iDAN

31 Oktober 2009

HUTAN WARISAN

(Itulah sebaiknya kita kembali kepada Dia)
Jika akar iman kita semakin kaku
sering diasak gangguan bisa dunia
sering kering jampi serapah harapan
daun kasih kita bagaikan garing
gugur pada daki riba tanah alpa
bunga rindu tidak lagi seharum dulu
malahan diri ini bagaikan dicabut
dipindahkan ke belantaran sepi
tekad & khudrat kenalah dikuatkan.

Ada ketika sengketa itu mengajak kita
agar segera memikirkan soal berhijrah
bukan kita memutuskan ukhuwah
bukan kita mencari musuh dalam berdakwah
seyogia ada antara kita sememangnya
menjadi gunting dalam lipatan
menjadi musuh dalam selimut
di depan kita terikat segala perjanjian
sebaliknya sewenang-wenangnya
al-Quran dihumban al-Sunnah diabai
tindak-tanduk semakin menghimpit & menjerat
apakah masih mahu sembah beradat.

Hutan warisan ini semakin gondol
hutan batu ini pula semakin panas & gugur
top-top kita juga akan digegar gempa & murka Ilahi
sementelah jika kita tidak saling memahami.

iDANRADZi
Jenaris Kajang
October 31, 2009 7:56 mlm

29 Oktober 2009

Mana Satu Ni!? (Singgahsana)

Sepanjang hari ini aku makin keliru, mana satu perisian di laman web (Laman Sesawang) yang sesuai untuk berhubung dengan kawan-kawan yang jauh. Internet (dunia maya) semakin hari semakin banyak amat perisian baru yang memeningkan kepala ini. Sebahagiannya aku faham nak guna sebahagiannya aku rasa mamailah pula.

Jika dulu pilihan utama adalah MIRC, sebabnya ianya tidak menganggu Windows macam YM juga, muat turun perisiannya & install. Lancarlah nak bercit cat sepanjang hari. Masalahnya MIRC & YM terpaksa kita mengadap komputer tak boleh bergerak ke lain. Maksudnya kena benar-benar tertumpu kepada perbualan@cit cat. Aku paling menyampah bercit cat ini bila kita bertanya sesuatu bukan main lama baru dijawab, silap-silap kita tunggu-tunggu talian pun terputus. Terlopong sendiri. Buang masa betul. Pun terkadang rakan yang bercit cat dengan kita itu pula bukan hanya melayan kita, mungkin ada dua rakan bercit cat sekali gus, mungkin juga lebih dari itu. Akhirnya dia tutup komputer tanpa memberi salam. Bagus betul budi bahasa ICT ini. Kita di depan komputer tertunggu-tunggulah, tapi tak tahu apa matlamat & hujungnya perbualan kita.

Bagaimana pula jika kita menggunakan Webcam?. Pakai pembesar suara pelbagai. Tak semua berminat, kalau mahir pun payah nak berbual, ramai kalangan Makwe malulah pula wajahnya tak cantik di skrin; Itu yang jam 2:00 atau 3:00 pagi terpaksa tenyeh bergincu lagi sebab nak cit cat dengan Pakwenya guna Webcam. Nak menggodalah tu!.

Maka itu jalan terbaiknya adalah ruang forum, ruang forum ini lebih terbuka. Tetapi ramai pula yang tidak bersopan & terkadang menyakitkan hati berforum. Bahasa yang digunakan hantam sahaja. Al-maklumlah orang tak nyata, wajah pun tak kenal menyamar selalu.

Tadi aku cuba guna FaceBook katanya ramai yang guna ini & lagi mudah berbanding Tagged, MySpace, Friendster & banyak lagi yang aku sering guna. Banyak pula menu dalam FaceBook itu aku tak mahir gunakan lagi. Jadi tak semeriah mana rasanya. Mudah guna Tagged, siap boleh kasi tag yang pelbagai jenis. Berperang dalam Mafia War memang leka.

Bila aku menung-menungkan aku lebih memilih Blog ini atau pun Jurnal yang lebih mudah & tak banyak gangguan. Sayangnya tak ramai rajin menulis blog. Ramai sekadar suka membaca. Tak ramai suka memberi komen (Respon) ramai yang lebih suka pelayar senyap.

Bila kita menulis & kita bercerita tentang kehidupan kita, kawan yang rapat pun payah memberi respon. Memang rasa orang gila berceritera seorang-seorang, sampai bila. Lebih ramai orang luar atau rakan yang tidak dikenali yang rajin menyapa kita; rakan yang rajin menyapa ini selalunya mereka yang memang peramah di dunia maya. Mereka yang memang rajin bersapa di laman sesawang. Rasanya mereka ini memang takkan akan kekal jadi teman kita. Teman sejati. .

Rakan yang yang sebegini, kita tak kenal rapat ini biasanya akan mudah senyap sendiri. Ikutlah kelapangan dia. Jika dia memang banyak masa senggang maka dia akan menghubungi kita melalui respon jika tiada lagi minat dengan dunia maya senyaplah dia. Sendiri lagilah kita.

Lagi bagus jika tiap rumah ada telefon talian tetap, boleh bual panjang tak menghabiskan duit! sampai beratus RM

Aku boleh ingat rakan di dunia maya ini yang tetiba hilang. Antaranya Deqma, Joyahhh, Salwanie, Diny, SheRa, aNNa_KaReNiNa, abushi, Linn, Maya@Junn & ramai lagi yang memang amat rapat denganku di dunia maya. Ada yang pernah berjumpa, ada yang pernah bertelefon & ada juga mesra di alam dunia sahaja. Kehilangan mereka ini amat terasa & misteri. Di SMS pun tak berjawab di dunia maya memang tiada akan jumpa lagi. Telah tinggal bagaikan bayang-bayang.

Rasanya rakan di dunia maya ini yang masih kekal cuma seorang dua; Salah seorangnya memang agak lama kenal si NurulJB; itu pun kalau di SMS, nak katakan Nurul ini rajin kasi respon di blog, tak juga. Tadi nampaknya dia rajin pula klik FaceBook. Angin betul kadang-kadang bila kita rajin berblog rakan karib tak baca pun, bila nak berbual di YM sudah tak ada lagi mereka yang rapat di sana. MIRC rasanya tak tahu pun nak gunanya lagi; nak guna server mana pun tak reti.

Teringat YB, YB ini rakan sekerja tinggal sekampung dengan Sdr Mazidul. Tapi dia telah berpindah & jadi orang kaya di Perak sana. Hilangnya dia ni bukan main lama, sampai e-mel pun tak berjawab. Aku pula memang tak suka guna Telefon Bimbit. Aku bukanlah nak jadi kaya tapi pengalaman dia meneroka tanah di kampung ingin juga aku kongsi, kononnya nak korek pengalaman dia. Terpaksa hantar e-mel ke bosnya di Unipetronas itu, baru dapat talian tetap. Talian telefon bimbit bagiku adalah mengorek duit rakyat. Tadi dekat radio bilang kita guna SMS setahun pun berjumlah berbilion-bilion, tak siuman ke apa orang Malaysia ini. Kemaruk nak masuk Tadika semula. Taip satu-satu senyum-senyum sendiri. Kalau aku menaip lagilah teruk, mata sudah rabun nak tenguk skrin kecil itu. Tak sanggup. Yang kaya syarikat telekomunikasi. His!.

Aku telah hampir setengah tahun sewa suara di TMnet, berbual 24 jam hanya RM10. Boleh berbual Seantero Malaya. Masalahnya talian tetap ke talian tetap. Bagiku kemudahan ini adalah terbaik untuk kita menjalinkan ukhuwah. Tapi TMnet tu nak kaya juga kena pengguna Streamyx sahaja yang boleh melanggan sewa suara itu. Semalam aku tenguk tawaran semula ada diiklankan di TV3. Masalahnya sekarang kebanyak orang Malaysia semua sudah beralih ke telefon bimbit.

Orang kita sudah kaya belaka; Tak mainlah berbual di telefon bertali. Lebih sanggup guna telefon bimbit sewaannya rata-rata RM30 sebulan... untuk prepaid umpamanya, sudah sebagai satu kemestian@keperluan hidup. RM30 satu telefon, takkan satu talian sahaja paling tidak dua talian sudah menjadi RM60. Padahal bagiku duit sebanyak itu beli Beras Siam Wangi lagi bagus. Jika keluargaku dekat-dekatlah sebulan baru habis 10 kg beras Siam Wangi berharga sekitar RM30.

Mana nak guna kabel di rumah lagi. Mana nak cari orang guna talian tetap lagi. Ah! penat aku pujuk rakan di Tagged, nak berbual di talian tetap, dengan siapa pun tak sudi. Takkan asyik nak kacau rakan pejabat lamaku berkerja. YB antara rakan jauh yang ada talian tetap di pejabat. Payah juga nak kontak dia di pejabat. Di rumah mungkin dia guna Broadband Celcom ke apa!. Adoi! payahnya.

Sebulan aku guna prepaid sekadar RM10 ke RM20 sahaja masalahnya aku memang jarang buka telefonku. Aku pernah ceriterakan kenapa malas buka telefon bimbit ini. Buat fobia sahaja. RM20 itu berapa jamlah boleh bercakap berbanding dengan talian tetap tadi!.

