beliau adalah antara Pengasas Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA).

Kediaman beliau yang diberi jolokan “Rumah Puisi” di Seberang Takir sering dikunjungi pelajar-pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi dan para penulis dari seluruh negara untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang sastera dan sejarah tanah air. Meskipun kekurangan dari segi fizikal, beliau sentiasa mengikuti perkembangan semasa di dalam mahupun luar negara menerusi media elektronik dengan mendengar sahaja dan media cetak yang dibacakan oleh tiga orang anaknya, Najib, Zulkifflee dan Rohaidah yang menjadi jurutulisnya yang setia.

Menurut J.M. Aziz, dua orang Sasterawan Negara, iaitu Dr. Usman Awang dan A. Samad Said adalah pendorong kepada beliau terus berkarya. Beliau pernah menggunakan berbagai-bagai nama pena; antaranya ialah Aziz Rahman, Indra Mesra, Abdul Rahman, Azizah Rahman dan Jiwa Merana. Sasterawan Negara A. Samad Said memberikannya nama J.M. Aziz dan nama inilah yang kekal digunakan hingga akhir hayatnya.

Puisi-puisi J.M. Aziz turut dijadikan lagu oleh Ibrahim Bachik. Manakala puisi “Kesian Dia” dan “Penyu Menangis” (Siapalah Tahu) dijadikan lagu dan dinyanyikan oleh Sudirman Haji Arshad (Allahyarham).

Selain menyanyikan lagu-lagu puisi karyanya sendiri, J.M. Aziz juga berkemampuan menyanyikan lagu-lagu daerah negeri Terengganu. Dalam tahun 1950 hingga 1960, beliau pernah berusaha secara sendirian, mengkaji dan menyelidik lagu-lagu daerah tersebut. Daya ingatan dan hafalannya menjadi kunci kekaguman sesiapa sahaja yang mengenalinya.

Tahun 1965 merupakan detik “hitam” bagi penyair Pantai Timur ini. Beliau kehilangan kekuatan daya fizikal dan terpaksa dirawat di Pusat Pemulihan Penyakit Kusta di Sungai Buloh, Selangor. Sejak itulah ayah kepada tujuh orang anak ini tidak dapat melihat keindahan alam. Isterinya, Puan Lijah binti Daud, yang lebih mesra dengan panggilan “Cik De Jah”, banyak membantu beliau dalam menguruskan keluarga dan tugas seharian.

Dalam suratnya kepada PENA (Persatuan Penulis Nasional) pada suatu ketika dahulu, J.M. Aziz berkata; “Puisi adalah penawar jiwa luka saya… ia memupuk semangat dan menenangkan jiwa lara saya…” Bagi J.M. Aziz lagi, puisi adalah sebahagian daripada hidupnya yang dianggap telah sebati dalam jiwanya sebagai penyair. Manakala laut pula mengandungi berbagai-bagai cerita dan khazanahnya. Ada cerita gembira dan ada cerita duka kerana menurutnya laut itu adalah kehidupan manusia itu sendiri.

Puisi-puisi J.M. Aziz mewakili keresahan dan kegulatan hidup masyarakat nelayan dan golongan bawahan lainnya. Beliau tidak betah menulis tentang penderitaannya sendiri. Katanya; “Tidak, tidak akan saya tuliskan itu semua. Menulis puisi-puisi yang demikian akan membuat diri saya semakin terseksa. Saya lebih senang berperanan sebagai suara sepi dan hiba golongan bawahan. Saya tidak mewakili diri saya sendiri. Diri saya ini adalah mereka sebenarnya…”

Puisi-puisinya berenang dan menyelam di sekitar “laut” dan berkolek berdayung kisah “nelayan”. Baginya “laut” dan “nelayan” adalah nafas dan nyawanya, seluruh hidupnya. Bukan semata-mata kerana beliau adalah anak Pantai Timur, anak nelayan, tetapi beliau adalah laut dan nelayan itu sendiri. Baginya, puisi adalah wadah untuk beliau menyelongkar rahsia alam dengan segala keindahan meskipun dengan pancaindera yang terbatas. Seperti katanya; “Cukuplah kalau saya terus dapat menulis atau menghasilkan puisi. Cukuplah kalau laut lepas itu menjadi temannya bersama bisikan angin Pantai Timur yang berteduh di Seberang Takir.”

Sebagai penghargaan terhadap komitmen yang tidak pernah mengenal lelah dalam dunia sastera tanah air, khasnya dalam genre puisi, J.M. Aziz telah banyak menerima anugerah daripada pelbagai pertubuhan. Pada tahun 1990, beliau dinobatkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan Anugerah Budaya bagi kategori Penggiat Kesenian Sezaman (Tokoh Penulis Budaya/Sastera dan Sejarah). Manakala di peringkat nasional, beliau telah dipilih sebagai penerima ulung Anugerah PENA.

Pada tahun 1980, beliau telah menerima gelaran Tokoh Penyair Terengganu oleh Ruang Teater Tamu Terengganu. Kemudian puisi beliau yang berjudul “Berlabuh dan Berkayuh” telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, dan Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu pula menganugerahi beliau Tokoh Teater Terengganu 1989. Puisi yang berjudul “Nasi Ayam laut Sepinggan” telah memenangi hadiah utama bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001.

Ternyata kisah hidupnya yang penuh ranjau itu menyentuh jiwa rakan, saudara mara, sahabat seperjuangan dan khalayak seni. Sebagai menghargai perjuangan penyair yang tabah dan yakin mengharungi lautan seni ini, secebis kisah hidupnya telah diangkat menjadi drama pentas oleh Sasterawan Negara Noordin Hassan. Malam Ini Penyu Menangis merupakan manifestasi kegigihan insan seni yang tidak pernah mahu mengaku kalah. Drama ini dipentaskan pada 1 hingga 10 Jun 1994 di Panggung Eksperimen Komplek Budaya Negara, Kuala Lumpur.

KARYA
Puisi
- Kuntum Pertama (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
- Pengantin Laut. Kuala Lumpur: Amir Enterprise Sdn. Bhd., 1976.
- Kuntum Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
- Kembang Selaut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

Lagu Anak pelaut

Kunyanyikan pantaiku
Berwajah ungu
Anak-anaknya dalam sedu.

Kunyanyikan pantaiku
Berbelas lara
Rindu dendam anak-anaknya
Mengharapkan kasih entahkan tiba.

Kunyanyikan pantaiku
Retak seribu
Paling derita anak-anak di sini
Tiada siapa yang bisa tahu
Selain dari yang mengalami.

Kudengarkan lautku
Berlenggang-lenggok
Kudendangkan lautku
Tempat berpaut.

Kudendangkan lautku
Pintu hidup
Kudendangkan lautku
Pintu maut.

J.M. Aziz
18 Jun 1967.


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima sayang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

(Puisi iDAN banyak terkumpul dalam ĕ-antologi Penyair iDANRADZi sila klik)

01 November 2009

Penulis Mapan (Singgahsana)

Payah untuk menandingi penulis mapan yang telah terkenal. Hasil karya mereka telah tersohor seluruh jagat sastera. Saban minggu penulis mapan ini yang begitu gigih menulis & karya mereka sentiasa mendapat tempat di majalah & dada akhbar. Penulis Picisan seperti aku sekadar tumpang menghayati sastera tanah air dengan harapan ianya tetap akan unggul & popular di seantero dunia. Sastera Melayu memang penuh rona seni.

Ruang blog ini sekadar lakaran waktu bagi mengisi sedikit perhatian buat mereka yang ingin kelainan dari lafaz ilham mereka yang mapan di media massa arus perdana atau lambakan novel yang sarat di kedai buku.

Siapa tak kenal Sri Diah pun Nasharuddin Dasuki, dulu tahun 80an mereka berdua ini rajin menghantar karya Kenangan di Radio, aku pun mencelah di corong radio rancangan yang sama, lantaran rancangan tersebut memang mendapat perhatian pendengar seMalaya. Sekarang aku yang jarang mendengar radio, tak pasti apakah ada rancangan yang menarik begitu. Selera pendengar semakin leka dengan TV, Astro atau pun wadah di dunia maya yang semakin terbuka luas.

Jika disebut akan Penyair iDANRADZi mungkin hanya beberapa orang sahaja yang mengenaliku. Lantaran tulisanku tidak pernah pun dibukukan jauh sekali memenangi sebarang anugerah. Sri Diah & Nasharuddin Dasuki semakin banyak menerbitkan buku & karya mereka. Malahan mereka sering dihujani anugerah sastera. Tentunya mereka berusaha gigih & ramai pengikutnya. Lagi pun mereka hidup dalam kelompok Penulis Mapan yang sentiasa terdedah dengan penerbitan. Sri Diah sekarang mungkin menjadi pengarang di Krangkraf. Dulunya saya perasan dia adalah pengarang di Mingguan Wanita.

