Perancangan untuk membina sebuah perisian yang membolehkan setiap hos dalam rangkaian ARPANET berkomunikasi diantara satu sama lain bermula beberapa bulan sebelum komtrak bagi membina IMP diserahkan kepada BBN. Pada ketika itu Elmer Shapiro dari SRI telah meminta oleh ARPA untuk menguruskan pembinaan perisian ini. Perjumpaan yang pertama telah dihadiri oleh wakil dari keempet-empat lokasi yang terlibat. Pelbagai idea, pandangan serta cadangan telah dikemukakan dalam perjumpaan yang berbentuk seminar itu. Namun begitu, bentuk perisian komunikasi hos ke hos yang akan dibina ini tidak dapat dikenal pasti dengan mudah kerana terdapat banyak perkara teknikal seperti spesifikasi IMP, bagaimana hos dan IMP akan berkomunikasi dan sebagaimananya masih belum diselesaikan. Kegunaan rangkaian juga masih belum dikatahui dengan jelas. Walaubagaimanapun, kesemua wakil telah bersetuju untuk berjumpa dengan lebih kerap lagi bagi membincangkan tentang perisian ini. Kumpulkan tidak formal yang terdiri daripada wakil keempat-empat nod ini akhirnya dikenali sebagai Network working group (NWG). Steve Crocker, wakil dari UCLA telah dilantik menjadi pengerusi bagi menggantikan Elmer Shapiro.
Setelah beberapa perbincangan diadakan maka NWG telah mencadangkan satu bahasa perisian yang dipanggil Decode-Encodo Language (DEL) bagi membolehkan komputer berkomunikasi antara sayu sama lain. DEL kemudiannya telah digantikan dengan Network Interchange Language (NIL). Bagaimanapun, setelah kontrak IMP dianugerahkan kepada BBN, isu-isu teknikal tentang rangkaian menjadi lebih jelas. Sehubungan dengan itu, DEL dan Nil didapati tidak sesuai dan cadangan penggunaannya telah ditolak.
NWG seterusnya menjalankan banyak perbincangan, kajian dan ujikaji bagi mendapatkan implementasi perisian hos ke hos yang sesuia seperti yang dikehendaki oleh Larry Roberts. Akhirnya pada pertengahan tahun 1971, NWG telah memperkenalkan spesifikasi terakhir bagi sebuah perisian hos ke hos yang dikenali sebagai Network Control Program. Perisian asas yang membolehkan dua hos berkomunikasi ini kemudiannya dipanggil sebagai Network Crontrol Program (NPC).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan