iDAN

26 Jun 2011

Sejarah Permulaan Internet 7

Ketika NPC siap dibina, bilangan nod dalam ARPANET telah meningkat lebih daripada 12. Sementara itu, pelbagai jenis perisian komunikasi dan aplikasi termasuk versi percubaan NPC juga telah dibina dan digunakan Apabila NPC telah diterima pakai oleh ARPANET sebagai protokol komunikasi asas yang standat, maka pembangunan aplikasi ARPANET seperti permindahan fail e-mel menjadi lebih mudah dan teratur. Setelah pelbagai aplikasi dibangunkan, ARPA pada Oktober 1972 telah mengganjurkan satu demontrasi aplikasi ARPANET untuk dicuba oleh orang awam. Demontrasi ini telah berlangsung dengan jayanya. Rangkaian ARPANET telah berjaya menampung bungkusan komunikasi yang sangat banyak ketika demontrasi berlangsung tanpa mengalami sebarang masalah. Ini menyakinkan penyelidik yang terlibat bahawa rangkaian pensuisan bungkusan benar-benar boleh berfungsi.

ms24

Apabila bilangan nod dalam ARPANET terus meningkat dan lokasi nod semakin terbesar maka keperluan untuk menggunakan sebuah protokol yang lebih fleksibel dan reliable untuk beroperasi dengan lebih baik dalam rangkaian yang semakin tersebar. Berasaskan kepada dua keperluan utama inilah maka sebuah protokol yang kini dikenali sebagai TPC/IP seharusnya boleh digunakan untuk menyambungkan rangkaian-rangkaian yang berasingan diantara satu sama sekali. Setelah lebih sembilan tahun ia diuji dan diperbaiki akhirnya TPC/IP telah diterima pakai oleh ARPANET sebagai satu-satunya protocol rasmi rangkaian pada tahun 1983.

Sejarah Permulaan Internet 6

Protokol Rangkaian

Perancangan untuk membina sebuah perisian yang membolehkan setiap hos dalam rangkaian ARPANET berkomunikasi diantara satu sama lain bermula beberapa bulan sebelum komtrak bagi membina IMP diserahkan kepada BBN. Pada ketika itu Elmer Shapiro dari SRI telah meminta oleh ARPA untuk menguruskan pembinaan perisian ini. Perjumpaan yang pertama telah dihadiri oleh wakil dari keempet-empat lokasi yang terlibat. Pelbagai idea, pandangan serta cadangan telah dikemukakan dalam perjumpaan yang berbentuk seminar itu. Namun begitu, bentuk perisian komunikasi hos ke hos yang akan dibina ini tidak dapat dikenal pasti dengan mudah kerana terdapat banyak perkara teknikal seperti spesifikasi IMP, bagaimana hos dan IMP akan berkomunikasi dan sebagaimananya masih belum diselesaikan. Kegunaan rangkaian juga masih belum dikatahui dengan jelas. Walaubagaimanapun, kesemua wakil telah bersetuju untuk berjumpa dengan lebih kerap lagi bagi membincangkan tentang perisian ini. Kumpulkan tidak formal yang terdiri daripada wakil keempat-empat nod ini akhirnya dikenali sebagai Network working group (NWG). Steve Crocker, wakil dari UCLA telah dilantik menjadi pengerusi bagi menggantikan Elmer Shapiro.

ms23

Setelah beberapa perbincangan diadakan maka NWG telah mencadangkan satu bahasa perisian yang dipanggil Decode-Encodo Language (DEL) bagi membolehkan komputer berkomunikasi antara sayu sama lain. DEL kemudiannya telah digantikan dengan Network Interchange Language (NIL). Bagaimanapun, setelah kontrak IMP dianugerahkan kepada BBN, isu-isu teknikal tentang rangkaian menjadi lebih jelas. Sehubungan dengan itu, DEL dan Nil didapati tidak sesuai dan cadangan penggunaannya telah ditolak.