27 Oktober 2009

Drama Jepun (Singgahsana@Hiburan)

Drama Jepun; Terkadang aku suka juga melayan drama Jepun. Agak banyak juga aku membeli VCD Siri Drama Jepun yang agak murah di pasaran. Ada banyak Drama Jepun yang menarik. Kalau telah leka menonton drama Jepun memang semua kerja tak jadi. Rata-rata drama mereka ada sekitar 10 VCD , takkan habis sehari dua menontonnya.
Di jurnal lama aku banyak tersimpan tajuk cadangan antara Siri Drama Jepun yang menarik.
Sila Klik sini

26 Oktober 2009

Kahwin Campur 6 Aihara (Singgahsana)


Angin basah Sagamihara memedihkan mataku, ketika aku melintas rumah bernombor 66 ini aku sering memerhati dalan celahan pintu pagarnya. Kut! ternampak lagi wanita Jepun agak cantik berusia sekitar 30an. Kebanyak rumah di Jepun di bandar punyai pagar kayu atau konkrit yang tinggi. Sukar dapat melihat laman rumah mereka. Maka itu selalu di setiap simpang akan ada cermin bulat lantaran tak nampak selekoh lantaran pagar kontrik yang tinggi ini. Di kampung lain, lebih terbuka.

Pernah satu hari ketika aku balik kerja komuter paling akhir aku tertembung dengan wanita Jepun tengah mabuk. Dari stesen komuter lagi aku telah perasan dia berjalan terhoyong-hayang. Di Jepun masalah mabuk ini memang perkara biasa, terkadang lumrah kita lihat mereka merepek & muntah di komuter. Biasanya adengan ini berlaku di ketika komuter terakhir.

Tak siapa pun hirau wanita mabuk ini. Aku rasa simpati juga melihatnya, aku mula jalan di hadapannya; Aku perasan dia terkecoh-kecoh mengejar aku berjalan. Lorong yamg kami ikut itu hanya untuk pejalan kaki sahaja. Telah jam 12:00 malam lebih, memang lorong itu sunyi tak ramai orang lalu, sekadar mereka yang tinggal di kawasan perumahan kami sahaja yang menggunakan lorong yang sama. Aku membiarkan dia memotong aku. Kasihan dia macam takut juga berjalan berkeadaan mabuk sendirian. Kita dia memintas aku siap dia tersenyum lagi..!. Memang cantik wanita ini. Entah apa dia cakap ketika memintas aku berjalan, aku tak pasti. Aku risau juga takut dia tersembam jatuh. Dalam mabuk-mabuk itu ingat pula dia jalan balik, cara jalannya memang teruk!. Bagai ingin terseliuh sahaja kakinya. Hinggalah ketika aku sampai di pagar rumahnya. 66. Adoi! dia siap melambai lagi macam ajak aku masuk ke rumahnya. Kita ini pendatang, takkanlah berani nak masuk rumah orang. Dadaku berdebar-debar amat.

Sejak itu bilamana aku melintas rumah 66 pasti aku mengintai pandang ke dalam kawasan rumahnya. Memang tak pernah nampak kanak-kanak bermain. Sesekali sahaja aku perasan ada lelaki sebaya dia di laman rumahnya. Tapi dia memang kerap aku nampak sendirian. Tanpa anak, apakah dia perempuan simpanan, sendiri malam-malam mabuk di lorong yang sepi begini. Alahai! kenapa hidup ini ramai sangat manusia sepi. Aku pasti dia juga perasan aku seharian lalu di depan rumahnya, pergi & balik kerja. Sebab aku nampak dia sering senyum denganku. Entah-entah dia tahu apa yang aku sering bayangkan & angan-angan tentang dia. Biarlah!.

Ayu pula mengundang aku kerumahnya. Dia tak sebut pun apakah suaminya Kimura juga akan berada di rumahnya. Dia kata dia tungguku di stesen Aihara sekitar jam 11:00 pagi. Aku kini telah sampai di Hashimoto, tak pernah sampai sejauh Hashimoto, besar juga bandarnya. Aku tak perlu bertukar komputer. Sekitar 15 minit sahaja aku telah berada di Aihara. Aku mengemaskan butang jaketku. Agak sejuk cuaca ketika itu. Musim luruh anginnya memang sejuk. Mentari pun tak mucul sejak pagi.

Aku nampak Ayu bersama seseorang, lelaki tampan nampak muda sangat. Tak macam wajah Jepun, iras wajah Melayu pun ada.

"Ini suami Ayu"

"Assalammualaikum Kimurasan!" Aku berjabat tangan.

Dia mencapai tanganku, tak jelas apa dia jawab, mungkin tergamam aku memberi salam. Senyumnya nampak tawar!... "iDANsan?. emmm! abang iDAN.."

"Jangan panggil abang, saya yang patutnya panggil abg Kimura...!" Barulah nampak ada kemesraan di wajahnya. Bila aku mengusik dia agar lebih lebar senyumnya.

Ayu membawa kami ke sebuah Restoran Tradisional Jepun.

"Nak jalan terus jauh juga abg iDAN... kita singgahlah kejap minum sahaja di sini!"

"Ayu cakap Melayu Kimura faham ke?"

"Sikit-sikit.." Kimura menyampuk. Aku tersenyum lagi.

"Kimura ni faham cakap Melayu cumanya tak pandai bertutur sahaja!"

"Abang iDAN nak minum apa?"

"Apa-apalah abg minum belaka jangan yang mabuk sudahlah!.." Ayu membuat pesanan untuk kami bertiga.

"Sudah masak ke belum ni Ayu, abg tak sempat sarapan tadi!" Aku mencapai air yang Ayu pesan. Lor! pahit amat, rasa spirit pun ada... air apa pula ni?. Nampak jernih. Tak kuasa bertanya lagi pun sekadar segelas takkan mabuk pula.

"Kata nak Ayu masakkan masakan Melayu... jangan risau nanti Ayu masakkan, takkan masak pagi-pagi tadi sejuklah pulak!" Aku sekadar bertanya tentang kerja Kimura. Mungkin dia lama lagi di Jepun lagipun dia rasa telah jemu berada jauh di negara orang.

Pening lalat juga aku minum segelas air yang Ayu pesan. Dia senyum sahaja tenguk wajahku agak merah; wajahku yang memang agak putih jarang kena cahaya mentari, kena pula air spirit pelik tu! memang bertambah merah. Ayu yang membayar bill semua. Memang begitu kut! adat orang Jepun perempuan yang kontrol duit. Kami menuju ke rumah Ayu. Bukan rumah tanah lot seperti yang aku duduk tapi rumah agak pelik, nak kata apartment pun bukan, nak kata rumah kedai pun bukan. Rumah dua tingkat, ada empat keluarga sahaja dalam satu bangunan. Ayu duduk tingkat atas.

"Rumah sendiri ke sewa ini?"

"Sewalah abg iDAN, habis tu kerjanya pun tak menentu!"

"Sila masuk iDANsan!" Kimura mempelawaku.

Satu yang amat mengejutkan aku, di muka pintu terdapat pemaidani mirip sejadah. Siapa corak seakan pintu masjid lagi. "Ini bukankah sejadah?... hatiku berbisik" Tapi tak sampai hati mahu bertanya Ayu. Kut tersalah tafsir pula. Nampak mewah dalam rumahnya. Siap dengan TV besar, alat audio ala Teater Rumah. Biasalah rumah Jepun jarang ada sofa, hanya meja Jepun & kusyen-kusyen kecil. Lapang.

"Abang iDAN bual-buallah dengan Kimura... Ayu masak kejap!"

Aku pun tak tahu mahu berbual apa dengan Kimura, cuma banyak bertanya tentang masakan Melayu. Dia tahu semua, nasi lemak, rendang semua itu. Cuma biasalah katanya pedas dia tak berapa kuat makan pedas. Durian juga dia pernah makan tetapi tak tahan baunya.

Dia memilih tinggal di sini lantaran rumah keluarganya tak jauh dari Aihara. Senang keluarganya mahu bertandang ke rumahnya.

Cepat Ayu masak kejap sahaja telah tersaji mee goreng & roti sandwich. Ada beberapa kek tak pasti dia beli atau buat sendiri.

"Ini sahaja Ayu sempat masak abg iDAN, nanti abg iDAN datang lagi Ayu masakan gulai kari pelbagai, tak sempat nak cari bahannya..!"

"Okey dah ni..., janji masakan orang kita!"

"Iyer pula... kata abang iDAN nak tukar kerja .. kat mana tu iyer!.. jadi tak?"

"Hitachi, kampungnya Juo Machi daerah Ibaraki, sudah kemas barang pun, Sabtu depan abang bertolak ke sana!"

"Tak ada canlah kita nak berjumpa lagi!" Perlahan suara Ayu.

"Tenguklah nanti kut ada cuti!" Tiga bulan lebih tak rasa masakan orang Melayu memang selera aku makan, sedap juga mee goreng yang Ayu masak.

Ayu nampak ceria sangat melayan aku tetapi jauh di air muka Kimura dia nampak tak selesa dengan kehadiranku. Aku faham mungkin dia nampak aku & Ayu hampir sebaya. Petah pula berbual dalam Bahasa Melayu. Aku tahu hati seorang suami. Lantaran aku ini pun suami orang; cuma aku tidak berterus terang sahaja. Ayu & Kimura pun tidak pernah mengungkit bab kahwin denganku mungkin mereka lihat aku nampak muda lagi kut!.

Banyak barangan perhiasan yang Ayu kumpul di almari cerminnya. Rumah tiga bilik yang berkonsep terbuka ini nampak luas amat. Biliknya semua menggunakan konsep pintu geluncur nampak kemas. Ruang tamu & dapur sekadar diasingkan dengan dinding mudah alih dari kayu yang diukir.

"Mana dapat unta putih ini Ayu?..." Cantik ukiran unta dari batu marmar putih.

"Masa Ayu kat Dubai, sebahagian tu kekawan Ayu yang kasi!"

Aku tak boleh lama nampaknya Zuhur pun hampir penghujung, nak bertanya solat takutlah pula Ayu & Kimura telah lupakan solat. Kalau sejadah pun telah di letak di depan pintu jadi alas kaki. Sudah mula bersangka buruk. Serba salah. Titik.

