iDAN

26 Jun 2011

Sejarah Permulaan Internet 1

Penubuhan Internet sering dikaitkan dengan pelancaran Sputnik, sebuah satelit buatan manusia yang pertama berjaya dilancarkan oleh Rusia pada tahun 1957. Pelancaran Sputnik ini merupakan satu tamparan hebat kepada Amerika Syarikat. Untuk memastikan supaya penguasaan mereka dalam teknologi tinggi.Pencapaian terbaik ARPA terletak pada pembinaan sebuah rangkaian komputer yang dikenali sebagai ARPANET. Daripada ARPANET inilah lahirnya Internet.

ms18

Penubuhan ARPANET

Salah Satu daripada projek penyelidikan yang telah diberikan kepada ARPA pada awal penubuhannya ialah projek yang berkaitan dengan sistem arahan dan kawalan yang digunakan oleh tentera. Untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang ini, ARPA telah melantik JCR Licklider sebagai peneraju bidang tersebut. Sebelum ini beliau bertugas disebuah firma perunding Bolt Beranek and Newman (BBN). Perlantikan Licklider pada tahun 1962 memang kena pada tempatnya walaupun beliau merupakan seorang penyelidik yang berlatarbelakangkan psikologi. Ini kerana Licklider mempunyai pandangan yang sangat berbeza tantang halatuju penyelidikan sains komputer. Kebanyakan penyelidik sains computer dan industri pada ketika itu menganggap komputer sebagai mesin kira. Licklider pula melihat komputer sebagai alat komunikasi dan alat yang boleh berinteraksi dengan manusia untuk membuat pelbagai keputusan.

Licklider telah banyak membawa perubahan idea dan paradigma pada bahahagian yang diterajuinya. Dibawah pengawasan Licklider, ARPA telah menumpukan banyak penyelidikan kapada sistem perkongsian masa (time-sharing system) yang membolehkan manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan komputer secara langsung. Licklider juga amat berminat dengan penjaringan komputer. Beliau percaya rangkaian komputer boleh membantu manusia berkomunikasi dengan lebih baik dan seterusnya mewujudkan masyarakat siber yang berpengetahuan tinggi. Di bawah Licklider, ARPA telah banyak memberikan kontrak penyelidikan termaju dan berkeknologi tinggi kepada institusi penyelidikan dan ahli akademik. Ini memberi ahli akademik peranan yang sangat besar dalam menentukan halatuju pengunaan komputer di masa hadapan.

Tiada ulasan: