
Sebut sahaja Mat Belia, sudah pasti RAQIB menjadi sasarannya. Dalam  konsert minggu lepas, Raqib telah diberikan perubahan penampilan dan  muncul tanpa kaca mata. Penampilan baru ini menjadi topik hangat  hinggakan ada di antrara mereka yang mengumpat Raqib mengenai  penampilannya.
Pelajar lelaki tidak suka Raqib memakai kanta lekap kerana Raqib nampak  tampan tanpa kaca mata dan mereka sangat cemburu dengan ketampanan  Raqib. Apa pula pendapat pelajar wanita? Jangan lupa saksikan Diari  Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.
Hari ini Raqib mendapat tempat kedua Afundi tertinggi, Erul mengambil alih tempat Aida menjadi pelajar paling popular. Lena yang pernah mendapat tempat kedua kini jatuh ke tangga yang ketiga.
Masalah undian ini aku yakin amat perempuan akan lebih sanggup berkorban berbanding lelaki, pastinya pelajar lelaki akan mendapat undian lebih tinggi kecuali para juri dapat melebihkan penilaian terhadap pelajar perempuan.
Jika kita perhatikan dalam sejarah AF pun ramai pelajar lelaki dinobatkan juara berbanding pelajar perempuan. Nampak diawal persembahan Erul & Raqid punyai harapan cerah. Tapi jangan diperkecilkan pelajar lain lantaran mereka jua punyai bakat tersendiri. Mungkin bakat mereka belum habis digilap lagi.
Juara tahun AF8 orang kampungku Shahir pun pada peringkat awal bakatnya tidak menonjol sangat tetapi di penghujung pertandingan dia dapat berentap sebaiknya.
Arkib Berita AF
Mencari juara AF terakhirOleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2011/01/17
Selepas lapan musim, program realiti ini bakal temui titik noktah pada edisi ke-9TUJUH tahun lalu, program realiti ini pernah melakar sejarah apabila  ia berjaya mencetuskan kegilaan di kalangan penggemar program seperti  ini. Diperkenalkan kepada penonton sekitar 2003, tidak dinafikan  rancangan realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian, Akademi Fantasia  (AF) berjaya membawa satu dimensi baru terhadap program
Sana-sini orang memperkatakan mengenai program yang mengangkat Vince  sebagai juara sulungnya itu. Kehangatan AF berterusan sehinggalah pada  saat kemuncaknya iaitu sewaktu AF musim ketiga yang menyaksikan jejaka  dari Felda Taib Andak, Kulai Johor, Asmawi Ani atau Mawi dinobatkan  sebagai juara.
     
   Ketika itu, AF boleh dianggap sebagai sebuah program hiburan yang sangat popular .
Namun selepas kemenangan Mawi, AF bagaikan sudah hilang kilauannya.  Kemunculan AF4 sehinggalah musim kelapan yang disiarkan tahun lalu, AF  terus menjadi sasaran pengkritik. Saban tahun, ada saja yang tidak kena  pada mata penonton dan media. Semua kejutan yang dirancang tidak  menjadi. Mangsa paling teruk dihentam pula ialah pengetua dan peserta,  kerana tidak mencapai piawaian seperti yang diharapkan sehingga ada yang  meminta Astro menghentikan saja program yang didakwa sudah tidak lagi  mempunyai aura sehebat awal-awal penganjurannya dulu.
Selepas beberapa musim permintaan seperti itu disuarakan, akhirnya  program yang diadaptasikan daripada sebuah program realiti dari Mexico  berjudul La Academia kini sudah pun berada pada garisan penamat apabila  musim kesembilan yang akan mula disiarkan April depan bakal menjadi AF  yang terakhir.
Justeru, sewaktu mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media  baru-baru ini, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, berkata  memandangkan AF9 adalah yang terakhir, mereka akan memastikan program  itu menjadi yang terhebat dan menghadiahkan kenangan terindah buat  penggemarnya.
"Ia bukanlah dihentikan sementara, tetapi memang ini adalah  keputusan kami untuk menjadikan AF9 sebagai program yang terakhir.  Lagipun selepas lapan musim bersiaran, AF banyak melahirkan artis  pelapis kepada industri hiburan dan kami amat bangga dengan pencapaian  itu.
"Keputusan ini dibuat juga bagi memberi laluan kepada Astro untuk  meneroka format baru untuk diperkenalkan kepada penonton," ujar Azlin  sekali gus menolak dakwaan kononnya keputusan untuk menamatkan program  AF dilakukan kerana disebabkan rating yang semakin menjunam serta  mengambil kira kritikan yang dilontarkan terhadap rancangan itu sebelum  ini.
Tambahnya, sebagai program penutup, pasukan produksi kali ini  memerah otak bagi memastikan AF kali ini berbeza serta lebih hangat  daripada biasa.
"Untuk musim kali ini, kami memilih tema keraian (celebration) dan  kami akan mengembalikan semula nostalgia sewaktu zaman kegemilangan AF  terdahulu. Mungkin kami akan mengumpulkan kembali tenaga pengajar  sebelum ini untuk memeriahkan lagi program ini," kata Azlin yang turut  membayangkan pengacara nombor satu, Aznil Nawawi, akan kembali  mengendalikan program itu.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah Eksekutif Produser AF9, Mohd Irwan Abdul Rauf.