Tak banyak kita dapat mengetahui tentang penulis Nasharuddin Dasuki melalui dunia maya. Tetapi siapa pengikut perkembangan penulis ini pasti tahu beliau adalah seorang pendidik yang gigih berkarya.

Tadi aku membaca e-melku di Yahoo, rakanku yang bertukar kerjaya ke DBP pun semakin hari semakin rajin menerbitkan bukukunya. Mohd Amran Daud baru sahaja menerbitkan bukunya 1Malaysia (Puisi Remaja). Mohd Amran Daud rajin juga menulis pelbagai genre sastera. Selain puisi & kritikan beliau rajin menulis pantun.

Sayangnya kesibukan dengan kerjaya yang antah berantah lebih dari 28 tahun lalu, aku tidak langsung menumpukan sepenuh perhatian di bidang penulisan. Untuk berjinak dengan dunia penulisan bukannya mudah. Jika sendirian berkabung dalam seni sastera ini rasanya tidak akan ke mana. Dorongan & bantuan rakan atau orang terdekat amat perlu.

Jika sudah hidupnya berkepung dengan dunia sastera atau penyairan rasanya pasti minat, bakat pun ilham akan bertambah biak. Aku mencari-cari seorang penyair bagaikan Allahyarham Pak Engku T Alias Taib. Hidupnya sentiasa diulit dengan puisi indah. Segala tulisannya amat indah untuk kubaca & fahami. Pemergiannya meninggalkan manik-manik indah untuk kita hias di persada sastera.
Begitu juga aku teringat betapa J.M. Aziz Penyair yang cacat penglihatannya begitu sedap mengadun puisi. Antara puisinya terkadang menerbitkan Ilham untuk aku menulis. Sajak Penyu Menangis sering mendapat perhatian dalam bualan umum.

Ada juga puisi J.M. Aziz dilagukan seperti puisi ini

Penyu Menangis
(Sudirman)


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)


Permata Untuk Isteri
(Kopratasa)

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan

Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

J.M. Aziz


Sekitar Tahun '99 aku pernah menulis tentang Penyu Menangis

Penyu Menangis

penyu terus menangis
menolak kelodak sesak
fitnah nan bertaburan di pantainegara
memisahkan akar penaga laut
menindih rakyat jelata berpaut

penyu terus menangis
menolak ombak resah
desah angin jadi penyata belanjawan
tikar kasih bertaburan di anjungzaman
sepinya vilasetia di ujung pantaileka

penyu terus menangis
kekitaan semakin berseloka sumbang
mencari arah ke puncak gemilang
namun gelombang masih belum tenang

penyu terus menangis
tumpah air matanya ke akuku ini
bagaimana mahu kulapi air matamu!!!
sebak rebah tak sudah.

iDANRADZi
Jenaris/UPM

Rabu, 05 Mei 1999 17:27:56


OLEH: YASER M.A
 
Salam bahagia, saya sekadar ingin cuba untuk menghuraikan sajak yang dinukilkan oleh saudara yang bergelar iDANRADZi yang bertajuk 'Penyu Menangis', mengharapkan ia menjadi kegunaan dan renungan kita bersama...

"penyu terus menangis
menolak kelodak sesak
fitnah nan bertaburan di pantainegara
memisahkan akar penaga laut
menindih rakyat jelata berpaut" 
Dalam rangkap di atas, apa yang ingin diperkatakan oleh penyajak ialah berkenaan peristiwa atau fenomena yang sedang melanda negarakita, fitnah berlaku di sana sini bagaikan cendawan tumbuh, yang berlaku di kalangan para pemerintah atau golongan atasan, yang menjadi mangsanya ialah rakyat jelata, porak puranda pemerintahan hasil tohmahan, sengsaralah rakyat yang mendaulat sistem pemerintahan tersebut.

"penyu terus menangis
menolak ombak resah
desah angin jadi penyata belanjawan
tikar kasih bertaburan di anjungzaman
sepinya villasetia di ujung pantaileka" 
Apa yang hendak diutarakan oleh penyajak ialah berkenaan ekonomi negara yang semakin hari membuatkan seluruh rakyat menjadi takut, risau dengan keadaan ekonomi yang semakin runcing. 
"penyu terus menangis
kekitaan semakin berseloka sumbang
mencari arah ke puncak gemilang
namun gelombang masih belum tenang" 
Rangkap ini berbicara berkenaan sikap golongan pemerintah, politikus yang semakin hari semakin beranak pinakkan kronisme, mementingkan diri sendiri untuk mencapai matlamat, waima keadaan atau fenomena yang kelam kabut menimpa negara masih belum reda, mereka tidak kisahkan, apa yang penting hanyalah kemajuan diri.

"penyu terus menangis
tumpah airmatanya ke akuku ini
bagaimana mahu kulapi airmatamu!!!
sebak rebah tak sudah." 
Secara keseluruhannya, apa yang saya perhatikan, 'penyu' di sini boleh kita katakan...mewakili rakyat jelata yang mampu menangis, sedih, pilu, hiba dan hanya mampu melihat sahaja seloka para pemerintah dan politikus yang semakin hari semakin menindas. Tiada apa yang boleh diperkatakan oleh rakyat (penyu), tiada apa yang boleh dibuat oleh rakyat (penyu) dan tiada siapa yang boleh menenangkan dan memujuk rakyat (penyu)....rakyat hanya mampu terus bersedih dan terus perhatikan saja pentas politikus yang semakin hari semakin menindih, menindas mereka. 
Sajak ini mengutarakan satu sinisme yang tajam terhadap pemerintahan negara yang semakin meruncing hasil daripada tingkah laku politikus, yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.
Sekian, Terima kasih.

31 Oktober 2009

HUTAN WARISAN

(Itulah sebaiknya kita kembali kepada Dia)
Jika akar iman kita semakin kaku
sering diasak gangguan bisa dunia
sering kering jampi serapah harapan
daun kasih kita bagaikan garing
gugur pada daki riba tanah alpa
bunga rindu tidak lagi seharum dulu
malahan diri ini bagaikan dicabut
dipindahkan ke belantaran sepi
tekad & khudrat kenalah dikuatkan.

Ada ketika sengketa itu mengajak kita
agar segera memikirkan soal berhijrah
bukan kita memutuskan ukhuwah
bukan kita mencari musuh dalam berdakwah
seyogia ada antara kita sememangnya
menjadi gunting dalam lipatan
menjadi musuh dalam selimut
di depan kita terikat segala perjanjian
sebaliknya sewenang-wenangnya
al-Quran dihumban al-Sunnah diabai
tindak-tanduk semakin menghimpit & menjerat
apakah masih mahu sembah beradat.

Hutan warisan ini semakin gondol
hutan batu ini pula semakin panas & gugur
top-top kita juga akan digegar gempa & murka Ilahi
sementelah jika kita tidak saling memahami.

iDANRADZi
Jenaris Kajang
October 31, 2009 7:56 mlm

29 Oktober 2009

Mana Satu Ni!? (Singgahsana)

Sepanjang hari ini aku makin keliru, mana satu perisian di laman web (Laman Sesawang) yang sesuai untuk berhubung dengan kawan-kawan yang jauh. Internet (dunia maya) semakin hari semakin banyak amat perisian baru yang memeningkan kepala ini. Sebahagiannya aku faham nak guna sebahagiannya aku rasa mamailah pula.

Jika dulu pilihan utama adalah MIRC, sebabnya ianya tidak menganggu Windows macam YM juga, muat turun perisiannya & install. Lancarlah nak bercit cat sepanjang hari. Masalahnya MIRC & YM terpaksa kita mengadap komputer tak boleh bergerak ke lain. Maksudnya kena benar-benar tertumpu kepada perbualan@cit cat. Aku paling menyampah bercit cat ini bila kita bertanya sesuatu bukan main lama baru dijawab, silap-silap kita tunggu-tunggu talian pun terputus. Terlopong sendiri. Buang masa betul. Pun terkadang rakan yang bercit cat dengan kita itu pula bukan hanya melayan kita, mungkin ada dua rakan bercit cat sekali gus, mungkin juga lebih dari itu. Akhirnya dia tutup komputer tanpa memberi salam. Bagus betul budi bahasa ICT ini. Kita di depan komputer tertunggu-tunggulah, tapi tak tahu apa matlamat & hujungnya perbualan kita.

Bagaimana pula jika kita menggunakan Webcam?. Pakai pembesar suara pelbagai. Tak semua berminat, kalau mahir pun payah nak berbual, ramai kalangan Makwe malulah pula wajahnya tak cantik di skrin; Itu yang jam 2:00 atau 3:00 pagi terpaksa tenyeh bergincu lagi sebab nak cit cat dengan Pakwenya guna Webcam. Nak menggodalah tu!.