NWG seterusnya menjalankan banyak perbincangan, kajian dan ujikaji bagi mendapatkan implementasi perisian hos ke hos yang sesuia seperti yang dikehendaki oleh Larry Roberts. Akhirnya pada pertengahan tahun 1971, NWG telah memperkenalkan spesifikasi terakhir bagi sebuah perisian hos ke hos yang dikenali sebagai Network Control Program. Perisian asas yang membolehkan dua hos berkomunikasi ini kemudiannya dipanggil sebagai Network Crontrol Program (NPC).

Sejarah Permulaan Internet 5

Untuk menjayakan komunikasi dalam rangkaian yang sedemikian, Paul Baran mencadangkan supaya peranti yang dikenali sebagai suis digunakan untuk menyalurkan data dari satu nod ke nod yang lain hingga ia sampai ke destinasinya. Larry Roberts telah menamakan suis yang menyalurkan data ini sebagai IMP. Kini suis ini dipanggil sebagai penghala (router). Dengan mengunakan suis yang mampu menyalurkan mesej ke laluan yang berbeza, mesej boleh sampai ke destinasinya dengan mengikut banyak laluan. Sekiranya salah satu daripada laluan rosak, mesej boleh disalurkan ke laluan yang lain untuk sampai ke destinasinya.

Paul Baran juga mencadangkan supaya data yang hendak di hantar ke sesuatu destinasi dipecahkan kepada “bungkusan-bungkusan”yang lebih kecil. Setiap bungkusan mengandungi alamat pengirim, alamat penerima dan kod bagi memeriksa kesahihan data dalam bungkusan. Susi-suis yang terdapat dalam rangkaian akan menyalurkan bungkusan ke laluan tertentu berdasarkan kepada alamat penerima yang terkandung dalam bungkusan. Seakiranya mana-mana bungkusan rosak atau tidak sampai ke destinasinya, maka kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan keseluruhan komunikasi kerana saiz bungkusan yang hilang adalah kecil berbanding dengan saiz data asal. Lagi pun penghantaran semula data tidak memerlukan masa yang panjang kerana saiz bungkusan adalah lebih kecil. Rangkaian komunikasi yang berfungsi seperti ini dipanggil rangkaian pensuisan bungkusan (packet switching network). Penggunaan suis dan bungkusan yang kecil menjadikan rangkaian yang ternyahpusat ini lebih tahan lasak.

ms22

Rajah 2.4 Bungkusan boleh melalui laluan yang berbeza untuk sampai ke destinasinya

Untuk merealisasikan rangkaian yang sedemikian, Paul Baran kemudiannya mencadangkan supaya teknologi komunikasi digital digunakan. Ini kerana teknologi digital membolehkan data dihantar dengan lebih cepat berbanding dengan teknologi komunikasi analog yang digunakan ketika itu. Data yang dihantar dalam bentuk digital juga boleh dibaca dengan mudah oleh suis supaya laluannya boleh ditentukan. Malangnya rangkaian pensuisan bungkusan yang dicadangkan oleh Paul Baran tidak pernah dibina oleh mana-mana pihak. Kebanyakan pihak yang terbabit terutamanya syarikat telekomunikasi tidak yakin bahawa rangkaian pensuisan bungkusan boleh berfungsi sama sekali. Begitulah juga sanbutan mereka ketika ARPA ingin membina ARPANET.

Paul Baran bukanlah satu-satunya penyelidik yang mencadangkan pembinaan rangkaian yang sedemikian. Di England, Donald Davies juga telah mencadangkan rangkaian komunikasi yang sama.

ARPANET yang telah dibina oleh Larry Roberts mempunyai cirri-ciri yang telah dicadangkan oleh Paul Baran. Bagaimanapun cadangan Paul Baran hanya berbentuk konsep sahaja. Oleh itu, Larry Roberts terpaksa menjalankan banyak lagi penyelidikan bagi merealisasikan ARPANET. Atas usaha gigih ini Larry Roberts sering digelar sebagai bapa ARPANET dan juga Internet. Beliau juga dianggap sebagai arkitek utama ARPANET dan Internet.

