iDAN
30 Julai 2010
Sotong Kemaman ♥ 4 (Singgahsana)
Jika anda suka nak lihat pengalaman sifu pancing sila klik ke sini http://wamildin.multiply.com
banyak tips memancing yang Che Wan kasi; dia memang jenis tak pernah kedekut ilmu & petua menjinakkan ikan besar.
Huh! satu demi satu kami terlepas ikan besar. Aku nampak Fareez makin muram lantaran tiap kali kailnya disambar ikan besar asyik putus talinya. Fairuz pun sama. Dua beradik ini tewas di pengairan Kemaman.
Aku mendengar sungutan pak Dol bilamana dia memantau perambut yang Fareez & Fairuz gunakan.
"Padanlah.. tak cukup kasr ni perembutnya; tali keluli sebagai perambut di pengairan Kemaman kena kasar lagi.." huh! maksudnya ikan tenggiri, haruan tasik atau apa jua jenis ikan besar memang memerlukan perambut yang besar. Tips yang amat bagus untuk mereka yang turun di laut dalam sekitar Kemaman. Kena sediakan perembut kasar. Mungkin Fareez ada cadangan saiz berapa perambut yang boleh digunapakai.
Aku sekadar memancing secara orang OKU, asyik duduk sahaja di dinding bot. Sesekali aku memasang umpan di mata Apollo yang agak kasar. Jarang aku kecewa tiap kali mata kail aku umpankan ke dasar laut. Dari banyak mata Apollo yang aku taruh umpan pasti akan berbuah hasil tak ikan termenong ikan Uji Rashid. Ikan di Kemaman lapar sentiasa; baik sotong atau isi ikan kembung segar diragut belaka.
Mentari makin meninggi, aku terasa amat lambat masa berlalu. Perut telah keroncong, aku perhatikan tak ada siapa ke dapur memasak.
"Kita nak masak gulai apa hari ini?" Pak Dol bersuara. Aku lihat dia mula menanak nasi. Dia basuh dengan air laut sahaja. Mungkin jimatkan air tawar; tentunya basuhan terakhir baru guna air tawar. Huh! janji ada juadah untuk dimakan.
"Saya suka ikan termenong masak asam pedas!" aku bersuara dengan dendangan perut kosongku. Payah orang sakit diabetes ini asyik teringat makan sahaja.
"Nanti saya tenguk ada tak bahannya" Pak Dol mencari bahan yang ada, nampaknya dia hanya boleh masak kari. Kari pun karilah!. Di laut ketika memancing masak apa pun sedap. Sebabnya ikan baru naik manis belaka.
Aku dongak ke langit; cuaca nampaknya cerah & laut nampak tenang sahaja. Kebiruan air laut amat teruja untuk hati melukis indah. Rasa tak puas melihat riak air laut, buih tata rona menari & camar mandi sekeliling bot kami. Sesekali anak ikan todak melompat manja. Mata kail dilempar ke dasar laut semakin dibawa arus; Guna batu saiz 12 pun hanyut dibawanya. Siapa sangka laut di atasnya tenang tetapi arus di dasarnya amat deras. Sesekali ada bot yang melintasi kami menunjukkan hasil tangkapan.
"Itu betul-betul lauk!" Pak Dol bersuara, memang besar banget ikan tenggiri di Kemaman; aku pasti memang kumpulan ikan tenggiri yang meragut umpan Fareez banyak kali; tapi tiada rezeki; asyik terlepas sahaja.
Kebanyakan joran telah dinaikkan; arus deras ikan pun tak teringin mengintai umpan kami. Masing-masing bersantai menunggu Pak Dol menjemput kami makan besar!. Ikan manis-manis yang beranak di karang laut Kemaman.
- bersambung
29 Julai 2010
Perkahwinan Jarak Jauh 3 (Singgahsana)
Yang ini sengaja aku menguji kesetiaan pasangan PJJ yang mana, pada awal cit-cat kami dia mengatakan dia reda suaminya meninggalkan dia jauh bertugas di negara orang. Dia mengatakan telah lebih dari 4 bulan suaminya tak balik ke rumah. Malahan katanya sudah hampir setahun. Mereka menggunakan alam maya@internet sebagai wadah melepaskan rindu. Begitu juga dengan anak-anaknya telah biasa melepaskan kerinduan terhadap ayahnya di skrin monitor komputer.
Nama rakan saya ini telah saya tukar, tujuan saya sengaja cuba menyungkil isi hatinya sekadar menduga; apakah benar-benar dia seorang yang reda & setia. Tidak sepi. Dia punyai 3 cahaya mata semua masih amat kecil. Terbukti dia tegas dengan pendiriannya & menerima PJJ ini dengan hati yang terbuka. Dia seorang isteri yang amat setia dengan perkahwinannya. Kita harap dia menjadi contoh bagaimana cekal & tabahnya dia melayari hidup dengan PJJ. Agar Allah SWT sentiasa melindungi keluarganya, pun biarlah jangka waktu PJJnya akan cepat dipendekkan Hidup kena diteruskan jua.
Saya
jiwa & hak kasih sayang terhadap anak-anak perlu selalu dibendung.
2:16am Wanie
Apakah u ada masalah dengan anak2
bukan semua org mcm famaly u
2:16amSaya
tak adalah
keluarga kami okey! saja
sebab sy kata tadi sy macam Wanie dulu
reda dengan perkahwinan jarak jauh (PJJ)
2:17amWanie
bukan semua wanita macam isteri u yg mengejar duit
2:17amSaya
apa pula kena mengena pula dengan isteri sy
kami sama-sama berkerja... berkerja tak semestinya mengejar duit
kerja itu di dalam agama kita bukankah satu ibadah.
Islam tak melarang pun isteri keluar bekerja
2:17amWanie
so suami saya kerja jauh2 apakah sekali pun
tu urusan saya dengan suami
2:17amSaya
sy cuma kata kahwin cara PJJ ini memang sy tak setuju
tu sahaja.. abis tu suami Wanie kerja jauh itu
bukankah sama dengan isteri sy ...
tak baik dikatakan mengajar duit!
jika itu fahaman Wanie kena dibetulkan:
ke luar negara tu sampai tinggalkan isteri bertahun-tahun
saya kurang setuju
sebaiknya biarlah isteri ada bersama di rantau orang
(his! bunyi ayat ini macam merobek hati)
tak tahulah... kita memang asyik tertipu dengan duniawi sebenarnya
2:19amWanie
susah kalau nak cakap dengan org yg tidak mengenali kami anak beranak
tp memang dah tugas dia
2:19amSaya
emmm! tugas
kita memang jenis reda
berkorban demi tugasan atau kerjaya
kerja mencari rezeki memang satu ibadah.. (galak saya ulang)
memang itu yang kita rasa ketika terpaksa dapat arahan berjarak jauh
tapi diam-diam tak sedar kita bagai dipergunakan
membuatkan hak anak-anak kita terabai
2:19amWanie
susah nak cakap kalau org yg xdapat memahami
anak2 tidak terabai
2:20amSaya
biar pun satu hari nanti Wanie & suami manjadi jutawan lantaran bertugas jauh
tapi mana mungkin mengembalikan kasih sayang anak yang telah kita abaikan ketika kita berjauhan begini...
2:20amWanie
walau ayah mereka jauh tapi tiap malam mereka boleh lihat ayah mereka di internet
2:20amSaya
takkan sama anak-anak yang sentiasa terdidik baik dengan ibu ayah yang sentiasa
tinggal sebumbung… mana sama lihat ayah di skrin monitor komputer!... dengan ayah di depan mata.