Maka itu jalan terbaiknya adalah ruang forum, ruang forum ini lebih terbuka. Tetapi ramai pula yang tidak bersopan & terkadang menyakitkan hati berforum. Bahasa yang digunakan hantam sahaja. Al-maklumlah orang tak nyata, wajah pun tak kenal menyamar selalu.

Tadi aku cuba guna FaceBook katanya ramai yang guna ini & lagi mudah berbanding Tagged, MySpace, Friendster & banyak lagi yang aku sering guna. Banyak pula menu dalam FaceBook itu aku tak mahir gunakan lagi. Jadi tak semeriah mana rasanya. Mudah guna Tagged, siap boleh kasi tag yang pelbagai jenis. Berperang dalam Mafia War memang leka.

Bila aku menung-menungkan aku lebih memilih Blog ini atau pun Jurnal yang lebih mudah & tak banyak gangguan. Sayangnya tak ramai rajin menulis blog. Ramai sekadar suka membaca. Tak ramai suka memberi komen (Respon) ramai yang lebih suka pelayar senyap.

Bila kita menulis & kita bercerita tentang kehidupan kita, kawan yang rapat pun payah memberi respon. Memang rasa orang gila berceritera seorang-seorang, sampai bila. Lebih ramai orang luar atau rakan yang tidak dikenali yang rajin menyapa kita; rakan yang rajin menyapa ini selalunya mereka yang memang peramah di dunia maya. Mereka yang memang rajin bersapa di laman sesawang. Rasanya mereka ini memang takkan akan kekal jadi teman kita. Teman sejati. .

Rakan yang yang sebegini, kita tak kenal rapat ini biasanya akan mudah senyap sendiri. Ikutlah kelapangan dia. Jika dia memang banyak masa senggang maka dia akan menghubungi kita melalui respon jika tiada lagi minat dengan dunia maya senyaplah dia. Sendiri lagilah kita.

Lagi bagus jika tiap rumah ada telefon talian tetap, boleh bual panjang tak menghabiskan duit! sampai beratus RM

Aku boleh ingat rakan di dunia maya ini yang tetiba hilang. Antaranya Deqma, Joyahhh, Salwanie, Diny, SheRa, aNNa_KaReNiNa, abushi, Linn, Maya@Junn & ramai lagi yang memang amat rapat denganku di dunia maya. Ada yang pernah berjumpa, ada yang pernah bertelefon & ada juga mesra di alam dunia sahaja. Kehilangan mereka ini amat terasa & misteri. Di SMS pun tak berjawab di dunia maya memang tiada akan jumpa lagi. Telah tinggal bagaikan bayang-bayang.

Rasanya rakan di dunia maya ini yang masih kekal cuma seorang dua; Salah seorangnya memang agak lama kenal si NurulJB; itu pun kalau di SMS, nak katakan Nurul ini rajin kasi respon di blog, tak juga. Tadi nampaknya dia rajin pula klik FaceBook. Angin betul kadang-kadang bila kita rajin berblog rakan karib tak baca pun, bila nak berbual di YM sudah tak ada lagi mereka yang rapat di sana. MIRC rasanya tak tahu pun nak gunanya lagi; nak guna server mana pun tak reti.

Teringat YB, YB ini rakan sekerja tinggal sekampung dengan Sdr Mazidul. Tapi dia telah berpindah & jadi orang kaya di Perak sana. Hilangnya dia ni bukan main lama, sampai e-mel pun tak berjawab. Aku pula memang tak suka guna Telefon Bimbit. Aku bukanlah nak jadi kaya tapi pengalaman dia meneroka tanah di kampung ingin juga aku kongsi, kononnya nak korek pengalaman dia. Terpaksa hantar e-mel ke bosnya di Unipetronas itu, baru dapat talian tetap. Talian telefon bimbit bagiku adalah mengorek duit rakyat. Tadi dekat radio bilang kita guna SMS setahun pun berjumlah berbilion-bilion, tak siuman ke apa orang Malaysia ini. Kemaruk nak masuk Tadika semula. Taip satu-satu senyum-senyum sendiri. Kalau aku menaip lagilah teruk, mata sudah rabun nak tenguk skrin kecil itu. Tak sanggup. Yang kaya syarikat telekomunikasi. His!.

Aku telah hampir setengah tahun sewa suara di TMnet, berbual 24 jam hanya RM10. Boleh berbual Seantero Malaya. Masalahnya talian tetap ke talian tetap. Bagiku kemudahan ini adalah terbaik untuk kita menjalinkan ukhuwah. Tapi TMnet tu nak kaya juga kena pengguna Streamyx sahaja yang boleh melanggan sewa suara itu. Semalam aku tenguk tawaran semula ada diiklankan di TV3. Masalahnya sekarang kebanyak orang Malaysia semua sudah beralih ke telefon bimbit.

Orang kita sudah kaya belaka; Tak mainlah berbual di telefon bertali. Lebih sanggup guna telefon bimbit sewaannya rata-rata RM30 sebulan... untuk prepaid umpamanya, sudah sebagai satu kemestian@keperluan hidup. RM30 satu telefon, takkan satu talian sahaja paling tidak dua talian sudah menjadi RM60. Padahal bagiku duit sebanyak itu beli Beras Siam Wangi lagi bagus. Jika keluargaku dekat-dekatlah sebulan baru habis 10 kg beras Siam Wangi berharga sekitar RM30.

Mana nak guna kabel di rumah lagi. Mana nak cari orang guna talian tetap lagi. Ah! penat aku pujuk rakan di Tagged, nak berbual di talian tetap, dengan siapa pun tak sudi. Takkan asyik nak kacau rakan pejabat lamaku berkerja. YB antara rakan jauh yang ada talian tetap di pejabat. Payah juga nak kontak dia di pejabat. Di rumah mungkin dia guna Broadband Celcom ke apa!. Adoi! payahnya.

Sebulan aku guna prepaid sekadar RM10 ke RM20 sahaja masalahnya aku memang jarang buka telefonku. Aku pernah ceriterakan kenapa malas buka telefon bimbit ini. Buat fobia sahaja. RM20 itu berapa jamlah boleh bercakap berbanding dengan talian tetap tadi!.

27 Oktober 2009

Drama Jepun (Singgahsana@Hiburan)

Drama Jepun; Terkadang aku suka juga melayan drama Jepun. Agak banyak juga aku membeli VCD Siri Drama Jepun yang agak murah di pasaran. Ada banyak Drama Jepun yang menarik. Kalau telah leka menonton drama Jepun memang semua kerja tak jadi. Rata-rata drama mereka ada sekitar 10 VCD , takkan habis sehari dua menontonnya.
Di jurnal lama aku banyak tersimpan tajuk cadangan antara Siri Drama Jepun yang menarik.
Sila Klik sini

26 Oktober 2009

Kahwin Campur 6 Aihara (Singgahsana)


Angin basah Sagamihara memedihkan mataku, ketika aku melintas rumah bernombor 66 ini aku sering memerhati dalan celahan pintu pagarnya. Kut! ternampak lagi wanita Jepun agak cantik berusia sekitar 30an. Kebanyak rumah di Jepun di bandar punyai pagar kayu atau konkrit yang tinggi. Sukar dapat melihat laman rumah mereka. Maka itu selalu di setiap simpang akan ada cermin bulat lantaran tak nampak selekoh lantaran pagar kontrik yang tinggi ini. Di kampung lain, lebih terbuka.

Pernah satu hari ketika aku balik kerja komuter paling akhir aku tertembung dengan wanita Jepun tengah mabuk. Dari stesen komuter lagi aku telah perasan dia berjalan terhoyong-hayang. Di Jepun masalah mabuk ini memang perkara biasa, terkadang lumrah kita lihat mereka merepek & muntah di komuter. Biasanya adengan ini berlaku di ketika komuter terakhir.

Tak siapa pun hirau wanita mabuk ini. Aku rasa simpati juga melihatnya, aku mula jalan di hadapannya; Aku perasan dia terkecoh-kecoh mengejar aku berjalan. Lorong yamg kami ikut itu hanya untuk pejalan kaki sahaja. Telah jam 12:00 malam lebih, memang lorong itu sunyi tak ramai orang lalu, sekadar mereka yang tinggal di kawasan perumahan kami sahaja yang menggunakan lorong yang sama. Aku membiarkan dia memotong aku. Kasihan dia macam takut juga berjalan berkeadaan mabuk sendirian. Kita dia memintas aku siap dia tersenyum lagi..!. Memang cantik wanita ini. Entah apa dia cakap ketika memintas aku berjalan, aku tak pasti. Aku risau juga takut dia tersembam jatuh. Dalam mabuk-mabuk itu ingat pula dia jalan balik, cara jalannya memang teruk!. Bagai ingin terseliuh sahaja kakinya. Hinggalah ketika aku sampai di pagar rumahnya. 66. Adoi! dia siap melambai lagi macam ajak aku masuk ke rumahnya. Kita ini pendatang, takkanlah berani nak masuk rumah orang. Dadaku berdebar-debar amat.

