iDAN

01 Oktober 2008

Malaikat Maut Mengintai Selalu (MMms) Penyair iDANRADZi ditahan di Wad Kecemasan (Siri Famili)

(Aku terbaca di internet, ada peminat tulisanku menghantar kisah ini di ruang forum; ceritera ini sebenarnya masih tak selesai. Aku pun tak sunting setiap episod; jadi ada ayat yang tergantung & kesilapan perbagai. Aku sedang mengolahnya semula; jika di bawah ceritera tertulis iDAN: XX bermakna ianya telah disunting semula.)

Penyair iDANRADZi ditahan di Wad Kecemasan.

"Tak boleh tahanlah Mila ... sakitnya."

"Nak ke klinik ke?"

"Tunggulah dulu, ada tak pil tahan sakit di rumah?"

Sejak jam 1:30 pagi lagi aku telah terjaga dari tidur. Rasa sakit rusuk kanan sebelah belakang, nyilu sekali sakitnya. Misterinya jam yang sama 1:30 pagi dua hari sebelum ini sakit sebegini menyerang aku. Tiba-tiba sahaja sakit. Aku bagaikan tak boleh bangun atau berdiri. Aku kuatkan diri bagaikan mahu melangkah ke bilik air. Sakitnya perut ini. Apakah aku salah makan. Termenung di bilik air. Sekadar buang air kecil; sakit terusan amat menyilukan.

Aku cuba mencapai Minyak Kayu Putih, menyapunya serata perut, dahi & tengkuk. Tak ada bedanya, duduk pun tak boleh, baring lagilah sakit teramat sakit. Sungguh aku tak pernah rasa kesakitan yang sebegini. Aku berharapkan dengan menyapu minyak angin itu akan mengurangkan lagi sakit dirusukku. Lagi disapu lagi merebak sakitnya. Hampir separuh badan sakit belaka. Sakit apa ini?.


Di atas tikar kayu ini yang kerap aku terlena di anjung rumah.

Sejam berlalu, sakitnya terusan menyilu. Dari anjung bawah aku ke kamar atas. Naik turun tangga, tak tahu nak duduk atau baring di mana. Gelisah menahan sakit.

" Mila ada tak nampak Panadol di rumah kita ini "

" Ada tu dalam kotak ubat... "

Aku menelan dua biji Panadol. Ke dapur mencari halia, manalah tahu takut angin. Mencampurkan halia dengan air suam. Masa berlalu tapi sakit tak reda. Makin kuat hingga menyesakkan nafas. Uhh! tak boleh jadi, bernafas pun sudah sebiji-sebiji. Nak tarik nafas sakit nak hembuskan nafas pun sakit. Memang aku terbayang Malaikat Maut akan datang, aku mengucap panjang.

" Begini rupanya orang nak mati... " Desus hatiku.

Badan sudah mula berpeluh, aku cuba kembali ke bilik air dengan sedikit kudrat yang makin rapuh. Amat nyilu, amat sakit. Bagaikan aku mahu pitam, aku mencurahkan air ke muka berkali-kali agar tidak tumbang & pengsan di bilik air. Aku mula memikirkan yang tidak-tidak. Terbayang satu persatu kenalan & saudara mara aku yang meninggal mengejut.

Begini rupanya nyawa ingin dicabut, sakit seluruh badan, tak ada ubat penawar. Duduk, bangun, baring & berjalan semuanya serba tak kena. Sakit di mana-mana.

Setiap sakit mesti berpunca dari dosa. Memang dosa aku terlalu banyak. Maka inilah hukumannya, di dunia lagi aku diazabkan dengan kesakitan yang amat sangat. Aku bagaikan akur sendiri.

"Jomlah Mila, kita ke klinik... tapi mana Panel Doktor yang buka 24 jam di Kajang ini? "

"Tak kisahlah abg kita pergi ke klinik mana-mana..."

Mila bangun.

Afiz baru dua hari periksa SPM, Mila ambil cuti separuh hari untuk memberi semangat Afiz menghadapi peperiksaan. Malam-malam lagi sudah memasak. Untuk sarapan.

Mila kini bertukar kerja di Pulau Carey. Tinggal di sana. Telah dua hari dia berulang-alik sebab Afiz tentunya. Azim & Anif tak Sekolah Kebangsaan. Azim & Anif tentulah seronok tidak sekolah pagi, pergi sekolah agama sahaja. Aku membiarkan mereka dilambung mimpi indah.

Jam 3:00 sekitar tiga pagi, aku teringat Zali@Tok Perak, isterinya memang Ketua Jururawat di Kajang; mesti dia banyak cadangan dalam bab sakit ini.

"Zali, maaflah menggangu kau tidur...kau tahu kat mana ada Panel Doktor UPM yang 24 jam di Kajang ini... " Suaraku terketar-ketar menahan sakit.

"Kenapa apa pasal?... siapa sakit "

"Aku... perut ini, sakit sangat dah dekat 2 jam tak reda sakitnya "

"Kajang rasanya tak ada klinik 24 jam, pergi sajalah ke Hospital, Wad Kecemasan ... kalau ke klinik pun bila tak reda sakit tu.. kena hantar ke hospital juga.. " Betul juga katanya.

"Sakit Appendix sebelah kanan ke..?.. " Aku sudah membayangkan kena bedah macam Mila. Mila masa sekolah dah kena bedah sebab Appendix.

"Ha..ah! .. sakit tak bila tekan .. "

"Tak tapi keras sangat perut ni... angin ke..? nyilunya di dalam .. batu karang ke iyerr! " Aku sudah tak boleh tahan. Sakit sangat terketar-ketar nak berbual. Aku syak macam kena serangan batu karang.

Mila sudah bersiap memakai tudung. Aku membuka pintu pagar, menggesa Mila agar cepat. Dalam Avanza kemek Mila aku terfikir, jika Mila tiada di rumah bagaimana iyer... siapa nak hantar aku, siapa nak memandu. Aku teringat masa Mila kena serang Gastrik , kerap ketika dinihari aku menghantar dia ke klinik. Sekarang aku di sebelah Mila, dia memandu laju. Jam masih awal 3:00 pagi. Belum subuh lagi.

"Nak pergi mana ni..? klinik atau hospital ? "

"Entahlah Mila, rasanya elok ke hospital.."

Aku paling malas kena tahan masuk wad. Malas, tak pernah pun duduk sebagai pesakit barang semalampun di hospital. Jaga orang sakit itu kerap; Ziarah tengah malam biasa. Di Hospital memang Malaikat Maut mengintai selalu. Selang beberapa hari dah dengar orang yang aku ziarahi itu meninggal. Aku membayangkan hospital itu tempat berulang alik Malaikat Maut. Ish.. malasnya..! Telah hampir ke simpang empat Balai Polis Kajang.

"Hospital jalan mana iyer ayah.."

"Laa!.. biar bebetul jalan ke hospital pun Mila tak tahu.." Aku cakap dalam hati;

Sudah panik kot Isteri aku ini. Sampai tak ingat jalan, bagus jugak dalam hatiku.

"Mila tak payahlah lah kita ke hospital, Seri Serdang sahajalah.. ke Klinik Penawar "

"Hospital sahajalah... nanti apa-apa terjadi ..kan susah... belok kiri kan?.. " Terhoyong hayang Mila memandu, aku mendesak ke lain... dia pula ke lain. Tahu rupanya dia jalan ke Hospital Kajang. Titik.

Dinihari; embun jantan basah membasahi sakitku. Aku bagaikan nampak kelibat Malaikat Maut di Hospital Kajang... amat begis lagi sasanya!

- bersambung

iDAN: Nov08.

21 September 2008

Bersolat menjamin kesihatan - Akhil Hayy (Hiburan)

oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH



AKHIL Hayy pernah memeriahkan industri muzik rock pada tahun 1990-an bersama kumpulan rock, D’Riyadh.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy, 39 kini popular sebagai artis tetapi kemunculannya bukan setakat menyanyi semata-mata tetapi Akhil turut memainkan peranannya sebagai pendakwah.

Berasal dari Gopeng, Perak, Akhil lebih dikenali sebagai penggiat keseniaan Islam selain menjadi pendakwah bebas.