"Ayu! abg kena baliklah, ingat nak cari barang sikit untuk ke Hitachi tu!.. sebab bila dah kerja nanti tak sempat nak ke mana!" Alasan.

"Nak Ayu hantar tak, atau Kimura pun boleh temankan"

"Tak payahlah susah-susah, nanti sesat abg tanyalah orang; rasanya abg ingat jalan ke stesen tu!"

"Terima kasihlah abg iDAN sudi jenguk Ayu!"

"Apa-apa hal... Ayu telefon abg! nanti abg kasi nombor tempat kerja baru tu!.."

Aku meminta diri dari Ayu & Kimura. Ayu menghantar aku sampai ke muka pintu. Selang beberapa langkah aku menoleh ke rumah Ayu, Aku nampak dia masih berdiri di muka pintu tanpa Kimura. Dia melambaiku, aku melangkah pulang sambil mengingatkan lorong yang aku lalui pagi tadi. Hujan rintik halus. Hatiku berbisik. Alangkah jauhnya Ayu menurut jodohnya. Aku terbayang wajah Kimura nampak lembut & memang sopan orangnya. Rasanya dia pasti dapat membahagiakan Ayu dengan kelembutannya itu. Aku tak sempat pun mahu menceritakan bisik hatiku ini tentang Kimura kepada Ayu tadi.

Tak sesat; aku tiba di Stesen Komuter Aihara. Sunyi tak ramai orang. Sebaik sahaja aku tiba. Hujan turun dengan lebatnya. Barulah aku teringat tentang telefon. Nombor telefon Ayu!.

"Jika dia tak telefon aku bagaimana aku mahu kasi nombor telefon tempat kerja baruku, takkan nak kasi pada Akasan..!" Tenguk muka Akasan pun aku takut, payah amat nak senyum. Samalah suaminya. Otoosan. Nama sahaja bapa angkat. Pasangan ini memang jenis payah bergurau. Serius memanjang.

Aku memulangkan kepada takdir. Lama juga aku termenung di Aihara. Aku ambil air sembahyang & solat di satu sudut berlapik kertas akhbar. Biasalah kalau di Jepun. Aku sembahyang di mana-mana. Pernah aku sembahyang Jumaat bersama orang-orang Pakistan di tepi jalan siap dengan kawalan Polis, ketika itu kawasan Solat Jumaat yang disedekah oleh keluarga Jepun yang memeluk Islam telah ditutup lantaran aduan penduduk setempat. Orang Jepun risau ramai orang asing berkumpul setiap hari Jumaat di situ. Cadangnya mahu didirikan Surau tak jauh dari Harajuku. Tak tahu jadinya tempat itu. Lama aku tak ke sana.

Biasanya kalau aku berjalan memang akan membawa sejadah. Solat di hentian atau taman memang perkara biasa duduk merantau. Sungguh orang Jepun pelik tenguk kita sembahyang. Apatah lagi tenguk kita sujud. Ada yang tergamam. Media mereka memang amat tertutup. Islam amat tertutup buat Jepun, Kristian nampaknya lebih cepat berkembang. (Ceritera kira-kira 20 tahun lalu).

Untuk aku patah balik semata-mata bertanyakan nombor telefon Ayu pastinya satu yang liar & menyentuh hati Kimura. Tetapi dalam seminggu dua ini memang aku terganggu amat dengan kehadiran Ayu, apatah lagi dia mengadu hal tentang dilema hidupnya. Aku yakin sangat Ayu tidak solat lagi, bayangkanlah jika kita orang Islam bermasalah & tidak solat. Pulak tu!, air yang aku minum tadi, pastinya Sake. Aku tak tahu sangat bab arak ini tapi aku kenal apa ronanya Sake itu.

"Nak tunggu apa di Aihara ini?, nanti orang Jepun kata aku tak siuman pula..! menu,ng berjam-jam di sini" Ruang fikiranku penuh wajah Ayu & diselang-seli wajah Kimura. Sesekali aku nampak wajah Mila bagaikan melambai-lambai aku jauh makin jauh!. Tak tahu berapa buah komuter yang terlepas. Dalam hujan lebat fikiranku lagilah lebat melayan perasaan ini.

Aku duduk di gerabak yang kosong sendirian. Hatiku teringat mahu ke Machida. Siang minggu entah ada entah tidak Mila di rumah sewaku di Kampung Malaysia. Kejauhan ini memang menyiksaku. Suratku pada Mila bagaikan lambakan sampah terbiar, duitku entah berapa banyak terbuang; semata-mata mahu mendengar suara Sang Isteri. Payahnya mahu berbual dengan Mila. Payahnya mahu mendapat bait kata dari Mila. Payah. Rindu aku pada Mila tidak dapat aku tahan lagi. Mahu menangis malulah amat!.

Tiba di Machida, aku lagi bingung. Kotaraya Machida telah penuh tapak kakiku. Nak balik ke asrama lagilah aku bosan tenguk dua hamba Allah dari utara Malaya itu pun sudah rasa lemas. Akhirnya aku buat keputusan naik komuter tanpa tujuan; nak tidur mata tak mengantuk lagi. Tak siapa marah aku keluar masuk stesen komuter; sebabnya aku ada kad tiket yang membebaskan aku dari Sagamihara ke Harajuku. Aku boleh melepak di mana-mana bandar sepanjang Sagamihara ke Harajuku Tokyo. Lagipun inilah hari minggu terakhir aku di Tokyo.

Biarlah aku turut kata hati. Dalam diri bercampur baur, Mila tentunya lekat di hati; mana mungkin seorang suami dapat melupakan isteri. Tapi aku pelik dengan Mila. Jauh di sudut hatiku dapat kurasakan ketentuan hati Mila. Keruntuhan itu bagaikan semakin memerangkap aku. Bagaikan dinding setia semakin rebah saban hari menghimpit batinku. Tapi tak sanggup aku tuliskan di sini. Biarlah ianya menjadi rahsiaku.

Terbayang wajah Ayu & Kimura; lambat laun aku yakin mereka adalah menjadi pasangan bahagia itulah harapanku. Nampak wajah Hoshino & Matsushima. Isk! mereka adalah hayalan kosong & bagaikan patung yang aku puja. Memuja patung dalam diam-diam nanti boleh membuatkan aku sesat larat sahaja. Sesat jiwaku sekarang pun payah untuk aku arahkan.

Lihat neon-neon di kota Jepun ini nampak indah lagi gemerlapan tapi amat menyilaukan hati & sanubariku. Silau yang membuatkan aku rasa kosong sekosong-kosongnya. Lambaian Juo Machi semakin merisaukan aku!. Daun kering sakura bagaikan semakin membenamkan ingatan aku pada diri. Bagaikan aku tak larat lagi melangkah sendiri di bumi Jepun ini. Tuhan damaikanlah aku!.

- bersambung.

Kahwin Campur 7

Kahwin Campur Awal

25 Oktober 2009

Stres (Singgahsana)

12 November kan ditayangkan

"Tigakah.. empat kursus ada kat Sekolah Angah itu, Angah dapat pelajar paling cemerlang dalam kos Angah makenikal semester lalu." Di tangannya masih terpegang telefon bimbit. SMS lagi.

"Angah kena kekalkan, jaga waktu belajar Angah!" Aku pun tak pasti bagaimana Aziq belajar. Tak nampak entah bila dia belajar. Dia memang pelajar yang cemerlang jika kena kawan & tempatnya. Rasanya Afiz juga begitu, dia sering dapat Sijil Dekan dalam beberapa mata pelajaran di Poli. Masalahnya rakannya siapa, kenalannya siapa & bagaimana pengaruh kelilingnya.

Aku lihat nun mendung pekat hitam di kaki langit, mungkin itu daerah Gombak. Pergerakan trafik di MMR2 nampak bergerak lancar, cuma sesak di hadapan TESCO & sekitar Ampang.

"Adoi! nak hujan lebat ni!, Angah nampak mendung depan tu!" Kalau hujan di KL akan pasti berlaku kesesakan. Selepas Ampang sahaja hujan mulai turun, kejap renyai kejap-kejap lebat amat. Viper Avanza Mila mulai tenat, agak kabur bila mengelap cermin. Viper mata tuaku lagilah kabur. Adoi! payahnya memandu ketika hujan. Jam baru 5:10 petang. Telah hampir sejam aku memandu.

"Tiga minggu Angah tak balik rumah ayah, dua minggu lagi nak periksa, lepas periksa terus cuti!" Cuti panjanglah itu. Cepat sangat masa berlalu. "Bila agaknya cerita 2012 itu akan ditayangkan" Aku dengar tak dengar bualan Aziq sebab bunyi hujan di luar pun MP3 modulatorku berbaur; memekakkan telingaku. Aku memperlahankan audio MP3. Kurbaan Shukran Allah sedikit lembut, menarik lagu ini. Afiz sibuk nak tenguk cerita Kurbaan ini; tak tahu lepas ke tidak filem akan di tayangkan di Malaysia. Ulasan si Gina DJ Bollywood Hindi Power THR filem ini agak sensitif.

Anak-anakku nampaknya semakin meminati menonton wayang. Tak cukup Astro, DVD, internet; Huh! memang pelbagai hiburan.

"Cerita apa Angah?"

"2012 kisah kiamat tu!"

"Rasanya bulan depan mungkin pertengahan bulan...!" (12 November jika tak silap)

"Emmm! sempatlah Angah nak tenguk!"

"Okey kut! selalunya filem macam itu paling kurang 2 minggu di panggung" Jarang Aziq mahu berbual dengan ayahnya. Sebab aku selalu tegur sikapnya. Gila komputer, tidur pula tak pernah awal. Aku terjaga jam 3:00 pagi masih mengadap komputernya, di tangan dengan telefon bimbitnya; SMSlah tu!. Siapalah kawannya jam 3:00 pagi tak tidur lagi. Kawan di internet kawan di SMS. Mungkin juga sebab adik-adiknya tak ikut; takut aku mengantuk tak layan berbual.