Sejarah Permulaan Internet 4

ms210

Rajah 2.2 ARPANET berkembang menjadi 15 nod dan 23 hos (september 1971)

Rangkaian Pensuisan Bungkusan

Idea untuk membina sebuah rangkaian komunikasi tahan lasak yang mampu berfungsi dalam scnario peperangan nuclear yang dahsyat timbul ketika peperangan dingin di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union mula memuncak. Atas tajaan angkatan tentera Amerika Syarikat, satu kajian tentang penubuhan rangkaian ini telah dibuat oleh RAND Corporation. Kajian itu tidak banyak diketahui oleh umum, termasuk ARPA. Pada tahun 1962, satu laporan tentang konsep rangkaian ini telah dikemukakan oleh penyelidik utama RAND, Paul Baran. Dalam laporannya, Baran berpendapat bahawa sebuah rangkaian komputer yang tahan lasak sekurang- kurangnya mesti mempunyai dua ciri-ciri berikut:

  • tidak mempunyai pusat, iaitu bersifat ternyahpusat (decenteralised)
  • mempunyai sambungan yang berlebihan antara satu nod yang lain (redundancy)

ms211

Rajah 2.3 Topologi rangkaian terpusat ternyahpusat dan tersebar

Sebuah rangkaian yang berpusatkan kepada mana-mana satu nod ternyata tidak tahan lasak ialah rangkaian yang tidak mempunyai pusat sama sekali di mana setiap nod mempunyai sambungan ke semua nod yang lain. Rangkaian yang sedemikian dipanggil rangkaian ternyahpusat. Bagi rangkaian ternyahpusat, setiap nod mempunyai status yang sama pada nod yang lain. Tidak ada mana-mana satu nod yang lebih penting dari yang lain sehinggakan kerosakan yang berlaku kepadanya boleh melumpuhkan komunikasi di antara nod-nod yang lain. Rangkaian yang sedemikian boleh dikatakan tahan lasak. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dangan rangkain terpusat di mana nod yang menjadi pusat sudah tentu mempunyai status dan kepentingan yang lebih tinggi dari nod yang lain kerana kerosakan yang berlaku kapadanya akan menjejaskan komunikasi antara semua nod lain. Walaupun ia tahan lasak, rangkaian ternyahpusat yang ideal ini adalah sangat kompleks untuk diurus dan memerlukan belanja yang besar untuk dibina. Oleh yang demikian, sebuah rangkaian yang lebih murah dan praktikal boleh dibina dengan menggabungkan cirri-ciri rangkaian terpusat dan ternyahpusat bagi membentuk sebuah rangkaian yang dikenali sebagai rangkaian (distributed network)

Sejarah Permulaan Internet 3

Pada akhir tahun 1967, satu persidangan akhbar komputer telah diadakan di Tenessee dan Larry Roberts telah mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan cadangan baru beliau tentang bagaimana rangkaian komputer tajaan ARPA yang berasaskan IMP patut dibina.Di persidangan ini juga Larry Roberts telah berkesempatan untuk mendengar pembentangan oleh Roger Scantlebury dari National Physical Laboratory (NPL) di United Kingdom yang pada ketika itu sedang membina sebuah rangkaian komputer yang berasaskan kepada konsep komunikasi yang dipanggil pensuisan bungkusan (pack switching). Roger Scantlebury adalah rakan penyelidikan kepada Donald, seorang penyelidik British yang mecipta konsep komunikasi berasaskan kepada teknik pensuisan bungkusan. Roger Scantlebury juga telah menyatakan kepada Larry Roberts bahawa konsep komunikasi yang sama telah dicipta secara berasingan oleh seorang penyelidikan dari Amerika Syarikat yang brnama Paul Baran. Paul Baran yang ketika itu bertugas di sebuah agensi penyelidikan yang dipanggil RAND Corporation pernah menulis sebuah laporan teknikal mengenai konsep rangkaian pensuisan bungkusan ini. Larry Roberts segera mendapatkan laporan teknikal ini untuk dikaji kesesuaiannya. Pada masa yang sama, beliau telah mendapatkan khidmat Elmer Shapiro dari SRI untuk menjalankan kajian yang lebih terperinci untuk mendapatkan spesifikasi bagi IMP.