Seperti artis-artis lain, Akhil juga tidak pernah terlepas daripada gosip yang dianggapnya sebagai lumrah dunia artis dan perlu ditangani dengan bijak.

Popular dengan pendekatannya yang lebih terbuka untuk mendekati remaja, Akhil berusaha mengajak golongan ini ke arah kebaikan.

“Ramai yang berpendapat, imej saya ini agak tidak bersesuaian dengan imej seorang ustaz tetapi itu bukan penghalang saya untuk meneruskan dakwah,” katanya.

Walaupun sibuk dengan karier, Akhil tidak sekali-kali mengabaikan kesihatan. Katanya, amalan solat yang dilakukan setiap hari merupakan tip kesihatan yang paling mujarab.

“Pergerakan solat yang kita lakukan sebenarnya membantu menjaga kesihatan kita. Selain bersukan, amalan wajib ini sebenarnya membantu melancarkan aliran darah dalam badan,” jelasnya.

Akhil Hayy – Bersolat menjamin kesihatan
Untuk sihat, kita tidak perlu bersenam dan mengeluarkan peluh. Seperti saya, solat yang menjadi tiang agama merupakan amalan sihat yang paling berkesan. Misalnya, ketika kita sujud dan rukuk, ia sebenarnya satu senaman semula jadi. Amalan ini paling mudah untuk dilakukan.

Bagaimana pula dengan senaman dan bersukan?
Tidak dinafikan ia baik untuk kesihatan. Cuma wujudkan kelainan, misalnya ketika bersenam, putarkan lagu-lagu zikir dan nasyid. Sambil bersenam, kita pun boleh berzikir.

Bagaimana pula dengan amalan pemakanan pada bulan Ramadan?
Saya amalkan keseimbangan dan kesederhanaan. Amalan pun perlu seimbang dunia dan akhirat. Begitu juga aktiviti seharian kita seperti tidur dan sebagainya.

Apakah aktiviti pada masa lapang anda?
Selain menyampai ceramah, saya juga suka mengembara.

Apakah aktiviti seni anda sekarang?
Sekarang saya terlibat dengan beberapa program Astro Oasis seperti Ustaz Akhil Hayy & Remaja dan slot Indahnya Iman. Selain memenuhi undangan nyanyian.

Bagaimana anda mendekati golongan remaja?
Tidak dinafikan, ramai golongan remaja pada hari ini terlibat dengan aktiviti tidak sihat. Pendekatan terbaik, fahami dan dekati mereka dengan baik. Mungkin ramai tertanya, kenapa saya berambut panjang seolah-olah masih mengekalkan imej rock. Sebenarnya, saya ingin semua golongan menerima saya dan dalam masa yang sama saya boleh berdakwah dengan mereka.

Utusan Malaysia

15 September 2008

Asam GBOOM Best (Harum Aroma)

Asam GBOOM Best 9.50
Kiriman: Mawar Desa
Sumber: Resepi Mak
Hits: 355 Rating: 9.50 Review: 0
Bahan-Bahan:
Asam Terung & Ikan Kering Gboom

Bahan-Bahan - A (Semua ditumbuk)

5 biji bawang merah rose
3 biji bawang putih
10 biji cili padi kampung
1 biji bawang holland (hiris)
sedikit ikan bilis

Bahan-Bahan - B

5 biji terung bulat - ikut suka potong

5 ekor ikan masin kembung
Cara:
Cara-Caranya:-

Tuang minyak dalam kuali sedikit. Tumis bawang holland, bila dah lembut sikit masukkan bahan kisar tadi.(masak sedikit garing)

Kemudian perahkan air asam jawa mengikut kehendak sendiri.Akhir sekali masukkan terung & ikan masin tadi

Tambahkan bahan perisa dan juga garam mengikut suka.Masak hingga mendidih dan boleh dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Boleh dimakan denga nasi panas atau bagi yang suka menghirup kuahnya baik untuk mereka yang tiada selera makan.
Tambahan:
Selain sayur berikut boleh ditukar mengikut kemahuan sendiri.

07 September 2008

KASIH TERAKHIR

Jun 24
Hafizan Che Suh

HUJAN malam tadi bersambung hingga ke pagi.tapi turunnya tidak selebat semalam.Rintik-rintik menitik perlahan menyirami bumi ciptaan tuhan.Airnya jatuh mengenai pepohon-pepohon kayu,dedaun,bunga-bungaan,atap zink dan semua objek terdedah.Tapi semuanya itu tidak Hafiz pedulikan.

Ingatannya jauh singgah mengingati kenangan indah bersama tunangannya Syuhana.Dia rindu untuk melihat wajah Syuhana.Dia ingin sekali mendengar mulut milik gadis itu berbicara manis padanya,kata-kata sayang,kata-kata rindu sering terngiang-ngiang ditelinganya.Namun ianya sudah berubah,sudah tiada kata-kata yang membakar semangatnya.Dan hari itu juga dirasakan hidupnya begitu sepi,begitu kosong dan begitu hambar.

Syuhana!Sebutnya perlahan tapi mendalam.Diramas-ramas tepi dahinya dengan hujung –hujung jari..Kepalanya terasa berat tidak menentu.Digagahi juga bangun menuju ke meja kecil lalu mengambil gelas yang memang berisi air dan diteguknya bersama pil..Terasa sedikit kelegaan.Dia berjalan perlahan menuju ke jendela yang mengadap pepohon kayu yang menghijau.Dilihatnya daun-daun meliuk-liuk ditiup angin pagi,dingin.Hatinya runsing bila teringatkan Syuhana.Awan yang mendung bagaikan mengerti perasaanya.Berarak lesu dan tidak berupaya menyampaikan salam rindunya yang memberat pada Syuhana.Alangkah baiknya,kalau pada saat-saat begitu Syuhana ada disisi,Syuhana datang membelai dan menghilangkan sejuta keperitan yang mengigit akibat terlalu mengenangkannya.

Syuhana!Nama gadis itu disebut lagi.Terasa panas kelopak matanya tatkala terkenangkan suara Syuhana yang ingin memutuskan ikatan pertunangan dan semakin hampir untuk disatukan.Tidak terbayang olehnya akan kehilangan Syuhana yang teramat dicintainya,dan gadis itu adalah segalanya dalam hidup Hafiz.

Hafiz mencapai gelas berisi air kosong.Diteguknya lagi,terasa pahit dan mual dikerongkong.Diurutnya ubun-ubun kepala yang mencucuk-cucuk,peningnya berlegar kembali,matanya panas,mukanya terasa hangat.Diraba-raba tengkuk dan menjalar ke dahi,panas.Aku sakitkah?Soalnya sendiri.Kalau hidup aku sudah tersurat tidak dapat bersama Syuhana aku rela…Namun aku inginnya terus bahagia.Begitu kata hatinya.

Hafiz menelelentang di atas katil bila dirasakan peningnya membawa kesakitan untuk satu kepala.Ditepuk-tepuknya hujung kepala agar keperitan itu menjadi kurang tapi yang terjadi sebaliknya sehingga dia terpaksa berhempas pulas dan akhirnya terus tidur.

Ketika dia terjaga lewat tengah hari,bingit dikepalanya sudah hilang sama sekali.Hafiz membuka matanya yang kelihatan bengkak.Dia bangun dengan agak lemah dan menuju ke bilik air.membasahkan mukanya sedikit.Terasa segar seketika namun masih ada kegusaran dihatinya.

Kenangan-kenangan itu memang sukar untuk dihanyutkan.Dan kalaupun dia hanyut,perumpamaan seperti sabut kelapa kerana dia masih boleh dilihat terapung-apung diatas muka air,fakir Hafiz.Dia kembali mengingati saat indah bersama Syuhana seketika dulu…terlalu indah,terlalu bahagia hidupnya.Dan tidak pernah tergambar Syuhana akan mengecewakannya.

“…Sayang minta maaf,sayang tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan cinta sayang untuk abang hilang dan sayang nak kita tetap berkawan baik!” Begitu ringkas penjelasan Syuhana memutuskan ikatan.