2:21amWanie
mcm mana kita nak mengukur kasih sayang anak2 tu
2:21amSaya
kalau anak Wanie pun reda macam Wanie
pun mereka jadi anak yang baik nanti.. okey!
memang itu harapan kita
tapi kita tetap langgar cara keluarga Islam sebenar...
rumah tangga sakinah yg Islam impikan
malahan lagi naif bila besar nanti mereka persoalkan tindakan kita
memilih cara berumah tangga PJJ
kut mereka ikut cara kita menggabaikan cucu kita pula!
berjauhan itu sy rasa amat payah
untuk kita mengukur kasih sayang terhadap anak-anak
anak-anak kena selalu dibelai ibu ayah terutama ketika
mereka masih di alam kanak-kanak.
2:21amWanie
adakah dengan tinggal sebumbung tu anak2 akan tercurah kasih sayang
2:21amSaya
itu isu lain... tapi lebih jelas & mudah dari kasih sayang jarak jauh
yang bagaikan fatamorgana.. entah sampai entah tidak kasih sayang kita.
2:21amWanie
adakah kita duduk sebumbung boleh menjamin kebahagian
2:21amSaya
memanglah ada yang tak jadi baik biar pun duduk sebumbung
bergaduh siang malam... perang tak habis-habis!
malahan duduk sebumbung bukan sampai 4 bulan
4 hari pun boleh bercerai-berai...
isu Wanie ni lain… menjarak-jarakkan hubungan kasih sayang
di mata kasar kita kata okey! reda tapi mana mungkin kita dapat
menepis kesepian.. di hati kita, di hati anak-anak!.. itu isunya.
2:22amWanie
adakah tinggal sebumbung tu anak akan jadi baik n warak
adakah tinggal sebumbung tu isteri tidak berlaku curang
2:22amSaya
samalah adakah PJJ itu pasti suami di sana okey!
isteri di sini tidak kesepian…
kasih sayang di jiwa anak-anak sentiasa diladeni.
kita bukan hidup lama pun....
2:22amWanie
adakah tinggal sebumbung tu suami pasti jadi baik
2:22amSaya
jika dia sebumbung dengan kita
setidak-tidaknya kita sentiasa mendapat perlindungannya
nampak jelas baik buruknya...
emmm! belum mati pun dah nak berjauh dengan anak-anak
ok! tunggu umur macam sy bila anak dah temui jodoh
baru Wanie faham kut!
mengantuk amatlah Wanie tu tenguk jam tu 2:22 pagi
mohlah kita tidur!
Asalammulaikum....
2:23amWanie
kita tidak perlu menginjak usia tua untuk memahami erti sebuah kehidupan!.
2:23amSaya
Wanie; kita semakin tua sebenarnya! Lewat usia akan menyedarkan kita betapa kita ini menjadi amat rugi. Apatah lagi ketika melepaskan anak kita untuk hidup sendiri berumah tangga. Itu sudah satu tuntutan kehidupan, namun jauh dalam sudut hati pasti terasa kita akan bertambah sepi.
Masa dia seharusnya bersama kita; kita memilih jalan berjauhan dengannya; sedangkan kehidupan ini kita yang menentukan! Kita boleh berhijrah memilih jalan sendiri daripada mengikut majikan yang bajingan yang tidak memikirkan masalah PJJ pekerjanya yang terpaksa berhijrah setelah kekal lama & bahagia di persekitarannya yang sedia ada.
(Wanie seorang yang amat tabah; biar pun aku sengaja cuba terjah hatinya dengan pertanyaan kontras dia begitu menjagai keredaannya di dalam menangani dilema PJJ. Wanie tidak pun terasa sepi bagai aku yang di ambang Warga Emas ini. Anak-anakku kini hanya tinggal dua orang di rumah. Afiz telah pun punyai hidup sendiri. Aziq di asrama. Berapa tahun sangatlah mereka rapat dengan aku; bilamana dalam menempuh bidang kerjaya tak kurang 3 kali kami dalam dilema PJJ. Itu pun tak pernah aku tinggalkan mereka lebih dari 3 bulan.)
Cumanya tenguk jam tu 2:23 pagi Wanie masih berjaga malam lantaran hanya ketika itulah suaminya dapat bercit-cat dengannya.
28 Julai 2010
Perkahwinan Jarak Jauh 2 (Singgahsana)
"Kalau boleh anak Apak tak mahu kerja di dua bidang ini; Ketenteraan@Askar & Polis!" aku masih ingat pesanan arwah Apak kepada kami. Hingga kini aku tidak dapat menangkap kenapa arwah Apak tak suka anak-anaknya berkerja di bidang ini.
Pernah berlaku dia aku lihat amat marah dengan anak saudara Abg Jaapor lantaran mengizinkan anaknya menjadi askar. Aku lihat Abg Jaapor tunduk tak menjawab. Macam-macam bebelannya lantaran dia memang benci amat bidang ini.
Aku pernah mendengar cerita semasa arwah Apak dikerah menjadi askar di zaman British; Home Guard/AC - Bekas tentera anak watan yang dilantik khas menjaga keselamatan daerah sendiri ketika zaman British. Arwah Apak lari dari tugasnya. Bukan minat & bidang kerjaya yang sesuai dengan dirinya. Arwah Mak kata dia menyorok di siling rumah. Tak hairan semua orang kampung menggelar arwah Apak Mat Sesh; selalu sahaja mengamuk lantaran naik seh. Maka itu nama Lorong ke rumah aku dinamakan Lorong Sesh sempena nama arwah Apak.
"Kalau anak kita mati ketika masuk hujan nak cari kominis, berapa sangat ganjaran yang kita dapat!, kita yang terpaksa menjaga menantu & cucu. Pencen askar banyak mana sangat!" zaman dulu memang pencen askar amat kecik.
"Dah tu bila adanya selalu di rumah, asyik kena tukar sana sini, anak pun tak kenal ayah!". memang benar, sering askar ini ditugaskan merata. Tau-tau nun ditukar ke Sabah atau Sarawak; amat susah nak bercuti jika ada kenduri kendara saudara mara. Sering pula tak boleh bawa keluarga bersama. Zaman dulu tak banyak rumah kerajaan untuk menampung keluarga parajurit ini.
Samalah anggota Polis, sampai kini aku lihat si Noi adikku (lain emak satu ayah) yang berkahwin dengan anggota Polis masih berstatus PJJ; suami entah bila balik ke rumah jarak antara mereka ratusan kilometer. Gaji anggota Polis hanya kini baru baru dinaikkan agak lumayan; dengan ganjaran yang amat minima maka bagaimana mahu menampung belanja anak-anak terpaksa isteri berkerja untuk menampung kehidupan untuk lebih selesa. Bila isteri telah berkerja bukan mudah untuk bertukar tempat berkerja. Terpaksa memilih berumah tangga secara PJJ.
Kita sebagai suami isteri memang reda sahaja demi mahukan ekonomi yang lebih stabil & kukuh. Tetapi sedar tak sedar pasti anak-anak menjadi mangsa. Kasih sayang terhadap anak-anak takkan sama dapat dicurahkan dengan pasangan biasa yang tinggal sebumbung.
Selalunya pasangan PJJ akan berkata kalau tinggal sebumbung pun tak semestinya dapat dicurahkan sepenuhnya kasih sayang dengan anak-anak. Memang kita sering berfikiran begini apabila kita sendiri telah tersepit dengan situasi PJJ ini. Jarang kita ambik iktibar bagaimana keluarga Rasulullah, lihat rumahnya Rasulullah kita, baginda ramai isteri pun buat rumah yang rapat agar menjadi rumah tangga yang sakinah. Sedangkan kita satu bini nak rumah dua berasingan.