Berasaskan kepada kajian lanjutan yang telah dibuat oleh Larry Roberts, Elmer Shapiro dan penyelidik ARPA telah berjaya menghasilkan sebuah dokumen teknikal yang mengandungi spesifikasi bagi rangkaian ARPA yang hendak dibina khususnya spesifikasi bagi IMP. Dokumen yang dipanggil Request For Quotation (RFG) ini kemudiannya telah dihantar kepada syarikat yang membina komputer pada tahun 1968 bagi mengajak mereka membina rangkaian IMP. Buat permulaan rangkaian ujian ini akan mengandungi empat nod dimana setiap nod mengandungi sebuah IMP dan sebuah hos (komputer).

ms201

Rajah 2.1 Empat nod ARPANET yang pertama (Disember 1996)

Setelah penilaian dibuat, ARPA memberikan kontrak membina IMO kepada BBN pada awal januari 1969. BBN telah bekerja keras untuk menunaikan komitmen mereka terhadap pembinaan empat IMP yang pertama ini mengikut spesifikasi dan jangka masayang telah ditetapkan . IMP yang pertama telah diserahkan kepada University of California, Los Angeles (UCLA) pada akhir September 1969, Stanford Research Institute (SRI) pada Oktober, University of California, Santa Barbera (UCSB) pada November dan yang terakhir sekali kepada University of Utah pada Disember 1969. Dengan terserahnya keempat-empat IMP yang pertama ini lengkaplah pembinaan prasarana rangkaian ARPA, iaitu ARPANET. Bilangan not yang terdapat dalam ARPANET terus meningkat sedikit demi sedikit. Pada September 1971 sahaja bilangan nod dalamARPANET telah meningkat kepada15 manakala bilangan hos menjadi 23.

Penulis : Dr Ahmad Zaharim bin Abdul Aziz

Sejarah Permulaan Internet 2

Sebelum Licklider meningalkan ARPA pada tahun 1964, bahagian yang beliau terajui telah ditukarkan namanya kepada Information Processing Techniques Of-fice (IPTO). Ini menggambarkan perubahan dalam halatuju penyelidikan, iaitu daripada penyelidikan yang melibatkan arahan dan kawalan kepada penggunaan komputer sebagai alat berkomunikasi, berinteraksi dan memperoses maklumat. Selepas itu, Ivan Sutherland telah dilantik menggantikan Licklider.

Pada tahun 1966, Robert Taylor, seorang sahabat baik Licklider yang mempunyai pandangan yang sama seperti beliau telah dilantik untuk menerajui IPTO. Semasa beliau menerajui IPTO, projek komputer perkongsian masa sudah hampir siap. Oleh yang demikian, penyelidikan bertumpu pula kearah membina sebuah rangkaian yang boleh menyambungkan komputer perkongsian masa untuk dijadikan alat komunikasi. Selain daripada itu, ARPA juga dapat menggunakan sepenuhnya pelbagai jenis komputer yang ada pada jenis penyelidik utamanya yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat melalui rangkaian ini. Perkongsian komputer-komputer yang sangat canggih dan mahal pada masa itu akan dapat mengurangkan beban perbelanjaan ARPA. Dengan menggunakan alasan ini, maka Robert Taylor telah berjaya mendapatkan kebenaran dan peruntukan untuk membina sebuah rangkaian ujian bagi menyambungkan komputer-komputer ARPA.

ms19

Untuk membina rangkaian ujian ini, Robert Taylor telah berjaya memupuk seorang penyelidik yang bernama Larry Roberts untuk menjadi pengurus projek. Mereka telah bekerja keras untuk mendapatkan konsep rangkaian ujian tersebut. Pada awal tahun 1967, Robert Taylor telah menganjurkan satu persidangan bagi membincangkan tentang pembinaan rangkaian ini. Turut hadir bersama ialah penyelidik utama ARPA. Persidangan ini menyaksi pembentangan kertas kerja oleh Larry Roberts yang menggariskan konsep dan kaedah implementasi yang boleh digunakan untuk menubuhkan rangkaian komputer. Bagaimanapun, kertas kerja Larry Roberts mendapat sambutan yang dingin. Ini kerana ramai penyelidik ARPA berpendapat bahawa cadangan beliau untuk menyambungkan komputer mereka di antara satu sama lain secara langsung akan membebankan lagi tugas komputer tersebut. Tambahan pula, tidak ramai penyelidik pada masa itu mahu berkongsi data dan komputer di antara satu sama lain