Dan aku?fikir Hafiz,kemana hati hendak aku bawa?Mudahnya orang membuat keputusan.Hatinya bagai disayat-sayat rasanya.Sedih usah dicakap.Menangis hingga buta mata sekali pun,keputusan Syuhana sudah tekad begitu.Saat itu,dia rasakan dirinya tidak langsung dihargai oleh Syuhana.Kalau betul dia cintakan aku,dia tetap akan tunggu aku,tetap dengan janji-janji.Namun,janji akan bersama selamanya dahulu musnah.Fikirnya dan terus tersedu.Aku mengerti,aku mengerti,jerit hatinya.

“Abang…Maafkan sayang.” Rayu Syuhana lagi.Dia juga turut kecewa kerana terpaksa mengecewakan hati insan yang mengharap.

“Tak mengapalah…Abang faham!” Kalimat itu mati disitu seketika.

“Abang tetap dihati sayang,cincin tetap sayang pakai sampai bila-bila.” Luah Syuhana.

Hafiz tidak menjawab.Sebaknya menahan suara daripada keluar.Impiannya punah dihentam badai.Beginikah tersuratnya nasib aku?Suaranya cuma bergetar dalam dada.Suasana sepi,yang terdengar cuma desir angin dan esakan tangis kekecewaan.Syuhana dan Hafiz masing-masing melayan perasaan sendiri.

Hafiz sedar,perkara yang paling menakutkannya sudah pun berlaku.Sekali lagi dirinya dikecewakan dan dia merasakan itulah yang terakhir.Hafiz memejamkan matanya.Dia berasa keperitan yang luar biasa.Nafasnya rasa pendek,kepalanya berdenyut-denyut.Jiwanya hanyut kedasar lautan.Tibalah saatnya dia berasa kesunyian dan kesepian yang tidak terbatas.Semoga Syuhana bahagia,bersama temannya dan mula membina hidup baru.Sedang aku?Terlantar sendiri tanpa sesiapa,tanpa cinta.Untuk apa aku dilahirkan kalau ini yang aku dapat?Rintih hati kecil Hafiz dengan persaan pilu.

Dia bangun dan menuju kejendela.Diluar langit pekat tanda hujan akan turun.Selebat mana hujan menyimbah muka bumi,tidak akan dapat melentur ketandusan dan kekeringan di hatinya.Hati yang sudah tersiat,hati yang telah punah,hati yang dah hancur.Apakah dia akan mendendami Syuhana?Pastinya itu mustahil.Untuk apa aku marah padanya kerana Syuhana punya hak tersendiri untuk membuat keputusan dan membuat pilihan.

Yang nyata bukan aku pilihannya meskipun dia mengemukakan sejuta alas an.Kalau dia sabar,pasti aku dan Syuhana akan bersama selamanya.Kenapa perlu hadir orang ke-3 yang memusnahkan segala impian bahagia kami?!Ah…Hafiz sedar sendiri.Mungkin bukan jodoh aku bersama Syuhana.Diam-diam dia merestui perpisahannya dengan Syuhana.Berbahagialah,bisiknya seiring dengan rintik hujan yang mula lebat jatuh ke bumi.Hafiz mendengus sambil menutup tingkap kerana tempias makin galak menjerumus ke kamarnya.

Hari-hari yang dilaluinya terasa begitu panjang.Terasa jarum saat yang bergerak itu terlalu perlahan untuk menghabiskan satu pusingan.Hafiz gelisah,kalaulah dia mampu tidur,ingin saja dia tidur sepanjang hidupnya,ingin sahaja dia tidur menghilangkan segala kekusutan yang menjalar dalam hatinya.

“Perasaan halus yang terlalu menyeksa dikala sendirian.”Hatinya berdetik begitu,menenangkan fikiran yang bergelodak,mendidih!

Apa agaknya yang dilakukan oleh Syuhana sekarang?Fikirnya dikala sendirian dibilik.Sedang bahagiakah dia?Memadu cinta baru diatas kekecewaan dan kedukaanku.Aduh!Pedihnya hati tiada siapa yang tahu.Hanya dia yang menanggungnya.

Hafiz termenung sendiri,menyandarkan badan ke dinding,beralaskan sebiji bantal agar tidak terasa sakit.Dia menatap potret Syuhana sedalam-dalamnya.Dia tidak pernah jemu untuk merindui gadis itu,tidak pernah jemu untuk mengucapkan kata-kata cinta,kasih dan sayangnya pada Syuhana.Namun tiada kegembiraan lagi dalam dirinya tanpa Syuhana…

Diri ini…

Amat terasa kepahitan hidup

yang terpaksa ditempuhi

begitu sukar untuk dilalui,

liku-liku hidup yang mencabar…

Diri ini juga kadangkala teringin

Untuk mencapai kebahagiaan

Tetapi apakan daya

Diri ini bagai tidak diperlukan lagi

Oleh insan yang tersayang.

Sesekali diri ini

Terasa begitu cemburu

Melihat insan lain

Yang sungguh bahagia

Ingin juga diri ini

Menjadi seperti mereka

Tetapi…kutahu itu

Adalah mustahil bagiku

Kerana…Aku dilahirkan

Hanya untuk menyayangi

Tapi bukan untuk disayangi.

Diakhir garisan ini

Diri ini masih lagi

Mengharap untuk menemui

Kembali kebahagiaan

Bersamamu…


Hafiz begitu gembira dengan kehidupan bersama Syuhana.Malah sejak kehadiran Fariz Syuhaimi,Hafiz semakin gembira.Setiap hari didukungnya anak kecil itu.Pipi putih anaknya itu diciumnya bertalu-talu.Setiap hari dihiasi jerit pekik Fariz.Memang membingitkan telinga,tetapi itulah tanda kebahagiaan.

Alangkah bahagianya kehidupan ini.Mempunyai anak yang comel dan mempunyai isteri yang penyayang.Mereka tidak ubah seperti sebuah keluarga yang bahagia.

Dikala lena tidur pada malam itu,dia tersentak oleh satu tangisan.Hafiz berusaha mencelikkan mata,walaupun terasa pedih pedih.Kelihatan Syuhana bingkas bangun dan mendapatkan Fariz.Diambilnya anak itu dari buaian.Dia memangku Fariz sambil memujuknya agar berhenti menangis..

“Fariz jangan nangis saying,Fariz sayang ibu kan!?” Pujuknya sambil mengusap rerambut halus dikepala Fariz.Anak yang baru berumur enam bulan itu masih belum tahu apa-apa.

Hafiz masih lagi berbaring dikatil,hanya memerhati.Jari lembut Syuhana terus mengusap rambut Fariz.Suara tangisan masih lagi berterusan walaupun tidak senyaring sebelumnya.Demi kasih sayang dan cintanya melihat keadaan Syuhana yang keletihan itu,Hafiz juga bangun.Duduk disisi katil.

“Kenapa dengan Fariz Sayang?”Hafiz mengajukan pertanyaan pada isterinya.

“Entahla Bang!”Syuhana mendongak pada Hafiz sambil pehanya digoyang-goyangkan untuk mendodoi Fariz.

“Dia sakit perut tak?”

“Nak kata kembung,perutnya biasa saja.”Kata Syuhana lagi.

“Kena gigit nyamuk?”

“Mana nyamuk boleh masuk dalam kelambu tu!”Tangkasnya sambil memuncung ke arah buaian berjaring halus ditepi katil.Syuhana tersenyum dengan pertanyaan yang bertalu-talu.

“Buatkan susu!”

“Abang la tolong buatkan.Jangan penuh sangat,buat setengah saja.”

Hafiz menuju kedapur,meraba-raba dinding mencari suis lampu,matanya masih pedih kerana mengantuk.Sejak mendapat anak sulung ini dia sering tidak cukup tidur.Syuhana juga begitu,melayan karenah Fariz.

Dalam separuh sedar itu,dapat juga dia membuatkan air susu untuk Fariz dan menyuakan ke mulut kecil itu.Matanya tertutup rapat,mulutnya menghisap puting botol.

“Abang tidur lah dulu,pagi nanti abang nak kerja.”Suruh Syuhana,sebelah tangannya memegang botol susu.

“Tak apa lah,Abang temankan Sayang.Susah orang beranak kecil ni.”