- bersambung!
Resipi rumahtangga bahagia (Delima Merkah)
adakah.... anda melihat gambar seperti di atas...dalam rumah mesti ada tangga..kah! kah! kah!
Sekarang saya nk ceritera pasal resipi rumah tangga bahagia..Hummm...mcm mana tu??
Mulakan resipi...jeng! jeng!
Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan al-Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (menggoda, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan.
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja
berpasangan dan perkongsian.
Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.
Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.
selamat mencuba............. !
nah! ambik rasa saya yg buat ! :D
27 Julai 2010
Kahwin Jarak Jauh (Singgahsana)
aku masih ingat bagaimana sedihnya kehilangan arwah emaka
ketika itu usiaku baru 5 tahun
dua minggu arwah Emak lari dengan Cik Peah
hingga ke ambang Warga Emas ianya masih kekal di ingatan.
Kita sekarang tegar meninggalkan anak-anak lantaran kononnya tugasan
terkadang dua minggu, dua bulan malah ada yang lebih dari dua tahun
Sedangkan jika kita pandai menuju arah hidup; menyusun agenda rumah tangga, terlalu banyak pilihan lain. Salah satu berhijrah kerjaya. Pertimbangkan betul-betul apakah tindakan majikan kita ini betul & tepat atau sekadar mereka mahu memajukan organisasi mereka. Apakah berbaloi ganjaran yang kita miliki sampaikan terpaksa meninggalkan anak berbulan-bulan atau pun bertahun.
Sedar tak sedar ramai majikan sekadar memhambaabdikan kita secara moden. Bila tenaga kita tidak diperlukan kita akan dijentik bagaikan tahi cicak belaka.
Lagi sedih jika suami atau isteri kita ditugaskan untuk ke luar negara dalam jangka waktu yang lama; lebih dari empat bulan sebagai tempoh taklik yang kita lafazkan; yang kita berjanji tidak akan meninggalkan isteri kita. 4 bulan ini adalah tempoh yang agama kita sarankan.
Kenapa mesti tak boleh bawa pasangan; nampak ianya macam jihat atau fisabilillah; seperti berkhidmat di Palestin & atau negara Islam yang berperang kini. Padahal semua ini mainan politik barat. Malahan jiran terdekat dengan negara ini pun endah tak endah,
Jika kita melihat filem barat sering mereka paparkan perjuangan yang tak selesai ini; askar barat bukan sedikit yang terkorban. Apa sebenarnya erti peperangan ini. Orang Islam pengecut, orang Islam bersatu; Pejuang Berani Mati sampai kita terus mati. Agar mereka diterima sebagai para Syuhada mati Syahid. Yang kaya raya seperti Arab Saudi yang seharusnya berkorban buat jiran mereka pun bagaikan boneka Negara Barat. Kita yang kurang segala menyabung nyawa demi kedaulatan negara orang; sedangkan negara sendiri pun dijajah secara senyap.
Berjihat sebenar bukan berperang sahaja; berkerja mengutip sampah untuk sara hidup anak isteri jua satu jihat. Memerangi maksiat jua jihat. Memelihara kasih sayang dengan hubungan intim anak isteri, suami & jiran tetangga jua satu jihat.
Maka itu saya berkeyakinan kita masih ada pilihan untuk menolak Perkahwinan Jarak Jauh ini. Semua terletak pada diri kita; apatah lagi bilamana kita makin tua & perlukan berihat. Aku memikirkan masalah ini lantaran telah pun menempohnya sejak lama. Tapi aku tak pernah sampai empat bulan! berjarak masih di negara sendiri.
Di mana-mana negeri di Malaysia, taklik yang diucapkan secara langsung selepas akad nikah berbunyi lebih kurang begini.
"Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi."
Cukupkah kita reda lalu kita lupa akan ajaran agama Islam atas tuntutan Keluarga Islam yang Allah SWT mahu kita laksanakan. Demi kompeni kita, tugasan kita; atau majikan kita yang gerladangan yang tak pun memikir masalah PJJ ini. Kita kata kita reda tetapi bagaimana masalah jiwa anak-anak kita. Apakah sepadan kita lepaskan kerinduan mereka di skrin komputer semata.
- bersambung nak antar Anif kejap!
26 Julai 2010
Antara Prof & Penyair 5 (Singgahsana)
Ada ketikanya hati bagaikan mahu dibedung kesepian. Mahu menukik resah sendiri. Mahu berbicara dalam diri; mahu mengenal apa kekurangan yang ada. Apakah kekusutan yang pernah dialami ini. Suasana ini memerlukan kesepian. Sepi sendiri mebawa diri, agar memberi erti.
Sesungguhnya Hotel Murah ini memberikan aku kenangan paling ranum; lantaran terlepas dari satu bebanan kerisauan akan masalah jodoh Afiz. 10.6.10 lalu Afiz selamat dinikahkan di Machang biar pun banyak rahsia serta kekeruhan berlaku namun kami selamat melangsungkan majlis pertunangan & penikahan Afiz. Afiz telah menjadi suami kini & aku kini telah punyai menantu. Rasmi dari segi agama.
Selepas semuanya selesai, aku sekeluarga meraikan kegembiraan kami di Hotel Paloh Inn milik jutawan Datuk Nordin, Kota Bharu Kelantan. Siapa jua yang pernah bermalam di sini pastinya akan teruja mahu kesini lagi. Faktor pertama tentulah lantaran bayaran sewanya yang amat munasabah. Bayangkan saya & keluarga berenam cuma memerkukan RM120 boleh tidur di bilik yang besar lagi luas bak dewan. Boleh main ping pong di dalamnya; Azim amat suka akan Hotel Paloh Inn ini, siap boleh berlari-lari sekitar kamar & melompat riang celahan katilnya. Ada TV pun bilik air yang luas & air cucur hujan bagaikan air terjun derasnya. Untuk mencari gerai makanan juga hanya seberang jalan sahaja. Siangnya pula boleh melawat kilang membuat batik; pun boleh membeli belah di komplek batik milik Datuk Nordin.
Sepulangnya dari Kota Bharu, Kelantan cadangnya mahu bermalam di Kota Bharu, Perak; tetapi memandangkan rumah Opah Bi belum tentunya ada orang; maka aku bermalam di Hotel Ekonomi Kampar ini. Ahad 13.6.10 ada kenduri di Sahom tak jauh dari Lata Salu.
Sebab itu aku teruja amat nak bermalam di Kampar biar pun sendirian. Ingin mengembalikan kenangan lalu, biar pun aku seorang kesepian di sini. Bagusnya Hotel Ekonomi ini adalah kebersihan & kelengkapannya. Biar pun kamarnya tak sebesar mana tetapi bersih malahan ada Tanda kiblat. Biarpun miliknya bukan orang kita Melayu.
Sepanjang malam aku puas mundur madir sekitar bandar Kampar. Pekan Kampar hanya hidup hingga 11 malam; selepas itu tak banyak kedai dibuka. Terasa aku bagaikan di bumi asing lantaran boleh dikatakan 80% penghuni di bandar ini Cina. Terkenang aku akan sepinya aku sendirian di kotaraya Jepun. Amat sepi sendiri di dunia rasmi orang asing.