Di akhir persidangan, Wes Clark, seorang penyelidik yang pernah bekerja dengan Larry Roberts telah memberikan cadangan kepada beliau supaya komputer ini tadak disambungkan ke peranti khas yang bertugas menyalurkan data dalam rangkaian. Dengan kata lain, rangkaian seharusnya dibina dengan menyambungkan peranti khas ini di antara satu sama lain tanpa melibatkan sebarang komputer. Apabila sebuah komputer hendak di sambungkan ke rangkaian maka ia boleh di sambungkan kepada mana-mana peranti ini. Dengan itu peranti ini menjadi antara rangkaian dan komputer (lihat rajah 2.1). Berdasarkan kepada kaedah implementasi yang dicadangkan oleh Wes Clark ini, Larry Roberts telah terperinci tentang bagaimana ianya boleh dilaksanakan. Larry Roberts kemudiannya memanggil peranti ini sebagai Interface Message Processor (IMP).

Sejarah Permulaan Internet 1

Penubuhan Internet sering dikaitkan dengan pelancaran Sputnik, sebuah satelit buatan manusia yang pertama berjaya dilancarkan oleh Rusia pada tahun 1957. Pelancaran Sputnik ini merupakan satu tamparan hebat kepada Amerika Syarikat. Untuk memastikan supaya penguasaan mereka dalam teknologi tinggi.Pencapaian terbaik ARPA terletak pada pembinaan sebuah rangkaian komputer yang dikenali sebagai ARPANET. Daripada ARPANET inilah lahirnya Internet.

ms18

Penubuhan ARPANET

Salah Satu daripada projek penyelidikan yang telah diberikan kepada ARPA pada awal penubuhannya ialah projek yang berkaitan dengan sistem arahan dan kawalan yang digunakan oleh tentera. Untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang ini, ARPA telah melantik JCR Licklider sebagai peneraju bidang tersebut. Sebelum ini beliau bertugas disebuah firma perunding Bolt Beranek and Newman (BBN). Perlantikan Licklider pada tahun 1962 memang kena pada tempatnya walaupun beliau merupakan seorang penyelidik yang berlatarbelakangkan psikologi. Ini kerana Licklider mempunyai pandangan yang sangat berbeza tantang halatuju penyelidikan sains komputer. Kebanyakan penyelidik sains computer dan industri pada ketika itu menganggap komputer sebagai mesin kira. Licklider pula melihat komputer sebagai alat komunikasi dan alat yang boleh berinteraksi dengan manusia untuk membuat pelbagai keputusan.

Licklider telah banyak membawa perubahan idea dan paradigma pada bahahagian yang diterajuinya. Dibawah pengawasan Licklider, ARPA telah menumpukan banyak penyelidikan kapada sistem perkongsian masa (time-sharing system) yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan komputer secara langsung. Licklider juga amat berminat dengan penjaringan komputer. Beliau percaya rangkaian komputer boleh membantu manusia berkomunikasi dengan lebih baik dan seterusnya mewujudkan masyarakat siber yang berpengetahuan tinggi. Di bawah Licklider, ARPA telah banyak memberikan kontrak penyelidikan termaju dan berkeknologi tinggi kepada institusi penyelidikan dan ahli akademik. Ini memberi ahli akademik peranan yang sangat besar dalam menentukan halatuju pengunaan komputer di masa hadapan.

Perkembangan Internet

Dalam masa yang singkat, Internet telah berjaya membawa pelbagai perubahan kapada masyarakat. Banyak perubahan sosial, budaya, ekonomi dan politik yang timbul akibat kewujudan Internet. Perubahan ini tidak mungkin dapat difahami dan ditangani dengan berkesan jika kita mengenepikan sama sekali sejarah penubuhan dan pembangunan Internet itu sendiri.

ms17

Oleh itu,adalah menjadi matlamat tapak ini untuk mendedahkan pembaca tentang pelbagai aspek penting dalam sejarah penubuhan dan pembangunannye supaya isu-isu seperti kesukaran mengawal pengguna Internet dapat difahami asal usulnya dan seterusnye ditangani dengan pendekatan yang wajar. Dalam tapak ini, pembaca dapat mengetahui bagaimana falsafah, semangat dan budaya ini telah diterapkan ke dalam Internet oleh penyelidik yang membangunkannya. Tapak ini juga akan memperkenalkan kepada pembaca tokoh-tokoh penting yang telah membangunkan Internet.