“Apa nak buat?Bersabar aje la.Semua orang macam ni.”

“Tak jemu?”

“Apa nak dijenukan?Ini semua satu kepuasan.Sayang bahagia!”

“Nak beranak lagi tak lepas ni?”Usik Hafiz.Tangannya kini membelai rambut Syuhana dengan lembut.

“Mesti la nak!Lagi ramai anak,Sayang tambah bahagia.”Dia tersenyum bahagia.

“Abang nampak letih sangat tu,eloklah Abang tidur.”Tangan Syuhana menggengam tangannya.Matanya kuyu.Dia terlalu mengantuk.

“Tidur lah Bang!”Sambungnya seperti berbisik.

“Jangan risaukan Sayang.Nanti Sayang tidur.”Tambahnya lagi.

Hafiz mencium pipi putih itu,kemudian bibirnya mencecah kepipi Fariz.Suara Syuhana menyanyi kecil terngiang-ngiang di telinganya.Keletihan yang amat sangat membuatkan Hafiz terlena dengan cepat.

Dalam kenikmatan tidur itu,Hafiz tersentak lagi dengan deringan telefon bimbitnya,kelopak matanya terasa amat berat.Baru beberapa minit sahaja dia tertidur rasanya.Dalam berpinar-pinar itu dia melihat ke sekeliling bilik.Terasa janggal.Wajah Syuhana dan Fariz tiba-tiba muncul dibenak.

“Astagfirullah…!”Dia bermimpi.

Ingatannya perlahan-lahan kembali normal.Hafiz tersenyum,hampir terlupa kedukaannya.Dalam waktu yang sama dia cuba mengingati kembali mimpi manis tadi,mimpi yang sungguh indah.Hafiz mencapai tuala dan beredar ke bilik air.Bayangan mimpi indah tadi semakin terbayang.Walaupun ianya satu mimpi,tapi cukup bermakna.Dan harapannya agar mimpi itu menjadi satu kenyataan walaupun belum pasti.


Ombak laut berhempas pulas dipermukaan air dan pecah berderai ditepi pantai.Pepohon rhu yang sudah condong berdesir-desir dihembus angin petang.Beberapa orang kanak-kanak tidak berbaju berkejar riang dan berhenti dekat istana pasir yang sudah rebeh sebahagiannya.

Hafiz duduk diatas sebatang pohon rhu yang sudah tumbang,mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakannya.Asap rokok itu disedutnya dalam-dalam sambil memerhati kanak-kanak bermain.Mungkin mereka datang dari perkampungan nelayan yang berhampiran.Tahan lasak dan tidak takut hitam.Fikir Hafiz dan menjeling kearah Haikal yang leka makan keropok udang.

“Hendak?”Tanya Haikal dan menghulurkan plastik berisi makanan ringan pada Hafiz.Hafiz geleng kepala.

“Apa ni?Makan tidak,minum tidak,asyik sedut asap rokok aje.”

“Tak mengapa…Aku senang begini.”

“Begini,bagaimana tu?”

“Macam ni la.Dapat tengok ombak,pantai dan kanak-kanak riang membina istana pasir.”

“Kau ni terlalu ikutkan persaan…Jangan layan sangat rasa kecewa kau tu..Mulakan hidup baru…Mungkin kau dengan Syuhana tiada jodoh.Bersabarlah.” Nasihat Haikal pada Hafiz.

“Ntah la…Aku terlalu sayangkan dia.Apa yang aku buat selama ni hanya untuk masa depan kami bersama,hidup aku,karier aku…Tanpanya aku tak akan capai semua ni.Aku hilang arah,hidup aku rasakan kosong.” Hafiz melepaskan keluhan.Dia menguis-nguis kulit kayu yang sudah menggelupas dari pohon rhu.Dia kembali termenung,memandang jauh ke tengah laut.Ombak memutih disana seperti juga cintanya yang putih sejak dulu lagi terhadap Syuhana.Ombak putih menghilang dan muncul kembali tapi cinta putihnya terhadap Syuhana tidak akan hilang sampai bila-bila.

“Bunga bukan sekuntum Fiz…Yang lepas biarkanlah lepas,kalau kau nak,aku boleh tolong carikkan untuk kau.”Haikal cuba berjenaka.

Hafiz diam kerana tidak tahu apa yang patut dijawab.Dilayangkan pandangan ke laut lepas.Sayup-sayup kelihatan beberapa buah kapal nelayan ditengah lautan…Apa yang wajar aku lakukan?Fikirnya sendiri.Hati aku?Haruskah aku dapatkan penganti Syuhana.Tidak!Aku pernah berjanji,Syuhana adalah kasih terakhir yang aku cintai dalam hidup aku.Tiada insan lain yang layak menggantikan tempat Syuhana dalam hati aku.Fikirnya mencari kepastiaan.

“Kau ni pelik la Fiz?”

“Aku pelik?”

“Ya…”

“Apsal pulak kau cakap camtu?”

“Mahunya tidak.Macam la dalam dunia ni Cuma Syuhana saja orang perempuan.”

Hafiz hanya tersenyum dengan kata-kata Haikal.Kau tak faham hati aku Haikal.Cetus Hafiz.Syuhana bagiku umpama intan terpilih,yang nyata aku terlalu mencintai Syuhana.

“Aku nak jalan-jalan ditepi pantai,dah lenguh aku duduk begini.Kau nak ikut?” ajak Hafiz.Haikal menurut saja.

Hafiz menyusur disepanjang pantai yang indah itu.Angin meniup lembut.Suasana hening dengan kicauan burung-burung menyanyi.Sekali-sekala ombak yang kuat datang menerjah ke kaki Hafiz yang tidak bersepatu.Dia menghala ke arah istana pasir buatan budak-budak,memerhati kanak-kanak yang cuba membaiki istana yang sudah rebeh dihentam ombak.Tiba-tiba ombak besar dating dan menghempas ke istana pasir.Berkecai semuanya.

“Hah!Dah roboh istana…..”Cetus Haikal tersenyum.

“Macam cinta aku dengan Syuhana…”Beritahu Hafiz selamba.Dengan tak semena-mena kepalanya terasa pening dan berdenyut-denyut.

“Kenapa ni Fiz?Kau okey ke?”Tanya Haikal.

“Tak ada apa-apa,mungkin aku tak cukup tidur.”Sahut Hafiz tertahan-tahan.

“Dah ar…kita balik sajalah”.Ajak Haikal. Hafiz mengikut saja.Dia memicit-micit kepalanya dengan hujung jari.Entah apa pula silapnya,cetus Hafiz sambil berjalan menuju ke kereta.

Di dada langit,warna oren kemerah-merahan mula mencalar.Disebelah atasnya pula awan putih berintik-rintik mencelah melorek hamparan biru langit.Hafiz menoleh seketika,kalau umur aku panjang,aku datang lagi.Bersama Syuhana barangkali atau sendiri.

Masa terus berlalu,Hafiz tetap dengan perasaannya,terus setia mencintai Syuhana walaupun dia sedar Syuhana bahagia bersama pilihannya.Malam itu bulan mengambang terang.Bintang-bintang juga turut mencelah mewarnai keindahan alam diwaktu malam.Hafiz berdiri tegak memandang angkasa raya.Jendela kamarnya terbuka luas menjemput bayu dari luar untuk menghuni didalam.Segala-galanya yang dipandang menjadi kosong serta merta.Tiada lagi harapan buatnya.Hidupnya kini semakin sepi.Semakin dikenang,semakin sakit,semakin diingat semakin menggigit kesengsaraan itu..

Dipejamkan matanya.Dilayangkan fikirannya jauh mengenang saat bersama Syuhana dulu,ingin memiliki gadis itu namun tidak kesampaian,bahagia hanya seketika.Betapa kecilnya dia saat itu.Betapa sempitnya dunia dirasa.Segalanya dirasa menghimpit dan sesak nafasnya menahan sedu.Oh Tuhan!Bantulah aku,bantulah aku yang lemah ini.Berat rasa kaki ini untuk ku hayunkan seiring masa yang beredar.Bisiknya seorang diri.