Masalah makan tak timbul masih ada kedai yang dibuka sampai lewat malam. Aku memilih untuk makan di Restoran milik orang kita Melayu. Aku cuba makan Nasi Goreng Ikan Masin (Dr Imah marah aku makan ikan masin) bersama Telor Mata Kerbau. Biar pun tidak sesedap masakan di Restoran Erawan tapi kira aromanya menyelerakan aku, perut memang kosong sebenarnya. Aku teringat Sabri ketika makan nasi ganja; memang dia nampak tak puas makan, aku pun sebenarnya nak tambah nasi & kuahnya yang agak unik aromanya. Pekena Milo Panas, Ais Kosong & lepas makan khayal bersama Nusantara.
Tiba di kamar aku memang penat & lenguh urat kaki. Talian yang jarang kuguna 016 9094343 boleh diakses; maka sepanjang malam sebelum lelap aku sempat bermain SMS dengan Amid, Prof Nizam & Kak Imah.
Kak Imah telah 33 tahun tak pernah jumpa; dialah satu-satunya pangkat kakak yang masih hidup & masih aku terkenang. Tak sangka juga sekitar 12:00 tengah malam Kak Imah masih terjaga menjawab SMSku. Satu kejutan yang amat manis buatku. Sementelah dulu pernah Prof Nizam kasi aku nombornya; tapi aku tak simpan di telefonku.
banyak tersimpan kenangan pahit manis di sini.
Tak banyak sebenarnya kenangan aku bersama Kak Imah semasa di SMI berbanding Kak Azee yang aku anggap amat licik & asing. Kak Azee aku kenali sejak aku di Sekolah Rendah lagi yang aku anggap bagaikan kakak sendiri tetapi tak sangka dia sanggup menipu meminjam wang pun dia juga sanggup bersama berkompromi seorang lagi sahabat penaku melapah hatiku. Dua orang yang namanya perempuan sampai sekarang amat sukar aku maafkan ketidakjujuran perlakuannya. Lantaran aku masa itu amat naif, jujur & murni mengulit ikatan tetapi dipermainkan oleh sikap kepuraan jenis perempuan gerladangan yang bagiku amat sukar kuterima.
Kak Azee khabarnya ada masalah dengan kekasihnya pun rakan pena seorang lagi rupanya jenis pandai bersendawara suka berpura & bermain kayu tiga. Aku dijadikan mangsa korban oleh dua orang perempuan ini. Padahal ketika itu aku masih di bangku sekolah lagi. Kak Azee orang utara, yang telah berkerja sanggup kebas duit simpananku. Bukan sedikit ratusan RM bagi pelajar sekolah seperti aku pastinya amat tinggi nilainya. Sahabat pena yang rapat dengan Kak Azee ini pula sanggup menjaja hatiku di pasar malam. Huh! kisah lama; perit jika di kenang.
Kak Imah bagiku adalah seorang akak contoh yang bersopan; merendah diri & sepanjang aku di SMI aku sering amat kerinduan akan kehadirannya. Biar pun dia bukan pun pernah menyemaikan rasa kasih tapi dia jujur dalam hubungan. Mungkin sahaja yang sering terbawa-bawa ingatan terhadapnya ke dalam mimpi.
Aku terlelap dengan kenangan indah berbaul dengan tragis di SMI; Asrama Jalan Watson berakhir dengan aku terpaksa berhenti sekolah selama sepenggal. Aku duduk di kampung belajar sendiri ketika mahu menghadapi MCE. Aku adalah pelajar harapan di kampung; ketika itu akulah pelajar paling cemerlang di sekolah kampung; tak ada seorang pun pelajar mendapat 5A ketika itu; aku paling cemerlang mendapat 4A 1B; tetapi Asrama Putra adalah asrama terbiar!, amat terbiar. Kebebasan yang terlampau telah menyekat untung nasibku; ketika penghujung pengajian baru tersedar, memang telah terlambat!.
Sepanjang tingkatan 5 aku tidak pernah masuk pun kelas Sains & Matematik, aku mengikut arus songsang. Maka itu aku makin benci persekitaran Asrama Putra; bilamana asa samseng yang memterbalikkan beja bacaku; aku patah harap untuk kekal menjadi pelajar Rancangan Khas yang terbiar!.
Aku terlena dengan mimpi Dang Wangi & asrama putri masa lalu di Hotel Ekonomi Kampar.
- bersambung
21 Julai 2010
Antara Prof & Penyair 4 (Singgahsana)
"Ingat 5 perkara; sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati."
Aku teringat akan kata-kata ini bilamana melihat wajah-wajah sahabat lamaku; memang ada kalangan kami yang telah meninggal dunia. Seperti Allahyarham Kapten Suhaimi katanya dia terlanggar pokok kelapa masa latihan LIMA di Langkawi. Lihat aku & Moghom kami nampak amat tua; lihat rambut Moghom yang memutih pun perut aku yang memboroi rasanya kami ini hanya tinggal mengisi sisa usia sahaja.
Aku terbayang Khalid dulu & sekarang; dulu Khalid nampak sasa lincah; sekarang Khalid nampak mengecil; dia nampak ceria tapi tak tahu apa sebenarnya dalam diri. Dzuan pun bukan sihat mana, dia makan ubat Darah Tinggi seperti aku. Yang lain tu mungkin masih menikmati hidup yang sempurna.
"Hujan lebat sangat ni Isa, jangan memandu laju; sekadar 80kmj pun dah cukup" aku bersuara, aku sering mengingatkan ini kepada rakanku.
"Jalan raya kita ni Isa lebih dari 70% tak selamat, licin; kalau kita laju ketika jalan raya basah memang nak nahas; macam memandu atas cermin." aku teringat bagaimana aku bersama Datuk Prof Radin buat ujian keselamatan dari Seremban sampailah ke Port Dickson; setiap selekoh merbahaya semuanya licin. Kemalangan berlaku sebab terbabas, tergeser terutama waktu hujan. Amat licin
Aku perhatikan Isa nampak fobia, senyap sunyi tak bersuara.
"Kalau kerajaan wartakan 70% jalan raya kita licin pastinya ada yang saman JKR, LLM atau Plus lantaran kita bayar cukai jalan; tapi apa mereka buat dengan jalan raya kita...!" Isa diam sahaja mungkin dia tak faham pun apa yang aku bebelkan.
"Saya baru sahaja kemalangan jalan raya, terlanggar lopak air; Perdana saya berpusing beberapa kali & terbalik beberapa kali; dua tayarnya cabut terlanggar pembahagi jalan & Perdana saya tu tercampak ke parit tepi jalan..."
"Siapa ada lagi dalam Perdana tu.."
"Isteri & anak-anak"
"Habis tu mereka macam mana!"
"Anak-anak tak ada cedera parah; isteri sahaja, luka kena pecahan cermin, tulang sekitar tengkok patah.. "aku membayang sering tulang di dua bahu kita ini jadi mangsa. Ngeri membayangkan Perdana tu berpusing & terbalik beberapa kali. Memang itu musibahnya jalan raya licin.
"Sejak itu memang bila hujan; saya amat fobia, cemas & risau amat memandu!" Isa memandu dengan hati-hati.
Dari Ipoh lagi hujan dah turun, sekitar Kg Kepayang amat lebat tak nampak jalan raya; aku ikut jalan lama sebab aku fikir lebuh raya pun seiring dengan jalan lama. Isa memandu perlahan; aku masih rasakan Isa ini orang asing; tak rasa rakan macam Osman, atau Joe, atau Dzuan. Pun Prof Nizam rakan yang amat aku segani.