Sejak itu bilamana aku melintas rumah 66 pasti aku mengintai pandang ke dalam kawasan rumahnya. Memang tak pernah nampak kanak-kanak bermain. Sesekali sahaja aku perasan ada lelaki sebaya dia di laman rumahnya. Tapi dia memang kerap aku nampak sendirian. Tanpa anak, apakah dia perempuan simpanan, sendiri malam-malam mabuk di lorong yang sepi begini. Alahai! kenapa hidup ini ramai sangat manusia sepi. Aku pasti dia juga perasan aku seharian lalu di depan rumahnya, pergi & balik kerja. Sebab aku nampak dia sering senyum denganku. Entah-entah dia tahu apa yang aku sering bayangkan & angan-angan tentang dia. Biarlah!.

Ayu pula mengundang aku kerumahnya. Dia tak sebut pun apakah suaminya Kimura juga akan berada di rumahnya. Dia kata dia tungguku di stesen Aihara sekitar jam 11:00 pagi. Aku kini telah sampai di Hashimoto, tak pernah sampai sejauh Hashimoto, besar juga bandarnya. Aku tak perlu bertukar komputer. Sekitar 15 minit sahaja aku telah berada di Aihara. Aku mengemaskan butang jaketku. Agak sejuk cuaca ketika itu. Musim luruh anginnya memang sejuk. Mentari pun tak mucul sejak pagi.

Aku nampak Ayu bersama seseorang, lelaki tampan nampak muda sangat. Tak macam wajah Jepun, iras wajah Melayu pun ada.

"Ini suami Ayu"

"Assalammualaikum Kimurasan!" Aku berjabat tangan.

Dia mencapai tanganku, tak jelas apa dia jawab, mungkin tergamam aku memberi salam. Senyumnya nampak tawar!... "iDANsan?. emmm! abang iDAN.."

"Jangan panggil abang, saya yang patutnya panggil abg Kimura...!" Barulah nampak ada kemesraan di wajahnya. Bila aku mengusik dia agar lebih lebar senyumnya.

Ayu membawa kami ke sebuah Restoran Tradisional Jepun.

"Nak jalan terus jauh juga abg iDAN... kita singgahlah kejap minum sahaja di sini!"

"Ayu cakap Melayu Kimura faham ke?"

"Sikit-sikit.." Kimura menyampuk. Aku tersenyum lagi.

"Kimura ni faham cakap Melayu cumanya tak pandai bertutur sahaja!"

"Abang iDAN nak minum apa?"

"Apa-apalah abg minum belaka jangan yang mabuk sudahlah!.." Ayu membuat pesanan untuk kami bertiga.

"Sudah masak ke belum ni Ayu, abg tak sempat sarapan tadi!" Aku mencapai air yang Ayu pesan. Lor! pahit amat, rasa spirit pun ada... air apa pula ni?. Nampak jernih. Tak kuasa bertanya lagi pun sekadar segelas takkan mabuk pula.

"Kata nak Ayu masakkan masakan Melayu... jangan risau nanti Ayu masakkan, takkan masak pagi-pagi tadi sejuklah pulak!" Aku sekadar bertanya tentang kerja Kimura. Mungkin dia lama lagi di Jepun lagipun dia rasa telah jemu berada jauh di negara orang.

Pening lalat juga aku minum segelas air yang Ayu pesan. Dia senyum sahaja tenguk wajahku agak merah; wajahku yang memang agak putih jarang kena cahaya mentari, kena pula air spirit pelik tu! memang bertambah merah. Ayu yang membayar bill semua. Memang begitu kut! adat orang Jepun perempuan yang kontrol duit. Kami menuju ke rumah Ayu. Bukan rumah tanah lot seperti yang aku duduk tapi rumah agak pelik, nak kata apartment pun bukan, nak kata rumah kedai pun bukan. Rumah dua tingkat, ada empat keluarga sahaja dalam satu bangunan. Ayu duduk tingkat atas.

"Rumah sendiri ke sewa ini?"

"Sewalah abg iDAN, habis tu kerjanya pun tak menentu!"

"Sila masuk iDANsan!" Kimura mempelawaku.

Satu yang amat mengejutkan aku, di muka pintu terdapat pemaidani mirip sejadah. Siapa corak seakan pintu masjid lagi. "Ini bukankah sejadah?... hatiku berbisik" Tapi tak sampai hati mahu bertanya Ayu. Kut tersalah tafsir pula. Nampak mewah dalam rumahnya. Siap dengan TV besar, alat audio ala Teater Rumah. Biasalah rumah Jepun jarang ada sofa, hanya meja Jepun & kusyen-kusyen kecil. Lapang.

"Abang iDAN bual-buallah dengan Kimura... Ayu masak kejap!"

Aku pun tak tahu mahu berbual apa dengan Kimura, cuma banyak bertanya tentang masakan Melayu. Dia tahu semua, nasi lemak, rendang semua itu. Cuma biasalah katanya pedas dia tak berapa kuat makan pedas. Durian juga dia pernah makan tetapi tak tahan baunya.

Dia memilih tinggal di sini lantaran rumah keluarganya tak jauh dari Aihara. Senang keluarganya mahu bertandang ke rumahnya.

Cepat Ayu masak kejap sahaja telah tersaji mee goreng & roti sandwich. Ada beberapa kek tak pasti dia beli atau buat sendiri.

"Ini sahaja Ayu sempat masak abg iDAN, nanti abg iDAN datang lagi Ayu masakan gulai kari pelbagai, tak sempat nak cari bahannya..!"

"Okey dah ni..., janji masakan orang kita!"

"Iyer pula... kata abang iDAN nak tukar kerja .. kat mana tu iyer!.. jadi tak?"

"Hitachi, kampungnya Juo Machi daerah Ibaraki, sudah kemas barang pun, Sabtu depan abang bertolak ke sana!"

"Tak ada canlah kita nak berjumpa lagi!" Perlahan suara Ayu.

"Tenguklah nanti kut ada cuti!" Tiga bulan lebih tak rasa masakan orang Melayu memang selera aku makan, sedap juga mee goreng yang Ayu masak.

Ayu nampak ceria sangat melayan aku tetapi jauh di air muka Kimura dia nampak tak selesa dengan kehadiranku. Aku faham mungkin dia nampak aku & Ayu hampir sebaya. Petah pula berbual dalam Bahasa Melayu. Aku tahu hati seorang suami. Lantaran aku ini pun suami orang; cuma aku tidak berterus terang sahaja. Ayu & Kimura pun tidak pernah mengungkit bab kahwin denganku mungkin mereka lihat aku nampak muda lagi kut!.

Banyak barangan perhiasan yang Ayu kumpul di almari cerminnya. Rumah tiga bilik yang berkonsep terbuka ini nampak luas amat. Biliknya semua menggunakan konsep pintu geluncur nampak kemas. Ruang tamu & dapur sekadar diasingkan dengan dinding mudah alih dari kayu yang diukir.

"Mana dapat unta putih ini Ayu?..." Cantik ukiran unta dari batu marmar putih.

"Masa Ayu kat Dubai, sebahagian tu kekawan Ayu yang kasi!"

Aku tak boleh lama nampaknya Zuhur pun hampir penghujung, nak bertanya solat takutlah pula Ayu & Kimura telah lupakan solat. Kalau sejadah pun telah di letak di depan pintu jadi alas kaki. Sudah mula bersangka buruk. Serba salah. Titik.

"Ayu! abg kena baliklah, ingat nak cari barang sikit untuk ke Hitachi tu!.. sebab bila dah kerja nanti tak sempat nak ke mana!" Alasan.

"Nak Ayu hantar tak, atau Kimura pun boleh temankan"

"Tak payahlah susah-susah, nanti sesat abg tanyalah orang; rasanya abg ingat jalan ke stesen tu!"

"Terima kasihlah abg iDAN sudi jenguk Ayu!"

"Apa-apa hal... Ayu telefon abg! nanti abg kasi nombor tempat kerja baru tu!.."

Aku meminta diri dari Ayu & Kimura. Ayu menghantar aku sampai ke muka pintu. Selang beberapa langkah aku menoleh ke rumah Ayu, Aku nampak dia masih berdiri di muka pintu tanpa Kimura. Dia melambaiku, aku melangkah pulang sambil mengingatkan lorong yang aku lalui pagi tadi. Hujan rintik halus. Hatiku berbisik. Alangkah jauhnya Ayu menurut jodohnya. Aku terbayang wajah Kimura nampak lembut & memang sopan orangnya. Rasanya dia pasti dapat membahagiakan Ayu dengan kelembutannya itu. Aku tak sempat pun mahu menceritakan bisik hatiku ini tentang Kimura kepada Ayu tadi.

Tak sesat; aku tiba di Stesen Komuter Aihara. Sunyi tak ramai orang. Sebaik sahaja aku tiba. Hujan turun dengan lebatnya. Barulah aku teringat tentang telefon. Nombor telefon Ayu!.