Air matanya menitis.Rasa semalam Syuhana masih bersama disisinya.Rasa kelmarin Syuhana datang membelai dengan kata-kata manja.Hari-hari yang sebelumnya juga dirasakan Syuhana begitu dekat padanya.Ditamparnya pipi itu berulang-ulang kali untuk mengembalikan kekuatan diri.Ditumbuk-tumbuknya dinding biliknya agar terasa kesakitan diluar maka dia mengharapkan hilanglah sedetik kesengsaraan yang dipikul didalam..Tapi sia-sia sahaja.Semuanya tidak berupaya menghilangkan kerinduan dan kenangan terhadap Syuhana.Malah terdengar-dengar pula bisikan kata-kata manja Syuhana menari-nari disekitar telinga.

“Sayang terlalu mencintai Abang,Sayang nak bersama Abang selamanya…” Ucap Syuhana manja.

Hafiz berjalan lesu menuju ke meja kecil disisi katilnya.Mengambil sekeping kad lalu mambacanya sekali lagi.Majlis perkahwinan Syuhana lagi beberapa hari akan dilangsungkan.Dan esok dia harus berangkat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis itu.Semoga berbahagia sayang…semoga bahagia selamanya.Aku akan hadiri majlis kegemilanganmu sayang dan aku akan pergi jauh dari sini untuk ubati luka ini sendiri.Bisik hatinya.

Hafiz memandang beg yang bersandar tenang ditepi dinding bilik.Beg itulah yang akan diusung pada pagi esoknya untuk dibekalkan pada perjalanan hidup baru.Biarlah aku bawa hati yang luka ini sendiri,biarlah aku tangisi hidup yang punah ini jauh-jauh dari sini…Biarlah,fikirnya dan berjalan semula menuju kejendela yang masih belum ditutup.

Hari bahagia Syuhana akhirnya tiba jua.Dalam kamar pengantin yang sudah dihiasi serapi-rapinya.Syuhana duduk tenang dibirai katil.Teramat cantik dan berseri-seri.Teman-temannya turut berada disamping.Syuhana hanya memberikan sebuah senyuman pada Hafiz bila lelaki itu menjengah seketika dikamar pangantin itu.

“Selamat pengantin baru Syuhana,semoga bahagia…”Ucap Hafiz tersenyum walaupun dalam keadaan terluka.Hafiz memohon menundur diri daripada terus berada di bilik itu.Dia tidak sanggup untuk menatap wajah Syuhana lama-lama.Dia terlalu mencintai gadis itu namun dia tidak memilikinya.

Suasana diluar hangat kerana tetamu yang ramai dan berhimpit-himpit.Hafiz yang turut berada dalam kelompok itu untuk menyaksikan acara akad nikah sudah berpeluh-peluh kerana tidak berupaya melawan kehangatan disekitarnya.Mungkin orang yang bersesak-sesak menerbitkan ketidakselesaan itu.

Tuan kadi juga sudah sedia duduk mengadap.Untuk langkah permulaan,Faizal disoal dengan hukum-hukum agama,serba sedikit tentang sifat 20,tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan seumpamanya.Kemuadian beralih pula kepada perkara yang paling mendebarkan hati pengantin dan…”Aku terima nikahnya Nur Syuhana binti Ahmad Rahim dengan mas kawin sebanyak lapan puluh lapan ringgit tunai.” Begitu kata-kata yang terlontar dari mulut Faizal dan semua yang mendengar mengangguk-anggukkan kepala tanda sah dan lengkaplah sudah upacara akad nikah tersebut.Semuanya tersenyum mengulum.Hafiz hanya memerhati,alangkah bahagianya andai aku yang berada dihadapan tuan kadi dan melafazkan akad nikah itu..Detik hatinya.Dan seketika itu,dia dapat merasakan denyutan dikepalanya yang tadi ditahan-tahan semakin menjadi-jadi.Mencucuk-cucuk sehingga sampai keumbi rambut.Apa kena dengan aku ni?Fikirnya sendiri dan cuba bangun untuk keluar dari dala rumah itu.Makin dicuba untuk bangun,makin berat pula terasa dikepalanya.Setan mana pulak yang bertenggek dikepala aku ni.Cetus hatinya dengan mata yang berpinar-pinar menahan kesakitan.Dilihatnya satu kepala bersambung-sambung menjadi empat lima.Pandangan pula bertambah kabur,waktu dia mencuba sedaya upaya untuk melangkah itulah,tiba-tiba saja tubuh sasanya melayang jatuh ke lantai.Suasana menjadi kecoh dan huru-hara.

Sepupunya Haikal menerpa dengan wajah cemas menghampiri Hafiz yang tidak sedarkan diri.

“Bagi ruang biar udara masuk.”Kata Pak Cik Ahmad yang sama risau melihat Hafiz pengsan.

Syuhana yang baru saja keluar kerana mendengar bunyi bising dari arah luar terperanjat bukan kepalang melihat Hafiz terjelepuk dilantai..

“Sabar lah Hana.”Faizal memeluk bahu isterinya.

“Bawa air kesini.” Arah Pak Cik Ahmad.Mak Cik Noriah yang berada disitu bergegas ke dapur.Semangkuk air kemudiannya diberikan pada Pak Cik Ahmad,lalu disapukan air itu keseluruhm muka Hafiz.Seketika kemudian Hafiz kelihatan membuka matanya dan terpinga-pinga tapi masih lemah keadaannya.

“Kenapa dengan kau Fiz?”Tanya Haikal kerisauan.

“Elok kita bawa dia ke hospital.”Usul Pak Cik Ahmad kemudiannya bila melihat Hafiz lemah kembali.Hendak dipanggil doktor datang kesitu payah juga kerana orang berkenduri-kendara.

“Yang lain-lainnya sambung teruslah,saya minta maaflah sebab terpaksa pergi sekejap.”Kata Pak Cik Ahmad selaku tuan rumah.Para tetamu mengangguk penuh mengertian.Pak Cik Ahmad kedapur bercakap dengan isterinya seketika.Menyuruh Mak Cik Noriah meneruskan majlis seperti biasa.

Haikal dan Saiful memapah Hafiz masuk kedalam kereta.Orang ramai yang sedang makan diluar juga dating membantu mana-mana yang perlu.

Kereta Honda Civic hitam meluncur laju menuju ke destinasi.Dalam kereta masing-masing cuma membisu.Haikal memandu dengan penuh perhatian.Sampai dihospital,Hafiz dibawa masuk kebilik kecemasan.Pak Cik Ahmad,Saiful dan Haikal menanti diluar.Masing-masing dengan perasaan sendiri.Pak Cik Ahmad terkenang-kenangkan anak gadisnya dirumah.Terbayang diruang matanya keadaan Syuhana yang terkejut bila melihat hafiz tidak sedar diri ditengah rumah.diselitkan juga doa untuk kesejahteraan hafiz didalam bilik kecemasan.

Seharusnya hari itu merupakan hari yang paling bahagia dan bermakna buat Syuhana.Entah apa pula malangnya.Sepatutnya kehadiran Hafiz dapat dikongsi rasa gembira dihari perkahwinannya,tapi Hafiz tiba-tiba saja jatuh pengsan dan tidak sedar diri.Apakah petanda itu?Apakah firasat yang mahu disampaikan?Apakah Hafiz akan….?

Mereka yang menunggu yang menunggu diluar wad kecemasan menerpa bangun bila melihat Doktor Razlan keluar.

“Bagaimana doctor?” Pak Cik Ahmad ajukan pertanyaan untuk mengetahui berita tentang Hafiz.Yang lain Cuma memandang menunggu penjelasan..

“Ikut saya ke pejabat.”Perintah Doktor Razlan dan Pak Cik Ahmad,Saiful serta Haikal menurut tanpa rasa was-was.

“Saya berharap Pak Cik dan yang lain bersabar menerima berita ini,kalau awal-awal boleh dicegah tapi…”

“Apa maksud Doktor?” Potong Pak Cik Ahmad dengan kemas.

“Hafiz disahkan mempunyai ketumbuhan pada saraf otak dalam peringkat yang paling berbahaya.”Kata Doktor Razlan tenang.