Ada banyak pembaharuan yang dilakukan untuk musim kali ini,  antaranya memperkenalkan sesi uji bakat menerusi atas talian (online)  yang bertujuan memberi kemudahan kepada peserta.
"Saban tahun kita akan dapat melihat peserta akan beratur panjang  sebelum bakat mereka dinilai juri. Justeru, untuk mengelakkan situasi  itu berulang, kami memperkenalkan sistem uji bakat atas talian. Peserta  hanya perlu memuat naik klip video nyanyian mereka untuk disaring.
"Selepas berjaya, barulah mereka dipanggil untuk menghadiri sesi uji  bakat peringkat kedua dan seterusnya, sebelum tersenarai sebagai  finalis," terang Irwan sambil memberitahu, untuk AF kali ini, hanya dua  lokasi uji bakat dipilih iaitu di Kota Kinabalu, Sabah dan juga Kuala  Lumpur.
Erwin Gutawa atau Ahmad Dhani?TERDENGAR desas desus kononnya untuk musim kesembilan ini, AF akan  mengambil pengetua dari luar. Ada angin lintang membawa perkhabaran  kononnya Astro memilih komposer dan penerbit terkenal, Erwin Gutawa,  sebagai peneraju akademi.
Malah, Hip difahamkan perbincangan terhadap perkara itu sedang  dilakukan. Bukan saja Erwin tetapi khabarnya pengasas kumpulan Dewa 19,  Ahmad Dhani, juga disebut-sebut sebagai antara mereka yang bakal menjadi  pengetua akademi berkenaan.
Malah, dalam ucapannya sebelum itu Azlin ada menyebut bahawa  individu yang bakal menerajui akademi itu ialah seorang yang cukup  terkenal di rantau Asia. Apakah mungkin ada kebenarannya Erwin atau  Ahmad Dhani bakal diberi amanah itu? Namun, berdasarkan sumber dari  seberang, Erwin menafikan yang pihaknya ada menerima tawaran untuk  menjadi pengetua seperti yang digembar-gemburkan.
Andai benar seorang daripada dua figura itu dipilih sebagai pengetua  baru AF,  pastinya ia akan menimbulkan satu lagi kontroversi. Semangat  patriotisme Astro bakal dipersoalkan. Akan timbullah juga nanti isu kera  di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana Astro terlalu  mementingkan karyawan luar berbanding anak tempatan.
Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan apakah benar Astro akan  mengambil Erwin atau Ahmad Dhani sebagai pengetua, Azlin enggan mengulas  lanjut.
"Tapi saya rasa tak salah jika kita mencuba tenaga dari luar.  Lagipun ini bukan kali pertama kita guna orang luar sebagai pengetua.  Datuk Ramli MS dan Ramli Sarip juga dari Singapura. Apapun, siapakah  pengetua dan juga tenaga pengajarnya, kita tunggu saja pengumumannya  dalam masa terdekat ini," ujar Azlin separuh berahsia.
Sebagai program dengan elemen kontroversinya dianggap sebagai  perencah, tidak mustahil jika Astro mempunyai perancangan untuk  mengambil pengetua dari Indonesia. Lebih ramai yang bercakap dan  mempersoalkan, lebih tinggi rating diperoleh program ini. Lagipun,  kredibiliti Ahmad Dhani atau Erwin dalam bidang muzik memang tidak dapat  dinafikan lagi. Kedua-duanya dianggap sifu oleh pencinta muzik di sana.
Apatah lagi AF kali ini adalah yang terakhir, tentunya produksi  Astro mahukan sesuatu yang ekstravaganza. Dan jika membawa dua insan  seni ini ke dalam akademi mampu menaikkan lagi rating, menyuntik  keistimewaan sekali gus mengembalikan semula kegemilangan AF yang sudah  semakin pudar itu, mengapa harus kita persoalkan?
Mungkin tindakan itu juga sebagai tamparan buat karyawan tempatan  kerana tidak mampu menjadikan AF sehebat zaman AF2 dan AF3 sehingga  Astro terpaksa kembali menagih khidmat karyawan dari seberang.
Biarlah Astro membuat keputusan itu. Usah ditentang kerana selepas  lapan musim penganjurannya, mereka sudah cukup matang untuk memilih mana  kaca dan mana satu permata. Cuma harus diingat, biar dari planet  manapun pengetua itu didatangkan, jika cara pemilihan peserta masih  mengutamakan soal personaliti dan mengetepikan bakat semula jadi,  terutama vokal yang sehingga kini masih dipertikaikan, tak mustahil  walau sehebat manapun AF9, kualiti peserta yang dihasilkan pasti berada  di takuk yang sama. Fikir-fikirkanlah.
INFO
Sesi uji bakat AFHotel Promenade, Kota Kinabalu Sabah (28, 29, 30 Januari 2011)
Stadium Nasional, Bukit Jalil (11, 12 dan 13 Februari 2011)
Muat turun klip video nyanyian di www.akademifantasia.com.my      
Sinarai Juara AFKenapa agaknya AF akan dihentikan, apakah ada pergolakan politik di sebaliknya atau pun adakah AF nak ikut jejak Maharaja Lawak akan diperdagangkan Artis yang pernah dinobatkan Bintang oleh Astro. Hanya pihak Astro sahaja yang tahu.
Hiburan itu jika tidak dikawal memang melekakan.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia♠