Lepas Gua Tempurung hujan makin reda; dalam bualan aku Isa tak tahu pun Kampar dah ada Grand Hotel, TESCO pelbagai; padahal itu kampung halamannya; ayahnya menjadi anggota Polis di Kampar sejak berzaman. Tapi telah lama berpindah!.
"Tak singgah minum-minum dulukah Isa..."
"Tak apalah!" sah dia pun macam aku terasa asing!.
Isa hantar aku sampai ke muka pintu Hotel Regal (Aku panggil Hotel Ekonomi), Jalan Balai. Aku suka hotel ini sebab semasa aku balik dari menghantar Afiz bernikah aku menginap di sini; bersih amat hotel ini; sewanya sekitar RM45 hinggalah ke RM150. Biar pun aku menginap di kamar RM55; semua lengkap; ada Astro, penghawa dingin, air panas, tuala, sabun pun siap ada arah Kiblat!. Taukenya nyonya yang berulang alik dari KL.
Lokasinya memang santai, sebelah hentian bas, mini market; kedai makan bersepah. Paling aku suka hari minggu di Kampar, banyak pilihan sarapan paginya. Melayu, Cina & India makan bercampur di kelompok gerai makanan yang sama. Kalau musim petai; Orang Asli datang naik basikal berjual petai di Pasar Minggu Kampar.
jika banyak duit tidurlah di Grand Hotel Kampar;
Jika mahu berjimat tidur saja di Hotel Ekonomi bersamaku.
Pihak perlancongan seharusnya mempopularkan Kampar; perindahkan bangunan lamanya; naikkan taraf ruang jalan kaki; sediakan Internet Cafe. Tasik yang kini makin tenat sebaiknya dipulihkan keindahannya semula. Rasanya daya penarik yang perlu dikembangkan jualan herba cina yang berlonggokan di pasar minggunya antara yang perlu menjadi pilihan utama. Perbanyakkan.
- bersambung
Antara Prof & Penyair 3 (Singgahsana)
Ada cuma 9 orang sahaja pelajar tahun 72 yang datang ketika alumni di SMI ini. Yang amat menyentuh hati adalah kehadiran Cikgu Harun & Abg Rashid yang menjadi warden asrama kami masih sihat. Usia Cikgu Harun telah pun 70 tahun lebih. Abg rashid pastinya sekitar 60an. Seorang lagi guru perempuan Cikgu Nor Shamsi ini sering datang menemani Cikgu Harun memberi nasihat & motivasi. Aku tak ingat sangat akan cikgu Cikgu Nor Shamsi ini. Lebih ingat akan Cikgu Aziz & Cikgu Mutalib
Duduk dari kiri Wahab, Prof Nizam, Cikgu Harun, Abg Rashid, Cikgu Nor Shamsi dan Amran@Moghom.
Berdiri dari kiri, Khalid, Sabri, Johari@Panjang, Osman, Dzuan@Gajah dan iDANRADZi.
Sekitar 100 orang pelajar yang datang; bayangkan betapa gamatnya dewan besar SMI; pengecara berucap di hadapan pun masing-masing tak dapat mendengar dengan jelas. wahab yang berbaju batik merah hujung duduk sebelah kiri; langsung tak kenal aku!. Padahal dia hanya sekitar 10 tahun tak jumpa aku. Apatah lagi Khalid & Amran yang tak jumpa sejak 33 tahun.
Geginilah kehidupan, aku berandaian sekitar 10 tahun sahaja lagi dapat diadakan perjumpaan begini; lebih dari itu amat payah rasanya; Tak ramai kalangan kita akan boleh segak gagah memandu sendiri kalau dah menjadi Warga Emas. Memang dunia ini amat kejap untuk kita singgah bermalam.
"iDAN nanti Isa akan hantar iDAN ke Kampar" tetiba Nizam memberitahu, aku tak pasti kenapa dia tidak dapat hantar aku ke Kampar, semasa di telefon dia yang mencadangkan aku tidur di Kampar; katanya ada jalan baru ikut Malim Nawar untuk ke kampungnya.
"Kau tak kenal Isa ini; bekas pemain Kebangsaan Bola Sepak Perak!" Aku menatap wajah Isa memang kelabu; tak nampak langsung wajah yang aku kenali. Isa muda setahun dariku.
Ini benar-benar nahas, desus hatiku; Prof Nizam telah kenakan aku; Aku tak pasti sejauh mana aku dengan Isa zaman di asrama; dibedalnya aku pernah berhutang dengan dia bagaimana. Seperkara lagi seorang Penyair seperti aku belum tentu disukai, sebabnya aku jenis asyik bercakap; ada saja yang aku fikirkan aku mahu luahkan.
"kalau iDAN segan dengan Isa saya boleh hantar" mungkin dia perasan, nampak ketidakcerianya wajah aku.
"Tak apa, janji saya sampai Kampar nanti!, asalkan jangan sampai menyusahkan orang!..." Dalam hati memang aku ni pun telah menyusahkan!. Nak balik dengan keretapi bersama dengan Zuraidah dia masih tak mahu senyum denganku!. Aku terbayang akan Kampar yang memang amat kusukai suasananya. Aku mahu tidur di sana & jumpa nyonya Hotel tu yang telah kenal mesra denganku.
- bersambung
19 Julai 2010
Antara Prof & Penyair 2 (Singgahsana)
Antara Prof & Penyair (Singgahsana)
"Sepanjang perjalanan dengan teksinya ada sahaja yang dibual, dulu saya rajin telefon dia kalau mahu ke KLIA atau ke mana-mana sekarang sudah agak lama tak kontak dia" Prof Nizam sahabatku yang e-mel, kasi aku numpang ke alumni di St Michael's Ipoh (SMI). Dunia ini amat kecil dia berceritera tentang rakan karibku Mat Rashid (Abg Mat) yang telah berpencen & sekarang mencari nafkah dengan membawa teksi.
Tak sangka Prof Nizam berjumpa & menaiki teksi Abg Mat yang memang rapat denganku ketika kami berkerja satu fakulti di UPM. Aku tahu sangat akan sikap ramah Abg Mat.
"Kadang-kadang kita ini nak bentang kertas kerja banyak yang kena kita mahu fikir & siapkan!. Dia pula tak henti berbual." Aku dengar sahaja bualannya. Sebab aku & Abg Mat kurang lebih sahaja suka berbual. Sering juga bualan kami ini kosong belaka.
Ada benarnya apa yang Prof Nizam nyatakan; orang akan bayar ribuan RM bagi sejam untuk seorang Prof berhujah berbanding aku seorang Penyair. Kalau mahu berhujah sesuatu topik takkan kosong sahaja pengetahuan tentang topik yang akan dibentangkan. Terlalu banyak perlu dirujuk, bayangkan terkadang seorang Prof seperti Nizam akan berhadapan dengan pelbagai peserta atau pengikut; bila dipersoalkan sesuatu persoalan jika dia tidak mengetahuinya secara mendalam, nahas nanti.
Berbeda amat denganku; dunia seorang Penyair sekadar berlabuh dalam minda & daya kreatif sendiri. Satu puisi sekadar RM20 Berita Harian kasi honorarium. Berbeda dengan penilaian Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Selalunya DBP akan memberikan honorarium paling tidak RM200 bagi sebuah puisi. Membentuk Puisi belum pasti sehari dapat disiapkan sebuah puisi.