“Ya Allah!” Seru Pak Cik Ahmad,semua yang berada disitu sayu.

Syuhana datang bersama Faizal menjenguk Hafiz di hospital petang itu.Sayu hatinya melihat keadaan Hafiz terbaring lemah.Syuhana duduk disisi katil merenung wajah yang pernah bersamanya dahulu,yang pernah mempunyai ikatan pertunangan bersama lelaki itu,namun jodoh tidak berpanjangan.Turut berada disitu ahli keluarga Syuhana dan Haikal yang dari tadi menemani Hafiz.Hafiz perlahan-lahan membuka matanya,cuba untuk tersenyum tapi hambar.Diperhatikan orang disekelilingnya dan singgah ke wjah insane disayanginya yang kini menjadi milik orang.Masih jelas inai dijari dan masih terlekat cincin ikatan kasih Hafiz dijari Syuhana.

“Maafkan Fiz kerana merosakkan majlis Hana tadi.” Tersekat-sekat suaranya meluahkan kata-kata.

“Andai Fiz pergi,Hana jaga diri bebaik,Hana dah jadi milik Faizal.Hana dah capai impian Hana walaupun bukan dengan Fiz.Fiz harap Hana akan terus bahagia…” Dikejap-kejapnya air mata yang bertakung dibirai mata.

Syuhana tidak menjawab apa-apa,hanya kelihatan air matanya berlinang membasahi pipi putih itu.Wajah Hafiz yang pucat lesi itu direnungnya.

“Fiz harap pengorbanan kasih terakhir Fiz tidak Hana mensiakannya…Berbahagialah.”Sedunya tiba-tiba terburai,dan air mata Syuhana makin laju menuruni dipipinya.

“Maafkan Fiz atas segalanya…”Hafiz mengenggam erat jari-jemari Syuhana.Faizal hanya Memerhati,mungkin dia memahami.



Dan…Hafiz mengucapkan kalimah syahadah disisi Syuhana yang diaturkan oleh Pak Cik Ahmad.Tiada lagi kedengaran burung-burung berkicauan,awan berarak perlahan,mendung dan membasahi bumi ciptaan Tuhan.

Hafiz menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan teratur dihospital itu.Bersyukur benar Syuhana kerana dia sempat berada disamping arwah yang terlalu setia mencintai dirinya hingga akhir hayat.


“KePunYaAn ALLAH LaH SegaLa yAng bErAda diLaNgit dAn diBuMi,DaN KepaDa ALLaH LaH diKeMbaLi SeGALa urUSan.”

(Ali’ ImRan- AyaT 109)

Terima Kasih Hafizan... maaf jarang buka e-mel di google ini. Tu yang lambat nak masukkan ke blog ini. iDAN

19 Ogos 2008

Jika Esok (Singgahsana)

Jika esok adalah hari-hari semalam, tentunya aku akan menyambutnya dengan gembira. Bagaikan memetik jambu di laman rumah. Ataupun berulam pucuk kelempung & pucuk kaduk. Atau pun apak membawa daging burung punai yang diburunya di pohon ara. Sesekali makan daging burung merpati yang begitu banyak berkampung di kedai apak.

11 Ogos 2008

Acar Ikan Tenggiri (Harum Aroma)

Acar Ikan Tenggiri
Sumber: Majalah Jelita Jun 1991
Hits: 2667 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
4 potong ikan tenggiri
4 camca sedang cili boh
2 camca sedang rempah kari
1 camca teh biji sawi
Sedikit minyak
3 tangkai cili merah (dipotong memanjang)
1 cawan santan pekat
2 camca sedang kerisik
Rempah tumis, kunyit, garam, gula dan cuka

Bahan dimayang:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1.25 sm halia
Cara:
Ikan di basuh dan ditoskan. Kunyit dan garamkan ikan lalu dipanggang. Tumis bahan-bahan mayang bersama rempah tumis, kacau hingga kuning. Kemudian masukkan rempah kari, cili boh dan santan. Kacau hingga kuning. Masukkan kerisik, cili merah, garam, cuka dan ikan. Kacau perlahan-lahan hingga masak.

05 Ogos 2008

AwanPutih (Delima Merkah)


Bagaimana jika aku katakan aku tidak mampu melupakanmu? Haruskah aku berserah, bila aku rasa telah aku lakukan segalanya untuk menggembirakanmu, biar pun akhirnya kini, aku tertinggal sendiri. Dikau pergi dan enggan kembali.

Terkadang aku impikan dapat berbual bicara, bercanda dengan kata-kata seindah AwanPutih. Namun keadaan menjadi makin keliru. Hati bagaikan mencari bucu kedamaian. Tidak dapat tercapaikan.

Ada ketikanya waktu bagaikan berhenti mencari nilai intim yang rebah di kaki kenangan. Bagaimana harus aku mencari nilai diri yang makin dipandang sepi & sinis.

AwanPutih

31 Julai 2008

Ulan ooo Ulan 2 (Kerjaya)

"Kejamnya majikan Ulan!"

Pasti terlahir kata-kata itu dibibir kita. Apakah tiada rundingan. Sedangkan sesama kita bukankah masing-masing makan gaji. Apakah wajar kita perdajal sesama kita. Siapa majikan dia. Sabar!.

Ulan asalnya seorang yang pakar kimpalan. Aku masih teringat zaman Ulan bujang ketika gila-gila pakai motorsikal Yamaha RXS atau Honda berkuasa besar 80an. Hobinya buat eksos sendiri. Melalak seMalaya. Semasa itu memang dia berkerja di bengkel kimpalan Kejut.



Bayangkan seorang yang pakar kimpalan ditukarkan ke makmal komputer. Apa lagi diam-diam dia buka bengkel haram sebelah makmal. Mana tidak bisingnya majikan Ulan. Selain itu Ulan juga memang pakar baiki perbagai motor. Kerja besi ditukarkan ke ICT. Kontras betul.

Aku teringat pernah satu hari aku cuba menunjuk ajar dia format cakera keras. Tak mahu saja okey format dibalingnya cakera keras itu. Paham-paham saja apa jadi. Orang besi nak buat kerja lembut. Nahaslah cakera keras.

Bagiku tempat sebaiknya memang Ulan di bengkel kimpalan, dia juga mahir dengan mesin larik & banyak lagi kemahiran di bengkel, bukan makmal komputer.

Dalam masa yang sama ada tersimpan dendam tak sudah terhadap kekasih Ulan oleh majikannya. Majikan Ulan ini dulunya berkhidmat di Ladang. Bila Pejabat Ladang UPM tutup ramai staf dari sana masuk ke Kejut. Majikan Ulan ini seorang wanita. Dendam seorang wanita dengan seorang wanita memang berpanjangan. Ulan asyik membawa masuk kekasihnya ke makmal. Isulah satu isu panas.

Kekasih Ulan memang kenalan rapatku. Pelajar Master dari Indonesia. Aku kenali gadis ini lebih dari tiga tahun sebelum Ulan kenal madu cinta. Malahan aku juga yang mengenalkan mereka berdua. Tak sangka pula mereka jatuh cinta. Bagai belangkas tak boleh dipisahkan. Kenapa aku katakan madu cinta. Ulan telah berkahwin; & kini bercinta dengan gadis yang memang amat cantik.

Orang minang memang berwatak lemah lembut, kena pula memakai susuk. Adoi memang boleh mengingau malam. Aku sendiri cemburu bagaimana mereka baru tiga minggu berkenalan boleh jatuh cinta sedangkan aku tiga tahun berkenalan rapat tak apa-apa. Aku masih merasakan gadis ini bagai adik kandungku. Isk! rugi.

Kemelut percintaan Ulan dengan bengkel haramnya & dendam tak sudah seorang wanita memanglah boleh meletus gumpulan api amarah yang amat sangat.

Emmm! makmal kayu Blok G penuh ceritera. Aku teringat Arwah Nasha suka bermain Ping Ball di makmal itu. Ceritera Arwah Nasha memang mendapat perhatian banyak pihak. Jika masih tidak menghayati ceritera tragis bagaimana staf Kejut boleh stres sampai mengantung diri.