Aku ada melanggan sewa suara TMNet, berbual satu Malaysia 24 jam cuma antara talian tetap. Bayarannya RM10 sahaja. Sebab itu kalau aku terjaga jam 1:00 pagi tenguk Aziq berbual dengan kawannya (mungkin) sejam dua di gagang telefon. Biasa. Aku tak boleh nak tegur, awal-awal dia sudah kasi tahu. "Angah guna talian tetaplah ayah!" Seronok budak-budak sekarang.

Sekitar jam 5:30 petang aku telah tiba di asrama Sekolah Teknik Gombak. Hujan mula berhenti tapi mendung masih tebal. Aku tak berani ikut MMR2 ketika pulang ke Jenaris, lebih selesa ikut Jalan Kuching ke Damansara. Ikut Lebuh Raya KL Seremban rasanya lebih selamat, menyongsang keluar dari ibukota agak kurang jumlah kenderaannya berbanding kenderaan menuju ke arah KL; hari cuti begini ramai yang baru balik kampung pun ingin berlipur di KL . Entah bila KL mahu sunyi, seharian kenderaan bertali arus. 1001 arah tujuannya. Sarat.

Ceriteranya sama, entah berapa kali aku meredah hujan bukan main lebat tetapi tiba di Jenaris tenguk tanahnya kering sahaja. Siap meriah dengan orang yang berpasar malam. Anak jiranku nampak berbual sambil duduk di parkir kereta perangku. Dduk di bonet kereta ayahnya. Tiga anak dara.

Aku mendapat risalah tentang lelongan rumah jiranku ini, kali kedua. Sila telefon 03 7729 9420. Resource Auctioneer, Lee Kau. Rumah ini tak lebar tetapi saiz panjangnya okey cuma RM144,000. Pegangan Bebas. Keluasan Tanah 1,216 kaki persegi. 67. Jalan Jenaris 3. Siapa mahu berjiran dengan Penyair iDANRADZi silakanlah merisik. Tarikh Lelong pada 19 November. Cumanya biasalah jika mahu turut sebut harga kena mendepositkan 10% dari harga rumah. Aku pun tak pernah tenguk bagaimana orang berlelong rumah ini.

Anak-anakku masih bermain permainan komputer. Tak seorang mahu menemani ayahnya menghantar Angahnya; Aziq semua sebab komputer. Penat tu tidak sangat tetapi memang stres memandu sendirian. Selepas makan aku asyik pula tenguk ZEE, aku makin rindu nak tenguk Swarit. Aku tak mahu ambil tahu sangat siapa yang akan juara Sa Re Ga Ma Pa L'll Champ 2009. Yang penting aku adalah peminat tegar Swarit, punyalah penat nak menunggu dia keluar menyanyi sampai jam 8:30 malam barulah muncul wajah Swarit. Memang menghiburkan lagu yang dia pilih pun kelakar amat. Salman Khan pun teruja tenguk persembahan Swarit. Lebih mantap dari juara.

Sila klik sini bagaimana menariknya bakat Swarit.

Tetiba aku rasakan dadaku amat sakit, payah amat mahu bernafas. Jantung aku bermasalah lagi. Sekitar dua hari aku tak makan ubat cairkan darah. Sengaja aku cuba agar aku tidak bergantung sangat dengan ubat. Degil!. Tak boleh rupanya. Waktu yang sama Mila pula mengamuk marahkan anak-anak asyik bermain permainan komputer. Aduh! semuanya diungkit, ayahnya yang tengah asyik tenguk ZEE pun kena sebiji demi sebiji. Ceritera Jab We Met pula telah konflik. Jab We Met punyai skrip yang menarik & ada nilai moral yang bagus. Cumanya cacat lantaran ada babak ciuman yang tak seharusnya ujud di hujung klimaks ceriteranya.

Konflik campur konflik...Adoi!. Aku bagaikan bungkam sendiri. Semalam aku tak boleh tidur lena, ketakutan itu amat gurur. Entah berapa kali aku beralih tempat tidur; Bagai berada di liang lahat rasanya. Takutlah amat, bernafas pun sebiji sebiji. Begini rupanya ketakutan orang menghadapi Siratul Maut. lagi dipadamkan lampu lagi gurur. Akhirnya terlelap di tikar kayu petak anjung rumah. Itu kesejukan ketika subuh.

24 Oktober 2009

22 Oktober 2009

? PM akan Datang (Singgahsana)

Saya lebih berminat untuk membawa pembaca berfikir kepada ramai kalangan Perdana Menteri (PM) kita keluar dari parti UMNO. Sedangkan UMNO itu adalah parti paling unggul & tunggak bagi bangsa Melayu.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

Segala perjalanan politik Ayahda Tunku ada tercatat di sini . Apa yang menarik di sini pada 22 September 1970, Ayahda Tunku terpaksa menarik diri dari UMNO lantaran tidak tahan lagi tohmahan & pelbagai isu yang membuatkan kesihatan Ayahda merosot. Ianya lebih kepada masalah tercetusnya masalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Bagi kita yang pernah membaca buku 13 Mei - Sebelum & Selepas luahan hati Ayahda Tunku tersirat siapa yang banyak membuat wawasan Ayahda tergugat. Ayahda Tunku meninggal dunia di luar UMNO. Semangat 46 yang disokong Ayahda Tunku turut terkubur.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon terhadap Malaysia ketika pemerintahan Ayahda Tunku di sini

“ Dalam pernyataan saya yang terdahulu tentang agama, saya telah menyebut negara ini adalah negara sekuler. Maksudnya negara ini bukan negara Islam. ”

“ Walaupun orang-orang Islam ingin menyaksikannya berdiri, tidak akan wujud sebuah negara Islam di Malaysia. ”


Tidak banyak berlakunya percanggahan pendapat semasa Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) mengambil alih pemerintahan. Allahyarham lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Tempoh perkhidmatan 22 September1970 - 14 Januari 1976. Sila Klik sini sejarah politik Allahyarham.

PM terpendek tempoh pemerintahan adalah Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Ayahda Tun Hussein lebih banyak menumpukan perpaduan antara kaum; Beliau digelar sebagai Bapa Perpaduan.

Ayahda Tun Hussein juga keluar UMNO lantaran menyokong Semangat 46. Sila klik sini jika ingin mengikuti perjalan politik beliau yang singkat.


& PM kita paling tersohor adalah Ayahda Tun Mahathir sila baca perjalanan politik beliau di sini .
Ayahda Ayahda Tun Mahathir dilahirkan di Alor Star Kedah, Semasa Perang Dunia ke II dia pernah jual goreng pisang. Ibunya orang Klang & ayahnya Mohamad Iskandar adalah warganegara India. Sila klik sini.

Beliau adalah pemimpin paling lama berkhidmat. Jasanya tidak dapat dinafikan membuatkan Malaysia gah seantero dunia. Maka itu beliau digelar Bapa Pemodenan Malaysia.

Pada 26 September 1969, Ayahda Tun Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Buku Dilema Melayu banyak mengecam perwatakan bangsa Melayu. Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.

Pada 19 Mei 2008, Ayahda Tun Mahathir mengisytiharkan keluar dari parti UMNO.

Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Ayahda Tun Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO semula.

Untuk rekod, bekas presiden-presiden UMNO terdahulu meninggal dunia selepas melepaskan jawatan presiden di dalam parti UMNO kecuali Tun Abdul Razak, yang meninggal ketika masih menjawat jawatan tersebut. Dato' Onn Jaafar keluar dari UMNO apabila cadangan beliau untuk menjadikan UMNO parti berbilang bangsa tidak dipersetujui. Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pula meninggal dunia selepas melepaskan jawatan di dalam parti UMNO kerana berselisih pendapat dengan Ayahda Tun Mahathir yang menjadi PM selama lebih 22 tahun.

Elok juga kita baca apa pandangan orang Indon tentang pemerintahan Ayahda Tun Mahathir di sini

Paling Akhir PM kita yang keluar UMNO adalah Pak Lah.

Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Perjalanan politik Pak Lah sila klik sini

31 Oktober 2003 – 3 April 2009 Menjadi PM.

Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet. Ramai berpendapat Pak Lah adalah penyokong Semangat 46 lantaran beliar lebih rapat dengan Team B.

Kesimpulannya di sini sejak merdeka hingga kini kita mempunyai PM dari BN tetapi sebenarnya di penghujung hayat atau perjalanan PM kita ramai yang menolak UMNO. Kenapa ini berlaku?

Kenapa UMNO sering bergolak?. Kenapa mesti PM kita masih dari UMNO tetapi menolak UMNO ketika menjadi PM?

Selepas YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak nanti siapa agaknya PM kita?

(Yang menjadi persoalannya apakah Datuk Najib juga mengikut jejak PM lain keluar UMNO. Rasanya mungkin tidak lantaran ayahdanya sahaja yang kekal di dalam UMNO sepanjang menjadi PM.)

Misteri ini masih terukir, kita sekadar dapat menunggu & lihat sejarah politik kita di Malaysia... bagaimana penghujungnya.

iDAN




Kahwin Campur 5 Juo Machi (Singgahsana)


Aku memerhati peta di mana aku akan tinggal sendirian nanti. Di daerah Ibaraki bandar terdekat adalah kotaraya Hitachi. Ibaraki adalah daerah yang kaya dengan ladang sayur & sawah padi. Tujuan aku ke perkampungan Jao Machi pun adalah untuk membuat empangan bagi bekalan air minum & jana kuasa di daerah Ibaraki. Ada beberapa bandar besar di daerah Ibaraki. Selain Hitachi terdapat Hito, Kamisu & Kitaibaraki. kotaraya di tepi Laut Pasifik.