Pengubahsuaian Strategi

Fasa 5 : Pengubahsuaian Strategi

Dalam pencarian yang kompleks, lazimnya pencari perlu melakukan pencarian semula bagi mengisi kekosongan yang terdapat dalam memenuhi skop maklumat yang dihendaki. Jika pencari telah membuat strategi awal yang agak komprehensif, maka kemungkinan besar ia tidak perlu mengubah strateginya dengan mendadak. Namun begitu, membuat perancangan awal yang terlalu rapi boleh memakan masa yang agak lama sedangkan maklumat yang hendak dicari mungkin tidak memerlukan satu strategi yang kompleks. Pengubahsuaian juga perlu dilakukan apabila maklumat yang dicari tidak dijumpai sama sekali atau apabila terdapat maklumat yang lebih relevan dijumpai. Secara amnya, pencari juga dinasihatkan supaya jangan takut untuk meneka atau mencuba sesuatu yang radikal jika semuanya tidak menghasilkan keputusan yang dikehendaki.

Mengumpul dan Menilai Hasil Pencarian

Fasa 4 : Mengumpul dan Menilai Hasil Pencarian

Setelah maklumat yang dikehendaki diperoleh dan dinilai secara ringkas, maka sampailah masanya untuk menilai keseluruhan maklumat yang diterima dalam konteks mencapai keseluruhan objektif yang dikehendaki. Dalam pencarian yang mempunyai objektif yang ringkas, fasa ini lazimnya tidak perlu dilakukan. Penilaian boleh dibuat apabila maklumat dihasilkan oleh enjin pencari maklumat di akhir setiap pencarian. Bagaimanapun, dalam penyelidikan yang serius di mana objektifnya lebih kompleks, seperti menyediakan kertas polisi atau teks ucapan, penilaian yang teliti harus dibuat.

Dalam membuat penilaian, terdapat beberapa perkara yang harus diteliti untuk memastikan kesahihan dan kebenaran maklumat yang diterima sebelum ia boleh digunakan sebagai bahan penyelidikan. Antaranya adalah :

  • Latar belakang organisasi yang mengendalikan lokasi
  • Berapa lama lokasi sudah wujud
  • Individu yang menulis artikel
  • Latar belakang individu yang menulis artikel dalam Internet (cuba gunakan DejaNews)

Membuat Strategi Pencarian

Fasa 2 : Membuat Strategi Pencarian

Faktor utama yang menentukan strategi pencarian yang harus diikuti adalah:

  • Skop makklumat yang hendak dicari
  • Berapa banyak si pencari tahu tentang maklumat yang hendak dicari
  • Sama ada pencari pernah memasuki halaman yang berkaitan sebelum ini

Setiap pencari yang berpengalaman mempunyai gaya dan cara yang tersendiri untuk mencari maklumat. Berikut adalah satu strategi yang agak umum yang boleh diikuti oleh semua pengguna. Ia boleh diubah suai dan ditokok tambah mengikut selera masing-masing, dari masa ke semasa.

1. Mulakan pencarian dengan menggunakan direktori Internet

  • Sama ada skop sesuatu maklumat itu luas atau khusus, direktori Internet adalah satu sumber yang harus dijadikan sebagai tempat awal mencari maklumat kerana ia mengandungi banyak maklumat yang telah dikumpul, dinilai, diulas dan dikelaskan mengikut subjek dan subsubjek yang lebih menjurus.
  • Direktori seperti Yahoo!, Magellan dan Lycos sesuai digunakan untuk mencari maklumat yang berbentuk hiburan, berita terkini, rekreasi dan subjek popular yang lain.
  • Direktori seperti Clearinghouse dan WWW Virtual Library sesuai digunakan untuk mencari maklumat yang lebih bercorak teknikal dan akademik yang dikendalikan oleh pakar dalam bidang masing-masing.