Atau Sila Klik sini (Kisah Tragis)

Sila Klik sini (Kisah Tragis)

Berbalik Kisah Ulan...

Memang ada rasionalnya majikan menukar kunci & memindahkan Ulan. Takut makmal terbakar & perbagainya. Namun dalam pembelaan Ulan bagiku; memang lebih rasional rasanya Ulan bertindak sedemikian lantaran sementelah kehidupannya tidak boleh dipisahkan dari besi bukan komputer. Kenapa dipisahkan Ulan dengan besinya. Bukan tak ada staf Kejut membuat projek besi-membesi & dibenarkan oleh majikan menggunakan segala kemudahan yang ada di sini. Kenapa hak itu tidak diberi untuk Ulan. Ulan terpinggir sebenarnya.

Ulan kini berjaya sebagai usahawan grill sebagai kerja luarnya. Punyai bengkelnya sendiri. Ramai pekerjanya. Sayang UPM tidak menilai kemahiran dia buat membimbing pelajarnya.

29 Julai 2008

Isunya Pencen 58 (Singgahsana)

"Abg Raman tak sanggup lagi melihat kelakuan rakan kerja yang muda-muda kini"

"Kenapa pula?"

"Mereka langsung tak menghormati kita yang dah tua ini"

"Mungkin mereka merasakan mereka lebih pandai kot!"

"Abg Raman rasa bukan sebab itu, tapi memang di rumah mereka tak diajar menghormati orang tua!"

Memang sejak kebelakangan ini, bilamana kalangan staf dari Poli masuk ke fakultiku; Bagaikan ada satu perubahan. Satu koata dari semua pihak. Pensyarah lebih menyukai staf ini berbanding orang lama. Apa saja kemahuan staf ini dipenuhi. Staf lama bagaikan terpinggir.

alam pergaulan pun sama, staf poli ini makin lama makin ego. Cakap semborono. Ikut sedap cakap. Makin menunjukkan belang & menunjul diri. Seolah-olah mereka pandai segala. Seolah-olah dengan sijil atau diploma yang mereka miliki mereka telah berani mempelekehkan staf lama.

Bagaikan mereka tak percaya staf lama, boleh segala kerja teknikal. Seolah-olah dengan sijil & diploma mereka... mereka tahu segala. Ini amat ketara jika staf yang berkerja dengan mereka itu dari kumpulan bawahan, Pembantu Am contohnya. Mereka seolah-olah tak percaya Pembantu Am ini lebih mahir dari mereka.

Itu yang dimaksudkan oleh Abg Raman. Dia rasa tersisih & tidak dihormati lagi. Dia sanggup pencen segera biarpun dia layak berkerja sampai umur 58 tahun. Tahun depan genap umur dia 56 tahun dia akan berpencen.

Ulan ooo Ulan (Singgahsana)

Mana pula perginya si Ulan ini, Ulan yang dulunya staf di sini. Sekarang dia ditukarkan ke Medic. Situasinya sama denganku, pastinya ada sesuatu yang sama mungkin tidak disukai oleh jabatan atau fakulti. Maka langkah menukarkan tempat kerja tentunya akan memuaskan hati seseorang.

Si Zul tadinya datang kononnya sebagai wakil Kepertama. Dia cuba mempertahankan kedudukan kerjayaku. Sampai berhentak meja, sayangnya dia tidak berbincang di mana tempatnya aku perlu ditugas. Apa bidang yang aku minati. Hanya ada dua pilihan dari Kepertama katanya. Pertama aku dihantar ke Pentadbiran Depan, Di depan aku akan jadi bagai Amir, bagai Din KAA belum tahu untung nasib. Atau terpaksa berkerja dengan Tim Pendaftar; Buat kerja grafik atau laman web yang aku telah tinggalkan sejak zaman dulu.

Terus terang aku gagal dalam membina laman web jabatan lantaran payahnya mendapat maklumat. Itu yang aku bincangkan dengan Dr Fadlee; Pernah aku membina laman web untuk KJku; aku kira ianya sudah cukup cantik tetapi senang-senang dipadam tanpa pengetahuanku. Semasa di KKA juga aku pernah bergabung ide kreatif membina laman web bersama Suryani. Aku merasakan ianya telah cukup cantik tetapi hasil kerja itu dipadam begitu sahaja.

Bagiku bilamana hasil kerja yang kita rasakan telah okey tetapi tidak diterima oleh orang lain; itu bermakna kita gagal. Laman web atau aku lebih suka memanggilnya situs... yang berjaya ialah ianya kekal dari frem asal. Jika ditukar pun bukan keseluruhannya tetapi adalah maklumat yang bertambah. Sebagai contoh kita lihat bagaimana yahoo atau google terusan mengekalkan format atau frem asal situs mereka. Cuma logo atau bahan maklumatnya sahaja bertambah. Identiti itu kena ada dari perbagai sudut, rona, maklumat terkini, mudah & ringan untuk dilayari.

Bilamana aku kenang-kenangkan bidang kerjayaku dalam laman web memang aku kecewa. Aku gagal sebenarnya. Maka itu sekarang aku lebih senang menggunakan khidmat percuma blog@jurnal yang telah ada pilihan kerangkanya sendiri. Mudah & menarik.

Begitu juga dengan kerja-kerja grafik, bukan satu kerjaya yang mudah atau cincai untuk menghasilkan hasil kerja yang kreatif & bermutu. Ianya perlu memerah minda & suasana persekitaran kerja yang sesuai. Ianya juga perlukan banyak latihan barulah sesuatu itu akan nampak terserlah & berjaya. Faktor umur & kesihatanku perlulah difikirkan. Aku yang kini tak boleh stres! ada baiknya melupakan bidang grafik ini.

Maka itu sudah sampai masanya bilamana minat kita dihalang. Kerjaya kita tidak lagi diperlukan. Ada baiknya aku terpaksa mencari jalan sendiri. Maka itu aku merancang berpencen awal. Terbaiknya bila khidmat aku telah mencecah 30 tahun. Aku memerlukan sekitar dua tahun sahaja lagi untuk genap tempoh perkhidmatan 30 tahun.

Emmm!, baru Ulan datang telah hampir ke jam 9:30 malam.

Malam-malam dia memang kerap bersantai di makmalku, selain Akar atau Eris memang persahabatan kami agak intim. Ulan asal kejadiaannya sememangnya staf Fakulti Kejut. ini. Dia lebih sebulan awal dariku mendaftar diri. Julai 1980. Jabatan paling akhir dia ditukarkan ke lain fakulti adalah semasa bertugas di jabatan KKK, jabatan yang aku duduki kini.

Sejarah pertukarannya teramat mencabar kesabaran. Bayangkan bilamana dia mahu memasuki makmalnya, kuncinya telah ditukar. Bila ditanya ke pihak pengurusan.

"Awak telah kena tukar ke fakulti lain"

"Bagaimana dengan barangan saya yang masih ada di makmal"

"Kasi tahu kami bila nak ambil kami bukakan!"

Sejarah pertukaran itu memang bagaikan sejarah hitam yang payah untuk sahabatku Ulan lupakan. Dia tetap memberi sokongan moral dalam perjuanganku untuk membela nasib pekerja sokongan seperti kami. Sejak 1992.

- Bersambung

28 Julai 2008

Keprihatinan (Kerjaya)

"Jika ketua telah buat keputusan, awak kena ikutlah!" Aku diam sahaja. "Kalau awak pindah kerja & berkerja dengan saya apa masalahnya?"

Awal pagi lagi aku ditujah dengan perbagai persoalan. Yang aku terfikir, siapa yang mendesak kini. Apakah KJ sebaik Dr Fadlee.. Dia tidak pernah pun memanggil aku dalam kes pertukaran ini.

Dari perbincangan aku dengan Dr -Ing Fauzee dia nampak memihak aku. Setelah aku merayu untuk kekal berkerja di KKK, dia yang mencadangkan agar aku menulis surat rayuan untuk kekal di bengkelnya.

"Sepatutnya awak tidak sampai mengadu sampai ke Kementerian..., sekarang kan susah, silap jawab nanti kita yang malu" Aku masih berdiam diri. "Bengkel ini tidak bergerak lagi, jadi kenapa mesti awak duduk di sini?"