"Jika dia tak telefon aku bagaimana aku mahu kasi nombor telefon tempat kerja baruku, takkan nak kasi pada Akasan..!" Tenguk muka Akasan pun aku takut, payah amat nak senyum. Samalah suaminya. Otoosan. Nama sahaja bapa angkat. Pasangan ini memang jenis payah bergurau. Serius memanjang.

Aku memulangkan kepada takdir. Lama juga aku termenung di Aihara. Aku ambil air sembahyang & solat di satu sudut berlapik kertas akhbar. Biasalah kalau di Jepun. Aku sembahyang di mana-mana. Pernah aku sembahyang Jumaat bersama orang-orang Pakistan di tepi jalan siap dengan kawalan Polis, ketika itu kawasan Solat Jumaat yang disedekah oleh keluarga Jepun yang memeluk Islam telah ditutup lantaran aduan penduduk setempat. Orang Jepun risau ramai orang asing berkumpul setiap hari Jumaat di situ. Cadangnya mahu didirikan Surau tak jauh dari Harajuku. Tak tahu jadinya tempat itu. Lama aku tak ke sana.

Biasanya kalau aku berjalan memang akan membawa sejadah. Solat di hentian atau taman memang perkara biasa duduk merantau. Sungguh orang Jepun pelik tenguk kita sembahyang. Apatah lagi tenguk kita sujud. Ada yang tergamam. Media mereka memang amat tertutup. Islam amat tertutup buat Jepun, Kristian nampaknya lebih cepat berkembang. (Ceritera kira-kira 20 tahun lalu).

Untuk aku patah balik semata-mata bertanyakan nombor telefon Ayu pastinya satu yang liar & menyentuh hati Kimura. Tetapi dalam seminggu dua ini memang aku terganggu amat dengan kehadiran Ayu, apatah lagi dia mengadu hal tentang dilema hidupnya. Aku yakin sangat Ayu tidak solat lagi, bayangkanlah jika kita orang Islam bermasalah & tidak solat. Pulak tu!, air yang aku minum tadi, pastinya Sake. Aku tak tahu sangat bab arak ini tapi aku kenal apa ronanya Sake itu.

"Nak tunggu apa di Aihara ini?, nanti orang Jepun kata aku tak siuman pula..! menu,ng berjam-jam di sini" Ruang fikiranku penuh wajah Ayu & diselang-seli wajah Kimura. Sesekali aku nampak wajah Mila bagaikan melambai-lambai aku jauh makin jauh!. Tak tahu berapa buah komuter yang terlepas. Dalam hujan lebat fikiranku lagilah lebat melayan perasaan ini.

Aku duduk di gerabak yang kosong sendirian. Hatiku teringat mahu ke Machida. Siang minggu entah ada entah tidak Mila di rumah sewaku di Kampung Malaysia. Kejauhan ini memang menyiksaku. Suratku pada Mila bagaikan lambakan sampah terbiar, duitku entah berapa banyak terbuang; semata-mata mahu mendengar suara Sang Isteri. Payahnya mahu berbual dengan Mila. Payahnya mahu mendapat bait kata dari Mila. Payah. Rindu aku pada Mila tidak dapat aku tahan lagi. Mahu menangis malulah amat!.

Tiba di Machida, aku lagi bingung. Kotaraya Machida telah penuh tapak kakiku. Nak balik ke asrama lagilah aku bosan tenguk dua hamba Allah dari utara Malaya itu pun sudah rasa lemas. Akhirnya aku buat keputusan naik komuter tanpa tujuan; nak tidur mata tak mengantuk lagi. Tak siapa marah aku keluar masuk stesen komuter; sebabnya aku ada kad tiket yang membebaskan aku dari Sagamihara ke Harajuku. Aku boleh melepak di mana-mana bandar sepanjang Sagamihara ke Harajuku Tokyo. Lagipun inilah hari minggu terakhir aku di Tokyo.

Biarlah aku turut kata hati. Dalam diri bercampur baur, Mila tentunya lekat di hati; mana mungkin seorang suami dapat melupakan isteri. Tapi aku pelik dengan Mila. Jauh di sudut hatiku dapat kurasakan ketentuan hati Mila. Keruntuhan itu bagaikan semakin memerangkap aku. Bagaikan dinding setia semakin rebah saban hari menghimpit batinku. Tapi tak sanggup aku tuliskan di sini. Biarlah ianya menjadi rahsiaku.

Terbayang wajah Ayu & Kimura; lambat laun aku yakin mereka adalah menjadi pasangan bahagia itulah harapanku. Nampak wajah Hoshino & Matsushima. Isk! mereka adalah hayalan kosong & bagaikan patung yang aku puja. Memuja patung dalam diam-diam nanti boleh membuatkan aku sesat larat sahaja. Sesat jiwaku sekarang pun payah untuk aku arahkan.

Lihat neon-neon di kota Jepun ini nampak indah lagi gemerlapan tapi amat menyilaukan hati & sanubariku. Silau yang membuatkan aku rasa kosong sekosong-kosongnya. Lambaian Juo Machi semakin merisaukan aku!. Daun kering sakura bagaikan semakin membenamkan ingatan aku pada diri. Bagaikan aku tak larat lagi melangkah sendiri di bumi Jepun ini. Tuhan damaikanlah aku!.

- bersambung.

Kahwin Campur 7

Kahwin Campur Awal

25 Oktober 2009

Stres (Singgahsana)

12 November kan ditayangkan

"Tigakah.. empat kursus ada kat Sekolah Angah itu, Angah dapat pelajar paling cemerlang dalam kos Angah makenikal semester lalu." Di tangannya masih terpegang telefon bimbit. SMS lagi.

"Angah kena kekalkan, jaga waktu belajar Angah!" Aku pun tak pasti bagaimana Aziq belajar. Tak nampak entah bila dia belajar. Dia memang pelajar yang cemerlang jika kena kawan & tempatnya. Rasanya Afiz juga begitu, dia sering dapat Sijil Dekan dalam beberapa mata pelajaran di Poli. Masalahnya rakannya siapa, kenalannya siapa & bagaimana pengaruh kelilingnya.

Aku lihat nun mendung pekat hitam di kaki langit, mungkin itu daerah Gombak. Pergerakan trafik di MMR2 nampak bergerak lancar, cuma sesak di hadapan TESCO & sekitar Ampang.

"Adoi! nak hujan lebat ni!, Angah nampak mendung depan tu!" Kalau hujan di KL akan pasti berlaku kesesakan. Selepas Ampang sahaja hujan mulai turun, kejap renyai kejap-kejap lebat amat. Viper Avanza Mila mulai tenat, agak kabur bila mengelap cermin. Viper mata tuaku lagilah kabur. Adoi! payahnya memandu ketika hujan. Jam baru 5:10 petang. Telah hampir sejam aku memandu.

"Tiga minggu Angah tak balik rumah ayah, dua minggu lagi nak periksa, lepas periksa terus cuti!" Cuti panjanglah itu. Cepat sangat masa berlalu. "Bila agaknya cerita 2012 itu akan ditayangkan" Aku dengar tak dengar bualan Aziq sebab bunyi hujan di luar pun MP3 modulatorku berbaur; memekakkan telingaku. Aku memperlahankan audio MP3. Kurbaan Shukran Allah sedikit lembut, menarik lagu ini. Afiz sibuk nak tenguk cerita Kurbaan ini; tak tahu lepas ke tidak filem akan di tayangkan di Malaysia. Ulasan si Gina DJ Bollywood Hindi Power THR filem ini agak sensitif.

Anak-anakku nampaknya semakin meminati menonton wayang. Tak cukup Astro, DVD, internet; Huh! memang pelbagai hiburan.

"Cerita apa Angah?"

"2012 kisah kiamat tu!"

"Rasanya bulan depan mungkin pertengahan bulan...!" (12 November jika tak silap)

"Emmm! sempatlah Angah nak tenguk!"

"Okey kut! selalunya filem macam itu paling kurang 2 minggu di panggung" Jarang Aziq mahu berbual dengan ayahnya. Sebab aku selalu tegur sikapnya. Gila komputer, tidur pula tak pernah awal. Aku terjaga jam 3:00 pagi masih mengadap komputernya, di tangan dengan telefon bimbitnya; SMSlah tu!. Siapalah kawannya jam 3:00 pagi tak tidur lagi. Kawan di internet kawan di SMS. Mungkin juga sebab adik-adiknya tak ikut; takut aku mengantuk tak layan berbual.

Aku ada melanggan sewa suara TMNet, berbual satu Malaysia 24 jam cuma antara talian tetap. Bayarannya RM10 sahaja. Sebab itu kalau aku terjaga jam 1:00 pagi tenguk Aziq berbual dengan kawannya (mungkin) sejam dua di gagang telefon. Biasa. Aku tak boleh nak tegur, awal-awal dia sudah kasi tahu. "Angah guna talian tetaplah ayah!" Seronok budak-budak sekarang.