(Aku pernah berjalan kaki sendirian sekitar sejam lebih melalui perkampungan Jepun dari Juo Machi ke pantai ini Lautan Pasifik; Semasa aku ke Hitachi bandar ini dipenuhi pokok Sakura. Sayangnya ketika itu baru bermula musim luruh, sebahagian daunnya makin menguning.)


Selamat tinggal Halim & Joe. Apalah gunanya punyai rakan merantau jika asyik mahu berperang dengan orang Jepun. Orang Jepun ini amat menghormati agama kita. Bila kami memohon untuk tempat sembahyang, mereka sediakan bilik mesyuarat yang damai untuk solat. Tapi jarang pun aku tertembung dua sahabat ini bersama solat. Sedangkan kami satu bangunan berlainan tingkat. Di PCI aku berkerja di pejabat rekabentuk. Kursus yang aku ambil memang Straktor & Rekabentuk. Kebanyakkan jurutera & pelukis pelan duduk di pejabatku.

Aku amat rapat dengan Shibuya & Kait0. Shibuya amat kurang bercakap, dia seorang jurutera; asyik berkerut sahaja dahinya belik buku sepanjang hari. Si Kaito selalu rapat sebab sebelah mejaku, dia mahir AutoCad & amat cekap dalam melukis pelan.

"Kaitosan saya nak ke bank kejap! duit habis ni!" Ketika waktu rehat baru boleh berbual, jika tidak memang dia tak layan.

"Bukan bank... bang!lah, bank itu tembak!" Kaito memang suka mengusik bahasa baku Jepunku. Dia agak mahir berbahasa Inggeris, mereka sebut bank bunyi orang Indon sebut bank! (Bang). Kerapkali aku cakap Jepun dia jawab cakap Inggeris. Si Kaito datang awal sebab rumahnya jauh amat sangat, jika pergi waktu pejabat memang tak sempat. Komuter padat. Jadi dia guna waktu anjal. Selalunya aku masuk jam 10:00 pagi dia telah ada. Aku belum balik sekitar jam 9:00 ke 10:00 malam dia sudah sampai rumah ketika itu!.

"iDANsan kenapa sejak dua tiga hari nampak menung jauh sahaja?" Dia mula perasan watakku.

"Apa selama ini awak tenguk saya ini ceria selalu ke?"

"Memanglah nampak runsing kanai awak tu jauh, tapi kebelakangan ini melampau teruk!"

"Saya jumpa koibito barulah!" Sekadar mengusik

"Yadana! abunai desu ne..!"

"Orang Islam boleh kahwin empatlah Kaitosan!"Aku suka tenguk reaksinya. "Tapi dia isteri oranglah Kaitosan..."

"Abunai... abunai.. abunai! kalau kat Jepun nahas iDANsan kena cekik oleh bini!" Macam percaya sangat dia. "Carilahlah koibito lain iDANsan!"

"Awak tahu kan saya suka dua orang perempuan kat ofis ini... mereka tak layan saya pun!"

Di ofis PCI sepejabat dengan aku ada ramai juga gadis Jepun. Aku suka memerhati gelagat si Hoshino & Matsushima. Hoshino ini seksi amat berbadan macam ratu, agak besar badannya berbanding perempuan Jepun lain. Kulitnya pun tidak macam Jepun. Agak seakan kulit orang kita Melayu. Bila dia jeling aku memang luruh rasanya jantung aku. Tapi aku tak pernah ada kesempatan berbual dengan dia. Si Kaito selalu perasan aku mengintai si Hoshino ini.

Matsushima memang baik denganku, kami pernah balik malam-malam bersama. Dalam komuter tak habis berbual. Dia amat ingin tahu bagaimana orang Islam boleh beristeri ramai. Wajahku yang tak mirip Jepun memang menjadi perhatian penumpang tambahan aku bermisai, tak ramai jepun bermisai. Rumah Matsushima sehala ke Sagamihara. Matsushima tidaklah cantik amat, kecil gadisnya cuma kulitnya putih kapas. Macam Geisha pakai bedak. Entah kenapa aku tidak pernah ajak dia keluar. Rasanya Matsushima pasti tidak menolak lantaran aku bagaikan tetamu mereka. Aku suka menyendiri sahaja di Jepun.

Pernahlah juga kami keluar minum beramai, mereka orang Jepun memanglah gila arak, mabuk pelbagai, aku sekadar minum oren jus sahaja. Tapi juadahnya menarik, mestinya ada juadah yang kusukai, aku memang gemar makan Sashimi. Daging tuna yang dikukus ini memang sedap sangat. Cicah dengan kicap cair & wasabi. Okaasan pun perasan aku suka makan Sashimi. Dia rajin buatkan untukku.

Gurauan aku dengan si Kaito terkadang jadi igauan dalam tidurku. Mana Ayu senyap sepi, pelbagai persoalan timbul dalam hatiku. Aku teringat pujian dia tentang aku di komuter. Jika wanita memuji tentunya ada sesuatu yang terusik di hatinya. Habis kenapa Ayu menyepi. Hilangkah dia akan nombor telefon yang aku beri.

Apa yang tak kena maka dia senyap sahaja. Aku pun satu kenapa tak minta nombor telefon rumahnya. Batasan. Aku teringat Mila tiap kali mahu pergi jauh dari batasan. Biar pun cintaku bagaikan terbiar tapi bukan alasan untuk aku jauh memerangkap hati dengan cinta lain adalah satu kemungkinan yang amat tipis. Jika aku punyai nombor dia apa akan aku dapat mengawal diri dari senyap sepi. Jika aku dail nombor telefon rumahnya tidakkah itu menganggu namanya. Menganggu rumah tangga orang yang pasti. Maka aku titikkan soal nombor telefon.

Bilamana aku terbayang Ayu; terbayanglah sinar simpati. Sinar ini pun amat malap lantaran aku asyik nampak kelibat si Kimura dengan Pedang Samurainya. Sinar tajam & silau pedang itu bikin sinar simpati ini mati. Sungguh!, aku pun rasa bersalah kenapa tidak berterus terang dengan Rahayu yang aku telah berumah tangga. Baru adil, agar tidak akan terbit harapan & impian. Adakah isteri orang jatuh cinta dengan suami orang?. Ah! jangan perasanlah iDAN, kau itu budak kampung yang miskin. Titik!.

Tetiba Okaasan memanggil nama aku lagi, bagai selalunya dia asyik menyebut kanai. Sedangkan aku bagaikan kian terputus hubungan dengan Mila. Tak sanggup rasanya mahu kuungkai semuanya permasalah aku dia di sini. Takutnya nanti akan bertambah rumit masalahnya.

"Hai! Chotto mate kudasai" Aku berlari anak.

"Hayaku! hayaku!!..." Aku nampak wajah Okaasan memang payah mahu senyum ibu angkat Jepun aku yang ini.

"Abg iDAN Ayu ini, Ahad ini macam mana ada hal tak, Jom! datang rumah Ayu!" Memang aku agak pasti Ayu. Mana mungkin malam Jumaat begini Mila ingat aku di sini. Saban hari aku bagaikan mengira kesepian. Bagaikan kerikil yang makin tajam di lubuk hatiku.

- bersambung!.

Istilah Bahasa Jepun
Kanai : Isteri
Koibito: Kekasih
Abunai: Bahaya

San: Penghormatan pada nama orang.
Hayaku: Cepat
Hai! Chotto mate kudasai: Tunggu sebentar.
"haha": mak sendiri disebut kalau mak org lain disebut "okaasan"

Kahwin Campur 6

21 Oktober 2009

Hokkaido (Santai)

Indahnya Alam ciptaan Tuhan
Betapa tenangnya hati bilamana melihat
bunga berkembang!


Keistimewaan kotaraya Hokkaido adalah
miliki taman yang indah di sepanjang pusat
kotarayanya...


Kita juga dapat melihat keindahan bunga sebegini di tanah tinggi
negara kita... bilalah agaknya dapat nak pergi ke Fraser Hill lagi?


Fanatik (Ceritera@Delima Merkah)