Ini pertemuan yang kedua setelah 33 tahun aku meninggalkan SMI Ipoh. Jika ada pun ketemu Prof Nizam ini ketika kenduri kahwin di Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak entah tahun bila. Memang kami terpisah amat lama padahal rumahnya di Bangi; mana jauhnya dari Jenaris.
Tak sangka aku dapat menumpang Prof Nizam di saat akhir; melalu internet aku memohon nama aku ditambah dalam sinarai warga Rancangan Khas (RK) pelajar SMI kemasukan sekitar tahun 1972. Aku meninggalkan SMI pada 1977.
Hari Alumni pada 17 Julai 10. Hingga akhir waktu, aku klik internet 16 Julai 10, namaku masih tidak tersinarai. Begitulah nilai Penyair atau Prof apatah lagi kalau Tan Sri & Datuk; bertalu nak turut serta belum tentu orang ambil perhatian pun. (Rakanku Datuk Abdullah datang diundang dengan kad; di berikan melalui tangan. Isk! sensitif. Titik). Ala! awak ni iDAN takkan nak bentang permaidani merah untuk awak tu.
Prof Nilam seorang Pemerhati Politik yang sering bersiaran di kaca TV. Dia adalah seorang tenaga pengajar atau Pensyarah di UKM Bangi.
"Kita ini sebenarnya kehilangan rakan kita yang amat baik & jujur sejak 30 tahun lalu; setelah kita berkerja kita jumpa dengan pelbagai ragam manusia; rakan yang makan rakan, rakan yang pijak kepala kita, rakan yang dengki & pendendam dengan kita. Bila telah berusia begini barulah kita sedar rakan seasrama kita dulu terlalu baik, mereka ramai yang jujur serta !" begitulah bualan aku di keretanya.
Memang terlalu banyak yang kami mahu bualkan, maklumlah setelah 33 tahun kami terpisah. Sekitar dua tiga bulan lalu kami berjumpa berempat di Alamanda manalah ada masa nak berbual panjang jika berjumpa beramai. Bercerita tentang sepanjang perjalanan kehidupan remaja, dewasa, alam rumah tangga serta keluarga terdahulu.
Di SMI peserta yang beralumni sekitar 100 orang; kumpulan aku tahun '72 tak sampai pun 10 orang; aku terpaksa mencari teman menumpang ke sana lantaran tiada kenderaan. Avanza Mila masuk bengkel.
Majlisnya bermula pada 2:00 petang hingga ke 6:00 petang. Malamnya di mana aku mahu bermalam. Aku terkenang persekitaran Kampar yang amat damai ketika aku menginap di sana setelah pulang dari Machang bulan lalu. Aku merindui Kampar!.
Jika anda punyai FaceBook (FB) silalah masukan namaku aku ke kumpulan anda. Aku guna banyak akaun di sana. Sila tambah namaku idanradzi yang lambang lakaran Bunga Ros di sana. Banyak gambar terbaru aku ada termuat di sana.
15 Julai 2010
AMPUH (Puisi iDAN)
tetapi nampak amat bayangnya bagaikan bercabang
ada sahaja langkahannya nan tidak petah dijejaki
terlepas pandang ada surat cinta di kotak e-mel
aku terpadam maka mungkinkah bait-bait kata terjawab
sedangkan antara kita tidak pernah punyai salinannya
ingauan semalam menjadi mimpi ngeri nan menghantui
terjaga di dinihari aku sedar tak sedar terasing
sendiri menukik impian bersama tidak kesampaian
dalam jaga aku bermimpi Ilahi semakin menggamit
diri & iman nan semakin terapung ampuh melayang
iDANRADZi
Desa Tualang, Kota Bharu Pk.
AMPUH iii
Jawab si kekasih:-
Tidak diam, tidak juga berlakon setia,
Tali setiaku tuntas mana mungkin bisa dijejaki,
Biar langkah capik, lidahku pasti berlapik.
Surat cinta di kotak e-melmu,
bukan bait-bait cinta asmara loka,
ia hanya garapan luka, kisah duka lara,
yang tidak perlu salinan untuk ku ingatinya.
Bukan dalam jaga sahaja...
kini dalam tidur pun ku mimpi yang sama..
biarkan diri ampuh, iman kekal teguh,
mengingatinya bukankah sunat namanya?
Lovelyvic,
Shah Alam, Selangor.
(Bilamana membaca tulisan Dik VIC ini teringat zaman aku & Abuyon ketika kami aktif di Melayu.com. Kami asyik berbalas puisi. Antara rakan yang rapat denganku sekarang telah dinobatkan menjadi Penyair adalah Penyair Mohd Adid Ab Rahman. Semalam karyanya terbit di Berita Harian. Berita Harian nampaknya telah hampir setahun menolak tulisanku biarpun aku rajin menghantar karya puisi ke akhbar mereka. Paling akhir karya aku diterima adalah karya Mata pada Julai tahun lalu)
14 Julai 2010
48 jam tiada talian (Singgahsana)
Dua tiga minggu lalu komputer yang terlaju di rumahku ranap digodam petir. Tapi kira berbaloilah guna komputer tersebut. Ianya aku kutip dari barangan lupus semasa aku berkerja lalu; aku tukar bekalan kuasa elektrik; tambah capaian rawak, lalu memang laju. Lebih dari dua tahun anak-anakku menggodam komputer tersebut; terkadang sampai 24 jam tak bertutup. Hari-hari pasti sekitar jam 2:00 pagi baru si Anif tu akan tidur. Mengadap komputer tersebut. Anif Tingkatan Dua sekolah petang maka bangun tidurnya pasti sekitar jam 10:00 pagi.
Bekalan kuasa elektriknya berbau hangit. Papan induknya pengap tak berfungsi lagi. Emmm! di pasaran masih adakah papan induk lama yang guna DDR1. Hakikatnya barangan elektronik takkan kekal lama; jika gerentinya setahun, kalau kita dapat gunapakai sampai tiga tahun memang seribu rahmat.
Di mudah.my nampaknya masih ada papan induk lama; tapi apakah masih tahan sebab gerentinya sekadar dua hari!.
Sekitar dua minggu aku baru laraskan komputer yang banyak aku simpan di rumah. Pentium IV. Tak selaju mana. Aku masih ada simpan beberapa buah Pentium III tapi amat tak sesuai lagi untuk ke internet. Kebanyakan laman sesawang (situs) di internet kini, terlalu banyak multimedia yang memaksa komputer kita perlu tinggi capaian rawaknya. Memang amat payah untuk mengikut gelombang teknologi ICT yang cepat berubah. Komputer riba sekarang pun kembali mahal sebab perkakasan semakin canggih & laju.
Emmm! waktu sebegini aku terkenang akan komputer riba Afiz yang hilang tempoh hari. Tak puas pakai telah jadi kenangan. Jika ada komputer Afiz tidaklah terkebelakang komputer yang kami miliki. Ada sesiapakah yang mahu sponsor komputer lama Pentium IV; dulu ada si calon Besanku ZZ mahu tawarkan komputer lupus di pejabatnya senyap sepi tak tahu apa perkembangannya.
"Apa kata ibu Anif bila dia telefon TMnet talian kita ini!; bila nak hidupnya?" aku bertanya Anif setelah dua hari talian telefon & internet pengap.
"Kata ibu 48 jam baru ianya akan kembali normal!" aku jenis tak buka akhbar tak tahu berita, bergantung dengan internet sahaja manalah aku tahu ada masalah talian di Kajang. Apakah seluruh daerah Kajang atau Jenaris sahaja. Tak pasti. Tapi dua hari lalu memang aku nampak ada van TMnet mundur-mandir di sekitar desa perumahanku.