Sekitar jam 5:30 petang aku telah tiba di asrama Sekolah Teknik Gombak. Hujan mula berhenti tapi mendung masih tebal. Aku tak berani ikut MMR2 ketika pulang ke Jenaris, lebih selesa ikut Jalan Kuching ke Damansara. Ikut Lebuh Raya KL Seremban rasanya lebih selamat, menyongsang keluar dari ibukota agak kurang jumlah kenderaannya berbanding kenderaan menuju ke arah KL; hari cuti begini ramai yang baru balik kampung pun ingin berlipur di KL . Entah bila KL mahu sunyi, seharian kenderaan bertali arus. 1001 arah tujuannya. Sarat.

Ceriteranya sama, entah berapa kali aku meredah hujan bukan main lebat tetapi tiba di Jenaris tenguk tanahnya kering sahaja. Siap meriah dengan orang yang berpasar malam. Anak jiranku nampak berbual sambil duduk di parkir kereta perangku. Dduk di bonet kereta ayahnya. Tiga anak dara.

Aku mendapat risalah tentang lelongan rumah jiranku ini, kali kedua. Sila telefon 03 7729 9420. Resource Auctioneer, Lee Kau. Rumah ini tak lebar tetapi saiz panjangnya okey cuma RM144,000. Pegangan Bebas. Keluasan Tanah 1,216 kaki persegi. 67. Jalan Jenaris 3. Siapa mahu berjiran dengan Penyair iDANRADZi silakanlah merisik. Tarikh Lelong pada 19 November. Cumanya biasalah jika mahu turut sebut harga kena mendepositkan 10% dari harga rumah. Aku pun tak pernah tenguk bagaimana orang berlelong rumah ini.

Anak-anakku masih bermain permainan komputer. Tak seorang mahu menemani ayahnya menghantar Angahnya; Aziq semua sebab komputer. Penat tu tidak sangat tetapi memang stres memandu sendirian. Selepas makan aku asyik pula tenguk ZEE, aku makin rindu nak tenguk Swarit. Aku tak mahu ambil tahu sangat siapa yang akan juara Sa Re Ga Ma Pa L'll Champ 2009. Yang penting aku adalah peminat tegar Swarit, punyalah penat nak menunggu dia keluar menyanyi sampai jam 8:30 malam barulah muncul wajah Swarit. Memang menghiburkan lagu yang dia pilih pun kelakar amat. Salman Khan pun teruja tenguk persembahan Swarit. Lebih mantap dari juara.

Sila klik sini bagaimana menariknya bakat Swarit.

Tetiba aku rasakan dadaku amat sakit, payah amat mahu bernafas. Jantung aku bermasalah lagi. Sekitar dua hari aku tak makan ubat cairkan darah. Sengaja aku cuba agar aku tidak bergantung sangat dengan ubat. Degil!. Tak boleh rupanya. Waktu yang sama Mila pula mengamuk marahkan anak-anak asyik bermain permainan komputer. Aduh! semuanya diungkit, ayahnya yang tengah asyik tenguk ZEE pun kena sebiji demi sebiji. Ceritera Jab We Met pula telah konflik. Jab We Met punyai skrip yang menarik & ada nilai moral yang bagus. Cumanya cacat lantaran ada babak ciuman yang tak seharusnya ujud di hujung klimaks ceriteranya.

Konflik campur konflik...Adoi!. Aku bagaikan bungkam sendiri. Semalam aku tak boleh tidur lena, ketakutan itu amat gurur. Entah berapa kali aku beralih tempat tidur; Bagai berada di liang lahat rasanya. Takutlah amat, bernafas pun sebiji sebiji. Begini rupanya ketakutan orang menghadapi Siratul Maut. lagi dipadamkan lampu lagi gurur. Akhirnya terlelap di tikar kayu petak anjung rumah. Itu kesejukan ketika subuh.

24 Oktober 2009

22 Oktober 2009

? PM akan Datang (Singgahsana)

Saya lebih berminat untuk membawa pembaca berfikir kepada ramai kalangan Perdana Menteri (PM) kita keluar dari parti UMNO. Sedangkan UMNO itu adalah parti paling unggul & tunggak bagi bangsa Melayu.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

Segala perjalanan politik Ayahda Tunku ada tercatat di sini . Apa yang menarik di sini pada 22 September 1970, Ayahda Tunku terpaksa menarik diri dari UMNO lantaran tidak tahan lagi tohmahan & pelbagai isu yang membuatkan kesihatan Ayahda merosot. Ianya lebih kepada masalah tercetusnya masalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi kita yang pernah membaca buku 13 Mei - Sebelum & Selepas luahan hati Ayahda Tunku tersirat siapa yang banyak membuat wawasan Ayahda tergugat. Ayahda Tunku meninggal dunia di luar UMNO. Semangat 46 yang disokong Ayahda Tunku turut terkubur.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon terhadap Malaysia ketika pemerintahan Ayahda Tunku di sini

“ Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam. ”

“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”


Tidak banyak berlakunya percanggahan pendapat semasa Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) mengambil alih pemerintahan. Allahyarham lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Tempoh perkhidmatan 22 September1970 - 14 Januari 1976. Sila Klik sini sejarah politik Allahyarham.

PM terpendek tempoh pemerintahan adalah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Ayahda Tun Hussein lebih banyak menumpukan perpaduan antara kaum; Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.

Ayahda Tun Hussein juga keluar UMNO lantaran menyokong Semangat 46. Sila klik sini jika ingin mengikuti perjalan politik beliau yang singkat.


& PM kita paling tersohor adalah Ayahda Tun Mahathir sila baca perjalanan politik beliau di sini .
Ayahda Ayahda Tun Mahathir dilahirkan di Alor Star Kedah, Semasa Perang Dunia ke II dia pernah jual goreng pisang. Ibunya orang Klang & ayahnya Mohamad Iskandar adalah warganegara India. Sila klik sini.

Beliau adalah pemimpin paling lama berkhidmat. Jasanya tidak dapat dinafikan membuatkan Malaysia gah seantero dunia. Maka itu beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.

Pada 26 September 1969, Ayahda Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Buku Dilema Melayu banyak mengecam perwatakan bangsa Melayu. Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.

Pada 19 Mei 2008, Ayahda Tun Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Ayahda Tun Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Ayahda Tun Mahathir yang menjadi PM selama lebih 22 tahun.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon tentang pemerintahan Ayahda Tun Mahathir di sini

Paling Akhir PM kita yang keluar UMNO adalah Pak Lah.

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Perjalanan politik Pak Lah sila klik sini

31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Menjadi PM.

Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Ramai berpendapat Pak Lah adalah penyokong Semangat 46 lantaran beliar lebih rapat dengan Team B.

Kesimpulannya di sini sejak merdeka hingga kini kita mempunyai PM dari BN tetapi sebenarnya di penghujung hayat atau perjalanan PM kita ramai yang menolak UMNO. Kenapa ini berlaku?

Kenapa UMNO sering bergolak?. Kenapa mesti PM kita masih dari UMNO tetapi menolak UMNO ketika menjadi PM?

Selepas YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak nanti siapa agaknya PM kita?

(Yang menjadi persoalannya apakah Datuk Najib juga mengikut jejak PM lain keluar UMNO. Rasanya mungkin tidak lantaran ayahdanya sahaja yang kekal di dalam UMNO sepanjang menjadi PM.)

Misteri ini masih terukir, kita sekadar dapat menunggu & lihat sejarah politik kita di Malaysia... bagaimana penghujungnya.

iDAN




Kahwin Campur 5 Juo Machi (Singgahsana)


Aku memerhati peta di mana aku akan tinggal sendirian nanti. Di daerah Ibaraki bandar terdekat adalah kotaraya Hitachi. Ibaraki adalah daerah yang kaya dengan ladang sayur & sawah padi. Tujuan aku ke perkampungan Jao Machi pun adalah untuk membuat empangan bagi bekalan air minum & jana kuasa di daerah Ibaraki. Ada beberapa bandar besar di daerah Ibaraki. Selain Hitachi terdapat Hito, Kamisu & Kitaibaraki. kotaraya di tepi Laut Pasifik.

(Aku pernah berjalan kaki sendirian sekitar sejam lebih melalui perkampungan Jepun dari Juo Machi ke pantai ini Lautan Pasifik; Semasa aku ke Hitachi bandar ini dipenuhi pokok Sakura. Sayangnya ketika itu baru bermula musim luruh, sebahagian daunnya makin menguning.)


Selamat tinggal Halim & Joe. Apalah gunanya punyai rakan merantau jika asyik mahu berperang dengan orang Jepun. Orang Jepun ini amat menghormati agama kita. Bila kami memohon untuk tempat sembahyang, mereka sediakan bilik mesyuarat yang damai untuk solat. Tapi jarang pun aku tertembung dua sahabat ini bersama solat. Sedangkan kami satu bangunan berlainan tingkat. Di PCI aku berkerja di pejabat rekabentuk. Kursus yang aku ambil memang Straktor & Rekabentuk. Kebanyakkan jurutera & pelukis pelan duduk di pejabatku.