Catatan ini aku kutip di Blok Penulis Faisal Tehrani (FT) Sila klik di blog FT jika mahu mengikuti apa respon pengikut blognya. Termasuklah aku yang memang sebagai peminat tegar Faisal sejak lama. 20 October 2009 Saya tertarik dengan pandangan Tun Dr Mahathir (bukan mengenai gear box) bahawa umat Islam mestilah menghindarkan sikap fanatik terhadap mazhab dan pemimpin agama. Kefanatikan terhadap mazhab dan kumpulan tertentu katanya, mengakibatkan persengketaan sesama Islam, sehingga berlaku bunuh membunuh. Beliau membawa contoh apa yang menimpa pengikut ahlus sunnah wal Jamaah dan syiah di Timur Tengah (khusus Iraq). Tun Mahathir turut mengambil kesempatan 'membantai' sikap penyokong PAS yang percaya kepada dakwaan pemimpin mereka bahawa mengundi PAS dapat masuk syurga. "Tetapi (oleh kerana) ketua dia kata, mesti ikut. Ini masalahnya, setia pada pemimpin sampai kita tidak soal dia, betul atau tidak. Sebab itu kita lihat, ada (ajaran) Ayah Pin, Ashaari Muhammad dan Rasul Melayu. Bila ada seorang kata (sesuatu), jangan tanya, terima saja. Jadi banyak yang jadi fanatik." Dalam hal ini saya kira saya bersetuju dengan Tun Mahathir. Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PAS yang percaya Nik Aziz maksum. Sama seperti saya jengkel apabila ada orang percaya ustaz hadis tertentu sahaja yang betul. Atau menyampah saya dengan orang yang mengkultuskan serta menabiyusufkan seorang politikus penyanjung Salman Rushdie. Tetapi Tun ku sayang, kefanatikan dan kesetiaan membabi buta ini juga terpancar bagai cahaya terang dalam Persidangan Agung UMNO baru-baru ini. Ketua kata 1Malaysia, maka 1Malaysialah. Sebelumnya ketua kata hadhari maka hadharilah. Bertanya memang penting. Kita tidak boleh mengikut sahaja. Pernahkah kita misalnya, bertanya, 'betulkah apa yang aku ikut selama ini? betulkah aku solat tunduk bangkit selama ini? betulkah mazhab yang aku taati selama ini sedangkan ia sendiri muncul di Baghdad ratus tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad saw? Tun, fanatik memang punca kejumudan. Ada seorang teman saya di USM yang saya minta buka fikiran membaca dan meneroka 'wilayah baharu' seraya saya memberi kuncinya - Kasyful Ghaibiyyah, dia jawab dengan mengatakan 'aku tak berani.' Itulah juga satu cabang fanatik. Berada di zon selesa. Sedang zon selesa itu tidak pernah ditanyakan betul atau tidak. Fanatik kepada pemimpin yang tidak patut, memang ultra tidak patut. Jadi, ulasan saya untuk kenyataan Tun di atas, 'engkorang' sama sahaja, sama-sama bull shit lah Tun. Faizal Tehrani Ini antara pandangan peribadi Sdr Zeq yang kini semakin rapat denganku lantaran saban hari Sdr Zeq sememangnya pengikut setia blogku. Begitu juga Cikgu, YangManis & ramai lagi adalah antara Pengikut Blog Mazidul 360. Sdr Mazidul adalah yang mengumpulkan kami di dunia maya yang terbuka ini. Blogger zeqzeq berkata... Idan Chikgu, YangManis.

Rasanya tiada istilah bermusuh dalam bicara, yang ditekankan adalah peradaban Melayu, melainkan pengomen adalah bangsa AFRIKA.. Dari segi MAKSUM rasanya tak pernah dengar TG Nik Aziz declare dia MAksum..sekadar dengar cerita mulut dan pengikut??? Pernah dengar tak ustaz/wali 30 mana2 di dunia, yang dia sendiri declare maksum?? kalau nak dikira ayat/dengar dari pengikut?? ada pengikut tegar ada pengikut yang menyamar. Pengikut Ayah Pin pernah declare gurunya Maksum.. Pengikut Rasul Malayu pun kata gurunya tiada dosa?? Nota: saya rasa saya masih orang Melayu..yang tau beradab samada ; Jika ternampak Imam memakai kain pelikat terbalik?? adakah sanggup saya berteriak, "WOI Tok Imam, kain pelikat terbalik" di depan Makmun??? Bila Bilal salah sebut semasa azan, terus saya berteriak "oii salah tu " Apakah tiada cara dengan berbisik??

6:51 AM

Sebaiknya Pemblog boleh menyekat teguran seseorang jika ianya agak peribadi, seyogia tak semua pendapat peribadi itu selari dengan pandangan orang lain tapi tak apalah tak salah siapa pun mahu menegur jika ianya dirasakan jujur & ikhlas. FT Penulis nan terbuka maka aku rasa dia dapat apa yang hati ini rasakan.

iDAN said...

Memang saya meluat dengan sesetengah ahli PAS yang percaya Nik Aziz maksum... Ayat ini kena diperbetulkan, maksum itu bermaksud...! terlepas (tercerai, terpisah) drpd sesuatu yg buruk. Kamus Pelajar Edisi Kedua... Sdr Faisal jangan meletak melaut di situ, takutnya timbul Riak; persetankan dengan penyokong PAS tapi kita jangan terperangkap perkara Riak; takutnya iman kita tak setinggi mana berbanding Nik Aziz pun pengikutnya akan dipersoalkan nanti. Eloklah kita bersangka baik dengan ulama tak kira ulama UMNO atau PAS. Sebabnya kita ini bukan setaraf ulama pun!. Pengikut UMNO memang begitu sejak azalinya. Belum kita dengar mereka mengetuk meja di parlimen lagi!.

iDAN
Saya terpanggil menulis bab Riak ini lantaran ianya amat sesuatu yang tersembunyi. Terkadang kita rasa niat hati kita bersih tetapi mendapat pandangan & kesangsian di hati mereka yang melihat. Maka jiwa penulis seharusnya begitu. Tulisan hanya dapat diilhamkan dari jiwa & hati kita. Dipaparkan kepada pembaca & amat kontras penerimaannya. Ada pembaca yang amat teliti & sensitif dengan apa jua bahan yang dibacanya, ada juga yang sambil lewa apa yang tersentuh di jiwanya sekadar cubikan manja tak sampai pun ke hati. Jika kita amati tulisan FT dalam blognya, sememangnya niat dia jujur akan meluatnya FT dengan sesetengah pengikut PAS percaya Nik Aziz maksum. Rangkap yang sama FT juga menyampah dengan orang yang mengkultuskan serta menabiyusufkan seorang politikus penyanjung Salman Rushdie. Tentunya pembaca seperti aku akan keliru, dua kebencian kepada dua pengikut yang kontras ini. Pengikut Nik Aziz semua tahu siapa sebenarnya & pengikut Salman Rushdie yang rata-rata kafir. Bagiku & semua yang arif, Yang Maksum itu hanyalah Nabi atau pun Rasul. Itu pun sering kita baca ada Nabi yang tersilap@khilaf mendoakan keluarga sendiri, ditolak doa & pintaannya oleh Allah SWT secara jelas; seperti yang terjadi kepada Nabi Lut AS (Luth) di mana isterinya tenggelam bersama mereka yang engkar. Bagiku (pandangan peribadi sila betulkan jika tersilap@ khilaf) apalah salahnya kita fanatik kepada Imam atau ketua kita atau Para Ulama. Lantaran setelah tidak ujud lagi Nabi hanya para ulamalah pewaris Nabi. Kita mahu menuntut ilmu agama dari siapa jika bukan dari para ulama. Seperti sembahyang; sembahyang sebenarnya adalah ibarat panduan hidup jua. Jika Imam sujud apalah salahnya kita ikut sujud, sudah itu aturannya kita berjemaah. Jika Imam telah memberi salam, terpulanglah kepada kita; yang tak cukup rakaat tambahlah, yang sudah cukup memandai nak tambah rakaat apa akan jadi sembahyang kita. Fanatik yang aku maksudkan bertempat. Maka itu kita harus berguru pada guru yang betul pegangan agamanya. Sementelah itu jika pengikut setia atau tegar, baik dengan Imamnya orang UMNO atau PAS pasti dia amat menghormati atau sampai ketaraf fanatik kepada Imam mereka. Itu lumrah. Menyayangi seseorang sampai berkata. "Awak ini baik sangatlah, pijak semut pun tak mati!" Salahkah ayat ini diluahkan untuk Idola kita, Kekasih kita, Rakan kita malahan Cikgu kita sebagai tanda penghargaan kita. Kita bersangka baik dia, Idola kita tak buat dosa! paling tidak tak banyak dosa macam diri kita. Hakikatnya semut jika kita pijak ketika dia bercengkerama di simen... mahunya tak mati. Mana ada manusia Maksum. Tak salah jika merasakan orang yang kita sayangi tidak melakukan kesalahan atau dosa lantaran itu petanda kita bersangka baik. Maka itu aku berpendapat tak baik kita benci dengan mereka yang nampak jalannya lurus & jernih perjuangannya. Terutama para ulama. Lurus & jernih ini terpulang pendangan masing-masing. Baik terhadap ulama UMNO mahu pun PAS. Baik Mazhab Syafie, Hanafizi & lain-lain itu. Jangan sampai kita fanatik kepada mereka yang sah syirik atau menduakan Allah SWT itu amat bahaya. Maka itulah timbullah pelbagai mazhab. Seyogia itulah kita akan bergaduhan sampai turunnya Nabi Isa AS. Semua telah tercatat di dalam al-Quran. Mana mungkin kita menolaknya. Fanatik dalam istilah bahasa:
KataTakrifSumber
fanatikterlalu berlebihan kepercayaannya atau keyakinannya terhadap sesuatu ajaran (politik dll) hingga melampaui batas: Beliau memang ~ dlm politiknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kefanatikanperihal fanatik: seniman pernah ditindas dan dipatahkan oleh hukum, ideologi, dan ~ manusia.Kamus Dewan Edisi Empat
mistik1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2. keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban; kemistikan keadaan mistik.Kamus Dewan Edisi Empat
kemazhabanhal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~.Kamus Dewan Edisi Empat
taasubterlalu kuat pegangannya atau berlebih-lebihan keyakinannya pd se­suatu; tegar hati; fanatik. mentaasubi taasub akan atau terhadap. ketaasuban keadaan atau sifat taasub.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Apa yang Sdr Zeq rasai, aku juga dapat rasakan. Teguran kita terkadang amat melampau tak tahu terbitnya dari mana. Aku jua pernah berhadapan dengan permasalah yang sama, aku seorang sahaja yang nampak sesuatu perangkaan itu salah; tapi ianya melibatkan wawasan satu organisasi yang besar. Universiti. Bila aku bersuara melalui sindiran di cerpen gila aku; Teruk aku dihambat & ditribunal. Tak ada siapa pun memihak aku, malahan mereka yang mahu aku bela pun lari dari perjuanganku. Hingga aku rasakan sungguh aku ini gila ketika itu, gila menulis entah apa-apa. Tak pasti berapa malam aku mamai tidak boleh tidur. Sila cari kata-kata ini, Tutor ooo Tutor di enjin carian google atau yahoo mungkin jumpa kut!. Entahlah Sdr Zeq amat payah kita dapat menyatukan hati sesama kita. Padahal kita ini sama bangsanya Melayu. Rambut sama hitam hati lain-lain. Biarlah!.