Teringat kampung halaman; hingga kini tiada talian telefon sebab kabelnya dicuri penyagak. Tiada talian telefon maka tiadalah khidmat Streamyx di kampung. Takkanlah di bandar pun begini. Jika 48 jam pelanggan TMnet tak dikasi akses internet & telefon; apa agaknya ganjaran sebagai ganti rugi pelanggannya.
12 Julai 2010
Sepanyol Juara (Sukan)
Akhirnya Sepanyol dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak Piala Dunia FIFA. Pelawanan yang terpaksa dilanjutkan ke 120 minit setelah terikat 0-0. Kubu pertahanan Belanda begitu kuat & sukar ditembusi sehinggalah ke minit 166 hasil tendangan Andres INIESTA.
Tidak dinafikan Sepanyol bermain begitu berkeyakinan & sering menyerang kubu Belanda. Kesilapan besar Belanda ialah terlampau banyak bertahan.
Begitu juga mutu pengadilan ( Howard Webb) nampaknya tahun 2010 ini telalu banyak kejadian yang mana boleh merencatkan pergerakan pemain. Bayangkan Arjen ROBBEN
NED11
Arjen ROBBEN
Ada ketikanya John HEITINGA
NED3
John HEITINGA
Robben sebenarnya banyak peluang menyumbat gol tetapi ketangkasan penjaga gol Sepanyol sungguh pantas dapat menyekat bola yang mara.
Tahniah Sepanyol.
Apa-apa pun dalam kemeriahan di sekitar Jenaris; semasa aku bersama peminat bola sepak di Dataran Prima Saujana; aku mendapat cabutan nombor bertuah; berjaya mendapat hadiah istimewa kenangan di Piala Dunia. Aku menonton di dataran ini hingga 5:00 pagi. Rata-rata penyokong Sepanyol. Kenapalah Belanda macam kena pukau sahaja!. Memang aku rasa terkilan amat Belanda tak selincah mana ketika di akhir ini. Aku tetap menyukai Belanda.
11 Julai 2010
Melawan Takdir (Hiburan)
Sekitar minggu ini ingat nak "dating" dengan gadis ini di CapSquare!... siapa nak ikut?
Itu yang aku tulis dalam FB, maka ramai yang tersilap tafsir. Mungkin kalangan mereka yang tak kenal filem Hindustan tak cam sangat wajah gadis di atas ini.
Milenge Milenge.
Filem ini telah pun mula dibuat pengambarannya pada tahun 2004 lagi. Tetapi menghadapi banyak halangan untuk ditayangkan. Siapa yang pernah menonton filem Jab We Met (2007).
pastinya teruja nak tenguk gandingan Kareena & Shahid ini.
Skrip ceriteranya banyak berkisar tentang takdir yang diramalkan oleh Tukang Tilik Nasib. Cinta yang seharusnya kesampaian menjadi dilema bilamana Priya (Kareena) tidak lagi mahu percaya dengan ramalan yang memang songsang ini. Immy (Shahid) yang cuba menjadikan ramalan itu menjadi kenyataan terhimpit dengan cinta sejatinya.
3 tahun mereka berpisah tanpa pun Priya ingatkan Immy hinggalah saat masing-masing mahu bernikah tetapi wang kertas yang diconteng Immy ada tertulis nombor telefon kembali kepadanya begitu juga buku yang dibeli oleh Priya yang tercacat nombor telefon dipasarkan sebagai buku terpakai kembali dapat ditemui Immy.
Sepanjang filem ini banyak adengan yang menggelisahkan hati kita. Ada beberapa buah lagu dalam filem ini menarik terutama lagu temanya.
Pengambaran filem banyak dibuat sekitar Dubai, Delhi & Thailand.
Ada apa dengan Paul Si Sotong Ahli Nujum FIFA ?
DIA sudah menjadi seekor daripada bintang kejohanan dan memalukan pengulas TV disebabkan ramalannya yang tepat mengenai keputusan Piala Dunia. Di sini 10 perkara yang anda mungkin belum tahu mengenai Paul, seekor sotong peramal keputusan perlawanan.
1. Dia berasal dari Weymouth
Walaupun dia kini berada di Aquarium Sea Life Centre di Oberhausen, Jerman, Paul sebenarnya dilahirkan di Weymouth, England dan berpindah daripada Sea Life Park pekan itu pada 2006.
Fiona Smith, dari Weymouth Sea Life Park, memberitahu Dorset Echo: “Dia tidak pernah membuat sebarang ramalan ketika dia tinggal di sini tapi mungkin dia menanti acara besar seperti Piala Dunia barulah dia mendedahkan kebolehannya.”
2. Dia amat dikehendaki
Chef Argentina, Nicolas Bedorrou terlalu marah selepas Paul meramalkan dengan tepat bahawa pasukannya akan kalah pertemuan suku akhir dengan Jerman lantas dia mencadangkan satu cara untuk memasak sotong itu.
Dia mencatat dalam laman web sosial Facebook: “Kami akan mengejarnya dan meletakkannya dalam kertas. Kami kemudian akan memukulnya untuk mendapatkan daging lembutnya dan kemudian merebusnya dalam air mendidih.”
3. Dia mendapat liputan meluas
Ramalan Paul meraih terlalu banyak populariti hinggakan saluran berita Jerman, NTV mula menyiarkan ramalannya secara langsung, dengan dua wartawan berada di sebelah tangkinya jadi mereka boleh memberikan perkembangan terkini kepada penonton.
4. Dia menjadi selebriti di Oberhausen
Sesudah mengejutkan dunia media dengan ramalannya, Paul berjaya meletakkan bandar raya kurang dikenali Jerman, Oberhausen di peta dunia. Oberhausen, bandar raya berkembar dengan Middlesbrough, juga dikenali mempunyai pusat membeli-belah terbesar di Jerman.
5. Dia memiliki rekod yang bagus
Paul mula meramalkan keputusan Jerman ketika kejohanan Euro 2008, secara tepat memilih pemenang dalam empat daripada enam perlawanan membabitkan Jerman. Dia meramalkan Jerman untuk menang setiap perlawanan tetapi silap apabila mereka kalah kepada Croatia dan perlawanan akhir di tangan Sepanyol. Setakat ini pada Piala Dunia 2010, Paul meramalkan dengan betul pemenang kelima-lima perlawanan Jerman.
6. Dia membantu anda membawa pulang sedikit wang
Selepas meramalkan dengan tepat pemenang lima perlawanan Jerman pada Piala Dunia, menuruti tip yang diberikan Paul membolehkan anda membuat sedikit wang.
Seorang yang mempertaruhkan £1 (RM4.80) terhadap semua lima keputusan itu boleh mendapat sekurang-kurangnya £131 (RM640).
7. Dia seekor haiwan bijak
Sotong memang terkenal sebagai haiwan bijak dan terbukti memiliki kekuatan memori jangka pendek mahupun jangka panjang.
Fiona Smith, ketua penjagaan haiwan Sea Life Park berkata: “Sotong biasa seperti Paul amat bijak. Kami samakan kebijaksanaan mereka dengan anjing dan mereka suka menyelesaikan masalah atau mengira sesuatu.”
8. Dia sensasi Twitter dan Facebook
Paul menjadi fenomena utama internet sejak akhir-akhir ini dan kini adalah satu daripada topik utama perbualan dalam laman web. Frasa “Paul the Octopus” dan “Pulpo”, perkataan Sepanyol bagi sotong, kini berada dalam kelompok 10 teratas di laman web sosial Twitter.