Dalam hati aku berkata, haruskah aku berdiam diri, bolehkah dia faham telah berapa lama aku cuba membuat permohonan untuk pembelian tetapi ditolak. Masalah meja kaca pun baru selesai sebulan lalu. Itu pun sebab EAC; jika tidak sebab EAC aku pasti masih aku terhimpit dengan barangan lupus. Sebahagian barangan yang tidak diketahui empunya@pemiliknya. Telah hampir dua tahun aku cuba membangunkan makmal ini tepi dek adanya sembilan nakhoda seperti ceritera yang belum selesai di jurnalku. Aku jadi bagai macai atau kuli batak yang tidak diperdulikan.

Paling aku terkesan bilamana barangan di bengkelku diselongkar, rakusan Pembantu Teknik merentas baranganku. Pun sebahagian PC yang aku cadangkan untuk pelajar belajar membukanya disumbat si Zura ke stor. Maka kosonglah bengkel ini.

Silap jawab malu kita!, kenapa ujud perkataan malu ini. Sedangkan status kerjaya kami yang diabaikan sejak lebih 20 tahun lalu apakah rasionalnya.

"Ya Allah abg iDAN, kalau saya jadi abg iDAN pasti pecah kepala tenguk semua barangan ini!" Razel pernah lepak di bengkel ini & tak sanggup melihat keadaanku & barangan yang teramat sendat di bengkelku. Maka itu aku terpaksa mengambil tindakan drastik mengosongkannya.

Bila bengkel ini telah kosong lain pula ceriteranya. Dulu masa aku tersepit dengan barangan lupus tidak ada siapa pula yang ambil peduli tentang aku. Hampir dua tahun aku dijumudkan dengan barangan lupus.

Kekinian tak nampak lagi siapakah ada sifat keprihatinan. Selain Tukun yang senasib denganku. Kekinian kian stabil dengan kerjayanya. Ana masih tidak diganggu sesiapa. Paling anehnya si Zul kenapa amat membenci perjuanganku.

Tim. Pendaftar makin tertolak, sikapnya langsung tidak memberi peluang empunya diri menyatakan yang benar. Malahan semakin ingin menukar aku jauh dari fakulti ini.

Aku berharap sangat Prof Radin membaca tulisan ini, dia yang pernah meluluskan elaun tanggung kerjaku, dia juga yang membawa aku belajar sampai ke luar negara pasti lebih mengenaliku & kerjayaku. Pasti dia boleh membantu aku dari aku terusan diperlekehkan begini. Aku menolak pelawaan dia untuk berkerja di bidang trafik lantaran punyai alasan tersendiri. Aku pernah menulis di dalam jurnalku; kenapa & apakah alasannya. Carilah sendiri. Bukan lantaran merajuk, tetapi bila martabat diri dipersoalkan. Memang aku akan terpaksa membawa diri.

Lagipun telah hampir satu dekad aku dalam bidang ICT, masih terlalu banyak lagi ingin aku mencari ilmu ICT. Aku masih suka dengan bidang ini. Kenapa tidak biarkan aku di sini. Biarpun tiada imbuhan yang setimpalnya. Aku masih mahu di sini.

1.100 Wanita Indonesia Dipenjara Di Kajang Malaysia (Ceritera)

Sen, Jul 28, 2008

International

Kuala Lumpur ( Berita ) : Sebanyak 1.100 wanita dari 1.504 tahanan yang ada di penjara khusus wanita di Kajang, Selangor, merupakan warga negara Indonesia Malaysia, demikian data yang terungkap ketika Dubes RI untuk Malaysia Da’i Bachtiar berkunjung ke penjara itu.

“Kami melakukan kunjungan ke penjara wanita ini dalam rangka peringatan HUT Kemerdekaan RI,” kata Da’i Bachtiar di depan penjara khusus wanita Kajang, Selangor, Senin [28/07] .

Dari 1.100 wanita asal Indonesia yang ditahan di sana, sebanyak 171 sudah divonis dan 929 lainnya masih tahanan sementara.

“Ini baru penjara Kajang belum penjara Malaysia lainnya. Kita sedang mendata berapa jumlah wanita Indonesia yang ada dalam tahanan atau penjara di Malaysia,” katanya.

Dalam kunjungan itu, kepala penjara Nassif mengajak semua rombongan staf KBRI dan Dharma Wanita melihat kondisi penjara khusus wanita di Kajang. Penjara Kajang terlihat bersih, jauh lebih bersih dibandingkan penjara-penjara di Indonesia. Dalam penjara, para tahanan diberikan pendidikan seperti belajar membaca, mengaji, dan perawatan tahanan juga baik.

Seorang WNI asal Jatim, Asma, mengaku mendapat perawatan bagus untuk penyakit kankernya. Kepada Dai, dia mengatakan, sudah beberapa kali di kemoterapi di RS Kajang.

Selain itu, ada tiga ibu yang membawa anak-anaknya yang berusia dua hingga lima bulan. Wajah mereka terlihat bersih karena mendapat perawatan dalam penjara.

“Semua tahanan di sini bukan hanya kriminal tapi juga tahanan imigrasi. Mereka yang masuk ke Malaysia dan bekerja tanpa ijin juga di tahan di sini,” kata Nassif.

Di dalam penjara, tahanan wanita itu diberikan pendidikan keterampilan juga. Ada tujuh bengkel pelatihan keterampilan bagi tahanan, yakni bengkel, salon, SPA, membatik, kerajinan tangan, membuat kue dan roti, serta komputer.

Beberapa hasil kerajinan tahanan yang dijual di dalam penjara atau di gerai di luar penjara diborong ibu-ibu dharma wanita KBRI karena produknya bagus dan berkualitas tapi murah.

Dubes Da’i dan rombongannya juga mencicipi aneka macam kue buatan para tahanan. Para petugas penjara tidak lupa memberikan brosur yang isinya penawaran katering dari penjara Kajang yang bisa dipesan untuk bermacam pesta.

“Kami juga ada pembelian via internet. Silakan buka www.prison.com.my maka akan tampil berbagai produks dari penjara yang bisa dibeli secara online,” kata Nassif. ( ant )

25 Julai 2008

Pesan Untuk Anak-Anak (Singgahsana)

"Azim kena belajar rajin-rajin agar menjadi orang pandai"

"Anif kena tekun belajar, kena giatkan usaha untuk menjadi pelajar cemerlang"

"Aziq jangan terlalu leka dengan permainan komputer, permainan komputer itu tidak dapat membantu segalanya"

"Afiz peluang yang ada kena rebut sebaiknya, dapatkan CGPA yang bagus nanti senang Afiz nak dapat kerja"

Puas rasanya aku berusaha untuk menyakinkan cahayamataku betapa ilmu & pelajaran itu amat penting. Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu amat penting. Kehidupan kini terlampau memerlukan pengiktirafan tentang kemajuan diri kita.

Jika gagal jangan terlampau kecewa. Usaha lagi. Kita boleh menjadi seorang sempurna biarpun mendapat kesederhanaan dalam pendidikan kita. Tetapi tidak rugi jika punyai kecemerlangan pendidikan & mengamalkan cara hidup sederhana.

Jangan cahayamataku ego dengan kedudukan yang ada. Perlulah menghormati orang sekeliling kita. Kita kena ada maruah diri. Maruah diri amat penting kita bela. Untuk membela maruah diri perlulah ada adat & kesopanan. Janganlah kita dibenci orang keliling lantaran sikap kita yang ego atau salah laku kita.

Kejayaan & sopan santun itu biarlah seiring. Tidak guna jika kita berjaya dalam kerjaya tetapi moral diri sifar & amat dibenci oleh orang keliling kita. Tidak berguna kita menjadi kaya raya tetapi dipandang hina oleh masyarakat keliling. Korapsi, perasuah, runtuh moralnya, pendendam, bermaksiat, sombong & perbagai lagi salah laku mestilah dihindari.

Tidak rugi jika kita menjadi pemurah, pembela, sopan santun, peramah, baik hati & sebagainya bermoral mulia. Biarpun kita di status mana.

Jadilah orang berguna cahayamataku.