20 Oktober 2009

Menonton Filem Hindustan (Singgahsana)


Dua hari lalu aku menonton filem Hindi; Main Aurr Mrs Khanna (2 jam 30 minit) di TGV CINEMAS- TGV CINEMAS-Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Afiz yang tetiba teringin menonton filem Hindustan. Mungkin dia penat amat berpraktikal & berkerja. Aku sendiri pun tak pasti bila masa rehat Afiz. Tetiba dia bersuara mahu menonton filem Hindustan. Pelik juga.

"Tenguklah nanti kalau ibu balik awal kita pergi...!" Dari Jenaris ke Sunway Pyramid mahu mangambil masa sejam. Jalan terdekat mengikut Lebuh Raya Puchong; masalah yang bakal ditempoh ialah di IOI Puchong sering sesak amat lagi pun papan tandanya amat mengelirukan. Aku asyik terlepas ke Bandar Kinrara rumah lama Mila.

"Tenguk betul-betul iyer Afiz, ayah tak cam jalan ni!" Azim & Anif terlelap di belakang. Anif paling pantang kena penghawa dingin kereta. Tak sampai 15 minit dalam kereta sudah terlelap.

"Ikut lorong kiri ayah!" Petaling Jaya (PJ) & Bandar Sunway. Tak kurang empat atau lima lorong searah di depan IOI itu.

Tetiba macam nak masuk ke komplek beli belah; biar bebetul... bila dongak ke papan tanda atas terpampang ke Bandar Sunway di lorong ke dua dari kanan. Gila ke apa papan tanda ini. Tadi tulis Petaling Jaya lorong kiri tetiba terpaksa memintas dua atau tiga lorong ke kanan. Manalah orang Malaysia tak asyik kemalangan. Jika hari-hari ikut jalan yang sama okeylah jika macam aku ini dah tua-tua pelupa lagi memang bermasalah.

Entah berapa banyaklah kereta menjajar berek kecemasan bilamana aku memintas jalan mereka. Melalui lorong paling kiri sebenarnya memang boleh lepas ke PJ tapi silap belok lepaslah ke Lebuh Raya Kesas balik rumah Nyaie. Jalan terbaik dari Putrajaya ikut sahaja lorong kedua dari kanan; naik jejantas belok kiri bayar tol tibalah ke Bandar Sunway.

"Ibu pun satu, selalunya dia boleh sampai ke rumah sekitar jam 6:30 petang tapi ngapa pulak hari ini dia sampai jam 7:30 malam, kita sudah kesuntukan masa 40 minit!" Aku memandu agak laju. Mengejar masa. Dari Jenaris sekitar 7:40 malam. Kasihan Anif ingat nak belanja dia makan Tempura; asyik sebut benda itu sejak Syawal lalu.

Azim mengejutkan Anif.

"Cepat bangun Anif... cepat rugi tak tenguk lampu ini!" Suasana
Sunway Pyramid ketika malam sememangnya amat cantik. Kena pula dengan kepala Singa Jantan ke... apatah. Anif yang amat payah nak ikut ayahnya menonton cerita Hindi tetiba boleh bertukar hati nak ikut bila aku pujuk ceritakan bagaimana cantiknya Sunway Pyramid.

Hebat aku memandu dalam kesesakan jalan raya boleh sampai sekitar 30 minit, selalunya aku mengambil masa sejam. Tiket agak mahal di pawagam ini. Dewasa RM12 kanak-kanak RM7. Panggung pula hampir penuh tinggal empat baris depan yang selalunya tidak dimasukkan di skrin komputer. Aku duduk sebelah Pak Arab isterinya pakai purdah. Afiz pula duduk sebelah Amoi Benggali.

Main Aurr Mrs Khanna yang mendapat 5/5 bintang wirawannya Salman Khan pelakon utama wanita Kareena Kapoor. Preety sekadar Zinta sekadar pelakon undangan menyanyikan lagu "Happening I am Happening". Ada beberapa buah lagu sedap dari filem ini antaranya Tum Ne Socha.

Ceriteranya banyak berkisar tentang suami (Samir Khanna) yang merantau di Australia gagal dalam perkerjaan membuat keputusan tanpa berunding dengan isterinya (Raina). Hanya diberitahu ketika di Lapangan Terbang Melbourn agar Raina kembali ke Delhi. Tiket telah ditempah Samir Khanna ingin mencari perkerjaan di Sinpura.

Raina pula membuat keputusan drastik tak mahu balik Delhi & masih mahu menetap di Australia. Raina bertemu dengan lelaki hidung belang (Akash) yang tergila-gila & jatuh cinta dengan Raina biar pun dia tahu Raina isteri orang. Pergolakan bertambah getir bila ada dua orang batu api yang cuba menyatukan cinta terlarang ini.

Di sinilah menguji kesetiaan seorang isteri & kesangsian seorang suami. Masing-masing ada egonya.

Salman Khan & Kareena nampak berumur dalam ceritera ini; tetapi lakonan mereka memang mantap. Lakonan Sohail Khan sebagai lelaki hidung belang pun menarik. Deepika Padukone hanya memegang watak spontan di hujung ceritera. Tiada watak dush-dush bergaduh tak tentu fasal; ianya drama keluarga & komidi yang bermoral. Memang menghiburkan.

Azim yang selalunya tidur tika menonton tak mengantuk pun. Anif yang memang ikut ibunya (Mila) benci amat bila ayahnya (Aku) tenguk ZEE boleh tertarik dengan ceritera ini. Berjaga sampai pawagam terang.

19 Oktober 2009

Faisal Tehrani (Delima Merkah)

Blogger iDAN said...

menggelikan hati Saudara Faisal Tehrani (FT)... ada unsur perli! Syiah!? Sila hidup dengan golongan mereka yang ramai belajar di sini & tafsirkan sendiri siapa mereka ini.! Baik Sdr FT mahu pun Sdr Nizam, kedua-duanya adalah saudaraku seagama tapi entah kenapa hari ini ada titik Nur dari Sdr Nizam terbitkan buat Sdr FT tetapi nampak berbalam penerimaan Sdr FT. Mungkin jiwa tua ini tidak mampu berfikir sehebat Sdr FT, maka dia lebih jelas & cerah pendiriaannya. Elok juga dibongkar perjuangan JIM tidak hanya sebut PKPIM, ABIM semata; banyak pertubuhan atau parti berunsur agama kita perlu dekati & dalami. Tak salah jika mahu merapati... & terpulanglah mengandaikan mana satu pilihan iman seyogia mahu menjadi ikutan pendirian masing-masing.

Itu antara komen saya antara perselisihan pandangan Sdr Nizam & FT

"Yang pastinya saudara mungkin saja akan dimasukkan ke dalam kem pemulihan akidah atau yang seangkatan dengan nya." Sdr Nizam menulis dalam komennya di blog FT.

Jika aku di tempat FT pun pasti terusik di hati. Apakah perjuangan penulis FT selama ini disalahtafsirkan hingga perlu disumbat di kem pemulihan. Siapa nan mendekati FT rasanya pasti tahu jiwanya bagaimana. Sukar kita temui jiwa setulus & sehebat penulis Faisal Tehrani apatah lagi melalui saringan penilaian dari ilmuan & para tekuh agama dalam banyak pertandingan penulisan yang FT menangi.

Pastinya ramai tertanya-tanya kena Sdr Nizam begitu mengecam FT, apakah lantaran sikap FT yang tidak pernah menampakkan atau memihak mana-mana parti politik. Bagiku penulis yang jujur seharusnya terbuka, dia bebas meluahkan pandangan peribadinya untuk mana-mana pihak. Dunia tulisan atau Penulis yang berjaya seharusnya tidak terlampau fanatik atau terarah ke sesuatu parti politik. Akan hilang sengat nanti.

Apa yang terjadi kepada Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad dengan novel Shitnya bagiku adalah kes terpencil lantaran dia tak mahu melihat orang Melayu kita terusan berbalahan. Pasti jauh di sudut hati Dato' Shahnon Ahmad pasti amat menyayangi Mantan PM kita Ayanda Tun Dr Mahathir mengenangkan jasa Ayanda Tun yang begitu banyak buat negara kita.

Perbalahan Ayanda Tun Dr Mahathir & DS Anwar adalah mainan politik belaka. Malahan dalam isu ini Ayanda Tun sendiri mengaku sekadar mereka-reka ceritera agar dia dapat menyekat pengaruh DS Anwar ketika itu.

Penyokong yang fanatik sahaja yang payah memaafkan.

Dalam isu FT & Sdr Nizam ini aku berharap mereka dapat menjernihkan keadaan. Bagiku kita jangan menyekat kreativiti seseorang penulis separti FT@Faisal Tehrani. Tegurlah sekadarnya jika dilihat dia menyimpang & aku begitu yakin jiwa seorang Penulis Besar seperti FT amat terbuka; kenapa mesti ditakut-takutkan dengan penjara. Apatah lagi diuar-uarkan mahu disumbat di kem pemulihan akidah sebegitu. Amat tidak manisnya. Saya berharap FT terusan berkarya jangan ambil hati sangat apa yang Sdr Nizam luahkan!.

Nota :

Aku selalu berbual dengan Pelajar Sudan. Aku bertanya kenapa mereka tak rapat dengan pelajar Iran, begitu juga dengan pelajar Arab yang lain dari Palestin Syria memang dengan aku bertimang-timang baiknya.

"Saya telah tergoda dengan Amoi Arab dari Iran itulah Asem!, saya ingat nak ikut kumpulan"

"Nak saya ngap! kepala awak!" Asem memegang tengkuk saya. "Mereka itu Syiah, iDAN kena tahu cantik pun buat apa, saya lihat sebulan dua mereka bertukar suami lain!"