2. Gunakan enjin pencari maklumat bagi mencari maklumat tambahan atau maklumat yang tidak terdapat dalam direktori

  • Pengguna harus ingat bahawa setiap enjin pencari maklumat berbeza di antara satu sama lain dalam kaedah mengambil maklumat yang terdapat dalam pangkalan maklumatnya.
  • Gunakan enjin pencari maklumat yang berbeza-beza dengan kata kunci yang sama bagi mendapatkan skop pencarian yang lebih luas.

Rekodkan strategi yang telah dibuat dan direktori serta enjin pencari maklumat yang telah dipilih.

3. Masuk terus ke lokasi yang mengandungi maklumat yang hendak dicari
Contohnya untuk mendapatkan maklumat tentang piawai rangkaian atau maklumat yang berkaitan dengannya., masuk ke dalam halaman syarikat yang membuat perkakasan rangkaian seperti 3com, Cisco, Intel dan lain-lain.

Melakukan Pencarian

Fasa 3 : Melakukan Pencarian

Untuk mendapatkan hasil pencarian yang baik, pencari harus tahu selok belok kandungan direktori dan bagaimana melakukan pencarian maklumat di dalam direktori yang hendak digunakan. Pengguna juga harus tahu menggunakan operator pencari maklumat yang terdapat dalam sesebuah enjin pencari maklumat bagi menggunakan enjin pencari maklumat yang berkesan.
Terdapat beberapa panduan umum menggunakan enjin pencari maklumat.

  • Gunakan kata kunci yang unik bagi mewakili sesuatu subjek yang hendak dicari dan elak dari menggunakan kata kunci yang umum.
  • Gunakan sinonim, iaitu perkataan sama erti atau perkataan yang berkaitan dengan maklumat asal yang hendak dicari dan buat pencarian menggunakan perkataan tersebut.
  • Buat pencarian dengan melihat maklumat yang hendak dicari dari aspek yang berbeza-beza.
  • Gunakan operator logik atau operator yang boleh menapis maklumat bagi menghasilkan pencarian yang tepat.
  • Gunakan tanda petikan (frasa) di mana mungkin.
  • Cari maklumat dalam kumpulan berita USENET untuk mengetahui perkembangan yang terbaharu mengenai sesuatu subjek.

Satu cara lain yang boleh digunakan untuk mencari maklumat adalah dengan bertanyakan kepada kumpulan berita USENET atau senarai mel yang terlibat dengan perbincangan mengenai maklumat yang hendak dicari. Setelah mendapat maklumat daripada ahli perbincangan, adalah baik dikumpul dan disusun maklumat yang telah diterima untuk disebarkan semula kepada kumpulan perbincangan sebagai tanda penghargaan. Tabiat berkongsi maklumat seperti ini adalah sangat baik dan harus dipupuk.

Menentukan Objektif dan Skop Pencarian

Fasa 1 : Menentukan Objektif dan Skop Pencarian

Setiap pencarian maklumat harus dimulakan dengan objektif yang jelas dan skop yang tidak terlalu umum. Objektif yang jelas dapat mengelakkan si pencari dari menyimpang ke laluan lain yang boleh menghindarnya dari mencapai matlamat akhir yang dikehendaki.
Skop yang terlalu khusus boleh menyebabkan maklumat sukar ditemui manakala skop yang terlalu luas boleh menyebabkan banyak maklumat yang tidak dikehendaki ditemui. Oleh itu, adalah wajar sesuatu pencarian itu dimulakan dengan skop yang tidak terlalu khusus dan tidak terlalu umum. Lazimnya skop sesuatu maklumat yang hendak dicari tidak dapat ditentukan sekiranya pencari tidak mengetahui langsung tentang subjeknya.

Skop Pencarian Maklumat
Maklumat Yang Umum Maklumat Yang Khusus

Digital Health Care Record Sharing of patient’s health

Comet he spectrum of Hole-Bopp

Internet history Building IMP

Setelah objektif dan skop pencarian ditentukan, maka langkah yang seterusnya adalah membuat strategi yang sesuai bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Rekodkan objektif pancarian dan skop maklumat yang hendak dicari ke dalam buku log. Masa yang diambil untuk mencari sesuatu maklumat juga patut direkodkan