Aku amat rapat dengan Shibuya & Kait0. Shibuya amat kurang bercakap, dia seorang jurutera; asyik berkerut sahaja dahinya belik buku sepanjang hari. Si Kaito selalu rapat sebab sebelah mejaku, dia mahir AutoCad & amat cekap dalam melukis pelan.

"Kaitosan saya nak ke bank kejap! duit habis ni!" Ketika waktu rehat baru boleh berbual, jika tidak memang dia tak layan.

"Bukan bank... bang!lah, bank itu tembak!" Kaito memang suka mengusik bahasa baku Jepunku. Dia agak mahir berbahasa Inggeris, mereka sebut bank bunyi orang Indon sebut bank! (Bang). Kerapkali aku cakap Jepun dia jawab cakap Inggeris. Si Kaito datang awal sebab rumahnya jauh amat sangat, jika pergi waktu pejabat memang tak sempat. Komuter padat. Jadi dia guna waktu anjal. Selalunya aku masuk jam 10:00 pagi dia telah ada. Aku belum balik sekitar jam 9:00 ke 10:00 malam dia sudah sampai rumah ketika itu!.

"iDANsan kenapa sejak dua tiga hari nampak menung jauh sahaja?" Dia mula perasan watakku.

"Apa selama ini awak tenguk saya ini ceria selalu ke?"

"Memanglah nampak runsing kanai awak tu jauh, tapi kebelakangan ini melampau teruk!"

"Saya jumpa koibito barulah!" Sekadar mengusik

"Yadana! abunai desu ne..!"

"Orang Islam boleh kahwin empatlah Kaitosan!"Aku suka tenguk reaksinya. "Tapi dia isteri oranglah Kaitosan..."

"Abunai... abunai.. abunai! kalau kat Jepun nahas iDANsan kena cekik oleh bini!" Macam percaya sangat dia. "Carilahlah koibito lain iDANsan!"

"Awak tahu kan saya suka dua orang perempuan kat ofis ini... mereka tak layan saya pun!"

Di ofis PCI sepejabat dengan aku ada ramai juga gadis Jepun. Aku suka memerhati gelagat si Hoshino & Matsushima. Hoshino ini seksi amat berbadan macam ratu, agak besar badannya berbanding perempuan Jepun lain. Kulitnya pun tidak macam Jepun. Agak seakan kulit orang kita Melayu. Bila dia jeling aku memang luruh rasanya jantung aku. Tapi aku tak pernah ada kesempatan berbual dengan dia. Si Kaito selalu perasan aku mengintai si Hoshino ini.

Matsushima memang baik denganku, kami pernah balik malam-malam bersama. Dalam komuter tak habis berbual. Dia amat ingin tahu bagaimana orang Islam boleh beristeri ramai. Wajahku yang tak mirip Jepun memang menjadi perhatian penumpang tambahan aku bermisai, tak ramai jepun bermisai. Rumah Matsushima sehala ke Sagamihara. Matsushima tidaklah cantik amat, kecil gadisnya cuma kulitnya putih kapas. Macam Geisha pakai bedak. Entah kenapa aku tidak pernah ajak dia keluar. Rasanya Matsushima pasti tidak menolak lantaran aku bagaikan tetamu mereka. Aku suka menyendiri sahaja di Jepun.

Pernahlah juga kami keluar minum beramai, mereka orang Jepun memanglah gila arak, mabuk pelbagai, aku sekadar minum oren jus sahaja. Tapi juadahnya menarik, mestinya ada juadah yang kusukai, aku memang gemar makan Sashimi. Daging tuna yang dikukus ini memang sedap sangat. Cicah dengan kicap cair & wasabi. Okaasan pun perasan aku suka makan Sashimi. Dia rajin buatkan untukku.

Gurauan aku dengan si Kaito terkadang jadi igauan dalam tidurku. Mana Ayu senyap sepi, pelbagai persoalan timbul dalam hatiku. Aku teringat pujian dia tentang aku di komuter. Jika wanita memuji tentunya ada sesuatu yang terusik di hatinya. Habis kenapa Ayu menyepi. Hilangkah dia akan nombor telefon yang aku beri.

Apa yang tak kena maka dia senyap sahaja. Aku pun satu kenapa tak minta nombor telefon rumahnya. Batasan. Aku teringat Mila tiap kali mahu pergi jauh dari batasan. Biar pun cintaku bagaikan terbiar tapi bukan alasan untuk aku jauh memerangkap hati dengan cinta lain adalah satu kemungkinan yang amat tipis. Jika aku punyai nombor dia apa akan aku dapat mengawal diri dari senyap sepi. Jika aku dail nombor telefon rumahnya tidakkah itu menganggu namanya. Menganggu rumah tangga orang yang pasti. Maka aku titikkan soal nombor telefon.

Bilamana aku terbayang Ayu; terbayanglah sinar simpati. Sinar ini pun amat malap lantaran aku asyik nampak kelibat si Kimura dengan Pedang Samurainya. Sinar tajam & silau pedang itu bikin sinar simpati ini mati. Sungguh!, aku pun rasa bersalah kenapa tidak berterus terang dengan Rahayu yang aku telah berumah tangga. Baru adil, agar tidak akan terbit harapan & impian. Adakah isteri orang jatuh cinta dengan suami orang?. Ah! jangan perasanlah iDAN, kau itu budak kampung yang miskin. Titik!.

Tetiba Okaasan memanggil nama aku lagi, bagai selalunya dia asyik menyebut kanai. Sedangkan aku bagaikan kian terputus hubungan dengan Mila. Tak sanggup rasanya mahu kuungkai semuanya permasalah aku dia di sini. Takutnya nanti akan bertambah rumit masalahnya.

"Hai! Chotto mate kudasai" Aku berlari anak.

"Hayaku! hayaku!!..." Aku nampak wajah Okaasan memang payah mahu senyum ibu angkat Jepun aku yang ini.

"Abg iDAN Ayu ini, Ahad ini macam mana ada hal tak, Jom! datang rumah Ayu!" Memang aku agak pasti Ayu. Mana mungkin malam Jumaat begini Mila ingat aku di sini. Saban hari aku bagaikan mengira kesepian. Bagaikan kerikil yang makin tajam di lubuk hatiku.

- bersambung!.

Istilah Bahasa Jepun
Kanai : Isteri
Koibito: Kekasih
Abunai: Bahaya

San: Penghormatan pada nama orang.
Hayaku: Cepat
Hai! Chotto mate kudasai: Tunggu sebentar.
"haha": mak sendiri disebut kalau mak org lain disebut "okaasan"

Kahwin Campur 6

21 Oktober 2009

Hokkaido (Santai)

Indahnya Alam ciptaan Tuhan
Betapa tenangnya hati bilamana melihat
bunga berkembang!


Keistimewaan kotaraya Hokkaido adalah
miliki taman yang indah di sepanjang pusat
kotarayanya...


Kita juga dapat melihat keindahan bunga sebegini di tanah tinggi
negara kita... bilalah agaknya dapat nak pergi ke Fraser Hill lagi?


Fanatik (Ceritera@Delima Merkah)

Catatan ini aku kutip di Blok Penulis Faisal Tehrani (FT) Sila klik di blog FT jika mahu mengikuti apa respon pengikut blognya. Termasuklah aku yang memang sebagai peminat tegar Faisal sejak lama. 20 October 2009 Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq). Tun Mahathir turut mengambil kesempatan 'membantai' sikap penyokong PAS yang percaya kepada dakwaan pemimpin mereka bahawa mengundi PAS dapat masuk syurga. "Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik." Dalam hal ini saya kira saya bersetuju dengan Tun Mahathir. Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PAS yang percaya Nik Aziz maksum. Sama seperti saya jengkel apabila ada orang percaya ustaz hadis tertentu sahaja yang betul. Atau menyampah saya dengan orang yang mengkultuskan serta menabiyusufkan seorang politikus penyanjung Salman Rushdie. Tetapi Tun ku sayang, kefanatikan dan kesetiaan membabi buta ini juga terpancar bagai cahaya terang dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Ketua kata 1Malaysia, maka 1Malaysialah. Sebelumnya ketua kata hadhari maka hadharilah. Bertanya memang penting. Kita tidak boleh mengikut sahaja. Pernahkah kita misalnya, bertanya, 'betulkah apa yang aku ikut selama ini? betulkah aku solat tunduk bangkit selama ini? betulkah mazhab yang aku taati selama ini sedangkan ia sendiri muncul di Baghdad ratus tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad saw? Tun, fanatik memang punca kejumudan. Ada seorang teman saya di USM yang saya minta buka fikiran membaca dan meneroka 'wilayah baharu' seraya saya memberi kuncinya - Kasyful Ghaibiyyah, dia jawab dengan mengatakan 'aku tak berani.' Itulah juga satu cabang fanatik. Berada di zon selesa. Sedang zon selesa itu tidak pernah ditanyakan betul atau tidak. Fanatik kepada pemimpin yang tidak patut, memang ultra tidak patut. Jadi, ulasan saya untuk kenyataan Tun di atas, 'engkorang' sama sahaja, sama-sama bull shit lah Tun. Faizal Tehrani Ini antara pandangan peribadi Sdr Zeq yang kini semakin rapat denganku lantaran saban hari Sdr Zeq sememangnya pengikut setia blogku. Begitu juga Cikgu, YangManis & ramai lagi adalah antara Pengikut Blog Mazidul 360. Sdr Mazidul adalah yang mengumpulkan kami di dunia maya yang terbuka ini. Blogger zeqzeq berkata... Idan Chikgu, YangManis.