"Itu yang saya suka!, kawin kontrak; mutaah!" Aku suka menyakat Asem sahaja. Asem menggeleng-geleng kepalanya. Aku tahu dia memang suka dengan Latifah Omar, pelajar tahun akhir yang kerab masuk bilik kami. Maka itu antara kami tiada rahsia lagi. Aku cuba juga memakat Latifah Omar ini! tapi tak jadi. Asem jenis pemalulah amat.

Aku pula syok amat dengan Amoi Arab pelajar master & PhD dari Iran. Ramai yang cantik. Kadang-kadang aku sanggup pusing-pusing masuk makmal berkali-kali macam orang tawaf semata-mata tak puas pandang Amoi Arab ini. Tetapi mereka memang tak bercampur dengan staf apatah lagi dengan pelajar lain; mereka dengan kumpulan Iran mereka sahaja.

Bila hari Jumaat pun kumpulan ini selamba sahaja tidak Sembahyang Jumaat tetapi mereka tetap Islam.

Kahwin Campur 4 Delima (Singgahsana.)

Cinta aku tidak pernah mati. Biar pun terkadang aku rasakan dikau bagaikan menikam dari belakang, ingin membunuh cintaku agar kaku & beku. Kesepian & keterbiaran aku di rantau orang apatah lagi dengan impian wangimu yang tidak berbaur dengan hatiku menjadikan aku bagaikan sentiasa berselimut dengan awan resah. Aku yang melambakkan kata-kata setia tetapi kekasih yang bergelar isteri amat samar kubayangkan. Bagaimana Mila di sana, tiga bulan bagaikan tiga kurun aku terpenjara sepi, keliru & sangsi.

Kekinian Tuhan menemukan aku akan seorang insan lagi rawan berbanding denganku. Cinta Ayu yang memaksa dia sampai merantau jauh bagaikan tidak terjaga. Malahan Ayu dikekang oleh delima agama yang semakin pincang & amat gusar. Anak perantau yang terbiar. Isteri yang pincang akan kasih sayang. Apatah lagi dalam ketentuan agama. Aku pun bukanlah sekuat mana imannya. Tetapi aku tetap cuba membatasi hubungan antara hati & perasaan, jalinan nan jujur & batas agama. Aku tahu apa hukumnya isteri curang pun suami yang curang. Masalah Ayu bagiku lebih ke arah jiwa & moral. Agama & cabarannya. Aku mendoakan Ayu dapat menghadapinya dengan tenang.
"Hidup kita memang selalu diuji Ayu, ada ketika kita amat menyintai kekasih kita tetapi dia bagaikan tidak pun menyambut cinta yang ujud itu!" Tetiba aku bersuara untuk diriku sebenarnya.

"Ayu rasa tambah keliru apatah lagi Ayu berada sendirian di negara orang!"

"Bersabarlah Ayu, banyakkan berdoa agar Tuhan kita akan memberi pertunjuk!, nombor telefon Pusat Islam ini jangan hilang; sesekali Ayu daillah nombor itu kut mereka boleh membantu Ayu... abg teringin amat nak jumpa Kimura!"

"Nantilah Ayu bincang dengan dia, bila masa yang sesuai kita pun tinggal berdekatan...!"

"Abg pun lama tak rasa masakan orang Malaysia, boleh abg tenguk bagaimana rumah Ayu, abg cuma ada masa dua minggu sahaja lagi, lepas itu abg akan berkerja jauh dari sini, Abg akan ke Juo Machi di Hitachi! "

"Maknanya mungkin Ayu tak akan jumpa abg lagi!.."Nampak pandangan Ayu makin jauh.

"Abg akan balik ke Tokyo ketika mahu balik nanti, sekitar tiga bulan sahaja abg di sana!"

"Ayu rasa terlindung dapat berbual dengan abg!, ingatkan kita boleh jumpa lagi!"

"Isk! jam berapa sekarang ni? Isk! Ayu sudah hampir 11:15 malam, komuter terakhir sekitar jam 11:45 malam...; Nak ke mana kita lepas ini iyer!" Entah kenapa terkeluar pertanyaan pelik itu dari bibirku. Tidak terfikir pun aku akan terperangkap dengan soalan yang tiba-tiba terbit dari hatiku ini.

Ayu nampak termenung jauh, bagaikan ada sesuatu yang dia fikirkan. Aku juga terkenang jauh akan Mila, semalam ke Melaka dengan siapa? Siapa yang jawab telefon di Kampung Malaysia itu. Ah! mengarut setahu aku Mila tinggal sendirian. Operator Malaysia mahu menyakatku kut!. Dua makhluk Allah SWT tercampak jauh di rantau orang tersepit dalam dilema.

"Terpulang pada Abg iDAN, Ayu ikut sahaja!" Terpulang!!!... Huh! aku terbayang suami Ayu Muhammad Kimura. Aku orang Islam, berjumpa begini pun aku telah rasa bersalah. Rasa berdosa. Apatah lagi mungkin akan menerbitkan rasa cemburu di hati Kimura. Dari cemburu manusia akan hilang pertimbangan diri, hilang pertimbangan diri akan bila-bila boleh meletuskan pemberontakan jiwa. Jika kita orang Melayu popular dengan Amoknya; Bagaimana pula orang Jepun. Aku terbayang Ninja Kimura menghunus pedang Samurainya; berkilat silau tajam amat!

Dendam Sang Suami bukan calangnya; apatah lagi melibatkan maruah diri. Mana-mana agama pun mahukan penganutkan memelihara maruah diri ini. Terpulang pada aku?.

"Ayu!, Kimura pasti risau menunggu di rumah jika kita tidak balik-balik, apatah lagi jika dia tahu kita keluar berdua, kita balik sahaja!, lagi pun kita kini di negara orang!"

Ayu macam tergamam dengan jawabanku.

"Mana bil kasi Ayu bayar!..." Suara Ayu memecah kesunyian.

"Abg iDAN yang ajak ke restoran ini, biarlah abg iDAN bayar!"

"Tak boleh macam itu... Ayu yang telefon abg iDAN ajak keluar, lagi pun Kimura memang selalu kasi duit lebih untuk Ayu berbelanja" Ayu merampas bil dari tanganku, aku perasan bilnya sekitar RM170, biasalah di Jepun sarapan pun sekitar RM20.

"Okey! kita ambil jalan tengah 50%... 50%." Aku menghulur mata wang ¥ kepada Ayu. Ayu mengalah.

"Memang fikiran Ayu berkecamuk, balik tak balik pun rasanya sama sahaja... Abg iDAN, Kimura tak akan peduli, dia balik ke rumah pun sering dalam keadaan mabuk!. Silap-silap sudah lelap tidur. Betul juga kata abg iDAN kita di negara orang!.. Jomlah kita balik!... " Betullah itu. Di negara orang dalam sesuatu keadaan manusia ini akan lebih lupa diri.

Aku terbayang akan Mila, aku terbayang wajah takdir Tuhan akan membalas setiap perbuatan curang kita di dunia. Jika aku menduakan isteri secara bukan hak, pasti Allah Azzawajalla akan membalasnya lebih teruk & berganda dari apa yang aku lakukan. Begitu juga rumah tangga Ayu, jika aku tidak ambil kesempatan dengan kekosongan hatinya pasti Allah SWT akan bersamaku. Melindungiku. Jika aku dapat meredakan kegusaran seketika stes di jiwa Ayu mungkin itu hanya pemberian & kelapangan Ilahi buat Rahayu. Aku berharapkan Kimura akan dapat memahami keresahan hari Ayu. Mungkin esok lusa mereka dapat temui jalan damai.

Komuter agak kosong, udara basah musim luruh mengigit kulit. Ayu sekadar memakai Baju T lengan panjang; nampak kesejukan. Aku memberi dia pakai kotku; perjalanan dari Shinjuku & Sagamihara agak jauh; sejam lebih baru sampai. Di komuter Ayu banyak berceritera tentang masalah keluarganya di Malaysia. Dia rasa bagai jadi yatim piatu bilamana ibunya pun jarang sekali mahu bertanya khabar. Ayahnya pun telah bertahun-tahun tak tahu beritanya. Pergolakan Ayu dalam rumahtangganya amat gurur lebih gurur dari apa yang aku alami; mungkin!.

"Nanti Ayu bincanglah dengan Kimura, kata abg ingin kenal dia, itu pun kalau dia izinkan; Kirim salam kepada dia; nanti kalau mahu keluar lagi telefon sahaja. Jangan tak minta izin suami!" Aku tersenyum, Ayu nampak panik & tersenyum lebar.

Ayu membuka kot yang dipakai; kami berpisah di Sagamihara. Ayu akan punyai dua stesen lagi di hadapannya. Aihara!; mungkinkah aku dapat ketemu Kimura di Aihara.
Stesen Komuter Sagamihara 20 tahun lalu tak secantik kini.

Berjalanan kaki dari stesen Sagamihara ke asrama pekerja PCI sekitar 15 minit, jauh juga terpaksa menyusur lorong perkampungan Jepun. Lewat malam di Jepun tak perlu takut; tak pernah ada kejadian ragut & keganasan. Cumanya lewat malam begini; aku pernah diuji wanita Jepun mabuk berjalan seiring denganku, terhoyong-hayang !.. lain kalilah aku ceritera;

Di fikiran aku masih tergiang-giang perkataan "Terpulang pada Abg iDAN, Ayu ikut sahaja!" yang Ayu lafazkan di saat komuter mahu berakhir. Sampai rebah ke bantal busuk pun aku tertanya-tanya, apakah Ayu tersinggung keputusan yang buat tadi. Aku memikirkan yang tidak-tidak; Ah! titik soal itu. Tapi memang aku tidur tak tidur malam itu.

- bersambung

Kahwin Campur 5