9. Dia tidak menipu
Paul meramalkan keputusan dengan membuka satu daripada dua plastik kontena makanan yang dilitupi dengan bendera dalam tangkinya. Tanja Munzig dari Sea Life Centre di Oberhausen menafikan dakwaan bahawa kontena itu sudah diberikan kepadanya lebih awal.
“Tidak ada tipu helah, makanan itu sama dan setiap benda dalam dua kontena itu sama kecuali bendera.”
10. Dia tidak takutkan ancaman bunuh
Menurut penjaganya, Oliver Walenciak, Paul tidak bimbang dengan beberapa siri ancaman bunuh dihantar oleh penyokong Argentina yang menyalahkan sotong itu kerana kekalahan pasukan mereka pada Piala Dunia.
Dia berkata: “Memang ramai orang yang mahu makan sotong kami tapi dia tidak malu dan kami berada di sini untuk menjaganya. Dia akan bertahan.”
Sumber: Akhbar Harian Metro.
10 Julai 2010
Belanda atau Sepanyol (Sukan)
Aku & Azim menyokong Belanda. Tetapi di akhbar & banyak ramalan memihak ke pasukan Sepanyol.
Perlawanan akhir malam ini pastinya hebat & penuh kenangan bagi kedua-dua pasukan. Masing-masing ada ramai bintang bola sepak & pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Masing-masing punya hak menjadi Juara. Ini namanya Perlawanan Akhir tak ada satu pun pasukan di peringkat akhir yang tak handal. Kedua-duanya handal belaka.
Juara tetap Juara!.
09 Julai 2010
Dr Imah tiada lagi di Pkupm (Singgahsana)
Amat menggusarkan aku, Dr Hashimah yang merawat sejak lebih dari tiga tahun tetiba aku dapat telah berhenti.
"Dah sebulan dah dia berhenti!.."
"Padanlah dia tak buat temujanji dalam Kad Rawatan ini... saya perasan dah lewat sehari ini!"
Pastinya aku akan merindui Dr Imah; lantaran sepanjang dia merawat aku tak pernah pun aku rasa tersinggung atau terkilan tegurannya. Impian aku mahu membuktikan aku akan kembali normal tak seboroi kini nampak tak kesampaian. Impian aku satu hari nanti aku nak bawa buah-buahan dari kampung projek dusun & hutan simpanku nampaknya tak kesampaian. Aku teringat akan kata-katanya.
"Nampaknya sampai pencenlah kita berjumpa di PKupm ini..." bila aku kasi tahu dia yang aku telah buat keputusan untuk bersara awal.
Selalunya sekitar 7hb aku akan mengadap doktor, buat ujian terapi sakit kronikku tetapi hari ini telah 9hb. Aku memang perasan sejak minggu lalu, tapi aku rasa badan tak sedap lantaran tak cukup tidur Deman Bola. Aku terasa memang sering pening & biasalah tenguk siling berpusing. Sejak minggu lalu aku tahu ada tak kena dengan badan ini.
Salah satunya aku memang tak teratur makan ubatnya; mana taknya kalau tidur tak menentu; makan boleh makan ubat perut kosong. Berjaga malam juga buat aku banyak minum air manis. Dua minggu lalu aku pasti glukos aku amat tinggi. Telah dua hari tak ada perlawanan bola lewat malam maka agak awal aku tidurnya. Awalnya pun jam 2:00 pagi masih terkebel-kebel. Tak mahu lelap lalu malam tadi layan ZEE tau-tau jam 3:00 pagi baru terlelap.
Seperkara lagi, sejak kamar panjang telah dipasang penghawa dingin aku mulalah ngacau anak tidur. Tumpang tidur di kamar Azim & Anif; itu pun tak lama sekitar jam 4:00 pagi bila bola habis aku terlelap sekitar 2 jam di kamar panjang. Siang curi-curi masa tidur, mana tak meracau jadinya kesihatanku.
Aku melihat yang mengagihkan kamar doktor yang perlu ditemui. Aku teringat Datin Nasibah yang sering juga merawatku. Sebut Datin itu buat aku rasa takut amat. Biarlah dia menjadi doktor keduaku jadi aku berserah sahaja ke doktor mana aku diarahkan ketemu; setelah Dr Imah telah tiada.
Kamar nombor 10.
Tak tahu pun siapa doktornya; aku mengandaikan doktor lelaki mungkinkah Dr Yahaya. Aku lihat dia yang keluar masuk dari pintu utama Kamar nombor 10. Emmm! namanya amat pelik jarang aku sebut atau terbaca! Dr. Aditya Adawiyah Darwis. Orang mana?... Nak panggil doktor apa iyer!. Dr Itya.
Telahan aku benar glukos aku naik ke 7.4 mmol/l, kalau Dr Imah pasti dia taka akan benarkan aku sampai dua bulan ambil ubat; dia mahukan aku kawal sekitar 4 atau 5 mmol/l barulah boleh ambil ubat buat dua bulan.
Masih terlalu awal untuk kenal watak Dr Itya ini tapi dari segi usia pastinya dia jauh lebih muda dari Dr Imah, mungkin cara dia menguruskan pesakit akan jauh berbeda berbanding dengan Dr Imah. Sementelah kemerosotan kesihatan yang makin rumit ini rasanya aku kena banyakkan berpantang & terpaksa mencari ruang untuk bersenam bagai kali terakhir aku ketemu Dr Imah dua bulan lalu glukosku cuma 4.7 mmol/l.
"Berjaga malam mesti banyak minum minuman manis! ni!"
"Tak doktor, saya memang kawal dalam bab air manis ini!" aku berbohong sebenarnya, gula asyik kena komplot sorok pun aku bersungut. Tiap malam pasti dahaga tekak ini nakkan air limau taruh gula!. Jika dulu aku suka air Ais Krem Soda sekarang dah bertukar Air Lemon!; air manis juga tapi taklah sebanyak Ais Krem Soda gulanya.
Masalah utama aku jarang makan ubat pun sudah malas makan Goji Kering itu faktor penting buat diabetes ini kembali kronik. Bila bacaan telah 7.4 mmol/l; penipuan aku terbongkar juga!. Glukos dalam badanku tak dapat dipecahkan.
Bilamana kita lihat forum di FIFA masih ramai peminat bola sepak seantero dunia masih tak dapat maafkan Suarez yang telah menjadikan pasukan Ghana mangsa permainannya yang tidak berhemah.
Jika Uruguay dapat tempat ketiga pun tak ada manisnya kenangan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 ini. Semua setuju biar pun Maradona pun pernah memegang bola masa perlawanan tetapi itu bukanlah budaya bola sepak yang bagus. Uruguay harus mengambil contoh permainan yang bersih di padang.
Kita tunggu apakah Jerman dapat mengetepikan Uruguay sebentar lagi!.
2:22 pagi
Emmm! setiap kali Suarez dapat bola kena boo oleh penonton. Tapi permainannya memang tetap hebat & terus mencemaskan pertahanan lawan.
Yang pasti Jerman berjaya menyingkirkan Uruguay 3:2 (1:1)
Palang gol di saat akhir menjadi pembela akan sikap dajal Suarez. Tendangan Forlan tidak lagi membawa tuah atau " Tuhan telah menolong kami!" kata Suarez. Takkan Tuhan nak tolong satu kerja tak baik!. Sekarang Tuhan memberi hukuman palang gol menjadi penghalang Uruguay gagal mendapat pingat Piala Dunia tempat ketiga.
Tahniah Jerman.