Rasanya tiada istilah bermusuh dalam bicara, yang ditekankan adalah peradaban Melayu, melainkan pengomen adalah bangsa AFRIKA.. Dari segi MAKSUM rasanya tak pernah dengar TG Nik Aziz declare dia MAksum..sekadar dengar cerita mulut dan pengikut??? Pernah dengar tak ustaz/wali 30 mana2 di dunia, yang dia sendiri declare maksum?? kalau nak dikira ayat/dengar dari pengikut?? ada pengikut tegar ada pengikut yang menyamar. Pengikut Ayah Pin pernah declare gurunya Maksum.. Pengikut Rasul Malayu pun kata gurunya tiada dosa?? Nota: saya rasa saya masih orang Melayu..yang tau beradab samada ; Jika ternampak Imam memakai kain pelikat terbalik?? adakah sanggup saya berteriak, "WOI Tok Imam, kain pelikat terbalik" di depan Makmun??? Bila Bilal salah sebut semasa azan, terus saya berteriak "oii salah tu " Apakah tiada cara dengan berbisik??

6:51 AM

Sebaiknya Pemblog boleh menyekat teguran seseorang jika ianya agak peribadi, seyogia tak semua pendapat peribadi itu selari dengan pandangan orang lain tapi tak apalah tak salah siapa pun mahu menegur jika ianya dirasakan jujur & ikhlas. FT Penulis nan terbuka maka aku rasa dia dapat apa yang hati ini rasakan.

iDAN said...

Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PAS yang percaya Nik Aziz maksum... Ayat ini kena diperbetulkan, maksum itu bermaksud...! terlepas (tercerai, terpisah) drpd sesuatu yg buruk. Kamus Pelajar Edisi Kedua... Sdr Faisal jangan meletak melaut di situ, takutnya timbul Riak; persetankan dengan penyokong PAS tapi kita jangan terperangkap perkara Riak; takutnya iman kita tak setinggi mana berbanding Nik Aziz pun pengikutnya akan dipersoalkan nanti. Eloklah kita bersangka baik dengan ulama tak kira ulama UMNO atau PAS. Sebabnya kita ini bukan setaraf ulama pun!. Pengikut UMNO memang begitu sejak azalinya. Belum kita dengar mereka mengetuk meja di parlimen lagi!.

iDAN
Saya terpanggil menulis bab Riak ini lantaran ianya amat sesuatu yang tersembunyi. Terkadang kita rasa niat hati kita bersih tetapi mendapat pandangan & kesangsian di hati mereka yang melihat. Maka jiwa penulis seharusnya begitu. Tulisan hanya dapat diilhamkan dari jiwa & hati kita. Dipaparkan kepada pembaca & amat kontras penerimaannya. Ada pembaca yang amat teliti & sensitif dengan apa jua bahan yang dibacanya, ada juga yang sambil lewa apa yang tersentuh di jiwanya sekadar cubikan manja tak sampai pun ke hati. Jika kita amati tulisan FT dalam blognya, sememangnya niat dia jujur akan meluatnya FT dengan sesetengah pengikut PAS percaya Nik Aziz maksum. Rangkap yang sama FT juga menyampah dengan orang yang mengkultuskan serta menabiyusufkan seorang politikus penyanjung Salman Rushdie. Tentunya pembaca seperti aku akan keliru, dua kebencian kepada dua pengikut yang kontras ini. Pengikut Nik Aziz semua tahu siapa sebenarnya & pengikut Salman Rushdie yang rata-rata kafir. Bagiku & semua yang arif, Yang Maksum itu hanyalah Nabi atau pun Rasul. Itu pun sering kita baca ada Nabi yang tersilap@khilaf mendoakan keluarga sendiri, ditolak doa & pintaannya oleh Allah SWT secara jelas; seperti yang terjadi kepada Nabi Lut AS (Luth) di mana isterinya tenggelam bersama mereka yang engkar. Bagiku (pandangan peribadi sila betulkan jika tersilap@ khilaf) apalah salahnya kita fanatik kepada Imam atau ketua kita atau Para Ulama. Lantaran setelah tidak ujud lagi Nabi hanya para ulamalah pewaris Nabi. Kita mahu menuntut ilmu agama dari siapa jika bukan dari para ulama. Seperti sembahyang; sembahyang sebenarnya adalah ibarat panduan hidup jua. Jika Imam sujud apalah salahnya kita ikut sujud, sudah itu aturannya kita berjemaah. Jika Imam telah memberi salam, terpulanglah kepada kita; yang tak cukup rakaat tambahlah, yang sudah cukup memandai nak tambah rakaat apa akan jadi sembahyang kita. Fanatik yang aku maksudkan bertempat. Maka itu kita harus berguru pada guru yang betul pegangan agamanya. Sementelah itu jika pengikut setia atau tegar, baik dengan Imamnya orang UMNO atau PAS pasti dia amat menghormati atau sampai ketaraf fanatik kepada Imam mereka. Itu lumrah. Menyayangi seseorang sampai berkata. "Awak ini baik sangatlah, pijak semut pun tak mati!" Salahkah ayat ini diluahkan untuk Idola kita, Kekasih kita, Rakan kita malahan Cikgu kita sebagai tanda penghargaan kita. Kita bersangka baik dia, Idola kita tak buat dosa! paling tidak tak banyak dosa macam diri kita. Hakikatnya semut jika kita pijak ketika dia bercengkerama di simen... mahunya tak mati. Mana ada manusia Maksum. Tak salah jika merasakan orang yang kita sayangi tidak melakukan kesalahan atau dosa lantaran itu petanda kita bersangka baik. Maka itu aku berpendapat tak baik kita benci dengan mereka yang nampak jalannya lurus & jernih perjuangannya. Terutama para ulama. Lurus & jernih ini terpulang pendangan masing-masing. Baik terhadap ulama UMNO mahu pun PAS. Baik Mazhab Syafie, Hanafizi & lain-lain itu. Jangan sampai kita fanatik kepada mereka yang sah syirik atau menduakan Allah SWT itu amat bahaya. Maka itulah timbullah pelbagai mazhab. Seyogia itulah kita akan bergaduhan sampai turunnya Nabi Isa AS. Semua telah tercatat di dalam al-Quran. Mana mungkin kita menolaknya. Fanatik dalam istilah bahasa:
KataTakrifSumber
fanatikterlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga melampaui batas: Beliau memang ~ dlm politiknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kefanatikanperihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia.Kamus Dewan Edisi Empat
mistik1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2. keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban; kemistikan keadaan mistik.Kamus Dewan Edisi Empat
kemazhabanhal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~.Kamus Dewan Edisi Empat
taasubterlalu kuat pegangannya atau berlebih-lebihan keyakinannya pd se­suatu; tegar hati; fanatik. mentaasubi taasub akan atau terhadap. ketaasuban keadaan atau sifat taasub.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Apa yang Sdr Zeq rasai, aku juga dapat rasakan. Teguran kita terkadang amat melampau tak tahu terbitnya dari mana. Aku jua pernah berhadapan dengan permasalah yang sama, aku seorang sahaja yang nampak sesuatu perangkaan itu salah; tapi ianya melibatkan wawasan satu organisasi yang besar. Universiti. Bila aku bersuara melalui sindiran di cerpen gila aku; Teruk aku dihambat & ditribunal. Tak ada siapa pun memihak aku, malahan mereka yang mahu aku bela pun lari dari perjuanganku. Hingga aku rasakan sungguh aku ini gila ketika itu, gila menulis entah apa-apa. Tak pasti berapa malam aku mamai tidak boleh tidur. Sila cari kata-kata ini, Tutor ooo Tutor di enjin carian google atau yahoo mungkin jumpa kut!. Entahlah Sdr Zeq amat payah kita dapat menyatukan hati sesama kita. Padahal kita ini sama bangsanya Melayu. Rambut sama hitam hati lain-lain. Biarlah!.